November 12, 2011

Keramat 11 November 2011!

KUALA LUMPUR: “Saya memang menunggu tarikh 11 November 2011 (11.11.11) untuk melahirkan bayi kerana nombor ini cantik dan unik, malah lebih baik sekiranya bayi dilahirkan di Terengganu kerana akan menggunakan kod 11 di dalam MyKad,” kata Suriati Katrina, 36.

Katanya, pemilihan tarikh itu untuk bersalin hanya sekadar berseronok dan tidak membawa maksud tertentu.

“Keempat-empat anak dilahirkan mengikut tarikh dipilih sendiri, memandangkan mereka semua dilahirkan secara pembedahan. Tarikh yang dipilih untuk kesemua anak sekadar suka-suka, sama dengan tarikh lahir saya, suami dan ibu. Manakala, anak keempat ini melakar sejarahnya tersendiri kerana lahir pada tarikh cantik.

“Waktu matang bayi ini pada 7 November lalu, tetapi saya minta ditunda kepada 11 November dan doktor membenarkannya kerana ia tidak terlalu lewat. “Sebelum membuat keputusan, saya membuat pemeriksaan dan merujuk kepada doktor terlebih dulu kerana tidak mahu mengambil sebarang risiko,” kata ibu kepada bayi lelaki Mohamad Ryley Huesen Zamanhuri yang dilahirkan pada jam 10.01 pagi.

Pengurus acara dan pameran, Liew Mun Yee, 38, pula berkata dia sudah merancang untuk melahirkan anak pada 11 November kerana mengikut kepercayaan masyarakat Cina, nombor satu membawa kepada kebahagiaan dan melambangkan pemimpin.

Katanya, dia yang sepatutnya melahirkan bayi pada 22 November berbincang dengan suami serta doktor untuk mempercepatkan tarikh kelahiran semata-mata untuk dapatkan tarikh istimewa itu.

“Saya berharap bayi lelaki ini akan membesar dengan sihat, membawa tuah kepada keluarga serta sentiasa menjadi nombor satu seperti tarikh kelahirannya,” katanya.

Bagi Reenajit Kaur, 33, tarikh 11 November tidak membawa sebarang maksud dan menganggapnya kebetulan.

“Saya tidak memilih tarikh untuk melahirkan bayi kerana apa yang penting kesihatan bayi lelaki yang dilahirkan. Lahir pada tarikh istimewa hanya satu bonus kepada kami kerana dapat nombor yang cantik,” katanya ketika ditemui di Hospital Pantai Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Pengurus Kanan Perkhidmatan Pelanggan, Pesakit dan Perhubungan Awam Hospital Pantai Kuala Lumpur, Carol Pelly, berkata hospital mencatatkan sejarahtersendiri apabila 11 bayi (sembilan lelaki dan dua perempuan) dilahirkan pada 11 November.

Sementara itu, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) setakat jam 12 tengah hari, 16 bayi dilahirkan (10 perempuan, enam lelaki), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) 12 bayi (tujuh perempuan, lima lelaki), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) 11 bayi (enam perempuan, lima lelaki) dan Pusat Perubatan Prince Court (11 bayi)

............

Semua orang bercerita pasal nombor...
tapi tak ramai yang bercerita pasal semalam tu hari Jumaat.

16 ulasan:

D berkata...

Yang paling best sekali jawapan auntie indian tu. Macam dia plak yang muslim.

Unknown berkata...

yang takleh blah, sanggup buat operation semata2 nak lahir awal.. gila babas.. tak ke buat naya macam tu..

Izyan Kaher berkata...

konpius jeee mana satu muslim mana satu india =O
ibu muslim : percaya sgt dgn the-so-called miracle 11.11.11
ibu india : cool je terima qada qadar ..

#eh, semua tempat baby perempuan yg lg ramai??hmmmmmmmm...

Tanpa Nama berkata...

cool singh!

matdarts berkata...

Selalunya yang aku nampak zaman sekarang...orang India yang agamanya Hindu lebih kuat pegangan agama dari Meleis yang Muslim tertera di MyKad depa....shame on meleis...

Lady Windsor berkata...

sapa bagi alasan nombor cantik tu poyo jer...sebab aku rasa semua nombor cantik...

kueh bakar berkata...

nampak banyak perempuan yang dilahirkan...

tapi 9-2? huh.ngeri..

domestobot berkata...

siapa kata orang Melayu takut dengan nombor? mungkin dalam subjek matematik kat sekolah je yang diaorang takut, tapi kalau nombor bertuah bukan main lagi kejar.

Nimbus berkata...

Yg bermati2an nak nombor cantek utk akad nikah/kawen, apa komen ko pulak? Sejak akhir2 ni, ko cursing isu2 remeh pasal Malay pehal lak ni?

Btw, bini kau dah patuh berhenti keje ke belum?

Cik Bucken berkata...

lek la NIMBUS..xyah emo2..ko sokong melayu giler2 pon mati esok malaikat xtanye bangse ape..hahaha~XD

D berkata...

Nimbus

Remeh ke ni? Benda yang berkait rapat dgn akidah bukan remeh. Dah akhir zaman ni, petanda dia memang orang suka meremehkan benda penting. Benda remeh dipenting2kan.

Sama je, tarikh lahir ke, nikah ke. Tp to that extend pasal kelahiran ni, orang sggup nak pilih2 pulak. Ada ke sebab kte buat sesuatu untuk berseronok dan suka2. Tu dah jadi sebab lah tu.

Nimbus berkata...

Ok la, aku silap guna perkataan 'remeh'. Aku reply pun bkn psl sokong Melayu gile2 atau emo dll.

Aku cuma rasa hampehh la, apa yg kita2 sanggup buat sekadar berhujah "ala.. akhir zaman. Ramai org tak takot mati. Ni petanda la bla bla..." Dan segala jenis komen2 general. Tapi ada any REAL action terhadap semua ni? Tarak!

SyncRo MEOR berkata...

Semua orang bercerita pasal nombor...
tapi tak ramai yang bercerita pasal semalam tu hari Jumaat.

c'mon mantot. between this and much rehearsed jumaat prayer speech monotonously delivered in tone that frankly has many of us sleeping, it's news.

the only thing hari Jumaat ade is longer lunch hour and the Solat Jumaat kat masjid. and in some states, cuti.

Not to be an asshole but our imam sounds the same EVERYWHERE when they're delivering their speech on Friday making me feel like they're some sort of a half-assed made drones hypnotising us all with the littlest effort they can muster.

No disrespect but it sorta feels like being in class with one douchy of a teacher. I'd stick around to listen, but nothing much really register.

Ima berkata...

Aku ni noob sikit, tapi ada apa dengan 11.11.11 dengan hari Jumaat?

Haizam Kacak berkata...

mungkin pasal nombor2 ni mereka yg kerja di JPJ lebih arif..nombor cantik,harga pun mahal..ke mana pula duit2 hasil penjualan nombor cantik itu disalurkan?

p/s : ada sesiapa jumpa temuramah merek yang membeli nombor plet cantik xxx111 pada tarikh 11.11.11 jam 11.11am>

kutapa berkata...

malam jumaat tu,tiap2 minggu ada.

11/11/11 tu,benda yang jadi sekali je.Nak hampir sama pun,100 tahun akan datang. 11/11/111.

Itu pun,kalau bumi ni masih wujud lagi lah.

Enjoy the moment.Tak perlu nak poyo sangat.Kikikiki.