Memaparkan catatan dengan label Panduan Hidup Tidak Formal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Panduan Hidup Tidak Formal. Papar semua catatan

Disember 30, 2015

Komplen Rumah Mahal. Jual Rumah Sendiri Mahal. Apa Cerita?

1. Aku baca artikel  ni beberapa minggu lepas. Menakutkan. Nampak benar harga pasaran rumah nak dimanipulasi oleh sesetengah pihak sampai bila-bila.

2. "Private developers should not be forced to do social responsibility work or be asked to partner the government in doing so, as it would not generate good results, he added.

3. “If the government seriously believes that is a problem, then the problem needs to be tackled by the government, leave the developer to do his job and let the government take care of social welfare,” he said.

4. Takut kan baca ayat-ayat tu? Bila kerajaan cuba tackle isu harga rumah mahal melalui PR1MA, pemaju pulak yang berbunyi.

5. Aku tengok hidden objective PR1MA sebenarnya selain dari memberikan rumah yang harganya boleh kira berpatutan, adalah juga untuk melawan balik harga rumah yang tak munasabah.

6. Jadi pihak-pihak pemaju panas hati. PR1MA benar-benar menggugat periuk nasik diorang sebab pemaju jual direct kepada pembeli dan bukan melalui sistem biasa yang ada. Middle man dah kena potong. Ejen hartanah, realtor semua kena cantas. PR1MA pula, adalah projek perumahan terbesar Malaysia......kau bayangkan, berapa banyak peluang buat duit kalau guna cara penjualan tradisional?

7. Kalau kau fokus hanya kepada cerita negatif pasal PR1MA, teruskanlah hidup dengan cuba-cuba nak beli rumah 18x65 dengan harga RM420 ribu. PR1MA ni pada aku, inisiatif yang bagus. Jangan terpedaya dengan orang yang kata ini tak bagus sebab hanya pemaju perumahan yang marked up harga akan kata PR1MA ni membazir.

8. Sampai bila kau nak biar spekulator terus kawal harga rumah? Kita kena lawan. Kita kena sokong kerajaan dalam bab ni.

9. Walau bagaimanapun, seperti aku katakan semalam, kalau kerajaan aje nak buat inisiatif tapi kau sebagai pemilik rumah tak nak, tak jalan jugak.

10. Nak harga rumah turun sebab kasihankan orang yang tak mampu beli rumah, juallah rumah anda dengan harga yang mampu milik jugak.

11. Ramai yang bersetuju harga rumah tak munasabah. Tapi ramai yang tak bersetuju nak jual rumah sendiri dengan harga yang munasabah.

12. Aku harap rakyat boleh nampak benda-benda camni dan fahamkan betul-betul artikel.Janganlah baca headline dan terus nak hentam kerajaan.

13. Bila nak jual rumah, ingatlah, jangan jadi sebahagian dari punca harga rumah kat Malaysia tak munasabah.

ps - Kalau aku suggest kau jual kat Melayu bila nak jual rumah, nanti ada la yang kata aku racist.

Ejen Prudential BSN Penyayang Anda,
Mantot
018-3611628

November 27, 2015

Salah Faham Masyarakat Malaysia Tentang Nilai NCD Insurans dan Hak Tuntutan Yang Kita Ada

Assalamualaikum.

Ramai orang bila cerita pasal eksiden dan sebagainya ke atas kemalangan kenderaan, mereka cukup takut kalau NCD (Non Claim Discount) hilang. Sehingga ramai yang takut nak buat claim.

Pertama sekali, kita kena tau, apa sebenarnya kes-kes yang membuatkan NCD dilupuskan dari perlindungan kenderaan kita. Perlu jelas dan terang, NCD hanya akan tertolak apabila berlaku sebarang tuntutan dan yang bersalah, adalah tuan punya polisi.

Ramai yang salah faham benda ni jadi ramai yang takut nak buat claim sebab takut NCD hilang, sehingga membuatkan ramai orang kita yang ambik insurans kenderaan hanya untuk renew road tax.

Senang aje benda ni, kalau kau tak salah, kau claim la banyak mana pun, NCD kau tak affected. Aku dah claim rim kereta, lepas rim aku kena curi, ramai yang nasihat aku, takkan la kau tak nak keluar RM800 untuk beli rim dan kau nak gadaikan NCD kan Tot?

Rim aku hilang, kena curi, aku dah letak dekat parking betul, aku dah buat report polis, polis dah sahihkan rim aku kena curi bila dia datang tengok tayar aku diganti dengan bata merah.....aku buat claim. NCD aku tak effect langsung. Tak perlu takut claim insurans.

Dah ada protection kenapa nak takut claim? Kita ambik protection untuk cover losses. Gunakanlah. Bukan murah kita bayar insurans tu tiap2 tahun.

Lagi satu, ramai orang tak tau yang tiap2 polisi kenderaan ada sediakan bantuan kecemasan percuma kalau kau menghadapi kesulitan. Contohnya, untuk aku, aku boleh mintak bantuan tow truck (coverage RM200) dari panel insurans dan kalau ada berlaku kerosakan pada kereta, aku boleh call dan wakil panel akan datang 24 jam sehari.

Banyak kes kita tengok, kereta rosak, tow truck datang, bawak pegi bengkel mana2, lepas tu kena ketuk. Bila barang dah bukak, quote harga mahal, mintak pasang balik, diorang caj mahal2. Ini semua scam terancang yang memang berlaku.

Tapi, kalau kita sebagai pengguna tahu apa bentuk perlindungan yang kita ada, adakah scam terancang yang banyak digunakan tu, akan  berjaya?

Tak.

Jadilah pengguna yang bijak. Baca polisi anda yang anda dapat. Ketahui hak anda sebagai pengguna perlindungan insurans kenderaan.

Lagi satu, kalau ada orang ada terlanggar anda dan anda rasa kerosakan tu berat untuk anda bayar, claim aje dari panel insurans dia. Aku pelik betul dengan perangai sesetengah orang, bila dia langgar orang, dia boleh pulak merayu "bang, takyah la claim insurans bang. Habis la NCD saya nanti."

Claim aje.

NCD hanya akan affected, kalau claim berlaku atas salah anda. Ramai orang tersilap paham kaitan NCD dengan claim.

Ejen Takaful Penyayang Anda
Irmanyadi Idris
018-3611628

November 14, 2014

11 Point Penting Untuk Pelajar-Pelajar Yang Mahu Masuk Belajar di Sekolah Asrama

Aku duduk,membesar dan belajar di asrama penuh selama 5 tahun. 

Kesan daripada membesar dekat tempat orang sebenarnya banyak mencorakkan hidup aku sekarang ni. Banyak benda yang aku bersyukur sangat tapi ada juga beberapa benda yang aku tak berapa suka, seperti kena ragging,buli atau paling parah, belasah dengan senior. Aku dah pernah kena rasa belasah sorang dengan 7-8 orang tapi mungkin sebab aku lagi tinggi dari senior2 aku dan aku dulu seorang yang berstamina jugak la, aku boleh nampak senior2 aku give up nak belasah aku.

"Ak eleh mamat pendek nak flying kick aku. Bukan sakit pun."

Apa sebab aku kena belasah ramai2 atau dalam istilah sekolah aku "kena rumble" tu? Aku fly (keluar sekolah tanpa kebenaran) tanpa mintak kebenaran diorang. Kau tak nampak betapa kepala bana-nya budak2 sekolah pandai ni? Senior kena bagi kau kebenaran untuk kau keluar sekolah tanpa kebenaran. Orang2 ni la yang diharapkan akan jadi pemimpin2 kerajaan satu hari nanti tapi kitorang membesar dengan mentaliti camtu.

Mungkin sebab tu kot rasuah berleluasa kat negara kita ni, hmmmm....

Ada beberapa tips yang aku boleh ajarkan kepada kau jika kau ni jenis mamat2 yang selalu kena belasah kat sekolah asrama untuk memastikan kau selamat.

1. Kau jangan kerek. Berlagak. Ego. Tak kiralah bapak kau Gabenor Bank Negara ke, Perdana Menteri Nepal ke senior2 akan paling menyampah dengan budak yang berlagak.

2. Kalau kau hebat dalam bidang lakonan, serius shit aku cakap kat kau, sepanjang masa kau sekolah asrama, berlakon jadi pondan. Tapi jangan sampai jadi pondan betol. Aku tak tau kenapa golongan lembut ni orang tak selalu sentuh. Mungkin takut haram. Mungkin sebab lelaki lembut jarang buat benda jahat...melainkan ...jahat yang ehem2 tu.

3. Waktu kau junior, kau memang akan rasa azab! Tapi aku lucky sebab senior aku backup kitorang. Tapi nak tak nak macam mana pun kau cuba tepis, senior akan still carik jalan untuk perkecikkan kau. Takpe, layankan aje. Diorang suruh kau ambik air water cooler? Ambik. Ludah dalam tu. Jangan buang kahak. Just ludah. Kemudian goncang. Kemudian bagi diorang minum. Ini bergantung sama ada kau ngam atau tidak dengan senior kau tu.

4. Macam mana nak gain respect kawan2? Kalau kau kena belasah dengan senior. Macam mana kau nak lose respect dengan kawan2? Kau kena belasah dengan kawan2 kau sebab kau carik pasal dengan diorang.

5. Kalau kau duduk asrama, jangan jadi malas. Kau kena bersukan. Bila badan kau sihat, kau kena belasah pun tak rasa sangat.

6. Apa nak buat kalau kau kena belasah ala rumble? Nombor satu, tahan aje dulu. Lepas dah beberapa das kena kat kau...apa yang kau perlu buat adalah berlakon macam kau sakit jantung. Budak2 yang belasah kau ni, diorang berani sebab diorang nampak kau boleh tahan...tapi bila benda tu dah jadi kronik, macam darah keluar ke, jantung semput ke...diorang akan berhenti dan dengan tiba2 diorang boleh concern dengan kau.

7. Tapi yang penting, jangan cepat sangat kau mula lakonan kau tu. Pastikan real. Lepas kau kena sedas kat kepala...kau berlakon la pening sampai nak terlanggar dinding ke. Kalau kena sepak betis tapi kau pegang kepala...lagi sedap la diorang laukkan kau.

8. Nasihat aku paling penting bila kau duduk asrama ni; jadi low profile se-low yang mungkin.

9. Time paling berdebar adalah bila ada budak datang panggil kau kata ada senior panggil ke bilik diorang. Time ni kau jangan takut. Kau nak lari? Lari aje la. Gi tidur kelas. Bukannya senior kau tu rajin nak carik kau. Tapi ni apply untuk kes bangang2 macam aku kena tu aje la. Kalau kau kantoi curik duit orang dan kemudian senior kau carik kau, nak belasah....berdasarkan pengalaman aku 5 tahun, aku cakap kat hang...kau deserve kena belasah.

10. Adakah aku takkan hantar anak aku pergi sekolah asrama berdasarkan pengalaman aku? Ada satu hari, aku gi open house raya rumah kawan aku kat Ampang, tengah duduk ramai2, ada sorang anak kawan aku sepak anak aku yang masa tu baru aje berumur dekat 2 tahun dari belakang. Budak2 4-5 tahun, baru belajar nak jadi ganas. Memang berkecai jiwa aku waktu tu sebab anak aku blur2 tak tau apa yang terjadi kat dia...tapi oleh kerana anak aku dianugerahkan badan yang sasa macam ayah dia, dia pusing belakang, tengok budak tu...kemudian dia sambung balik tengok TV berdiri sambil makan kuih.

Kalau nak kira takut, sampai bila2 kau takkan buat apa2.

Jadi, tak perlulah kau takut hantar anak kau ke sekolah asrama hanya sebab kau dah kerap benar tengok video budak2 belasah dalam asrama ni. Benda dah nak jadi, dia akan jadi tak kiralah macam mana pun kau cuba halang sesuatu tu berlaku.

Ada satu lesson yang aku pegang sampai sekarang yang aku belajar dari sekolah berasrama penuh ni. Kau takkan jadi dewasa kalau kau tak belajar hadap benda yang buat kau susah hati. Tapi sesusah macam mana pun hati kau, ingat....ada orang lain yang akan risaukan kau lebih dari diri kau sendiri.

So, point aku no.11...

11. Kalau kau kena belasah, jangan bagitau mak ayah kau, melainkan ada berlaku kecederaan teruk. Setakat kena sepak terajang sikit2 kena buli sikit2, biasa la tu. Kalau semua benda kau nak bagitau mak ayah kau, tu la puncanya mak ayah kau akan kena sakit jantung waktu muda.

Kalau kau sayang mak ayah kau, ingat benda ni. Especially kepada anak2 ibu tunggal atau bapa tunggal macam aku. Memang boleh sakit jiwa perasaan mak bapak ni, bila tau anak dia demam. Tu baru demam.

Belum lagi tau anak kena belasah, ye tak?

September 23, 2014

8 Situasi Yang Menunjukkan Dengan Jelas Wanita Adalah Pakar Taktik Pasif-Agresif

1. Lelaki dirogol wanita beramai-ramai

Lelaki berogol beramai2 akan jadi bahan gelak....kalau dia dirogol oleh sekumpulan perempuan. Pandangan satu dunia mudah dalam benda ni; lelaki suka seks. Jadi jika lelaki dirogol, dia sepatutnya "enjoy" dirogol. Kau paham maksud aku kan?

Hanya kerana lelaki suka/nak/gila kan seks, tak semestinya lelaki nak dirogol.  Seks adalah consensual, rogol tidak. Jadi, jika kau gelak dengar lelaki dirogol wanita, kau sepatutnya gelak jugak bila dengar perempuan dirogol sekumpulan lelaki.  IT IS THE SAME THING.

2. Lelaki berlaku curang itu normal

Ini benda paling banyak berlaku dalam dunia sekarang. Lelaki dari awal lagi dah diletakkan stigma yang mereka ni akan berlaku curang. "Dalam perkahwinan kau, mesti akan ada sekali suami kau buat jahat.." tu ayat biasa orang kita.

Masalahnya, bila perempuan pulak berlaku curang, benda tu sebenarnya tak normal, sebab kata mereka ni, "naluri perempuan mana nak berlaku curang. It's not a woman thing!"Bukak mata luas2. Tak ada bezanya lelaki dan perempuan dalam bab ni. Cuma lelaki agak ketara sebab lelaki dikhabarkan "semualajadi gatal." Perempuan tak gatal ke?

Dan kau tau kenapa lelaki selalu berlaku curang? Sebab bila dia baru gurau2 aje nak kahwin dua, korang dah tarik muka masam. Belum kahwin lagi.

Hakikatnya; kahwin dua = tidak curang. Accept it.  Jangan ajak kawan2 kau pandang slack dekat lelaki yang kahwin dua. Kau tak nak suami kau curang tapi kau juga tak nak dia kahwin lagi sorang.

Pick your battles. You cannot win everything, everytime.

3. Lelaki pakai seluar ketat sehingga timbul objek pada seluar

Ada kontroversi yang berlaku apabila pelakon komedi terkenal negara pakai seluar ketat sehingga menampakkan bentuk zakar...

Tenangkan fikiran dan fikir.....apa bezanya benda tu dengan gadis2 yang pakai baju ketat kat dada? Atau gadis2 pakai seluar bontot ketat? Atau gadis2 yang pakai kain baju kurung lembut sehingga menampakkan jalur seluar dalam? Apa bezanya? Adakah kerana zakar lelaki funny dan badan wanita itu indah?

Wahai perempuan, kadang2 korang bodoh benarlah. Kalau kau rasa apa yang dibuat oleh artis komedi tersebut kurang sopan.....jadi, kategori mana pulak jatuhnya seorang artis perempuan menayangkan cleavagenya?

Lucah? Indah? Indah tetapi lucah?

4. Lelaki ditumbuk teman wanita

Lelaki yang menumbuk teman wanitanya adalah lelaki yang paling jahanam dalam dunia, Beliau tidak deserve perempuan tersebut dan perempuan tersebut sepatutnya cari orang lain.

Lelaki yang ditumbuk oleh teman wanitanya deserve the treatment sebab mesti dia dah buat sesuatu yang melampaui batas sehingga membuatkan wanita tersebut menumbuknya dan lelaki itu sepatutnya minta maaf kerana dia patut sedar, dia takkan dapat yang lebih baik berbanding perempuan tersebut.

Kau nampak tak betapa skewednya pandangan masyarakat bila berkaitan gender dan violence? Mungkin sebab ramai yang assume kena tumbuk dengan perempuan tak sakit.

5. Lelaki yang dimarahi oleh isteri queen control

Sama lah jugak seperti point nombor 4. Cuma kalau kau terjumpa seorang lelaki yang setiap hari kena marah dengan isteri, kena tengking dengan isteri, mesti kau rasa sedikit kelakar. "You are the man of the house kan? Kenapa tak sound balik isteri atau tegur isteri balik?" fikir kau.

Here is the big question;

Kenapa perempuan marah lelaki boleh tetapi lelaki marah perempuan tak boleh?

6. Lelaki yang pandai menjaga anak itu special

Faktanya begini; Tuhan ciptakan manusia itu berbeza jantinanya supaya mereka tertarik antara satu sama lain, lahirkan zuriat dan kembangkan susur galur manusia di bumi ini. Orang Islam percaya yang keturunan mereka perlu berkembang untuk menegakkan syiar Islam di bumi.

Tak ada apa yang specialnya mengenai seorang lelaki yang pandai menajaga anak. "Oh, he's the one! Oh yes, you got the rare one! Oh, you chose well!" Kata2 makcik separa moden bajet dia orang putih jika dia dapat tau anak buah dia yang dah kahwin boleh duduk goyang kaki sebab suami buatkan semua kerja rumah dan jaga anak.

Pandangan aku mengenai benda ni? Tak ada bezanya. Malas tak mengenal jantina. Orang yang rajin adalah orang yang pandai menjaga anak tak kiralah dia mak atau bapak. Dalam urusan bab rumah ni, ada dua jenis aje parents wujud, yang rajin dan yang pemalas.

7. Lelaki diexpect tidak akan menangis

Kalau lelaki diexpect tidak menangis, kenapa mata lelaki dijadikan Tuhan boleh menangis?

Lelaki boleh mengandung? Tak. Lelaki boleh mengeluarkan baby ikut vagina? Tak. Lelaki ada cleavage? Sesetengah lelaki ada cleavage. Jadi kenapa masyarakat selalu kata lelaki tak sepatutnya menangis? Adakah dapat tahan menangis itu sumber kekuatan? Menunjukkan kejantanan? Lelaki macho takkan mengalirkan air mata?

Ada masanya lelaki boleh menangis. Jika semua lelaki yang menangis adalah seorang pantsy ass wuss, maknanya negara kita dulu pernah diperintah oleh seorang pantsy ass wuss bernama Mahathir Mohamad.

8. Lelaki is expected to be pervert

Ya. Aku setuju dengan kenyataan ni. Hakikatnya, kita semulajadi pervert. Lelaki perempuan....macam aku tulis dulu2, nafsu is a good thing when we use it on the right place dan nafsu adalah tenaga yang menggerakkan manusia. Cuma bila kita sebut nafsu aje...kita fikir seks. Padahal, nafsu makan, nafsu membaca buku dan nafsu menulis adalah nafsu jugak. Kau sambung belajar tinggi2 sebab nafsu bang.

Ada satu persoalan yang selalu berlaku tiap2 kali bab lelaki pervert timbul; siapa patut tutup; lelaki patut tutup mata tengok perempuan seksi atau perempuan seksi patut tutup badan jika tak mahu ditelanjangkan mata2 lelaki. Siapa patut tutup dulu? Jawapannya amat rumit sekali. Dua-dua patut tutup.

Tapi aku tak berapa setuju dengan kenyataan lelaki lebih pervert berbanding perempuan Sebab kalau kau fikirkan, ramai perempuan sebenarnya lebih pervert.

Ada berapa ramai lelaki yang kau kenal sanggup tayang badan untuk tarik perhatian perempuan? Ada lah beberapa orang yang kadang2 aku sendiri konfius dia ni straight atau gay. Berapa ramai perempuan yang tayang badan mereka? Ramai. Berlambak-lambak.

Tapi lelaki jugak yang dikatakan "golongan pervert" padahal kalau kau fikirkan, perempuan2 yang suka tayang badan ni lah yang sebenarnya pervert paling besar. Dah la pervert, exhibitionist (suka diri sendiri ditengok orang lain) dan kemudiannya, hidup in denial.

Jadi, kesimpulannya, lelaki memang pervert. Tapi jika kau seorang perempuan exhibitionist yang sentiasa hidup in denial dengan mengatakan semua lelaki yang tengok kau pervert.....kau perlu sedar....kau sebenarnya the bigger pervert. 

September 08, 2014

3 Golongan Mak-Bapak Yang Kaya Merangkap Promoter Produk Yang First Time Parents Perlu Jauhi Jauh-Jauh

First time parents memang selalunya akan mengalami satu fasa di mana kau akan tanya semua orang adakah langkah yang kau ambil tu betul atau tidak. Salah satu yang selalu ditanya adalah berkaitan peralatan baby. Kau takleh nak tanya atuk nenek dia sebab zaman diorang dah lain, jadi kau akan tanya orang sekeliling kau.

Orang sekeliling kau tu pulak banyak pulak pandangan dia tapi majoritinya yang aku perhati dan baca, adalah golongan mak bapak yang banyak duit dan suka rekemen barangan branded yang ridiculous harganya. Kau borak dan tanya dengan diorang ni, seolah2 kau membaca sebuah majalah yang penuh dengan iklan barangan baby yang branded dan penuh dengan recommendation yang pada dia, terbaik.....sebab dia dah beli barang tu.

Aku tak tau la kenapa penyakit "kalau dah beli barang mahal, mesti ada rasa nak rekemen kepada semua orang" sangat menular dikalangan orang kita, jadi, aku cuba nak menyelamatkan kau daripada terjebak dengan orang camtu yakni "unpaid voluntarily marketing agent."

Bila kau borak dengan diorang, rasa macam kau borak dengan salesman/saleswoman brand yang dia suka. Itu petanda awal dia.


1. Golongan mak bapak promoter baju mahal

"Kenala beli branded sebab material dia bagus bla bla bla. Nanti anak kau naik rashes. Lagipun material baju murah ni tak sama dengan yang branded ni..."

Aku tak nak kau terpedaya dengan diorang ni, jadi aku cakap jujur kat kau, kau cariklah baju paling murah dan paling comel yang kau jumpa. Sebab baju2 yang kau beli takkan boleh pakai lebih lama dari 6 bulan maksimum melainkan dia dah capai umur 2 tahun.

Kalau kau dah survey berapa harga baju anak mesti kau akan menggeletar ketakutan...so, nasihat aku, based on pengalaman aku, kau kontrol dulu perasaan nak hias anak comel2 tu sebab kau akan buang beratus2 duit kau. Beli apa yang perlu. Asal ada baju jalan satu dua dah la. Kau pun tau berapa harga gaun baby umur bawah 1 tahun berapa.

Aku rekemen : kau beli aje baju lelaki untuk semua anak kau sampailah umur dua tahun. Satu, baju lelaki lebih sopan berbanding baju budak perempuan. Dua, baju budak laki lagi murah.

2. Branded Stroller Un-Official Salesperson

"Kalau kau pakai stroller murah, anak kau panas. Lagipun kita tak tau material dia betul ke tak sesuai. Kalau yang mahal, dia punya padded span tu selesa. Lagipun banyak compartment nak letak barang, ada tray dan macam2 lagi la.."

Aku tak tau kenapa aku merasakan ada antara parents yang menjadikan stroller anak sebagai satu simbol status dia dalam masyarakat. Kau nak kenal orang ni senang aje, kau tanya dia stroller mana yang elok untuk anak kau.

Dia akan jawab McLaren atau apa2 brand yang harga dia cecah seribu atau lebih seribu. Aku sebagai seorang bapa cheapskate, aku habaq hang....kau ada nampak brand SweetCherry yang nampak cikai dan harga kadang2 tak sampai dua ratus? Itu dah ok. Kau nak brand local? Ada brand MyDear. Yang tu lagi elok cuma design dia agak out sket.

Jangan buang duit untuk stroller anak kau sebab kau perlu ingat, kau tidak menggunakan stroller anak untuk tunjuk kau bagus. Siapa terasa, dia terasa.

Aku rekemen : kau beli aje stroller yang kau rasa ok dan buang dalam kepala kau yang anak kau akan lebih selesa dengan stroller beribu2 ringgit sebab.....stroller, semua sama aje. Kalau selesa sangat, yang kau pegi pasang kipas dekat anak kau dalam stroller mahal tu kenapa? Bukan ke stroller mahal ada air cond?

3. Penjual Botol Mahal Kerana Dia Mahu The Best For Your Child Too

"Hey, apa pulak nak bagi botol murah? Kita sendiri tak tau apa material dia buat, tah2 ada BPA? Kenapa kedekut sangat nak beli botol branded yang terjamin kualitinya ni?"

Samalah seperti biasa, kalau kau jumpa golongan mak bapak banyak duit ni.,..dia akan pesan suruh beli Avent...brand import tu. Buatan Holland! Atau Tommie Tippie! Atau NUK!

Dalam bab botol, teknik kau sepatutnya camni. Start dari yang paling murah kemudian kau work your way up. Kau beli botol yang Rm6 satu, kau bagi anak kau. Tengok dia nak tak. Kalau dia tak nak, beli yang Rm10. Tak nak jugak? Upgrade yang Rm12.

Jika ada mak bapak yang rekemen beli botol mahal ni sebab "ia bagus dan kau sepatutnya nak yang terbaik untuk anak kau" just mintak tolong diorang belikan untuk anak kau.

Aku rekemen : botol Anakku...satu plastik ada 3 botol, Rm12. Puting silicone biasa 4 ringgit dapat 3. Tak perlu puting latex atau fancy2 ni. Botol pun takyah carik yang "imported" atau "branded" ni. Just carik yang bpa free.

..........

Jadi, apa kesimpulan yang kau boleh dapat hari ini?

Kadang2 ada sesetengah orang, oleh kerana terlalu mementingkan material, mereka tidak sedar mereka jadi materialistik.

Esok, kita kaji lagi satu golongan lain yang aku sure lebih seronok untuk dibincangkan. Pastikan kau kembali jika kau terasa dengan artikel ini kerana aku sure, esok kau mesti maki hamun aku.

Sekian terima kasih.

November 07, 2013

Rahsia Institusi Pengajian Tinggi Yang Adik-Adik Nak Ambik SPM Perlu Tahu

Pernah dengar cerita pasal student maki lecturer sebab lecturer tak passkan dia ataupun student maki lecturer sebab student rasa "dia yang bayar gaji lecturer tu" ? Benda ni sebenarnya tak pernah pun berlaku dekat Malaysia sebelum ni dan mentaliti camtu tak pernah wujud pun dekat budak Melayu. Walaubagaimanapun, memandangkan pendidikan sudah jadi satu bisnes orang kaya buat duit, itulah yang berlaku sekarang ini.

Satu masa dulu sebelum pendidikan jadi satu bisnes dan tidak banyak IPTS dibukak, hanya orang2 terpilih yang dapat melanjutkan pelajaran selepas SPM. Tapi oleh kerana terlalu ramai anak muda keciciran dan menjadi huru hara, dasar pendidikan negara menggalakkan pihak swasta membuka IPTS yang mampu menampung pelajar2 yang tidak dapat ke IPTA ni. Lagipun, dengan kemunculan IPTS, student ada choice. Faedahnya secara general, lebih ramai pekerja terlatih dan berkelulusan mampu dihasilkan setiap tahun. Itu matlamat murni dia la.

Selain itu, kalau kau tak suka apa yang IPTA offer kau, kau boleh pegi IPTS. Itu kebaikan dialah selain daripada memberikan peluang kedua kepada yang lingkup SPM untuk dapat pendidikan tertiari ni.

Oleh kerana bisnesman will always think about profit dan expansion, mereka akan nampak yang jikalau diorang hanya try cater kepada local student, persaingan dia teramatlah sengit. Jadi wujud IPTS-IPTS yang offer education kepada student luar dan berlakulah lambakan masuk pelajar dari Nigeria, China dan Timur Tengah. Itulah yang kita boleh lihat sekarang ni.

Walaupun dari segi ekonominya bagus untuk negara tapi ada beberapa side effect yang terjadi. Student Nigeria mula buat gangster kat Puchong dan Cheras. Terlalu ramai gadis China masuk sebagai pelajar tapi datang sini untuk jadi pelacur dan orang Timur Tengah pulak, majoriti diorang bawak kereta macam Malaysia ni, bapak dia punya.

Walau bagaimanapun, itu bukannya kesan paling buruk yang globalisasi pendidikan ni bawak masuk....

Kebanyakan student ni (bukan semua) yang datang Malaysia ni adalah mereka2 yang score tak berapa bagus untuk exam "level SPM" diorang dan paling penting, diorang ni kaya. Beserta dengan itu, diorang pun memperkenalkan kepada Malaysia satu mentaliti dimana "Pendidikan Adalah Bisnes, Jika Aku Sudi Bayar Kau Boleh Luluskan Aku Tak?"

Ahli perniagaan kita pulak nampak permintaan geng2 yang nak degre mudah ni, cepat2 diorang grab market dari situ. Ye lah, orang luar, datang Malaysia ramai2, bayar puluh ribu, takkanla nak balik negara asal diorang tak ada hasil? Jadi banyaklah IPT2 di Malaysia ni yang mana mengambil pelajar luar negara mula memperkenalkan dasar tidak rasmi "You Bring In The Money, We Give You Your Degree."

Bukan setakat kolej2 kecik buat benda camni malahan satu Universiti yang agak established fakulti engineering dia pun telah mengeluarkan arahan kepada pensyarah supaya tidak menggagalkan pelajar2 luar negara. Ini bukan fitnah, ni betul. Ini adalah kerana bila kau deal dengan pelajar luar negara, ada banyak komplikasi yang kau kena hadapi kalau student foreign ni gagal. Visa, student registration, report dengan imigresen...banyaklah birokrasi dia. Selalunya visa hanya akan diberi beberapa tahun jadi kalaulah student tak dapat pass semua course dalam masa yang ditetapkan, management fakulti dan universiti lah yang kena menjawab.

Jadi, banyak universiti dan kolej ambik jalan mudah.

Passkan semua budak foreign walaupun kerja macam gampang. Agak menakutkan kalau budak tu belajar architecture, bukan? Lagilah mudah diorang pass kalau government diorang ni sponsor study fees sebab kebanyakan government ni, diorang expect investment diorang balik modal. Jadi, mentaliti budak2 ni, datang Malaysia, expect diorang dapat degree sebab diorang yang provide fund untuk kita run universiti kita. Aku tak kata semua. Mana yang betul2 nak belajar, memang diorang bagus. Standard la. Semua tempat camtu kan.

...............

Kenapa aku menulis benda ni?

Aku cuma nak ceritakan realiti pendidikan di Malaysia ni dah macam tu untuk budak2 yang nak ambik SPM ni. Kalau kau masuk IPTA sekalipun, yang mana ada ambik foreign intake, kau takyah terkejutlah kalau budak2 foreign tu tak pernah datang kelas, tak pernah jumpa lecturer, tapi dapat B-. Itu tekanan yang wujud pada pihak universiti sebab culture camtu dah mula bercambah merata2. Duit dah mampu beli grade. Sebelum ni kes melibatkan duit sebagai bribe, malahan ada yang menjaja vagina dan penis untuk kelulusan. Pernah dengar kisah lecturer mintak student romen kalau nak A? Memang berlaku.

Janganlah sebab kau nampak ketidak adilan camtu, kau jadi malas nak belajar. Anggap aje la diorang tak wujud, walaupun kau tau benda tu tak fair dan merendahkan nilai effort yang kau dah buat. Kau concentrate aje belajar dan penuhkan diri kau dengan benda2 berfaedah. Masa dekat IPT, jangan jadi mat rempit atau gadis bertudung gersang. Aku yakin kau akan nampak treatment student local dengan treatment student oversea ni lain sikit, tapi teruskan lah berusaha. Kau juga akan dengar kes di mana awek2 hot yang tak tau hapa2 dapat markah bagus. Itupun normal. Semua pensyarah ada nafsu. Cuma tak semua ada etika dan jati dia. Sesetengah orang, bila dia ada kuasa, dia akan take advantage benda tu.

Belajar rajin2, penuhkan kepala kau dengan ilmu dan agama lepas tu tahun 2018 nanti, kita kasi tukar pihak2 yang bertanggungjawab ubah dasar pendidikan negara kita kepada satu bentuk komoditi bisnes, yang kualitinya ditentukan oleh nilai yang mampu dibayar. Sistemnya bagus, niatnya elok tapi implementasinya, mak aih, merepek. Last2 jadi kepada the profit race jugak, semua berebut nak bukak kolej bukan sebab nak mendidik sebagai main objective, tapi sebab nak rebut duit. Education belakang kira.Lihatlah sendiri IPTA sendiri pun makin lama makin membuka pintu kepada pelajar asing.

Kalau ikut timing, koranglah (SPM tahun ni) batch yang bakal graduate sebelum pilihanraya umum yang seterusnya.Aku tau jiwa anak muda memang berapi aje. Sabar. Just go a long with the system yang diorang dah letak buat masa sekarang. Kemudian, bila kau dah graduate, belajarlah melawan. Belajarlah mempersoal. Kau akan mula kerja pada zaman GST dah terlaksana dan waktu tu berapa percent GST nya kita tak boleh jangka. Janganlah dibiarkan sampai "PTPTN kan ada?" jadi slogan hidup bakal pelajar dan mak bapak Malaysia.

Tapi bila tengok balik video2 tak senonoh budak sekolah zaman sekarang, rasanya, elok jugak la warga asing dapat masuk IPT kita kan? Hahaha. Macam orang tak ada akal langsung kadang2 membuatkan Miley Cyrus nampak genius.

Ogos 26, 2013

Kitab Bapa Cheapskate Bab 06 : Barang Knock-Off Sesuai Untuk Parents Yang Biar Dirinya di Rip-Off

Kadang-kadang bila jalan, aku saja suka masuk kedai baby. Seronok tengok barang-barang dalam tu. Rasa innocent. Menurut pandangan aku yang daif ini, barangan mommy dan baby adalah benda2 paling overprice dalam dunia dengan term investment paling cekik darah. Contohnya, kalau kau beli car seat jenis bassinet, boleh pakai sampai anak setahun aje....harga...dekat seribu jugak la sebab trend zaman sekarang, kalau ada bassinet, kena ada stroller. Jadi, manufacturer combine dua benda tu sekali.

RM1000 untuk benda yang pakai setahun! Gila! Aku takde la nak beli benda2 camtu. Mesti kau nak kutuk aku sebab aku kedekut nak spend untuk anak. Tapi aku tanya aje la kau balik,"siapa yang ajar kau spend banyak untuk anak tu tanda kasih sayang?" Iklan TV barangkali?

Mak bapak generasi aku ni....lagi banyak dia spend untuk anak, lagi bertambah lah kasih sayang dia. Ada tak mak bapak camtu? Ada bro! Itu tak masuk lagi rip off paling besar dalam dunia...breast pump! Harga Rm1600 untuk dua vacuum pump dan padding getah!

RIP-OFF TAHAP MAHADEWA! Tapi orang kita beli...diorang mampu...jadi, siapalah aku ni nak kutuk2...aku hanya mampu belikan wife aku vacuum cleaner yang digunakan sebagai breast pump....sayangnya, dia tak pernah pakai. Jadi aku gunakan vacuum cleaner tu hanya sebagai vacuum cleaner.

Kau jalan, survey macam2 barang pasal budak2 ni..kau perasan tak satu benda. Apa dia? Majoriti peralatan safety untuk baby dan toddler ni tak ada cop SIRIM. Helmet? Ada. Barang elektrik? Ada. Tapi untuk barang budak2....tak ada cop SIRIM.

Kenapa?

Mungkin sebab market tu tak pentingkan faktor keselamatan sangat agaknya. Apa sangatlah kalau ada baby tersepit dengan stroller atau car seat yang mampu press budak....budak, besar mana la sangat.

Bagaimanapun, secara ikhlas, kenapa tak ada penarafan SIRIM diwajibkan untuk barang2 seperti ;

1. Stroller
2. Car seat
3. Carry On Bassinet
4. Tricycle dan mini bicycle

Kita duduk dekat negara yang import masuk barang separa grade. Maksud aku, kebanyakan barang yang kita beli, datangnya dari negara China dan kualitinya tak sama dengan apa yang China produce untuk negara maju. Apa yang banyak kat negara kita, adalah produk2 yang aku tak sure sama ada research dia tu, sahih atau tidak. Siapa designernya? Adakah produk tu di design dengan structure yang betul? Betul ke selamat letak anak dalam angle camni? Sesuai ke material yang digunakan untuk cuaca kita yang panas ni?

Yang kau boleh tengok, produk2 safety baby kita ni..banyak yang nampak macam barang knock off. Brand pun yang aku tengok ramai pakai brand Sweet Cherry sebab murah. Tapi kau sure ke barang2 tu selamat?

Untuk barang2 import macam Graco dia ada Euro punya certification tapi yang lain, mana ada. Design pun selalunya diorang cedok orang lain punya design jadikan brand diorang sambil letak nama macam power, ala-ala Itali atau European.

Kenapa, car seat dan stroller budak tidak perlu melepasi piawaian SIRIM? Sorilah kalau sebenarnya ada tapi setakat yang aku tengok, tak ada. Even sticker MC (Malaysian Standard for Plastic) pun kadang2 tak ada. Kita kecoh pasal BPA dalam botol susu tapi ada banyak lagi benda yang kita perlu still perjuangkan.

Tu tak masuk lagi design tricyle budak2 yang bermacam fesyen. DAH LA BURUK GILA DESIGN macam di-design oleh seorang yang tak tau apa langsung design sense dan kaler pun bukan main striking sampai pedih mata tengok. Kau cuba jalan2 kat kedai dan kau akan jumpa pelbagai jenis tricycle yang kebanyakannya tak ada brand. Ada satu aje yang ada brand, company Malaysia nama My Dear...yang tu produk dia agak ok sket tapi kebanyakannya...agak menyedihkan. Bila aku tengok choice yang ada untuk aku beli tricycle dekat anak aku, aku jadi sedih sebab jelas benar....kita duduk dalam market yang cuba jual barang knock off tapi over price.

Kau cuba tengok tricycle kat atas tu, kau cuba bayangkan, kalau anak kau tengah kayuh, terlanggar something kemudian terhantuk ke depan.

Menurut budaya Malaysia, sudah terhantuk, barulah kita nak bertindak. Jadi, ada ke anak sesiapa nak kena jadi mangsa dulu baru badan berkenaan nak tersedar, yang basikal macam tu banyak dijual kat Malaysia. Kau nak beli tricycle ni untuk anak kau? Price range dia aku tengok RM60 ke RM89

Merata2 tempat jual..cuma mungkin, kualitinya buruk sikit.
Kalau ada design Mickey Mouse, Mickey Mouse dia mesti nampak terencat sket.

Mei 31, 2013

Panduan Memasak Yang Senang-Senang Untuk Orang Bujang dan Anak Dara

Tak ramai orang kat sana pandai memasak tapi aku rasa itu lebih kepada perasaan "takut nak memasak."

Sebenarnya memasak ni tak susah pun, kena yakin aje apa kau buat. Asalkan, masakan kau tak sangat masam, tak sangat masin dan tak sangat manis. Kita bukannya target nak jadi chef tapi semua orang kena ada skill memasak sekurang2 nya lepas la untuk buat masakan simple asal dapat survive.

Makin hari ke hari apa yang aku rasai sendiri, ekonomi kita makin lama makin menjerut leher walau betapa positifinya nada kerajaan bila bercakap pasal ekonomi. Itu belum cerita pasal nak ada GST nanti. Aku tak rasa kalau muncul GST nanti harga barang akan drop, aku meramalkan harga barang2 akan sama macam sekarang tapi on top of that ditambah lagi dengan GST. Takpelah..asal kerajaan banyak duit....

Jadi, memasak sendiri adalah satu solusi untuk semua orang dan hari ini aku ingin memperturunkan ilmu memasak aku yang aku perolehi sejak aku kecik sehinggalah sekarang. Tapi skill ni takde la untuk masakan complicated, cuma cukup la untuk "asal boleh masak."

Ada beberapa bahan yang aku jadikan essential dekat dapur rumah aku;

1. Bawang merah
2. Bawang putih
3. Halia
4. Kicap
5. Kentang
6. Kunyit
7. Garam
8. Gula
9. Cili hijau/merah
10. Cili giling (orang Kedah panggil cili BOH!)
11. Telur
12. Ikan bilis
13. Minyak masak

Bila kau dah ada cukup benda2, sebenarnya bermacam benda kau dah boleh buat. Mungkin sesetengah resipi perlukan satu atau dua bahan lain tapi untuk mulut orang Melayu, inilah dia ramuannya. Tak lari jauh.

a. Bermacam Variasi Nasi Goreng

Basic nasi goreng mudah, potong dan tumbuk semua jenis bawang sekali dengan ikan bilis. Tumis. Kalau nak pedas, tambah cili hijau atau cili merah (yang telah ditumbuk) atau cili giling masa menumis. Campurkan nasik dan gaul...tambahkan telur. Optional : masukkan kentang yang digoreng, carrot atau sawi/bayam/kangkung. Garam satu sudu kecik. Ini basic nasik goreng kampung. Nak variasikan, tambah kicap atau sos tiram.

b. Bermacam varian Mee/ Mihun goreng

Nak goreng dua benda ni tak ada beza sangat dengan buat nasik goreng cuma bahan tumisan macam nasi goreng tu perlu banyak sikit dan perlu berair sikit. Tapi step dia sama aje.

c. (Lauk) goreng

Semua lauk goreng yang kau tengok dekat kedai penyediaan dia sama aje. Ayam atau ikan goreng tu diperap dengan kunyit dan garam. Itu aje. Kemudian goreng. Untuk daging goreng, effort dia lebih sikit sebab daging kalau goreng macam tu aje tak berapa kena la pada aku...jadi kena ada sambal atau bawang tumis dalam tu.

d. Sambal biasa

Nak buat sambal cukup mudah sebenarnya. Kau tumis bawang dan halia yang dah dikisar/ditumbuk sekali dengan bawang yang dihiris (nak bagi cantik) kemudian campurkan dengan cili giling dan sedikit air. Ada orang suka letak air asam jawa nak bagi masam sikit tapi boleh jugak dengan perahan limau kasturi. Garam dan gula kena ada.

Kemudian, tuang atas apa saja jenis lauk yang kau dah goreng. Tuang atas ikan keli goreng jadi la sambal ikan keli, tuang atas ayam goreng jadi la sambal ayam. Ni salah satu nikmat yang kau akan dapat dari masakan..bila kau tuang sambal atas lauk tu dan diorang bertemu...aku cukup suka tengok sambal atas ayam berasap2. Salah satu fetish aku selain daripada cleavage.

e. Sambal hijau

Goreng ikan bilis dalam setengah mangkuk. Tumbuk bawang merah,kecik dan putih beserta cili hijau/cili padi. Takyah hancur pun tak apa. Tumis bahan yang ditumbuk tadi dan campurkan sedikit garam. Masukkan ikan bilis yang dah digoreng. Garam tak perlu banyak sebab ikan bilis dah masin.

f. Masak lemak

Selama ni aku ingat masak lemak santan ni susah, rupanya senang gila. Ada dua cara,tumis bawang dulu. Kemudian masukkan santan yang dah dicampur air dan letak bahan, macam tauhu, tauge, sayur pucuk dan sebagainya. Ataupun rebus aje santan dulu, kemudian masukkan bawang tadi dan biarkan seketika, kemudian baru masukkan bahan2. Garam secukup rasa.

g. (Lauk) Masak Kicap

Dalam banyak2 masakan, ni lah yang paling senang pada aku sebab kau buat la macam mana pun, Insya Allah sedap. Dah la versatile. Telur,ayam,daging,ikan....semua boleh. Goreng dulu bahan yang kau nak jadikan lauk. Kemudian, tumis bawang dan halia...letak air. Campur kicap sampai kau rasa kelikatan dia cun. Ada orang suka taruk sos tiram nak bagi pekat kuah. Dah menggelegak kuah kicap tu, masuk balik bahan yang dah digoreng tadi.

h. Lauk Tak Ada Gaji

Dulu, aku pernah hidup melarat tak ada gaji. Bukan sebab tak ada kerja tapi sebab syarikat tak bayar gaji. Jadi, aku survive dengan lauk paling simple. Nasi dengan sardin kalau mewah sikit.Atau nasi dengan telur. dan ikan bilis goreng. Setiap hari. Kuah kicap. Sedap.

..................

Kau takkan tau macam mana nak kontrol masin makanan selagi kau tak pernah terlebih bubuh garam. Semua benda tu normal dan kita memang kena lalui sendiri. Memasak ni adalah satu eksperimen dan sepatutnya kita tak perlu rasa gusar nak cuba. Tak ada rules sebenarnya dalam masakan ni. Mungkin panduan akan bagi kau sukat ni sukat tu...tapi benda tu hanya perlu kau ikut kalau kau buat pastry. Masak masakan Melayu ni, teknik paling penting adalah kau jangan takut mencuba tapi janganlah pulak kau try benda pelik2...macam ayam kuah air gula.

Lelaki bujang pun boleh guna resipi yang sama untuk save duit. Kalau kau kira-kira balik, kos untuk masak sendiri macam nasi goreng ke ayam kicap....selalunya half daripada harga makan kat kedai. Yang paling penting, kau tau apa yang kau makan.

Dapat masak benda2 basic yang aku listkan ni pun dah cukup memenuhi kriteria aku kalau kau adalah calon isteri2 aku di masa hadapan. Aku tak expect banyak..cuma aku expect isteri2 aku lagi tere masak dari aku. Itu aje. Tapi kalau goreng telur pun kantoi...itu bukannya tak reti masak, itu pemalas sebenarnya. Tolong ingat benda ni ya Rozita Che Wan, manalah tau kita ada jodoh.

Semua orang boleh memasak sebenarnya. Benda yang simple tu la selalunya yang sedap.
Tak percaya cuba tengok cerita "God Of Cookery."


Januari 10, 2013

5 Benda Yang Aku Rasa Aku Beli Sebab Marketing

Ini adalah 5 barang yang aku pakai yang aku tak tau kenapa aku pakai, tapi rasanya aku pakai sebab terpengaruh dengan iklan.

1. Deodorant



Deodorant dicipta pada tahun 1940 dan cara penggunaan dia secara chemically agak mudah,  kelenjar peluh kau akan diblock mengakibatkan kau tidak berpeluh atau kurang peluh keluar kat situ. Cuma, aku tak pernah rasa ada beza nya pakai atau tidak deodorant ni. Peluh, memang ada, lagipun berpeluh tu kan natural system badan kita, jadi aku selalu terfikir, kalau kita tak berpeluh, apa sebenarnya effect dekat kita?

2. Shaving cream



Semenjak beberapa minggu ni, aku cuba shave tanpa menggunakan shaving cream. Apa hasilnya? Adakah ada apa-apa perbezaan? Tak ada. Kadang-kadang aku fikir, satu-satunya kegunaan shaving cream hanyalah  sebagai indicator area mana aku tak shave lagi.

3. Fabric Softener


Seriously....ada beza atau tidak? Jujur dan ikhlas aku tanya, towel yang kau basuh tu jadi gebu ke macam dalam TV kalau kau pakai softener?

4. Pencuci Pakaian/ Botol Bayi



Kalau kau dah jadi bapak nanti kau akan jumpa benda ni. Mahal gila. Pencuci baju dia, sebotol RM20. Pencuci botol dia, brand Pureen,  sebotol berapa belas tah, ada rasa oren.Mula-mula dulu aku try la jugak tapi sekarang ni aku dah malas sebab aku tak nampak benefit dia. Basuh pakai air, bilas betul2, sama aje.

Alang2 tu, aku sebut sekali pasal baby bottle steamer. Kita ni malas benar ke nak masak air dan rendam botol dalam tu untuk sterilkan botol?

5. Susu



Ini akan menimbulkan kontroversi.

Memang bagus bagi anak minum susu, tapi susu badan still the best. Aku tak persoalkan pasal susu formula, kau nak bagi, bagi, aku pun bagi lepas anak aku 6 bulan, tapi aku sangsi dengan claim2 yang dibuat manufacturer. Membantu pertumbuhan anak? Mencergaskan minda? Menguatkan pertumbuhan tubuh badan? Susu formula digunakan secara widespread hanya selepas tahun 1950. Tapi zaman kita ni, ada pelbagai jenis susu ikut pering pembesaran. Aku comparekan ingredient dia dengan nutritional value dia, lebih kurang aje.

Orang yang hidup zaman sebelumada susu formula, ok aje, sihat tubuh badan siap boleh pegi berperang. Takde pun diorang memerlukan DHA dan Ganglinuroksida untuk membantu tumbesaran.

Perihal susu pulak....aku tak tau apa benda yang diorang jual dalam kotak tu. Diorang labelkan benda tu susu, freshmilk, full cream milk, low fat milk...kenapa aku rasakan kebanyakannya hanya macam air gula berperisa? Tak masuk lagi bab Projek Susu Sekolah. Kau tau susu apa dibagi dekat budak2 untuk Projek Susu Sekolah? Susu kotak Dutch Lady perasa Cokelat. Itu bukan susu. Itu air gula berperisa coklat.

Extra - Barangan Dettol



Kalau kau survey, semua produk Dettol mesti double harga barang lain. Tak kiralah sabun, antiseptik atau apa saja. Tapi cuba tanya diri sendiri, kenapa bila sebut barangan Dettol kau rasa yakin dengan keberkesanan dia? Betul kan kau rasa camtu. Kau yakin dengan barang Dettol, sebab tu kau sanggup bayar lebih untuk produk dia.

.............

Ada banyak lagi produk yang aku rasa tak perlu pun tapi sebab marketing power, kita ambik benda2 tu sebagai essential item.

Pada kau, apa lagi benda2 yang memenuhi kriteria ini?

Januari 02, 2013

Service Card Center : Anak Haram Scammer Yang Betul-Betul Scam Professionally

Aku selalu diganggu oleh satu panggilan dari nombor ni. 03-23801967. Ingat nombor tu baik-baik sebab nombor itu, adalah nombor talian scam anak haram.

Katanya,dia dari Service Card Center. Aku dah konfem dengan bank, benda ni tak wujud.

Selalunya, yang call kau orang India. Modus operandi dia, senang, dia nak cuba jual kau Kad Platinum VIP haram Jadah, kononnya, kau bertuah sebab kau dapat VIP kad dan dalam Malaysia, setiap tahun hanya 300 orang aje yang dapat kad tu.

Hari tu, sebab aku boring tak ada benda nak buat, aku layan aje la minah ni dan aku "bagi" aje la apa yang dia nak. Dia call cakap aku bertuah la,tahniah la, terbaik lah,tak pernah blacklist lah...kemudian dia tanya aku nak ke tidak kad tu. Bila kau dah setuju dapatkan kad tu, benda-benda yang akan ditanyakan;

1. Nama penuh kau ikut IC
2. Alamat kau dengan niat nak hantar kad tu nanti
3. 16 digit kad credit kad kau
4. 3 digit security number kat belakang kad kau
5. Kad kredit kau VISA atau Mastercard

Trick dia nak mintak security number belakang kau mudah, dia akan tanya kau, "Encik, boleh encik bacakan angka giliran pengeluaran kad kredit encik,  ada 3 digit kat belakang kad encik." Satu trick yang bangang tapi aku sure ada jugak yang super bangang terpedaya.

Lepas aku dah bagi semua yang dia nak (sesuatu yang susah jugak sebab kau kena imagine semua benda on the spot, especially alamat supaya still berbunyi convincing, walhal kau nak tipu dia balik) dia pun ucap la congratulations Cik kerana encik dah jadi seorang VIP. Kemudian dia akan passkan call kau dekat dia punya "manager." Selalunya kalau pass call ni, dia directkan line kau ke fon lain, tapi sistem dia, dia bagi fon tu kat orang lain. Manual sistem bai.

Manager ni akan confirmkan balik segala detail yang kau dah bagi. Motherfucker.Kemudian dia baru inform kau untuk semua benda tu, kau kena bayar Rm699 sahaja. Then dia tanya kau setuju atau tidak.

Kau setuju atau tidak, kau dah pun bagi kad number kau dan security number kad kau. Dia boleh buat apa2 saja transaksi online lepas tu tapi kalau kau dah setuju pulak kena caj RM699, kau akan kena double cilaka.

Aku tak suka betul scammer. Jadi aku mintak tolong korang, sebarkan benda ni, kalau dapat panggilan daripada nombor ni  03-23801967 jangan layan. Kemudian, tolong aku satu benda. Tolong SMS kepada nombor ini 016-6951062 dan pastikan msg anda berbunyi "WOI UMA, KAU SCAMMER!BITCHES! JANGAN SCAM ORANG BOLEH TAK ANAKHARAM!"

Nama orang yang cuba scam aku Uma. Dia msg aku sebab masa nak konfemkan balik tu, aku cakap aku nak kena cepat nak gerak ada meeting.

Bila kau dapat aje apa-apa panggilan yang dari nombor ni atau dari syarikat ni;

a. 03-23801967
b. 016-6951062.
c. Service Card Center.

Ini adalah satu scam.


November 17, 2012

Anak Kau Kenapa Tangan Dia Panjang Tapi Kaki Dia Kemetot?

Semalam, buat pertama kalinya aku tengok anak aku berjalan dalam video,sebab sekarang cuti sekolah, Jadi aku layan aje la video anak aku jalan ulang balik beberapa ratus kali semalam sebelum aku tidur.

Anak aku lambat berjalan. Sekarang ni dia dah nak masuk 1 tahun 6 bulan dan dia tak berjalan2 lagi. Sejak berumur 8 bulan,tiap2 kali jumpa sapa-sapa, diorang tanya ,"tak jalan lagi ke?" Aku jawab belum.

"Kenapa tak bagi pakai walker aje? Kan cepat berjalan nanti?" kata ramai orang.

"Saja," sebab aku tau kalau nak explain kenapa aku tak bagi walker akan menimbulkan kontroversi. The popular view is that, bagi walker cepat berjalan, bagi walker anak cepat membesar. Majoriti percaya camtu jadi selalunya kalau nak menidakkan apa yang orang ramai dah percayai turun temurun agak susah.

Jadi, kenapa aku tak bagi anak aku pakai walker supaya dia cepat berjalan?

1. Mak mertua aku tak bagi sebab dia seorang matron
2. Doktor tak bagi
3. Kitorang tak bagi
4. Semua rujukan yang aku baca kata jangan latih pakai walker.
5. Mak mertua aku garang. Semua trainee nurse takut dengan dia.

Mungkin ramai orang kita yang nak anak dia cepat jalan, sebab dia terasa beban nak mendukungnya setiap masa. Jadi dibelikan lah anak dia walker berapa ratus. Ada yang murah ada yang mahal dengan harapan anak dia cepat berjalan.

Tapi tak ramai antara orang kita yang sedar, sebenarnya walker ni seolah-olah kau bagi seorang budak yang baru dapat lesen motor sebuah motor 1000cc. Dia tak ready dan dia takde persediaan nak hadapi apa yang dia akan hadapi.

Samalah macam budak baby baru nak berdiri, tapi dia terus dapat alat nak berjalan. Memang dia boleh berjalan...tapi badan dia especially kaki dia tak ready nak berjalan. Physical development dia yang sepatutnya ada milestone tertentu akan dipush forward secara paksa dan bakal membuatkan growth dia jadi abnormal...mungkin tak kelihatan obvious tapi mana tau muscle tissue dia tak cukup develop?

Even dekat beberapa buah negara sendiri penjualan walker baby diharamkan.
Kenapa tak di Malaysia? Entah.

Apa yang aku pelik, dekat Hospital, diorang akan nasihatkan supaya jangan pakai walker untuk budak-budak. Tapi kedai barang baby still lagi jual...dan masalah paling besar, orang kita masih lagi beli.

Kenapa tak diharamkan saja penjualan walker2 di Malaysia ni kerana majoriti baby walker yang aku tengok adalah daripada jenis walker2 made in China yang pembuatannya langsung tak ada researchnya dan tahap safetynya langsung tak diambik kira. Aku kata majoriti, aku tak kata semua. Dan walker yang non-recommended ni walker yang support anak kau supaya dia berdiri dekat bontot dia..orang putih panggil ring walker. Mana2 walker yang membolehkan anak kau berdiri tanpa menggunakan kaki sendiri adalah not recommended.

Apa yang mak bapak boleh buat cuma satu benda. Sabar. Jangan mudah putus asa kalau anak tak jalan dan jangan jadi jenis mak bapak yang nak hidup senang lalu dibaginya anak sebijik walker dengan harapan,bila anak ada walker, anak boleh dibiar dan kau boleh buat apa yang kau nak buat.

Dan kepada golongan bakal parents, ada dua benda yang tak sepatutnya dibagi pada anak tapi dijual dengan matlamat "memudahkan" hidup mak bapak.

1. Baby walker
2. Puting baby (pacifier)

Jangan diamalkan dua benda tu. Biarkan anak menangis macam mana pun, biarkan lah susu kering ke,tak keluar ke, jangan bagi anak anda puting kosong.

Oh,lagi satu aku perasan ramai mak bapak buat..ramai jugak mak dan bapak yang jalan2 dengan anak dia sambil mak pegang satu tangan dan abah pegang satu tangan, anak kat tengah2..lalu dihayun-hayunkan anak dia macam anak tengah main buaian.

Nak anak anda mudah tertanggal bahu daripada soket?
Buatlah camtu selalu.

Oktober 30, 2012

Membeli Windows 8 Dengan Diskaun

Memang sebelum2 ni aku pakai Windows Pirate aje, tak pernah aku teringin nak beli yang ori. Tapi once aku beli laptop dan pakai Windows 7 Original... aku terasa yang pirate ni tah hapa-hapa sebenarnya. Mungkin kepada orang yang tak nampak , dia akan kata "Hak eleh..sama aje, ori ke pirate ke, beli pirate pun murah bai!" tapi percayalah, tak sama sebenarnya. 

Selalunya orang kata ; original software mahal. Memang la mahal tapi lama kelamaan sekarang ni software sebenarnya makin murah. Microsoft Office, Rm120. Aku pakai 3Ds Max...sekarang ni..harga dia free. Tapi still Windows harga dia makan ratusan jugak la. Lagilah bengang kalau kau beli WIndows Vista ori kan? OS yang ori pun macam haram performance dia.

Jadi, beberapa hari lepas Microsoft Windows 8 dah dilancarkan. Harga dia sebenarnya ratus2, TAPI....kalau kau beli sebelum 31 Disember 2012, kau dapat diskaun yang agak hebat jugak la. Tapi kat sini, aku just nak tunjuk macam mana kau nak dapat diskaun yang MAHA HEBAT menggunakan online key yang Microsoft akan email kau.

Syarat2 dia; 
1. Kau kena ada credit card nak beli
2. Kau kena ada line internet bagus untuk download file 2GB.

Firts step ; bukak link ni... (Link) dan tekan continue.


Kemudian isikanlah detail2 ni. AKu tak pasti sama ada menipu akan menjejaskan anything or not tapi aku isi betul2. Sebab aku nak beli 3 copy. Satu untuk aku, satu untuk wife aku dan satu lagi untuk anak aku sebab aku plan nak bagi dia laptop khas untuk tengok Upin Ipin dan tak kacau aku tengok bola.



Part penting dalam borang ni adalah ini;


Pastikan kau isi tarikh pembelian tu adalah dari Jun 2012 atau hari kau isi borang tu. Nama kedai apa semua tak kisah sangat. Kau nak taruk Kedai Komputer Nenek Belah Abah Hang Sdn.Bhd pun boleh.

Kemudian tekan send.

Kalau nasib kau baik ; kau dapat email. Dalam email, ada promo code macam ni.




Begitulah caranya untuk dapat Windows 8 murah dengan diskaun. 

Mei 09, 2012

Panduan Mencari Calon Suami Bagi Wanita Bertudung Labuh

Ada sesiapa tengok berita semalam? Mengikut kajian Kementerian, 40% wanita tidak berkahwin kerana tidak menjumpai calon yang sesuai. Ramai tu. Aku tak berapa pasti berapa lingkungan umur survey dia tu. Bila difikirkan balik, tidak ada calon yang sesuai...apa kriteria yang sesuai? Ada perempuan nak lelaki kaya, handsome dan baik. Gila perfect lelaki idaman semua wanita. Maybe the expectation sesetengah wanita terlalu tinggi diletakkan untuk jadi calon suami.

Ada juga yang terpengaruh dengan drama dan filem, percaya dengan imej lelaki yang cuba ditonjolkan dalam drama atau filem yang bersifat gatal dan pervert sehinggalah membuatkan perempuan takut nak pilih calon suami. Kat Malaysia aje kot kau boleh jumpa orang pegi marah dan herdik pelakon sebab pelakon tu terkenal dengan lakonan jahat dia (seperti yang diceritakan oleh beberapa orang artis yang nak membuktikan lakonan dia betul2 mantap sehingga penonton tak dapat membezakan dunia nyata dan dunia fantasi).

Pengaruh media memainkan peranan sehingga tak ada calon yang sesuai untuk dijadikan suami. Selalunya...lelakilah yang disalahkan. "Lelaki semua sama aje! Lelaki semua lidah bercabang! Lelaki semua perangai buaya! Baik aku jadi lesbian! "

Takkan la tak ada langsung calon suami yang baik keliling kau?

Ada beberapa benda yang akan membantutkan niat seseorang lelaki untuk berkahwin dengan kau, antaranya ;

1. Perangai kau memang buruk. Kau kaki clubbing, kau kaki minum. (Ya,pada aku kaki clubbing perangai buruk tak kiralah lelaki ke pempuan)

2. Kau demanding sangat. Kau wish kau jadi princess yang ada istana masa wedding padahal bakal suami kau hanyalah sekadar bergaji tukang sapu bulu kuda dekat istana.

3. Permintaan kau tidak realistik. Kau seksi...tapi kau nak Ustaz Don Daniyal.

4. Kau dah bagi boifren kau test drive kau. Buat apa kahwin kalau dah boleh memandu tanpa lesen? Vroom vroom vroom!

5. Kau carik calon suami menggunakan lagu "Cinta Muka Buku" sebagai panduan.

................


Ada juga sesetengah kes di mana perempuan itu jaga aurat dan akhlaknya tapi dia susah nak dapat calon suami....ini kerana kau pakai tudung labuh dan lelaki takut nak approach kau, atau kau nampak terlalu alim sehinggakan lelaki jadi segan dengan kau. Ye lah...siapa berani ajak minah tudung labuh keluar dating? Aku pun segan sebab aku lelaki normal yang ada rasa pervert sket2.

Kalau terjadinya kes camni, ada beberapa saranan yang aku boleh berikan.
  1. Kalau ada lelaki ajak kau keluar....bagi dia chance. Jangan terus ceramah dia berdosanya dating ni. Dating boleh apa...tapi gi makan dah la. Ajak la adik kau pegi. Kau nak tau dia ikhlas atau sekadar tengah berusaha nak tau apa ada bawah tudung labuh, tiap2 kali dia ajak dating, bawak adik kau. Orang ikhlas ni lama2 kau boleh kenal..selalunya, orang yang first time kenal dengan kau tapi dia terus declare diri dia ikhlas..tu buaya darat.


  2. Kalau takde lelaki ajak kau keluar, benda2 yang kau perlu improvekan adalah memberanikan diri berkenalan dengan lelaki. Pada aku la orang perempuan, kau tak perlu rasa malu nak approach lelaki. Ada pepatah Melayu kata perigi cari timba la,apa la..pedulikkan. Kau takkan boleh jadi isteri selagi kau tak ada suami. Tak salah maa!


  3. Memang mudah untuk assume officemate kau yang single tu poyo dan berlagak dan apa2 lagi yang buruk2 ni....tapi bila kau dah simpan dalam diri kau assumption macam tu, kau akan limit diri kau daripada opportunities yang mungkin ada. Lelaki ni perangai dia lain sebenarnya bila dia dekat orang ramai dan bila dia berdepan dengan kau..jadi jangan stereotaipkan lelaki yang ada sekeliling kau.


  4. Kalau kau ada boifren yang kau rasa tak sebaik kau sebab expectation kau adalah dia adalah bakal Imam Masjid Kampung, hentikanlah semua tu. Lelaki boleh berubah....sebab asalnya semua manusia ni baik kejadian dia. Basically, semua orang baik. Jangan takut nak pilih dia sebagai calon walaupun dia ada flaw yang kau tak suka melainkan flaw dia tu sangatlah besar macam suka tayang zakar dekat ofis. Jika niat kau baik dan cara kau betul....akan ada pertolongan datang dan ubah diri dia.


  5. Hentikan assume cinta itu macam matematik dan ada formula dia yang tetap.
    "Jika Bakal Suami = (Hensem+Baik) - Duit < Bakal suami = Duit+Hensem+Baik."

    Bukak mata luas-luas...kau takkan dapat semua yang kau nak. Selagi kriteria yang kau nak tu macam tu, rumusan dia adalah ; "(Kau - Calon Suami) x 0% = Tak Kahwin"

    Be more fleksibel...yang penting carik orang yang baik. Sebab bila kau carik orang yang baik (walaupun ada mereng sket2) ...dia akan ada kesedaran sendiri.


  6. Jangan merasa rendah diri kalau kau pakai tudung labuh. Benda ni aku rasa banyak terjadi dekat orang yang jaga pakaian dia. Lagilah pulak bila kau compare diri kau dengan minah sebelah meja kau yang setiap masa berpakaian vogue dan seksi dengan make-up setengah inci dan bontot tonggek yang mampu membuatkan jantan cair tengok. Tak perlu rasa rendah diri walaupun kau tak berpakaian seanggun orang lain. Bila kau rasa rendah diri kau dah letak dalam diri kau yang semua lelaki mesti pandang orang yang hot dan orang macam kau tak desirable. Barang free...sapa tak nak tengok kak? Barang yang hidden ni la sebenarnya yang terbaik..betul? :)

  7. Tak perlu risau pandangan masyarakat kalau kau mempunyai calon suami yang lebih muda dari kau. Ada hukum kata perempuan mesti kahwin lelaki lebih tua? Tak ada. Siti Khadijah malu kahwin dengan junior dia yang jauh lagi muda dari dia? Kau cuba semak balik, siapa yang tackle siapa masa Nabi Muhammad nak kahwin first time dulu.
......................

Bagaimanapun, satu kesalahan general yang selalu dilakukan para wanita dan gadis adalah mengharapkan boifren atau pihak lelaki support dia masa sesi berkenalan. Keluar makan...wish lelaki bayar. Keluar dating...lelaki bayar semua.Malam2 nak bergayut...nak lelaki telefon. Memang ada perempuan yang menilai tahap keseriusan seseorang lelaki dengan menggunakan jumlah wang yang sanggup dibelanjakan ketika ber-gelfren boifren, kan?

Daripada kau mengharapkan pihak lelaki menunjukkan betapa seriusnya dia untuk bercinta dengan kau dengan cara menaburkan duit ketika berkenalan, lagi baik masing-masing bayar sendiri makan dan minum dan sekali sekala aje telefon...duit tu simpan untuk kahwin.


Ada orang kata...semua tu investment...kepala hotak ko investment.

Investment sebenar dalam bercinta hanya akan bermula bila kau duduk serumah dengan suami, kau beli barang kongsi dengan suami, kau ada anak hasil pernikahan kau...tu investment.

Mungkin 40% wanita yang belum berkahwin sebab tak jumpa calon ni masalahnya bukanlah dia tak jumpa calon yang sesuai....tetapi sebenarnya, wanita tu sendiri bukanlah calon yang sesuai? Hahahaha.

Kalau ada yang tak kahwin lagi dan sedang risau,.....di luar sana ada juga lelaki yang sama nasib macam kau.

Mungkin nasib kau tak bertemu dengan dia lagi sebab kau takut nak open yourself kepada dunia lain selain dunia kau ....kerana lelaki2 di sekeliling kau semuanya douchebag . Membuatkan kau assume semua lelaki douchebag. Pecahkan kepompong douchebag itu dan percayalah ada ramai lelaki kat luar circle kau yang sesuai dijadikan calon suami.

p.s. - Perlu diingatkan....seorang lelaki boleh mengahwini 4 orang wanita. Ya, suami orang sepatutnya adalah option anda juga. Tapi pastikan boundaries anda dijaga. Jangan pikat terus laki orang kalau dah tersuka. Pikat lah isteri dia dulu. Barulah tak kena baling dengan pinggan dan digelar betina gatal atau betina sundal.




April 23, 2012

Kitab Bapa Cheapskate : Bab 05 - Kau Nak Salahkan Kerajaan Kalau Anak Kau Jadi Mat Rempit?

Cuba tengok orang sekeliling kau yang ada baby. Macam mana bapak dia jaga anak dia? Mesti cara dia lebih kurang macam ni ;

Kalau anak tu baru nak bercakap..mesti bapak dia encourage suruh bercakap.

Kalau anak tu baru nak merangkak...mesti bapak dia suruh dia merangkak laju-laju.

Kalau anak dia baru bangun nak jalan-jalan..mesti bapak dia suruh anak dia bangun dan jalan.

Kan? Kemudian kau carik pulak mak bapak yang ada anak dah 4 tahun 5 tahun camtu... kau tengok pulak macam mana cara diorang jaga anak.

"Ali! Bapak nak tengok TV ni. Jangan la jerit!"
"Ali! Duduk diam-diam boleh tak?"
"Ali ! Duduk sini..tak mau pegi mana-mana!"

Kau pegi aje makan malam mana2 kat kedai. Kemudian tengok satu family yang ada anak 2-3 orang. Situasi tu mesti kau jumpa.

Makin besar anak kau makin kurang encouragement yang kau akan bagi. Sejak bila benda tu stop? Tah lah. Susah nak pinpoint sejak bila benda tu stop tapi yang paling obvious adalah encouragement untuk anak tu akan stop bila mak bapak ada anak lagi seorang, mengakibatkan mak bapak terpaksa divert attention dekat adik dia.

Aku bukan pakar pun tapi itu teori aku.

Aku ada baca pasal satu eksperimen dekat sekolah rendah di mana ada 2 orang cikgu diberikan dua buah kelas untuk diajar. Seorang cikgu diberitahu dapat kelas pandai dan seorang lagi dapat kelas tak berapa pandai. Tapi...cikgu2 tu tak diberitahu benda sebenarnya. CIkgu A yang dapat kelas pandai, sebenarnya diberikan kelas tak berapa pandai. Situasi yang berlawanan dicipta..cikgu B ldapat kelas tak berapa pandai..tapi sebenarnya kelas tu kelas pandai.

Hasilnya? Budak2 tak berapa pandai makin pandai. Budak2 pandai jadi tak berapa pandai. Kenapa jadi macam tu? Hasil eksperimen kat sekolah tu membuktikan satu benda...budak2 yang diajar dengan method yang membuatkan diorang rasa diorang pandai akan jadi lagi pandai. Cikgu A  tu assume kelas tu pandai jadi dia ajar dengan cara mengajar budak pandai. Cara bercakap lain..cara tunjuk kat dalam kelas lain.

Tapi bila cikgu B yang dapat kelas pandai tapi dia ingat kelas tak berapa pandai, dia dah setkan dalam kepala dia...."aku buat apa pun tak guna jugak sebab diorang ni memang dah lembap." Jadi method yang cikgu ni gunakan juga adalah method yang diapply untuk budak2 lemah membuatkan budak2 dalam kelas tu rasa diri diorang tak pandai, jatuh result periksa kelas pandai tu.

Encouragement sangat penting....Bila CIkgu B dah tertanam dalam kepala dia, kelas tu tak pandai, encouragement pun kurang diberikan kepada budak2 tu.

Orang Melayu kurang encourage anak. Sebab tu kita ramai mat rempit. Sebab tu kita ada Rempit United. Kita ada bohsia. Orang Melayu jugak lah yang paling ramai hisap dadah. Ramai orang Melayu selalu buat anak dia rasa useless.

Dari kecik lagi kita dah di discourage untuk explore, discourage untuk belajar sendiri. Berapa orang yang ajar anak dia..masuk kereta pakai tali pinggang? Tah la, ada la kot. Tapi berapa ramai yang terangkan dekat anak dia kenapa kena pakai tali pinggang tu kalau anak bertanya? Tak ramai.

Kalau ada pun selalunya jawapan dia mesti "sebab kat depan tu ada polis trafik. Cepat cepat!"

Mungkin ada yang jawab sebab kerajaan buat undang-undang kena pakai. Adakah itu jawapan yang betul? Tak. Jawapan yang betul adalah "Sebab abah dengan mak nak adik selamat dan tidak tercampak keluar kalau terjadi sesuatu yang buruk."

Kalau anda merasakan jawapan tu terlalu extreme untuk anak kau..cuba baca balik cerita cikgu A dengan cikgu B tadi.

Kesimpulannya ; kalau kau treat anak2 kau macam orang beradab, macam orang pandai...pandai lah dia nanti. Memang benda tu susah nak buat dan memerlukan komitment mak bapak. Slow2 la kita orang Melayu berubah.

p.s - Untuk jawapan kepada soalan di dalam title posting hari ini...sekarang ni selepas kerajaan sendiri mengiktiraf golongan rempit, ya...kita boleh salahkan kerajaan kalau anak kau jadi rempit. Sebab jadi rempit dah dapat benefit.

April 20, 2012

Awkward Agama : Kitab Bapa Cheapskate Bab 04 - Bapa Yang Memenuhi Tuntutan-Nya

Kita orang Melayu banyak benar melakukan benda yang tak perlu. Kalau kau ikut cara kelahiran bayi ikut cara orang Melayu..memang banyak akan melibatkan kos yang tak sepatutnya. Ikut adat resam Melayu ; nak sambut anak kita disyorkan buat :

1. Majlis cukur jambul
2. Majlis naik buai atau ber-endoi
3. Majlis berzanji

Selalunya orang Melayu kita buat ketiga-tiga acara ni sekali dengan majlis akikah. Tapi dengan perkembangan zaman moden yang menggalakkan majlis diadakan secara berlebih-lebihan kita boleh nampak kewujudan bisnes menyewa buaian untuk majlis naik buai yang tumbuh bagai cendawan. Majlis naik buai dan bercukur ni diadakan dengan begitu grand sekali sehinggalah ada mak bapak yang menyewa buaian cantik dan siap beropol-ropol untuk anak naik dengan sewa mencecah ratusan ringgit....

Dan mungkin ramai yang tak tau, cukur jambul sebenarnya makruh ikut hukum.

Kalau anak tak nak naik buaian yang disewa tu macam mana? Dan kenapa kita perlu adakan majlis bercukur jambul? Dan pasal berzanji tu...aku tak sure boleh ke tidak. Ada orang kata salah sebab kita dah angkat Rasulullah setaraf dengan Tuhan.

Perkara menyambut anak ni sebenarnya lebih mudah kalau kita ikut permintaan Dia. Kos paling besar pun masa akikah.

1. Azan

Azan pada telinga kanan anak dan iqamat pada telinga kiri. Aku fail gila time ni sebab aku gelabah. First time seumur hidup aku pegang manusia bernama anak aku yang tulang dia tak form betul lagi membuatkan aku betul2 gelabah takut aku terpegang kuat2 sebab baby yang berusia beberapa minit sangat sangat sangat sangat lembut badan dia. Kos - sedikit masa dan suara

2. Tahnik

Pegi jumpa orang yang alim kemudian ambil sedikit kurma yang dikunyah oleh orang alim itu dan sapu pada mulut dan lidah anak anda. Kos kepada anda - minyak kereta dan sedikit sedekah kepada orang alim tu

3. Menamakan anak

Pilihlah nama yang baik. Kalau anak kau dinamakan Princess Consuela Banana Hammock bila besar nanti dia akan jadilah nama yang kau bagi kat dia. Perlu diingatkan...ini tanggungjawab bapak. Kos - Idea yang bernas dan minyak petrol untuk ke Jabatan Pendaftaran sebagai melengkapkan pendataran nama.

4. Mencukur rambut sampai licin

Anak aku masuk ICU lepas 2 hari bersalin sebab demam (automatically kalau baby bawah sebulan lahir akan masuk ICU) jadi aku tak dapat nak ikut 7 hari lepas bersalin cukur rambut dan keluar2 aje dari perut rambut anak aku dah panjang. Macam rock star pun ada gak aku tengok. Tak payah buat majlis atau apa-apa yang grand. Sekalikan dengan kenduri aqiqah lebih baik....tapi kalau tak mampu, tak apa. Kemudian minumla teh tarik cicah biskut bila dah selesai cukur. Kemudian timbang lah rambut tu....gantikan berat dia tu dengan berat emas. Gi sedekah kat masjid atau anak yatim. Aku cukur sendiri. Menggigil tangan nak cukur. Kos - Pisau cukur,teh tarik dan biskut. Sedekah.

5. Aqiqah

Anak lelaki dua kambing. Anak perempuan seekor kambing. Kambing curi tak boleh. Seekor kambing kampung dalam RM500 ke Rm800. Seekor kambing boer boleh cecah Rm1000 sebab saiz dia besar. Buat kenduri sekadar termampu.

Kalau kau tak mampu nak buat kambing, usha2 dekat area kau kalau ada orang nak buat akikah. Boleh ajak dia sekali dan sembelihla seekor lembu. Pakai lembu kau dapat 7 bahagian, share tujuh orang. Seekor lembu dalam RM1500 ke Rm2000. Jadi part seorang adalah lebih kurang Rm300 ke Rm500. Kos dia lebih rendah untuk individu asalkan kau dapat share dengan beberapa orang bapak lain.

Kos - Bajetkan Rm2000 untuk kambing dan keluarkan bajet kenduri yang kau rasa tak membebankan. Untuk lembu Rm300 ke Rm500.

.....................

Masalah paling besar bila kita nak jalankan majlis menyambut bayi ni adalah bila ada benda tak wajib dan tak patut buat dijadikan wajib dan kena buat...kalau tak ada orang merajuk. Kat sini, sebagai bapa kau kena jadi firm tapi kau juga kena bertolak ansur. Tapi kalau tiba-tiba ada pihak bagi cadangan suruh anak dibaptiste kan ala-ala Kristian ke atau celup dalam tepung sebab nak kulit putih gebu..yang tu takyah la ikut. Benda2 yang dilistkan di atas hukum dia adalah sunat. Kalau tak mampu buat takpe. Secara zahirnya...benda tu tak susah tapi akan ada complications bila ada banyak permintaan yang pelik2. Budaya kita....banyak benda tak perlu jadi mesti. Apa-apa hal pun jangan lupa...kau bapak dia.

Padahal sebenarnya benda ni sangat nak menyenangkan mak bapak..tapi sebab kita Melayu, dah jadi complicated. Sama la macam kahwin.

April 19, 2012

Kitab Bapa Cheapskate : Bab 03 - Tahi Terpercik Ke Badan Adalah Perkara Biasa

Sebelum anak aku lahir aku ada survey gak lampin yang reusable yang banyak dijual kat kedai2 maternity dan baby ni. Tapi still macam mana pun hebatnya lining diapers yang kau bubuh dalam tu, kau akan still kena basuh jugak lampin tu sebab tahi pasti akan kena. Anak kau baru-baru aje lahir, tahi dia mesti kaler hijau dan agak menakutkan. Tapi lama kelamaan dia akan menjadi warna kekuning-kekuningan.

Aku plan nak save duit sebab aku dah survey lampin dan aku kira pergh...sebulan ada la pakai ratus2 dekat Rm200 gak untuk lampin sahaja. Kononnya..beli lampin pakai buang ni mula2 aje dan kemudian tukar ke lampin yang reusable tu tapi memandangkan aku malas nak basuh, aku teruskan beli lampin pakai buang.

Nasihat aku, kalau anak kau lahir...beli lampin Drypers bersaiz NewBorn sebab lampin Drypers ni adalah lampin New Born yang ada ruang sikit untuk tali pusat anak kau. Lampin2 lain akan touch tali pusat anak kau yang still attach kat pusat dia tapi Drypers ada gap sket la. Tapi jangan beli banyak2 dulu lampin saiz NewBorn ni sebab tak lama rasanya baby akan pakai saiz ni, sekejap aje dah besar. Beli ikut keperluan. Bila dah habis top up, jangan overstocked kan. Kalau anak kau dah naik satu saiz dan kena pakai S, pun amalkan benda yang sama. Beli ikut keperluan jangan beli banyak2.

Reason dia...baby akan cepat out grown saiz lampin dan lampin disposable saiz New Born dengan Small adalah yang paling mahal antara semua saiz. Kalau dah tak muat rugi.

Bila anak kau dah mencapai saiz M, masa ni dah sepatutnya ok untuk kau stockkan banyak2 sebab anak kau akan pakai saiz ni agak lama. Cuma anak aku aje la lain sikit...dia lompat ke saiz Large dalam masa yang agak singkat sebab faktor genetik dia yang mempunyai bapak yang agak tidak normal saiz dia berbanding orang Melayu lain.Anak aku start pakai saiz M aku terpaksa bertukar ke brand PetPet sebab naik rashes dekat dia punya bird-bird. Ni satu benda yang kau kena usha gak.

Pengalaman aku, anak aku hanya pernah pakai 2 aje jenis lampin ni. Drypers dan Pet Pet. Isteri aku kata Drypers keras sikit material dia dan Pet Pet lagi selesa. Tapi Drypers selalunya ada bagi free gift macam2 kalau kau beli...t-shirt la..tuala berprintkan gambar family kau la...Pet Pet kurang sikit dari segi tu...tapi masalah paling besar sebenarnya adalah kadang2 ada masanya..lampin yang kau nak carik tu takde. Aku tak tau kenapa tapi ada satu masa semua kedai sekeliling aku out of stock lampin Pet Pet saiz M. Seeloknya beli dua beg yang bersaiz besar tu satu sebagai backup. Kau jugak boleh beli yang saiz kecik untuk senang kau nak bawak ke mana-mana masa travelling.

Dan benda yang paling penting....kat mana lampin paling murah untuk kau beli.

Aku tak tau kenapa dari anak aku lahir sehinggalah sekarang, harga lampin yang aku beli dah naik mencanak. Aku beli dulu Pet Pet saiz M80 (ke 72) keping harga RM28 something...sekarang banyak kedai dah jual RM42. Dalam masa 10 bulan! Tapi kadang2 ada jugak tempat yang jual below recommended price. Kau nak murah beli lampin, hypermarket paling murah jual lampin berdasarkan pengalaman aku adalah Econsave. Tempat lain jual Rm42...dia jual RM32. Beza Rm10. Aku masuk Carrefour dan aku tengok Carrefour tengah buat "sale" Pet Pet RM34 ...aku gelak aje la. Tapi sekarang ni Econsave pun dah jual ikut harga market. Aku masih mencari alternatif lain dan aku dah perasan satu benda.

Tempat paling murah jual lampin adalah kedai2 yang jual barangan baby. Aku tak tau kenapa pada apa yang aku survey, memang macam tu. Last sekali aku beli lampin anak aku 2 beg...tempat lain jual Rm42...tempat ni jual Rm36. Ni adalah dekat ground floor Kompleks PKNS Bangi. Pegi lah jalan sana sekali sekala. Rasa macam dekat Kelantan. Kalau hypermarket..memang Econsave paling murah...Carrefour ikut time...Jusco memang untuk orang banyak duit...Tesco aku tak pernah beli situ lagi.

Mydin kat rumah aku dulu ada jual dan harga dia sebenarnya paling murah antara semua tapi sekarang ni aku tengok, re-stocked barang pun jarang2. Lagipun Mydin tengah push nak cuba jual satu brand lampin ni. Tah apa nama dia aku tak ingat. Aku tak berani nak beli sebab aku takut nanti kena ruam balik anak aku.

Aku ada terasa nak beli lampin lain yang harga lagi murah macam brand in-house Tesco atau Carrefour takpun brand2 obscure macam Baby LIke dan sebagainya. Korang ada pengalaman pasal lampin brand2 macam ni? Mintak tolong sharekan sebab kalau aku nak buat eksperimen sendiri agak mahal kos dia.

Macam biasa..kalau ada yang nak kongsi tips dan maklumat..sila berikan komen. Bukan senang sebenarnya nak tulis benda-benda yang selalunya hanya kaum2 ibu yang biasa bincang dan borak2..kadang2 aku blur jugak. Tapi kutuk kerajaan punya bab yang tu aku tak pernah kering idea sebab kerajaan kita kelakar.

April 18, 2012

Kitab Bapa Cheapskate : Bab 02 - Mempersiapkan Rumah Untuk Menyambut Baby

Bila kau nak sambut anak ni, ada beberapa perkara yang kau perlu ubah untuk rumah kau.


1. Rak khas baby

Aku dengan isteri gi Ikea, belikan satu rak buku semata-mata untuk barang anak aku daripada segala jenis bedak hinggalah semua permainan dia aku susun kat situ. Kadang2 tengok macam tadika pun ada rumah aku, dua kali tengok macam perangkap seorang pedophile untuk budak kecik. Letakkan semua benda macam bedak,ubat,minyak telon,minyak yu lee, gripe water kat situ untuk easy accesibility.

2. Rak baju/ Bakul Baju Anak

Berdasarkan pengalaman aku, lagi senang kau beli bakul. Bukan bakul basuh baju tapi container yang ada bertutup boleh lock dan berbentuk segi empat tu sebab aku rasa satu container baju yang mobile senang diusung ke mana-mana bergantung kepada dekat mana anak kau akan bersalin pakaian. Kalau kau letak kat rak baju2 anak kau, akan mengakibatkan kena ke sana ke mari ambik baju. Bukan isteri kau yang akan ke sana ke mari buat 2-3 bulan pertama tu. Kau,suami yang akan mundar mandir pilih baju dan selalunya, baju yang kau rasakan ok akan di disapprove oleh isteri kau menyebabkan kau kena pegi ambik balik lagi sekali. Lagipun..kalau balik kampung, senang. Kau angkat aje container tu masuk kereta.

3. Bakul Baju Busuk Anak

Ni sangat penting sebab kalau boleh jangan mixed up kan baju anak dengan baju mak abah..especially abah. Bapak busuk...baby wangi. Lagipun....akan ada masa di mana anak kau berak sampai terkeluar diapers walaupun secanggih mana la claim kehebatan teknologi diapers tu. Asingkan. Ini akan banyak membantu.

4. Baby cot?

Yang ni optional. Tapi satu aje aku nak ingatkan. Kalau kau pegi kedai perabut Cina dan kau beli baby cot kat situ...dia mesti jual kat kau satu jenis cot yang side pintu dia boleh adjustable. Jangan beli yang ni sebab cot jenis ni sebenarnya dah pun dibanned di negara-negara maju seperti US dan sebagainya, cuma kat negara kita aku tak sure sama ada Kementerian Kesihatan ada keluarkan larangan ni atau tak. Still dijual secara terbuka jadi aku rasa kita still tak implement ban tu...kerana mampu menyebabkan anak kau tersepit dekat adjustable door dia tu. Kalau tangan..kaki..takpe lagi. Tapi banyak kes yang kena, leher...ramai jugak la baby yang dah jadi mangsa. (Link) Pasal cot...ini ikut kau lah. Decide la dengan wife kau dan discuss. Tapi culture kita tak mengamalkan sangat ajar anak pakai cot ni dan selalunya anak akan tidur dengan mak.. Kalau rasa tak perlu takyah beli sebab benda ni adalah pemakan space paling besar antara semua barang baby ni.

5. Beli cerek elektrik bukan water heater

Ada perbezaan antara kau guna cerek elektrik dengan water heater ni. Water heater ni dia tak mampu nak tahan haba lama sangat jadi air cepat sejuk berbanding cerek elektrik. Cuma disadvantage dia masak air agak lambat...tapi pada aku la...better beli satu cerek elektrik besar dalam 3-4 liter. Air panas sangat kritikal. Untuk mandi..untuk buat susu...untuk sterilized botol (kalau bottle feeding lah)

6. Beli toto/comforter yang kualiti

Kalau kau pegi kedai baby, kau akan nampak diorang jual tilam spring khas untuk baby atau tilam nipis untuk baby. Jangan buang duit beli semua tu sebab dalam 6-9 bulan...benda tu akan jadi tak relevan untuk anak kau yang masa tu dah tidur merata-rata. Beli aje toto atau comforter yang elok saiz queen dan Insya Allah benda tu akan jadi lebih berguna untuk family kau in long term.

7. Breast Pump

Kalau wife kau kerja dan memang nak breastfeed, belikan dia breast pump. Ada bermacam brand dan bermacam jenis. Yang ni aku rasa baik kau suruh wife kau sendiri try dulu pinjam kawan2 dia punya sebelum beli (kalau kawan dia cool la) sebab tak semua breast sama. Ada perempuan yang sesuai dengan pump jenis manual...ada perempuan sesuai guna pump elektrik....ada perempuan sesuai express susu fully manual yakni perah sendiri. Satu aje peringatan untuk suami...tangan anda dan mulut anda tidak boleh digunakan sebagai breast pump.

8. Peti sejuk

Peti sejuk agak penting dan saiz freezer yang luas juga akan membantu apatah lagi kalau isteri kau jenis pump susu boleh dapat liter-liter. Peti sejuk single door cukup la kot tapi akan menyebabkan kau terpaksa mixed up barangan mentah dengan susu ibu. Lagipun harga peti sejuk sekarang ni agak murah. Bajet dalam RM800 lebih ke Rm1000 cukup untuk dapat peti sejuk yang convenient untuk family anda. Lagipun...peti sejuk bukannya kita pakai setahun dua. Kalau kau plan nak save duit dan beli peti sejuk kecik...recommendation aku, beli yang besar dan dua pintu as a minimum.

9. Beli termometer

Benda ni SANGAT SANGAT SANGAT essential. Tak kiralah apa jenis termometer kau beli..pastikan kau ada satu dalam rumah kau.

10. Beli minyak perut baby

Ada yang brand minyak telon...ada dipanggil minyak Bebiku...ada yang panggil minyak cap yu lee. SANGAT SANGAT SANGAT essential.

11. Beli 10 helai napkin

Aku tau majoriti orang sekarang pakai diapers pakai buang. Tapi beli aje napkin dalam 10 helai. Ini untuk lapik anak kau masa tidur..lapik anak kau masa dia tukar diapers. Lap mulut dia. Lap badan dia.

12. Beli/ Upgrade washing machine

Kita takkan sempat basuh pakai tangan kalau kau bekerja. Kalau aku dulu, aku beli washing machine semi auto masa aku belum kahwin sebab hantar dobi sekali basuk dah dekat Rm20. Washing machine semi auto bukannya mahal mana..RM300 lebih. Tapi washing machine semi auto ni agak kasar untuk baju anak. Baju lelaki ok la kot. Lagipun nanti life kau akan jadi sedikit kelam kabut kalau kau kena jaga washing machine nak pastikan dia running sambil memenuhi keperluan isteri dan anak kau. Beli washing machine full auto. Kalau nak lagi cantik, beli front loading washing machine sebab dia lagi gentle dekat baju anak.

13. Buaian

Orang Kedah panggil benda ni "endoi." Sebelum kau beli buaian, lagi baik kau biarkan dulu anak kau sebulan atau dua bulan dan tengok jadual tidur dia macam mana. Ada orang kata tak elok untuk baby..ada orang kata baik untuk baby. Pada aku, anak aku tidur lagi tenang dalam buaian. Kalau rumah kampung dulu2 senang..ada cangkuk atas siling pasang spring dah siap. Pasal yang ni, refer lah dekat mak abah kau.

14. Ubah mentaliti

Aku jenis tak suka tengok barang merata-rata tempat dan tak tersusun. Kalau tin susu tak susun elok2 pun aku jadi stress dan aku cukup tak suka barang2 kecik2 ada keliling rumah. Tapi lama kelamaan aku kena accept yang bila ada baby, rumah akan bersepah sedikit dan jadi sedikit tak teratur.  Untuk seorang control freak macam aku ; iya..kadang2 aku jadi stress bila tengok ada bedak tepi sebelah TV. Ada baby wipe dekat atas speaker. Tapi time ni, kena tolerate dan let go benda2 kecik camtu. Benda yang paling penting adalah mewujudkan accesibility dalam rumah. Lagi senang barang tu nak diambik..lagi ringan beban isteri kau.

15. Jangan hisap rokok dalam rumah

Benda douchebag seorang lelaki boleh buat adalah hisap rokok kat kedai makan walaupun sebelah meja dia ada baby. Tapi lelaki paling douchebag dalam dunia adalah lelaki yang boleh hisap rokok depan anak dia dan buat2 muka selamba.

...................

Macam biasa, kalau ada sesiapa nak tambah, boleh letak kat komen.