Memaparkan catatan dengan label CursingMahasiswa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CursingMahasiswa. Papar semua catatan

Mac 13, 2015

CursingMahasiswa 01 UKM : "Jika Pensyarah Boleh Ajar Pelajar, Kenapa Pelajar Tak Boleh Ajar Pensyarah?"

Ini adalah teks yang aku sediakan untuk program CursingMahasiswa pertama di UKM. Aku merasakan jika Zul Fikri Zamir akan cover bahagian ilmiah, aku rasakan baik aku cover bahagian "cursing." Mungkin itu specialty aku.

Tulisan ini tidak layak untuk dijadikan sebarang rujukan pendidikan, cukuplah sekadar membuatkan golongan mahasiswa berfikir, kenapa kadang-kadang mereka, adalah golongan yang tidak layak diberikan kebebasan.



..............

"Lecturers nowadays are good for almost nothing but talking shit. Like seriously what is the requirement for becoming a teacher? A degree? Thats it? Teachers are supposed to make their students love the subject, not loathe it to the point of skipping classes."


Aku baca ayat ini. Ditulis oleh seorang pelajar UKM di page Facebook "UKM Confessions." Kau boleh refer page tu.

Aku nak pertahankan apa yang dia tulis tu.

Aku merasakan asas kepada masalah tersebut adalah betapa tak senonohnya sistem pendidikan kita sekarang ni. Selalunya jika perkara tersebut dibaca oleh pihak pengurusan, mereka akan anggap apa yang ditulis itu macam langau. Tak ada substance, hanya buat tak peduli.

"Budak-budak...apa dia tau pasal akademik?"

Pendidikan adalah satu bidang yang besar potensinya. Malahan, jika diselidik, purata nilai gaji seorang pensyarah di IPTA dan IPTS, atau UA dan IPTS sebenarnya boleh dikatakan tinggi untuk penjawat awam.  Aku selalu mendengar cerita mengenai perancangan mahasiswa Universiti yang mana mereka rancang untuk;

a. Masuk Universiti
b. Habis Universiti
c. Sambung Post Graduate
d. Jadi Lecturer

atau short versionnya;

a. Masuk Universiti
b. Habis universiti
c. Jadi lecturer

Dari senario yang aku berikan di atas, ramai sebenarnya mahasiswa yang merasakan selepas mereka ada segulung ijazah atau sarjana, secara automatiknya mereka dah layak jadi pengajar. Sejenak sahaja mereka habis belajar, mereka dah layak mengajar orang lain. Mana datangnya keyakinan itu? Mana? Sedangkan pengalaman kerja pun tak ada. Pengalaman nak menghadapi kerenah orang lain tak ada. Pengalaman nak menguruskan orang lain pun tak ada.

Sebab itulah komen-komen tersebut banyak kedengaran di Institut Pengajian Tinggi kita. Sedangkan realitinya, kita sangat kekurangan pensyarah. 4% dari penuntut ijazah sambung ke Sarjana. 2% dari itu sambung ke PHD. Itu sahaja.

Cukupkah bilangan tersebut untuk menampung bilangan pelajar yang makin bertambah?

Apa punca sebenar masalah tersebut? Pertama sekali, Institusi Awam masih lagi terlalu bergantung kepada kertas. Semua penilaian kelayakan di lakukan di atas kertas. Seorang individu yang berpengalaman selama 10 tahun dalam kejuruteraan misalnya, masih tidak layak mengajar jika dia hanya mempunyai diploma ataupun sijil. Yang lebih layak? Pelajar jurusan kejuruteraan yang baru sahaja menamatkan pengajian mereka.

Sama seperti kisah Adi Putra yang tiba-tiba kecoh satu Malaysia. Dia ada pengetahuan, dia ada kepakaran, dia ada kemahiran yang orang lain tak ada, tapi dia tak dibenarkan untuk mengajar secara professional, kerana dia tak ada sijil. Dia masih bawah umur. Kenapa kelayakan dia tidak diterima? Kenapa akal dia yang pandai itu tidak dipedulikan dalam bidang akademik secara on paper?

Aku selalu membincangkan benda ni dengan kawan-kawan aku. Kenapa UA/IPTA terlalu rigid sehingga tak tengok ukuran pengalaman dan pengetahuan?

Kenapa pelajar kita tidak diajar oleh orang yang ada pengalaman tapi tak ada kelulusan dan terpaksa belajar dengan mereka yang pengalamannya tertumpu kepada bidang akademik semata-mata? "Research" sudah cukup pakar tapi "Development" nya mana?

Jadi, aku cuba kembali ke isu asal sebelum aku menyimpang lebih jauh lagi. Berapa orang di sini yang mahu jadi pensyarah? Sebab ketika aku mengajar dulu, mesti ada 9-10 orang yang datang kepada aku sebelum dia habiskan semester akhir mereka dan tanya, "ada kerja kosong tak?"Aku akan jawab "tak tau. Kalau tak ada kerja kosong, kau nak buat apa?"

Dia mesti akan jawab, "saya akan sambung belajar." Yang lawak, ada jugak yang merayu supaya bagi dia A. Sebab nak sambung master, pointer mesti maintain sekian-sekian...

Iitulah sebenarnya punca kenapa Lecturer kau tak ada kompetensi. Itulah punca kenapa kau rasa pensyarah kau depan kau tak layak nak ajar kau. Sebab sistem kita terlalu bergantung dengan kertas, jadi yang akan ajar kau,mesti ada lecturer kertas. Kau sendiri mampu nilai mana dia cikgu yang baik, mana cikgu yang tak berapa efektif ni. Kau budak U. Kau ada otak, kau punya daya penelitian tu tinggi.

Kau fikir sendirilah, kalau kita kekurangan tenaga pengajar dan Universiti masih lagi perlu running, kau nak ambik siapa nak ajar kau? Kau prefer tak ada orang mengajar kau dari kau diajar oleh seorang yang tak pandai mengajar?

Apa yang kau sebagai pelajar boleh buat untuk aplikasikan penambah baikkan kepada masalah ni?

Berani bersuara.

Itu yang aku belajar dari mengajar selama ni. Pelajar aku dibenarkan kritik pensyarah jika teknik mengajar aku tidak sampai kepada mereka. Aku anggap benda tu sebagai satu benda positif. Macam berdakwah jugalah, kau huha huha nak ajak orang jaga kesucian agama...tapi kau sendiri tak tau macam mana nak sesuaikan diri kau untuk buat orang dengar apa yang kau sampaikan, tak sampai bang dakwah kau.

Academics are rigid people dan itu satu gejala yang aku rasa boleh dilenturkan sedikit, cuma jangan sampai terpatah. Ingat pensyarah tak perlu belajar ke? Cukup sekadar buat research? Habis training? Dapat evaluation dan KPI hujung semester dah memadai? Ada benda yang kita boleh belajar dari research tapi macam mana nak mengajar itu sendiri, responnya perlu datang dari pihak pelajar.

Pihak universiti sendiri sepatutnya menyediakan satu platform terbuka di mana pelajar tidak dibebankan dan ditakutkan dengan sebarang kemungkinan buruk jika mereka mengkritik apa yang mereka rasakan boleh membantu mereka. Itu asas kepada penambahbaikkan ini kerana, jika kritikan hanya berlaku satu hala, anda sebenarnya sedang mengunci mulut-mulut dan minda pelajar supaya hanya sekadar jadi pak turut.

Suruh mereka jadi orang pandai tapi jiwa mereka dirantai.

Ok lah, berbalik semula kepada isu asal aku. Pensyarah itu kau katakan talk shit.

Apa kau ingat mudah nak jadi pensyarah apatah lagi di sebuah institusi macam UKM? Bila kau berdiri depan orang ramai dan kau nampak bermacam benda yang kau perlu depani dan masalah yang akan kau hadapi, teruk sebenarnya kerja mengajar ni. Teruk. Aku pun fedap sebab aku terpaksa deal dengan bermacam permintaan dan permintaan aku paling tak suka adalah apa-apa saja soalan general yang meminta jawapan dari aku.

"Tunjukkan kami bagaimana nak berfikir,sir!"

Aku cukup menyampah soalan tu jika ia datang dari seorang Mahasiswa. Kau datang Universiti, untuk belajar dan kembangkan otak kau. Cikgu kau boleh bagi kau 2, kau tambah lah bagi cukup 10. Tapi pelajar sekarang, majoritinya datang kelas nak kena suap. Nak kena pimpin tangan.

Masalah pensyarah adalah bagaimana kita nak tau mana satu pelajar yang benar-benar jujur masalahnya dan mana yang hanya sekadar malas tapi kuat mengembek ni? Sediakan sistem yang betul, saluran yang jelas supaya wujud diskusi antara pelajar dan pihak fakulti. Minda-minda pelajar ni memang tak boleh nak dijangka. Mengambil peluang memang kepakaran diorang ni tetapi bila kita dah beri mereka peluang untuk berbicara, barulah kita boleh bezakan yang mana satu mahasiswa yang berkualiti dan yang mana hanya sekadar cakap keluar kentut.

Selalunya; yang tulis dekat Facebook, kutuk lecturer itu ini, maki lecturer belakang-belakang ni lah yang tak berguna. Sebab dia dah rasa diri dia bagus. Sehinggakan dia berani kata lecturer tu yang kena buat dia minat nak datang kelas. Apa kejadahnya perangai mahasiswa macam tu? Apa kau ingat pergi kelas ni macam kau pergi tengok bola ke, tengok wayang ke? Nak kena minat, nak kena menarik baru kau nak pegi?

Ilmu itu hak kau.

Kau berhak perah lecturer kau dan keluarkan semua ilmu yang dia ada. Dia ada obligation untuk tolong dan guide kau jika kau ada masalah. Walaubagaimanapun, tolonglah jangan harapkan jawapan dari cikgu kau ni dik dan kemudian bila kau rasa dia tak boleh nak jawab, mulalah terjerit-jerit dekat Facebook.

Bila diskusi untuk sebarang isu dibukakan, kau diam....

Tak kompeten macam mana pun lecturer kau, at the end of the day, dia cikgu kau, kau anak murid dia. Kau tak mampu jaga relation tu dan panggil lecturer kau talking shit secara Anonymous sebab kau penakut?

Seorang mahasiswa yang takut nak confront masalah yang dia dah analisa, hadam dan sedar ada saluran yang boleh disuarakan pandangan adalah mahasiswa yang talking shit.