Disember 30, 2011

Menuju 2020 : 8 Persoalan Mengenai Jalan Raya Di Malaysia

1. Kenapa atas jalan raya Malaysia, bila kau bagi jari hantu dekat orang yang potong queue traffic light, kau yang kena maki balik?

2. Kenapa atas jalan raya Malaysia, kalau kau maki orang yang bawak kereta yang macam cilaka, kau yang kena maki balik?

3. Kenapa atas jalan raya Malaysia, kalau kau bagi jari hantu dekat orang yang hon2 kau suruh laju lagi dekat lane kanan sekali padahal kau bawak kereta ikut had laju 110km/j, kau yang kena maki balik?

4. Kenapa atas jalan raya Malaysia masih lagi ramai yang baghal sebab dia ingatkan motor kena lalu dekat lane kecemasan jadi dia hon motor yang lalu dekat lane yang betul?

5. Kenapa motorsikal besar boleh pegi laju kadang2 lari 180km/j jarang kena saman polis tapi motorsikal Yamaha LC yang lari 120km/j selalu kena tahan?

6. Kenapa ada sesetengah kereta mewah tinted kereta dia gelap gelita tak pernah kena koyak tapi kereta kecik yang buat macam tu sedap aje JPJ koyakkan?

7. Kenapa orang ramai masih lagi memperlahankan kenderaan dekat highway bila nampak ada kereta berhenti nak bagi anak kencing tepi jalan sehingga mengakibatkan traffic jam?

8. Kenapa ada orang gila dan kurang siuman dibenarkan memandu di Malaysia?

9. Seriously....adakah anda menganggap siapa yang bawak ikut had laju hanya menyusahkan diri anda?

...............


WTF?

Disember 29, 2011

Pakcik Taiko Berantai Di Kedai Mamak Yang Berani Sound Couple Melayu

Amin duduk memerhatikan orang ramai lalu lalang. Rina di sebelahnya dipeluk bahu. Hangat badan Rina dapat dirasai.

Ada mata yang setiap kali lalu depan mereka menjeling tapi tidak berani bersuara. Siapa yang berani? Amin buat muka garangnya apabila ada mata yang berani menjeling. Rina hanya tersengih macam kerang busuk, bosan menunggu kawannya pergi sebentar.

"Mana kawan u ni?" tanya Rina, berang. "Sabar la sayang.." jawab Amin. Hidung Amin melekat ke rambut Rina lalu dihidu mahkota Rina.Rina senyum geli merasa nafas Amin.Bahu Rina dipeluk makin erat sambil mata Amin menjeling-jeling lurah dada Rina."Perghh...dalam..." fikir Amin.

Kelihatan seorang pakcik yang agak berumur duduk di depan mereka sambil menghirup kopi. Dari tadi matanya tidak lepas memandang gelagat Amin dan Rina yang dilihatnya tak tahu malu. Di kedai makan pun boleh berpeluk sakan bercium pipi.Pakcik itu pun menggelengkan kepalanya lalu bangun menghulurkan salam pada Amin. Amin menyambut salam itu.

"Dik, pakcik tengok kau dari tadi duk berpeluk sakan.Korang ni dah kawin ke?" tanya pakcik tu. "Blom lagi pakcik..tapi pakcik ni nak apa?.." jawab Amin kasar.

"Bukan dik,pakcik nak tegur aje sebab pakcik dengar dari tadi orang lalu lalang duk gelakkan adik.." jawab Pakcik tu lembut. Amin naik menyirap. Ditenungnya pakcik itu atas bawah.

"Pakcik ingat pakcik bagus sangat? Tu pakcik pakai rantai tu apahal pulak?" tanya Amin. Rina hanya diam melihat gelagat pakwenya,tak berani dia buka mulut. Pakcik itu diam lalu merenung Amin. "Maaflah dik..pakcik cuma nak tegur aje sebab malu semua orang duk kutuk adik."

Pakcik itupun bangun dan kembali semula ke meja nya menghirup kopi. Beberapa minit kemudian, kawan mereka, Ariffin muncul kembali.

"Sori beb aku lambat," rayu Ariffin. "Ni kau punya pasal la, tak pasal2 Amin gaduh dengan pakcik tu.." marah Rina.

"Apsal pulak?" tanya Ariffin serba tak mengerti.

"Pakcik tu haa..sound2 kitorang sebab duduk rapat sangat, dia tu tak sedar diri. Pakai rantai ada hati nak sound2 orang..." jawab Rina.

"...Lah...benda betul kan? Aku pun dah lama nak sound cuma tak berani. Kau ingat aku tak rimas tengok korang camtu? Dah la aku takde awek...Nasib baik pakcik tu ingatkan kau. Kalau aku, memang tak sanggup nak sound kau takut kau terasa..." jawab Ariffin selamba.

Amin dan Rina terkedu.

Disember 28, 2011

Turunkan Bendera Najib? Yang Lain-Lain Tu Tak Nak Turunkan Sekali?

Kes Adam Adli jadi heboh satu negara apabila orang ramai (khasnya orang2 UMNO) mengamuk kaw-kaw sebab mamat tu sudah turunkan bendera bergambar Najib.

Kalau kau tengok daripada perpektif morality... benda yang dia buat tu memang kurang ajar. Walaupun bendera tu memang ditegakkan di tempat public dan bukan private space, apa yang dia buat memang tak patut. Sebab kalau kau hias rumah kau, kemudian ada orang pandai2 turunkan gambar kau...kau pun hangin lah kan.

Itu kalau kita assume PWTC tu memang UMNO yang punyalah.

Tapi...tak ramai pulak yang aku tengok pandang benda ni dari segi sudut apa yang UMNO sendiri lakukan.

Dalam agama kita..dah kata,kau hias rumah kau dengan gambar benda hidup yakni gambar kau atau anak kau sekalipun...perbuatan kau tu haram.

Jadi,kalau PWTC adalah rumah UMNO...meletakkan gambar pemimpin merata-rata seperti apa yang selalu diorang suka buat adalah satu benda yang haram..salah dari segi agama.

Kalaulah ada seorang Ustaz yang selamba pegi turunkan bendera gambar PM-PM kita tu dengan alasan apa yang diorang buat tu adalah haram...kau rasa apa respon Panglima-Panglima Perang kita?

Kau pegi aje mana-mana bangunan yang UMNO oriented...kau akan nampak banyak potret orang-orang kenamaan yang diletak merata-rata. Aku pun minggu lepas pegi satu Dewan mewah dekat Putrajaya..sekeliling dewan penuh gambar pemimpin2 wanita kita yang terpapar megah siap tak bertudung (berapa kerat sangat pemimpin Wanita UMNO yang bertudung?)

Apa guna letak gambar pemimpin besar-besar camtu selain daripada untuk mengagungkan pemimpin tu? Apa guna bendera tu? Function bendera tu mudah aje..nak mengagungkan pemimpin dan bekas Perdana Menteri yang telah berjasa pada negara.Tujuan dia pun dah salah membuatkan pengibaran bendera tu jadi sesuatu yang haram.Benda tu haram tapi mana ada orang berani tegur? Mana orang agama dalam UMNO?

Satu cara untuk UMNO tunjukkan pemimpin yang diorang sanjung tu adalah dengan menggunakan simbol atau metafor. Letakkan gambar pemandangan FELDA untuk bendera Abdul Razak,letak gambar KLCC untuk Mahathir dan letakkan logo 1Malaysia untuk Najib dihiasi dengan berlian dan beg tangan mewah. Letak gambar pemimpin besar2 macam tu.....pada aku la, dah serupa macam berhala.

Kau boleh tengok semua agensi kerajaan mesti ada letak gambar Sultan..gambar PM kat kaunter...Bila kau tengok gambar tu..kau ingat apa? Bila sesebuah gambar tu dah membuatkan orang lain taksub atau mendewakan dia..benda tu dah jadi salah.
 
Pemimpin..pemimpin jugak.
Berjasa memang kita kenang.
Tapi takkan sampai jadi bangang?


Disember 27, 2011

"Kata Ustaz, Bergambar Pre-Wedding Sebelum Nikah Tu Haram.."


Moga kekal ke anak cucu.
Bolehlah explain dekat cucu kalau cucu jumpa gambar ni nanti

"Atuk,atuk,apasal atuk pegang tangan nenek masa belum kahwin?"

Nak jugak aku tau apa pandangan Jamil Khir Baharom
nampak anak buah UMNO dia bergambar camni.
(Bacaan Klasik)

Disember 23, 2011

Awkward Agama : Kenapa Kita Mengagungkan Mereka Yang Kerjanya Berstatus Haram?


Ambik contoh...penyanyi wanita.

Kau debate la macam mana pun,kau declare la macam mana pun suara dia anugerah Tuhan jadi dia sharekan...still..rezeki dia tu haram.Pelakon, berlakon dalam filem kena peluk awek..rezeki haram tu.

Kenapa..masyarakat kita seolah-olah diajak mengidolakan diorang ni dan bukannya petani atau penoreh getah yang carik rezeki halal dengan cara yang halal?

Disember 22, 2011

Pertanyaan Untuk Mereka Yang Sayang Melayu UMNO



Dari dulu tak pernah lagi ada
orang UMNO yang cuba jelaskan dekat aku..

1. "Kenapa orang Melayu yang sokong UMNO aje sayang Melayu?"

2. Kenapa sampai sekarang,majalah Mangga masih lagi tak diharamkan lagi kalau buku Lee Kuan Yew di declare haram?

3. Percaya atau tidak, gadis di muka depan majalah Mangga itu mempunyai peluang lebih besar berbanding anda untuk mendapat pingat kebesaran daripada mana-mana Sultan.

Disember 21, 2011

Calon PM Dari PAS Yang Latest



Punyalah ramai peminat dia.Sampai terkeluar masjid.
Ustaz Azhar Idrus for PM?
Tak salah apa kita bermimpi.

Letak nama anak Azhar Idrus pun menarik gak.
Bila mak bapak dengar cucu sampai kampung,

"Azhar Idrus dah balik!"



Disember 19, 2011

Gambar Cute Gila Sehinggakan Anda Tidak Dapat Menahan Diri Daripada Berkata "Auuww.."


Bz. Dah dekat pilihanraya ni banyak projek.Tak sempat nak menulis. Tengok gambar cute dah la.
Jaga lembu atau jaga kucing mana lagi untung?

Disember 17, 2011

Disember 16, 2011

Awkward Agama : Begini Rasanya Hidup Dalam Zaman Jahiliah


Orang zaman Firaun bunuh anak lelaki sebab dapat arahan dari Firaun.Orang zaman Jahiliah sebelum datang Rasulullah bunuh anak perempuan sebab anak perempuan bawa rasa malu pada bapa.Orang kita bunuh anak sendiri tak kira lelaki atau perempuan atas arahan dan kemahuan mak atau bapak anak tu sendiri, sebab mak bapak tak nak hidup terbeban dengan anak.

Dalam ketiga-tiga jenis golongan yang diberi, hanya satu golongan aje yang dari mula hidup dia memang dah berpaksikan hukum Allah.

Disember 15, 2011

Rahsia Untuk Kelihatan Kacak


Apabila berdiri ber-kumpulan beramai2, wajah akan jadi lebih kacak.Cubalah!


Disember 14, 2011

Roti Klasik Gardenia Lawan Roti Pendatang Baru Massimo

Setiap produk dalam negara pasti mengalami suatu proses yang diberi nama "shrink ray process" di mana secara senyap-senyap, produk tu mungkin akan penyusutan berat atau pengurangan ingredient tetapi dengan harga yang tidak berubah (selalunya naik lebih mahal).

Benda ni aku cukup nampak pada satu benda yang aku selalu beli iaitu McDonald Strawberry Milkshake. Satu masa dulu Milkshake McDonald ni agak payah nak disedut sebab kandungan shake yang agak pekat dan likat.Sekarang ni? Sedut pakai straw biasa aje lepas. Harga makin mahal pulak tu.

Jadi,dalam minggu lepas, aku dengan isteri beli roti. Biasa beli roti Gardenia...saja aje nak cuba roti brand Massimo.Boleh dirasakan perbezaan antara kedua-dua roti. Roti Massimo jauh lagi sedap dan aku makan dua keping dah kenyang. Gardenia? Selalunya aku tibai dalam 4-5 keping baru cukup.

Beli dan cubalah roti Massimo.Aku langsung tidak dibayar untuk mempromote benda ni. Aku ikhlas mengatakan, roti Massimo lebih sedap dari Gardenia dan aku harap Gardenia dapat improve kualiti roti dia. Gardenia dah terlalu lama jadi market leader tanpa ada pesaing yang betul-betul kuat mengakibatkan kualiti dia agak menurun.

Kalau asyik pilih yang roti yang sama aje, macam mana kita nak tau yang brand lain macam mana kan? Kalau kita sendiri dah fixated diri kita dengan satu aje brand roti, macam mana kita nak nampak faedah roti brand lain? Banyak jugak sebenarnya kekurangan roti Gardenia ni tapi semua hanyalah jelas kelihatan pada aku..bila roti Massimo ni muncul.

Kalaulah roti Massimo ni tak muncul, aku rasa seumur hidup aku, itu aje la roti yang aku akan beli dan pilih. Bila ada persaingan, consumer yang akan menang. Itu aje lah aku nak cerita hari ni. Kalau dah berpuluh tahun makan roti yang sama, apa kata mulai hari ini anda bertukar kepada roti Massimo, satu opsyen baru untuk rakyat Malaysia?

ps - Ada lagi ke produk-produk yang anda rasakan berlaku "shrink ray process" yang kualiti makin kurang dan harga makin mahal? Sila informkan di dalam komen.

Disember 13, 2011

Pakar Fizik Negara Kita Pasti Tidak Lancar Berbahasa Melayu

Pagi-pagi,layan Malaysia Hari Ini kat TV3 sebab ada Wardina. Segmen pagi ini tunjukkan sekumpulan student Cina dapat peluang pegi tengok ceremony untuk bagi Nobel Prize kat oversea..aku tak sure kat mana.

Student2 ni dipilih kerana mereka adalah antara pemenang gold medal dalam pertandingan fizik international satu masa dulu. Agak kelam kabut jugak mamat2 Cina tu cakap BM..mungkin itu sesuatu yang boleh dipandang berat oleh PM 1Malaysia kita.."macam mana nak buat orang Cina Malaysia cakap BM kat rumah sendiri."

Kemudiannya..tukar segmen lain. Ada lima anak muda berdiri di atas stage bersedia untuk mempersembahkan tarian K-Pop. Mereka menjenamakan diri mereka sebagai "Re-Do Dance Group."

Ahlinya Melayu.

Aku terus bangun sambil demam2 ni cuba ikut step yang diorang tunjukkan.Sebagai usaha untuk support usaha orang Melayu..aku letakkan lah link Facebook diorang kat sini. Sila "Like."

Kita mesti sokong Melayu.

Link Facebook

Disember 12, 2011

Demam Kerana Main Hujan



Aku demam.
Tak dapat nak update.
Kalau siapa tak paham apa maksud gambar ni,
anda kekurangan sense of humour.

Gi beli sekilo dua kat kedai.

Disember 09, 2011

Awkward Agama : Sesuatu Yang Tak Ramai Tau


Tahukah anda,
Seringgit yang anda spend untuk sedekah,
Tidak sama nilainya dengan
seringgit yang anda belanjakan untuk keluarga.

Kerana membelanjakan hasil titik peluh sendiri
untuk keluarga, ibu bapa dan anak-anak,
adalah lebih mulia di sisi agama.

Asalkan rezeki tu halal lah.

Kalau kerja setiap hari jadi middle man kroni
makan duit atas angin...yang tu tak galakkanlah.



Disember 08, 2011

Satu Perkataan Yang Mampu Membuatkan Pemimpin UMNO Terkencing

Sedih sedih sedih.

Sedih betul aku bila aku baca lagu kumpulan Bunkface yang bertajuk "Panik" kena gam dengan media kerajaan...semata-mata sebab dalam lirik lagu tu ada perkataan "Reformasi." RTM kata sebab ada perkataan "Celakamu..". Kah kah kah. Apasal tak gam lagu P.Ramlee "Yahabibi Ali Baba"? Dalam tu ada perkataan celaka..ada perkataan sial.

Takut betul dengan bayang-bayang sendiri.Patutla banyak cerita hantu hidangan masyarakat Malaysia.Hantu..tak takut.Perkataan reformasi..takut.Brr....menggigil dengar sampai terkencing dalam seluar.

Macam mana nak berubah?
Takkan nak carik makan kena buat lagu camni?



Siapa nak dengar lagu camni?

Disember 07, 2011

Alhamdulillah Selesai Sudah Kita Berzina

Bercerita dengan lebih lanjut mengenai adegan intim yang menjalani proses penggambaran sekitar dua jam itu, kata Maya, dia sendiri berdebar-debar untuk melakonkannya kerana ia merupakan kali pertama dia melakonkan adegan sedemikian rupa.

"Saya sendiri sudah diberitahu awal tentang kewujudan adegan itu dan ketika hari penggambaran adegan itu saya memang berdebar-debar dan sejam sebelum itu saya rasa pelik kerana saya tidak pernah melakonkan adegan intim di atas katil seperti itu, tambahan pula Aaron merupakan suami orang, jadi saya agak bimbang, adakah adegan itu berlebihan.

"Tetapi Alhamdulillah, ia berjalan dengan lancar dan muncul di skrin. Rasanya orang yang menontonnya pun boleh menerimanya," tutur Maya lagi yang mengakui secara peribadi, dia sendiri menyukai filem Ombak Rindu.

Aaron yang terkenal dengan watak romantisnya di dalam drama pula memberitahu, isterinya, Diyana Halik tidak kisah, malah merestui adegan intimnya bersama Maya serta Lisa Surihani yang memegang watak antagonis buat pertama kalinya sebagai Mila Amylia.

"Isteri saya tidak kisah kerana dia memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon. Malah, dia yang baca skrip terlebih dahulu dan ada ketika sesi latihan serta penggambaran berlangsung. Jadi, tidak ada sebarang isu yang timbul kerana isteri saya sentiasa bersama saya ke mana sahaja saya pergi," bicara Aaron.


..............

Alhamdulillah.
Makin ramai makin sedar kepentingan agama dalam kehidupan.


Kosmo

Disember 06, 2011

Perlindungan Untuk Pelanggan di Malaysia Berada Dalam Keadaan Kritikal

Mesti benda macam ni pernah terjadi pada kau...Kau beli barang. Seminggu lepas tu, barang tu rosak atau ada problem. Kau pegi balik kedai kata barang tu ada problem. Tauke kedai kata,"Ni kena claim warranty ni.."Melopong la kau sebab proses nak claim warranty tu ada la makan masa sebulan dua.

Perkara ni mesti banyak terjadi kalau kau rajin upgrade PC atau henfon atau mudah lagi,electronical goods. Aku sendiri pernah beli motherboard komputer lain sebab proses nak tunggu warranty claim tu makan masa 2 bulan lebih padahal motherboard tu aku baru aje beli seminggu lebih.

Bila benda2 macam ni terjadi, membuatkan aku mempersoalkan..."Siapa yang nak tanggung kerugian aku tak dapat buat kerja 2 bulan tu kalau aku tak beli motherboard lain?" Law negara kita memang agak lemah protection untuk customer. Tak tau mana datang budaya tu tapi benda camni jelas kelihatan dekat sistem warranty kat negara kita ni.

Di negara kita tidak mengamalkan sistem return "within certain periods of time" dan warranty yang cover on the spot punya change of goods from failures. Kau beli barang,rosak...kau kena tunggu barang tu dihantar balik ke manufacturer.

Ada jugak syarikat-syarikat yang dah mula buat sistem tu..antaranya Ikea (return barang dalam 100 hari kalau kau tak suka untuk full refund) SenHeng dan HomeMart+ (warranty tukar on the spot kalau stok ada kat kedai) tapi semua hanya bergantung dengan syarikat tu sendiri.

Walau bagaimanapun, apa yang paling mengecewakan aku adalah mengenai sistem warranty kereta yang macam anakharam. Aku adalah seorang pembeli kereta Perodua. Bila dah sebulan lebih aku beli kereta, aku perasan..klip pegang mudguard tayar depan tanggal. Bila aku pegi servis...mintak ganti dengan klip pengikat dia...aku yang kena bayar benda tu.

Lepas tu aku pegi servis lagi sekali...klip dekat belah lain pulak yang tanggal. Aku gantikan lagi. Tiap kali aku pegi servis mesti ada yang tanggal dan mesti aku kena bayar untuk ganti benda tu. Walaupun benda tu tak mahal, RM4 aje...tapi itu adalah manufacturer defect yang Perodua kena tanggung sebab bukan aku seorang aje yang kena benda tu dan bukannya aku saja-saja tanggalkan klip tu.

If a product is not functioning as it should be during the warranty period, manufacturer la yang kena tanggung,kan? Tapi takpelah..cerita pasal Perodua aku sambung esok.

Culture bisnes kita mudah nak faham...kau cuba kira berapa banyak showroom kereta dan cuba kira berapa banyak pusat servis kereta. Mana lagi banyak? Showroom jual kereta. Mana yang sepatutnya lagi banyak? Pusat servis kereta.

Agak mudah untuk pengeluar produk take advantage pembeli-pembeli di Malaysia. Support untuk after sales service adalah sangat-sangat mengecewakan. Setuju atau tidak?

............

Kena share benda ni.
Terbahak-bahak gua tengok. Sila klik untuk ketawa.



Disember 05, 2011

Presiden UMNO Yang Kedaloi!


Mana pegi penyokong Kedai Barangan 1Malaysia hari tu? Yang kata "komplen buat apa?" Yang kata "komplen itu semua kerja DAP." Yang tolak "komplen tu sebab itu semua orang Cina punya nak jatuhkan orang Melayu nak meniaga. "Ada jugak yang kata "you pay peanuts you get monkey."

Kan betul apa yang Tony Pua (Cina laknatullah kata sesetengah golongan) bangkitkan?
Kau rasa orang Cina ke orang Melayu yang ramai pegi beli barang kat situ?

Orang Melayu laa....

Orang Melayu mana ada duit.
Sebab tu kita kena beli barang tak selamat.
Barang tak selamat = murah.
Baru mati cepat.Tak payah risau pasal perbelanjaan keluarga lagi.

Satu teka-teki;

Kenapa orang Cina Malaysia tak nak Melayu memerintah?
Sebab pemerintah Melayu bangang.

Siaran langsung dalam TV, PM bagi ucapan..
PM atau Presiden UMNO panggil orang lain "bangang."

Mana ada pemimpin negara lain Muslim ke Kafir ke sanggup buat macam tu openly? Pemimpin bangang aje buat macam tu.

Tapi orang Melayu takut Cina pegang kuasa.
Jadi diorang sanggup biarkan pemimpin bangang pimpin diorang.

Siapa bangang?
Siapa kedaloi?
Mereka yang ada dalam dewan sambil sokong pemimpin mereka kutuk orang lain lalu declare mereka pejuang Islam.

Kah kah kah kah.

Ada yang marah bila aku komplen kata susu sejat kat Mydin tu rasa macam besi.
Kan Kementerian Kesihatan dah tarik balik balik jualan dia. Siapa pembekal Kedai Rakyat 1Malaysia? Mydin...

Ni lah masalahnya bila nak buat projek main bantai aje. Asal jalan.
Rupanya research untuk produk yang terjual tu pun tak pernah buat. Sekarang baru nak suruh buat.  Berapa orang Melayu dah tibai barang2 Kedai Rakyat 1Malaysia dalam perut dia?

Kah kah kah kah.
Bangang.

Berenti la tengok bangsa apa orang tu..
Fokuskan la dekat isu apa yang dia bangkitkan.

Disember 03, 2011

Perjuangan UMNO Adalah Satu Bentuk Jihad?

JIHAD? Gendang perang dah dipalu? Perjuangan bangsa dan negara? Teori 6 Jahanam? Letak jawatan jika tiada jiwa Melayu?  UMNO penyelamat Islam? WTF...UMNO UMNO UMNO...Kenapa la kau macam ni?

First sekali...ANDA SEMUA SUPER DELUDED KHASNYA PRESIDEN UMNO.

Apabila anda bercakap sebagai Presiden UMNO, anda tidak sepatutnya menggunakan pentas itu untuk menyeru "semua rakyat" untuk menyokong perjuangan UMNO. UMNO is a political bodies. Bukan semua rakyat itu ahli UMNO jadi....paham betul2....UMNO tidak mewakili rakyat. Amanat anda tidak patut ditujukan kepada rakyat tetapi hanya kepada ahli UMNO. Jadi, minta berhenti menggesa "rakyat" menyokong sentimen perjuangan UMNO.

Kedua, kau gelarkan perjuangan kau tu jihad. Pada kau pilihanraya itu satu bentuk peperangan menentang musuh... Dan hanya di pihak kau saja yang betul. WHAT THE FUCK? Rakyat ada akal. Biarlah kitorang decide sendiri.

Ketiga, admit it. Perjuangan orang-orang dalam UMNO itu yang giat memperjuangkan Melayu adalah dengan satu cara sahaja...jatuhkan Melayu yang lain, kan?

Keempat , benda paling kelakar yang aku layan semalam adalah mendengar Hishamuddin Hussein bercerita mengenai "Winnable Candidates" padahal dia sendiri tidak nampak tokoh2 "Credible Candidates." Ramai orang dalam UMNO macam tu...syok sendiri.

Kelima...orang di luar UMNO tidak bodoh. Kak Shahrizat adalah liabiliti kepada UMNO. Mana kredibiliti UMNO kalau dia bakal diletakkan dalam group Winnable Candidates dan masih lagi akan diangkat jadi pemimpin tinggi UMNO? Kenapa aku perlu sokong perjuangan UMNO kalau dalam UMNO sendiri simpan pemimpin macam tu? Tu baru sorang...
 
Itu problem kepala hotak kepimpinan kau yang UMNO takkan boleh ubah walaupun kau buat program transformasi macam mana sekalipun.

Allah Akan Bersama Kita!
Allah Akan Bersama Kita!

Macam biasa. Syok sendiri. Berjihad adalah perjuangan menegakkan agama Allah. You are fighting for your policial stay. Mana jihadnya? Gambar di atas itu gambar pejuang jihad?

There's nothing wrong with changing the government. Kalau orang Pakatan naik kepala lepas tu...kita tukar balik. Teruskan cycle tu sampailah takde "full time politician" dalam government dan digantikan dengan pemimpin yang betul2 nak memimpin. Tanam dalam kepala benda ni.

...........

Respon Komen Semalam

"nadia, memanglah nuar bukan acting pm countries yang ko list tuuh. masalah ekonomi memang ada, senantiasa ada, bila2 masa, mana2 negara ... tapi yang penting, macam mana nak selesaikan masalah ekonomi itu. kalau ikut anuar dia pergi serah bontot dia kat imf/world bank, lepas tu imf/world bank sontot dia pakai ky jelly (maaf la dah kau yang keluarkan cerita video tu, aku keluar la analogi yang kau senang nak faham, kan?) PR takde economic expert :- bukan aku kata, bukan umno kata, bukan pr kata tapi Wikileaks yang kata. anuar berahim tak reti selesai masalah krisis ekonomi. yang dia duk jaja sejak 16 sept 2008 tu sampai sekarang nak turunkan rega minyak. opah dia ke ingat boleh turun senang macam tuh "



Harap membantu.
Dan belajar lah pakai spacebar untuk buat paragraph.

Disember 01, 2011

Persidangan UMNO Jelas Menunjukkan...Ramai Dalam Tu Selalu Ponteng Sekolah Masa Dulu

UMNO takkan berubah. Tengok persidangan UMNO macam tengok orang2 gila maki orang lain sambil memburukkan orang lain. Aku rasa ramai orang makin sedar politik macam tu takkan berkesan lagi. Itu semua politik zaman dulu-dulu. Politik kutuk orang lain untuk menunjukkan diri sendiri baik dah tak berjaya.

Daripada pemimpin tertinggi hinggalah ke makcik-makcik yang seronok dapat berucap, aku tak rasa UMNO akan dapat sokongan macam dulu lagi.

Sayang sekali UMNO masih lagi berpegang dengan taktik burukkan kerajaan Kelantan,burukkan DAP,burukkan kerajaan Kedah, mainkan sentimen survival Melayu....tapi diorang tak sedar yang diri sendiri tu buruk.Kalau nak pancing sokongan bukan macam tu cara dia. Hulur duit pun sama....orang akan ambik sebab siapa tak nak duit free?

Ada dengar cerita pasal pemberian duit seratus dekat sekolah?

Tahukah anda ; di sekolah2 di negeri tertentu, YB Barisan Nasional diarahkan pergi ke sekolah untuk mengingatkan ibu bapa dan murid untuk mengundi BN. Ada jugak sesetengah sekolah, guru-guru sendiri diarahkan untuk memujuk ibu bapa yang datang ke sekolah nak ambik seratus tu supaya mengundi BN.

Busuk. Taktik busuk. Jelas benar pemberian itu dengan niat politik.
Cerita benar.

Najib boleh bergebang pasal transformasi sampai terkeluar anak tekak...tapi selagi masih ramai orang dalam UMNO yang ingat boleh cover up penyelewengan kuasa dengan alasan bangang, there is no hope for UMNO.

.......................



Mudah benar orang2 dalam Wanita UMNO dikawal kan?
Minit 4:52 "Allah akan bersama kita!Allah akan bersama kita!"

YEAH RIGHT!

Aku akan berasa malu kalau dipimpin orang macam ni.
Jauhkanlah mak aku dan family aku daripada masuk Wanita UMNO atau apa2 saja yang ada kaitan dengan UMNO.

November 30, 2011

Ada Apa Dengan Khairul Fahmi Che Mat?

Sekarang ni memang heboh betul pasal gosip Khairul Fahmi Che Mat, keeper Malaysia. Hero negara. Pahlawan Melayu. Pembaham Garuda. Mula-mula sekali gosip dia kalau ikut kronologi;

1. Dia putus tunang. Tunang heboh dekat blog. Lepas tu berebut pasal cincin. Tunang kata dia ada orang lain.

2. Kantoi KFCM jalan-jalan dengan awek sambil pegang tangan.Dia kata minah tu macam adik kandung.

3. Keluar gambar KFCM posing depan botol arak. Dia kata tu kebetulan.

4. Blog-blog gosip keluarkan gambar KFCM bergambar dengan seorang minah yang cleavagenya agak lazat tapi sayangnya....tak berapa hot.

5. Semalam, keluar statement kat radio Bernama, family dia mintak tolong hentikan fitnah ke atas KFCM. Mak dia kata "anak dia baik."

......................

Gila banyak masalah kau Khairul Fahmi Che Mat.
Kau nak tau kenapa semua masalah ni kena kat kau?

Sebab kau handsome.

Orang Melayu jarang nak bergosip pasal subjek yang tak hensem.Baguslah
kau dah cuba menghodohkan diri dengan fesyen rambut kau yang terbaru sekarang.Kalau tengok gambar lama kau kat atas ni, aku pun boleh jatuh cinta.

Dan bagitau dekat family,tak kiralah siapa..
Tulis masalah peribadi dalam internet khasnya dalam Facebook atau blog
adalah benda paling bangang yang seseorang boleh buat.

November 29, 2011

Kalau Kau Tanya UMNO, Mana Lebih Penting, Agama atau Bangsa...Mesti Ada Yang Confuse Menjawabnya


Kadang-kadang bila kau layan RTM, kau akan dapat hiburan yang agak kelakar. Contohnya hari tu, RTM buat lintas langsung dari PWTC pasal persidangan UMNO. Wartawan pun interview seorang Datuk ni, tak berapa famous, tak ada pangkat besar.

Datuk ni pun berusaha la mengingatkan kepada penonton, "Semua orang mesti sedar pembangunan di Malaysia ni adalah hasil usaha UMNO.."

Ayat tu ok lagi..bolehlah diterima akal. Kemudiannya..dia sambung..

"Segala nikmat yang UMNO telah berikan selama lebih 50 tahun di Malaysia janganlah dipersia-siakan.."

Kah kah kah kah.
Otak Tuhan bagi.
Jangan persia-siakan.

Kah kah kah kah.
Terhibur aku di kala stress.

November 28, 2011

Pemimpin Melayu dan Tengkorak Dalam Almari

Kita tau politik kat Malaysia ni memang apa-apa cara sekalipun, boleh. Buat lah tuduhan macam mana sekalipun, semuanya ok...atas dasar politik. Daripada semua tuduhan2 yang berlaku tu yang kita takkan tau pucuk pangkal dia sama ada benda tu benar atau tidak, orang tu jugak la yang akan diangkat jadi pemimpin.

Tak pernah ke anda terfikir; kalaulah SEMUA tuduhan politik yang kita boleh dengar hari2 sekarang ni itu..adalah benda betul. Benda yang benar-benar terjadi.

Najib dengan Rosmah memang pembunuh Altantuya. Anwar Ibrahim memang biseksual. Rais Yatim memang rogol orang Indonesia. Menteri Besar Terengganu memang kena tangkap khalwat. Wan Azizah tau Anwar gay tapi senyap sebab kepentingan politik. Nik Aziz sebenarnya berlakon alim sebab nak jawatan. PM kita pernah kena tangkap dengan artis dekat Port Dickson.

Bagaimana kalau semua benda tu betul?

Dan kita pulak akan take sides.. Hanya percayakan cerita mana yang kita sokong,yang kita suka. Kita ni, tak ubah seperti buah catur yang dikawal. Kerana tak ramai antara kita yang nak jadi pemimpin. Tak ramai yang berangan pun nak jadi PM. Mungkin masanya dah tiba untuk ajar anak2 kita jadi pemimpin. Bukan untuk jadi seorang politician yang berlakon hebat jadi seorang pemimpin.

Mungkin ada yang bertanyakan... "Habis tu, kalau macam tu nak sokong siapa?"

Sokonglah mereka yang takde skandal takde gosip liar.
Masalahnya,.....ada ke?

Kita terlalu ramai politician.. Tapi sangat kekurangan pemimpin. Apa yang kita mampu buat sekarang ni adalah pilihlah pemimpin yang paling kurang memburukkan orang lain. Kita takde choice lain. Itu cara kita sekarang.

Agama tak suka cara politik kita...
Tapi kita kena suka sebab itu cara Malaysia.

Berapa orang pemimpin kita...berpolitik ikut cara agama? Bilanglah dengan jari dan tangan anda. Insya Allah cukup jari anda. Sebab tu masyarakat kita suka tengok orang lain jatuh. Sedar tak sedar, pemimpin yang kita pilih adalah wajah kepada masyarakat yang mereka pimpin.


November 24, 2011

November 23, 2011

Sayang, Abang Sudah Jatuh Cinta Sama Zaskia Adya Mecca Dari Seberang


Kalau kau bukak TV ke Facebook ke apa-apa sekarang ni..tak habis lagi cerita pasal betapa bagusnya Malaysia berbanding dengan orang Indonesia. Indonesia tak hormat itulah..Indonesia cilaka lah...Indonesia tak bertamadun lah...Ramai pulak yang respon menaikkan semangat. Pergh!

Mesti ramai jugak yang lepas habis kutuk2 gila babi tu..bukak komputer nak update status Facebook nak maki Indonesia ni......sambil layan lagu Dewa 17 takpun Rossa. Aku pun baru layan drama Indonesia semalam. Awek dia hot-hot.

Kah kah kah kah.
Gelak kaum yahudi sebab tengok orang sama bangsa sama agama dok bertelagah.

ps - Mana-mana negara pun ada monyet. Bila ada monyet provoke anda dan anda respon provokasi itu...ia tak menjadikan anda hebat dan kuat. Tindakan itu menjadikan anda seorang monyet.

November 22, 2011

5 Perkara Yang Anda Boleh Belajar Mengenai Posting Aku Semalam

1. Kelulusan adalah amat penting. Kau takde kelulusan kau perlu bergaji lebih rendah berbanding mereka yang berkelulusan. Itu adalah peraturan sesetengah orang yang dah di set dalam kepala dia.

2. Seseorang itu akan kekal berpuas hati dengan apa yang dia ada selagi tidak ada orang lain cuba minta lebih daripada apa yang dia dapat.

3. Kerja sebagai jurutol? Kalau boleh jangan cuba minta gaji lebih tinggi kerana,come on la...anda jurutol aje. Fresh grad pun Rm1800 aje tau! Jadi jurutol kena mintak kurang dari tu.

4. Seseorang itu tidak akan bersuara selagi tidak ada orang lain yang berani bersuara.

5. Kerja jurutol? Jangan expect gaji yang reasonable sebab ramai jugak yang tak terlibat pun dengan pekerjaan tu tapi bermentaliti macam CEO syarikat tol.


.........

Artikel semalam rekaan aku.
Aku memang penipu.
Tapi kau tak boleh tipu respon kau.

Jika anda merasakan RM2200 untuk jurutol di Malaysia adalah sesuatu permintaan yang tidak munasabah...anda sebenarnya yang tidak munasabah.

 Terima kasih.
Aku tak expect dapat respon negatif sebanyak tu.
Sangat berjaya eksperimen aku. Yea!

November 21, 2011

Rintihan Jurutol Malaysia

Kuala Lumpur, 18 Nov 2011 - Kesempitan hidup yang semakin menekan memaksa beberapa orang pekerja syarikat konsesi lebuhraya yang bekerja sebagai Jurutol melakukan piket untuk meminta dinaikkan gaji mereka.

Kebanyakan pekerja yang menyertai piket secara aman itu sangat tidak berpuas hati dengan tindakan syarikat konsesi lebuh raya yang masih lagi enggan menaikkan gaji pokok Jurutol di seluruh negara walaupun keuntungan yang dicapai oleh syarikat pengendali lebuhraya-lebuhraya di Malaysia mencapai bilion keuntungannya.

Salah seorang peserta yang namanya tidak ingin dikenali memberitahu, "kami kerja susah payah,siang malam,raya pun kami tak balik,kena bergilir-gilir tapi apa imbuhan kami dapat? Yang kaya pengurusan."

Pandangan sama turut dikongsi oleh Asnita, salah seorang Jurutol yang bertugas di kawasan Lembah Klang. "Saya berjaga pagi tapi siang saya kena jaga anak,masa saya untuk keluarga tak ada."

Hasil tinjauan rambang wartawan mendapati ramai antara mereka memperolehi pendapatan kasar RM850 ke RM950 sebulan, satu amaun yang boleh dikatakan agak rendah berbanding dengan profesion lain.

Jurucakap bagi kumpulan Jurutol ini yang hanya mahu dikenali sebagai Azman Jantan meminta pihak konsesi supaya mempertimbangkan kenaikan gaji kasar Jurutol di seluruh negara dinaikkan daripada RM850 kepada RM2200 tidak termasuk kerja lebih masa.

"Kerja kami sangat berisiko tinggi. Bila-bila masa saja nyawa kami boleh melayang walaupun pihak pengurusan sudah memasang alat-alat keselamatan tetapi mungkin ramai yang tidak sedar, kami menyabung nyawa setiap hari. Pada kami jumlah yang kami minta amat munasabah kerana keuntungan syarikat pengusaha lebuh raya kebanyakannya sudah pun mencapai kadar balik modal dan keuntungan yang diperolehi setiap tahun semakin meningkat kerana jumlah bilangan pengguna kenderaan semakin hari semakin bertambah."

Encik Azman menyimpulkan, "Pada kami amaun RM2200 adalah amaun yang berpatutan kerana ini selaras dengan usaha Perdana Menteri kita yang ingin menjadikan negara ke arah rakyat berpendapatan tinggi."

Pihak kami masih lagi menunggu maklum balas daripada pihak-pihak pengurusan lebuh raya.

November 18, 2011

Awkward Agama : Ada Apa Dengan Janda?

Aku selalu tulis pasal ni.

Tugas seorang isteri mengikut agama amat mudah...sebenarnya. Isteri kena pastikan suami mampu carik nafkah untuk keluarga dan isteri kena jaga dan didik anak-anak.

Tugas suami pulak?

Tugas suami adalah semua benda yang isteri tak kena buat termasuklah apa-apa saja benda yang masyarakat Melayu kata "isteri punya kerja" yakni basuh baju,lipat baju,kemas rumah,sapu sampah,buang sampah dan apa2 lagi kerja lain yang orang2 tua kita kata "anak dara kena tau."

Perlu diperjelaskan kat sini; Makan pakai suami...exclusively..isteri punya tanggungjawab. Sebab tu lah orang2 tua kita kata "anak dara kena tau." Tapi masyarakat kita dah skew benda tu sehinggakan semua hal rumah....jatuh dekat isteri.

Aku nak tanya..siapa orang paling kuat dalam dunia?

Mesti kau akan jawab pemenang pertandingan World Strongest Man yang mampu tarik kapal terbang menggunakan tangan. Akan ada juga yang menjawab Bruce Lee adalah orang paling kuat dalam dunia sebab badan dia adalah badan paling sesuai untuk aktiviti fizikal.

Kalau bercerita pasal orang yang paling kuat dalam dunia; kita akan kaitkan dengan aktiviti fizikal. Seolah-olah kekuatan itu adalah milik satu jantina sahaja; lelaki.

Tetapi sebenarnya,
orang yang paling kuat dalam dunia adalah seorang perempuan yang mampu melakukan kedua-dua kerja suami dan isteri apabila dia kematian atau kehilangan suami dia kerana dia masih mempunyai anak-anak.

Sebab tu agama kita galakkan kalau nak berpoligami,kahwinilah janda atau balu. Sesiapa yang mengahwini janda atau balu yang mempunyai anak, mereka sebenarnya mengahwini orang yang paling kuat dalam dunia.

Tapi,kita,orang Melayu...mulut tak reti tutup. Bila dengar seseorang perempuan itu statusnya janda, akan ada la mulut yang kata "mesti dia gersang sebab dah tak dapat ehem-ehem....."

Tak percaya? Googlekan "main dengan janda."

Lihatlah hasilnya.Tambah sedikit variasi kalau nak search tu; "main dengan janda anak satu," "mencari janda gersang" atau simply cari "janda." Menarik bukan hasil carian anda? Sekarang...cuba kau carik "Sex with single mom." Comparekan dengan result search "Main dengan janda" tadi. Ada berbeza tak mentaliti orang agama lain dengan orang Melayu yang agamanya Islam?

Agama suruh bantu golongan ini sebab mereka tanggung beban dua orang atas bahu mereka sendirian tapi lebih ramai lelaki yang nak janda ni panjat duduk atas bahu mereka. Apa-apa saja yang janda buat...mesti jadi berita sensasi. Belum masuk lagi adegan stereotaip dalam drama kat TV kita.

1. Kat kampung, ada janda hot...mesti janda tu berniaga kedai makan.
2. Perniagaan dia tu mesti laku. Sebab dia janda hot.
3. Isteri-isteri mesti takut kalau suami selalu pegi makan situ.
4. Suami pulak mesti suka makan kat situ sebab boleh usha janda.
5. Ramai2 sanggup lepak kedai janda tu tak kira usia, tua muda semua gatal.

Tipikal gila. Drama kita adalah cermin masyarakat kita tetapi drama tidak pun menggunakan cermin itu untuk membentuk masyarakat.

Mungkin Datin-Datin yang memperjuangkan hak wanita di Malaysia boleh bantu golongan janda dan balu atau senangnya, ibu tunggal carik suami.  Suami anda pula sudah pastinya berkemampuan. Apa salahnya anda benarkan suami anda berkahwin dengan golongan wanita yang sepatutnya dibantu seperti yang dianjurkan oleh Islam?

Mungkin itu langkah permulaan untuk mengelakkan golongan janda, balu dan ibu tunggal ni dipandang serong masyarakat. Khasnya janda. Sebab kalau lelaki membaca Harian Metro setiap hari...ramai yang akan percaya...janda mesti gersang.

Harian Metro..
Sampah masyarakat.

November 17, 2011

Contest Untuk Blogger : "Kenapa Aku Rasa Blog CursingMalay Awesome Gila?"

Memandangkan blog ini dah makin popular dan makin dikenali sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa, yakni orang Malaysia yang duduk oversea, aku dengan ini ingin mewujudkan contest macam blogger-blogger lain yang tak sefamous aku selalu buat.

Contest ni mudah.
Apa yang diperlukan hanyalah sedikit aje masa anda.

Cara menyertai :

1. Buat satu entri dan tajuk entri tu adalah "Kenapa Aku Rasa Blog CursingMalay Awesome Gila?"

2. Entri tu mestilah memuji aku. Sebarang kritikan atau pandangan negatif aku disqualifykan.

3. Peserta contest ni mestilah meletakkan plug in lagu kegemaran aku sekarang ni di blog diorang iaitu lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latif dan pastikan plug in tu autoplay bila orang bukak blog anda. Tujuannya untuk menghasilkan mood yang sesuai untuk pembacaan. Volume setkan tinggi2.

4. Dalam entry anda tu, anda mestilah meletakkan banner yang aku sediakan kat bawah ni. Takde banner dalam entry, disqualify. Pilih salah satu. Kalau nak letak semua lagi bagus tetapi chances untuk anda menang tidak berubah.





5. Kemudian lepas anda dah publish...anda ambik link post tadi dan pastekan link blog anda kat ruangan komen kat entry aku ni. Ni syarat tak compulsory. Lagi cantik kalau gambar avatar anda adalah gambar gadis cantik, kalau aku nampak gambar awek, selalunya aku akan bukak link anda tu. Sebarang proposal untuk menjadi gelfren atau perempuan simpanan akan diberikan penilaian yang lebih khusus.

..............

5 x Hadiah Utama :
Pemenang akan mendapat satu (1) visit daripada aku dan apa yang lebih membanggakan, aku akan komen dalam posting anda mengenai blog aku tu. Lumayan kan?

10 x Hadiah Saguhati :
Kemungkinan untuk orang bukak link blog anda yang anda pastekan dalam komen tu akan meningkat. Percentage anda bertukar-tukar link dengan blogger lain akan melonjak!

1 x Grand Prize Winner :
Aku declare awal-awal lah supaya takde orang sue aku..
Grand prize winner contest ni adalah aku.

.................

Terima kasih jika anda menyertai peraduan ni.
Mula lah mengarang entry anda sekarang. 
Tiada tarikh tutup untuk peraduan ini. 
Bila-bila anda nak masuk anda boleh masuk. 

Pemenang hadiah utama akan dipilih bila-bila masa aku berkelapangan.

November 16, 2011

Sitcom Review : How I Met Your Mother 710 "Tick...Tick...Tick..."

Bagaimana hendak melukakan hati seseorang,
yang kau tau masa depan dia dengan kau kelam,gelap?

Adakah anda akan terus bersama dengan dia, walaupun diri kau tahu hati kau ada di tempat lain?Jauh dari hati dia tapi melekat di hati seorang lain. Tapi dia yang ada di depan kau itu ikhlas,benar-benar sayangkan kau. Kau rasa dia ikhlas. Kau tahu dia ikhlas. Dan kau tau dia lah yang terbaik.

Berdiri di satu sudut lain..seseorang yang kau kenal,yang kau tau, yang kau dah biasa. Dia bukan yang terbaik. Dia juga bukanlah calon pilihan yang sesuai. Masalahnya, dia buat kau gembira. Setiap masa kau dengan dia, kau ada rasa getar dalam jiwa.

Tapi...kau sedar dia bukan yang terbaik untuk diri kau.
Dia tak punya masa depan terjamin. Dia punya keinginan untuk pasang lain.Dia juga suka main-main.

Siapa yang akan kau kejar? Adakah kau akan kejar stabiliti? Atau kau kejar fantasi?

Dia yang selamat.
Atau dia yang menggoncang jiwa kau.
Mana satu pilihan anda?
Anda mahu kejujuran atau anda mahu romantik?

Sebuah dilema yang tiap2 hari kita tempuhi.

Rating 
9/10

ps - Satu masa dulu aku hampir give up dengan cerita ni bila dia jadi cerita kartun.






November 15, 2011

Ada Sesiapa Dah Beli Barang Kedai 1Malaysia?

Kat rumah aku ada Mydin.

Aku selalu jugak la pegi Mydin beli barang kat situ. Aku perasan kat Mydin mesti ada produk nama "MyRasa." MyRasa ni aku rasa produk house brand Mydin. Jadi aku beli la..sebab mmg agak murah. Ada la beberapa benda aku beli.

Salah satu benda yang aku beli adalah susu pekat dalam tin.

Rasa susu tu macam mana? Macam minum susu berperisa besi. Macam mana nak describe rasa tu? Beli susu tin kat Mydin brand MyRasa lepas tu rasa sendiri.

Rasa dia memang pelik. Nasib baik aku beli satu tin aje.

Aku mengerti lah apsal barang MyRasa tu murah. Memang murah...satu tin murah 70 sen,80 sen banding dengan brand jenama lain TAPI 10 sen lagi mahal dari brand in-house sebuah pasaraya Perancis yang rasanya jauh lagi reasonable berbanding "susu berperasa besi" tu.

Jadi, satu soalan;
Kalaulah anda ada beli susu tin kat kedai 1Malaysia, adakah susu tu sama macam susu MyRasa dekat Mydin tu?

Perlu diingatkan, aku bercerita pasal susu tin sahaja. Benda lain macam kuih raya dia aku rasa ok aje..walaupun boleh rasa la itu semua machine based punya produk. Aku senantiasa mencari alternatif lain untuk susu pekat dalam tin sebab aku rasa harga susu tin sekarang agak tak munasabah dan aku banyak minum susu.

November 14, 2011

Muhyiddin Yassin Adalah Menteri Pelajaran Paling Tip Top Dekat Planet Bumi Ni


Tak habis lagi dengan krisis PPSMI, kerajaan lagi sekali cuba mencipta satu lagi cadangan yang bakal jadi krisis berpanjangan untuk orang ramai. Maybe kerajaan Malaysia sekarang memang suka bergelumang dengan krisis yang diorang reka sendiri.

Guru-guru dicadangkan bekerja dari 7:30 pagi hingga 4:30 ptg untuk sesi pagi dan 9:30 pagi ke 6:30 petang untuk guru sesi petang. Baguslah. Aku rasa ramai cikgu yang gembira dengar berita ni...kan?

Itu belum masuk lagi polemik dan krisi yang akan berlaku nanti..bila ada sekolah diberikan opsyen BI nanti. GILA PUNYA KERJA.

Kenaikan gaji will always come with some side effects,kan? Itu baru bab guru..belum masuk sektor awam lain. Nantikan aje la...mana lah tau lepas 1 Januari nanti....ada surprise2 lain. Sebab apa? Sebab mana ada negara gila yang ekonominya defisit tapi sanggup bagi duit cash one shot dekat orang ramai. Itu adalah bentuk management gila. Idea gila.

Unless...ada cara lain untuk recover balik duit yang dah dikeluarkan tu.
Banyak cara dia. Selalu yang jadi mangsa..orang biasa lah.

Horey kerajaan Barisan Nasional!

Mahathir punya tahi belum habis dicuci..
Muhyiddin tambah pulak lagi tahi sendiri.

ps - Ada sesiapa tengok Buletin Utama hari Sabtu? Ada tengok footage Hajjah Rosmah pakai seluar ketat kaler kuning jalan2 hulur bantuan? Ada yang muntah tak?

November 12, 2011

Keramat 11 November 2011!

KUALA LUMPUR: “Saya memang menunggu tarikh 11 November 2011 (11.11.11) untuk melahirkan bayi kerana nombor ini cantik dan unik, malah lebih baik sekiranya bayi dilahirkan di Terengganu kerana akan menggunakan kod 11 di dalam MyKad,” kata Suriati Katrina, 36.

Katanya, pemilihan tarikh itu untuk bersalin hanya sekadar berseronok dan tidak membawa maksud tertentu.

“Keempat-empat anak dilahirkan mengikut tarikh dipilih sendiri, memandangkan mereka semua dilahirkan secara pembedahan. Tarikh yang dipilih untuk kesemua anak sekadar suka-suka, sama dengan tarikh lahir saya, suami dan ibu. Manakala, anak keempat ini melakar sejarahnya tersendiri kerana lahir pada tarikh cantik.

“Waktu matang bayi ini pada 7 November lalu, tetapi saya minta ditunda kepada 11 November dan doktor membenarkannya kerana ia tidak terlalu lewat. “Sebelum membuat keputusan, saya membuat pemeriksaan dan merujuk kepada doktor terlebih dulu kerana tidak mahu mengambil sebarang risiko,” kata ibu kepada bayi lelaki Mohamad Ryley Huesen Zamanhuri yang dilahirkan pada jam 10.01 pagi.

Pengurus acara dan pameran, Liew Mun Yee, 38, pula berkata dia sudah merancang untuk melahirkan anak pada 11 November kerana mengikut kepercayaan masyarakat Cina, nombor satu membawa kepada kebahagiaan dan melambangkan pemimpin.

Katanya, dia yang sepatutnya melahirkan bayi pada 22 November berbincang dengan suami serta doktor untuk mempercepatkan tarikh kelahiran semata-mata untuk dapatkan tarikh istimewa itu.

“Saya berharap bayi lelaki ini akan membesar dengan sihat, membawa tuah kepada keluarga serta sentiasa menjadi nombor satu seperti tarikh kelahirannya,” katanya.

Bagi Reenajit Kaur, 33, tarikh 11 November tidak membawa sebarang maksud dan menganggapnya kebetulan.

“Saya tidak memilih tarikh untuk melahirkan bayi kerana apa yang penting kesihatan bayi lelaki yang dilahirkan. Lahir pada tarikh istimewa hanya satu bonus kepada kami kerana dapat nombor yang cantik,” katanya ketika ditemui di Hospital Pantai Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Pengurus Kanan Perkhidmatan Pelanggan, Pesakit dan Perhubungan Awam Hospital Pantai Kuala Lumpur, Carol Pelly, berkata hospital mencatatkan sejarahtersendiri apabila 11 bayi (sembilan lelaki dan dua perempuan) dilahirkan pada 11 November.

Sementara itu, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) setakat jam 12 tengah hari, 16 bayi dilahirkan (10 perempuan, enam lelaki), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) 12 bayi (tujuh perempuan, lima lelaki), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) 11 bayi (enam perempuan, lima lelaki) dan Pusat Perubatan Prince Court (11 bayi)

............

Semua orang bercerita pasal nombor...
tapi tak ramai yang bercerita pasal semalam tu hari Jumaat.

November 11, 2011

Awkward Agama : Melacurkan Islam Adalah Pekerjaan Yang Halal dan Sah di Malaysia

Kalau kau bukak paper, khasnya paper yang orang Melayu suka baca, ada banyak iklan mengenai produk-produk kesihatan.Jadi hari tu bila aku baca pasal satu produk yang menulis; "Bila anda dirawat oleh mesin terapi kami selama satu jam sama seperti anda bersenam selama 3 jam.."

Aku tergelak bila baca statement tu. Kelakar. Sangat kelakar.

Tapi apa yang sangat obvious mengenai produk berunsurkan "miracle medicine" ni adalah mesti iklan dia akan tepek muka mamat Melayu pengasas perubatan tu dan selalunya produk2 tu akan dinamakan dengan nama-nama yang berbunyi Islamik, sebab kita tau...kalau orang Melayu nampak produk Islamik...orang Melayu akan berdondon pergi beli...henfon Islamik,mesin terapi Islamik,water filter Islamik, seluar dalam Islamik...semua benda Islamik. Tak kiralah berapa ribu harga dia sekalipun.

Kepada yang beli produk camtu, kau tak fikir logik ke? Macam mana sebuah mesin yang nampak macam sangat cap ayam kualitinya..mampu gantikan hospital yang ada doktor dan beratus nurse?

Bukak la kepala kau...

Siapa yang buat mesin tu?
Siapa yang cipta mesin tu?
Dari mana mesin tu datang?

Konfem research untuk buat mesin tu bukannya dilakukan oleh "Doktor Melayu" kita yang tepek muka dia dalam iklan tu. Dia takde terlibat langsung dalam penciptaan mesin tu....

Apa yang dia buat hanyalah bawak masuk mesin tu dari China..copkan nama Islamik dekat produk dari China dan kemudian claim tu produk dia.

Wajah2 "Doktor yang maha hebat" yang kau nampak dalam iklan tu sebenarnya hanyalah middleman..atau dalam erti kata lain...salesman yang poyo dan exaggerate produk orang lain dan claim itu produk dia. Tapi macam biasa...orang Melayu, bila nampak produk bernama Islamik...dia akan support. Semua atas nama Islam. Taruk aje nama company ala Islamik..produk ala Muslimin sket...setel.

Aku pun ingat nak meniaga..."Pelacur Islamik."
Mesti ramai yang nak langgan.

November 10, 2011

Orang Melayu dan Tuah Nombor

Mesti kau selalu nampak kereta yang ber-plate nombor "8888" ke "888" ke "88" ataupun lebih hebat lagi,satu angka 8 aje..Kalau orang Cina yang drive kereta tu, oklah..reasonable. Memang diorang percaya benda2 camtu sebab orang Cina mempercayai angka 8 membawa "ong" dalam kehidupan. Tapi bagaimana pulak kalau pemiliknya orang Melayu...sanggup berbelanja ribu-ribu semata-mata nak dapat plate nombor 8...sebab dia pun percaya angka 8 bawak "ong."

Tak ke bangang orang Melayu yang agamanya Islam tu?

Kita orang Melayu..beragama Islam..tapi kita percaya satu nombor ciptaan manusia boleh berikan nasib yang lagi baik..dekat kehidupan kita? Syirik ke tu? Bergantung nasib dengan benda lain dan mempercayai yang hidup dia dikawal satu benda lain selain dari Allah Yang Maha Esa..syirik la kan?

Belum masuk lagi kes JPJ bukak bidding untuk nombor "ong" tu. Pada pandangan kau...apa status pendapatan JPJ lelong hasil dari jualan nombor tu dari sisi agama? Nombor tu sepatutnya tak dijual, kan?

Tapi benda berkaitan nombor ni bukan setakat stop macam tu aje. Dah lama dah benda ni menular ke nombor henfon. Pegi kedai jual henfon kau akan nampak ada list "VIP Number." Nombor yang mahal sket dari nombor yang lain. Jadi ramai la yang berebut nak beli VIP number..

Sebab dia hanya akan rasa macam VIP kalau dia tuan punya nombor tu.
Kah kah kah kah. Bengong!

Orang Melayu..

Berenti lah percaya dekat tuah nombor. Kita orang Melayu. Nombor berapa pun kita beli..berapa ribu pun kita bayar..kalau Yang Satu kat atas tu tak selalu kau "call"...hidup tak ke mana walaupun kau berkereta nombor platenya "8888" dan kau pemilik nombor VIP dekat henfon kau.

Lagipun..satu-satunya masa orang lain tau nombor kau adalah bila kau bagitau nombor kau dekat orang tu. Lepas dia dah save nombor tu dekat henfon dia....haram langsung dia takkan tengok atau ingat nombor kau.

November 09, 2011

Najib, Rosmah, Ibadah Haji dan Hasad Dengki Orang Melayu

Ada pihak yang cuba memperlekehkan isu Najib dan Rosmah pegi haji.
Kata diorang, itu semua mainan politik.

Nak pancing undi orang Melayu. Keh keh keh. Apa bodoh punya pandangan. Bodoh benar ke orang Melayu ni? Dengki dan busuk hati sampai macam tu sekali orang Melayu rupanya.

Jadi, bila geng UMNO tanya, Anwar Ibrahim dah pegi Haji ke? Geng pembangkang cepat2 carik posting Anwar tunjuk jadikan bukti. Geng UMNO gelak2. Geng pembangkang sambung gelak-gelak pasal jambul Rosmah terkeluar masa nak pegi haji.

Apa punya bodoh politik.

Bila Najib dan Rosmah nak pegi haji hari tu, aku dok berharap supaya bila diorang balik, Rosmah start pakai tudung. Tutup jambul dia. Aku juga berharap Najib lepas ni terbukak pintu hati dia dan sedar...dia tak sepatutnya meletakkan diri dia sebagai seorang aristokrat lagi.

Itu doa aku la pada diorang.
Aku wish diorang berubah. Sebab apa?

Sebab kalau Najib dan Rosmah berubah jadi lagi baik, faedah dia takkan dapat kepada orang lain, dapat dekat kita jugak. Mungkin cara lain untuk betulkan apa yang salah dekat Malaysia ni selain daripada tukar kerajaan itu sendiri adalah mintak tolong Tuhan tukar perangai pemimpin tertinggi Malaysia.

Jujurnya, aku cukup tak suka cara Najib. Dia suka memancing orang2 muda dengan hiburan. Aku cukup menyampah bila tengok dia sokong konsert Suara Kami hari tu. Terlalu banyak event yang Najib "support" yang mengajak orang2 muda terkinja-kinja macam beruk dapat bunga.

Tak mengejutkan kalau event2 haram tu disokong oleh pihak2 yang ada keuntungan monetary hasil daripada event tu tapi bila PM sendiri turun memberikan apporval untuk budak2 muda lupa Tuhan,lupa batas agama...aku jadi blur. Seolah-olah Najib suka generasi muda Malaysia khasnya orang Melayu berhibur dan berseronok.

Bila sesebuah negara dapat pemimpin yang suka beribadah, benda tu juga akan reflect kepada program2 yang dianjurkan. Tapi banyak program yang dianjurkan kerajaan sekarang ni lebih menjurus kepada berhibur sambil memancing undi. Itu belum masuk lagi upacara berdiri ramai2 sambil mengangkat jari menunjukkan simbol "1Malaysia" yang aku rasakan salah satu gesture paling bodoh yang pernah aku saksikan.

Jadi, kalau ikut belah pembangkang, Najib dan Rosmah pegi haji sebab nak pancing undi orang Melayu. Takpelah. Tuhan bekerja dalam cara dia sendiri.Macam mak aku kata...bila kau kat Mekah, kau akan fikir betul2 pasal diri kau sendiri. Doakanlah Najib dan Rosmah balik jadi dua orang individu yang lebih baik bila Kaabah dah depan mata diorang. Busuk hati kau selama ni..on the spot kau dapat balasan kat situ.

Doakanlah Najib berani nak ubah Malaysia lebih ke arah yang lebih baik, lebih adil, berciri keagamaan dan kurang berunsur hiburan bodoh.

Bukankah itu yang kita mahukan?
PAS pun nak gaduh apa lagi kalau Najib berubah jadi macam tu,kan?

Kita tengok la nanti. Kalau Najib still duk support konsert bangang dan Rosmah masih lagi "macam tu,"....tukar kerajaan. Tuhan takkan tolong kan kalau kita tak berani nak take action dan berubah kan?

November 08, 2011

Dari Facebook Hari Ini


Walaupun banyak keburukan Facebook,
tapi benda yang paling best mengenai social media site
adalah betapa banyaknya benda menarik yang aku boleh baca tiap2 hari.

November 05, 2011

Kenapa Aku Perlu Sokong Seksualiti Merdeka?


Tuhan jadikan manusia tu perfect...
Sempurna...

Secara semulajadi nya..manusia dilahirkan fitrahnya ;

1. Baik..bukan setakat baik..suci.
2. Lelaki suka pempuan
3. Pempuan suka lelaki
4. Takkan suka benda jahat

Itu Tuhan punya kerja.Melainkan special kes macam orang khunsa,tapi orang khunsa pun tau sama ada dia tu lelaki ke pempuan. Jadi..Buat apa kau nak sokong..orang Melayu yang cuba lawan fitrah dia? Orang agama lain? Biarlah..aku bukan tau apa pegangan diorang. Tapi pegangan agama Melayu yang Lesbian,Gay dan Transgender sama aje macam apa aku percaya.

Berhentilah salahkan Tuhan.
Anda songsang bukan sebab Tuhan buat anda macam tu..
Tapi sebab anda nak jadi macam tu.

ps - Ambiga..Ambiga..kau ingat lepas Bersih hari tu, kau boleh buat apa saja ke?


November 04, 2011

Awkward Agama : Apa Warna Pakaian Dalam Anda Hari Ini?


Benda yang paling memalukan bagi seorang lelaki adalah lepas masuk tandas,
dia terlupa nak tarik zip seluar dia, lalu berjalan merata-rata.

November 03, 2011

Guru-Guru Yang Mengamalkan Ketuanan Melayu di Sekolah

Guru adalah satu bentuk pekerjaan yang sangat mulia.Guru bukanlah sekadar seseorang yang mengajar di sekolah tetapi guru juga adalah mereka yang akan membentuk masyarakat kerana kita semua, punyai ilmu.Tetapi apa yang membimbangkan pada ketika ini adalah wujudnya pandangan sinis kepada guru-guru kerana;

a. Guru akan naik gaji
b. Guru kerja half day

Rezeki masing-masing la.Tidak perlu di iri hatikan. Walaubagaimanapun,ada segelintir golongan guru yang aku harap, dia tak dapat imbuhan yang bakal diberikan awal tahun depan.

Guru-guru yang "racist fuck."

Semua orang racist.Aku racist.Kau racist. Penipu besar la kalau kau kata kau tak racist. Semua orang rasa selesa bersama dengan orang yang sebangsa dengan dia. Semua orang nak tengok anak bangsa dia berjaya. Tapi,bila bangsa dah diletakkan atas agama, pekerjaan guru akan jadi satu profesion yang akan dipandang keji,hanya kerana wujudnya segelintir golongan guru yang aku gelarkan "guru racist fuck."

Cubalah tanya-tanya kalau ada dikalangan rakan ke,anda sendiri ke...ada tak cikgu yang main pilih kasih ikut bangsa?

Ada. Mesti ada seorang dua kat setiap sekolah.

Cikgu jenis ni hanya mengajar betul2 ikut bangsa. Bangsa cikgu tu Melayu? Budak Cina budak India dia tak berapa hirau sangat. Apatah lagi budak anak pendatang asing yang mak bapaknya orang Indonesia. Buat tak tau pun ada.

Alasan dia mudah..
Buat apa nak tolong bangsa lain?Lebih baik tumpukan perhatian majukan bangsa sendiri. Diorang pandai ke bodoh bukannya ada kesan dekat dia.

Dilemma paling besar orang Melayu adalah orang melayu selalu merasakan orang bangsa lain menindas mereka. Orang bangsa lain mahu potong mereka. Tetapi orang Melayu tak berani nak admit..mereka juga gemar menindas bangsa lain. "Orang cina kontrol ekonomi..jadi apa salahnya orang melayu tekan diorang sket..." bunyi-bunyi tu akan selalu kedengaran.

Jadi, oleh kerana wujudnya perasaan seperti itu berlakulah kes-kes di mana fokus guru lebih kepada murid sebangsa dia. Macam selalu kedengaran mentaliti orang Melayu, "Ak eleh...budak Melayu kalau pegi sekolah Cina mesti dia kena camtu jugak dengan cikgu Cina dia!"

Biarlah..kalau dia nak buat mcm tu biarlah.Kau sebagai cikgu..kau ada agama Islam. Islam tak bagi kau buat macam tu. Kenapa kau lagi pentingkan bangsa kau berbanding permintaan agama kau sendiri?Agama dah kata,treat semua orang sama tak kira bangsa tak kira agama. Kalau kau sebagai pemerintah bilik darjah kau,kau mesti adil dengan semua pelajar kau. Kita mesti berlaku baik dengan semua orang malah kita mestilah berlaku adil dengan mereka yang terlibat dalam pekerjaan kita.

Macam mana masalah nak selesai kalau dia berunding pakai parang,kau bawak keluar pedang..dia bawak keluar pistol,kau bawak keluar bazooka.

Tak kiralah dia bangsa apa sekalipun,anak siapa sekalipun..anak orang pendatang haram ke..yang paling penting adalah dia tu anak murid kau.Dia tanggungjawab kau. Jadi laksanakan tanggungjawab kau.Dia murid kau..itu amanah Tuhan pada kau.

November 02, 2011

Upcara Karpet Merah ke Neraka

Wartawan berkerumun di depan dewan,berbaris panjang menunggu ketibaan artis dan selebriti.Ada sekelompok peminat-peminat fanatik juga sedang riuh menunggu bermulanya upcara karpet merah sebagai pembuka tirai acara malam itu.

"Diumumkan ketibaan tetamu kita yang paling istimewa,Datin Seri Rosmah Mansor bersama anak-anak kesayangan!" Juruacara memulakan majlis. Rosmah Mansor pun berjalan sambil tangannya diangkat menonjolkan simbol "satu" mewakili "1Malaysia" atau sekadar ingin memberitahu orang ramai..dia first lady.

Wartawan kembali berbaris di luar selepas Rosmah Mansor selesai masuk ke dalam. "Itu dia artis pertama kita yang datang...Pasha Santa!" Pasha Santa pun turun dari kereta dengan gaya anggun. "Cik Pasha,Cik Pasha..siapa yang Cik pakai malam ni?" tanya seorang wartawan yang nampak seperti tidak habis PMR.Pasha Santa pun memusingkan badannnya,menayangkan bentuk badannya yang sendat dan menawan lalu menggayakan pakaian designer terkenal itu."Malam ni saya memakai Kadir Selamat.."

Pasha berlalu pergi sambil gambarnya terus di ambil wartawan. Berhenti pula sebiji Ferrari di depan lalu turunlah Llama Jasmon."Cik Llama...gaun rekaan siapa tu?" tanya seorang lagi wartawan hiburan."Kali ni Llama hadir dengan gaun rekaan Peter Chan,pereka dari Hong Kong.." jawab Cik Llama yang gemar membahasakan dirinya menggunakan nama sendiri. Dia pun berpusing lalu menayangkan bahagian belakang badannya yang terdedah. "Wow..seksi,seksi.." fikir beberapa orang wartawan lelaki.

Berenti lah sebuah kereta Perodua Myvi.Turunlah Ustaz Tariq al-Malek,seorang Ustaz yang selalu muncul di kaca TV.Suasana yang sebentar tadi riuh bertukar senyap.Ustaz Tariq hanya datang dengan memakai sehelai t-shirt pagoda dan kain pelikat yang dilipatnya menjadi samping dan capal murah.

Ustaz Tariq diam merenung mereka yang beratur lalu berjalan masuk.Beberapa kali lampu denyar kamera menyala membuatkan mata Ustaz Tariq sedikit silau. Dia melangkah masuk sambil mulutnya terus tersenyum.

Tak lama kemudian datanglah selebriti yang terkenal dengan jolokan artis seksi Malaysia iaitu Fatimah Rozario. Baru saja kakinya hendak berpijak di tanah kamera tidak henti-henti mengambil gambarnya. Fatimah Rozario malam itu mengenakan gaun berwarna merah yang menonjolkan bahagian sisi payu daranya.

"Dia tak pakai bra ke?"fikir wartawan di situ sambil tangan terus laju menukar kadar kepanjangan lensa tepat ke dada Fatimah. "Cik Fatimah,Cik Fatimah!" Seorang wartawan terpekik memanggil. "Give me some good pose please!"

Fatimah pun tidak mahu menghampakan wartawan itu. Dia pun berdiri mencekak pinggang lalu tubuhnya dipusing-pusingkan mempamerkan bentuk tubuh badan yang hanya boleh diperolehi oleh usaha keras di gimnasium dan diet yang berkesan. Payu daranya terbuai-buai setiap kali dia berpusing dan punggungnya yang pejal membuatkan air liur sesetengah peminat di situ meleleh.

"Ok ya..I nak masuk dalam!" kata Fatimah sambil melambaikan tangannya.

Malam itu majlis berjalan lancar. Ramai artis datang dengan pakaian yang direka khas oleh designer tempatan. Rosmah Mansor juga kelihatan sangat gembira apabila diajak berduet bersama Sharifah Aini di atas pentas. Sesi latihan karaoke beliau tidak sia-sia.

Anugerah malam itu disampaikan dan pemenang-pemenang pun pulang dengan senyuman lebar.

..............

Keesokan harinya, semua akhbar tabloid menampilkan kontroversi hangat yang terjadi pada malam anugerah tersebut.Kebanyakan akhbar tabloid, berita utamanya berbunyi "Ustaz Tariq Datang Majlis Berpakaian Tidak Sopan."Ada juga yang meminta Ustaz Tariq memohon maaf kepada penganjur kerana tidak menghormati majlis.Ada juga wartawan yang menyiarkan keluhan peminat yang mahukan Ustaz Tariq digam daripada muncul di televisyen kerana berpakaian tidak senonoh. Malah, laman blog gosip artis Melayu,ramai yang mencemuh Ustaz Tariq kerana tidak menjaga adab majlis.

November 01, 2011

Solusi Tuhan Untuk Mereka Yang Ingin Bercinta


Kepada semua pencari jodoh;
Jodoh tidak akan datang pada kamu,
Tatkala kamu menyendiri sendiri,
Bagaimana hati dapat dikongsi?

Kepada pencari jodoh,
Jodoh dicari dengan panduan,
Kenapa tak guna rujukan Tuhan?
Selamat nanti tak sakit badan..

Kepada pencari jodoh,
Ingatlah,jangan gelojoh,
Berpasang-pasangan itu bukan jalan,
Banyak benar pengaruh syaitan.

Kenapa ikut cara manusia?
Bercinta sehingga berhabis nyawa,
Kenapa tak guna solusi Tuhan?
Bercintalah lepas satu pernikahan.


Berkenal-kenallah,
Tapi pastikan ada arah,
Kalau dara dah terserah?
Menangislah sampai berdarah,
Nilai badan tu jagalah,
Ramai lelaki turut nafsu serakah


Yang mencari jodoh,
Jangan jadi bodoh,
Lepas kahwin baru kata "aduh"
Nak lari mana walaupun jatuh?

Gunakan solusi Tuhan,
Bila diberi pilihan,
Muka kacak menawan,
Tapi hati ala setan,
Buat apa kan?

"Bakal suami"

Baru bakal
Guna akal.

Oktober 31, 2011

Kita Mesti Boikot Elton John...Sebab Dia Gay!


Tapi ..
Kalau Ellen Degeneres datang Malaysia nak buat talk show..
Kita mesti alu-alukan.

Aku tak sokong gay..
Tapi cadangan boikot sebab dia "gay"
bunyinya agak ridiculous.

Bukannya dia nak tadah lubang jubor atas stage
macam sesetengah celebrity kita yang kerjanya menayang jubor
untuk cuba pikat VIP atau Datuk.


ps - aku tak kerja.Aku tak tau nak buat apa sebab
kerja semua dah setel jadi aku update pendek2 camni.