November 18, 2011

Awkward Agama : Ada Apa Dengan Janda?

Aku selalu tulis pasal ni.

Tugas seorang isteri mengikut agama amat mudah...sebenarnya. Isteri kena pastikan suami mampu carik nafkah untuk keluarga dan isteri kena jaga dan didik anak-anak.

Tugas suami pulak?

Tugas suami adalah semua benda yang isteri tak kena buat termasuklah apa-apa saja benda yang masyarakat Melayu kata "isteri punya kerja" yakni basuh baju,lipat baju,kemas rumah,sapu sampah,buang sampah dan apa2 lagi kerja lain yang orang2 tua kita kata "anak dara kena tau."

Perlu diperjelaskan kat sini; Makan pakai suami...exclusively..isteri punya tanggungjawab. Sebab tu lah orang2 tua kita kata "anak dara kena tau." Tapi masyarakat kita dah skew benda tu sehinggakan semua hal rumah....jatuh dekat isteri.

Aku nak tanya..siapa orang paling kuat dalam dunia?

Mesti kau akan jawab pemenang pertandingan World Strongest Man yang mampu tarik kapal terbang menggunakan tangan. Akan ada juga yang menjawab Bruce Lee adalah orang paling kuat dalam dunia sebab badan dia adalah badan paling sesuai untuk aktiviti fizikal.

Kalau bercerita pasal orang yang paling kuat dalam dunia; kita akan kaitkan dengan aktiviti fizikal. Seolah-olah kekuatan itu adalah milik satu jantina sahaja; lelaki.

Tetapi sebenarnya,
orang yang paling kuat dalam dunia adalah seorang perempuan yang mampu melakukan kedua-dua kerja suami dan isteri apabila dia kematian atau kehilangan suami dia kerana dia masih mempunyai anak-anak.

Sebab tu agama kita galakkan kalau nak berpoligami,kahwinilah janda atau balu. Sesiapa yang mengahwini janda atau balu yang mempunyai anak, mereka sebenarnya mengahwini orang yang paling kuat dalam dunia.

Tapi,kita,orang Melayu...mulut tak reti tutup. Bila dengar seseorang perempuan itu statusnya janda, akan ada la mulut yang kata "mesti dia gersang sebab dah tak dapat ehem-ehem....."

Tak percaya? Googlekan "main dengan janda."

Lihatlah hasilnya.Tambah sedikit variasi kalau nak search tu; "main dengan janda anak satu," "mencari janda gersang" atau simply cari "janda." Menarik bukan hasil carian anda? Sekarang...cuba kau carik "Sex with single mom." Comparekan dengan result search "Main dengan janda" tadi. Ada berbeza tak mentaliti orang agama lain dengan orang Melayu yang agamanya Islam?

Agama suruh bantu golongan ini sebab mereka tanggung beban dua orang atas bahu mereka sendirian tapi lebih ramai lelaki yang nak janda ni panjat duduk atas bahu mereka. Apa-apa saja yang janda buat...mesti jadi berita sensasi. Belum masuk lagi adegan stereotaip dalam drama kat TV kita.

1. Kat kampung, ada janda hot...mesti janda tu berniaga kedai makan.
2. Perniagaan dia tu mesti laku. Sebab dia janda hot.
3. Isteri-isteri mesti takut kalau suami selalu pegi makan situ.
4. Suami pulak mesti suka makan kat situ sebab boleh usha janda.
5. Ramai2 sanggup lepak kedai janda tu tak kira usia, tua muda semua gatal.

Tipikal gila. Drama kita adalah cermin masyarakat kita tetapi drama tidak pun menggunakan cermin itu untuk membentuk masyarakat.

Mungkin Datin-Datin yang memperjuangkan hak wanita di Malaysia boleh bantu golongan janda dan balu atau senangnya, ibu tunggal carik suami.  Suami anda pula sudah pastinya berkemampuan. Apa salahnya anda benarkan suami anda berkahwin dengan golongan wanita yang sepatutnya dibantu seperti yang dianjurkan oleh Islam?

Mungkin itu langkah permulaan untuk mengelakkan golongan janda, balu dan ibu tunggal ni dipandang serong masyarakat. Khasnya janda. Sebab kalau lelaki membaca Harian Metro setiap hari...ramai yang akan percaya...janda mesti gersang.

Harian Metro..
Sampah masyarakat.

25 ulasan:

Lady Windsor berkata...

beb..betul la tu..janda adalah orang paling kuat...semalam aku jumpa 51 ibu tunggal..yang kesemuanya usahawan berjaya...cehhh..jeles jap aku...

10 inch berkata...

janda melayu lebih MILF berbanding janda agama lain..

Tanpa Nama berkata...

janda melayu lebih MILF berbanding janda agama lain??

sekarang baru aku tau melayu tu satu agama

saya suka abang mantot berkata...

aku tengah perhati perbezaan mentaliti orang yang duk baca harian metro hari2 tak baca benda lain dah tuk perkembangan otak dorang...korang cuba perhati depa semua ni...cuba cari perbezaan mereka...

Tanpa Nama berkata...

Perempuan ni kalau dah janda, mesti berjaya.

just azura! berkata...

aku tak suka perkataan janda tu. sebab dari kecik sudah terdedah dengan perkataan janda -->perkara tak baik, gatal, gilaan para suami orang. kan lebih sopan jika dipanggil ibu tunggal. aaargh! aku benci harian metro.

Tanpa Nama berkata...

lu tanyer wife lu dlu la tot.. dia kasi ke x utk lu TOLONG selamatkan ibu2 tunggal yang ader nih..

Sang Merah berkata...

dok perati2 anon2 nie slalu asik ad hominem kt tuan blog.....dari brenti keje la...kawen lain la...la nie kwen janda plak....

Tanpa Nama berkata...

mantot kalau ko meninggal awal.. ko nk suh bini ko menjanda terus tak? or suh kawen lagi? kang kawen lain dpt ke jumpe kt syurga? -soklan merapu hr jemaat

kacangbadam berkata...

"Sebab tu agama kita galakkan kalau nak berpoligami,kahwinilah janda atau balu." - Mantot.


Betul tu, cuma malang sangat apabila kebanyakan perempuan fikir kalau lelaki kahwin dengan balu atau janda, otomatik sebab laki tu nak seks, pompuan tu nak harta dll. Mereka tak fikir dari sudut pandangan agama Islam. Kadang-kadang kahwin dengan perampas lagi teruk daripada kahwin dengan janda atau balu! :(

Tanpa Nama berkata...

aku baca metro sbb byk berita sukan

FiraHamzah berkata...

aku benci Harian Metro jugak, tapi aku tetap kekadang tuh baca secara online, sebab nak tgk kegilaan masyarakat Malaysia sekarang. seriyesss, SADIS!
Pasal janda lak, aku tak tau nak komen ape.. sebab aku pun ada gak mentaliti tipikal melayu. haha :P

moral of story: semua perkara yang dilakukan bermula dengan NIAT :)

Tanpa Nama berkata...

zaman skrg nie isteri2 tak perlu takut dgn janda, sbb anak2 'dara' (kot ye masih dara)yg lagi gatal, gersang mencari suami org, maka terjadilah isteri2 nie menjadi janda. lepas tu anak2 'dara' nie pun claim tak bersalah, kekonon bekas isteri nie tak pandai jaga suami....yg si suami pun bila dah senang mula la lupa diri, lupa zaman susah yg dilalui dgn isteri dulu, sanggup tinggalkan anak2 demi kerna si 'dara' jalang yg gersang... adat dunia

zaminc berkata...

Tugas suami adalah semua benda yang isteri tak kena buat termasuklah apa-apa saja benda yang masyarakat Melayu kata "isteri punya kerja" yakni basuh baju,lipat baju,kemas rumah,sapu sampah,buang sampah dan apa2 lagi kerja lain yang orang2 tua kita kata "anak dara kena tau." ~ Mantot.

Kenapa kau kata semua kerja2 tu lelaki kena buat, apa hujah kau?

ayampercik berkata...

Zaminc, bukankah lebih baik semua kerja-kerja rumah tersebut dilakukan bersama-sama tak kiralah isteri atau suami. Nabi Muhammad pun ada membantu isterinya melakukan kerja rumah. Kerja rumah bukanlah tugas isteri semata-mata, suami pun boleh membantu sama malahan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan juga. :)

100% Jade berkata...

Harian Metro memang suratkhabar tabloid...so xterkejut la..
Oh, and orang Melayu ni memang, asalkan janda je buruk, hina, gersang. Tak faham langsung aku. Padahal yg masih bergelar isteri tu pun ramai yg lebih teruk dari janda.

Ray berkata...

"Tugas suami adalah semua benda yang isteri tak kena buat termasuklah apa-apa saja benda yang masyarakat Melayu kata "isteri punya kerja" yakni basuh baju,lipat baju,kemas rumah,sapu sampah,buang sampah dan apa2 lagi kerja lain yang orang2 tua kita kata "anak dara kena tau."

Aarghh.. kalo kawen 4? 4 rumah nak aku nak handle benda2 nih? Aarrghh!!

wan thumbelina berkata...

segelintir je pun janda yang gersang,bukan semua.kesian lak kat janda yang baik2 ni, sbb ada beberapa janda yang buat perangai semua kena....malayu mmg mcm 2...sbb 2 ada pepatah "sbb nila setitik rosak susu sebelanga"....

Azham Vosovic berkata...

kah kah kah....

memang betul betul steroetaip hahaha

Tanpa Nama berkata...

tak ada beban, batu digalas.

Rabiatul berkata...

lol back at home, i'll giddily go through harian metro just for the hilarious craps they have on..it's somehow similar to mastika haha

diamond engagement rings berkata...

nice post.

Tanpa Nama berkata...

Harian metro...akhbar paling hot...
suka sebarkan cerita2 y cmtu..pa i td trtgk NLKO TV9..depa pi temuramah wartawan harian metro dgn tajuk datuk power(ntah apa2)..eh come on lah..kita sbg media,bg lah cerita y boleh mendidik minda masyarakat melayu kita ni..harian metro ni org melayu kn y baca..buat cerita y cmni,ni lah lahirnya masyarakat minda tertutup..semua nk pikir ikut tu(18sx)..poligami kalo difahami dgn syariat,ianya satu perkara y amat2 positif..cuma masyarakat kita mindanya telah dicorak sebegitu..jgnlah pikir ikut melayu,pikir ikut islam...

Tanpa Nama berkata...

berpoligami dianjurkan oleh Islam, ayat berpoligami diturunkan Allah, disampaikan oleh Jibril kepada Muhammad.

Tanpa Nama berkata...

Aku dlu pon marah org pndg serong janda...tp warung mkn n janda x dpt dipisahkn..ini trjadi dlm hidup aku..dlm aku brkwn n niat nk mnolong dgn seorg jnda ni...aku ditikam dr blkg..bila janda ni goda laki aku smpi ugut bgai mintk duit konon ngandung nk p cuci..ini bkn rekaan..btul2 trjadi pd aku...mmg warung tu penuh dgn pelangan sbb janda tu pkai seksi n adakala masak x pkai spender..ini citer benar..bkn rekaan..aku tegaskn sbb aku dh trkena...tp x semua janda jahat...cme nasib ku malang brkawan dgn janda gatal perosk rmhtgga...