Disember 31, 2008

Pengalaman Pilu Seorang Bapa

Hanya untuk peringatan:

Pada 30 jun 2008, uncle bertolak dari KL dengan keluarga untuk menghantar anak yang dapat belajar di UTM skudai. Sampai di R&R sebelah seremban, uncle sekeluarga berhenti untuk sarapan. Setelah selesai sarapan kereta uncle tak boleh start. cuba jumper ngan kereta sebelah, tak berjaya juga.

sebentar kemudian uncle didatangi oleh seorang india yang mengaku seorang mekanik dan menawarkan perkhidmatannya dan mengatakan kereta uncle hanya rosak starter. Kos tarik dan alatganti dalam RM200. Kerana tiada pilihan, uncle setuju membawa kereta uncle ke workshopnya di Seremban 2.

Sesampai di workshopnya ( NS Pawer Auto ) beberapa orang mekanik datang ke kereta uncle dan terus membuka bahagian bawah enjin, keluar habis minyak hitam dan mengatakan kereta uncle terpaksa di overhaul. uncle tak boleh berbuat apa-apa kerana semua yang ada di situ berlagak gengster belaka. Uncle bersetuju menyerahkan kereta uncle untuk di overhaul. Uncle bergegas ke JB dengan kereta anak uncle yang keseorangan memandu dari KL ke Seremban untuk membawa uncle ke JB.

Pada 2 julai 2008, workshop berkenaan menelefon uncle yang mengatakan kereta uncle telah siap. uncle ke seremban dan mengambil kereta tersebut dengan charge RM2100. Sesampai di Kelantan pada 4 Julai 2008 uncle merasakan kereta uncle tak ada sebarang perubahan. uncle bawa ke workshop yang ada authority Honda, mekanik workshop berkenaan mengatakan kereta uncle tak di buka langsung. Kesan yang ada hanyalah penukaran starter.

Uncle merasakan tertipu dan membuat laporan ke Tribunal Tuntutan Pengguna JPDN & HEP. Pada 11 September 2008, perbicaraan dijalankan. Pihak defendan tak hadir dan award kemenangan diberikan kepada uncle. Setelah surat penghakiman dihantar, NS Pawer Auto melalui peguamnya K.T. Param & Co mengaku bersalah dan sanggup membayar balik wang uncle sejumlah RM2050 tetapi secara ansuran RM200 sebulan bermula pada November 2008.

untuk makluman dan peringatan anak-anak / dan rakan-rakan, inilah alamat dan pemilik workshop berkenaan.

N.S. PAWERAUTO ( NS 0030833-K )
No. 132, Jalan S2 C4
Green Technology park,
Seremban 2,
Seremban

Pemilik: M. Marimuthu

Komen : Aku ambik dari forum Malaysianbikers.com.my.tempat aku selalu membaca.Untuk bacaan lanjut lawati MBC Forum (tapi ni tempat bincang pasal motor la

Sekadar Peringatan

AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA

Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita..Berhati2 semua terutama para wanita.

Bahaya?.!!!
Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.

AMARAN DARI PIHAK POLIS
BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )


Sedarlah semua! Tolong sebar2kan?.. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Komen - Entah betul ke tak tapi at least kita beringat. sebab benda tu nasihat.Aku dapat dari forum.

Sebelum tu aku dah tengok satu video kat YouTube.Perompak ni (kat Amerika) dia ikat tin banyak2 pakai tali..pastu dia ikat kat besi nak tow kereta tu.Perempuan ni masuk kereta dan start.Jalan je dengar bunyi bising belakang,turun kereta tak mati enjin pintu terbukak pegi belakang kereta.

Laju je perompak tu masuk kereta dan jalan.


Apa Ni Banner Kata Lain,Mintak Bayar Lain?

Citer ni jadi baru lg...last friday....aku ni keje kilang kt kaw.perindustrian senai....barulaa dalam 4bulan keje sini...dan nak dipendekkan citer, last friday aku dan 3 org lg membe kilang aku ni nak g lunch la kat airport tu as farewell party utk salah sorg dr kitorg yg abis kontrak keje...aku pon drive la kete dan sampai kat pintu masuk parking tu tergantung banner sebesar alam ( sure orang rabun pon boleh abca la banner tu) tulis parking RM1 per entry...aku pon siap la kuarkan duit singgit...pastu duk tekan2 button ijau nk amik tiket tak function plak button tu...

Dlm 5min tunggu ada la sorg mamat ni maybe pic kat parking tu la kot..dan berikut adalah perbualan kami...: (perbualan mungkin ditokok tambah sebab aku tak bawak voice recorder time tu and otak aku tak berapa nak ingat sebutir2 perbualan tu but maksudnyer sama)

mamat carpark : dik, mesin tu rosak. bayar pada saya je..

aku : laa yeke?patut la tak kuar tiket...lalu aku ponhulur RM1 kat mamat tu..

mamat carpark : eh bukan singgit laa tapi 3hengget...ni resit nyer...

aku : eh, tapi kan kt luar tu tulis singgit per entry nape plak tetibe jadik 3hinggit? **aku ngan muka bengang**

mamat carpark : o0o tu banner jer...tapi RM3 hengget sekarang ni..

aku pon malas nak ckp byk bg je la 3hengget tu kat dia sbb perut aku dah berkrioookk nak makan...

Sepanjang aku jalan dari tempat parking tu sampai la ke dalam airport tu, melambak banner pasal parking tu di gantung...aku bukan berkira sebb kene tambah lagi rm2 utk parking kat airport tu tapi aku rase tertipu sebagai pengguna.

Kalo betul dia letak RM3 as parking fee tak payah laa berusaha nak promote parking tu RM1 per entry...tak ke menipu tu nama nyer?aku rase saje je dia nak ambil kesempatan sebab time musim haji ni kan...sure ramai org datang sebb ade gak jemaah haji yang akan pulang ke tanahair melalui airport senai tu..

Hopefully , pihak pengurusan airport tu amik tindakan sewajarnya.tak salah kalo dia nak kenakan harga RM3 untk masuk parking tu or nak kenekan berapa sekalipun harga (tapi patut2 la letak harga tu), cume jangan la promote benda lain tapi bila nak masuk benda lain pulak....

Komen : Sama ada management airport tu bengap atau aku rasa ko kene pau. Kat Maybank Alor Setar,depan tu ada parking sederet.Bila orang bandaran takde kat situ,mesti ada 2 orang tukang kutip duit parking padahal situ dah memang sah parking free (ni dulu2 la.sekarang aku tak tau camne)

Aku pergi Sg Gabai,Hulu Langat,nak mandi air terjun.Sebelum sampai kat tempat parking ada seorang pakcik tahan,mintak seringgit.Kereta 2 ringgit.Mana ada kena bayar pun situ sepatutnya sebab situ kawasan rekreasi. Aku tanya Pakcik tu "Apasal kena bayar?" dia stare kat aku cakap "Seringgit."

Aku tanya balik "Bukan sepatutnya free ke pakcik?Pakcik ni tukang jaga air terjun ke?"
Pakcik tu stare aku balik dan cakap "SERINGGIT!"

RM30 = RM50.Kali sebulan dapatlah RM1500.Dekat tempat parking adalah 20 bijik motor,15 kereta.RM20 +Lepaslah bagi anak bini makan duit haram.

Disember 30, 2008

Selamat Tukar Kalendar Hijrah

Hari itu,1 Januari 2009.

Ahmad sampai ke ofisnya lalu duduk di tempatnya.Di sebelah mejanya,duduk lah kawan dia,Ali.Mata Ali kelihatan lebam,nampak tidak cukup tidur malam itu.Ahmad menegur Ali,"Eh Li,hepi new year.Apa buat semalam?"

"Aku,semalam cam biase,memule pegi disko dengan Tina.Menari-menari sampai 1 pagi,sempat jugakla aku try Jack Daniels campur yang ko rekemen tu,balik rumah aku,buat projek.Dapatlah 3 round,pastu aku hantar Tina balik.Dia kene outstation esok.Terus aku balik,sampai rumah pukul 4 camtu.Tidur kejap pastu terus gi kerja..ngantuknya!"terang Ali menguap.

"Ko pulak camne?"tanya Ali.

"Aku pergi foam party.Kat sana aku kenal dengan sorang chicka ni,minah Melayu mixed.Aku pun belanja la dia minum2.Telan pil sebijik dua,minah tu nak berdiri tak betul.Nampak sangat baru try2.Dia punya high tu aku cakap ko,ajak aku balik rumah dia.Aku pun,apa lagi,singgah 7-E,beli kondom sekotak terus ikut dia.Ganyang dia cukup2 pastu aku tertido.Bangun2 tengok 7:30,tak sempat nak mandi aku gi brekfes terus datang kerja."

Tiba-tiba lalu pulak Mark,seorang mat salleh yang ditugaskan untuk menjadi supervisor kompeni multi nasional mereka itu."Hey Mark,happy new year man.How' your celebration man?Anything good happens?"tanya Ali dengan slang English campur loghat utara.

"Nothing major actually,just stay at home,watch some DVD's with the wife,drink some wine just for the sake of new year and then go to bed."

"Damn Mark,you should celebrate new year with us man!We are so much cooler!"





Disember 18, 2008

Najis Hanya Keluar Dari Sumber Najis


ALOR STAR 18 Dis. - Gabungan Deklarasi Rakyat Kedah mendakwa kerajaan negeri ini gagal dalam tugas mereka untuk memulihara alam sekitar sejak mentadbir negeri ini sembilan bulan yang lalu.

Jurucakapnya, Mohd. Shahrul Anuar Mahmod berkata, satu kad laporan prestasi kerajaan negeri telah dikeluarkan oleh pihaknya berdasarkan kajian yang dijalankan secara objektif oleh ahli-ahli mereka. - Utusan


KUALA LUMPUR 14 Dis. – Keputusan kerajaan negeri Perak menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri disifatkan sebagai membazirkan duit rakyat.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, ia merupakan tindakan kurang bijak kerana ketika sesetengah negeri ingin menjimatkan perbelanjaan dengan memajak kereta, kerajaan negeri itu pula menghabiskan duit rakyat dengan membeli kereta import dengan alasan yang tidak munasabah.

Mulai 1 Januari ini, katanya, kerajaan negeri Melaka akan memajak kereta rasmi daripada syarikat konsesi Spanco Sdn. Bhd. (Spanco) sebagai langkah berjimat-cermat.

‘‘Kami dapat menjimatkan kos penyelenggaraan RM300,000 setahun dan RM1.4 juta bagi tempoh lima tahun berdasarkan perbandingan jumlah kos yang sama dari tahun 2003 hingga 2008.

“Spanco juga bertanggungjawab untuk membekal, menyenggara dan membaiki semua kenderaan yang dipajak oleh kerajaan. Jadi alasan kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana yang begitu tinggi tidak boleh diterima,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


IPOH 3 Dis. – Kerajaan Perak hari ini dipersoalkan kerana meluluskan penukaran status hak milik tanah lot kediaman dan perniagaan daripada hak milik pajakan kepada hak milik bebas di kampung-kampung baru dan rancangan perkampungan tersusun (RPT) yang berkuat kuasa hari ini.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, pihaknya mempersoalkan sama ada tindakan meluluskan status tanah hak milik pajakan kepada hak milik bebas adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri atau membabitkan Kerajaan Persekutuan.

Katanya, GMP kurang senang dengan tindakan kerajaan negeri bertindak demikian kerana sepanjang pengetahuan mereka pemberian tanah hak milik kekal adalah atas ‘keadaan istimewa’.

‘‘Oleh itu kita akan membawa perkara ini ke mahkamah untuk pengadilan secepat mungkin bagi menentukan kesahihan keputusan dan kuasa kerajaan negeri menukar syarat kepada hak milik bebas itu.

‘‘Biar mahkamah menentukan kesahihan tindakan ini dan mempersoalkan tindakan yang dibuat secara tergesa-gesa ini. Apa jadi sekiranya tindakan ini di luar bidang kuasa negeri?” soalnya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

BANGI 15 Dis. - Kerajaan campuran Perak dan Kedah dibidas kerana tidak mempercayai kereta keluaran tempatan iaitu Proton Perdana V6 Executive yang digunakan sebagai kenderaan rasmi, sebaliknya lebih senang dengan kereta import.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua kerajaan pakatan pembangkang itu sepatutnya berbangga dengan produk tempatan kerana mereka adalah sebahagian daripada rakyat negara ini.

Menurutnya, kerajaan pakatan pembangkang mempunyai alasan tersendiri untuk menolak penggunaan kereta Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi tetapi hakikatnya mereka tidak mahu menyokong projek kerajaan Persekutuan.

''Jangan jadikan kos penyelenggaraan yang tinggi sebagai alasan kerana sudah jelas mereka bukan di kalangan pemimpin yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Sebaliknya, lebih mempercayai kereta keluaran asing berbanding sendiri," katanya selepas merasmikan Kursus Pembangunan dan Pengurusan Zakat Antarabangsa 2008 di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai keputusan kerajaan negeri Perak menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan.

Disember 16, 2008

Sistem Pendidikan Malaysia Menggalakkan Orang Yang Lemah Menipu

Aku seorang cikgu dan aku seorang yang sangat emosional.Mungkin sebab aku ambik berat apa yang aku buat dan aku peduli pasal apa yang aku ajar kat student aku.

Aku paling suka kalau student aku tanya aku soalan dan SANGAT2 BERMINAT pasal subjek yang aku ajar.Kalau apa aku ajar pada diorang tak cukup,lalu diorang explore sendiri sebab minat punya pasal,aku sangat-sangat happy.Benda-benda camtu membuatkan aku rasa berbaloi kerja walaupun aku dibayar murah dan aku bekerja lebih teaching hours.

Tapi aku frust bila terlalu ramai student yang belajar sebab nak ada sijil,nak ada paper,bukan setakat student aku,student memane pun la.Setakat nak ada kelulusan sebab takut nanti takde kerja.Mungkin kalau government sector qualification tu penting sebab memang diorang nilai korang dari situ tapi betulke benda tu menilai tahap korang berfikir dan melakukan kerja?

Terlalu ramai orang yang belajar semata-mata nak ada paper bukan sebab nak dapat ilmu.Diorang bayar yuran sebab diorang nak grad,bukan sebab diorang nak belajar.Terlalu banyak kes yang aku nampak dan aku lalui yang menunjukkan terlalu ramai graduan ni yang hantar kerja bukan dari hasil tangan sendiri,bayar orang lain suruh buat.Aku pun tergolong dalam golongan2 yang diupah tu.

Aku ada buat kerja untuk student UIA dan diorang ni ambik course architecture.Tak ke berisiko besar bila seorang arkitek yang ditugaskan membuat rumah ke bangunan tak tahu langsung sebenarnya apa yang diorang buat?

Aku tanya minah dua orang ni,"Korang reti ke buat benda ni?"

"Tak,tak reti langsung.Mula-mula tu pegi la jugak kelas.Lepas tu bila kitorang tak dapat catch up,terpaksa la mintak tolong ni."Baik dan suci aje muka minah 2 orang ni.Itu arkitek,orang yang akan design dan plan bangunan.Mungkin itulah sebabnya tragedi Bukit Antarabangsa tu jadi.

Terlalu ramai orang yang lepas tangan dan mengharapkan agar dia dapat survive dengan cara2 camtu dan apa yang paling menyedihkan,takde langsung usaha sekurang-kurangnya nak belajar basic at least dapat buat sket2.

Bila takleh buat salahkan cikgu,salahkan lecturer.Cubalah usaha sket2 dulu.Banyak benar komplen kita dengar kata susah nak dapat kerja,degree ni tak laku,diploma tu tak laku.Bukan camtu sebenarnya.

Yang tak laku tu sebenarnya KAU!
Sebab ko tak reti.

Kepada Doktor2,jangan buat perangai camni (mungkin mustahil kot Doktor nak buat perangai2 ni) tapi memandangkan Kerajaan desperate nak tambah bilangan doktor,macam-macam boleh jadi.

(Gambar sekadar hiasan)

Disember 15, 2008

Wanita Atau Android?

Seorang jurutera dari Kanada yang bernama Le Trung mencipta sebuah android untuk menjadi teman hidupnya dengan alasan "Susah nak mencari teman hidup yang sempurna dan sesuai dengan dia sekarang ni."



Android yang diberi nama Aiko dimodelkan mengikut gaya wanita Jepun (ala-ala anime) dan mempunyai kebolehan merasa sentuhan,pertuturan yang agak advance dan mempunyai emosi.Apa yang menariknya di sini adalah adakah anda setuju dengan kenyataan saudara Le Trung kita tu?Benarkah tidak ada lagi perempuan yang baik?

Apa untungnya ada gelfren android -

1) Dia boleh melakukan tugasan rumah 24 jam tanpa henti dan tak akan merungut

2) Boleh melakukan perkiraan matematik yang kompleks,jadi kalau kita programkan dia supaya suka berjimat cermat,dia tak akan suka beli kasut dan handbag banyak-banyak

3) Tak pakai makeup jadi cost dah save kat situ.

4) Kita boleh programkan android tu supaya hanya membenarkan kita menyentuhnya dan boleh dilakukan "penguncian pakaian dan tubuh badan" dengan menggunakan password kerana kita tahu sudah terlalu banyak gadis melayu yang dapat dibuka bajunya dengan menggunakan password2 mudah seperti "Abang sayang awak","Awak nampak comel","Awak nampak seksi" dan sebagainya.

5) Kalau dia merajuk ke buat perangai ke,kita boleh reset dia dengan menekan butang off.

Kalau aku,isteri kita carik orang betul,suri rumah aku pakai android.Takyah nak susah2 carik orang gaji Indonesia.Pakai orang betul ni banyak risiko dia contohnya mencuri duit majikan kerana benda ni dah terjadi.

Nak pecat dia kita jugak rugi sebab ada agreement dengan ejen pembantu rumah.

Go Android!

Disember 13, 2008

Inikah Nilai Value Di Negara Kita?


Laksa semangkuk,air bandung cincau,2 otak-otak
RM14.90

Adakah kita sebodoh ini?

Stewardess Air Asia Yang Lawa(k) Gila

Nama Pengadu : Nabela
Umur Ketika Peristiwa : Unknown
Lokasi : Dalam kapal terbang
Mangsa Aduan : Peramugari Air Asia Pan-Asian

Salam.

I've followed your blog and i'm very glad that you have this new blog (pengguna genius).I just wanted to share my not so pleasant experience with Air Asia.

This thing happened about 3 years ago, it was during my study in langkawi(boarding school), at that time my house is at PJ. So, I travel from KL to Langkawi via flight.During one fateful school holiday, my parents decided to go on a vacation to Langkawi.

My parents sent me along with 2 of my siblings on an Air Asia flight (this was my first time with Air Asia). As you know, we have to pay for the food. There was this family of 3 sitting across our seat. My sister said she wanted to try the menu. During lunch time, the stewardess stopped her trolley next to our seat, but she didn't even look at us. She served the family of 3 that sat across from us.

''Excuse me.." i tried to call the sterwardess.hahaha....guess what? she totally ignored me.

Just because were a bunch of kids travelling alone without our parents, doesn't mean we can't afford anything that they serve.I was totally pissed off and asked my sister if she was really hungry. But when she saw what happened, she told me that she's good. She is just not in the mood of eating after what had happened.

Before the airplane landed, the stewardess goes from seat to seat to ask if anybody has rubbish to throw.She went to the family (that was seating across our seat)"Do you have anything to throw?"...the stewardess.
Then she came to our seat"Adik ade sampah nak buang?"...the stewardess said to us.haha double standard.

She was afraid that we could not comprehend her english(her english was not that great though).So, that was my first and last time travelling with Air Asia.I hope anybody travelling with them won't experience what i had experienced.

Abang,Jangan Bukak Seluar Saya!

Nama Pengadu : Adik Mn Fadzly
Umur Ketika Peristiwa : 7 tahun. Kecomelan optimum.
Lokasi : Sunway Pyramid
Mangsa Aduan : Security Sunway Pyramid

Saya pun tidak tahu adakah ini turut melibatkan konsumerisme, tapi peristiwa ini amat mendatangkan kesan yang mendalam terhadap hidup kami sekeluarga (cheH!)

Macam ni ceritanya, beberapa tahun yang lepas ketika saya masih berumur setahun jagung ( 1 tahun jagung = 7 tahun manusia ), telah diceritakan berlakunya rombongan sekolah tadika ke Kuala Lumpur. Almaklumlah saya ini berasal dari luar bandar, maka seronoklah pergi berombong (berombong?) ke ibu kota. Antara destinasi kami adalah Desa Waterpark dan pada malam hari, kami ingin pula berkenalan dengan singa Firaun sambil membeli belah di Sunway Pyramid. Oke2 straight forward.

Memandangkan ketika itu saya masih budak kecil, tiada apalah yang mampu dibeli, hanya berjalan-jalan di dalam Sunway Piramid itu. Ketika memasuki pintu utama Sunway Pyramid, saya terperasan ada bunyi Tett Tett, bunyi penggera tu, kononnye kalau ada orang mencuri, bolehlah dikesan dengan mudah. Tetapi pada masa penggera itu berbunyi, semua orang sedang masuk ke dalam Sunway Piramid, maka sempatlah saya perasan muka Mak Guard itu macam pening-pening, takkanlah orang mencuri barang dari dalam, tapi masuk dari luar kan.

So dipendekkan cerita, ketika keluar dari Sunway Piramid, saya bersama rakan-rakan saya seramai 10 orang rasanya, ditahan oleh Pak Guard. Kerana sekali lagi penggera itu berbunyi Tett Tett. Entah sapalah yang mencuri ni, cinabeng betul. Untuk memudahkan pengecaman tanpa kawad cam, kami seorang-seorang melalui pintu itu. Seorang lalu, penggera senyap. Seorang lalu,penggera senyap. Saya yang paling akhir sekali. Dan secara kurang ajarnya, penggera itu berbunyi ketika saya lalu di situ.Sedetik selepas itu, kumpulan Pak Guard tu cemas bagai macam nak hari kiamat jer, bukan main dengan walkie talkie lah, seorang lagi berlari lah, nak cari supervisor dia kot. Saya pun tunggu dengan blank, apa yang saya curi, pegang barang pun tak. takpe takpe ini kesilapan teknikal je ni, biasa la.

Seminit selepas itu, supervisor nye pun hadir. Dengan penuh tegas, disuruhnya anak buahnya ketepi supaya saya boleh diperiksa secara peribadi olehnya. Saya diseluk saku, dibukakkan baju,diperiksa dompet yang ketika itu dipenuhi dengan sticker Dragon Ball,dibukaknya kasut. Tapi apa pun tak ada, Bodoh ! haa kan da emo. takpe2 itu kerja diorang. Selepas itu, si supervisor ni macam berfikir, macamana boleh berbunyi kalau tak ada apa-apa di badan saya kan? Oleh itu, beliau pun melakukan the second round, aktiviti yang telah dinyatakan sebelum ini diulangi tapi dengan finishing yang macam sial iatu nak tanggalkan seluar saya. Wah ! What The What The ! Tapi hajat beliau tidak kesampaian kerana mungkin beliau fikir beliau sudah keterlaluan.

Selepas itu dilepaskan saya. Selepas itu barulah saya sedar, sesungguhnya aktiviti kawad cam dan pemeriksaan pakaian itu tadi dijalankan betul-betul di tengah-tengah pintu utama Sunway Piramid dengan jangka masa dianggarkan 15minit. Dan sesungguhnya saya berasa di tengah-tengah stadium kerana semua customer, pakcik pakcik makcik makcik di situ semua standing idle melihat saya si budak jahat kene tangkap dengan abg guard. Huh ! Saya masih blank, berjalan tanpa fikiran ke bas sekolah. Di situ ada sepasang suami isteri mengatakan kepada cikgu saya bahawanya "Kesian budak ni, kne dengan pakguard tadi" Selepas itu saya tak ingat.

Berdasarkan cerita saya tadi, wajarkah saya sebagai pengguna pusat membeli belah dilayan sebegitu ?

Umpama di Teluk Guantanamo.Adakah lebih wajar jika pemeriksaan dilakukkan di tempat yang tertutup ?Adakah kerana ketika itu saya masih kanak-kanak, saya tidak diberi hak sedemikian ?

Mungkinkah akan timbul komplikasi kepada saya atau rakan-rakan mangsa yang lain, seperti trauma pergi ke pusat membeli belah ataupun benci akan pak guard ?Ada kemungkinankah saya akan menang jika saya saman malu terhadap Sunway Piramid ?

Menang dalam RM5 juta sudah mencukupi. Saya bahagia.

Film Review : Bang Rajan


Jangan takut membaca tajuk cerita ni.Ini bukan cerita porno yang mengisahkan bagaimana Rajan di "bang" oleh lelaki2 gagah atau sebuah cerita yang mengisahkan bagaimana Rajan diletupkan untuk menghasilkan bunyi BANG! Cerita ini juga bukan sebuah kisah family mengenai seorang abang yang bernama Rajan.

Ini sebuah cerita sejarah Thailand.Ini cerita benar.Mungkin ada ubahan sikit tapi dari apa yang aku baca sebelum aku tengok filem ni,boleh kata agak accurate dari segi timeline.

Filem ini secara ringkasnya mengolah semula mengenai perjuangan sebuah kampung bernama Bang Rajan yang sedaya upaya mempertahankan tanah mereka dari jajahan tentera Burma (Myanmar sekarang ini dan yes,Burma adalah satu kuasa kuat satu masa dulu untuk sesiapa yang tidak tahu,skrg diorang lagi gemar datang bekerja di Malaysia daripada menjajah)

Apa yang istimewanya mengenai sebuah kampung ini adalah kerana hanya mereka ni lah sekumpulan rakyat Thailand yang memulakan penentangan terhadap Burma.Yang lain,lari,cabut.Hanya mereka ini aje yang lawan balik.
Aku tak nak cerita pasal storyline dia sebab memang ikut sejarah apa yang terjadi.Ending dia pun sama.

Apa yang membuatkan aku kagum tengok cerita ni adalah kepada set dia.Boleh dikatakan apa yang anda nampak tu sedikit sebanyak memberikan gambaran bagaimana sengsaranya kehidupan diorang.

Rutin hidup nak kena teruskan macam biasa tapi mereka ni sentiasa hidup dalam berjaga-jaga.Macam mana diorang tonjolkan kehidupan masyarakat Thailand yang sangat beradat,bagaimana kaum wanita Thailand ditonjolkan dalam filem ni,isteri yang sangat taat dan sayang kepada suami mereka.

Perasaan bagaimana seorang lelaki terpaksa pergi berperang dengan menggunakan senjata mereka yang agak primitif berdepan dengan meriam2 Burma,sambil otak risau memikirkan isteri dan anak yang ditinggalkan di belakang berjaya ditonjolkan dengan agak berjaya.

Subtitle DVD ni mungkin agak sedikit mengecewakan sebab aku tak berapa dapat tangkap emosi pelakon2 dia,kekadang muka punyalah sedih tapi subtitle dia ayat biasa-biasa aje.Editing filem ni pun agak mengecewakan sebab nampak editor ni memang hebat mengedit scene perang tapi bila scene romantik pun dia main bantai fast cut,potong situ,potong sini.Mood ada sikit potong la camtu.

Apa yang paling best dalam ni adalah scene perang yang sangat realistik dengan kepala bersepai dan tangan berterbangan merata-rata.Darah mencurah bergelen-gelen banyaknya.Agak simpati aku bila ada satu scene menunjukkan banyak mayat wanita dan anak-anak kecil digantung dipokok untuk dijadikan "exhibition kuasa" oleh Jeneral Burma.

Terlalu banyak filem Thailand yang makin lama kualitinya makin bagus,membuatkan aku rasa jauh betul kita ke belakang.Dengan identiti filem yang kadang-kadang aku tak pasti filem Malaysia ke filem dari seberang (padahal filem kita)membuatkan kebanyakan filem Malaysia seolah-olah habuk dan debu-debu jalanan.

Bayangkan,budget filem ni 50 juta baht.Kita convertkan ringgit kita dapat Rm5 juta (Rm1=10 baht),filem kita yang berjuta-juta harganya pun tak pernah dapat realisasi yang sebegini rupa.Takde ke sesiapa yang nak buat cerita pasal Mat Kilau ke,perang Naning ke?(Perang Naning mungkin akan difilemkan tapi dah ada yang bersuara pasal bajet yang besar)

Orang Thailand boleh filem buat dengan budget yang sebegitu,props yang bagus dan sinematografi yang cantik,kenapa kita tak boleh?Adakah semua benda dekat Malaysia ni overpriced?

Kepada sesiapa yang nak tengok lelaki muscle tak berbaju dan berlumuran darah,tengoklah.Kepada sesiapa yang suka "300"dan "Apocalypto" tengoklah jugak.Agak inspiring dan membuatkan anda rasa nak jadi rakyat Thailand

Rating Filem - 8/10
DVD dia baru aje keluar kat Speedy Video.Sebelum ni ada VCD aje.Harga DVD RM19.90.

Disember 11, 2008

Sehari Yang Samar-Samar

Hari Ahad hari tu,kakak aku call aku,bgtau aku satu benda sedih.Sepupu aku seorang meninggal dunia.Eksiden motor kat Shah Alam.Ape yang jadi,aku pun tak sure lagi sempat cerita betol aku tak dengar lg.

Jadi aku pun bergegas lah ke rumah Pakcik aku.Sampai kat sana,tengok rumah bertutup aje.Pelik pulak aku,salah rumah ke.Aku sure rumah ni betol,call kakak aku,dia kata mungkin aku salah rumah.Aku pun duduk aje la atas motor melopong camtu.

Pusing 2 3 kali area tu,aku pun balik ke tempat yang asal.Park motor aku tepi jalan,bukak helmet.Pakai kopiah.

Mungkin sebab ada akak sorang tu yang tengah sidai baju kat luar tu perasan aku duduk pusing2 area tu,dia pun tegur aku."Eh dik,awak ni nak pegi rumah itu kan?Yang anak dia eksiden motor tu?"tanya dia dengan slang Indonesia yang pekat.

"Ak aah,takde orang pun kak."aku jawab.

"Diorang dah balik kampung tapi sebelum dia balik,makcik ada datang sini bagitau apa yang jadi.Menangis-nangis makciknya"

Aiseh,cepatnya.Aku cepat2 gi rumah kakak aku.Kakak aku pun tatau apa cerita.Jadi aku pun tunggu je la kejap.Pakcik aku sorang ni pun call,ceritakan apa yang jadi.

Arwah ada dekat Hospital Kuala Lumpur,tengah prepare nak hantar ke Kuala Pilah,simpan dekat sana.Tak sempat dah ni aku nak ke HKL.Nak ke Pilah pulak lagilah aku tak tau kat mane kampungnya sebab aku seniri tak pernah pegi ke kampung Mak Ngah aku ni.

Jadi,aku pun balik.Terasa agak down sebab lama dah aku tak jumpe dia dengan adik beradik dia.Bila aku balik kampung dulu ada kenduri dekat Gemas,yang ada cuma ayah dia aje (Pak Ngah aku) sebab dia dah duduk asing,dah mula kerja.

Aku bawak motor pun dah jadi agak paranoid sekarang ni.Dah 2 orang dah dalam family aku yang meninggal sebab eksiden motor.

Semoga rohnya tenang dan dicucuri rahmat.
Al Fatihah

Disember 03, 2008

Top 10 : Benda Haram Tapi Halal

10 Couple tengok wayang dalam gelap

9 Sports Toto/Magnum 4D/Casino Genting

8 Disko

7 Konsert Inul atau apa-apa konsert

5 Ajaran Kerajaan Langit/Upacara Mencium Pusat Hassan (siapa ada terbaca pasal upacara menjijikkan ni?hehehe)

5 Menzalimi rakyat

4 Mendedahkan aurat

3 Pegang tangan Michelle Yeoh

2 ARAK,WAIN,WISKI,SCOTCH NEAT atau ON THE ROCK dan apa-apa lagi minuman alkohol termasuklah Jolly Shandy

1 Majalah Mangga

Banyak lagi benda haram yang sepatutnya haram.Ada cadangan2 lain lagi sila bagitau aku dekat ruangan komen bawah ni

Disember 01, 2008

Orang-Orang Sabah Patut Berterima Kasih Dengan Kerajaan Persekutuan

Piala Monsun ke Sabah?

KOTA KINABALU - Kementerian Pelancongan bercadang menganjurkan kejohanan Piala Monsun Malaysia di Sabah tahun hadapan.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membincangkan perkara itu.

"Pada 7 Disember ini, saya dah jemput Datuk Masidi Manjun (Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah) untuk ke majlis penutup Piala Monsun di Terengganu dan di sana nanti kami akan berbincang mengenai hal ini dengan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas di Sutera Harbour Resort semalam.

Beliau berkata, kementerian berpendapat acara antarabangsa seperti Piala Monsun itu tidak harus diadakan di negeri yang sama pada setiap tahun sebaliknya patut memberi peluang kepada negeri lain untuk mengendalikannya.

November 27, 2008

Berbelanjalah Sekarang,Lupakan Masa Depan Anda

Lepas dah konfemkan yang caruman EPF kita nak dikurangkan kepada 8%,aku terus gi Finance ofis aku.Aku tanya la minah yang jaga tu "Camne?Dah ada ke borang tu?"

"Belum lagi,mungkin kita akan start benda ni Januari camtu.Kalau ada nanti we all inform."Pastu dia sambung,"Kira itu borang aa,for whom aa?The one who wants the 8% or 11% ?"

"Yang nak 11%" aku jawab.

"Haiyaa..saya ingat itu borang for those who wants to be on 8%!Stupid!Stupid!Menyusahkan orang aje,"komen dia lagi."Its supposed to be the other way around.Easier to manage,less hassle."

"Now there is just more work to be done,why do they asked the one who didnt want their EPF to be less fill up the form.Stupid government!"

Terus dia komen macam2 lagi dengan member dia kat sebelah tu.Aku angguk je la.Sebab aku setuju.Buat apa nak deny.Baik aku simpan duit daripada ada duit lebih sikit aje buat belanja.Ini hanya short term solution yang hanya akan merugikan anda semua dalam jangka masa panjang.Mungkin diorang nak kurangkan jumlah dividen yang kena bayar kot ni?Kalau gaji anda RM1200,11% anda dapat RM1068.Kalau ambik 8% dapat RM1104.

Dapatlah anda "Belanja Untuk Kesenangan Hidup Sebulan" RM36.00.Beli makan,isi minyak habis.Bila tua baru la terkenang RM36.00 tu.

RM36 x 12 bulan = RM432
Darabkan dengan 2 tahun (sebab benda ni untuk 2 tahun) - RM864.

RM864 tu kalau anda biarkan aje dalam EPF, 2 tahun at least ada gak dia bertambah dengan dividen.Jadi,siapa yang untung tak kena bayar dividen tinggi dan siapa yang rugi saving yang sepatutnya dah bertambah hilang buat belanja?

Rakyat jugak yang akan rugi sebab orang yang uruskan benda ni takkan nak tanggung rugi.Stupid government.


Oh Cantiknya Sasha Saidin! (Posting Takde Point)

Jumaat lalu,aku ngan member2 aku gi la jam dekat tempat biasa kitorang jamming,Studio Abang Bob,Desa Pandan.

Sampai aje kat sana,sementara tunggu band sebelum kitorang habiskan session diorang,aku pun duduk la dengan 3 orang member aku ni.Band yang kat dalam tu main lagu Muse.Sedap,jauh lagi tere la dari kitorang yang main sekadar nak melalak dan ketuk2 drum.

Tiba-tiba ada sorang minah keluar dari ofis studio tu.

"Eh eh,Sasha Saidin."pikir aku dalam hati,terpaksa la buat2 macam tak terkagum dengan keadaan tu.Duduk je diam2 dan buat2 borak macam biasa.

Aku tak pernah nampak dia ni lawa dalam gambar takpun dalam TV.Aku rasa paling lawa dalam Elite ialah Abby (Abby,kalau kau membaca ni call la aku,aku ada) dan Sasha Saidin yang berdiri kat depan aku ni adalah seorang yang sangat2 lawa.

Lawa,memang lawa!Arghhh!Nasib baik laki dia ada kat dalam ofis tu tengah main komputer.Itu je lah aku nak cerita.

Jadi list celebrity yang aku pernah jumpa sekarang ni ialah -
1) Fazura
2) Nur Aliah Lee (aku terjumpa dia dekat ofis AceMotion Pictures)
3) Fasha Sandha (lawa dah tapi bila dia berborak..isk)
4) Cheryl Samad
5) Harith Iskander
6) Dafi
7) Acha Sepriassa
8) Along Spoon (haa..aku kenal arwah masa sekolah rendah,nyanyi nasyid sama2 wakil sekolah tapi aku background singer je la,dia lead vocal)
9) Datuk K (....perampas Siti Nurhaliza dari kami,lelaki2 Malaysia)
10) Siti Nurhaliza Yang Gemok satu masa dulu
11) Waheeda (aku jerit2 macam Mat Rempit panggil dia dari jauh "Wawa,Wawa",dia lari,hahaha)
12) Amran Damasutra (korang tak kenal kan?hehehe)

Bilalah aku boleh nak terjumpa Nurul Shuhada?



Ni lah iklan dia yang aku capture dan upload dekat YouTube.

Inilah posting takde point sebab aku saje nak cerita benda-benda ni.





Salesgirl Camel Active Perangai Macam Unta


Nama pengadu: Busy Bee
Mangsa aduan: Salesgirl (x tau nama)
Lokasi: Camel Active Butik, One Utama

Peristiwa ni dah lama sebenarnya, dalam dua tahun lepas. Adik aku ni ada membercard holder Camel Active. Since dia member, dia dapat la discount up until 30% bila birthday month dia. So sebab dia discount ni, kita org mmg slalu shopping dekat camel active dalam quantity yang lumayan gak la untuk butik tu. Setiap kali birthday dia, kita orang adik beradik memang akan amik kesempatan shopping kat sana banyak2 untuk abang2 ipar, boipren, ayah dan jugak adik aku sendiri la.

Pastu 2 thn yg lepas di bulan Julai, aku dgn adik aku ni pi la Camel Active OU ni. Memang dah bawak budget dan order list dr sibling2 aku untuk shopping kat sana. Since bukan mood berdating, kita orang kuar xde la melawa sgt tp xde la selekeh pun cuma aku xde la bermekap tebal2 atau bawak handbag besar2 mahal2.. Just pakai biasa2 je la.

Masa kat sana tu ada la salesgirl pompuan ni, cara nk layan x layan je. Maybe cause tengok aku ngan adik aku cam muda je agi, dia budget kita orang x mampu la kot. So sambil2 belek baju tu, mesti la kena bukak2 gak baju2 berlipat kat atas rak tu utk pilih since butik ni cam kecik sket, so x banyak mende derang hang untuk display.

Muka salesgirl ni memang toye giler dah. Pastu sebab akak2 aku dah bagi size baju utk laki derang, aku just tengok size yg cantik tu terus amik2 je.

Pompuan salesgirl ni ala2 cam nak marah plak sebab adik aku dok belek2 gak jeans kat situ. Pastu seme plak jenis berlipat, nak x nak kena aa bukak satu2 tengok pattern cantik ke x. Memang dah berdengus masa kita org belek2 tu.

Baju yang aku dah amik tu dia cam nk simpan balik. Aku cakap la aku nak. Muka dia cam x caya je. Aku macam nak je cakap, ko apahal. Kot semalam bergaduh ngan bf xyah aa bawak gi tempat keje. Tapi memandangkan mulut aku xde la jahat, aku sabarkan aje. Pastu plak memang masa tu xde salesman/girl lain. So xleh la aku nk berurus niaga ngan org lain.

Bila aku nak bayar tu, dia cam tanya, memang nk semua ni ke? Yala kan, bistu xde keje aku nk punggah2 semua kan, sah2 plak seme baju laki, mesti la nak beli. Kalo baju pompuan menarik gak la aku nk shopping.

Bila dia cakap harga tu, muka semacam, cam nk tengok aku ada duit ke x la kan. Pastu aku bayar je la kan, tp still muka salesgirl ni cam muka taik. Aku rasa pompuan ni memang ada masalah, either cam dengki kat aku … hehehe … atau mmg PMS terlebih.

Pas ari tu, aku sekeluarga memang anti aa butik tu, memang x pernah dah beli kat situ. X tau la pompuan tu ada lagi atau dah berhenti.

Komen - Hehehe...no komen.Aku selalu gak perasan,bila aku pakai kemeja,orang layan baik aje.Bila aku pakai tshirt,seluar jeans dengan selipar,huh...rasa macam diorang suruh keluar kedai je tak bagi beli.Ada sekali aku pakai kot jalan2 saje (hahaha) salesgirl cakap orang putih dengan aku.Dia ingat orang pakai kot ni reti cakap orang putih ke?

Kalau jadi camni,cara paling baik panggil manager dia.Cuma takut2 dia kena fired ke,kesian lak dia.Kang kita tengah marah tu jadi rasa bersalah pulak.Bawak bersabar lah.

Mungkin dia tengah gaduh dengan boifren sambil pms,pastu kena marah dengan mak sebab tak basuh pinggan.

Tesco Xtra Tidak Menghormati Tanda Harga Jualan

Pengadu - Encik Khairul
Pihak Bertanggungjawab - Management Tesco Xtra

Lokasi - Tesco Seberang Jaya ,Pulau Pinang


Salam Mantot

Aku nak cerita sikit pengalaman aku di Tesco Extra Seberang Jaya, Penang. Dalam bulan Oktober lepas aku saja la ronda-ronda kat Tesco Extra ni, pastu ternampak la harga Huggies Pull Up Pants (hang tak kawin lagi kan Mantot, tak payah la beli Huggies ni sebab hang pun takleh nak guna) yg sangat murah, RM10.90. Biasanya harganya dalam RM12 lebih untuk 12 keping ni. So aku pun ambik la 2 bungkus masukkan dalam troli, bila lalu dekat alat scan harga barang aku pun scan la Huggies ni, tapi harga yg keluar tak sama dengan harga yang di pamirkan iaitu RM11.99. So aku patah balik ke rak tu dan ambik gambar harga yg di pamirkan, aku attach sekali gambar tu. Bila sampai kat kaunter nak bayar, minah kaunter tu scan harga 11.99 & aku tanya apasal tak sama dengan harga dekat rak & aku cakap aku tak mau bayar dgn harga tu, aku nak bayar ikut harga dekat rak. Dia pun kalut la panggil satu mamat pi check harga kat rak & mamat tu datang balik dgn tag harga tu. Mamat tu cakap memang betul lah, last2 minah u kata dia tak boleh buat apa & panggil customer service dtg & cakap suruh aku bayar ikut harga scan & lepas tu pi claim belen kat counter customer service. Ok la, settle satu kes.

Seminggu lepas tu aku pi lagi sekali & kali ni harga susu Dutch Lady 4 5 6 cuma RM19.90. Murah weiii....selalunya RM23.50. Aku ambik 2 packet & pi scan sebab teringat kes minggu lepas tu. Yang keluar RM 22 lebih. Tak ingat exactly harga dia. Lupa nak ambik gambar resit tu. Bila pi bayar scan harga lain & aku bertengkar lagi, tapi kali ni supervisor kat counter tu buleh tukar pulak ke harga ikut harga di rak. So aku nak ingatkan kat sapa2 yang berbelanja di pasaraya besar supaya check balik harga barang yang ada offer terutama di Tesco Extra Seberang Jaya. Banyak yang tak betul.

Regards. Khairul.

Komen - Aku tak sure Tesco ada tak buat polisi ikut harga display,macam Jusco aku sure ada sebab ada notis dekat cashier tulis diorang akan hormati harga yang tertera dekat display.

Mungkin diorang buat silap ataupun lambat nak updatekan tag harga display.Aku dah lama tak pegi Tesco,dulu aku rajin gak pegi Customer's Day Survey diorang.Jumpa management diorang (customer ni dipilih,lebih kurang 25 orang,aku tah camne baik ngan manager Tesco Puchong dulu jadi pegi je la,dapat baucer dan hamper)

Aku rasa ni ikut tempat jugak kot.Macam Tesco Puchong aku tengok ok,masih teratur.Tesco Ampang...berterabur.

Aku rasa mana2 supermarket/hypermarket sepatutnya hormat dengan harga display tu,benda tu patutnya dijadikan polisi semua kedai yang menawarkan khidmat jual beli ni.

November 26, 2008

Air Asia - Jangan Biarkan Anakku Terbang Sendirian

Cerita ringkas ini datangnya daripada saudara Awang mengenai kawannya yang kurang berpuas hati dengan Air Asia akibat terpaksa membiarkan anaknya yang berumur 2 tahun menaiki kapal terbang sendirian,hehehe

Salam Mantot,

Aku kenalkan diri sebagai Awang. ni nak cerita skit pasal Air Asia ni. ada banyak cerita tapi aku lebih suka amik cerita ni sebab Air Asia skrg ni dah pandai main magic dah.

Ceritanya gini, Last sunday 16 Nov aku gi hantar kawan aku yang nak ke KL. nak dijadikan cerita...dah lepas elok2 tunggu punya lama dalam 'Q'...bila sampai turn kawan aku ni...mamat jaga kaunter tu bagitau member aku yang nama dia tak maujud pun dalam system dia. Kawan aku pun siap tunjuk lagi itinery yang dia bawak tapi Air Asia tu tetap berkeras bagitau nama dia takde dalam system.

Mungkin sesetengah orang akan cakap aku sesaje nak besarkan isu ni tapi...yang peliknya...walaupun nama member aku tu xde..tapi nama anak dia ada plak dalam system. Haaa? camne tuh? Masa beli tiket tu, member aku beli dua tiket....1 utk dia and 1 lagi utk anak dia yang umo 2 tahun. Hmmm...ada komen?

Alih2...kawan aku pun dah malas nak argue lebih2...dia pun beli tiket baru. Harga? toksah cerita laaa...melambung2 tingginya. Mungkinkah ini jugak satu cara Air Asia nak pekenakan customer? Wallahua'lam...moh kita pikir ramai2...Salam.

Komen - Ada sesiapa lagi yang pernah kena camni?Aku tak pernah naik Air Asia.Kakak aku kata naik tak sedap,bising dengan bunyi-bunyian dan rasa macam naik bas sekolah,datang dan pergi ikut suka.

November 25, 2008

Kenapa KIta Macam Ni?Bodoh Piang Kah Kita?

Dalam perjalanan balik dari makan tengahari semalam,aku dengan member aku berborak pasal satu benda.Harga barang kat Malaysia ni.Aku tengah tengok brochure rumah dekat Puchong dan dalam brochure tu ada tertulis Highly Affordable Apartment at RM190,000.Errk,bulan2 tu mau bayar Rm800 lebih.Kenapa rakyat Malaysia still mampu beli barang mahal2,contohnya beli kereta dan berhutang 9 tahun semata-mata nak beli kereta tu.

Keperluan,memang la keperluan.Tapi kereta tu bukan la barangan mewah,sepatutnya benda tu jadi sangat affordable.Cuba bayangkan kita ni terpaksa berhutang semata-mata nak beli kereta,kereta nasional pulak tu.Bukannya kereta import.

Sesiapa nak kata aku salah katalah,aku tak peduli.Tapi negara kita dengan taraf income yang sangat rendah (Rm1500 taraf miskin) masih mampu membeli kereta yang berharga Rm35,000.Gaji kita berapa?RM1200,1500 kebanyakannya.Kalau kat US,kereta harga dalam lingkungan $10,000,gaji diorang $2,000.Kat Australia kereta harga AUD15,000,gaji diorang AUD2,000.

Nampak tak apa aku cuba tunjukkan ni?

Kita adalah rakyat yang terpaksa berhutang sebab negara kita adalah satu negara yang sangat makin lemah.Satu masa dulu gaji kita mungkin Rm1000 tapi harga kereta kita masa tu hanyalah RM10,000.Satu masa dulu kita mampu kerja setahun setengah dan beli kereta baru CASH.

Tapi kenapa margin harga barang2 kat Malaysia ni dengan gaji tak munasabah?Kenapa kita masih senyum berhutang 9 tahun semata-mata nak pakai kereta?Apa gunanya ada kereta nasional kalau rakyat tak mampu nak beli kereta tu dengan mudah?

Kenapa takde orang yang jadikan benda ni satu isu yang besar?Setakat mintak tol turun berapa sen sangat la tol tu.Aku mintak tolong dekat pembangkang,tolong jadikan benda ni satu ISU YANG SANGAT BESAR.

Kereta sekarang adalah keperluan.Jadi patutnya sesiapa pun mampu beli.Aku tak suka tengok family laki bini bawak anak 2 orang naik motor.
Kesian aku tengok.Bini peluk baby anak kecik duduk kat bakul.

Waktu hujan lagi tu.Diorang takde tempat nak berenti.

Aku masih memerlukan sumbangan dan cadangan untuk "Pengguna Genius" Sila emailkan kepada pengguna.genius@gmail.com


Berita-Berita Kelakar Minggu Ini


Mintak maaf,lama aku tak menulis.Ini kerana terlalu banyaknya peristiwa-peristiwa kelakar yang berlegar-legar di udara.

1 ) Fatwa Mufti pasal Yoga

Err,,,ape benda ni?Benda ni pun nak dipolitikkan ke?Takkan la kita sekarang ni dah sampai ke satu tahap yang sangat memalukan?Yoga pun boleh haram?

Aku tak pernah pun nampak pengamal-pengamal yoga sambil duduk bersila membaca ayat-ayat berbunyi sanskrit.Aku rasa benda tu berfaedah,takde pun apa-apa elemen yang mampu menyesatkan kecualilah anda belajar yoga dalam hutan dengan seorang cikgu yang hendak meletakkan kavadi kepada anda sambil anda beryoga supaya anda boleh melakukan YOGAFIRE! (Siapa tak paham boleh rujuk Dhalsim,guru yoga paling terkenal dunia)

Ni lah masalahnya bila orang-orang tertentu dah mula gunakan agama jadi senjata politik diorang.Tak tahan pulak baca komen orang ramai dekat Utusan Malaysia,yang komennya seorang peniaga,pemandu lori,pembantu jualan dan kakitangan swasta.

Tak ke nampak berita tu berita yang sangat2 generic.Reka sendiri ke berita tu?

2) Fatwa Pengkid Haram -

Haha,ni satu aku rasa takyah keluar fatwa lagi dah.DAH MEMANG HARAM DAH PUN.Memang dalam Quran dah sebut,lelaki atau perempuan yang cuba menyerupai jantina berlawanan hukum dia jatuh HARAM.

Takyah nak fight lagilah nak cerita nenek anda berambut pendek ke suka berseluar ke hak wanita lah,DAH MEMANG HARAM!

3) Wujudnya Golongan Pro ISA

Golongan2 ni patutnya di berikan lawatan sambil belajar ke Kamunting.Dulu ada satu kompeni dia buat simulasi macam mana rasanya dalam kubur (aku tak ingat nama kompeni tu) jadi mungkin Pakatan Rakyat boleh buatkan satu pakej "Menjadi Tahanan ISA Selama 2 Bulan,"

Pakej merangkumi -
a) Ditangkap ketika sedang tidur
b) Komputer/Laptop dirampas
c) Dibawa ke balai polis untuk disoal siasat
d) Selepas disoal siasat di bawa ke Kamunting
e) Ditelanjangkan dan dipaksa memberikan sampel DNA (Siapa bayar lebih dapat majalah Mangga sebagai "Modal")
f) Disoal siasat selama 2 bulan setiap hari dengan soalan yang sama setiap hari
g) Dibebaskan

Pakej berharga RM250.00.

Aduan Pengguna Mengenai Kedai Mamak

Aduan diterima daripada Abdul Razak,seorang pelajar UITM Shah Alam yang mungkin berasa sangat2 tidak berpuas hati dengan kedai mamak di sekitar Shah Alam.Aku ada berborak dengan member aku pasal kedai mamak,dah la harga mahal,tahap kebersihan tu,takyah la nak cerita (tak semua la)

Ambik ais pun pakai tangan dia je.Tu la pengalaman aku tengok depan mata dia angkut ais pakai tangan pastu masukkan dalam Milo buat Milo Ais pastu bagi kat aku.Terima Kasih Brader!(Gambar sekadar hiasan - seorang awek berposing di kedai mamak)


ADUAN PENGGUNA
nak meluah kan rase xpuas ati mengenai kedai mamak kat shh alam ni..
sy student uitm kat shah alam..bru sthn duk blaja kat sini..byk gile kedai mamak

kat shh alm..tp yg pastinye..time cuti sem cm ni..semue kedai mknn xkire mamak atau

x mmg kurg income sbb student dh blk kg..hehe..
senarai name kedai mamak yg berade di seksyen 7 shah alam..

HAKIM, KHULAFA, KHALIFA, BARA, NASHA CORNER, ALBIDAYAH, ETC

name kedai mesti nak ala2 keislaman sket..nk menunjukkn yg dorg tu mmg org

islam..tp..btol ke semue pekejenye btol2 org islam..tahla..
pastu..msti open 24jam..ni sy suke sbb tgh2 mlm lau lapo sbb bejge tuk study leh

kua cri mknn lg..
harge..sgt mencekik darah..yg slalu sy pegi hakim seksyen 7 lame..harge air milo

ais rm1.80..uhuk..dh r sgt suke mnum milo ais..tp milo ais yg di buat kdai ni

sedap..tp nk jimat sy slalu order teh o je..kedai mamak len..harge lbeh kurg

same..tp kualiti sgt menyakitkn ati..milo kedekut nk bubuh..cair..x 'kaw'..etc..tu

blom harge horlick smpi rm2..so skg..lau nk minum air kat kdai mamak ni..baek order

air murah2 je..milo ke horlick ke..yg tu kn leh wat bancuh sndri kat umh..hee..
setiap kedai mamak ni akn ade cwgn kat tmpt laen sekitar shah alam..tp..harge cam

xberape nak standard..dorg ni buh harge ikot suke ke..
contoh..
HAKIM SEKSYEN 7 LAME : harge roti pisang = RM1.60

HAKIM SKESYEN 7 BARU : harge roti pisang = RM1.70

mmg la beza seposen jek..tp seposen tu lau kumpul lam tabung leh jd byk gak...
lg 1..majoriti customer dorg student..uitm, unisel, etc..
kurg kn lah skit harge tu..ingat student byk duit ke..

pastu..kebersihan..selalu lau sy nk order air utk bungkus..sy pegi tros ke tmpat

mbuat air kat kdai tu..die punye juice blender sgt kotor..xdibersihkan lnsung..seb

baek sy xpnah order air buah kat ctu..fuh!
pastu lau bgkus harge air akn naek 10sen..harge mknn lau bgkus naek 20sen..
hurm..
bkn xde kedai melayu..ade..tp kdg2 teringin nk mkn roti canai, nasi kandar..semue

tu xde kat kedai melayu..
kedai melayu yg agk besh kat cni..

WIRA SEJATI(yg besebelahan skolah rendah tamil, yg cwgn len xbpe nk besh, harge

bepatutan)
RESTORAN UMI(ssuai tuk mknn tgh ari, harge kdg2 agk bpatutan kdg2 x sbb makcik tu

kire ikot suke die je..xde standard harge..)

pastu yg pasan sgt..kedai mamak lbeh byk majoriti pelanggan dr kedai melayu..
sekian aduan dr sy..

Tips Untuk Membeli Barangan Komputer


Untuk membeli barangan komputer,apa yang anda perlu buat adalah :

1) Pastikan apa yang anda mahu buat dengan komputer tersebut,cthnya kalau anda nak surf internet dan chatting aje,hardware dia tak perlu la power sangat.Kalau anda nak main game,tu dah kira lain cerita.Kalau nak portability,ambik la notebook ke laptop ke.

2) Survey hardware apa yang anda nak carik.Basic untuk membina satu barangan PC adalah :

a) Prosessor - Ini bergantung kepada bajet anda.Kalau ikut harga sekarang ni sama aje,cuma ada 2 brand je prosessor yang anda perlu tahu,AMD dan Intel.Speed mana lagi tinggi lagi mahal,lagi laju.Nak tau perbezaan dua brand ni anda boleh layari Tomshardware atau Anandtech.Kalau ada orang kata jangan pakai AMD sebab panas,ketuk kepala orang tu.Itu semua cerita lama.Mana-mana pilihan terpulang kepada anda,jangan dengar khabar angin.Kalau anda buat video editing,dicadangkang ambik Intel.Sebab rendering video Intel memang terbukti lagi laju.

b) Motherboard - Ni tengok kepada prosessor mana yang anda nak.Biasanya motherboard yang berharga RM300 ke RM400 dah cukup bagus.Motherboard murah biasanya untuk orang yang tak peduli sangat pasal hardware dan motherboard mahal pulak untuk orang2 kaya yang tak tau nak buat apa dengan duit.

c) RAM - Random Access Memory,ni adalah otak dimana komputer kita bekerja.Lagi besar amaun memory lagi bagus,lagi laju lagi bagus.Paling minimum untuk zaman sekarang ni,dapatkan AT LEAST 2 GIGABYTE.

d) Hard Disk - Tempat menyimpan data atau dalam bahasa Melayunya CAKERA KERAS.Dengan kebanyakan file yang ada sekarang makan ratus2 Megabyte kapasiti dia,disarankan ambik paling kecik pun 160GB kalau tak cukup bajet,koman2 250GB.

e) DVD Drive - Ni untuk main DVD,VCD dan CD game.Murah aje.

f) Grafik Kad - Hah,ni yang paling komplikated sekali.Senang camni la,lagi mahal lagi bagus BUAT MAIN GAME.Itu aje kegunaan terbesar grafik kad ni,jadi kalau anda bukan seorang yang nak main game (kalau main pun Solitaire ke..) takyah spend duit kat sini langsung.Kalau nak main game,spend la dalam RM300 kat sini (paling kurang) Kalau nak lebih lagi spend la RM1800.Choice biasanya ada 2,ATI atau NVIDIA.Mana satu anda pilih tak merugikan.

g ) Casing dengan power supply.Ni bergantung kepada taste anda.Power supply carik la minimum 450w supaya kalau anda ada tambah apa2 lagi hardware kat PC,dia still boleh run.

h) Mouse/Keyboard - Ambik la Logitech dengan Microsoft punya aje.Test dulu,pegang mouse tu.Ramai orang suka ambik mouse yang brand cap ayam mana tah tapi dia beli sebab ada lampu lip-lap.Jangan buat camtu!

Beli mouse yang anda rasa sesuai dengan tangan anda.
Dan jangan beli mouse yang anda tengok macam barangan tiruan/nampak murah.

i) Speaker atau headphone terpulang kepada anda.

3) Kalau anda rasa malas nak survey harga,pergi dekat Lowyat.net dan tengok belah kiri menu bar dia,ada pricelist.Compare price dekat situ.Kalau anda nak beli barang yang banyak,elok anda ke tempat2 yang direkemenkan,cthnya kalau KL ni Lowyat Plaza atau DigitalMall.

Tempat macam MidValley dan OneUtama tak digalakkan sebab kat situ diorang markup agak tinggi,tengok tempat la kan.Aku dah pusing MidValley dan ada sesetngah benda margin harga dia ada yang dekat RM70.Ini aku survey sendiri,mungkin kalau korang result dia lain pulak.

Orait nanti aku sambung dan detailkan lagi artikel ni.

Membeli Belah Di Jusco

Apa yang berlaku ni aku nak ceritakan sebagai satu panduan untuk anda semua.

Minggu lepas aku bercadang nak beli langsir baru sebab langsir yg aku pakai sekarang dah agak pudar dan tak kena dengan color bilik aku.Jadi aku ke Jusco la (mane lagi) sebab pada aku Jusco punya selection untuk interior agak menarik dan murah.

Jadi survey la aku kat bahagian langsir.Aku tengok ada satu agak berkenan dihati tanya brader salesman situ,dia kata habis stok.Pastu dia suggest la kat aku kaler2 lain.Banyak jugak la dia tunjuk kat aku sampai aku pun dah rambang mata.Mungkin sebab dia pun laki jadi dia paham la apa yang aku nak.

Dia tunjuk kat aku satu langsir kaler coklat,"Haa,ni ok bang,sesuai untuk orang bujang!"

Aku ambik,tengok gambar,haa..cun ni.Pastu tengok harga,"Mak aih,mahal gila,99 ringgit ni!"

"Eh,bang,takde aa...ni sebenarnya ada sale ni,"jawab dia.

"Mana ada sale pun,takde letak kaler pun dekat harga dia?"Aku tanya dia,sebab masa tu memang takde sale pun dekat bahagian langsir ni.

"Camni bang,kalo saya tulis resit untuk abang,harga memang ada diskaun.Tapi kalau abang ambik langsir ni dan terus gi bayar kat kaunter,takde diskaun,"dia bagitau aku.

"Eh,camne pulak boleh camtu?"

"Kitorang ni vendor,jual ni tak bawah Jusco."(camtu la kot serba serbi yang aku paham)

"Jadi,kalau ada customer yang tak bukak resit dan terus gi bayar,dia rugi la?"

"Ak aah!"jawab dia mengangguk.

Dia koyakkan tag harga Jusco kat situ,tulis satu resit baru.
Aku gi bayar kat kaunter,42 ringgit lebih kurang.

Tips Pengguna Genius -
Lain kali kalau beli barang kat Jusco,try carik salesman dia yang ada kat situ.Kalau dia pakai baju bukan baju pekerja Jusco,try tanya dia ada diskaun ke tak.Aku tak sure la tempat lain sama ke tidak.

November 20, 2008

Wajah-Wajah Pelakon Baca Skrip



Paling aku tak tahan,ayat sorang brader tu,"Itu menunjukkan kerajaan sebelum ni memang buat kerja masuk kampung keluar kampung,itu sebab banyak maintenance!"

Hahahahahha

HAHAHAHHAHA

HAHAHAHAHHAHAH

TAHI AYAM LAH KAU ORANG KERAJAAN MASUK KAMPUNG KELUAR KAMPUNG!MASUK KAMPUNG NAK AMBIK BAJA SUBSIDI ORANG RAJIN LA!

PTUIH!

Sedikit Announcement

Selepas kejadian dimarahi salesman Cavenzi tempohari kerana terlalu lama berfikir dan hampir diketuk oleh Jusco semasa membeli langsir,aku dengan ini merasmikan "Pengguna Genius" sebuah blog yang membolehkan aku,kau,anda dan family anda menceritakan mengenai perihal yang berlaku kepada anda semasa anda terlibat dengan proses urusniaga atau apa2 aje yang anda tak puas hati dengan perkhidmatan berbayar anda.

Aku tau aku takde la sebest mana tapi aku mengharapkan agar anda semua dapat berkongsi cerita anda mengenai consumerism di sana.Aku dengan tak malunya mintak anda tolong promote pasal "Pengguna Genius" tu.

Orait,selamat.Terima kasih.
Mantot

P.S - Aku takde la stop blog ni.Kepada 24 orang pembaca aku,terima kasih banyak2.

Salesman Cavenzi Penuh Amarah

Pengadu : Mantot
Mangsa Aduan : Hanif,Salesman Cavenzi (Bangladeshi)
Lokasi : Cavenzi HQ,Balakong

Hari tu,aku pegi Cavenzi (kedai perabot murah terkenal Malaysia) nak beli sofa bed dengan almari buku.Aku memang dah set dah nak beli dah dua benda,bajet pun dah cantik2 je.Sampai sana aku usha la dua benda tu.Sofa bed dia tak menarik pada aku,jadi aku usha la sofa.Sambil aku tengok2 ni adalah salesman dia follow aku merata-rata promote macam-macam kat aku.Dia ingat aku banyak duit kot.

Jadi aku bincang la pasal almari buku tu.Nego punya nego dapat la Rm190.Pastu aku tanya la dia sofa camne?Dia pun bawak la aku gi tengok sofa kat depan kedai.Lawa memang lawa.Ada satu memang aku berkenan,L-Shaped sofa kaler ikut suka hati aku.

Sofa tu murah je,Rm250++ camtu tapi dengan kain dia tak berapa best la.Dia punya la promote kat aku pasal nak suruh aku upgrade kain sofa tu.Aku tanya la berapa?Dia kata kalau aku upgrade kain,harga tambah RM200.Perghh!Jadi sofa tu dah jadi Rm450 lebih.

Aku mintak la dia tunjuk sample kaler kain yang mahal ni.Memang tebal la,siap ada berapa layer lagi.Kalau kain asal,memang agak nipis tapi pada aku cukup la.Dia push la suruh aku beli,kata sedap la,tahan lama la,macam-macam lagi.Pastu aku kata kat dia,"Okeh,aku ambik sofa ni,kain biasa."

Terus dia hangin dengan aku buat muka macam cilaka.Aku tengok dia,pastu aku tanya,"Apasal?Kau marah aku ke?"

"Eh,tak tak.Mana boleh marah bos.Customer always right,"kata dia sambil menahan amarah,mungkin sebab komsiyen dia banyak kalau aku ambik kain mahal tu.

"Hah,kalo camtu,ko tunggu sini kejap.Aku nak gi ambik duit jap."kata aku.
"Jangan itu macam bos,letak la deposit dulu.RM50 pun bole la."pujuk dia.

"Aku ada RM8 je ni,"kata aku sambil tunjuk wallet aku kat dia."Tunggu jap,aku gi bank."

"Bos,letak la sket dulu kasi booking."pujuk dia lagi.

Aku dah naik menyampah lak,"Isk,kalau ko boleh accept 5 ringgit,aku ok aje letak deposit.Tunggu aa aku gi bank jap."

"Orait bos!"sengih lak dia.Siap offer aku pizza lagi,masa tu diorang break makan pizza.

"U nama sapa?Nanti senang carik bila datang balik"tanya aku.

"Hanif,"jawab dia.

Aku start motor terus ciow dari situ.Takde pun aku datang balik.
Barang beratus-ratus takkan le takleh nak bagi masa survey dan berfikir.

Melamine Punya Produk

Ini aku dapat dari website PPIM.Betul ke tidak entahlah,mungkin kita boleh elakkan sebentar.

Qra Qra Strawberry Candy


Ini satu peringatan untuk orang-orang yang tak tahu atau mungkin tak peka.Aku dapat dari satu blog pasal benda ni.Dia kata adik dia pegi 7-11 beli gula-gula,bawak balik bungkusan gula-gula ni satu.


Tengok-tengok dekat ingredient dia,masya Allah.


Nasib baik memang takde logo halal.

Yang menjadi isunya bukan pasal logo halal,cuma takde warning dan takde ape2 pun nak informkan dekat orang Islam,terutamanya target produk tersebut,budak-budak kecik.Jadi kalau anda Islam,jika nak beli makanan apa-apa,langkah-langkah yang perlu diambil :

1) Cek logo halal
2) Cek ingredient
3) Kalau ragu-ragu buang

November 18, 2008

Malaysian Malaysia


Hari Sabtu lalu,akibat daripada desakan nafsu ingin makan sushi yang wujud pada member aku,dia ajak la aku pegi beli sushi dekat Jaya Jusco Taman Maluri.Punyelah lama aku tak dtg sini,last sekali aku rase waktu aku still belajar dulu.

Memang dah berubah dah Jusco ni.Member aku kate sushi situ best dan aku bukan pakar sushi,aku iya kan je lah.Mungkin member aku tak pernah makan lagi sushi budak sekolah aku yang dibuat khas masa dulu yang diuli dengan kaki dan macam-macam lagi.

Jadi aku ambik la barang2 yang aku nak beli,softener baju dengan dua benda makan.Beratur punyalah panjang dengan cashier tak cukup.Depan aku,satu couple Cina,banyak jugak barang dia beli.

Bila sampai turn couple Cina ni (diorang muda lagi,dalam 30 an) suami dia ni pun atur la barang2 dekat roller tu.Tapi dia pegang aje satu benda ni,tak lepas2.Aku ingat ape tah.Rupe-rupenye benda tu daging babi dalam tin.Bila sampai turn nak scan tin tu,dia pun tunjuk la dekat cashier tu (lelaki Melayu) "Saya scan aa?"tanye dia.Cashier tu angguk2.

Suami dia scankan,pastu masukkan dalam plastik sendiri.Aku mungkin tak pernah perasan benda2 macam2 tu selama ni, tapi pada aku,benda2 kecik macam tu menunjukkan yang tak semua orang Cina tak reti nak hormat agama orang lain.

Yang melayu pulak bila nak mula?

Mungkin kita boleh mulakan dengan tidak mengecop semua pemandu bangsa Cina tu kurang ajar.Bukan ke biasa nya kalau kita nampak aje driver kurang ajar,kita mesti tanya "Cina ke?"Ingat Melayu bawak semua kereta semua sopan santun dan bertatasusila ke?Macam anak haram bawak kereta ramai jugak Melayu.

Bila nampak ada sorang mamat tergolek kat tengah jalan,jangan la hon suruh bangun gerak ke tepi.Aku pernah kena dengan seorang lelaki Melayu bawak Mercedes .Sampai sekarang aku doakan dia mandul.

November 17, 2008

Lalu Rosmah Pun Mula Bersenam...

Jangan pandang remeh amalan bersenam - Rosmah


Mungkin kerana jeles melihat gambar Perdana Menteri Ukraine,Menteri Itali, Queen Rania dan Nurul Izzah di bawah,Rosmah Mansor,bakal Perdana Menteri Malaysia pun mula melakukan aktiviti senaman agar dapat menandingi kejelitaan mereka2 tersebut.

Mungkin dengan harapan agar dia tak di samakan lagi dengan 3 orang Wanita dalam UMNO tersebut.Tapi tak tahan headline dia tu,setakat baru nak start bersenam bila nak naik jadi Perdana Menteri,mungkin dah terlambat kak oi!

Gaya bersenam pun macam malas2 je nak bergerak.Mungkin kalau aktiviti senaman tu diadakan di shopping2 mall mewah rajin la kot dia pegi.Jadi,kita tunggu ajelah nak tgk boleh tak keanggunan Perdana Menteri Ukraine ditandingi oleh bakal Perdana Menteri Malaysia.

Link kepada berita asal

November 15, 2008

Perempuan Dalam Politik

Di bawah ini aku letakkan senarai 3 perempuan yang terlibat dalam politik secara serius yang aku rasa paling cun dan anggun.

Yulia Tymoshenko
Dia ni PERDANA MENTERI UKRAINE.Umur sekarang dah 48 tahun.

Maria Rosaria Carfagna
Italian Minister of Equal Opportunity
Berumur 33 tahun

Queen Rania of Jordan
Isteri kepada Raja Jordan sekarang,seorang pejuang
hak asasi manusia

Dan yang dekat Malaysia pulak




Nasib baik la ada Nurul Izzah


Duit AP dah berlambak,rasuah makan dah berjuta,takkan la membership gym pun takleh nak apply.Beli aje la I-Gallop ke,duduk la atas tu sejam dua.Baru la sejuk sket mata memandang.Hati rakyat dah panas,apperance tu bagi la indah sket.

November 14, 2008

Perempuan Itu Teruja Dengan Six Pack Di Perutku


Aku bekerja dekat satu ofis yang sangat multi racial.

Bukan setakat bangsa-bangsa yang ada kat Malaysia ni tapi ada jugak bangsa-bangsa lain yang bukannya datang dari Malaysia.Tapi staff2 foreigner ni takde la berperangai macam syaitan,mengeluarkan kenyataan2 bodoh yang menunjukkan dangkalnya akal pemikiran seseorang itu,macam seorang PEREMPUAN MELAYU ni.

Member aku ni,lelaki.Dulu,dia gemok,agak berisi,macam aku.Kemudian dia berusaha menurunkan berat badan dia,jumpa2 "Eh,kurus gila ko" itulah ayat aku sebab aku jarang duduk kat partition aku.

"Haha,thanks,you know,I work very hard for this.Biasalah,memang susah payah aku buat ni."dia jawab.

"Berapa kilo ko turun ni?"aku tanya.

"18 kilogram 4 bulan."

"Pergh!"Aku jadi kagum.Takde pun aku rasa slimming centre yang berani menawarkan program turun 18 kilo dalam 4 bulan.

"Ko pun buat jugak la.Tengok macam aku,aku sekarang ni dah berani dah la pakai baju ketat2 ni." (Serius,aku tak tipu dia cakap bende camtu)

"Lepas ni pun,aku nak gi disko pun,takde la malu sangat.Ko tau,inilah first time seumur hidup aku,aku pegi disko,selama ni aku yang nak bukak baju perempuan,baru minggu lepas..."sambung dia lagi.

"Apa dia?"tanya ake eager gila babi.

"Ada perempuan datang menari dengan aku,belai six pack aku.Bukak butang baju aku."

Aku jadi kaget sket."Melayu ka?"Dia angguk.
"Oh,baguslah!"jawab aku.

Siapa untung,siapa rugi?Tah.Apa moral cerita ni?
Takde moral.

Aku cuma nak cerita ada jugak perempuan melayu yang nak bukak baju lelaki,bukan lelaki aje.Jadi kepada sesiapa yang ada six pack tu,gi la disko.Untung-untung ada perempuan nak bukak baju anda.



November 10, 2008

Aku Nak Tanya Korang Satu Soalan


SOALAN AKU :

Tadi,aku gi kedai,usha-usha majalah.Tengok ada majalah Mingguan Wanita (majalah yang selalu kaum2 ibu beli dan kaum2 lelaki malu2 nak baca tapi baca gak senyap2).Gambar depan dia gambar seorang dramatis negara yang telah lama menghilangkan diri iaitu Wan Nur Azlin.Aku tak bukak baca artikel dalam tapi ada la headline dia tulis pasal Wan Nur Azlin.Ayat dia "Biarlah saya bina kehidupan baru"

Aku nak tanya korang,patut ke kita bagi dia peluang yang dia mintak.Aku tak tau nak fikir apa masa aku baca tu.Sebab aku rasa malu.Dia orang Melayu,Islam.Memang salah la sape2 yang edarkan video dia dulu.Tapi,masalahnya,content video tu.Maksud aku,waktu video tu dirakamkan.Waktu tu diorang mana kawin lagi

Tu yang sepatutnya buat KITA SEMUA ORANG MELAYU ni rasa malu.Wajarkah kita bagi peluang dekat dia?Sebab kalau kita bagi peluang dekat dia,nampak macam kita dah membenarkan benda2 macam ni dalam negara kita.Tapi kalau tak benarkan,simpati pulak dekat anak2 dia tapi,nanti artis2 kita yang memang dah kurang rasa malu jadi terus tak malu sebab tengok masyarakat boleh accept balik Wan Nur Azlin.KIta tengok la kes2 artis lain yang buat porno,semua memang tak senonoh (kecuali satu kes yang dianiaya melalui hidden camera)

Nak benci dalam hati je pun susah.Sebab kalau kita tengah layan drama dia kalau dia berlakon balik,mesti otak ada teringat2 "drama" dia dulu.

Adakah masyarakat kita lebih sanggup menerima Wan Nur Azlin berbanding dengan seorang penagih dadah yang telah pulih dan insaf (cuba baca cerita pasal Mohd.Syukri Hadafi,anak angkat Prof.Diraja Engku Aziz,seorang genius sewaktu kecil tapi sekarang hanya bekerja menebar roti canai) kerana dia tak diterima keluarga angkat dan masyarakat selepas terjebak dengan gejala dadah.

Jadi,patut ke Wan Nur Azlin diterima kembali?
Bagila pandangan dekat komen kalau ada pandangan.

Album dan Series Review : Dr.Horrible Sing Along Blog


Mungkin tak ramai yang menyedari kewujudan mini series ni yang terbit ekat internet semasa Writer's Guild Strike kat Amerika satu masa dulu.Aku pun pada mulanya buat2 tak layan aje la sebab time tu aku takde langsung sumber sitcom dekat internet,terpaksa la tengok balik Friends semua season.

Mini series ni dihasilkan apabila Joss Whedon bosan sebab takde benda nak buat.Dia director dan dia takde skrip nak diarahkan.Siapa Joss Whedon ni?Mungkin dia tak sefamous director2 lain tapi dia ni seorang yang menjadi cult favorite sebab dia buat 2 benda,TV Series "Firefly" dan filem "Serenity,"sebuah movie berasaskan series "Firefly" ni.

Aku pun pada mulanya tertengok Firefly tu pun sebab awek dia lawa dan suka tunjuk cleavage tapi lama2 aku sangkut,tiap2 minggu tengok.Sayang series tu tak tahan lama sebab dihentikan.Movie "Serenity" tu pulak,sebuah movie sains fiksyen dengan bajet yang ciput tapi pada aku memang best.

Okeh,cukup pasal Joss Whedon ni.Dr.Horrible Sing Along Blog ni mengisahkan mengenai seorang brader bernama Billy (Neil Patrick Harris - "Doogie Howser","How I Met Your Mother") yang mempunyai impian untuk berkasih-kasih dengan seorang awek bernama Penny.Tapi awek tu ada boifren,bernama Captain Hammer (Nathan Fillion - "Serenity" "Slither") seorang superhero yang gagah tapi sebenarnya berhati busuk dan hanya Billy yang tau perangai sebenar Captain Hammer.Si Billy ni pun mencipta satu alter ego bernama Dr.Horrible,seorang saintis gila yang genius yang ingin mencipta satu senapang yang dapat membekukan sesiapa pun.

Apa yang bestnya pasal series ni adalah sebab dalam setiap babak,skripnya sangat2 lah minima,digantikan dengan dialog dalam bentuk muzikal.Jadi semua yang terjadi dalam penceritaannya,berlaku dengan bantuan soundtrack muzikalnya.

Aku tak nak cerita banyak pasal cerita dia sebab skip dia simple je,apa yang membuatkan series ni spceial ialah lagu2 yang catchy yang dinyanyikan sendiri oleh pelakon2 nya.Takde pakai orang lain tapi pelakon tu sendiri yang nyanyi.Bukan macam Datuk Hindustan seorang tu yang hanya reti miming semua lagu dalam filem dia.

Aku terkejut dengar suara Neil Patrick Harris sebab mamat tu memang boleh menyanyi.Banyak lagu sedap2 dan boleh jadi terbuai2 dengar soundtrack dia.Lagu duet dia bersama Penny sewaktu dia sedang stalking Captain Hammer dan Penny dating adalah antara highlight soundtrack dan series ini.Begitu juga lagu sewaktu episod "Laundry Day" yang mengisahkan perasaan Billy semasa sedang menggunakan mesin basuh.

Mungkin korang bace benda ni macam tak masuk akal.Apa kejadahnya layan muzikal?Lagu pasal perasaan masa tengah basuh baju?

Tah,aku tak suka pun cerita muzikal ni tapi Dr.Horrible Sing Along Blog ni unik.Lain daripada lain.
Sebuah series sains fiksyen,superhero,romantik,komedi,action dan thriller digabungkan lalu dipersembahkan dalam bentuk muzikal.

Kalau nak tengok,sapa kaya boleh beli kat iTunes.
Yang miskin ni,tengok kat YouTube ada,soundtrack boleh download kat Torrent.Sape2 nak dengar Doogie Howser menyanyi,try la dengar.Siapa tak kenal siapa itu Doogie Howser,tanye la abang2 anda ke kakak anda.

Rating - 9/10

November 08, 2008

Cadangan Bodoh Kerajaan


Aku agak kecewa besar dengan tindakan kerajaan yang membuat pengurangan caruman EPF daripada 11% kepada 8%,penurunan sebanyak 3 %.Sebab pada pandangan aku tindakan tu tindakan orang tak sekolah,takde akal.Tak layak jadi menteri.

Sebab tak relevan langsung dan sebenarnya tak membantu langsung rakyat.

Kalau gaji aku Rm2000,gaji bersih aku akan bertambah lah Rm60.Ingat RM60 tu banyak ke?Memang membantu sangat ke?ZRm60,2 3 hari belanje dah abis dah.

Kita sepatutnya menyimpan sebab aku rasa kalau nak menyimpan sendiri memang susah.Tapi sekarang ni kerajaan suruh pulak kita membelanjakan duit simpanan kita.Seolah-olah macam kerajaan kata "Hah,inilah sumbangan kami kepada anda semua,belanjalah duit tu ikut anda" Padahal itu sebenarnya duit kita jugak,takde kaitan langsung dengan kerajaan pun!

Banyak lagi benda diorang boleh buat.Turunkan cukai kereta dan motor.Mungkin announce "Bulan ni anda tak payah bayar installment kenderaan anda.Kerajaan tak nak cukai anda dan kami akan bayarkan installment anda untuk sebulan ni.Sayangilah kerajaan anda"(Aku bagi cadangan ni sebab aku tau anda pun sudah sedia maklum perihal cukai kenderaan kat Malaysia ni)

Aku rasa banyak lagi cadangan lagi baik yang kerajaan boleh perkenalkan berbanding dengan penurunan potongan EPF ni.Aku tak berapa ada cadangan nak bagi sebab aku bukan menteri,cuma aku rasa EPF tu penting pada aku dan biarlah potong banyak sekalipun,aku rasa simpanan tu bagus

Mungkin kalau nak buat perubahan pasal EPF ni,apa yang boleh diubah bukannya buat penurunan.Tapi buat KENAIKAN.

Kenaikan INTEREST dia,naikkan la dalam 8% ke?
Kata Valuecap boleh untung sekejap je.Takkan la tak nak bagi langsung duit untung tu kat pencarum?Mana fair camni.