Memaparkan catatan dengan label 06 - Kisah Hidup Aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 06 - Kisah Hidup Aku. Papar semua catatan

Januari 31, 2013

Aku, Kula Shaker dan Najwa Latif Serta Kejayaan Dewa Krishna

Masa aku muda dulu, waktu aku sekolah tingkatan 3, ada Tower Records kat Kl Plaza. Selalu juga aku ke sana dengar lagu baru yang susah nak dengar. Lagipun waktu tu kalau nak dengar lagu kena ada kaset dan walkman. Yang kaya ada la discman. Banyak jugak la kaset aku ada waktu tu. Paling aku sayang..kaset Nirvana "Nevermind"...yang mak aku belikan. Mak aku belikan....Bapak cool mak aku.

Untuk orang generasi aku, benda essential nak dengar lagu kena ada;

1. Pen untuk rewind kaset..pen kilometrico terbaik untuk ni.
2. Sekeping pintu untuk kemikkan bateri yang dah habis. (memang berkesan)
3. Walkman ...ada dua brand aje..Sony atau Aiwa yang famous.

Kalau kau tak paham apa aku tulis ni, itu maknanya kau muda lagi dan kau lahir zaman bateri rechargable berleluasa.Dalam banyak2 kaset aku ada, ada satu band nama dia Kula Shaker. Dulu band ni top jugalah. Dalam album Kula Shaker ni, banyak jugak lagu yang layan2. Sempat jugak aku jamming sebuah dua lagu diorang ni dengan member2 aku.

Mamat yang buat lagu Kula Shaker ni, dia agak obses dengan budaya hindu dan bahasa sanskrit. Jadi..adalah beberapa lagu yang kitorang tak paham tapi kitorang bantai nyanyi dan main.

Aku nak ingatkan, ini zaman sebelum internet went manstream. Apa yang kitorang belajar, kena carik sendiri semuanya. Dalam album tu ada 2 buah lagu, tajuk dia..Tattva dan lagi satu Govinda. Lagu ni la kitorang bantai jam bila dah boring main Nirvana atau Butterfingers.

Lirik dia....

Govinda jayya jayya..
Goppala jayya jayya..
Radha ramanna harri
Govinda jayya jayya....

Aku tak pernah tau apa yang kitorang sebut tu....zaman tu, bukan senang nak dapat reference..mcm sekarang.

.......

Tahun lepas, bila aku saja tengok2 koleksi cd wife aku, aku nampak la wife aku ada beli album yang sama tapi version cd.Aku pun teringat la balik kenangan zaman jamming dulu. Terus aku bukak internet search pasal band tu... dah berpecah lama dah. Terjumpa la pasal lirik lagu2 yg kitorang selalu jam tu.

Barulah aku sedar....

Selama ni bila kitorang jamming...kitorang sebenarnya sedang memuji keagungan Dewa Hindu. Entah2 dah berapa ratus kali kitorang mendoakan kejayaan Dewa Krishna.

Apa2 pun...aku rasa cool jugak la wife aku ada album yang sama.

Berjaga-jaga ajelah. Jangan jadi macam aku..main nyanyi ramai2 benda yang tak sepatutnya. Trend sekarang...layan lagu K-Pop. Apa dia nyanyi? Entah. Aku rasa K-Pop ni lebih kepada membuatkan perempuan rasa horny tengok sekumpulan pemuda androgynous menari serentak dan membuatkan lelaki yang layan video klip gadis2 korea naik nafsu syahwat. Lagunya tah hapa2....

Mungkin content lagu Korea tak melibatkan spirituality sangat.Tapi cek aje la.Korang hidup dalam zaman maklumat. Kalau tak ambik peduli apa korang nyanyi..bangang jugak la.

Nak selamat..layan lagu Najwa Latif.

Tapi untuk org2 mcm aku yg berotak kuning, aku nampak lirik lagu Cinta Muka Buku tu lucah...Part mana? Hehehehe...seorang gadis muda yang baru berjumpa dengan kenalan lelaki tapi dah berani pejam mata dan cuba apa saja...bukan ke itu sama macam intro SEMUA CERITA PORNO?

Seorang perempuan bawah umur yang merelakan dan berani mencuba....
Gementar tapi bahagia!
Lucah tu bai!

Dah la paedophile kalau jadi kes.

ps - bila dah besar..baru aku nampak cover album tu gambar apa...masa muda...semua benda jalan.


Ogos 27, 2012

Kenapa Dalam FIlem Hero Lepas Bercuti Dia Jadi Sangat Bertenaga?

Aku sangat memerlukan cuti raya yang lepas kerana aku memerlukan waku rehat yang agak panjang selepas satu tempoh bekerja yang agak exhausting. Tidak ada yang lebih me-rechargingkan diri selain daripada balik kampung jumpa family tercinta.

Walaupun raya aku tahun ni agak kelam kabut ke sana ke mari, tapi sekurang2 nya buat pertama kalinya dapat jugak isteri aku jalan2 tengok Kedah macam mana.

"Macam mana rupanya Kubur Panjang itu?" tanya isteri aku.

"Kubur tu panjang, tiap2 kali ukur, panjang dia bertukar2 ikut hari.." kata aku. Aku assume Kubur Panjang itu terjadi kerana tersimpannya seorang alim ulamak Kedah yang agak warak perwatakannya selama ni. Tapi Raya kali ni barulah aku diberitahu bahawa sebenarnya yang arwah dalam Kubur Panjang tu adalah mangsa kena tikam lepas kalah bergaduh judi sabung ayam.

Aku balik kampung tapi aku tak pernah berkesempatan nak berjalan pusing tengok Alor Setar  sekarang jadi pada satu pagi, bertemankan anak buah aku yang tak mandi, aku pun pusing carik sarapan sekeliling Alor Setar pada hari raya ke dua. Kedai masih lagi tak bukak jadi mana2 kedai yang bukak akan diserbu oleh orang2 Kedah. Waktu aku lepak kedai mamak tunggu, masih lagi kedengaran bunyi2 golongan2 yang agak lucu yang aku gelarkan "orang luar cuba cakap Kedah."

Pernah dengar orang bukan orang utara cakap loghat utara?
Sama macam biawak tersepit kan?
Pernah dengar istilah "like a trainwrecked?"
Deer caught in front of a headlight?

Pusing punya pusing aku sedar dah banyak perubahan berlaku dekat Alor Setar. All for the worst la, ikut kata Barisan Nasional. Boleh nampak makin ramai orang miskin merempat tepi jalan meminta sedekah, kanak2 tidak cukup zat berlari-larian di tepi jalan. Rumah-rumah usang tidak berpenghuni memenuhi bandar Alor Setar dan kawasan hutan yang makin menebal menjadi pemandangan biasa di sini. Kita semua sedia maklum, jika kita memilih bukan Barisan Nasional, ini adalah masa depan negara kita, seperti kata mereka.

Aku juga sempat ke Padang Besar, layan perjalanan yang aku rasa mempunyai scenery TERBAIK antara mana2 jalan yang aku dah lalui dan aku juga sempat melawat sebuah kilang gula yang super besar.

Di Padang Besar, aku tak mampu beli macam2 sebab orang packed sangat hinggakan nak berjalan pun susah. Adalah beberapa benda yang aku berminat nak beli macam jersi Manchester United baru, sebab aku tengok design dia sesuai untuk buat alas meja aku tapi niat tu terpaksa dibatalkan sebab aku tak sempat nak keluar duit.

Boleh dikatakan raya tahun ni adalah satu percutian yang aku sangat2 tunggu. Pernah tengok dalam TV dalam sebuah cerita lepas hero bercuti panjang dan dia kembali kerja produktiviti dia meningkat 200%.; Aku nak perasaan itu. Aku nak rasa macam mana fully recharged tu. Target aku kalau selama ni aku buat 2 kerja serentak, kali ni aku nak buat 3 kerja serentak dengan tenaga yang diperolehi lepas cuti raya.

Cuti raya tahun ni membuatkan aku rasa macam tu. Aku dapat second wind. Jadi, pada hari Rabu petang bersamaan hari raya ke empat, kami bertiga pun mula bertolak dari Alor Setar dengan tenaga baru dan keazaman yang membara. "Yeah!" jerit isteri aku dalam kereta, sangat hyper. Aku pun join jugak. 30 minit kemudian, kitorang sangkut jam dekat tengah2 highway.

Semua tenaga baru yang diperolehi masa cuti hilang diganti dengan sumpah seranah.

Mungkin hanya karakter dalam filem yang mampu mengecas diri dia semula selepas satu tempoh percutian dan imaginasi ini, langsung tidak sesuai dipraktikkan dalam kehidupan sebenar.

Dan di pagi Isnin ini, hari pertama kerja, aku dah malas nak pegi kerja.

Selamat Hari Raya Semua.
Maaf Zahir Batin.

Mei 10, 2011

Jalan-Jalan Carik Barang,Jumpa Benda Ni


Aku tau tu barangan bayi.

Tapi aku rasa tagline tu sesuai juga digunakan dekat 
produk kopi jantan,kacip fatimah,makjun dan ubat kuat lelaki
yang berlambak2 di pasaran.

Mungkin tagline tu yang versatile...
atau otak aku yang pikir bukan2...

Oktober 08, 2010

Dua Gambar,Dua Reaksi dan Perasaan Dukacita Sewaktu Malam Menjelang


 HOW SWEET!


HOW SHIT!

Aku penat.Aku nak jadi penganggur.Jadi suri rumah.

Pening aku memikir benda2 korporat dan politik ofis.Kalau boleh elak ke tepi dan tak effect aku,takpe.
Ni bila benda tu dah effect sekali segala-galanya jadi cilaka.Politik memang takleh nak dicampur aduk langsung dengan pengurusan.Tapi ni Malaysia..once kau berurusan dengan manusia2 berpangkat Datuk dan Tan Sri..politik main peranan.Once politik masuk campur..habis!Dah yang management atas semua ber-Datuk bertitle...habis semua orang nak berpolitik,tunjuk kuasa.Takde sapa peduli orang bawahan.Jadi aku pun hantar surat nak berenti keje kat bos department aku.

Rupa-rupanya dia dah hantar dulu sebelum aku.
Hehehehe.Dia pun tak tahan rupanya.

Aku ingat nak buat side projek,tangkap gambar kucing macam ni.


CUTE GILA AA!
Nota : Aku tak berapa center malam ni jadi harap maaf.

September 27, 2010

Pengumuman Tidak Penting Hari Ini : Saya Demam

Aku demam.Aku mengharapkan belaian isteri aku.Tapi isteri aku takde sini.Jadi,sebagai penggantinya,aku cuba membelai diri sendiri.Seronok jugak rasanya.Hari ni takde update.Tapi sebab nak jugak postkan benda berfaedah (selepas posting yang takde faedah sblm ni) aku tolong promote kedai ni.Kepada gadis2 yang tak nak pakai seksi tapi nak pakai sopan2,silalah melawat blog dia.Kepada yang baru2 nak berjinak2 dengan tudung pun apa salah nya melawat.

Kalau lelaki nak suruh awek dia ke,bini dia ke,adik dia ke,anak dia ke,nenek dia ke pakai baju yang sopan,bolehlah jugak melawat sekali.Kepada yang nak bagi present baju kat awek tetapi mendapati selection baju di kedai teramatlah seksi,lawatilah blog ni.Order la banyak2.



Tolong member2.Aku suka tengok pempuan bertudung pakai style camtu jadi aku suka la kalau makin ramai pempuan Melayu pakai camtu sebab taste aku mmg camtu...lagipun kalau nak kawin lagi sorang,konfem isteri aku tak bagi carik yang seksi2.Mesti nak kena sopan dan bertatasusila.Makin ramai pakai sopan2,makin ramai lah yang dapat dijadikan kenalan dan seterusnya...ehem2...

Ciow.Aku dah mula rasa efek ubat yang aku makan.Makin merepek aku tulis.Wassalam.

September 23, 2010

Aku,Shin Chan dan Yoshito Usui Serta Perasaan Ingin Jadi Bapa

Satu benda yang agak menyedihkan berlaku weekend hari tu bila aku tengah jalan-jalan dengan wife aku,aku nampak Dik Cerdas isu 50.

Kepada yang masih tak tahu atau tidak peduli,pelukis Dik Cerdas,Yoshito Usui telah meninggal dunia apabila melakukan aktiviti memanjat bukit rutin dia tahun lepas.(Fakta - Yoshito Usui meninggal dunia pada 11 September 2009 sama tarikhnya dengan pengeboman World Trade Centre)Mungkin untuk menghormati Yoshito Usui,isu terakhir Dik Cerdas ini juga dikeluarkan genap setahun selepas kematian mendiang.

Aku mula membaca Dik Cerdas waktu aku sekolah menengah.Dulu waktu sekolah,bila kelas Bahasa Jepun,cikgu aku bila dia malas nak mengajar atau kelas terhabis awal,dia akan pasang kartun Shin Chan ni.Mungkin sebab sekolah aku sekolah lelaki semua jadi takde la takut sangat nak tengok kartun2 tak senonoh macam tu.Walaupun kartun tu bahasa Jepun tapi kitorang buat2 aje la paham apa diorang cakap.Apa yang membezakan kartun Shin Chan yang aku tengok dengan kartun yang keluar kat NTV7 adalah version yang kitorang tengok tak censored.Semua aksi belalai Shin Chan ditunjukkan secara terbuka.Cikgu aku seorang perempuan dan bila ada bab2 camtu..biasanya dia buat2 la nak fast forwardkan.

Mungkin kepada orang yang tak minat,Dik Cerdas ni adalah satu kartun dan komik yang tah apa-apa.Ye lah,sket2 tarian belalai,tarian punggung dan bermacam2 lagi la adegan lucah yang ditunjukkan.Dengan lukisannya yang macam budak baru belajar melukis,lagilah orang tak minat nak baca.Pada aku,daripada simplicity yang ada pada siri komik ni lah yang menunjukkan Yoshito Usui ni seorang yang talented.Kisah-kisah yang ditunjukkan di dalam cerita tu adalah cerita yang agak matang dari segi mesej dan cara penyampaiannya.Walaupun lukisan dia simple,cuba lihat dari segi framingnya,dari segi angle yang dipilih,amat mudah untuk menjelaskan kisah yang cuba ditonjolkan.

Apa yang lebih menonjol adalah apa saja yang cuba dipaparkan dalam komik tu adalah kisah sebenar realiti bagaimana sepasang mak bapak berusaha membesarkan anak mereka yang tidak normal menjadi seorang yang normal di sebuah bandar di Jepun.Terlalu banyak mesej2 yang harmoni tersirat dalam komik itu jika pembaca cuba melihat disebalik lawak2 lucah yang kerap ditonjolkan.

Ada satu isu Dik Cerdas yang mempunyai satu jalan cerita yang sangat berat dan agak kurang sesuai untuk bacaan kanak-kanak melibatkan kematian salah satu watak penting yang dipaparkan dalam bentuk komik bisu yang sangat2 dramatik.Aku agak terkejut bila membaca isu tu sebab ketelitian yang ditonjolkan dalam komik bisu tanpa dialog itu mampu mempermainkan emosi siapa saja.Bila Dik Cerdas memaparkan cerita kematian seseorang akibat serangan terrorist dan kesannya kepada mereka yang berkait hidupnya dengan si mati,Dik Cerdas sudah memasuki satu dimensi lain yang kurang disentuh sebelum itu.Mungkin Yoshito Usui ingin memberikan petanda kepada pembaca mengenai tragedi yang bakal menimpa dirinya..mungkin.

............

Jadi,aku balik rumah,aku baca Dik Cerdas nombor 50.Lawaknya masih berbisa.Sudah boleh nampak ke mana Yoshito Usui ingin membawa kisah hidup Shin Chan dan adiknya jika dia masih hidup lagi dan mampu untuk melukis.Sayangnya,kenangan aku membesar bersama Dik Cerdas mungkin telah berakhir selepas 50 isu.Habis membaca,ada nota untuk pembaca yang ditinggalkan untuk mengucapkan terima kasih kerana menyokong Dik Cerdas.Dimaklumkan juga Dik Cerdas nombor 50 adalah isu terakhir hasil tangan Yoshito Usui.

Hati aku berasa sayu.Sayang benar rasanya tidak dapat melihat Shin Chan jadi dewasa.

Banyak dah hilang.Ada sikit adik aku simpankan dekat Alor Setar


Yoshito Usui membuatkan aku nak kahwin,nak ada anak dan nak berkeluarga.Tidak ada apa yang lebih indah melainkan sifat kasih sayang antara seorang abang dan adiknya,kasih ibu bapa kepada anaknya dan kasih sesebuah keluarga yang kerap benar jadi topik paling penting dalam Dik Cerdas.

Aku ingin punya anak seaktif Shin Chan.Selepas 50 isu dan hampir berbelas tahun memeriahkan hidup aku dan tanam semangat aku untuk jadi bapak,...Pakcik Yoshito Usui,terima kasih tidak terhingga kerana melukis komik yang sangat cincai tapi mampu menceriakan hidup aku.

September 14, 2010

Senandung Lampu Brek Kereta

Jalan jam gila.First time aku merasakan balik kampung naik keretapi sangat2 selesa walaupun lambat.Kedah-Negeri Sembilan 13 jam.

Kat Penang sesak teruk sebab ramai benar orang nak ke Penang walaupun kabel jambatan terbakar.Mungkin ramai nak tengok mcm mana rupa kabel yang terbakar tu.

Dalam kepala aku waktu tu bertanya-tanya;"Adakah ada kemungkinan,berapa ramai manusia yang perlu masuk ke Pulau Pinang untuk memnuhi setiap ruang kosong yang ada kat situ?Kalau 27 juta rakyat Malaysia serentak pegi Pulau Pinang,penuh ke tak pulau tu?"

Nampak sangat aku mengantuk masa bawak kereta.

September 08, 2010

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin


Balik kampung bawak kereta elok-elok.Balik naik bas pesan kat driver suruh jalan elok-elok.Yang perempuan jangan sampai kena raba masa berebut naik bas tambahan.Yang nak jalan kaki stesyen bas,jaga,area stesyen bas banyak kaki pau,aku tak tau apa yang menariknya pada diorang.Yang bawak motor,kalau konvoi ramai2,tolong jangan nak berborak2 sebelah menyebelah masa bawak motor.Yang naik keretapi,bila dalam terowong jangan pegi pegang2 orang lain.Yang naik flight,baguslah,selesa,jangan tepuk punggung peramugari.

Kepada yang tak balik kampung dan masih ada kat KL waktu raya,pegi la jalan-jalan Kuala Lumpur waktu pagi hari Raya kalau nak rasa macam mana hidup kat negara lain.

Rindu betul aku,seorang Melayu waktu pagi Raya dua tahun lepas nak tengok orang Cina atau orang India,apatah lagi orang Melayu.Bila dah takde depan mata barulah rasa dalam hati sebenarnya,rakyat Malaysia memang punya identiti sendiri.

Aku cuti lama.Kalau ada sesiapa dari kaum Hawa yang merindui aku,sila tinggalkan pesanan.Kepada kaum Adam yang merindui aku,sila jangan tulis apa-apa pesanan.

September 07, 2010

Balada Rempit : Lu Tak Mau Spend,Lu Second Class Citizen!

Tahun ni adalah tahun pertama gua beraya sebagai seorang "husband."Hehehe.Nasib baik gua tak bergaduh besar dengan isteri,kampung mana nak balik raya macam cerita-cerita tipikal yang selalu kedengaran di televisyen atau di mulut2 makcik gosip.Sebelum2 ni gua balik kampung naik motor.Dari KL ke Kedah gua naik motor.Bawak maintain 110km/j kadang2 gua besit jugak naik 140km/j.Bawak motor beb! Dulu masa gua balik,bila lalu aje tepi kereta yang tengah beratur panjang sebab jam teruk,gua pandang slack aje kat mana2 kereta2 mahal.."Hak eleh,lu bawak BMW tapi lu sangkut jam!" tapi sekarang gua tak dapat la nak berperasaan macam tu lagi sebab gua pun akan jadi sebahagian daripada mereka2 yang tersangkut dekat trafik jam dan gua tak bawak BMW.

Dulu-dulu,aku sanggup naik EX5 balik Kedah.Sekarang ni gua dah tak sanggup walaupun motor EX5 gua sudahpun diganti dengan sebijik motor yang besar sket.Waktu dulu,tiap2 kali balik raya,gua hanya akan sediakan Rm50 dalam wallet.Cukup untuk minyak dan cukup untuk makan minum.Gua terpaksa mengaku,tiap2 kali gua balik Kedah naik motor,gua takkan puasa.Dengan tangan menggeletar dan meredah hujan,gua nasihatkan jugak la,sapa2 yang bawak motor,ganti lah puasa sehari tu kalau tak larat.

Tapi sekarang ni gua dah kena bawak kereta.Takkan gua nak angkut bini gua naik motor?Kalau hujan lepas tu baju dia basah lencun,gua tak nak la nanti driver2 kereta dapat melihat baju bini gua see thru atau baju gua yang see thru.Gua malu beb kalau orang lain dapat tengok nipple gua.

Nak balik pulak,oleh kerana pembangunan Malaysia yang sangat menitik beratkan keselamatan rakyat,kerajaan telah menyediakan lebuh raya dengan syarat anda mampu membayarnya.Jika anda tak mampu,masuk lah jalan lama dengan sempitnya dan bahayanya.Pernah sekali gua balik Kedah naik motor ikut jalan lama tapi sampai Ipoh gua give up...takut.Memang rasa tak selamat.Nak rasa selamat,kita rakyat Malaysia mesti keluar duit,kerana Kerajaan tak nak keluar duit buat jalan free yang selamat.Jadi,untuk itu,gua nak salute dan terima kasih Kerajaan Malaysia.You rock!

Tiap2 kali nak balik Kedah dengan rasa selamat,gua terpaksa bayar RM150 untuk bayar PLUS satu hala perjalanan.Itu gua yang kerja agak ok.Tapi cuba fikir pasal orang2 yang transport dia seharian satu family naik motor.Mesti lu orang selalu nampak satu family naik motor dengan anak terkepit kat celah perut ibu dan bontot bapak dia.Lu ingat diorang saja suka2 nak naik motor camtu?Lu tau kan naik motor lebih had orang kena saman?Jadi cuba bayangkan macam mana family macam tu hidup kat negara sendiri.Tiket bas balik Kedah sekarang dah RM35.Kalau beli 4 orang,dah RM140..tu baru satu hala.Dua hala RM280.Naik kereta total cost untuk balik Kedah RM300.Itupun pakai kereta yang save minyak.Kalaulah menteri2 tu nak balik kampung beraya apa kau ingat diorang keluar duit diorang?

Dah kaya,duit takyah nak keluar sebab elaun tampung.Dah miskin,duit makin banyak kena pakai.
Realitinya macam tu.Yang dah senang akan makin senang,yang miskin perlu struggle mati-matian semata-mata nak hidup.Kenapa bila gaji basic menteri-menteri atau mana-mana pegawai kerajaan ni makin besar,elaun dia makin bertambah?Dia siap dapat driver dan dia siap dapat macam-macam lagi untuk menyenangkan hidup dia YANG DAH MEMANG SENANG?

Hidup gua ok.Gua bukan mengeluh pasal hidup gua tapi bila tiap2 masa gua nampak satu family naik motor ramai2 dengan anak ada sorang berdiri dalam bakul,darah gua menyirap.Gua selisih dengan satu family tadi kat Senawang.Life kepada diorang dah memang susah,apa salahnya elaun2 menteri2 tu POTONG dan bantu senangkan hidup diorang ni.Lu cakap pasal negara nak bankrap lah,kerajaan rugi lah,negara tak cukup dana...tapi,bukak la mata.Hidup diorang dah senang,benefit tu potong la,tak perlu dimewahkan orang2 yang dah mewah menggunakan duit cukai yang dibayar bapa kepada family yang naik motor tu.

Sama la jugak macam cerita highway gua tadi.Lu nak rasa selamat,lu ikut highway.Lu tak cukup duit?Miskin?Papa kedana?Lu lagi sanggup beli susu anak berbanding bayar tol?Lu ikut jalan lama.Padan muka!Lu lalu la jalan2 gelap dan bengkang-bengkok serta banyak lori dan banyak lubang.Lu tak layak untuk menikmati perjalanan selesa mengikut pendapat Kerajaan Malaysia.Sebab itu lah gaji minima rakyat Malaysia perlu dinaikkan daripada RM800 ke RM1500.

30% untuk pembayaran kereta dan minyak seperti yang disyorkan dalam pengurusan ekonomi yang baik,dalam menjamin anda ada saving dan anda ada duit untuk hidup.30% daripada RM800?Baru RM240.RM240 untuk beli kereta dan support minyak dan maintenance?

Dengan bangganya negara kita ada pengeluar kereta sendiri tapi dengan gaji minima RM800,berapa orang mampu dan beli kereta dengan 30% gaji dia tiap2 bulan?

Ogos 20, 2010

Cerita Ramadhan : Peristiwa Silam Yang Meningkatkan Keyakinan Diri

Ada satu masa dulu dalam tahun 1999,sewaktu aku kurus dan muda,aku baru balik dari kelas.Sebab aku lapar,aku gi food court nak makan.Dengan kepala berserabut penuh dengan benda2 yang dipanggil networking,aku pun jalan la ke arah food court sambil otak tengah ingat pasal programming,satu benda yang aku cukup tak suka,dengan lecturer dari India yang ayat English nya siap ada pelat Tamil sket2.

Waktu aku tu masih lagi mat rempit yang hanya mampu membawa sebiji EX5 jadi kat tangan aku mesti aku pegang helmet.Dari jauh kalau orang nampak aku mesti takut dengan baju serabai tak pernah bergosok dan seluar jeans yang mesti carik2 kat bahagian kaki sebab aku suka tempah jeans labuh2 biar jalan sapu lantai sekali,senang sket kerja makcik cleaner.

(Aku tempah jeans bukan sebab aku kaya,aku tempah sebab waktu tu pinggang aku kecil,jadi tidak ada jeans ready made yang mempunyai kepanjangan yang cukup untuk cover 45 inci panjang kaki aku.Kalau aku pakai seluar tu dan seluar tu tergantung,gadis2 pasti akan menjauhkan diri.)

Aku gi makan nasik lauk ayam.Dah kenyang dan aku nak jalan balik ke arah motor "superbike" aku,tiba-tiba ada seorang minah senior yang bergaya ala-ala ranggi tegur aku.Aku tak kenal dia pun tapi memang aku perasan dia dah tunggu aku habis makan agak lama kat situ (gadis hot tidak bertudung sangat mudah dihinggapi oleh mata aku)

"Hey!" kata dia.Aku pun jawab la balik "hei" jugak.

"Takde bang,saya ni sebenarnya nak carik talent untuk jadi model, kitorang ada fashion show nanti under faculty," kata dia.

"Huh?Model?Bior betol?" tanya aku."Iye!Ok apa,nanti kitorang guide la camne camne.." jawab dia.Aku pusing kepala aku tengok sekeliling mana lah tau aku sedang menjadi mangsa rancangan kamera tersembunyi.

"Tak nak lah.Terima kasih la.Saya tak reti catwalk.Bearwalk boleh la," jawab aku.Aku blah dari situ sambil memberikan satu senyuman paling manis dekat minah tu.Minah tu cuba jugak memujuk aku dari jauh siap buat2 gaya "please..please..." Ingat aku cair?Apa dia ingat semua orang kacak berangan nak jadi model?

Aku balik apartment cerita kat member,takde sorang pun percaya cerita aku.Jadi,aku cerita kat korang pulak.Nak percaya ke tak,suka hati.Yang aku tau,ada minah cun mintak aku jadi model fashion show.Aku yakin dengan pandangan mata minah tu jadi semenjak hari tu aku belajar satu benda yang aku tak pernah tau pasal diri aku sebelum tu...

"Aku hensem macam model."
Terima kasih.

Ogos 16, 2010

Bangun Sahur Makan Nasi,Tengok Bola Pagi Hari


Hukum karma.

Ps.- Aku ngantuk tak cukup tidur.Esok aku update.
Selamat Berbuka Semua!Hujan lebat...tidur sedap ni,lagilah sedap kalau
orang tersayang (yang sudah berkahwin) ada kat sebelah.

Ogos 12, 2010

Rungutan Seorang Suami Yang Lonely


Aku tak berapa sihat sehari dua ni.Jadi hari ni,aku gi beli makan nak bukak puasa.Masuk aje waktu maghrib aku pun tibai kueyteow goreng.Hampir-hampir aku muntah.Aku makan separuh aje lepas tu aku buang.Aku makan pulak burger daging,langsung tak rasa apa-apa sedapnya.Nasib baik aku ada beli cakoi 3 batang cicah dengan kuah pandan.Sedap jugak rasanya.

Bila aku demam,badan jadi tak sedap,makan apa pun jadi tak lazat,aku terbau asap rokok pun aku boleh muntah.Dengan kepala peningnya,mulut rasa tak sedap dan jantung yang berdegup kencang lebih daripada biasa.

Waktu aku demam,aku hanya mampu terbaring dan tengok benda2 yang takde faedah kat komputer.

DAMN YOU KEMENTERIAN PENDIDIKAN ATAU JABATAN PENDIDIKAN ATAU SIAPA2 LAH YANG JAGA TRANSFER CIKGU SEKOLAH, SEBAB BUATKAN AKU DUDUK ASING-ASING TERPISAH DENGAN BINI AKU!

Ogos 11, 2010

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan


Aku ada seorang kawan,
Nama dia Ramadhan,
Pandai jaga hati kawan,
Sayang dia kaki pempuan.

Ramadhan juga kaki kereta,
Habis semua awek diangkutnya,
Dia tak peduli siapa,
Asal awek nak ikut dia.

Tapi bila bulan Puasa,
Ramadhan berenti buat dosa,
Alang-alang bulan puasa
Kalau boleh nak kejar syurga

Lalu Ramadhan berenti berplayboy,
Mana taknya hampir-hampir kantoi,
Ramadhan serik nak jadi toyboy,
Bukak puasa minum asam boi.

Bila saja 1 Ramadhan.
Gua demam tiba-tiba.
Cerita ini cerita rekaan.
Aku tak tau nak tulis apa.

Cilaka buffet McD pun dah RM24 sekarang!Masa aku pegi dulu RM17 aje.

Ogos 04, 2010

Perasaan Insecurity Menjadikan Aku Pemalu Tapi Pervert

Katy Perry
Zooey Deschanel


Kadang-kadang bila tengok cermin,mesti kau ada terfikir,"muka aku ni macam sapa?"

Seronok jugak terfikir nak tengok diri sendiri ni rupa macam mana daripada pandangan orang lain.Sama jugak macam aku selalu terfikir,"Besar sangat ke aku ni pada pandangan orang lain?Apasal orang lain pandang aku penuh dengan unsur2 ketakutan?Adakah aku menggerunkan?"

Sure korang pun ada rasa insecurity macam tu.

Ogos 03, 2010

KAU PANGGIL AKU PAKCIK!?

Lepas berkahwin,perhentian RnR dah jadi rumah ke empat aku.Isteri aku suka betul berenti situ.Lagilah aku tak paham bila dia suka betul kopi ais Dunkin Donut yang pada aku takde la sesedap mana.Dah la RM4.20 satu...aku yang kedekut ni selalulah membantah kalau dia nak beli tapi sebab isteri aku nak jugak,biarlah.Lagipun selalunya dia belikan aku satu.Heheheh

Jadi hari tu,aku gi la surau kat situ nak semayang on the way nak ke KL.Sampai aje kat koridor menghala ke surau ada la budak pempuan dua orang mintak derma."Pakcik,pakcik,derma untuk anak-anak yatim,"pinta diorang."Sekejap ye anak-anak,pakcik semayang kejap.." kata aku sambil dalam hati memikirkan "adakah aku seorang pakcik sekarang ni?"

Aku pun setel urusan dan jalan la balik ke arah budak dua orang tadi."Dari mana ni?"tanya aku."Kitorang dari Madrasah kat Kedah,"jawab budak tu."Kedah kat mana?" Budak tu terkaku kejap.Lepas tu dia diam."Takpelah.Pakcik sedekah aje lah.Kalendar tu simpan,"kata aku.

Jadi aku dan isteri aku pun meneruskan perjalanan ke Perak.Selesai urusan kat Perak pantas kembali balik ke Negeri Sembilan.Lalu highway lagi,berenti RnR lagi.Gi semayang zohor,jumpa dengan dua orang budak lain mintak derma untuk madrasah sambil pegang kalendar dan penanda buku yang sama dengan budak2 yang aku jumpa awal pagi tu."Pakcik,pakcik,derma untuk anak-anak yatim.." Sahlah..aku dah level pakcik.Takpe,takpe.

"Adik ni madrasah kat mana?Camne boleh ada kat sini?"tanya aku.

"Kitorang dari Madrasah kat Port Dickson,"jawab budak tu ikhlas nampaknya."Ohoho,Port Dickson ye?Takpelah,pakcik dah bagi kat diorang yang jaga belah sana tu sambil aku tunjuk RnR Seremban menghala ke KL."

"Tapi apa salahnya pakcik bagi jugak derma kat kami.." dia buat muka kesian.
Lu panggil gua pakcik lu nak buat muka kesian dengan gua...

"Dik,dik,nak tanya sikit,apasal budak2 yang mintak derma kat belah sana kata Madrasah ni kat Kedah,adik pulak kat Port Dickson?" tanya aku.

"Oh...saya orang Kedah pakcik!"
Tiba-tiba pulak dia jadi orang Kedah.

PS - Aku tau nak berderma ni kena ikhlas,macam orang Melayu selalu kata bagi aje la asal niat kita betul...tapi,sebab aku orang Kedah dan kat Kedah memang banyak kes-kes tipu "derma pembinaan madrasah" ni...aku akan terus skeptikal.Apatah lagi bila nak bina Madrasah kat Kedah tapi mintak derma kat Seremban.Berapa kos nak pegi balik tu?Lepas la kot beberapa bijik batu bata dan sekampit simen.Langsung tak financially viable.

Aku tak tau budak tu menipu ke tidak cuma aku tau diorang menipu,bila diorang panggil aku pakcik.Sebab kalau diorang panggil aku abang,mesti isteri aku jeles.Bagus budak-budak ni.Pandai hormat orang tua.

Julai 15, 2010

Permintaan Seorang Suami Yang Dahaga

Waktu aku duduk Alor Setar dulu,aku ada sorang member.Nama dia Ijan.

Dia ni tak pernah join geng aku naik basikal merayau2 keliling taman.Aku tak tau kenapa?Dia lebih suka duduk rumah.Jarang benar dia lepak kat padang dan sebagainya.Satu hari lepas sekolah,dia ajak aku gi rumah dia.Segan aku nak gi rumah dia sebab pada aku,rumah dia rumah dua tingkat,rumah aku setingkat aje,jadi aku assume dia orang kaya..nak masuk pun takut-takut.Bagi la can,aku masa tu darjah satu jadi bila rumah tu lagi besar dari rumah aku,aku assume mcm tu la...

Masuk rumah dia,dia suruh aku dengan member aku sorang lagi ni tunggu kejap kat living room.Ada la bapak dia lalu sekali dua.Gerun aku tengok bapak dia.Tunggu la kami seminit dua kat situ tercongok jakun melihat hiasan dalaman rumah dia.

"Jom main ni.Aku ada banyak,"kata dia sambil tangan dia angkut satu kotak.Dalam tu penuh dengan Transformers."Huyooo!Transformers!!"Aku jadi takjub gila tengok robot2 tu walaupun aku tak tau langsung apa kejadahnya benda tu."Haa,dia ni boleh tukar jadi kereta bomba!" sambil dia dok pulas-pulas robot tu."Wow,dia boleh jadi kereta bomba la!" Semenjak daripada hari tu,tiap2 kali aku pegi Hankyu Jaya Alor Setar aku akan lalu dan usha Transformers.

Mahal gila waktu tu pada aku.Aku memang aim aje Optimus Prime satu set sekali dengan kontena dia.Tapi waktu tu harga dia $80 lebih tak silap aku (tak pakai RM lagi waktu tu) jadi bila aku mintak kat mak aku Optimus Prime,mak aku takkan beli tapi dia belikan aku sebijik robot lain yang murah harga belas-belas ringgit atau mainan He-Man.

Sebab frust punya pasal aku tak dapat Optimus Prime,aku pun buat la Optimus Prime pakai kertas.Itulah first time aku buat papercraft seumur hidup aku dan aku cukup bangga dengan hasil dia sebab Optimus Prime aku boleh berdiri tapi sayangnya tak boleh transform.Optimus Prime tu lah yang aku buat gaduh2 dengan Voltron aku yang aku dapat masa main tikam-tikam kat kedai.Kemik-kemik badan dia sebab plastik keras terajang kertas,konfem plastik menang.

Dari hari Optimus Prime aku terkoyak sampailah sekarang,maksud aku,hari ini,dan esok-esok,aku akan terus menyimpan azam supaya satu hari nanti aku dapat beli Optimus Prime Generation 1,bukan Optimus Prime dalam movie yang sangat hodoh dan tungkik,tidak ada langsung ciri2 pemimpin.

Tujuan aku menulis ni sebenarnya hanyalah untuk memaklumkan kepada isteri aku,besday aku dah dekat dan apa salahnya jika impian aku dari kecil itu dipenuhi dan seterusnya,untuk memaklumkan kepada isteri aku yang aku dah terbeli sebijik lagi Transformers.Hari tu masa isteri aku datang melawat aku di rumah,dia tanya aku,"ni robot dinosaur ni nak buat apa?" Yang,dia ada nama yang,nama dia Grimlock!


 Aku harap agar selepas isteri aku membaca benda ni,dia paham lah kenapa aku beli robot-robot ni yang sepatutnya dimainkan oleh budak-budak 5 tahun dan ke atas.Ini semua impian dari zaman kecil.

Satu hari nanti,bila abang dah puas bermain2 dengan permainan ni, abang akan pass kan la dekat anak-anak kita. Yang!Optimus Prime satu!

 Ni la Optimus Prime yang aku aim dari kecik.

PS - Kalau ada sapa2 yang ternampak mainan Transformers Animated yang dijual RM30 kat mana-mana,sila bagitau aku.Kat Alamanda,stok dia dah nak habis.

Mac 31, 2010

My Girl,My Girl,Tell Me Where Did You Sleep Last Night?


Cerita ini adalah berdasarkan kisah pengalaman member aku yang menjadi sukarelawan mengagihkan makanan kepada golongan homeless di Pudu baru-baru ni,mungkin telah diubah suai untuk menjadikan cerita lebih enak.Apa-apa saja yang berkaitan mengenai Pemuda UMNO dan Polis adalah benar kecuali part borak pasal kertas kerja tu.Saja je.Geng-Geng politician kan suka buat kertas kerja tah hapa2....Milah,aku pinjam gambar kau.


Milah adalah seorang gadis biasa.Dia tidak berlagak dan dia juga tidak pernah mahu menyakiti hati sesiapa.Bila ada kelapangan,Milah akan cuba untuk meluangkan masa lapangnya dengan aktiviti-aktiviti yang mendatangkan keuntungan.Tetapi bukan keuntungan kepada dirinya,tetapi keuntungan kepada mereka yang tidak bernasib baik.Mungkin kerana berminat ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai realiti sebenar masyarakat,Milah telah menyertai satu program membantu mereka yang tiada tempat tinggal di sekitar ibu kota.Berkumpullah dia bersama satu kumpulan yang dipanggil ReachOrg untuk membantu mengedarkan makanan kepada manusia-manusia yang tidak mampu merasai nikmat beratapkan bumbung sesebuah rumah.

Pada suatu malam,Milah dan kumpulan ReachOrg mendapat panggilan telefon daripada satu kumpulan yang dipanggil Pemuda UMNO.Pemuda UMNO berminat untuk mengetahui realiti sebenar masyarakat jadi mereka berharap agar ReachOrg dan Pemuda UMNO dapat bersama-sama bergabung dalam satu program khidmat masyarakat malam itu.Ini adalah kali pertama Pemuda UMNO tiba-tiba berminat dengan aktiviti seperti ini.

Sebelum ini tidak pernah pun Pemuda UMNO ingin terlibat sama.

Sampailah mereka semua ke kawasan di sekitar Hentian Puduraya.Berpusing-pusinglah mereka semua mencari golongan yang digelar "tidak berumah" ini atau dalam perkataan yang lebih popular,"homeless." Sibuklah kumpulan ReachOrg ini mengedarkan bungkusan makanan kepada pengemis,mat dadah,aci,nyonya,pakcik,makcik yang sedang terbaring di tepi jalan,melelapkan mata menghilangkan lelah penat.Tetapi kumpulan Pemuda UMNO tadi lain pula ceritanya.Mereka mula berkumpul untuk memerah keringat memikirkan "Apa tindakan yang perlu di ambil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk memastikan golongan homeless itu keluar daripada kawasan Pudu itu."

"Apa kata kita tutup saja bawah jambatan itu?Biar diorang tak boleh masuk lagi..." cadang seorang Pemuda UMNO yang genius. 

"Benar juga cadangan kau itu.Catatkan.Kita akan bentangkan kertas kerja kita "Bagaimana Untuk Menjadikan KL Homeless Sifar Pada 2011." Itu tajuk kertas kerja kita nanti.Sah-sah aku dapat title Datuk kot nanti,"balas Pemuda UMNO itu yang kelihatan lebih berpengaruh berbanding Pemuda UMNO yang lain kerana skill bergebangnya yang jauh lebih handal.

Milah menggelengkan kepala.Dia memang mempunyai persepsi yang buruk terhadap mereka yang bergelar Pemuda UMNO tetapi persepsi dia pada malam itu sudah jatuh lebih buruk."Itu ke pemikiran pelapis pemimpin UMNO?"


Milah lalu menghulurkan sebungkus nasi kepada seorang pakcik tua yang kelihatan sedang menggaru tangannya,mungkin kerana gigitan nyamuk."Pakcik,nah nasik.Makan lah.." kata Milah dengan gaya manja."Terima kasih dik,Pakcik manyak susah hati woo ini hari..." kata Pakcik itu sambil lahap mengunyah nasik goreng.


"Apa pasal pakcik?" tanya Milah sambil memusingkan badannya menghadap kumpulan Pemuda UMNO tadi,manalah tahu banyak mata merayap memerhatikan susuk tubuh dirinya yang segar bugar.Walaupun begitu Milah masih mampu merasa sedikit bangga kerana dia mendapat bukti kukuh,daya penarik dirinya masih utuh.

"Saya ini hali wa dapat la luit 20 linggit.." jawab pakcik itu. "Aaaa..pastu?" tanya Milah.


"Tadi,ada polis datang tegur saya.Dia tanya sama saya,lu mau tido sini kaa?Saya jawab ya la.Saya mana ada lumah punya olang..." jawab Pakcik itu. "Lepas tu dia tanya sama saya..gua boleh angkat lu masuk lokap sebab lu mana boleh tido sini.."

Sambung pakcik tu,"saya tanya sama dia,apasai mau bawak saya gi lokap sana pulak?Saya bukan jahat punya olang..saya tadak buat salah punya maa..." Milah terus tekun mendengar."Lepas tu dia kata kalau lu tak mau tido lokap,lu musti bayar la...mana boleh tidor tepi jalan free..."


"Waa bagi la dia wa punya duit donation hali ni..20 linggit.Sikalang wa sudah tada duit.Nasib baik lu latang ini malam bagi wa makan nasik.." Pakcik itu menghirup sedikit air mineral dalam botol.


"Itu orang ramai-ramai itu apa pasai dia latang?Itu bukan kelajaan punya olang ka?Apa pasai dia malam-malam pun mau bising-bising kempen?" kata Pakcik itu mengakhiri perbualan dengan Milah.

Fakta

1. Jika kita takut dengan mereka-mereka yang tidur tepi jalan,mereka sebenarnya lebih takut dengan kita.

2. Setiap malam,hampir 2000 orang tidur di kaki lima jalan di sekitar ibu kota.

3. Kebanyakan mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal adalah mereka yang hilang keupayaan diri untuk bekerja atau hilang tempat penggantungan hidup.

4. "Lebih baik hidup di kaki lima jalan berbanding duduk di Jabatan Kebajikan Masyarakat," kata salah seorang pakcik homeless."Lebih selamat," katanya.

5. Sistem kebajikan masyarakat kita untuk membantu golongan tidak bernasib baik tidak akan berfungsi selagi golongan-golongan itu tidak keluar TV atau menjadi mangsa pembunuhan kejam.

6. Jika anda berminat untuk mengkaji mengenai dunia golongan homeless,anda boleh menonton filem "The Saint of Fort Washington" lakonan Matt Dillon dan Danny Glover.Sedih cerita ni.

7. Semua gambar di atas adalah gambar mereka yang tidak bernasib baik.

8. Kapitalisme suck.Kita kutuk kapitalisme tapi negara kita masih mengamalkan hardcore kapitalisme.

Link
Berita Syok Sendiri Selepas Sekali Melakukan Charity
Berita Deluded
Sedikit Informasi Mengenai Reach Org

Mac 24, 2010

Demam Lalu Mimpi Indah Zooey Deschanel


Dia ni,body langsung tak menggiurkan.Tapi aku suka gila dia. Tengok la cerita Yes Man.Comel aje dia.Macam anak kucing.

Aku rasa macam nak demam.Aku takde mood nak menulis.Esok aku kena kerja,kalau tak aku behind schedule.Aku tak suka sakit tekak.Bila sakit tekak,makan apa pun jadi tak sedap.Aku nak isteri aku ada sini suap aku makan ayam goreng.

Tak best long distance marriage ni tapi apa advantage dia long distance ni?
Hehehehe.Pandai-pandai la fikir bergantung kepada kesucian otak anda.

Mac 08, 2010

Tips Kebapaan Untuk Bapa Yang Kesibukan

 
Ahah!Satu penyelesaian yang genius  tapi aku tak tau sampai umur berapa taktik menipu bayi anda sendiri ini boleh dipakai.