Ogos 26, 2008

Bijan Oh Bijan


Bijan,
Hari tu lepas Saiful bersumpah bukan main lagi kau pergunakan isu liwat Anwar Ibrahim.Habis kau jaja ke mana-mana.Anwar liwat lah,Anwar gaylah. Pada kau sumpah Saiful pada waktu itu cukup sah dan jauh lebih sah dari mana2 akad nikah yang telah dilakukan di Malaysia.

Bijan oh Bijan,
Tapi kini,kau kata itu semua tak sah pulak sebab yang ada hanyalah seorang yang berpangkat rendah,Ramlang Porigi.Lepas tu kau suruh rakyat tunggu pengesahan Mufti.Mufti Wilayah pun tiba-tiba buat statement kata SAHIH SAH.Woohoo,2 orang UMNO yang ada pun bertepuk tangan!

Bijan,
Rakyat dah nampak lama dah yang sumpah tu tak sah hanya selepas upacara tu dibuat.Pada rakyat,siapa Ramlang Porigi?Kenapa hanya wakil penuduh disitu?Aku tak perlukan pun Mufti nak mengesahkan hal ni.Aku tak perlukan pun buah fikiran kau untuk memberitahu aku yang upacara tu karut belaka,jauh lebih karut daripada sebuah cerita fiksyen.Tapi kenapa tiba-tiba kata-kata berubah?Bila Ramlang senyap dan jadi Pak turut,kau sokong dia.Bila dah terbongkar,Ramlang pulak hilang kelayakan

Bijan,
Jangan perbodohkan orang ramai.Rakyat Malaysia tidak bodoh lagi.Hanya ORANG BODOH dan BANGANG saja yang menyokong orang macam kau.Sudah,berambus kau balik.Rosmah panggil suruh cuci pinggan kat rumah dan mop lantai.

Ada Apa Dengan Bendera?

Berita mengenai ugutan-ugutan yang diterima oleh brader Kickdefella sangat menyedihkan.Kalau polis berjaya menangkap dia,habislah dia kena masuk ISA ataupun keluar turun mahkamah atas akta hasutan yang berasal dari zaman kolonial British lagi.Siapa yang ugut dia?Orang UMNO.Orang PEKIDA.Orang Melayu.Ada yang ugut nak bunuh.Ada yang ugut nak sembelih.Kerana apa?Kerana sebuah bendera.

Apa yang aku dengar2,polis pun kalau boleh tak nak ambik apa-apa tindakan tapi sayang sekali bila Mangkuk Ayun@Perdana Menteri mengeluarkan statement "Polis mesti ambil tindakan" terhadap Kickdefella.Nak tak nak,tugas punya pasal,sumpah dah termaktub "Saya Yang Menurut Perintah" buat la siasatan.

Kenapa?Kenapa marah sangat pasal bendera terbalik?Bukankah bendera tu juga ciptaan manusia.Apa yang diagung-agungkan sangat bendera tu sampai suci benar bendera tu dijaga.
Pada sebuah negara yang benar-benar aman dan bebas,mereka bolehlah menganggap bendera mereka itu lambang keamanan negara mereka tapi kita?

Apa simbol bendera kita tu? Kuning melambangkan institusi di raja,biru melambangkan perpaduan,14 jalur melambangkan 14 negeri/persekutuan dan bulan bintang melambangkan agama Islam.

Tapi adakah Kerajaan Malaysia menghayati apa maksud bendera tu sendiri?Kalau benar bendera itu simbol agama,kenapa agama Islam mudah sangat dipermainkan?Biru itu tanda perpaduan,mana perpaduannya?Bila nak sebut pasal perpaduan,kita mesti mulakan dulu dengan kebahagiaan rakyat,kalau tak bagaimana nak mencapai perpaduan.Mana kebahagiaannya?Makin ramai rakyat Malaysia yang lebih gemar keluar bekerja di luar negara dengan harapan agar dapat menjadi warganegara negara itu.Makin ramai yang tak peduli pasal hak dia sebagai warganegara kerana dia sedar,Kerajaan Malaysia penuh menteri-menteri berotak sampah sarap,lebih gemar mengisi poket sendiri berbanding berkorban untuk negara.Kalau boleh aku tak nak la komen pasal Sultan.Kalau Kaki Tidur tu sendiri boleh lawan titah Sultan,apa sangat la bendera ni pada dia sebenarnya.14 Jalur tu pulak,patutnya dikurangkan jadi 9 aje.Sebab 5 negeri tertentu bukannya masuk pun dalam rancangan Kerajaan Persekutuan.Kalau lepas ni kurang lagi,buang lagi satu jalur.Insya Allah.

Kenapa dipertahankan sangat perihal bendera terbalik itu kalau anda sendiri sedar,negara anda kucar kacir di bawah anda?(Atau mungkin anda tak sedar,aku tak terkejut)

Bendera tu hanya simbol sebuah negara.Apa yang membentuk sebuah negara bukan benderanya.Kalau bendera terbalik ke terlangkup terlipat ke,itu semua tak penting.Yang penting rakyatnya.Betulkan dulu nasib rakyat yang terjerat baru lah ambik peduli pasal simbolnya.Kalau bendera aje yang dikibarkan cantik dan megah tapi rakyat hidup tak semenggah mana,apa nilai bendera tu?

Apa nilai kita pada kerajaan kalau kerajaan lebih sayangkan bendera daripada rakyatnya?
Rakyat nak dibelasah,bendera takut betul nak bagi basah.

Ogos 25, 2008

Najib Tun Razak Suka Mandi Susu Lembu

Patulah kulit Najib kemerah-merahan seperti selalu blushing.Ingatkan natural,ces.

Ada 3 berita menggemparkan hujung minggu lepas ni.

1 Najib Tun Razak dan Bosnya,Rosmah mengamalkan ajaran Hindu untuk menghalau unsur jahat seperti yang disebut dalam akuan bersumpah driver Datuk Nallakaruppan.Patutlah takde hal nak bersumpah sebut nama Allah SWT.Rupa-rupanya dia mengamalkan ajaran agama lain.

Sebagai seorang Islam,kalau dia mengamalkan benda camtu,itu dah boleh jadi jatuh khurafat dan lagi satu,dia dah percaya benda2 syirik.Satu sebab lagi,dia seorang Islam dan dia mengamalkan ajaran masyarakat Hindu bertentangan dengan ajaran Islam yang sepatutnya dipraktiskan.(Link Asal)

2 Raja Petra mendedahkan yang dalang sebenar kes Altantuya ialah Rosmah,bos Najib Tun Razak.Juga pendedahan yang disebut oleh RPK ini menyatakan yang kedua-dua anggota polis yang terlibat dalam kes Altantuya ini adalah "Assasin" atau pembunuh upahan.

Apa yang lebih mengejutkan,bukan sahaja Altantuya yang telah di bom di lokasi berkenaan.Ada beberapa lagi mangsa yang telah menjadi cebisan daging akibat di bom C4 di lokasi yang sama.Sama ada Rosmah terlibat dengan mangsa2 yang lain tu,tak pulak diberitahu.(Link Asal)

3 Ramlang Porigi tiba-tiba tukar pegangan politik.Diberitakan Ramlang sekarang ini di Permatang Pauh sama2 tolong berkempen untuk DS Anwar Ibrahim.

Firstly,aku tak mintak maaf dekat Ramlang Porigi kerana kutuk dia tempoh hari.Kerana kalau takde orang yang mencaci dia sebelum ni,aku pasti takkan berlaku perubahan ke atas kes Imam Masjid Wilayah ni.Ramai yang bersuara dekat internet memohon maaf.

Tapi pada aku,walaupun dia mendapat arahan untuk menghadiri akuan sumpah Saiful Bukhari itu,kalau dia tau benda tu tak betul sepatutnya dia kena pegang dengan pendirian dia.Biarpun dia kena ugut ke,kena caci dengan orang atasan ke tapi kalau dari awal lagi dia dah sedar dan berat hati,jangan hadiri.Lari dari situ,hilangkan diri.

Walaupun bila menandatangani perjanjian penjawatan dan bersetuju untuk menjadi "Saya Yang Menurut Perintah" tapi itu hanya perintah dari manusia.Bukan dari Tuhan.Negara kita ni jadi macam tu la sebab terlalu ramai Pak Turut yang mengangguk sahaja bila terima arahan,padahal dalam hati tak suka.

Sampai bila nak biarkan jadi camtu?
Takkan la sebab dia bos/orang atasan anda,semua arahan perlu dipatuhi?Sama-sama kita tunggu pengakuan rasmi Ramlang Porigi.Apa-apa pun,terima kasih kepada Encik Ramlang kerana cuba menjelaskan perkara sebenar.Sekurang-kurangnya kesilapan tu dapat diperbetulkan.Terima kasih jugak kerana dapat membantu menyelamatkan Malaysia ni.Berubah elok sikit pandangan aku dengan orang-orang Jabatan Agama Islam Malaysia ni.(Link) dan (Link 2)

Kesimpulan aku,buatlah pilihan ikut naluri anda.Akal ada,gunakan.Pilih lah mana satu yang anda rasa terbaik untuk anda dalam jangka masa panjang.Kepada orang Melayu yang rasa ketuanan Melayu hanya mampu dijaga oleh UMNO,renung balik UMNO itu apa.

Rosmah sebagai First Lady Malaysia?
Simpang Malaikat 44!

Ogos 23, 2008

Nilai 15 Sen Ikut Utusan Malaysia

Seorang eksekutif jualan, Faridzul Anuar Narawi, 22, berkata, pengurangan harga petrol itu boleh membantunya mengurangkan perbelanjaan bahan api antara 15 hingga 20 peratus.

“Saya banyak melakukan kerja di luar kawasan. Sebelum ini, kos perbelanjaan bahan api boleh mencecah sehingga RM400 sebulan, jadi dengan pengurangan harga minyak ini, ia boleh menjimatkan perbelanjaan,’’ katanya.

Pekerja syarikat swasta, Haslindaroha Hawari, 26, berkata, penurunan harga bahan api itu membolehkannya merancang semula perbelanjaan harian terutama bagi yang sudah berumahtangga selain membolehkan menabung untuk masa depan.

Pekerja swasta, Muhaizenizam Abd. Karim, 29, pula menyifatkan penurunan harga minyak tersebut terlalu sedikit berbanding kenaikan pada Jun lalu.‘‘Bagi saya, turun sebanyak 15 sen tidak beri banyak kesan, terutama kepada golongan berpendapatan rendah,” katanya.

Pengurus restoran, Mohd. Fairuz Zainal, 28, pula berkata, penurunan harga runcit petrol itu sedikit sebanyak dapat membantunya mengurangkan perbelanjaan minyak motosikal yang mencecah RM200 sebulan sejak kenaikan minyak, Jun lalu.Mohd. Fairuz gembira dengan langkah yang diambil kerajaan yang sekali gus menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat yang semakin terbeban dengan kenaikan harga barangan.

Berbeza dengan seorang tukang masak, Mohd. Rafaei Mohamed, 28, yang beranggapan penurunan harga runcit petrol masih lagi rendah jika dibandingkan dengan kenaikan mendadaknya sebanyak 78 sen sebelum ini.‘‘Masa naik 70 sen, tetapi turun hanya 15 sen padahal harga minyak dunia mengalami kejatuhan yang ketara, ’’ katanya yang menggunakan kereta untuk ke tempat kerja.

Di IPOH, seorang pengguna Nizam Ramli, 37, yang turut melahirkan rasa lega dengan penurunan itu berharap kerajaan mengkaji kadar harga baru itu dari semasa ke semasa bagi kepentingan pengguna terutama golongan berpendapatan rendah.

Md. Yusof Ali, 45, berkata, penurunan harga minyak ini membuktikan kerajaan memahami masalah yang dihadapi rakyat di negara ini.

Seorang pengguna, Yao Cheng Kim, 59, berkata, penurunan harga minyak itu boleh membantu rakyat tetapi ia sepatutnya diturunkan dengan kadar yang lebih rendah berbanding kadar sekarang.‘‘Saya tidak setuju kalau kerajaan menurunkan harga minyak 15 sen ini kerana ia tidak banyak membantu rakyat,” katanya.

Seorang pemandu teksi, S. Subramaniam, 50, berkata, penurunan harga petrol dan diesel dapat mengurangkan beban yang dihadapi oleh pemandu teksi di bandar raya ini.

Di BUKIT MERTAJAM, seorang peniaga makanan, Fauzi Sazali, 35, memberitahu, beliau menyambut baik langkah kerajaan mengumumkan penurunan harga petrol walaupun jumlah hanya 15 sen.‘‘Baguslah, saya menanti-nantikan pengumuman harga minyak diturunkan dan akhirnya setelah beberapa bulan terpaksa menanggung kos yang tinggi, harga minyak akhirnya turun.

Kereta Kancil satu tank muat 32 liter petrol.Penurunan harga minyak ialah Rm4.80.Isi full tank harga lama RM86.40.Harga baru RM81.60.

Motor aku full tank 15 liter harga lama RM40.50.Harga baru RM38.25.Perbezaan RM2.25. Satu full tank bole la pakai 5 hari ulang alik 60 kilometer sehari kalau bawak ikut had laju.Jadi penjimatan seminggu aku RM2.25 darab 4 minggu sebulan.Dapatlah Rm9 aku save akibat penurunan harga ni.

Ingat lepas ni boleh la aku simpan2 nak buat beli BMW.
Terima kasih Kerajaan Barisan Nasional.



Proton Gedik dan Perodua Manja


Seperti budak-budak manja yang mengada-ngada.
Inilah perangai dua persatuan vendor pengeluar kereta nasional kita ni.

Dalam satu memorandum yang dihantar ke Kementerian Pedangangan Antarabangsa dan Industri,dua vendor ini,Proton Vendors Association (PVA) dan Kelab Vendor Perodua (KVP) telah meminta agar cukai eksais ke atas MPV import dinaikkan,selari dengan cukai yang dikenakan ke atas kereta2 penumpang import.Alasan mereka,kerajaan akan lebih untung daripada hasil cukai yang lebih tinggi dan lebih senang kerajaan mengurus hasil cukai jika cukai kereta penumpang dan cukai MPV diletakkan dalam kategori yang sama.

Apa yang aku nampak,tak berapa lama lagi,Proton dan Perodua akan keluarkan MPV mereka sendiri.Mungkin kerana takut tak dapat bersaing dengan harga jualan MPV import (kos buatan kereta nasional yang tinggi) jadi terpaksalah minta tolong kerajaan naikkan cukai eksais MPV import,sekaligus menaikkan harga jualan MPV import.Bila harga MPV import tinggi,orang yang nak beli MPV takde pilihan lain,terpaksalah beli Proton atau Perodua MPV.

Nak berniaga,berniaga la secara adil.Nak bersaing,bersaing la betul-betul.

Paling menaikkan darah,dua2 vendor ni juga telah mengusulkan agar diwujudkan akta tempoh jangka hayat kereta.Kalau kat Singapura,tempoh dia 10 tahun.Kalau buat kat Malaysia macam tu,habis aje bayar kereta,dah kena beli kereta baru.Dua vendor ni bagi contoh negara Jepun yang berjaya buat benda ni.Bro,kat Jepun,kereta Impreza ke Evo ke sape2 pun mampu beli,pakai dan buang.Kat Malaysia ni mampu ke rakyat kalau nak implement benda sama?

Dengan harga minyak yang mengarut dan cukai kereta dan motorsikal yang melampaui hukum alam,sedar tak diorang ni bila berkata-kata?Harga kenderaan kat Malaysia ni bukan sama dengan tempat lain.Lagi nak naikkan cukai dan nak perkenalkan expire date kenderaan.

Dah kena tekan dengan kerajaan,ada lagi pihak yang nak jugak tekan pengguna dalam lagi.
Perangai sama aje macam menteri.

Sumber berita

Kenapa Scanner Raja Petra Diambil?

Mungkin kerana gagalnya kempen "Cinta IT" Kerajaan satu masa dulu membuatkan polis2 yang menggeledah rumah Raja Petra mengambil scanner kepunyaan blogger itu.Apa point polis nak merampas scanner tu?Adakah polis berharap dengan adanya scanner itu:

- Akan dijumpai cap jari untuk mendapatkan suspek2 yang memberi informasi kepada RPK
- Dapat dijadikan bahan bukti mahkamah (bukti apa,aku tak tau)

Pada pandangan aku,pihak polis menganggap :
1) Scanner menyimpan data
2) Data-data yang disimpan discan oleh scanner masih boleh diextract balik
ataupun..
3) Barang itu adalah sebijik tablet pc,lengkap dengan skrin yang ditutup dengan cover
ataupun..
4) Pihak polis sendiri tak tau itu adalah scanner,main ambik aje sbb nak nampak ada hasil buat kerja

Laptop kena rampas,aku boleh faham kenapa.Scanner?Takde point langsung.
Mungkin lepas ni kita beramai2 boleh ke balai2 polis berdekatan dan mengambil komputer yang ada di sana,tengok pulak macam mana diorang rasa.Scanner diorang,takyah ambik.Biar diorang bekerja pakai scanner aje.

Gambar hiasan diatas: Sebuah scanner (untuk rujukan pihak polis)
Bacaan Tambahan : How Scanner Work (LINK)



Kenapa Aku Percaya Dengan Anwar Ibrahim


Kata Sharbery Cheek (Brader Buih) dalam debat,Anwar Ibrahim selalu buat janji2 populis.Apa maksud populis tu?Kalau ikut definisi,populis bermaksud "satu pegangan yang lebih mementingkan rakyat "the people" jika dibandingkan dengan golongan bangsawan "the elites."

Aku tak taksub dengan Anwar dan aku rasa ramai pembaca yang membaca blog aku ni tak taksub dengan Anwar.Kita ada dua pihak yang sedang bertelagah.Satu nampak cuba menguntungkan diri sendiri,family,kroni dan satu pihak lagi nampak ada usaha memperjuangkan nasib kita,rakyat sambil menguntungkan kroni masing-masing.

Jadi,mana satu anda nak sokong?

Kalau nak ambil kira perjuangan UMNO dulu2,memang la sesiapa pun akan sokong UMNO.Sebab UMNO yang membawa kemerdekaan kepada kita.Tapi betul ke UMNO yang memperjuangkan nasib rakyat dulu2?Atau perjuangan UMNO hanyalah satu perjuangan yang direka dalam buku2 sejarah untuk mengaburi mata pelajar2 sekolah walhal sebenarnya,yang berjuang itu orang lain,yang dapat nama UMNO?

Kita tak tau sebab golongan macam aku,tak hidup masa tu.Kita tak nampak dan kita tak saksikan sendiri apa yang terjadi.Cuba bukak balik buku teks sejarah sekolah menengah,baca pasal perjuangan kemerdekaan.Siapa wira dalam tu?UMNO.UMNO dan UMNO.Kita tak tau cerita sebenar.Zaman sekarang,mudah dan cepat berita sampai .Bayangkan hidup anda 2 minggu takde internet.Mana nak dapat berita pasal perjuangan pembangkang,perjuangan Anwar Ibrahim kalau setiap hari terpaksa membaca Utusan Malaysia dan menonton RTM?

Mungkin satu hari nanti,bukak buku sejarah sekolah,ada diceritakan bagaimana pengkhianat2 negara menganjurkan perhimpunan BERSIH dan menggugat keselamatan awam.Bukak bab lain pulak menceritakan bagaimana penduduk2 Bukit Mahkota Cheras bangkit melanggar undang-undang dan membuat keadaan jadi huru hara.

Kita boleh dah tengok kat TV dan suratkhabar tempatan berita2 camtu,tapi nak ke kita biarkan cucu cicit kita still hidup dan belajar sejarah yang penuh penipuan.Aku ada kat BERSIH,aku ada dekat Bukit Mahkota.Aku pergi ceramah Anwar Ibrahim,permit dapat,tapi kenapa pentasnya dirobohkan polis?

Apa yang aku nampak semua tak sama dengan apa yang aku tengok dalam TV.Sebab tu aku sokong pembangkang.Apa saja yang kerajaan bagitau dekat umum berkaitan 3 benda yang aku sebutkan tu,semua lain dengan apa yang aku nampak dengan mata aku sendiri.Aku tak nak orang ramai kena tipu.Aku tak nak diri sendiri kena tipu.Kenapa aku nak sokong kerajaan penipu?Sebab sepatutnya dia KERAJAAN dan kerajaan tak sepatutnya treat rakyat dia macam tu.Sepatunya Kerajaan yang keluarkan janji2 yang berbentuk populis,bukan seorang bekas menteri yang telah ditendang diterajang keluar dari kerajaan.

Aku sokong Anwar bukan sebab dia Anwar Ibrahim.Aku sokong dia sebab dia kata dia nak naikkan ekonomi Malaysia,dia nak turunkan harga minyak,benda2 tu bagi kesan kat kita semua,rakyat-rakyat.Dia nak bagi projek2 kat kroni ke sedara ke itu dia punya pasal,sebab politician is still politician.Tapi bila Anwar Ibrahim dah berubah tukar mentaliti sama macam ahli-ahli UMNO sekarang,lupa rakyat,lupa amanah,takkan la aku masih still nak menyokong dia?

Apa yang kita nakkan sebagai rakyat?Seseorang yang janjikan benda2 yang menguntungkan nasib kita sebagai rakyat?Kita sebagai rakyat pun ada kepentingan masing-masing kan?

Jadi,antara BN dan Pakatan Rakyat,mana satu yang lebih menguntungkan anda?Turun 70 sen atau turun 15 sen?Kuasa kita makin lama makin kuat dan kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang dah sedar.Jadi,gunakan peluang yang ada.

Malaysia perlukan perubahan dan siapa Malaysia?Malaysia itu kita semua.



Ogos 22, 2008

Terima Kasih!Abdullah Badawi Legenda Negara

Terima kasih kerana penurunan yang amat ketara,memang membantu dalam meringankan kos sara hidup rakyat.Sudah pasti taraf hidup rakyat akan semakin meningkat.

Puteri Mengaji,Cantik dan Seksi

Aku tak tau nak komen apa.Clueless.
Kulit putih melepak tu.

IKLAN:Komik Terbaru Di Pasaran - Agent America

Kisah "Agent America" terbitan Ayam Comics mengisahkan mengenai seorang lelaki yang bernama Anwar Ibrahim.Bila waktu siang,dia adalah penasihat kepada sebuah parti politik di Malaysia tetapi bila malam,rupa-rupanya dia adalah seorang kaki liwat lelaki dan juga seorang ejen Amerika Syarikat.


Sahabat-sahabat baik Anwar Ibrahim juga adalah orang-orang Yahudi dan daripada orang Yahudi inilah Anwar Ibrahim belajar bertutur dalam Bahasa Hebrew.Ini membolehkan Anwar Ibrahim menonton filem Passion of The Christ tanpa memerlukan subtitle.

Sejak menjadi ejen Amerika,Anwar Ibrahim juga aktif melakukan aktiviti2 liwat dan sasaran utama dia adalah jejaka-jejaka gagah dan tampan.Anwar lebih gemar jejaka yang lebih kuat daripadanya kerana dia berpegang kepada prinsip "Kalau senang nak dapat,tak cukup thrill nak meliwat"

Komik ini sebenarnya sudah mula diedarkan semenjak tahun 1998 tetapi telah dicetak semula dan telah dikemaskini agar sesuai dengan peredaran semasa.Illustrasi nya juga telah diupdate dengan stroke2 yang lebih segar dan masakini.Juga diselitkan sekali preview untuk isu ke 2 di mana Anwar Ibrahim@Agen Amerika bakal berdepan dengan KJ@Kakak Jenglot yang suka bergaduh sambil mengenakan pakaian wanita.Pasti mengghairahkan!

Dapatkan segera di mana-mana pengedar risalah Barisan Nasional berdekatan anda.
Harga : Free untuk Ahli BN

United States of Malaysia

Bukankah pemimpin2 kita sekarang pun baik dengan US?Siap nampak lagi ada yang mengampu dan tukang kaki kipas US.Tak suka ke Amerika Syarikat?Apa reason anda?Kenapa Anwar dituduh menjadi agen US sedangkan kita sendiri sedar USA adalah satu negara yang sangat penting kepada ekonomi kita?Jadi di sini aku nak jelaskan sikit kenapa bukan saja Anwar Ibrahim Agen US malahkan negara kita ni sebenarnya kroni US.

Fakta mengenai Kepentingan USA Kepada Malaysia Dalam Bidang:

1) Ketenteraan (link)

Ini teks ucapan Bijan Tun Razak pada tahun 2002.Baca sendiri dan nilaikan.Part merah tu pandai2 buat penilaian sendiri.





2) Ekonomi (Link Asal)



Untuk pembacaan yang lebih teliti bagaimana ketamakan Amerika Syarikat dan lemahnya kerajaan kita dalam beberapa perkara,sila baca artikel ini. Lepas baca ni baru anda faham betapa bergantungnya kita kepada Amerika sampaikan kita yang terpaksa ikut kehendak mereka ni.

Untuk lebih memahami bagaimana perbincangan mengenai FTA (Free Trade Agreement) antara Amerika dan Malaysia berjalan dan syarat2 yang dikenakan ke atas negara kita jika mahu Amerika bersetuju menerima perjanjian bebas ini,sila download file ini (dalam bentuk PDF,memerlukan Acrobat Reader) Anda juga boleh melawat www.ftamalaysia.org untuk pembacaan lebih mendalam.

3) Kastam dan Imegresen (Link)

Kita punya port pun Amerika letak pegawai dia.

Itu baru tiga hal,belum masuk hal-hal lain lagi.Tolonglah sedar yang negara kita sebenarnya TERLALU BANYAK bergantung dengan Amerika Syarikat.Sebab kita tau kita masih banyak yang perlu kita pelajari.Pada aku,bukan saja Anwar yang baik dengan US.Semua menteri2 kita baik dengan US sebab hubungan kita dengan Amerika memang penting.

Kesimpulan aku,kalau ada orang kata Anwar agen US,apa keburukannya kat situ? Kita sendiri boleh nampak Malaysia bekerjasama dengan Amerika.Kenapa bila melibatkan Anwar Ibrahim benda tu dijadikan isu tapi bila masuk kelibat kerajaan kita sendiri,Amerika lah rakan dagang paling penting bagi Malaysia.Apa propaganda kerajaan BN sebenarnya,menyebarkan risalah2 yang mengatakan Anwar Ibrahim agen Amerika padahal kita masih lagi bekerjasama dengan mereka.

Bila ada kepentingan dekat diri sendiri,semua benda jadi sah.Tapi bila masuk bab musuh,ubah pendirian kata Amerika lah negara terkutuk. Nak tuduh Anwar Ibrahim agen US?Laksanakan "Dasar Tutup Pintu" terhadap Amerika.Lepas tu barulah ada reason Kerajaan BN nak menuduh Anwar Ibrahim Agen Amerika.

Anti sangat Amerika,jangan tengok langsung filem Hollywood.
Tengoklah filem-filem tempatan.Tak ke beku kepala otak tengok filem "Prof" Razak Mohaideen?

Pertanyaan Kepada Penyokong BN

"ANDA SETUJU TAK DENGAN KENAIKAN HARGA MINYAK?"

Kalau sesiapa yang pernah baca cerita aku pasal penjual ubat kuat lelaki yang menjanjikan "naik cepat,turun lambat" sudah pasti tidak akan gemar berita terbaru ni.

Tengah bulan aritu (aku rase baru je minggu lepas) announce kerajaan tengah kaji nak turunkan harga minyak dan yang paling best,harga minyak jika diturunkan akan berkuatkuasa mulai 1 hb September 2008.

Hari ni,keluar pulak berita,TAK JADI.Tangguh lagi sebab nak buat kajian lebih mendalam.Kena tunggu 31 Disember 2008 kerana nak ikut harga minyak masa tu pulak.Kenapa nak kena tunggu?Harga minyak dunia dah turun daripada 150++ dollar kepada 110++ dollar.Jadi penurunan sebanyak lebih kurang 40++ dollar.Convert duit kita,satu tong minyak dah turun RM130++.

Aku tak paham betul menteri2 kita ni.Kenapa bila ada benda yang berlaku yang menyebabkan "kenaikan harga" mesti laju je,takyah ada kajian2 lagi.Tapi bila nak turunkan,punyalah susah,kaji itu,kaji ini.Kena buat lawatan pergi negara2 lain dululah,meeting selalu mesti ada karipap la,macam-macam lagi.Apa point anda dilantik sebagai menteri kalau anda sebenarnya takde akal macam mana nak tackle benda2 camni?Siapa yang lantik menteri2 ni?Kalau tau diri sendiri takde kebolehan,kenapa nak jadi menteri?

Sebab duit?Sebab bole kawin artis?Sebab ada kuasa?Sebab gila kuasa?

Aku tak tau siapa yang betul dan siapa yang salah dalam bab liwat meliwat ni (tapi aku ada pandangan aku sendiri) tapi apa hujah anda untuk menyokong KERAJAAN BARISAN NASIONAL?
Sebut pasal minyak,anda sokonglah sampai terberak terkencing dalam seluar sekalipun,minyak naik harga anda still affected jugak.

Takde ke sesiapa yang dekat Permatang Pauh ni pegi interview penyokong2 UMNO kat sana?Tanya diorang "Pada pandangan Encik/Puan,setujukah anda dengan kenaikan harga minyak?"Tengok la apa dia jawab.Kalau dia jawab setuju memang akal dia dah tertinggal dekat rumah la tu.

Kenapa anda masih sokong Barisan Nasional?
Ada tak sesiapa yang sokong BARISAN NASIONAL ni boleh jawab kat sini?


Ogos 20, 2008

Public Servant : Just Kowtow

Kenapa dalam Bahasa Inggeris,staff government di gelar "Public Servant" dan kenapa dalam Bahasa Melayu/Malaysia dipanggil "Pegawai Kerajaaan?"

Sebab kalau diterjemahkan direct,Public Servant bermaksud "Pelayan Rakyat" atau yang lebih halus lagi "Pegawai Rakyat"

Adakah ini juga satu trick kerajaan untuk menakutkan "Public Servant" negara kita supaya hanya tunduk mengangguk dan menurut perintah?

Saya yang menurut perintah.

Ahah!Kan Aku Dah Cakap!

Okeh,tengok.Aku letak link tu semalam,hari ni kalau korang cek balik tengok Ramlang Porigi dah dinaikkan ke jawatan Imam.Hah!First sekali,fakta:

Gambar ini memaparkan jadual peperiksaan untuk kenaikan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.Tengok tarikh peperiksaan dijalankan.Tak mungkin sebuah jabatan kerajaan se-efisien ini,exam baru lepas,jawatan dah boleh dinaikkan tak sampai seminggu selepas peperiksaan.



Aku bukan nak cakap apa tapi kadang-kadang kita kena sedar,tak semua orang yang bekerja memegang sesuatu jawatan tu layak untuk menyandang jawatan tersebut.Kadang-kadang orang yang bergelar cikgu pun tak semestinya hanya sebab dia bergelar cikgu,membuatkan dia layak mengajar.

Jadi,pada aku,ni benda penting.Sebab ini bukan hal main-main.Ni hal agama Islam ni.Ni hal maruah orang.Ni hal nasib satu negara.

Cuba bukak balik link Direktori Staff Majlis Wilayah.
Tiba-tiba Ramlang Porigi dah naik jadi Imam,dah naik jadi Imam dalam sehari je ni!Dah ambik exam ke ni?Ke dia ni super bakat?

Sumpah demi Allah,Wallahi,Wabillahi,Watallahi semalam aku bukak dia masih lagi Pembantu Hal Ehwal Islam.Ingat rakyat bodoh ke?Pasal hal-hal agama pun nak tipu ke?Ni belum sentuh bab logo halal lagi ni.

Ingin jadi Imam?Semak file ini,kalau anda boleh jawab,anda boleh jadi Imam sama macam Ramlang Porigi.

Dan satu lagi,untuk menjawab soalan member baik aku,Lord AK yang selalu meninggalkan komen kat blog aku ni:Tuan Guru Nik Aziz tak pernah pun menyatakan yang dia bersetuju dengan sumpah Saiful Bukhari. Kalau anda semak kat HarakahDaily,TG Nik Aziz dah jelaskan semua benda tapi dekat Utusan Malaysia,lain pulak cerita dia.

Jadi,siapa berbohong?Takkan TG Nik Aziz berbohong dalam surat khabar utama dia sendiri?Lord AK,aku bukan nak attack kau tapi aku cuma nak informkan dekat kau.Apa-apa pun,kau memang hensem.

Ogos 19, 2008

Kenapa Sumpah Saiful Satu Sandiwara Politik


Okeh..aku amat2 berdebar-debar,dua tiga hari ni kepala aku ligat je nak buat research pasal Sumpah oleh Saiful Bukhari.Jadi,sebab dah ada orang kecoh2 pasal orang yang temankan dia menyumpah-nyumpah tu,ini hasil research aku.

Kalau anda tengok gambar di atas,ada dinyatakan Saiful ditemani oleh bapanya dan juga Imam Masjid Wilayah,Ramlang Porigi.Ok la tu,cukup la tu,saksi yang ada pun dah kukuh dah tu.(gambar dari Utusan Malaysia)

Tapi membaca pasal siapa yang hadir tu membuatkan aku nak tau jugak,siapa saksi2 yang ada tu.Sebab:

1) Kes ni kes yang sangat besar,seorang lelaki bersumpah yang dia telah diliwat lelaki lain

2) Untuk kes yang mempunyai magnitud sebesar ni,ia dilakukan secara tiba-tiba dan tanpa pemberitahuan kepada umum.

3) Orang yang paling layak mengadili muhalabah Saiful ni mestilah seorang yang boleh dipercayai dan juga sangat-sangat dihormati.Mesti orang yang dipilih adalah paling cikai pun IMAM BESAR MASJID

Dan apa yang aku dapat?
Ramlang Porigi?Imam Masjid Wilayah?Hahahahaha.

Dia bukannya Imam Besar pun.Dia seorang Pembantu Hal Ehwal Islam.Aku bukan nak menidakkan kebolehan dan ilmu Encik Ramlang kita ni tapi untuk kes yang sebegini besar,takkanlah seorang Pembantu Hal Ehwal Islam dihantar untuk menjadi saksi.

Jadi,hanya ada 2 orang saksi.Satu,bapa Saiful.Satu lagi, Pembantu Hal Ehwal Islam Masjid Wilayah.
Yang paling menghairankan aku,bila aku bukak website Masjid Wilayah,website tu kosong.Takde apa.Hanya ada skrin putih.Adakah sebab takut rahsia terbongkar?(tapi dah terlambat pun)

Paling best,pegang Al-Quran pakai tangan kiri.Skrip sumpah pegang tangan kanan.Mana satu lagi suci adik oi?Untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh call 03 62018780 ext.158 dan boleh bercakap terus dengan Encik Ramlang Porigi.

Link :
Direktori nama kakitangan Masjid Wilayah
(Sila tengok nama last sekali)

Link kepada website Masjid Wilayah

Dan last sekali,terima kasih kepada sesiapa yang mendapat info ini.Sila masukkan nombor kad pengenalan 790726125443 (790726-12-5443 ) ke Semakan Daftar Pemilih.

Tua aku dua tahun dah boleh jadi saksi sumpah kes liwat.Kepala atok kau!



Top 10 :Kegunaan Tangan Kiri

10 Menekan butang-butang di radio kereta

9 Membantu menekan butang "Shift" di keyboard

8 Memegang kuali ketika memasak

7 Memegang kayu ketika menggergaji

6 Mengetuk snare ketika bermain dram (untuk drummer tangan kanan)

5 Menarik clutch ketika menunggang motorsikal

4 Memeluk pinggang awek sambil tangan kanan membelai rambutnya

3 Untuk mengorek hidung

2 Membasuh dubur selepas melabur

1 Memegang Al-Quran ketika bersumpah sesuatu yang penting


Sejuta Masih Tak Cukup Lagi Abang Oi!

Semalam,mengharapkan agar RTM1 menyiarkan satu-satunya rancangan diorang yang aku percaya sahih iaitu siaran langsung Piala Malaysia,aku pun tukar channel dari ESPN pergi RTM1.Tengok-tengok RTM tengah tunjuk siaran langsung Final single badminton yang melibatkan pemain nombor 1 dunia,Lin Dan dan player nombor satu Malaysia,Lee Chong Wei.Aku terlupa yang game tu semalam sebab dok fikir pasal Kedah layak ke final ke tidak,Terengganu bahaya.

Korang pun tau camne ending game tu jadi aku tanak tulis.Frust.

Apa yang aku nak bangkitkan kat sini; adakah tak cukup ganjaran sejuta yang akan diberikan kerajaan Malaysia ni?Apa lagi yang diorang nak?Sejuta tu.Tak cukup ke untuk buat atlit-atlit kita bersaing dengan lebih gagah?Tak mampu ke duit sejuta tu untuk membuatkan diorang lupa sekejap pressure-pressure dari penonton tu?

Bila aku buat research sket,rupanya memang tak cukup ganjaran RM1,000,000 tu.Memang tak cukup!Sebab atlit-atlit negara lain yang dapat pingat emas dapat imbuhan lagi besar.

1) China :
Imbuhan lebih Sejuta pound berupa 1kg jongkong emas dan diisytiharkan bebas cukai seumur hidup.Kemungkinan akan juga diberikan wang pencen seumur hidup = RM7 juta lebih

2) Singapura :
Satu gold medal = 420 ribu pound (RM2.73 juta)

Negara-negara lain:
Russia= £85,000 emas, perak £48,000 and gangsa £32,000
South Korea = £22,000,
Jepun=£15,000,
USA= £13,500,
German= £12,000,
Kanada £11,000

*semua dalam pound sterling,darabkan lebih kurang 6.5

Ramai jugak yang jadi jutawan segera sebab Olimpik.
Siapa ada tengok berita TV3 semalam?Hahahaha.Konon-kononnya Najib pun pakat tengok ramai-ramai Lee Chong Wei dekat projektor.Kamera fokus tengok muka macam nak terlelap.Lepas habis game,wartawan interview komen bukan main lagi.Tah tengok ke tidak tah.


Ogos 18, 2008

Cyber Troopers UMNO Unmasked


Setelah lama diintai dan diintip,akhirnya ada yang telah berjaya menangkap gambar ahli-ahli pasukan Cyber Troopers UMNO

Ogos 17, 2008

Mari Buat Dialog Untuk Gambar Ini

Lebih ramai orang marah dan terasa bila golongan2 Puteri UMNO melakukan perangai-perangai buruk tapi buat apa kita nak terasa?Mereka Puteri UMNO!Mereka memang sudah dijangka akan melakukan perkara-perkara buruk dan terkutuk.Jadi,daripada kita berasa marah dengan mereka ini,lebih baik kita gunakan kekreatifan kita dan mencipta lawak mengenai mereka ini.


Puteri A :
Aku takde suami,
aku takde lelaki,
Aku join Puteri,
mana tau berlaki menteri

Puteri B :
Abang-abang yang kuat,
Mulutku mesti kau lihat,
Aku tak pandai hal liwat,
tapi aku tere menjilat


Puteri C :
Lesbian takde yang layan,
Lelaki semua kata bolayan,
Mana la aku tak gian,
Orang ingat aku perempuan


"Puteri D" :
Aduk sakit dan enaknya
Duburku dijolok jejari puteri
Gelfren takde puteri saja ada
Untung2 dapat Saiful Bukhari

Puteri E :
Pak Jalil kerja di ladang,
Isterinya pula berganding bahu
Suruh datang aku pun datang
Apa tujuan aku tak tahu

Hantarkan penyertaan anda di ruangan komen.Pemenang akan mendapat hadiah berupa barangan elektrik sumbangan Uncle Pet.Penyertaan anda tidak semestinya dalam bentuk pantun

Ogos 16, 2008

Perempuan Melayu,Tolong Jangan Jadi Bodoh


Minggu lepas aku berborak2 dengan member aku,kenal masa zaman aku studi dulu.Aku pun bertanya2 khabar seorang dua yang aku kenal dan aku tak kontek lagi.

Tiba-tiba member aku tanya "Kau ingat Siti(bukan nama sebenar) tak?"

"Ak aah,ingat.Badan besar2 pakai tudung tu."jawab aku."Ko tau kan dia ada kat Brazil sekarang ni?"bagitau member aku."Wow,maju siot dia.Dah kerja kat Brazil!"jawab aku,sedikit jeles.

"Kepala hotak kau.Dia kena tangkap kat sana,"herdik member aku."Apsal pulak?"tanya aku,haru biru.

"Dia kantoi kat airport seludup dadah.Tah berapa ratus gram tah dia bawak,"jelas member aku."Ape jadi?"tanya aku.

"Dia ada baik dengan sorang mamat middle east ni.Orang Arab mane tah,aku tak sure.Pastu mamat tu offer dia berapa belas ribu suruh deliver barang dekat sana.Sampai kat Brazil kantoi kat airport.Terus masuk jail kat Brazil.Sekarang ni pun ada kat sana lagi.Ko bayangkan la penjara kat Brazil tu camne rupa dia"

"Ni sudah sama kes dengan Raja Munirah tu.Bodoh siot kena main camtu je,"jawab aku sambil menggeleng-gelengkan kepala,kononnya sedang berfikir dalam,padahal masa tu ada awek seksi lalu depan aku dan aku berfikir "Kenapa la dia tak pakai seksi lagi?"

"At least dia kat penjara Jepun.Organize la jugak.Ni penjara Brazil."

Simpati?Aku mungkin simpati dengan family dia tapi aku takde sekelumit pun rasa simpati dengan kawan aku sorang ni.Sebab nak duit cara mudah,cepat sanggup terpedaya dengan mamat2 Arab yang berperangai seumpama setan kat Malaysia ni.

Kepada perempuan2 Melayu,jangan jadi bodoh.Kalau nak duit,gi kerja.Kalau tak dapat kerja,gi kerja kilang.At least cari rezeki ikut saluran betul.Kalau tak sanggup dan nak jugak duit cepat melalui saluran yang betul,masuk Puteri UMNO.Pastu bila tengah tolong berkempen,selak sikit kain bagi nampak betis bila nampak Datuk2 lalu.

Ogos 15, 2008

Sumpah-Sumpah

First sekali,selepas lama menunggu Saiful Bukhari muncul melakukan upacara sumpah,akhirnya dia berjaya juga.Dalam minggu lepas memang dah dengar cerita yang Saiful akan bermuhalabah ni.Kiranya bagus juga Saiful berbuat demikian.Akan makin keliru rakyat Malaysia ni.

Tapi,pada orang yang mindset dia dah set,dia akan tetap tak boleh terima sumpahan si Saiful.Contohnya orang macam aku.Kerana pada aku,tidak ada langsung bukti yang menunjukkan perkara2 tersebut berlaku.

Apa yang aku nak ceritakan kat sini,mungkin akan buat anda tersinggung.Benar atau tidak wallahuallam.Aku cuma nak ceritakan kat sini.

Aku dah jumpa 2 orang yang mempunyai saudara mara mereka yang sebaya Anwar Ibrahim.Saudara mereka itu adalah student2 MCKK dan yang meyakinkan,mereka ini adalah antara mereka yang kenal Anwar di MCKK,mereka hidup bersama2 Anwar di MCKK.Pakcik mereka ini student satu batch MCKK Anwar Ibrahim.Pakcik mereka hanya memberitahu kawan aku 2 orang ni,Anwar pernah ada kes gay.Pernah terjadi dan pernah berlaku.Sama ada mereka pernah menyaksikan di depan mata atau tidak,entahlah.

Aku bersekolah asrama penuh lelaki semua jugak dan waktu aku form 2,dua orang senior aku,seorang budak form 4 dan seorang lagi budak form 3 telah ditangkap red-handed sedang berasmara,dalam keadaan bogel,dalam posisi love making dan mereka telah melakukan hubungan terlarang itu waktu student2 semua sedang kelas prep malam.

Apa yang berlaku kepada 2 orang senior aku tu?Waktu perhimpunan pagi esoknya,kedua2 nya telah dipanggil ke depan dan guru besar aku mengumumkan apa yang terjadi kepada semua student sekolah aku.Pergilah diorang berdua ke depan.Malu besar,malu taraf anjing,hina dan kotor.Kemudiannya, lepas abis sekolah,kitorang dengar cerita dua2 terus dibuang sekolah.Takde kompromi.

Jadi,pada aku,selagi rumors2 yang Anwar gay waktu di MCKK dahulu tu aku tak percaya.Sebab takde pun orang yang tangkap dia.Dia juga selamat menamatkan persekolahan dia kat situ.Kalau nak difikirkan,kenapa takde individu2 yang cuba mengugut Anwar Ibrahim menggunakan kisah2 asmara mereka sewaktu bersama di MCKK dulu.Malaysia ni kan penuh dengan orang yang suka mengambil kesempatan?Mana dia kekasih Anwar di MCKK dulu?

Selagi bukti takde,selagi takde sesiapa yang tangkap Anwar Ibrahim meliwat sesiapa pun,selagi tu la aku percaya Saiful Bukhari ni berbohong.Dia juga bersumpah bohong.Apa akibatnya kalau dia bersumpah bohong ni,biarlah dia jawab dengan Tuhan.

Apa yang aku nampak,tiada bukti Anwar buat.Tiada bukti Saiful diliwat.Semua hanya cakap2 kosong.Cakap seorang budak yang memang terkenal di UNITEN sebagai seorang kaki perempuan,gilakan kuasa dan sanggup membuat apa saja untuk jadi seorang pemimpin.Itu cerita2 yang aku baca pasal Saiful Bukhari dan ditulis oleh mereka yang kenal dia.

Jika benar sumpah Saiful datang dari hati, Tuhan akan tolong dia.
Tapi jika semua sumpahan dia hanya untuk kepentingan sendiri dan pihak tertentu,aku harap Tentera Bergajah akan datang mencuci Malaysia.Timing semua benda yang dilakukan oleh Saiful Bukhari seolah2 respons kepada apa saja yang Anwar Ibrahim lakukan.

Pernah anda nampak seorang mangsa rogol yang sangat konfiden dan tidak takut2.Seolah-olah dalam diri Saiful tidak ada langsung trauma,tidak ada langsung perasaan malu akibat menjadi mangsa liwat.Paling aku pelik bila tengok Saiful bersumpah tadi,dia hanya mengatakan "Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya."

Sepatutnya sumpah dia berbunyi "Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya tanpa kerelaan saya dan secara paksaan." Mengaku tanpa kerelaan masa sidang akhbar mana sah bang.

Jadi,adakah sebenarnya,Saiful rela diliwat?
Apa pula pandangan anda jika Anwar bin Ibrahim benar2 telah meliwat Saiful Bukhari dan kedua-duanya melakukannya secara sukarela?(seperti yang disebutkan di mahkamah)

Aku tak tuduh.Aku hanya bertanya.

Hantu Raya Menulis Blog?


Aku selalu bukak blog YB Zulkifli Noordin.Mungkin kerana cara penulisan dia yang agak straight forward.Mungkin juga dia adalah sumber berita yang sangat update.Rumors mengenai Anwar ingin mengumumkan ada ahli Parlimen BN nak lompat2 parti dia dah inform awal-awal,siap dia buat announcement yang mampu membuatkan pembaca berdebar-debar resah menanti apa yang akan terjadi.

Tapi sejak kes forum "Memeluk Islam" tempohari dan dikhabarkan dia telah ditangkap dibawah ISA,blog dia jadi pelik.Kemudian keluar pula berita dia sebenarnya tak ada apa-apa.Masih sihat dan bebas macam biasa.

Tapi ada satu hari tu bila aku bukak blog dia,blog dia di letakkan sebagai private blog,hanya untuk pembaca yang terpilih saja.

Kemudian pulak,blog dia telah diupdate dengan berita-berita yang telah di copy paste dari sumber yang diragui,contohnya BERNAMA.Ha ha ha ha.Kita sudah sedia maklum,BERNAMA juga merupakan salah satu agen berita yang kurang sahih kebenarannya.Sila cek di link2 blog nya,tiada langsung BERNAMA disenaraikan sebagai sumber berita beliau.

Zulkifli Noordin bila menulis dia mesti meletakkan tag " Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile"

Jadi,pada aku,blog dia tu bukan dia yang update.Kerana nampak benar cara pengendalian blog tu bukan dari tuan punya.Dari segi penulisan dan artikel yang diletakkan pun nampak ada tangan lain yang "membantu" membuat artikel.Siapa penulis blog itu?Orang2 Cyber Troopers?Beruk2 peliharaan Khairy?Jeanne Abdullah?Rosmah?Musa Hassan?Mungkin nama2 yang aku sebutkan tu,PC pun diorang tak reti on dan bila suruh pegang mouse dicariknya tikus betul.

Yang paling penting sekali,di mana YB Zulkifli Noordin?Adakah benar dia ditangkap ISA?Ataupun dia menghilangkan diri untuk menjalankan misi khas politik PKR?

Atau dia menghilangkan diri kerana marah Anwar Ibrahim tidak menyokongnya sepenuh hati semasa krisis forum Majlis Peguam itu?

Entahlah.Di Malaysia Macam-Macam Ada.
Macam-macam boleh berlaku.Orang malas belajar dibaginya biasiswa.

Ogos 14, 2008

Kata Kunci Hatiku

Sayangku walau siapa pun anda,

Kalau boleh jangan lah cuba menghack abang punya Blogger akaun.Abang amat terkejut bila tiba-tiba dalam akaun email Abang,ada satu notification letter dari Blogger memberitahu sama ada Abang ingin reset password abang atau tidak.Tak perlulah berbuat begini walaupun kita sudah tidak sehaluan lagi.Bukankah perpisahan kita dulu satu persetujuan bersama.Abang kini sudah bahagia bersama orang baru.

Tidak perlulah berkelakuan sebegini rupa kerana tak ada gunanya sayang cuba menukar password Blogger akaun saya,kerana blog ini dilinkkan hanya ke email akaun saya.Sayang yang berkelakuan buruk jadi Abang hanya menceritakan keburukan orang-orang yang awak sayangi di blog abang.



Mungkin Sayang mendapat elaun untuk cuba menjahanamkan blog-blog pembangkang tapi pada Abang,lebih baik Sayang cuba menjahanamkan website Utusan Malaysia kerana cerita palsu dan fitnah yang terkandung di dalam tu sungguhlah banyak.Yang Abang boleh percaya dalam tu hanyalah berita sukan sahaja.

Tak tahulah jika berita sukan dalam Utusan Malaysia juga tipu belaka.Mungkin Utusan Malaysia akan cuba melaporkan Malaysia menang di Olimpik.

Cukuplah.Biarkan Abang dan blog abang sendirian.
Jangan ganggu Abang lagi.

Ikhlas,
Mantot


Ogos 13, 2008

Mari Berjihad Demi Islam

Makin lama makin bodoh statement-statement orang-orang BN ni.
Link kepada berita asal

Kisah Penjual Ubat Gagah

"Mai mai abang-abang,adik-adik," jerit Pakcik penjual ubat itu menggunakan speaker.Waktu itu ramai manusia lalu lalang mengejar masa di sepanjang jalan Chow Kit itu."Mai tengok apa yang saya juai," Pakcik itu menyambung lagi." Gagah,tahan,sepanjang malam" jelas Pakcik itu lagi menyebabkan beberapa orang lelaki yang ingin tahu mula berkerumun.

"Nama saya ni Pak Lah.Saya asai Kepala Batas nu," kata Pak Lah sebagai pebuka bicara."Saya mai ni nak habak (nak bagitau) kat hangpa semua yang apa yang saya juai ni baguih untuk hangpa semua kaum lelaki ni!"

"Ni dia,satu-satunya ubat yang mampu membuatkan hangpa punya bini tak senang duduk.Ni dia ubatnya yang buleh buat hangpa semua buleh berdayung sepanjang malam!" Makin ramai lelaki yang berkerumun.Ada juga beberapa orang kakak yang berdiri agak jauh tapi nampak seakan berminat mendengar,mungkin dengan harapan suami mereka dapat di mantapkan lagi.Pak Lah lalu mengangkat satu botol plastik berwarna putih.

"Saya tunjuk kat hangpa,ni la dia Ubat Gambir Sarawak campok dengan Tongkat Ali.Saya panggei ubat ni Tongkat Sarawak!Hangpa nak tau berapa lama hangpa boleh tahan!Saya dah cuba sendiri,saya boleh bagitau hangpa satu malam saya bule pi 10 round.Rekod saya setakat ni paling lama 15 round satu malam.Satu round saya bule pi setengah jam mendayung!Sama macam orang putih kata,apa dia..All Night Long,hhahahahahah" jelas Pak Lah bangga.

Masih ada muka-muka sinis.Mungkin sedar dengan situasi itu,Pak Lah menyambung,"Hangpa tak pecaya?Takpa.Ni bini saya,nama dia Jeanne.Biak dia bagitau hangpa semua!"

Jeanne mengambil microphone,"Betoi,saya rasa malu sikit nak bagitau ni,tapi memang betoi apa yang suami saya bagitau hangpa.Memang saya rasa sangat bahagia!Abang Lah saya ni,dia memang selalu naik cepat dan turun lambat," tersenyum girang Jeanne tapi nampak malu2 sedikit.

Pak Lah mengambil semula mikrofon.

"Bila hangpa makan ubat ni,saya janji,saya gerenti,at least hangpa mampu buat 5 round satu malam.Berapa harga sebotoi ubat ajaib ni?Murah saja,ringgit Malaysia 30 saja.Mai mai mai,beli beli beli."

Ada beberapa orang yang mula berminat membeli lalu Jeanne,isteri Pak Lah pun menguruskan jual beli.Pak Lah pun menyambung,"Haa..tengok,ada yang beli.Hangpa tak jeles ka nanti kawan2 hangpa ni lagi kuat dari hangpa."

"Macam bini saya cakap tadi,lepaih hangpa makan ubat ni,hangpa akan jadi macam saya ni.Bila masa nak naik,memang cepat betoi tapi nak turun tu,punyala lama!Bila siang tu mengantuk ja saya,hahahaha.Kadang-kadang bila tertidok tu pun tak turun-turun lagi"terang Pak Lah bangga.

Habis laku ubat Pak Lah itu.Ramai betul yang membelinya.

Ogos 11, 2008

Islam Itu Mudah : Jeanne Abdullah


Uhuk Uhuk,apasal aku batuk2 pulak ni
Link Kepada Berita Asal

Perjuangan Islam atau Islam Hadhari?

Banyak konspirasi keluar pasal forum Majlis Peguam tempoh hari.Ada yang kata itu kerja UMNO.Ada yang kata itu kerja orang bukan Islam nak jatuhkan umat Islam.Entah la.

Apa yang diorang bincangkan pun aku tak berapa jelas.Kesnya lebih kurang macam ni (yang aku paham la):

Seorang lelaki India yang telah memeluk Islam telah meng-Islamkan dua anaknya tanpa pengetahuan isteri nya sendiri.Aku tak sure bini dia tu ikut sekali convert ke Islam ke tidak,rasanya tak sebab kalau dah convert kenapa nak dijadikan isu pulak.Mungkin perbincangan forum tu lebih kepada hak-hak seseorang itu untuk memilih agama yang mereka inginkan.

Kalau begitulah kesnya,isterinya ada hak untuk bersuara kerana pilihan itu sepatutnya dibuat oleh kedua-dua pihak dengan persetujuan suami dan isteri tersebut.Pada aku,bila kita dah menganut satu agama tu dan anak2 kita dah menganut agama yang kita anuti,tak semudah itu kita nak suka-suka tukar agama anak kita tu sendiri2.

Kerana isteri dia masih lagi beragama asal,India.Sepatutnya pihak si suami tu berbincang dengan isterinya macam mana yang elok dan mungkin suami sepatutnya juga mengajak isterinya masuk Islam kerana benda tu dah jadi wajib (kecuali diorang dah bercerai)

Aku tak nampak kesalahan diadakan forum untuk membincangkan benda2 tu dan sebagai seorang umat Islam aku tak rasa pun kemuliaan Islam tergugat sebab hal-hal macam tu dibawak berbincang ramai-ramai.Ini kerana isteri tu ada hak juga dekat anak-anak dia walaupun dia bukan Islam,dia still manusia dan ibu dekat anak-anak dia (kecuali dia ni seorang mak yang teruk)

Mintak maaf kalau apa yang aku tulis ni silap ke tapi daripada apa yang aku baca,itu lah yang aku faham.

Ramai betul yang sensitif pasal isu-isu agama kat Malaysia ni tak semestinya semua benda yang orang Islam buat tu betul.Berjuang atas nama Islam tu bagus tapi kadang-kadang bukak dulu mata dan tengok apa benda yang korang perjuangkan tu.Biasanya kita yang berjuang mati-matian ni tak dapat apa-apa pun,pihak lain yang untung.Ada orang yang cuba buatkan umat Islam marah padahal yang cuba buat orang Islam marah tu pun orang Islam sendiri.

Jadi,kalau ada beberapa orang Islam yang akal dia singkat nak berjuang tak tentu hala,jangan ikut.
Tu bukan Islam.Tu Islam Hadhari.




Ogos 09, 2008

Budak Darjah Satu Belajar Pasal Hidup

Satu hari dalam minggu lepas,awek aku masuk ke kelasnya macam biasa.Dia mengajar di sekolah rendah dekat satu kawasan yang boleh dikatakan kawasan pedalaman jugak la.Tiba-tiba,datang seorang budak perempuan dekat dia.Budak ni nak mengadu pasal sorang budak lelaki ni.

"Cikgu cikgu,tengok si Shahrul tu (bukan nama sebenar)"

"Kenapa ngan dia?"tanya awek aku.

"Dia cakap nanti nak romen-romen."

Awek aku agak terkedu sket sebab kelas ni bukan kelas sekolah menengah,bukan kelas budak darjah 6,ni kelas budak darjah 1.

"Pastu cikgu,dia kata nanti nak suruh mak bapak saya romen-romen.Pastu dia kata mak bapak saya mesti dah romen-romen."

Awek aku terdiam kejap (agaknya) pastu dia panggil Shahrul tu."Shahrul,awak tau romen tu ape?"

"Tau cikgu.Romen tu bila pempuan baring dan laki tu naik atas dia."Awek aku masa tu jadi gelabah lak tak tau camne nak counter balik.

"Awak tengok kat mana romen2 ni?"tanya awek aku lagi.

"Saya tengok dalam cerita cikgu.Cerita Remp-It."

Pastu si Shahrul tu pun sebab dah selalu sangat mengeluarkan ayat2 romen ni membuatkan dia dipanggil cikgu disiplin.Dia pun keluar la kelas gi kaunseling.Awek aku pun mungkin sebab ingin tahu lebih lanjut dia pun tanya dekat satu kelas "Kelas,awak tau ke romen tu macam mane?"

Satu budak laki ni angkat tangan beria-ria nak jawab."Hah,awak!"kata awek aku.

"Romen-romen ni macam rogol-rogol la cikgu."jawab budak tu.

"Awak tau ke apa yang diorang buat?"tanya awek aku lagi."Tau cikgu.Mula-mula dia cium-cium pastu laki tu pegang ngan peluk perempuan tu."

"Awak pernah ke tengok orang romen-romen ni?"

"Pernah,banyak kali.Saya tengok cerita melayu.Ada yang ada romen2,ada yang takde."

Awek aku masa tu mungkin dah rase menyesal kot sebab tanya macam2.

"Pastu kan cikgu,saya pernah tengok orang putih punya,romen2 dia lagi "teruk"jawab budak tu lagi tanpa ditanya.

"Kat mana awak tengok tu?"tanya awek aku separa gelabah.

"Saya tengok abang saya tengah tengok.Saya tumpang tengok."

Hehehe...ini cerita benar.Bukan aku reka.Budak darjah 1 dah camni.Aku rasa masa aku darjah satu,apa yang aku tau hanyalah kartun kat Tv dan pegi main2 kat padang.Nak salahkan siapa kalau budak sekolah rendah dah tere benda2 camni.Ade kot budak2 sekolah rendah yang pernah buat apa yang aku sendiri tak buat.


Ogos 08, 2008

Liwatlah Aku Puas-Puas,Aku Nak Dakwa Kau Lepas Ni

Syed Hamid Albar ada menyatakan Saiful tidak akan didakwa.Dakwaan Syed Hamid Albar,orang yang mendakwa sudah menjadi seorang saksi penting dan tak seharusnya dibicarakan.Tapi masalahnya,kes tersebut bukan kes rogol atau liwat tanpa kerelaan.

Kes itu adalah kes liwat suka sama suka antara Anwar dan Saiful.

Jadi,bila dibacakan di mahkamah yang kes yang dibicarakan ini sebenarnya adalah kisah liwat Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari secara kebenaran kedua-dua pihak,Anwar betanya kenapa Saiful tidak dibicarakan sekali?

Bukankah dalam sebutan kes menunjukkan dia juga rela diliwat (sampai beberapa kali pulak tu)?

Apa yang Anwar tersilap hanyalah satu.Anwar Ibrahim tak ke balai polis dahulu untuk membuat laporan Saiful Bukhari membenarkan Anwar Ibrahim meliwat jubur Saiful Bukhari beberapa kali.
Ini akan membuatkan Anwar menjadi pihak pendakwa dan Saiful terpaksa menjadi pihak pembela.Itulah kata-kata Syed Hamid Albar.Tapi,kalau Anwar membuat dahulu laporan polis,adakah mungkin Anwar akan ditatang dan disokong seperti mana sokongan yang diraih oleh Saiful Bukhari dari Kerajaan BN?

Jadi kesimpulannya,kalau anda gay dan anda ada pasangan lelaki anda(tak kira lah anda meliwat atau diliwat) dan pasangan anda berlaku curang lalu membuatkan anda marah,sila buat laporan polis cepat-cepat.

Mungkin pasangan anda itu akan dipenjarakan 20 tahun.
Inilah dia Undang-Undang Malaysia yang karut.
Lihat lah komen Menteri Dalam Negeri kita sendiri.



Ogos 06, 2008

Sebuah Cerita Cinta Monyet Bab 06

Semenjak tau Nurul berada di UM,aku sering berkunjung ke sana.Kebetulan pulak member baik aku ada duduk di sana.Jadi selalunya bila weekend,bila mana member2 aku semua balik rumah tinggal aku sensorang,aku pun merayap la ke Kolej Kelapan Universiti Malaya.

Waktu tu,aku selalu menumpang bilik member aku sorang ni dengan roomate dia yang bernama Alim,budak sekolah agama.Selalunya bila aku ke sana waktu weekend,Nurul jarang ada sebab dia selalu balik rumah dia dekat Gombak.Jadi aku ngan member aku ni gi la berjalan2 keliling Bangsar menaiki motor nak mengenal dunia.Waktu tu la kitorang jumpa dan tau pasal Modesto,Jalan Telawi dan perempuan Melayu sebenarnya tere minum arak.Macam tu lah kehidupan aku setiap minggu,weekdays pegi kelas (kadang-kadang) weekend pegi UM lepak ngan member aku sambil2 mengharapkan Nurul ni ada kat situ.

Satu weekend tu,bila aku sampai dekat Kolej ke-8 UM,member aku bagitau ada kes budak nak bertumbuk.Aku tanya la apsal?member aku cakap ada budak nak tumbuk room-mate dia.Kes sebab si Alim ni terbukak cerita dekat gelfren mamat yang tumbuk si Akim tu yang mamat tu ada layan pempuan lain.Aku tanya la kat member aku apa jadi sebenarnya (aku concern gak sket2 sbb masa tu aku dah baik ngan si Alim ni walaupun kdg2 perangai dia agak loyar buruk sket)

Rupanya si Alim ni baru abis layan "barang" jadi dia tengah high masa tu.Si Alim ni tah macam mana dia terdapat idea pegi jumpa minah ni cerita apa yang boifren dia dah buat.Masa aku jumpa si Alim ni pun high dia tak habis2 lagi,sengih2 kat aku,tanya khabar tah brape belas kali.Cerita punye cerite lagi,rupenye si Alim ni minat rupenye kat minah ni tadi tapi tah sampai mana dia tak sedar,benda yang die terfikir nak buat masa dia high ialah pegi jumpa minah yang dia minat ni (gelfren mamat tadi tu) dan cerita habis semua benda.

Hahaha..penangan cinta ni,sampai bila high pun kau boleh ingat jugak orang yang kau minat.Lepas keadaan dah reda dan mamat tadi yang nak pukul dia dah cool down,kitorang turun makan.Lepak dekat kedai makan pastu main game FIFA dekat CC dalam kontena.Masa tengah makan tu,sorang member si Nurul ni pun datang la kat aku,nama dia Joyah (yes,aku serius,nama dia Joyah tapi dia cun woo,nama betul dia aku tak tau apa).Dia panggil aku dan dia bagitau satu benda yang aku tak mau dengar.

"Mantot,Nurul dah ada boifren.Lagi baik ko lupekan dia.Aku kesian tengok ko sebab ko selalu datang sini nak jumpa dia,"bagitau dia.

"Err...sapa?"tanya aku menggigil sket2.

"(Apa tah nama dia aku tak ingat) budak teater,dia kira aktif jugak la dalam aktiviti UM ni."terang Joyah lagi.Masa tu aku berharap Joyah ni sambung ayat dia "..Tapi Mantot...aku ada.Aku sudi jumpa ko tiap2 minggu,"malangnya ayat2 tu hanya ada dalam kepala otak aku aje.

Jadi aku balik dengan patah hati weekend tu.Tapi aku tak give up.Aku still call Nurul macam dia takde boifren sebab pada aku boifren dia tak wujud.Hahahahah.

25 Ogos 1999.
Hari tu lepas kelas aku terus gi UM.Waktu tu hujan lebat gila dan aku redah je.Pada aku tu la hujan paling lebat yang aku pernah redah.Angin kuat betul masa tu.Aku mesti sampai gak kat UM hari tu,ape jadi pun jadi la.Hari tu besday Nurul.

Dalam bakul motor aku,ada beg aku.Dalam beg aku,ada sebuah(ke sebijik?) teddy bear,sehelai kad besday dan sehelai surat.Dalam surat tu aku tulis semua benda terus terang dan aku takde malu2 lagi.Aku tulis dalam surat tu macam2 dan aku ingat last sekali aku cakap aku suka kat dia dan aku jatuh hati kat dia.

Dalam jam 9 lebih camtu,kitorang ramai2 berkumpul kat kedai makan menyambut hari jadi Nurul.Aku bagi Nurul hadiah aku semua sekali walaupun masa tu boifren dia ada sekali.Masa tu aku dah nekad.

Tengah2 kitorang borak2 ramai dan aku duduk agak ke belakang sket sebab aku nak usha Nurul ngan boifren dia tengah buat apa (diorang agak terasing sket dari kitorang).Aku nampak dia cakap2 ngan boifren dia lepas tu boifren dia blah.Balik asrama dia.Nurul datang arah kitorang.Terus dia datang sebelah aku.

"Mantot,terima kasih sebab bagi hadiah.Cute gila teddy bear tu,"kata Nurul.Memang la cute fikir aku dalam hati,lama gila aku pilih2 dekat Memory Lane sampai salesgirl tu tengok aku semacam.Lelaki besar dengan rambut agak2 panjang tengah pilih2 teddy bear,sape2 nampak pun mesti pandang pelik.

"Sama-sama,"jawab aku.

"Saya dah baca surat awak."Nurul terdiam,aku pun diam je buat2 tengok tempat lain.Masa tu aku dah boleh jangka aku akan jatuh menjunam dalam tanah.

"......Saya harap kita jadi kawan baik aje ye?"kata Nurul tenang.

Tapi kata2 dia macam anak panah yang cucuk jantung aku.Aku angguk2 tak tau nak cakap ape kat dia.Pastu aku rase aku cakap ok,"Okeh,takpe" Nurul pun melangkah pergi balik hostel dia.Aku cuit member aku cakap aku nak balik.Aku terus balik lepas tu.Aku tak sanggup nak stay situ lagi.

Masa balik aku tak berapa sedar,yang aku sedar aku dah sampai.Aku masuk apartment aku (hostel aku style apartment) tegur member aku yg tengah tengok TV lebih kurang,masuk bilik aku dan terus baring atas katil.

"Kawan baik je?Pegi mati la nak jadi kawan baik,"masa tu aku marah betul.Aku ambik gitar dan aku terus memainkan lagu2 Nirvana,kononnya sesuai dengan keadaan.Tapi makin lama lagu yang aku main makin slow.Last2 aku main lagu Man Bai,"Kau Ilhamku" dan aku pun tertidur sambil memeluk gitar aku.Pada aku,Nurul pun berakhir malam tu.

Ada lagi benda2 yang terjadi lepas tu tapi semua tu tak penting lagi sebab aku dah move on tapi lama jugak aku ambik masa nak recover.Siap ada aku pegi open house rumah dia dan menyumpah2 kuih raya rumah dia,mungkin sebab dia tak pilih aku.Salah aku jugak sebab ada masa sebelum2 tu aku menghilangkan diri (walaupun mungkin sebenarnya dia takde langsung suka aku) tapi aku assume camtu sebab dia pernah merajuk ngan aku,jadi mungkin apa yang aku buat pernah mempengaruhi dia jugak.

Aku bagi awek aku bace semua surat2 si Nurul dan koklusi awek aku,dia kate Nurul ada minat kat aku jugak.Hehehe,awek aku pun bengap gak bercinta macam aku, jadi aku tak berape pakai pandangan awek aku.Hahaha!

Nurul pun sekarang dah berkahwin dan ada anak sorang (ke 2 orang?).Nampak bahagia je siap pegi honeymoon oversea lagi.Pada aku,untung jugak dia reject aku dulu sebab dia dah dapat apa yang dia nak kot selama ni.Family,husband yang sayang kat dia,anak seorang.Kalau dia stay ngan aku tah ape jadi kat dia aku pun tak pasti.Dah la perjalanan kerja aku sebelum2 ni tak memungkinkan dia hidup senang dan sudah pastilah kalau dia pilih aku dulu,honeymoon mungkin dekat Port Dickson takpun Pantai Merdeka je kot sebab itu je yang aku mampu.Hahaha.Dapat kahwin ke tidak pun tak pasti.

Nanti aku sambung chapter2 lain.Chapter-chapter aku tak banyak pun sebab aku kalau berkawan dengan seorang perempuan,dengan dia je la sampai dia tak nak kawan ngan aku lagi dah.

Kesimpulan yang aku dapat bagitau kat sini,kalau kita minat kat seseorang tu,kita kena try tebalkan muka dan approach dia bila masa sesuai.Sebab selagi kita terkapai2 dan tergantung2 tak tahu kita ni bertepuk sebelah tangan ke tidak sebenarnya.Kalau kita dah tahu,kita akan rasa puas hati sebab kita dah ada jawapan.Macam aku,sampai sekarang aku tak tau pernah ke tak dia suka aku dulu.

Aku nak tanya Nurul,sekadar nak tahu aje la,tapi aku takut dia kata tak pernah suka langsung pun,kang frust lagi sekali.Aku jugak takut suami dia kapak kepala aku.

TAMAT BAHAGIAN SATU

Ogos 05, 2008

Blog Mangsa Liwat Popular dan Kacak

Aku agak sedikit terkejut sebab takde kecoh2 sangat pasal blog budak yang juburnya rabak dimasuki senjata Anwar Ibrahim ni.Sangat kasihan betul aku membayangkan betapa seksanya dia ingin menulis blog dia ni.Nak duduk dekat kerusi depan meja komputer,mesti la takleh kan sebab jubur koyak.Nak menaip sambil duduk atas sofa pun mesti sakit2.Jadi aku tolong mempromotekan di sini

MANGSA LIWAT PALING POPULAR MALAYSIA DAN SATU-SATUNYA MANGSA ROGOL DAN LIWAT YANG TAK MALU MENGAKU DIRINYA DILIWAT DAN MANGSA LIWAT YANG MEMPUNYAI PAKCIK YANG PALING JAMBU SEKALI


Moga2 Allah memberikan balasan setimpal ke atas apa yang telah dia lalui.

Siapa Kau Wahai Ezam?

BUTTERWORTH: The threat posed by PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to the nation is even greater than the impact of the current world economic crisis.

Former PKR Youth chief Mohamed Ezam Mohd Nor said Anwar was willing to compromise the country’s political and economic stability to pursue his political ambitions.

“His statement in a foreign financial newspaper recently that he would take over the Government on Sept 16 has caused irreparable damage to the country’s economy.

“It caused many potential foreign investors who were planning to set up their businesses in Malaysia to review their plans. This shows that Anwar doesn’t care and will do whatever it takes to become the prime minister,” he said at a Penang Malay unity gathering at Polyteknik Seberang Prai, here yesterday.

Ezam labelled Anwar a “traitor” to the Malays because he was also willing to do away with the New Economic Policy and bumiputra special privileges as long as he received support from the non-Malays.

“Anwar has now shown his true colours. He is a man who cannot be trusted and I hope the Malays will fight him by rejecting him in the coming by-election in Permatang Pauh,” he said.

Mohamed Ezam said PKR was not democratic in the sense that its president Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail did not inform anyone in the party when she announced she would vacate her Permatang Pauh parliamentary seat to make way for Anwar.

“Anwar is shouting about reformation and to reform the country. How can he do that when there is no democracy in his own backyard?” he asked.

- The Star

Aku hanya ingin mempersoalkan disini dan bertanya kepada saudara Ezam sendiri,siapa anda?
Apa sumbangan anda kepada Malaysia?Apa yang anda telah lakukan untuk menentukan mana satu hala tuju fikiran kami rakyat2 Malaysia ni?

Siapa anda?Bukankah satu masa dulu anda salah seorang yang ada di belakang Anwar Ibrahim?Siapa pula minta anda menjadi wakil orang2 Melayu?Aku orang Melayu,aku tak nak anda.Aku lagi suka Lim Guan Eng jadi wakil orang Melayu.

Siapa kau?Kau nak bercakap soal bumiputera tapi siapa yang mintak kau bercakap untuk kami?
Tak ada siapa yang nakkan anda menjadi wakil kami.Takde siapa yang nak seorang tali barut yang jauh lebih keji berbanding tali barut zaman komunis dulu bercakap pasal Hak Ketuanan Melayu.

Aku tak peduli pandangan kau Ezam.
Aku tak kisah siapa2 pun jadi Perdana Menteri.Asal bukan dari BN,bukan dari UMNO,bukan suku sakat keluarga Abdullah Badawi,bukan anak Tun Razak juga bukan kau.Fikirlah pakai otak sekerat anda tu,pandai sangat ke pakar2 ekonomi dalam UMNO,kalau yang pandai sekadar menaikkan harga itu ini,tak pandai nak reti kontrol turun naik inflasi?Pandai sangat kah orang2 UMNO sampai Malaysia ni mereka ingat mereka saja yang boleh perintah?

Mereka dalam UMNO saja yang pandai,yang geliga,yang bijaksana?
Otak rakyat hanya untuk menerima dusta?
Sayang,kalah dekat Azmin Ali,hanya UMNO lah tempat mengadu.
Berlagak macam Raja Tujuh Benua,padahal diri terlupa sini hanya dunia.

Baca sendiri bukti Ezam tali barut yang takde pendirian
Aku ambik dari website GERAK sendiri.


Propaganda 4 Ogos 2008

PROPAGANDA KERAJAAN DESPERATE YANG NAK TUMBANG


Jangan Campur Aduk Politik dan Undang-Undang - Sharbery Link

Keh keh keh.Tengok tajuk agak menarik,tengok nama tuan punya tukang kata tu terus terkucil perut.Kamon la Sharbery,bila lu bahas pasal minyak tapi lu nak cerita zaman Anwar seorang pemuda yang rebellious,nampak sangat ko tu sendiri yang tak paham apa benda yang ko cakap.

Bila orang tanya pasal camne nak turunkan harga minyak,ko jawab "Dulu tahun 1976 apa yang Datuk Seri Anwar buat?" siapa yang tak paham bahasa ni.Dah la berbuih mulut,lagi berbuih dari Pantai Merdeka.Patutla mak aku selalu gelak2 dulu bila ko keluar TV.Bila aku tengok barulah aku paham.

Fikirkan Masa Depan Negara Link

Ni lagi sorang,Ali Rustam ni.Ape ke benda la lu punya komen ni.Satu,jangan takutkan rakyat kalau rakyat sanggup dan berani ambik risiko nak tukar kerajaan.Sama la macam tabiat kita,kita selalu makan dekat satu kedai yang kita tahu rasa dia ok2 la,sebelah kedai tu ada lagi satu kedai tapi kita selalu tertanya2 kedai tu sedap ke tak?Padahal kita tak pernah pun cuba kedai sebelah tu.

Sama la macam situasi sekarang,selagi kita tak berani nak berubah,sampai bila kita nak tau?Mungkin kerajaan Pakatan Rakyat nanti memerintah jauh lebih baik dari BN.

Fikir dan ingat pasal masa depan?Kenapa ni,kau ingat BN saje ke yang mampu berfikir untuk masa depan negara?Orang luar BN tak boleh ke?Propaganda bodoh camni jugak diorang try guna pakai.

Dan berita paling bangang untuk hari ini...

Lembaga Disiplin tentukan kelayakan calon - Najib Link

Ahaa...satu fakta,wujudnya Badan Pencegah Rasuah atau BPR adalah untuk membanteras kejadian rasuah di semua peringkat,tak kira lah kerajaan ke rakyat ke polis ke.Jadi sesiapa yang telah disiasat dan didapati bersalah menerima atau memberi rasuah adalah patut di dakwa di mahkamah.

Tapi,pada Najib Tun Razak@Suami Kena Kontrol@Hamba Rosmah,BPR punya keputusan siasatan tak cukup power.Yang paling tere siasat atau ayat betul dia "Lebih arif"pasal rasuah2 ni Lembaga Disiplin UMNO.Jadi,kalau jatuh hukum BPR kata calon ni rasuah ni,tak layak jadi calon UMNO ni,Najib akan kata,takpe,dia tak didapati bersalah lagi oleh Lembaga Disiplin UMNO.

Jadi,kalau BPR kata calon ni rasuah dan Lembaga Disiplin kata rasuah tapi boleh dimaafkan,boleh la dia bertanding kerusi2 UMNO tu.

Mahukah anda semua calon UMNO anda kaki rasuah?
Mahukah anda calon yang bertanding untuk UMNO?


Ogos 03, 2008

Khairy Jamaluddin,Genius Malaysia

Bila Khairy berkata-kata,semua dengar.
Bila Khairy, muncul,semua tengok.
Bila Khairy kata dia bagus,semua angguk.

Utusan Malaysia dua hari lepas ada mengeluarkan kenyataan KJ mengenai pilihan Anwar Ibrahim yang ingin bertanding di Permatang Pauh.Kata Khairy "Anwar takut kalah!"

Aku setuju dengan pandangan Khairy itu kerana Khairy merupakan salah seorang pemuda2 yang nampak mempunyai tokoh2 kepimpinan yang kitu.Kita semua pula sudah sedia maklum yang dia menang pilihanraya di Rembau dulu atas sebab dirinya sendiri bukan sebab dia main tipu.

Apa saja yang berkaitan dengan Khairy adalah baik2 belaka tidak ada langsung cacat celanya pada Khairy.

Lagilah pulak dengan latar belakang Khairy yang berkelulusan Universiti Oxford sudah tentu KJ mempunyai tahap IQ yang sangat tinggi melebihi orang-orang biasa.Satu pandangan Khairy yang menyamakan bloggers2 sama seperti beruk amatlah aku persetujui kerana dia lulusan Oxford dan aku hanya lulusan IPTS tempatan.Aku memang beruk.

Bila Khairy kata Anwar takut kalah,ya memang betul Anwar takut kalah.Kerana sebenarnya tak mungkin Anwar akan kalah.Mustahil Anwar akan kalah.Tak logik Anwar akan kalah.Aku rasa jika diletakkan seekor beruk bertanding atas tiket parti Keadilan di Permatang Pauh tu pun,beruk tu akan menang.Tapi kenapa nak keluarkan statement "Anwar takut kalah?" siapa yang tak takut dia kalah?Kau pun takut jugak kalah masa PRU hari tu,pucat betul muka kau bila first time kira kau kalah kan?

Bila nak keluarkan statement dan tahu statement2 tu hanya memalukan diri sendiri,aku rasa tak payah pun nak ke Oxford untuk mengerti benda2 macam tu.Cukup lah sekadar Khairy Jamaluddin menjadi bukti nyata depan mata, memang Tuhan ni adil.

Dia bagi anda duit,Dia bagi anda kuasa tapi Dia tak bagi anda akal.

Rahsa 6 Kotak Ezam,Suatu Ramalan

Dalam 2 hari lepas ni,bila aku membaca Utusan Malaysia (paper yang penuh fakta2 sahih dan hanya menyampaikan kebenaran) banyak betul komen2 yang dikeluarkan oleh saudara Ezam mengenai 6 kotak rahsia Anwar Ibrahim.Takde orang tahu pun apa ada dalam tu jadi aku cuba meramal apa yang ada:

Kotak 1:
Rahsia macam mana Anwar kelihatan muda walaupun sebenarnya sudah berumur 61 tahun,panduan kesihatan yang ditulis oleh Anwar Ibrahim dan diberikan kepada Ezam - mungkin Ezam tidak dapat menerima nasihat Anwar Ibrahim

Kotak 2:
Rahsia kegagahan Anwar,bagaimana dia mampu mendapat 6 orang zuriat dan juga mengandungi produk2 yang diamalkan oleh Anwar

Kotak 3:
Katalog2 yang Anwar Ibrahim berikan kepada Ezam mengenai produk2 lelaki yang mampu menjantankan si Ezam

Kotak 4:
Gambar kenang-kenangan Ezam dulu2 bila Anwar dan Ezam berdiri bersama2 dan Anwar meletakkan tangannya di bahu Ezam (mungkin dijadikan bukti Anwar suka pada Ezam)

Kotak 5:
Buku2 panduan membahagia dan menjaga hubungan rumah tangga anda,hadiah Anwar kepada Ezam

Kotak 6:
Kotak kosong,ada beberapa helai kertas A4 sahaja

Ogos 01, 2008

Aku Sokong Kerajaan

Oleh kerana banyak2 blog2 yang telah dijahanamkan oleh pihak2 tertentu,aku dengan ini ingin membuat posting pertama aku yang pro-kerajaan.


Pak Lah tokoh pemimpin agung dan rajin.Dialah "Bapa Koridor Malaysia"
Khairy Jamaluddin suami dan bapa cemerlang,langsung tidak menyakitkan hati rakyat.
Najib dan Rosmah akan terus kekal bahagia sepanjang hayat.
Rosmah pula sentiasa kelihatan jelita tanpa make up.
Sharbery pula Insya Allah akan berjaya sekurang2 nya menang satu debate.
Samy Vellu punya Bahasa Melayu dah improve banyak.
Terima kasih kerana pemberian rebate RM150 kepada aku
Terima kasih kerana memberikan aku loan PTPTN
Musa Hassan dan Gani Patail tidak pernah berlaku songsang
Pasti Anwar Ibrahim gagal membentuk kerajaan pada 16 Sept 2007
PAS sepatutnya bekerjasama dengan UMNO jika tidak mahu negara Islam
Kerajaan Malaysia adalah sebuah kerajaan yang cemerlang,gemilang,terbilang

Terima Kasih Kerajaan Barisan Nasional






Cerita Fiksyen : Saiful Ke Hospital

Cerita ini hanya rekaan semata-mata,tiada langsung fakta atau hujah yang cuba untuk menunjukkan situasi berikut benar2 berlaku.Cerita ini juga sangat menjijikkan dan tiada moral.Mood aku sedikit emo jadi aku hanya nak bercerita benda2 bodoh.Gambar sekadar hiasan.

Hari itu,Saiful ingin ke Hospital.Ini kerana kebelakangan ini,dia selalu sakit perut.Bila dia sampai di depan hospital tersebut,dia pun cuba membaca nama hospital tersebut..

"Pu....Saaatt....Raaa...Waaa..Tannn...Eeeee...Slamm..Oh,Pusat Rawatan Islam!Mesti hanya untuk orang Islam ni..."lalu Saiful pun mengeluarkan IC nya untuk memeriksa sama ada dia Islam atau tidak."Yes!Ada tulis Islam!"Gembira betul Saiful lalu masuk ke dalam.Ada kaunter pertanyaan.Seorang gadis manis menyapa,"Hai,selamat datang!"Saiful pun tersenyum.Dia memandang gadis tersebut lalu bertanya,"Cik,2+1 berapa?"

Gadis itu menjawab,"3."Saiful sedikit kagum dengan kebijakan gadis itu lalu bertanya lagi "Siapakah nama angkasawan pertama Malaysia?"Gadis itu mula memandang aneh pada Saiful tapi menjawab juga "Syeikh Muzaffar"Saiful tersenyum riang.Habis semua soalan2 berkaitan artis,gossip ditanyakan lagi.Nasib baik gadis itu di masa lapang suka membaca majalah Mangga,berjaya juga dia menjawab soalan2 itu.Lama kelamaan gadis itu mula merasa takut dan menelefon sekuriti.

Sekuriti guard pun datang menghalau Saiful keluar.Saiful pun ditarik keluar.Dia pun berpusing mencari pintu masuk lain.Dijumpainya pintu kecemasan di belakang bangunan.Dia pun masuk mencari di mana bahagian sakit perut.Dia ternampak signboard bertulis "Gynaecologist"

"Gaaaaiii..naaaa..kooo...loooh..jissss" eja dia."Ni lah kot tempatnya."Dulu aku ada pegi buat pembersihan kolon,diorang kata cuci usus besar.Ni lah dia...gainakolonjis."Masuklah dia ke situ dan nampaklah dia seorang perempuan sedang terbaring sambil kakinya diangkat ke atas.Ada seorang doktor di depan perempuan tersebut.Saiful pun masuk dan menegur perempuan tersebut "Hai kak,sakit perut jugak ke.Saya pun nak cek jugak ni!Boleh saya tengok?"Belum sempat perempuan itu menjawab,Saiful terus melihat apa yang dilakukan oleh doktor itu.

"BODOH!KELUAR KAU DARI SINI!"Jerit perempuan itu.Saiful terpinga-pinga.Doktor itupun dengan pantas mengarahkan nurse memanggil sekuriti guard.Guard yang sama pun datang.Dia dengan pantas menarik Saiful keluar dan ke lobi hospital.

"Hoi,ko ni apa masalah ko?"tanya guard itu."Takde bang,saya sakit perut.Datang nak cek."Saiful menggeletar ketakutan."Cehh..apasal la ko tak cakap tadi!"Guard itupun membawa Saiful ke department yang betul.Sampai saja di sana Doktor yang bertugas bernama Dr.Ahmad,menyapa Saiful "ya dik,sakit apa ni?"

"Saya sakit perut doktor,"jawab Saiful."Okeh,awak cuba angkat baju."Doktor pun menekan2 perut Saiful,muka Saiful sedikit menyeringai menahan kesakitan."humm,ini macam ada luka dalam ni.Saya kena buat pemeriksaan pakai kamera.Saya kena masukkan kamera ke dalam badan awak,melalui lubang jubur awak.Awak pergi salin baju,pakai baju ni ya!"Sambil Dr.Ahmad menghulurkan baju pesakit kepada Saiful.

"Doktor,salin baju kat wad bersalin ke?"tanya Saiful lagi."hoih budak ni!Salin belakang tirai tu je."jerit Dr.Ahmad sedikit hangin.Saiful pun menyalin bajunya."okeh,baring situ.Tahan sikit ye.Sakit sikit."Doktor pun memasukkan kamera ke dalam lubang jubur Saiful."Ahhh..sedapnya,"kata Saiful kegelian."humm....awak punya dinding usus ada kesan luka,teruk jugak tu.Kenapa jadi camtu?"

"Entahlah doktor.Saya seorang yang sangat pembersih."Doktor itupun berpaling,kehairanan."Saya sangat2 menjaga badan saya.Mandi 3 kali sehari,gosok gigi,sabun,basuh berak sampai bersih luar dalam.."

"Luar dalam?"tanya Dr.Ahmad."Ak aah,saya cuci bersih2 jubur saya."

"Boleh tunjukkan pada saya macam mana awak cuci sampai bersih tu?Jom kita ke tandas."kata Dr.Ahmad.Mereka ke tandas.Saiful pun mencangkung."Doktor,mula-mula saya cuci luar ni dulu."Doktor Ahmad melihat tekun."Lepas tu..."Saiful pun mengangkat sedikit punggungnya supaya kelihtan jelas pada Dr.Ahmad.

"Lepas tu.....saya masukkan getah paip ni dalam2.Baru bersih betul2."

(Moral Cerita - Jangan bagi scholar dekat orang bengap)