Disember 07, 2011

Alhamdulillah Selesai Sudah Kita Berzina

Bercerita dengan lebih lanjut mengenai adegan intim yang menjalani proses penggambaran sekitar dua jam itu, kata Maya, dia sendiri berdebar-debar untuk melakonkannya kerana ia merupakan kali pertama dia melakonkan adegan sedemikian rupa.

"Saya sendiri sudah diberitahu awal tentang kewujudan adegan itu dan ketika hari penggambaran adegan itu saya memang berdebar-debar dan sejam sebelum itu saya rasa pelik kerana saya tidak pernah melakonkan adegan intim di atas katil seperti itu, tambahan pula Aaron merupakan suami orang, jadi saya agak bimbang, adakah adegan itu berlebihan.

"Tetapi Alhamdulillah, ia berjalan dengan lancar dan muncul di skrin. Rasanya orang yang menontonnya pun boleh menerimanya," tutur Maya lagi yang mengakui secara peribadi, dia sendiri menyukai filem Ombak Rindu.

Aaron yang terkenal dengan watak romantisnya di dalam drama pula memberitahu, isterinya, Diyana Halik tidak kisah, malah merestui adegan intimnya bersama Maya serta Lisa Surihani yang memegang watak antagonis buat pertama kalinya sebagai Mila Amylia.

"Isteri saya tidak kisah kerana dia memahami kerjaya saya sebagai seorang pelakon. Malah, dia yang baca skrip terlebih dahulu dan ada ketika sesi latihan serta penggambaran berlangsung. Jadi, tidak ada sebarang isu yang timbul kerana isteri saya sentiasa bersama saya ke mana sahaja saya pergi," bicara Aaron.


..............

Alhamdulillah.
Makin ramai makin sedar kepentingan agama dalam kehidupan.


Kosmo

49 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kahkahkahkah.. mcm2 cara org cari makan..

NXXB berkata...

*facepalm*

saya suka abang mantot berkata...

baguih ni...ade kesedaran pentingnya agama...

Wanita Mutalib berkata...

Alhamdulillah...
burp kenyang...

zalizalu berkata...

dah banyak kali dan ramai dah artis2 ni sedar agama...

♥CIK SHA♥ berkata...

ini adalah filem permulaan..akan datang mungkin bertambah banyak filem yang akan buat perkara yg sama..sebab kononnya org yg menonton boleh menerima..sighh..(-_-")


best sgt ke movie ni? saye tak teringin pun nak pergi tgk..

nisa berkata...

hahaha,first dengaq maya karin ckap mcm tu trus mlut saya terpacul ckap maya karin ckap tak pakai otak dan aaron memang pemimpin keluarga yg bgus dan diyana halik,isterinya memang taat dan redha..bgusla..lepas ni bley dcontohi org lain..akhir zaman!

mr edz berkata...

kenapa tak buat threesome jer..baru best

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah...

thank you Allah for d opportunity. hehehe...

Bella berkata...

Dunia semakin pelik... =_=

Na'im Nikmat berkata...

Alhamdulillah tarbiyah UMNO sangat manthop....

Berbelit Berkata-kata berkata...

hahahahahahahahahahahahahaha......


mampu gelak jer smpai tepuk dahi..

hahahahahaha...

Kak Mah berkata...

Diyana Halik tidak kisah, malah merestui adegan intimnya bersama Maya serta Lisa Surihani

kahkahkah.. RESTU..

fatt berkata...

troll yg epic! HAHAHA....

takyahla tgk citer2 camni, tambah saham utk akhirat...

aishah jamrek berkata...

emm...no komen, belum tengok lagi ombak rindu..

iamBIG berkata...

@Cik Sha sama la, aku pun x teringin lagsg nak tgk...cane la nk bagi kengkawan aku tgk page ko ni mantot..biar dorg kena sket..hadoi2

Cik Sizu berkata...

dari zmn sekolah aku nmpk rosyam nor jadi hero balik2 muka dia kat tv..skrg aron plak, aku duk pikir isteri depa ni kenapa? isteri takde cemburu, siap bole ckp cam Diyana Halik tidak kisah, malah merestui adegan intimnya bersama Maya serta Lisa Surihani.... gila ok! gila jugk lepas bgesel ckp alhamdulillah.

aku hat special pun aku perang putus kalo laki gedik bsama maya&lisa..awat plak takbole? org laki nak pompuan suci, abis kami pompuan nak jugk laki yg suci hehe penulis paham kan?

Bkn Menyokong Maya berkata...

Mantot, bukan ko jugak ke tertunggu2 utk tengok adegan XXX?

Tak best la kutuk artis. Kutuk la diri sendiri.

LydSunshine berkata...

Itu yang hampir dgn zina cakap. Tak tgk plak temubual ibu yang berzina dgn anak dia tu. Org Indon. Siap cakap alhamdulillah sebab dia bukan berzina dgn org lain, Dgn anak sendiri je. Lagi la pengsan nak tgk.

Ayon Ajiz berkata...

Ikut sangat kehendak skrip smpai mengabaikan kehendak agama.

Malaysia aman kan skarang? jangan sampai tuhan tarik balik nikmat tu.

SM berkata...

alhamdulillah, semoga perzinaan olok-olok ini diberkati.

shahirahkhairudin berkata...

alhamdulillah..

untunglaaaaa..

Danish berkata...

Cukup2 la artis bermain2 dgn perkataan 'Alhamdulillah'. Yg Si Blogger & Pengkomen2 semua ni ikut sama pehal? Serius, tak lawak la.

fuad ansari berkata...

sebenarnya tak payah ada adegan tu pun takpe.. tak menjejaskan keseluruhan penceritaan tu pun..

takpun, buat je adegan depa berdua masuk bilik.. pandai2 lah penonton nak faham sendiri... (memandai je aku ni nak mengalahkan pengarah filem)(",)

delilah berkata...

yang pergi tengok dengan yang berlakun,rasanya sama2 ada saham kut.. saya jahil agama,can someone write something about it please.

sim_2096 berkata...

ni nama akhir zaman...agama dipermainkan...maksiat dibiarkan...biru haru jdnya...apa nak dikata en.mantot?..

Tanpa Nama berkata...

Memang seronok bila org seronok tengok kita kat skrin .tambah peminat. Tapi lagi tak seronok bila Malaikat ulang tayang nanti
=xminat,Germany=

Tanpa Nama berkata...

danish, aku tak rasa pengkomen ni sume menyokong maya, diorang menyindir la..rethorik/balaghah kot..=)

banyak kali dah artis2 mempermainkan perkataan "alhamdulillah"..seksi bagai pakai skirt pendek, baju ketat, berkemban(esp. time menang anugerah atas pentas) tapi sebut alhamdulillah sebab menang..malu kita yg tengok..

SuE DeALoVa berkata...

Alhamdulillah, smakin ramai yg menangis kerana crita2 sedih+jiwang drpd menangis kerana Allah...;(

Master Yoda berkata...

Kah kah kah...kesedapan rojak pasembur mamak Penang pon takleh lawan dek statement Maya Karin tu..Kah kah kah

:3 berkata...

aku pun x paham.kalo dalam filem nyer adegan ranjang dah detail, dalam novel cma ner pulak. haish...xde bende laen ke yg nak dibace. asyik2 novel cinta.

Tanpa Nama berkata...

aku mmg xsuka dgn artis ni, yg haram di halalkan, alasannya kerja, tanggungjawab, berzina pun bole Alhamdulillah.. tgh pakai seksi2 dedah aurat sana sini pun msih boleh lagak mcm kuat sgt imannya. hipokrit.. benci aku orang hipokrit

saham sama2 berkata...

kita doakan je la depa berubah. kalau xdpt nk tegur guna tgn, guna lidah , last guna hati. hati(doa) kan pun da kay beb..sekian

Tajul Muluk berkata...

Begitulah artis:=

1.Bertuhankan duit
2.Berimankan skrip
3.Bernabikan pengarah
Halal Haram ditolak tepi, kepuasan perlu dicari beralasankan seni minat diri. Wawasan akhirat langsong tiada yang punya hanya dunia semata sedangkan dunia fana jua yang kekal akhirat jua.
Taubatlah artis, kembalilah ke jalan Ilahi senelum laknat menimpa diri. Dunia glamour tidak kemana hanyalah ia sanjungan sementara yang menjuruskan ke Neraka.

Lady Windsor berkata...

lagi satu aku tak faham, sebelum buat filem banyak produser konon buat doa selamat tapi bila dah start sebut 'action' hahaha doa selamat ke mana ntah...err aku rasa diana halik tu tipu je redha dgn lakonan sominya tu..hati perempuan...!

kacangbadam berkata...

Orang cakap Aaron Ajis gay, so itu pasal bini dia redho. Tak ada makna kot nak jelly sebab dia tahu laki dia gay. Hehehe~

Tanpa Nama berkata...

bongok macam lembu sharizat!

hafiz hafizol berkata...

tajuk kemain hot lagi yer?? haha

ck slmh berkata...

tajuk mesti catchy, baru attract org nak bace.
haha...

CyCra~ berkata...

Sy g tgk..menguap byk kali walaupon peminat Novel ni..
Hurm waktu maya baca Quran tu..trus mematikan mood..sebutan,tajwid salah (walaupon sy bukan qariah,tp nak grad dl kn pass tilawah)
And adegan ranjang tu xde pape pon,xde pon x mencacatkan penceritaan langsung..
Byk tgk lurah azizah mahzan je ngan perut selambak Julia zeigler..

bee berkata...

ermm.....dlm novel xder pn babak2 xxxx nie...juz mentioned izzah dirogol jerk...tp director yg ubah jln criter yg melebihkan babak...babak yg sepatut dimasukkan xder..babak yd xder plak diada-adakan...sayang btul...

Edward Khil berkata...

BRO...........MAYA KARIN TU KETURUNAN YAHUDI BANI QURAIZAH, BENDE NI TAKPE KALAU DIA BUAT

INI SEMUA PENIPUAN YAHUDI UNTUK MENIPU UMAT ISLAM MELAYU AKHIR ZAMAN, KERANA DIKATAKAN IMAM MAHDI AKAN MUNCUL DI KALANGAN MELAYU TERUTAMANYA ORANG KELANTAN. JADI DIA NAK SESAT PI ORANG MELAYU DULU

ALHAMDULILLAH BRO, KITA ADA PEMIMPIN YANG BERIMAN SEPERTI KHALIFAH LIM GUANG ENG

nadia berkata...

jgn kutuk maya karin... laki aku minat dia... sian laki aku, kang dia x lalu makan... muahahahahaha...

Tanpa Nama berkata...

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MayaKarinterkejutbacalaporanblog/Article/index_html

Tanpa Nama berkata...

aah la tot..masuk paper..

Keyboard Warrior berkata...

yeahh!!

cursingmalay feymes!!..

hahaha....

ika berkata...

oyeahh masuk paper!!

Mantot berkata...

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm

sblm jd apa2..
aku taruk dulu link asal kosmo

mat berkata...

hahahaha..

jangan neves tot..rilek2