Memaparkan catatan dengan label 08 - Hal Ehwal Blog CursingMalay. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 08 - Hal Ehwal Blog CursingMalay. Papar semua catatan

Julai 21, 2014

Q&A : Seperti Yang Dijanjikan, Aku Jawab Soalan Kau Bersempena 33 Tahun Aku Hidup

noor said...
Dari 2006 lagi saya tertanya-tanya nama sebenar Mantot. Dari zaman spm hingga dah ada anak 1 persoalan tu belum terjawab lagi.

Drp RYSMHP.
Dah lama X tinggal comment...Please jgn stop blog nih...sbb Cursing Malay buatkan saya rasa normal utk berfikir secara waras. Soalan: Boleh saya tahu nama penuh En. Mantot?


Nama aku Irmanyadi Idris.  Aku bukan orang Indonesia walaupun nama aku macam nama orang sana. Sampai sekarang still ada orang yang takleh nak pronounce nama aku betul2.

.............

Soalan aku: -
1. Berbaloikah mengambil risiko untuk mencuba sesuatu yang baru?
2. Aku rasa nak menceburkan diri dengan kerja amal, aku rasa membantu orang adalah sesuatu yang mendatangkan kepuasan. Tapi, orang kata "dengan kerja kau sekarang, bantuan kewangan kau adalah lebih bermakna dari tulang 4 kerat kau dlm kerja amal". Apakah komen kau?


1. Aku tak tau. Aku pernah cuba jual nasik goreng kat kedai, jual nasik lemak, buat kartun, buat video, jadi cikgu.....tapi benda paling berbaloi aku rasa aku buat, adalah tidak makan gaji dengan orang. Kau tak percaya, kau cuba masak nasi goreng ke, letak kat kedai runcit, buat kuih, letak kat kedai orang. Feeling dia lain....sebab kau tau itu 100% bergantung dengan effort kau. Start slow. Aku stop buat sebab dah ramai sangat pulak yang letak tempat aku letak nasi aku.

2. Huh? Boleh ke camtu? Gi carik tempat lain. Ada banyak lagi tempat lain, macam Teach for The Needs yang memerlukan volunteer untuk mengajar budak2 yang memerlukan kasih sayang ni.


..................

tot,
bagaimana nak memilih jalan yang ko yakin kalau ko akan jatuh sekalipun ko takkan menyesal sebab pilih jalan tu? menyesal or tak menyesal dgn jalan yg dipilih ni ko rasa subjective ke tak? 'live life to the fullest' ni satu keadaan in denial ttg kesengsaraan hidup sendiri or sememangnya kita mmg perlu hidup sebegitu (to the fullest)?


Hidup kita bukannya lama. Berapa kali anak kau umur dia setahun 8 bulan 17 hari? Sehari aje dalam seumur hidup dia. Tiap2 kali kau tinggalkan family kau untuk pergi kerja, anak2 kau bukannya berenti membesar.

Dan kau akan missed banyak benda.

Jika kau nak missed moment nak tengok anak2 kau membesar, pastikan yang kau missed moment2 tuuntuk sesuatu yang worth it. Untuk aku, pilihan aku waktu tu ada dua, anak atau selubungi diri dengan serabut kepala dengan masalah orang lain untuk dapat gaji hujung bulan.

Aku tak suka losing control barangkali. Bila kita dependant kepada orang lain untuk financial source kita, apa akan jadi kat kita bila dia dah tak nak teruskan bisnes dia?

.................


Soalan aku: Kau ada terpikir tak apa akan jadi kalau kata kau gagal? Atau kau sebenarnya optimis all the way through yg kau akan berjaya?

Aku tak optimist. Tak ada orang boleh predict future.

Tapi kalau dulu2 aku takut gagal, Tiz Zaqyah dan Felixia Yeap takkan share apa aku tulis, betul? Kau nak tau berapa lama aku nak beranikan diri tulis benda2 camni? 2 tahun aku mundar mandir. Sebab waktu tu, ramai yang kutuk kerajaan tapi tak ada orang yang berani persoalkan adat2 orang Melayu yang karut openly.

Itu tak masuk lagi share lagu aku dekat member bandmate aku. Punyalah lama aku simpan lagu aku dari 2004 dan aku teruskan kerjaya suka2 aku sebagai seorang drummer yang hanya tau main gitar untuk lagu Nirvana sahaja.

...........

Rompa said...
Bila nak jamming dgn aku? Main lagu rilek2 sudah

Jom.

..............

zer said...
salam tot,

dua soalan je.
1. awat nk brenti menulis?
2. nama ko ape tot.

aku jantan tot, tp masa keje cyberjaya dulu & mkn kt bus station tu aku survey2 jgk org gemok mcm ko describe kt blog ko ni.hehe

Nama aku ada kat atas.

Aku nak berenti sebab aku nak memberikan tumpuan kepada penghasilan karya2 lain yang bukan berbentuk tulisan semata2. Anak aku suka main game, tapi banyak game yang aku tengok tak sesuai sangat untuk dia sebab ada unsur2 yang aku tak suka.

Jadi sekarang ni, aku tengah revise balik knowledge HTML aku nak update ke HTML5, aku nak revise aku punya programming language aku dari C++ ke C# dan aku nak belajar buat game guna Unity engine.

Kesimpulan dia, aku nak lari dari cabang yang aku buat selama ni dan kembali kepada aku masa aku zaman student dulu. Aku dah serik buat video sebab kebanyakan client yang aku dapat, dia ingat tukar benda dalam video sama macam tukar perkataan dalam Microsoft Word. Especially benda2 yang melibatkan core aku, 3D animation.

Aku rasa kita pernah berjumpa. Kau la kot yang stare aku masa aku makan sorang2 tu?
Aku ingat gay mana.

................

Soalan-Currently, apa sumber kewangan kau untuk menanggung isteri & anak2?

Tak ada. Aku guna saving aku. Aku gamble ni.

................

lkjhgfdsa said...
Heheheh kalo korang download lagu yg Mantot bagi itu hari korang akan tau nama Mantot. So persoalan pasal nama dah terjawap. Aku baca blog ni since 2009 kot. Baru tahun ni aku dpt tau nama Mantot.

Takpenting pun nama. Yang penting isi.

Kenapa ko nak berenti tulis Mantot. Sedih ar gini.

Itu lah. Aku sengaja sebenarnya bagi lagu aku untuk tujuan tu dengan harapan agar ada wartawan Melodi datang rumah aku dan menemubual aku dengan soalan "dari mana Encik Irman dapat inspirasi untuk menulis semua lagu2 yang AMAT SEDAP ni? Oh ya, ada juga desas desus yang mengatakan artis kita, Heliza Helmi, juga adalah seorang peminat lagu2 Encik Irman."

Tiap2 malam, aku berdoa agar Tuhan membuka hati pintu Heliza Helmi untuk menerima aku sekurang2 nya sebagai pembancuh air dia.


.................


en mantot mengajar di sekolah mana? sebab saya nak suruh anak saya belajar di kelas en. mantot sekian mekasih.

Kalau aku bukak kelas visual effects dan 3D Modelling, kau nak hantar anak kau belajar dengan aku tak? Bidang animasi dan visual effects kat Malaysia ni sebenarnya bagus tapi tah la kenapa, tak sukses2 dari dulu dan kita terus dihidangkan dengan animasi sub par melepaskan batuk ditangga.

Jika anak kau minat bidang ni, bagitau la dia. Tapi tak free aa.
Aku kena keluar modal beli projektor.

.................

salam alaik mantot :-)

kenapa nak kene berhenti ni? alaa mantot, tak rock aa. aku paham kau nak bgi full commitment untuk target kau tu tapi takkan lah sampai nak berhenti? xleh ke walau sebulan satu post ke? dua bulan satu post ke, hatta tiga bulan satu post sekalipun, xper mantot, asalkan kau tak tinggal terus dunia blogging ni.. i know what starts will ends tapi takkan xbole kut?

Aku try. Aku akan try!

.................


Tot, apasal blog hang ni x mesra android mcm dulu?

Aku tukar template dia. Aku dah betulkan dah.

..............

1C2J3U4M5M said...
aku nak join ko buat animasi!!!
aku nak upgrade animasi kat malaysia ni setaraf anime!

Jom!

...............


bini kau baca ke post2 kau ni tot?

Baca.

...........

aku tau kenapa ko nak stop. takde pulangan, btol tak? semua blogger yg berenti ckp camtu. baru aku tau yg ko ni sama je mcm blogger lain, bertuhankan duit je.

ko kena stat layan blog Cursing Malay ni sbg satu hadiah kepada rakyat marhaen bak kata John Green.

Siapa John Green?
Apa kau tulis ni?

Bercerita mengenai pulangan, ya, memang ada orang menulis untuk jana income. Tapi kau pun tau jika seseorang itu menulis untuk income, kau boleh kenal tulisan dia dan blog dia macam mana. Mesti ada unsur2 self promotion yang hebat dan menampilkan wajah penulis dari angle yang menampakkan wajah penulis seolah2 tidak ada double chin langsung.

Aku menulis sebab ini yang aku boleh buat. Aku rancang nak berhenti sebab.....aku nak menulis menggunakan lagu, hahaha.

"Tapi, suara kau tak sedap Tot?"

Ah. Peduli apa aku.

................

Anonymous said... tolong jangan berenti menulis...
nak tengok gambo boleh?

Belum lagi buat masa sekarang. Kau tunggu aku pegi gym, nanti aku selfie masa badan aku berpeluh dan muscle aku flex. Barulah sensasi.

Kenapa semua orang yang gemuk, bila dah kurus, dia nak tayang body dia dengan pakai baju2 ketat? Kalau macam tu, lagi elok dia gemuk, kan?

November 19, 2012

Bagaiamana Rasanya Menjadi Seorang Blogger Terkenal?


Semalam, bilangan follower aku sudah cecah 4000 orang. Dalam dunia blogger, secara automatiknya aku dah tergolong dalam golongan blogger femes atau selebriti yang layak dapat treatment VIP ke mana2 event aku volunteer pergi.

Jadi dengan ini, aku, Mantot, orang Kedah, declare diri aku ;

"Seorang blogger famous yang mempunyai hak untuk mendapat layanan VIP di mana2 aku pegi sebab; kalau aku bagi negative perception dekat siapa2 pun, memang tertutup la periuk nasik seseorang itu atau jatuh merudum lah sales product tu bulan tu atau selama-lamanya."

Akhirnya, AKHIRNYA! lepas ni..mesti Hanis Zalikha nak keluar dating dengan aku selepas beberapa puluh kali aku try ajak dia. Dia dah tak ada lagi alasan nak tolak ajakan aku.

Terima kasih semua kerana layan aku merepek selama hampir 6 tahun. Aku mintak maaf dululah kalau2 lepas ni aku sombong dan bongkak...atau pada sesetengah orang, lebih sombong dan bongkak.



Disember 19, 2011

Gambar Cute Gila Sehinggakan Anda Tidak Dapat Menahan Diri Daripada Berkata "Auuww.."


Bz. Dah dekat pilihanraya ni banyak projek.Tak sempat nak menulis. Tengok gambar cute dah la.
Jaga lembu atau jaga kucing mana lagi untung?

Disember 12, 2011

Demam Kerana Main Hujan



Aku demam.
Tak dapat nak update.
Kalau siapa tak paham apa maksud gambar ni,
anda kekurangan sense of humour.

Gi beli sekilo dua kat kedai.

November 17, 2011

Contest Untuk Blogger : "Kenapa Aku Rasa Blog CursingMalay Awesome Gila?"

Memandangkan blog ini dah makin popular dan makin dikenali sehingga mendapat pengiktirafan antarabangsa, yakni orang Malaysia yang duduk oversea, aku dengan ini ingin mewujudkan contest macam blogger-blogger lain yang tak sefamous aku selalu buat.

Contest ni mudah.
Apa yang diperlukan hanyalah sedikit aje masa anda.

Cara menyertai :

1. Buat satu entri dan tajuk entri tu adalah "Kenapa Aku Rasa Blog CursingMalay Awesome Gila?"

2. Entri tu mestilah memuji aku. Sebarang kritikan atau pandangan negatif aku disqualifykan.

3. Peserta contest ni mestilah meletakkan plug in lagu kegemaran aku sekarang ni di blog diorang iaitu lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latif dan pastikan plug in tu autoplay bila orang bukak blog anda. Tujuannya untuk menghasilkan mood yang sesuai untuk pembacaan. Volume setkan tinggi2.

4. Dalam entry anda tu, anda mestilah meletakkan banner yang aku sediakan kat bawah ni. Takde banner dalam entry, disqualify. Pilih salah satu. Kalau nak letak semua lagi bagus tetapi chances untuk anda menang tidak berubah.





5. Kemudian lepas anda dah publish...anda ambik link post tadi dan pastekan link blog anda kat ruangan komen kat entry aku ni. Ni syarat tak compulsory. Lagi cantik kalau gambar avatar anda adalah gambar gadis cantik, kalau aku nampak gambar awek, selalunya aku akan bukak link anda tu. Sebarang proposal untuk menjadi gelfren atau perempuan simpanan akan diberikan penilaian yang lebih khusus.

..............

5 x Hadiah Utama :
Pemenang akan mendapat satu (1) visit daripada aku dan apa yang lebih membanggakan, aku akan komen dalam posting anda mengenai blog aku tu. Lumayan kan?

10 x Hadiah Saguhati :
Kemungkinan untuk orang bukak link blog anda yang anda pastekan dalam komen tu akan meningkat. Percentage anda bertukar-tukar link dengan blogger lain akan melonjak!

1 x Grand Prize Winner :
Aku declare awal-awal lah supaya takde orang sue aku..
Grand prize winner contest ni adalah aku.

.................

Terima kasih jika anda menyertai peraduan ni.
Mula lah mengarang entry anda sekarang. 
Tiada tarikh tutup untuk peraduan ini. 
Bila-bila anda nak masuk anda boleh masuk. 

Pemenang hadiah utama akan dipilih bila-bila masa aku berkelapangan.

Ogos 29, 2011

Selamat Hari Raya Semua


Apa kata Ramadhan ini, kita jadikan Syawal pertama,
di mana kita tak bersalam-salaman dengan sepupu kita yang tak sama jantina.
Apa yang tak boleh tetap tak boleh,
tak usah la nak pakai alasan "macam adik beradik' nak dibolehkaan.

Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin,
Pastikan jangan lupa,
Toksah undi dacing.

Aku pohon maaf kepada sapa-sapa yang aku dah terkutuk
atau aku terpakai gambar tak senonoh dia dalam ni.

Sayonara selama beberapa hari.



Ogos 01, 2011

Ramadhan Datang Lagi


Ramadhan datang lagi.
Puasa siang hari,
Berlapar dahaga,
Ketika matahari menanti

Ramadhan datang lagi,
Tapi berapa orang kira dengan jari,
Berapa hari lagi Ramadhan di sisi
Tak sabar tunggu Syawal kembali

Ramadhan datang lagi
Berapa kilo naik bulan ni?

Ramadhan datang lagi
Berapa orang berkira bershopping ganti itu ini?

Ramadhan datang lagi,
Tapi kenapa tiap-tiap waktu Ramadhan,
Hari raya pulak yang ditekankan?

Ramadhan datang lagi
Waktu ni lah nak sedarkan diri
Selama ni mudah salahkan syaitan sana sini
Bulan ni,buat silap,salahkanlah diri sendiri

Ramadhan datang lagi,
Cepatlah dia berlalu pergi
Seksa bang puasa 30 hari...
Nikmat raya tak sabar dinanti...

Ramadhan datang lagi
Tunggu la 10 hari
Dalam TV tak sabar-sabar suruh
Bulan Ramadhan cepat pergi..

ps-mulai esok aku hanya nak menulis cerpen bersiri selama sepanjang bulan Ramadhan.Selamat Berpuasa..

Mei 06, 2011

Selamat Hari Ibu Daripada CursingMalay dan Seminute.com

Aku percaya,dalam hati setiap ibu,pasti akan wujud rasa ingin melihat kelibat anak-anak mereka setiap masa.Tertanya-tanya bagaimana mereka,sihatkah anak mereka,dah makan ke belum,apakah style rambut anak2 mereka.Dengan perkembangan dunia yang kebanyakannya membuatkan keluarga terpaksa berjauhan,pasti ramai ibu yang teringin benar melihat anak mereka di depan mata.


Tapi,semakin anak meningkat dewasa,pasti akan wujud komitmen yang membuatkan anak-anak tidak dapat meluangkan masa melawat ibu di kampung.Apatah lagi kepada mereka yang belajar atau bekerja di luar negara.Adik ipar aku 5 tahun duduk luar,satu2 nya penghubung dia dengan mak dia adalah telefon.Nak bertemu muka tak kesampaian kerana ada penghalangnya.

Jadi,kita sebagai anak,apa pula yang kita mampu lakukan?Selalunya,setiap kali Hari Ibu diraikan,kisahnya pasti sama.

Apakah hadiah hari Ibu yang selalu diberikan orang ramai?

a. kad
b. mug bertulis "Worlds Greatest Mom"
c. satu pelukan kasih sayang
d. belanja mak makan
e. hadiah-hadiah mcm bunga,rantai,etc.

Apakah hadiah Hari Guru yang selalu diberikan?

a. kad
b. mug bertulis "Worlds Greatest Teacher"
c. belanja cikgu makan kat kantin sekolah
d. hadiah-hadiah mcm bunga,rantai,etc.

Sama aje kan? Apa kata untuk sambutan Hari Ibu dan Guru tahun ni anda melakukan satu kelainan.Sempena sambutan Hari Ibu dan Hari Guru yang bakal diadakan tak lama lagi,blog ni dan Seminute.com ingin mengajak anda semua berkongsi ucapan Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru anda dalam bentuk video.

Video adalah satu bentuk medium yang sangat fleksibel jadi video anda boleh jadi mengenai;

a. Ucapan anda kepada ibu atau guru
b. Short film seminit mengenai ibu atau guru anda
c. Animasi stop motion meluahkan perasaan sayang anda
d. Video anda bermain instrumen lagu yang anda cipta sendiri mengenai ibu anda
e. atau apa-apa saja cara lain yang mampu anda fikirkan.

Apatah lagi jika anda adalah seorang perantau yang duduk berjauhan dengan keluarga.Jadi,apa kata,on kan kamera anda, rekodkan video ucapan hari Ibu dan Guru anda dalam bentuk yang paling kreatif.




Ada sesiapa nak spoof video ni dekat Seminute.com?

Dan jangan lupa,contest "Will You Marry Me?" yang menawarkan hadiah
RM1000 masih lagi berjalan di Seminute.com

Sekuat mana pun anda sayang ibu anda,percayalah dengan aku,ia takkan sama kuat dengan sayangnya ibu anda kepada anda. Kasih ibu adalah satu perasaan yang tak mampu digambarkan.
Selamat Hari Ibu semua!

April 07, 2011

Aku Sangat Busy...


Khabar-khabar angin mengatakan 3 tempat paling merbahaya di Malaysia adalah

1. Jalan raya
2. Lorong belakang kedai
3. Pejabat SPRM

Berhati-hati apabila melalui tempat tersebut.Macam biasa,gambar hiasan untuk tatapan golongan perempuan sempena sambutan penghalalan penyebaran video lucah.Muka mamat tu macam Anwar Ibrahim kan?Sebijik!Nak yang version uncensored?Email aku untuk mintak gambar atau email la jugak kalau sekadar nak meluahkan perasaan anda.Nanti aku post kat sini surat anda.Bz sket skrg.

Mei 06, 2009

Pengguna Genius : Anda Pasti Kagum Dengan Jumlah Gula Dalam Makanan dan Minuman Anda

Dah lama aku tak update blog cerita-cerita kepenggunaan Malaysia.

Jadi,apa kata cubalah berkunjung ke Pengguna Genius untuk membaca maklumat terbaru yang aku dapat masa aku browse dekat internet.Mungkin cerita kali ni agak menakutkan untuk mereka yang sukakan minuman2 "berkhasiat" tapi demi masa depan gigi anak anda,baik anda bertindak bila dah tahu.

Aku juga ingin memohon jasa baik anda semua untuk kembali mengirimkan cerita-cerita mengenai kepenggunaan kepada pengguna.genius@gmail.com kalau anda ada cerita,aduan atau lebih baik lagi tips untuk berkongsi kepada orang ramai.

Dari dulu aku plan nak pusing semua hypermall nak buat comparison harga sebab aku duduk dekat dengan Tesco,Giant,Econsave dan Jusco,tapi tak pernah pun ada orang yang buat comparison harga.Asyik2 yang buat comparison adalah hypermarket tu sendiri.

Ada aduan yang aku dapat menceritakan mengenai perihal satu shopping kompleks yang menaikkan harga barang ketika weekend dan harga turun ketika weekdays semata-mata untuk mendapat untung lebih.Sepanjang pemerhatian aku,apa yang aku perhatikan nampak ada benarnya.Aku suka minum milo kotak,beli hari kerja,RM7.20,beli weekend Rm8.50.Itu yang aku memang nampak la setakat ni.Aku malas nak cerita pasal time diskaun 70% yang menipu besar je kerja diorang.

Jadi,aku berharap agar anda semua dapat membantu.
At least kita dapat sama-sama kongsi cerita dan panduan ramai-ramai.Email la cerita anda.Aku akan postkan.

April 14, 2009

Pengguna Genius : Halal atau Tidak?


Aku cilok daripada forum Malaysian Bikers mengenai pertanyaan seorang brader kepada JAKIM mengenai pengiktirafan sijil halal kedai-kedai yang disebutkan di bawah ni.

PERTANYAAN SATU :
Saya ingin bertanya tentang sijil halal bagi WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam. Adakah premis ini mendapat sijil pengesahan halal bagi semua produck dan bagi semua outlet? Tarikh Aduan : 12/12/2008 - 17:32:23 Jawapan : Assalamualaikum.. Old Town White Coffee memiliki sijil halal daripada Jab Agama Islam Perak hanya untuk produk coffee 3 in 1 dan pelbgai variasi coffeE & tea segera. Sementara bagi premis makanan / restoran, TIADA rekod syarikat ini memiliki sijil halal daripada HDC, Jab Agama Islam negeri atau Badan Islam yang diiktiraf.

PERTANYAAN DUA :

Assalamualakum.. Saya ingin meminta kepastian daripada JAKIM bahawa syarikat pemakanan di bawah sama ada halal atau sebaliknye 1) Chilli (di KLCC dan Mid valley) 2) The Chicken Rice Shop 3) Road House Grill (Jalan Ampang) 4) Victoria Station (Jalan Ampang) 5) Dome 6) Burger King 7) Sushi King 8 ) Tarbush (Ampang Point) 9) Restoran yg juga menjual arak di dalam nye Sekian terima kasih, Wasalam

Jawapan :
Berikut adalah penjelasan JAKIM mengenai pengesahan halal kepada premis makanan terbabit : rangkaian restoran The Chicken Rice Shop dan rangkaian Restoran Burger King telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua makanan dan minuman yang disediakan di kedua-dua restoran ini telah disahkan halal, manakala Chilli, Road House Grill, Victoria Station,Dome,Sushi King dan Tarbush serta semua cawangannya tidak tersenarai sebagai pemegang sijil halal JAKIM. Disamping itu semua restoran yang turut menjual arak di premisnya memang tidak akan mendapat pengesahan halal JAKIM. Semoga dengan penjelasan ini dapat membantu pengguna mengenalpasti restoran yang halal.

Sekian.
Tolong informkan dan beritahu kepada semua.


November 20, 2008

Sedikit Announcement

Selepas kejadian dimarahi salesman Cavenzi tempohari kerana terlalu lama berfikir dan hampir diketuk oleh Jusco semasa membeli langsir,aku dengan ini merasmikan "Pengguna Genius" sebuah blog yang membolehkan aku,kau,anda dan family anda menceritakan mengenai perihal yang berlaku kepada anda semasa anda terlibat dengan proses urusniaga atau apa2 aje yang anda tak puas hati dengan perkhidmatan berbayar anda.

Aku tau aku takde la sebest mana tapi aku mengharapkan agar anda semua dapat berkongsi cerita anda mengenai consumerism di sana.Aku dengan tak malunya mintak anda tolong promote pasal "Pengguna Genius" tu.

Orait,selamat.Terima kasih.
Mantot

P.S - Aku takde la stop blog ni.Kepada 24 orang pembaca aku,terima kasih banyak2.

September 20, 2008

Selamat Bertemu Kembali

Lama aku tak menulis.Sekarang aku dah ada internet balik jadi lepas ni update mcm biasa.Tapi 2 minggu takde internet memang membuatkan aku jadi buta,pekak,tuli.

Sumber berita terpaksa bergantung dengan TV3.Bila singgah kat kedai paper,terpaksa tengok muka depan Utusan Malaysia dengan The Star.
Kalau seorang rakyat Malaysia tu memang bergantung 100% dengan media massa utama,memang rosak binasa la hati dengan akal dia.

Apa jadi dengan 16hb Sept?

Entahlah.Nampak macam Anwar Ibrahim cuba bermain taktik lembut,mendesak dengan cara yang sopan.Tapi banyak benar respons dari kerajaan.Habis semua benda jadi kacau bilau.Pak Lah jadi Menteri Pertahanan,Najib jadi Menteri Kewangan.

Layak ke diorang berdua ni sebenarnya nak jadi menteri2 tu padahal nak jadi menteri biasa pun tak berapa tentu lepas lagi otak diorang ni.

Mungkin mulut Pak Lah kata Anwar takde pengaruh langsung dekat tindakan kerajaan sekarang,Anwar hanya satu ancaman yang mampu dikawal dan ancaman MP lompat parti hanya dongeng rakyat.

Pak Lah Pak Lah.
Go to hell lah.

September 04, 2008

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa.

Tahun ni,akibat daripada kerja-kerja Kerajaan yang mengambik rumah kampung nenek aku untuk dibuat highway,bermakna aku akan beraya tanpa kampung buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku.

Terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Terima kasih kerana menunjukkan yang anda prihatin dengan perasaan nenek aku yang hilang rumah dan tanah,digantikan dengan duit yang tak balik modal,buat rumah pun tak lepas.Kepada sesiapa yang bakal menggunakan highway Alor Setar ke Kuala Nerang nanti,sila ingat,dulu nenek aku tinggal situ,atas highway tu,situ jugak ada kedai runcit kecik dan tuan punya kedai dia baik gila dengan family aku.Sekarang,semua benda hilang,tinggal ingatan dalam kepala je.

Pembangunan punya pasal,habis tanah Melayu tergadai.Persoalan yang tak pernah dijawab lagi oleh kerajaan Kedah sebelum ni,kenapa highway tu dibina membelok melepasi pekan Langgar?Siapa boleh jawab?Ketuanan Melayu punya angkara.

Insya Allah,tahun ni beraya lah aku di tempat baru dengan kerajaan yang baru.Maksud aku kerajaan Negeri Kedah yang baru.Kerajaan Pusat?

Insya Allah.


Ogos 19, 2008

Top 10 :Kegunaan Tangan Kiri

10 Menekan butang-butang di radio kereta

9 Membantu menekan butang "Shift" di keyboard

8 Memegang kuali ketika memasak

7 Memegang kayu ketika menggergaji

6 Mengetuk snare ketika bermain dram (untuk drummer tangan kanan)

5 Menarik clutch ketika menunggang motorsikal

4 Memeluk pinggang awek sambil tangan kanan membelai rambutnya

3 Untuk mengorek hidung

2 Membasuh dubur selepas melabur

1 Memegang Al-Quran ketika bersumpah sesuatu yang penting


Ogos 01, 2008

Keputusan Undian Cursing Malay 07

Mampukah Datuk Seri Wan Azizah Memimpin Pembangkang Jika Anwar Ditangkap?

Ya - 132 Undi
Tidak - 45 Undi
Kurang Pasti - 28 Undi

Mungkin secara majoriti nya merasakan Azizah mampu,tapi aku sendiri mengvotekan "kurang pasti".Mungkin kerana pada aku Azizah tidak mampu untuk menjadikan diri beliau sebagai seorang yang "kejam." Maksud "kejam" aku; bila dia ditekan,mampu ke dia melawan balik.Mungkin dengan sokongan orang2 dibelakang dapat membantu Azizah tetapi untuk melawan dinasti jahat UMNO ni,seorang yang lebih kuat,lebih gagah dan lebih kejam diperlukan.

Azizah nampak lembut,penuh sifat keibuan.Aku harapkan kalau2 Anwar benar2 ditangkap (mengikut rumours2 dalam 48 jam akan datang,entah benar atau tidak,kita tunggu) Azizah dan Izzah yang sebenar akan muncul,sama seperti Benazir Bhutto ataupun Corazon Aquino

Julai 29, 2008

Top 10 : Objek Yang Boleh Digunakan Oleh Saiful Sebelum Ke Hospital

10 Dildo - Memberikan rasa ngilu dan tahap luka minimum

9 Terung - Mungkin kurang kesan luka tapi membuatkan lubang jubur menjadi besar.Boleh juga disumbat dalam mulut supaya mulut diam

8 Marker Pen - Bukak penutupnya dan masukkan.Akan meninggalkan kesan dakwat.Boleh buat report telah di liwat dan diconteng.Dua kes berbeza tu.

7 Rokok - Pastikan menyala.Tarik keluar sebelum kesakitan menjadi-jadi.Luka akibat kesan lecur.

6 Controller game - Carik mana2 game yang membuatkan controller vibrate dalam satu tempoh panjang.Lebih elok jika controller/gamepad tu member punya.Masukkan keseluruhannya ke dalam lubang jubur.Biarkan selama 5 minit.Ulangi untuk dua tiga kali.Keluarkan dan letakkan balik macam asal.Kesan luka mungkin moderate tapi ada kemungkinan akan dimarah tuan punya controller tu.

5 Sudu dan Garpu - Boleh dimasukkan dan ditinggalkan di dalam lubang jubur dalam kuantiti yang banyak.Boleh digunakan bila ingin makan (jika was2 dengan kebersihan sudu dan garpu restoran).Pasti membuatkan doktor pengsan jika pemeriksaan X-ray dilakukan.Sayang sekali tidak akan lepas pemeriksaan metal detector di airport

4 Lilin - Baring atas lantai/tilam.Angkat kedua2 kaki anda ke atas straight.Titiskan cairan lilin tadi ke lubang jubur.Sensasi haba yang terhasil akan memberikan impak ghairah kepada anda.Untuk memadamkan lilin,masukkan saja ke dalam lubang jubur.Kesan luka yang boleh dikira agak teruk.

3 Gitar - Mula masukkan dari tempat kepala gitar.Jika lubang jubur sangat besar,boleh mula masukkan dari badan gitar.Kesan luka yang sangat besar.Ada kemungkinan akan tertinggal string gitar tertinggal di dalam,boleh dipetik2 bila bosan.

2 Ekzos Motor - Jangan ditanggalkan ekzos motor tu.Pegi aje parking mana2,nampak ada brader motor tengah panaskan enjin,bukak seluar dan masukkan muncung ekzos ke dalam lubang jubur.Buat semua ni tanpa minta kebenaran brader motor tu untuk perasaan thrill.Aku suggest ekzos motor 2 stroke yang banyak asap hitam.Advantage dia boleh claim kena liwat dan boleh claim peliwat anda tak pernah mandi,"objek" penuh daki.Alang2 nak malukan orang,bagi malu tahap maksimum la.

1 Chainsaw@Gergaji Elektrik - Masukkan.hidupkan dan nikmatilah.Tahap luka liwat PALING MAKSIMUM

Sayang,nampaknya sebelum ke hospital,tiada langsung usaha2 untuk menjadikan kes liwat ni satu kenyataan.Aku dah bagi cadangan ni,ko buat la sendiri ya Saiful.Kalau tak berani aku rasa ramai sanggup volunteer nak buatkan.Menyusahkan orang je budak2 macam ni.List ni aku buat ikut apa ada sekeliling aku je (kecuali nombor 1,9 dan 10)

Keputusan Undian Cursing Malay 06

Apa Masalah Si Saiful ni pada pendapat anda? (Pilihlah banyak mana pun)


Tempat Pertama :
Dia gila publisiti dan suka perhatian ramai
(199 undi)


Tempat Kedua :
Dia kena paksa dengan pihak2 tertentu
(195 undi)

Lain-Lain:
Lain-lain tak penting lagi dah.

Mengikut keputusan undian kali ni,daripada 426 orang yang mengundi,ada 199+195 orang (384 orang) yang percaya 2 sebab di atas adalah masalah sebenar si Saiful.Jadi kerana hanya perbezaan sebanyak 4 undi,dengan rasminya diumumkan secara tidak formal,pada pandangan orang ramai,Saiful Bukhary telah dipaksa oleh pihak2 tertentu untuk mengaku dia diliwat dan disamping itu,dia juga mengambil kesempatan mempopularkan diri dia menggunakan kes tersebut.

Apa dia ingat dia sama macam Paris Hilton ke ada skandal seks boleh jadi lagi popular?Jadi kepada Cik Janna Syariza,aku dengan ini memohon agar surat cinta aku dulu di pertimbangkan sebaik mungkin.Lama aku karang surat tu,siap rujuk novel cinta lagi tu.Tapi mungkin juga cinta aku ni akan terkubur sepi sebab nampaknya jubur Saiful masih lagi suci mengikut laporan hospital dan sudah pastilah Cik Janna gembira mendengar berita tersebut.

Jadi,terpulanglah kepada Cik Janna untuk memilih,cuma kalau saya jadi Cik Janna,saya pilih saya.

Julai 15, 2008

Keputusan Undian Cursing Malay 05

Berapakah tambahan perbelanjaan anda selepas kenaikan harga minyak?



Tempat Pertama : RM251 - RM500 (51 undi)
Tempat Kedua : RM151 - RM250 (26 undi)
Tempat Ketiga : RM500 - RM1000 (22 undi)
Tempat Keempat : RM1000 ke atas (17 undi)
Tempat Kelima : RM51 - RM150 (14 undi)
Tempat Keenam : RM10 - RM50 (7 undi)

Jumlah undian 137 undi.

3 bulan tambah belanja dah habis duit rebet minyak.Sapa la bangang sangat pegi posing muka hepi dekat pejabat pos masa ambik rebet hari tu?Hepi betul harga minyak naik.Ni lah melayu,nampak duit dalam tangan je.

Julai 11, 2008

Top 10 : Alasan Lelaki Nak Ajak Perempuan Terlanjur

10 Awak mesti buktikan cinta awak pada saya kalau tak saya lari

9 Saya tak boleh hidup lama,doktor kata boleh hidup 2 hari je lagi.Saya nak habiskan 2 hari tu dengan awak saja

8 Kalau awak mengandung,saya akan pastikan kita kahwin.Awak jugak yang nak kahwin cepat kan?

7 Saya takkan tengok porno lagi kalau awak tidur dengan saya

6 Awak tak nak rasa ke nikmat paling sedap kat dunia?

5 Saya nak tau berapa lama saya boleh bertahan

4 Takkan la kita setakat peluk-peluk je?Orang lain dah buat macam-macam dah

3 Ada 4 orang pempuan minat kat saya tapi saya nak tidur ngan awak sorang je

2 Kita cium mulut je dulu.Lepas tu kita stop

1 Saya tak sure saya gay ke tidak.Kalau saya dah tidur dengan awak,lepas tu baru la saya tau

Sekarang ni kalau keluar ayat2 tak logik pun aku rasa ada pempuan yang boleh percaya,lagilah pempuan2 Melayu yang desperate nak ada orang sponsor hidup dia.Siapa ada nak tambah boleh tinggalkan komen kat bawah.