April 29, 2009

Selebriti Perangai Macam Tali Barut Setan


Aku pegi jalan-jalan semalam.

Nampak ada sepasang couple tengah berpeluk2 sakan kat shopping kompleks.Mamat tu tengah peluk pinggang minah tu sambil minah tu bersandar dekat bahu mamat tu yang nampak cam bidang.Aku tengok dari belakang aje la.Aku round2 lagi pusing2 ngan member aku.Terjumpa lagi couple ni.Tengah tengok2 beg tangan.Bila aku tengok muka diorang barulah aku perasan,patut la muka macam familiar."Selebriti" rupanya...atau lebih tepat lagi artis murahan.

Mamat ni aku rasa salah seorang daripada boyband cap ayam Malaysia satu masa dulu,takde la popular sangat tapi ada la jugak lagu dia keluar radio.Aku rasa ada dia buat album solo beberapa tahun lepas tapi tak laku.Sekarang dah agak senyap.Yang pempuan ni pulak,pelakon,tapi pelakon drama2 yang takde faedah,sebab aku pernah tengok dia berlakon dalam TV.Takde lah berbakat mana lakonan dia,lebih baik diambik ibu jari kaki aku jadi pelakon,lagi banyak ekspresi muka mampu ditunjukkan.Muka lawa la,tapi aku rasa lawa make up je.Takde la selawa Kate Beckinsale yang aku impikan.

Aku tak kisah korang nak bercouple ke nak berpasang-pasangan,tapi takyah la menunjukkan yang kau tu sangat affectionate dekat public.Apa ko ingat sini Hollywood ke?Dah la sepanjang masa aku duk tengok diorang,tangan lelaki tu seolah2 membelai punggung minah tu dengan tangannya yang licin,kelihatan selalu membuat rawatan manicure.

Jangan la buat camtu dekat public sebab bila orang ramai nampak,orang ramai akan jeles.Membuatkan yang jeles ni pun akan terikut2 sama perangai buruk korang tu.Korang kena paham la korang selebriti jadi orang2 Melayu ni kebanyakannya berangan nak jadi selebriti! Jadi apa2 yang selebriti buat pun diorang akan ikut contohnya berak sambil berlari ke,makan pakai kaki ke.

Aku sangat pasti kalau Mawi pakai seluar dalam jalan2 dekat KL,mesti ramai yang akan ikut.Trend semasa!Rugi aa tak ikut.Kita mesti ikut trend kalau tak,kita tak termasuk dalam golongan orang-orang yang cool.

Argh!Jelesnya aku!

April 25, 2009

Picture of The Day : Menghilangkan Kerinduan Ketika Berjauhan

Aku tak update weekend ni.Aku nak gi jalan-jalan tangkap gambar.Untuk mengisi hari anda hari ni,aku tinggalkan bersama satu kenangan manis yang aku ingin kongsi bersama dengan anda semua.Terime kasih!

Aku hampir-hampir muntah dan aku berharap korang akan merasai benda yang sama bila tengok gambar ni.Bersatu kita teguh bercerai kita roboh!Mari kita berubah,mari kita mula mengeksploitasi lelaki pulak!

April 24, 2009

Pengaruh Sebenar Majalah Mangga Dalam Memperkayakan Budaya Malaysia


Minggu lepas,ketika aku singgah kat kedai membeli barang makan,aku terpandang dekat majalah-majalah yang tergantung.Mata aku tertumpu dekat satu majalah yang agak "menonjol," mungkin sebab majalah tu mendapat makeover baru.Memang jelas kelihatan terang,membuatkan aku sedikit tertarik.Itulah majalah Mangga.Selain dari warna yang terang pada muka depan nya,aku juga tertarik dengan penggunaan font yang kelihatan simple tapi sangat effective.


Aku pun dengan gaya selamba dan tanpa malu2 (sebab takde orang) aku pun capai dan bayar.Menarik jugak kalau dapat dijadikan bahan bacaan menambah ilmu "di dada".Banyak artikel-artikel menarik dan ilmiah dalam Mangga ni,maklumlah semua majalah keluaran Utusan memang bagus.Bukak aje majalah ade gambar Stacy,aku tak tau pun siapa dia ni.Rasa2 aku dia ni AF kot?Aku suke tengok pakaian dia,membuatkan gadis ni nampak ceria.




Aku pun teruskan bacaan aku.Bahagian mula-mula ni,banyak gambar2 artis yang popular contohnya Erin,Afiqah,Zoey,Aweera,Oshin dan ramai lagi artis2 yang semuanya berbakat dalam bidang mereka ceburi dan sangat2 terkenal. Ada jugak gambar Zac Efron topless,aku suka betul dia ni dalam High School Musical.Selak2 lagi ada gambar Diana Danielle.Bagus budak ni,memang patut pun dia dijadikan role model kepada budak2 muda sekarang.Aku rasa semua budak2 lepasan SPM boleh jadikan Diana ni sebagai contoh seorang student yang cemerlang.Dalam gambar Diana ni,ada la tunjuk dia dengan pakaian repelling tali.Nampak macam seronok PLKN ni.Rugi jugak aku tak pegi.

"Wow,ada satu artikel berbaloi dibaca!Ada VIP dan laki orang nak pikat Eira Syariza." Siapa Eira Syariza ni?Entahlah.Aku tak pernah dengar pun.Tu semua tak penting,yang penting,dia seorang yang bermoral.Dalam artikel tu,dia menyatakan,dia takkan layan VIP dengan laki orang tu.Bagusla ramai perempuan camni,aku hepi dengar bila ada perempuan tak nak ambik kesempatan camtu.Kat sebelah ni aku letakkan gambar Eira Syariza ni,supaya lepas ni korang takkan nilai orang ikut pakaian dia.



Habis baca tu,aku terus sambung lagi membaca.Siapa kenal Zandra Aziela?Aku suka dia ni bila tengok dalam TV.Dia player bowling negara.Dia kata,dia bertuah sebab dapat seorang Pakwe yang understanding dan pandai memujuk!Aku rasa mesti ramai yang tertanya2 kan macam mana perangai pakwe dia,akhirnya sekarang kita dah tahu.Oh!Gila aah pengakuan ni...satu pengakuan yang berani dari Ruby.


Bila aku baca Ruangan Bicara Romantis,kata-kata yang terkandung dalam ruangan tu membuatkan aku rasa betapa bersyukurnya aku kerana dapat mencinta dan dicintai.Aku faham sangat bagaimana rasanya bercinta ni,setiap saat aku selalu terbayang aje awek aku,apa yang dia buat,tertanya-tanya,rindu selalu menyelubungi jiwa.Tulisan brader ni membuatkan aku hampir menitiskan air mata sebab bila aku hayati luahan perasaan dia,aku dapat rasakan betapa kuatnya perasaan dia menghargai cinta.Brader Aiman Arief,aku harap kau bersabar.Bunga bukan sekuntum.Sabar.Aku ucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa menghantar luahan perasaan anda kepada majalah Mangga ni.Bagus kalau tahu ada orang yang sama menghargai percintaan sekuat aku.

Ada artikel mengenai sepasang couple yang baru aje berumah tangga iaitu Yatt,aku tak tau sapa Yatt ni,tapi Yatt la nama dia.Dia baru aje kawin bulan Mac dan dia telah pun ditemuramah oleh Mangga untuk menceritakan mengenai pengalaman berumah tangga diorang ni.Aku rasa soalan-soalan yang diajukan oleh Mangga sangat bersesuaian dengan keadaan sebab aku sure,semua orang yang baru kahwin tidak lagi segan silu menceritakan mengenai pengalaman malam pertama mereka.Bila dah kahwin,semua pasangan perlu berterus terang seperti Yatt ni.Barulah boleh dijadikan pedoman kepada mereka yang belum berkahwin.

Bila aku sambung baca lagi,ada dua page yang mengandungi maklumat-maklumat yang boleh dikategorikan penting.Aku agak terkejut bila mengetahui Khaty ialah gelfren Zed Zaidi.Aku mati2 ingat Zed Zaidi single lagi!Kemudian Ain pulak menceritakan macam mana percintaan dia diganggu oleh orang ketiga!Artikel berikutnya pulak menceritakan mengenai pelakon berwajah manja,Shieyna merasa sungguh bertuah dengan pakwenya.Kemudian ada lagi satu artikel mengenai pelakon lelaki hensem iaitu Nizen yang mengakui dia sudah pun berjumpa dengan si dia yang special.Aku tulis kat sini sebab aku rasa rugi kalau aku tak share benda2 ni dengan korang.

Ada poster cun,gambar pelakon terkenal,Diana dengan boifren dia kot,terkenal jugak kot boifren dia ni iaitu Syed Ali.Kat mana nak carik baju macam yang dipakai oleh Syed Ali tu?Brand Pepsi Cola ni ok ke baju dia?Baju Diana pulak mempunyai motif batik pada baju dia,aku pun memang tengah buat research pasal batik ni jadi sedikit sebanyak membantu aku dan juga dapat membantu memperkembangkan lagi industri batik Malaysia ni.




Bila aku tengok gambar kat sebelah ni,aku jadi tak paham.Sebab berdasarkan pengalaman aku,bila perempuan jumpa perempuan,memang nak bergaduh aje.Macam member2 aku dulu,budak2 pempuan yang duduk serumah,ada je tak puas hati dengan housemate.Tapi dalam gambar ni,3 orang pempuan ni dapat duduk sekali tepi swimming pool dengan muka tersenyum gembira.Nampak keakraban diorang dalam gambar tu.Aku harap lepas korang tengok gambar ni,korang boleh try pupuk semangat muhibbah yang jelas menonjol dalam gambar tu.Bagus photographer dia.Gambar sharp.Costume artist dia pun pandai memilih busana.Warna2 yang digabungkan tu dapat menghasilkan kontras dalam gambar yang kuat.

Kepada lelaki2 yang keseorangan,aku syorkan korang beli Mangga tiap-tiap bulan,sebab dalam Mangga banyak cerita mengenai bagaimana nak menjaga perasaan perempuan.Macam artikel sebelah ni,Hafiza jeles bila ramai perempuan usha boifren dia.Moral dia,kalau dah ada awek,jangan menggatal.Ain pulak diganggu VIP dengan cerita lucah,moral dia,perempuan tak suka dengar atau tengok cerita lucah.Widya belum ada kekasih,jadi,cepat2 la tekel Widya.Ketiga-tiga artikel ni dapat memberikan pengetahuan yang berguna dan aku suka cara penulisan yang sangat bersahaja yang ditonjolkan.Ada maksud mendalam tapi kita perlu berfikir untuk dapat tangkap maksud dia.

Eh,ada lagi gambar Diana tadi!Dalam gambar ni,corak batik tu nampak lebih jelas.Kalau kita tengok corak dia betul2,idea motif tu datang dari bentuk daun yang digabungkan secara menegak untuk menghasilkan satu rekaan yang agak outstanding dan menonjol.Baru aku perasan,licin betul kulit Diana ni.Macam mana dia jaga kulit dia nak elakkan kulit ada spot2 merah aa?Kulit aku sensitif bila kena panas.Nampak selesa sofa yang dia duduk tu.Mungkin sofa kulit.Masalahnya sofa kulit ni kalau buat tidur rasa panas kan?Ke tu PVC?


Ni yang aku paling suka tengok!Lelaki yang aktif macam ni.Sebab bila kita selalu pergi berenang di tepi kolam renang,secara automatik badan jadi sihat.Rasulullah pun suruh kita berenang,sunnah tu.Aku harap daripada kerajaan buat kempen2 besar-besaran suruh kita amalkan cara hidup sihat,lagi baik kalau kerajaan galakkan lebih ramai lelaki pergi berenang.Lepas habis berenang,lepak tepi tangkap gambar sebagai satu daya penarik untuk masyarakat kita memulakan hidup yang lebih baik.

Sebagai penutup,aku ingin memperkenalkan kepada korang bintang baru yang bakal naik iaitu Hafiza.Dengan berbekalkan bakat yang dianugerahkan Tuhan,Hafiza berharap agar segala kebolehan dia dalam bidang lakonan dapat digunakan sebaik mungkin. Dia juga berharap peminat dapat mengingati drama2 lakonannya dengan penggunaan ekspresi muka yang berkesan dan penghayatan watak yang dramatik.

Aku perkenalkan kepada korang,pelakon baru yang bakal meletup...HAFIZA.

Hafiza,pelakon baru yang bakali meletup

Cuba la baca Mangga dari satu perspektif yang lain.Mesti korang pun akan nampak macam apa yang aku nampak.


April 23, 2009

Kartun : Kesian Naif Ton Rasa,Tambah Baby Lagi Seorang


Kepada sesiapa yang tak tau apa itu Naif Ton Rasa,ada satu laporan BERNAMA yang tertulis "Malaysia Prime Minister,Naif Ton Rasa." BERNAMA tu,bukan nye blog-blog ayam macam aku.

"Perempuan Sekarang Sangat Mudah Ditiduri"


Hehehehe.
Ada yang rasa hangin ke baca tajuk tu?Rilek,rilek,jangan baling aku dengan kasut.Itu bukan satu statement yang aku cakap sebagai fakta.Mula-mula,sekali..mari aku ceritakan satu benda.

Aku lepak dengan member2 aku dua hari lepas.Member2 aku yang dah lama aku tak jumpa.Saja aje la berjumpa nak bertanya khabar.Borak-borak,sampailah dekat satu topik yang agak sensitif,iaitu topik yang kat atas tu.Macam mana boleh terkeluar topik tu,aku tak nak cerita,biasalah,LELAKI,jadi...takyah la aku cerita,karang jadi cerita porno.Member aku pun keluar la statement tu,"Perempuan sekarang sangat mudah ditiduri.Terlalu senang!"Ada la seorang member perempuan di kalangan kitorang tu dan selepas dia dengar aje statement member aku tu,laju je dia jeling,hehehe.Sensitif ke kak oi?

Aku pun (dengan muka kononnya tak paham,padahal sebenarnya suruh member aku elaborate) bertanya..."Eh,apa maksud mu itu wahai kawan ku?" Dia pun cerita la pasal apa yang dia "hampir" terbuat...

Ada lah seorang minah kat ofis dia ni yang nampak normal dan baik.Kiranya kalau tunjuk kat emak2 nak buat menantu lepas la,sejuk hati orang tua.Tapi..tapi.....tapi....minah ni duk usha je dia.Member aku layan aje la,"rezeki" datang bergolek.Daripada keluar makan,gi tengok wayang,jalan2 kat tasik sehinggalah memang berdating.Hampir sebulan lamanya mereka berpasang-pasangan.Bila dah nampak member aku ni baik punya caring...MINAH NI YANG AJAK BUAT BENDA TAK SENONOH TAPI SEDAP TU,TAPI SENONOH LA KALAU DAH KAHWIN.Tapi diorang mana kahwin lagi.Cuba bayangkan jika anda lelaki dan anda berada dalam situasi tersebut?Nak buat apa?Nak tolak rasa rugi,nak ikut dapat "ehem-ehem."

Mungkin kerana syaitan tak berapa berjaya merasuk member aku dan mungkin minah tu tidak pandai membuat gaya2 yang menggoda,member aku tolak.Yes!Lelaki yang tolak perempuan tu.Susah aa nak dengar ending camtu.

Heheheh.Sekarang banyak sangat kes yang terjadi.Aku pun dah nampak dengan mata aku sendiri zaman2 dulu kala aku macam mana MUDAHNYA perempuan ni,jadi mungkin aku pun sependapat dengan dia,"Perempuan sebenarnya senang ditiduri."Tapi tak semua la.Aku tak kata semua.

Bila member aku bukak cerita pasal tu,teringatlah aku dengan satu cerita yang aku dengar 5 tahun lepas waktu aku berjalan melawat rumah sedara mara.Sepupu aku ajak aku pegi melawat kawan dia,jadi aku ikut je la.Pegi la satu rumah dekat Jitra.Rumah member dia,sama kerja askar dengan sepupu aku.Borak punya borak,member sepupu aku cerita pasal mak dia suruh dia kahwin.Mak dia dah listkan 2 calon yang mak dia rasa sesuai dan solehah.

"Yang memula sekali mak aku kenalkan aku tu,aku tak mau.Sengap (senyap) sangat!Tak reti aku nak cakap apa dengan dia!"kata dia dengan bersemangat.

"Yang lagi sorang?"tanya sepupu aku.

"Haaa..yang tu,dia spesel sket!Hang nak tau pasaipa?"kata dia sambil gelak2 kecik.

"Pasaipa?"tanya kitorang dengan agak excited.

"Aku dah boh (bubuh) dia,"selamba je dia menjawab."Tak mau aku kahwin dengan pempuan macam tu.Cemuih!(geli,jijik)"

"Hehehe...,"aku gelak je la.

Entahla apa nak jadi.Perempuan sekarang ni ramai yang lagi berani dari lelaki.Mungkin sekarang ramai perempuan sudah tidak mementingkan maruah mereka,kerana apa ruginya berbuat demikian?Yang penting ada lelaki yang akan sponsor hidup dia,asal dapat rantai,gelang,henfon,kereta,nak kena bukak kaki selebar mana pun sanggup.Paling penting kemewahan.Baru boleh rasa macam Paris Hilton.Baru sama macam Paris Hilton!

Lelaki pulak,tah,aku rasa tak ramai kot lelaki yang mampu tahan godaan macam ni.Aku rasa kalau ada awek tiba-tiba datang menyerahkan tubuh dekat aku tanpa ada apa2 pertanyaan,aku pun akan berfantasi dulu macam mana kejadian tu.Lepas tu baru fikir macam mana.

Jadi,apa yang paling penting,kalau anda dapat lelaki yang terasa berat hati nak pegang anda,jagalah dia elok-elok.Lelaki pulak,kalau dapat perempuan yang tak bagi si lelaki menyentuhnya,tahan aje la,jangan langsung dilepaskan perempuan macam tu.Sebab sekarang ni terlalu ramai "perempuan yang easy" dan lelaki pulak "always easy," menyebabkan tidak ada lagi nikmat dalam berumahtangga.

Kepada yang dah terlanjur tu, kesiankan la perempuan tu.Kahwin la dengan dia.Perempuan tu sepatutnya mengajak ayah dan sedara mara supaya mengejar lelaki itu dengan shotgun,mintak dia bertanggungjawab.Kalau tiba-tiba perempuan tu tak nak kahwin dengan anda pulak..baik anda backhand aje perempuan tu sekali supaya dia sedar apa yang dia pilih tu.Atau mungkin sebab anda tak hensem.

Jangan tunggu sampai pregnant baru nak sedar risiko dia.
Kita bukan orang putih.Kita orang Melayu.....kita mesti jaga maruah Melayu...eh..silap..kita orang Islam,kita mesti jaga maruah Islam (Aku terpengaruh dengan propaganda UMNO sekarang)

Jangan marah aa.
Siapa marah maknanya dia terasa la tu.

April 22, 2009

Aku Sentiasa Betul Walaupun Aku Salah!


Aku selalu nampak benda2 camni.Biasanya situasi tu walaupun anda tahu anda salah,tapi anda still rasa anda betul sebab anda rasa anda best.Padahal,sebenarnya takde aa best mana sangat pun.

April 21, 2009

Ampun Tuanku Sembah Derhaka,Patik Sedikit Ghairah Malam Ini


Patik hanya cuba nak bertanya;

Apakah kelayakan sebenar untuk mendapatkan pangkat-pangkat di Malaysia ni?Adakah perlu patik suka berposing di tepi swimming pool,sambil menayangkan dada patik ini?Atau perlu patik berlakon dalam filem-filem yang biasanya tak ada isi,tak ada moral,sekadar hiburan kosong?

Apa lagi yang patik perlu lakukan?

Pada pendapat patik,anugerah Ahli Mangku Negara adalah satu penghormatan kepada sesiapa yang mendapat darjah kebesaran itu,tapi patik masih tertanya-tanya,kenapa Zahida Rafik?Kenapa Noryn Aziz?

Patik masih tak faham.Apa lagi yang perlu dilakukan?

Ramai lagi doktor2 yang berjasa menyelamatkan orang ramai yang lebih layak.Polis-polis yang membanteras jenayah pun kalau diikutkan layak jugak.Anggota-anggota FRU pun pada hemat patik ni lebih besar pengorbanan mereka.Belum kira lagi cikgu-cikgu sekolah yang mendidik anak-anak murid dengan bersusah payah.



Tapi,Zahida Rafik?
ZAHIDA RAFIK?
ZAHIDA RAFIK?


Patik sembah derhaka.Mintak maaf patik sedikit emosional.Izinkan patik berbaring dan menonton "Senario The Movie" kerana dalam filem itu Zahida Rafik kelihatan sangat2 mengghairahkan dengan pakaian jururawatnya.

Apa yang perlu dicensoredkan dalam gambar tu wahai Zahida Rafik AMN?
Link Kepada Berita Rasmi

April 20, 2009

Rakyat-Rakyat Hidup Dalam Akademi Fantasia

Hari ni,aku pun tak tau macam mana aku boleh terlayan rancangan Mentor kat TV3.Aku tengah tunggu bola start jadi sebab lambat sangat aku pun layan je la dulu.Dulu satu masa aku ikut jugak rancangan2 realiti ni macam Malaysian Idol sebab aku suka tengok bahagian audition dia.Aku suka gelakkan orang yang tak sedar diri,hahahaha.Dan bila ada audition2 camni,akan wujud lah golongan2 manusia yang kita sendiri tak sangka wujud kat Malaysia ni.

Yang aku ingat dalam Audition Mentor tadi tu,ada seorang mamat (aku rasa orang Sarawak/Sabah) yang datang interview dengan Ajai.Ajai ni syarat2 dia sebelum nyanyi kena menari,jadi mamat ni pun letak la gitar dia dan menari.Aku takleh komen apa2 sebab aku tak pandai menari,takde la kaku macam aku menari.Lepas tu dia ambik gitar,nyanyi la lagu rock lama.Nyanyian memang out gila tapi bole la sebab gitar dia cover sumbang.Ajai pun rejek la...Mamat ni keluar,muka tak puas hati.Masuk bilik air,maki2 lepas tu dia meluru balik bilik audition dan merayu kat Ajai bagi dia chance lagi sekali.Buat muka kesian macam anak kucing tak makan seminggu.Tadi gaya rock gila mula2.Kena rejek lagi sekali,maki2 kat kamera lepas tu tolak2 kamera yang tengah rekod muka hangin dia.



Bila aku tengok benda2 camtu,membuatkan aku teringat balik dengan pengalaman hidup aku dengan seorang lelaki yang kononnya "Artis" ni.Satu masa dulu,aku duduk Putrajaya ramai2 dan member aku ni bawak la seorang kawan dia,kata nak menumpang kejap.Sementara nak buat album.Hahahaha.Oh,lupe,dia ni ahli kumpulan nasyid.

2 minggu first tu kagum la jugak.Ye lah,duduk dengan orang yang kenal dengan geng-geng nasyid.Dia kata dia kenal kumpulan Rabbani,biasa lepak dengan Raihan,wuiyoo.Siap tanya kitorang kalau Raihan nak buat video klip boleh ke uruskan.Tapi lama-kelamaan mamat ni jadi haru biru.Banyak la benda2 yang dia buat yang menunjukkan dia ni "Manusia Tak Berpijak Atas Tanah"

1) Dia ajak orang makan tengahari,lepas makan dia suruh member aku bayarkan makanan dia,padahal DIA YANG AJAK.Rupenye dia tak bawak duit langsung.

2) Pinjam duit,tak pernah bayar balik.

3) Kata nak menumpang sebulan,last2 hampir 6 bulan duduk rumah kitorang dan tak pernah bayar sewa atau bil

4) Pinjam mini kompo aku dan sampai sekarang aku tak tau mana pegi radio aku tu

5) Jual speaker dekat orang,duit dah ambik,barang pun dia ambik jugak

6) Kompose lagu malam2 buat (kononnya dapat ilham pagi2) sampai kacau orang tido.Kompose lagu masa orang tengah main game bola atau tengok movie ramai2.

7) Beli henfon baru,reload Rm50,telefon orang ramai informkan nombor dia.Reload habis,duit pun habis,lepas tu tak reload dah.

8) Tiap2 kali awek datang nak buat grup work ramai2,tiba-tiba dia akan mandi dan bersiap2 pakai baju lawa-lawa.Ada sekali tu,dia baru bangun tidur,turun bawah ada awek tengah buat kerja terus lari naik atas mandi dan berdandan.

9) Tulis surat untuk pempuan yang dia suka dan bila nak sain kat bawah,dia sain "Shah Rukh Khan Malaysia." Lepas tu dia mintak pandangan orang ramai.Aku ingat dia memain,rupenye dia serius dan ikhlas.

10) Bila kitorang buat open house hari raya,dekat satu corner rumah,dia dah siapkan ruangan untuk displaykan "siapa dia." Ada gambar2 dia dan poster2 artis yang dia minat.Tujuan dia,nak impress awek.

11) Aku ada cakap dia kenal geng naysid Rabbani kan?Ada satu konsert amal kat Putrajaya,Rabbani ada show.Dia ni siap pegi backstage,nak lepak dengan geng-geng nasyid.Kumpulan Rabbani tak kenal dia langsung...tegur pun tak.

12) Pegi makan tengah hari dengan memakai vest,baju long sleeve dan kasut boot yang ada piring tajam macam koboi tu.Kitorang pegi pakai tshirt,seluar dengan selipar.Food court depan rumah je kat Presint 8.Nak lagi sedap,dia dah pakai tu semua,dia pakai glove kaler putih ala-ala Michael Jackson.

Banyak lagi kenangan aku dengan dia ni.Aku pun tak tau apa jadi kat dia sekarang ni sebab last sekali masa aku carik dia dulu,aku nak balik radio aku dan duit aku RM40 yang dia pinjam.Zaman student,besar tu Rm40 dan sebijik radio Rm180.Tapi sekarang ni aku halalkan aje la.Aku ada jumpa dia kat Mid Valley dulu tapi masa tu dia jalan dengan awek,jadi dia nak cepat dan aku pun nak cepat blah.

Mungkin bila tengok rancangan2 kat Tv tu akan menunjukkan contoh2 manusia yang anda sendiri rasa tak percaya wujud kat Malaysia ni.Tapi selepas pengalaman aku duduk dengan orang yang macam gitu,aku dah tak berapa terkejut dah kalau dengar2 cerita artis tak tau malu ni.Sebab ada artis atau orang tak ternama yang dah sampai tahap camtu dan bukti dia aku dah tengok depan mata aku.

Memang bila seseorang itu ingin jadi terkenal,memang diorang akan sanggup buat tak peduli dengan pandangan masyarakat,tak peduli langsung dengan pandangan orang sekeliling dia.Sebab tu lah wujudnya program realiti TV ni banyak dekat Malaysia.Tujuan dia tak lain tak bukan adalah untuk membuatkan orang-orang yang tak sedar diri ni rasa diri mereka dihargai dan membuatkan orang yang tengok tu wish diorang adalah mereka yang di kaca TV tu.

Kita suka lari daripada realiti.Sebab tu kita ada banyak rancangan realiti TV.Nak membuatkan ramai manusia tak kenal mana satu realiti,mana satu fantasi.Duit buat perabis vote SMS tak rasa membazir,benda2 lain banyak pulak fikir berjimatnya.Kenapa dipanggil rancangan realiti kalau tujuan sebenar nak buat rakyat hidup dalam fantasi?Bila Akademi Fantasia ni nak habis?Apa benda yang best sangat pasal AF ni?



I am Spinning Around,Move Out of My Way

April 16, 2009

Video of The Day : Jangan Nilai Seseorang Melalui Pakaian Apatah Lagi Umur



Bila kita jumpa warga2 emas ni selalunya rasa selamat aje kan?Terkejut gak aku tengok video ni.Apa la nak jadi dengan Malaysia ni.Kalau tangan kene potong ni,dah kan selamat.Bukti pun ada.

Seperti Tuhan Melukis Di Cakerawala


Jarang aku cerita pasal benda-benda menakutkan/menakjubkan.Jadi,kali ni aku akan menceritakan sesuatu peristiwa yang berlaku satu masa dulu.Lama dah aku nak cerita benda ni tapi tak berkesempatan,jadi aku ceritakanla hari ni.Dulu aku sekolah asrama.Jadi banyak la cerita-cerita hantu yang terjadi yang selalu kedengaran.Contohnya senior2 aku kejar toyol ramai2,ada orang berjalan kat luar tingkap dan senior aku seorang "ingin ditemani" satu lembaga sebab lembaga tu suka kat senior aku ni sebab dia suka tampal poster baby dekat bilik dia.

Aku tak pernah alami benda2 ganjil sangat masa sekolah aku dulu.Ada la sekali,ada benda kejut aku tidur.Aku toleh tepi aku tengok ada pempuan tengah tenung aku,aku ingat senior2 aku nak takut-takutkan aku jadi aku buat tak peduli dan sambung tidur.Aku tak pernah dapat penjelasan pasal benda ni.Tapi ada satu peristiwa yang terjadi dan memang aku rasa satu sekolah aku tengok sendiri ramai-ramai.Mungkin kepada yang sebaya dengan aku dulu,pernah kecoh dalam tahun 90 an mengenai objek2 berbentuk di langit.Kitorang pernah nampak sendiri satu masa dulu benda2 ni live depan mata.

Waktu tu aku baru je form one.Malam tu adalah malam English Night,jadi ikut tradisi,malam tu adalah malam paling bersuka ria sekali antara semua-semua malam.Ada konsert kecil-kecilan dan melalak beramai-ramai kat dewan sekolah.Memang lupa diri senior aku masa tu.Kitorang budak-budak junior ni takde la join,tapi terpaksa la kena tengok senior2 melalak2 atas pentas walaupun tak sedap mana pun.Habis semua benda,adalah dalam pukul 11 camtu.Aku lepak kat bawah sebab nak beli burger ngan air kotak.Tiba-tiba ramai2 berkumpul sambil tunjuk2 kat langit.Aku pun join la tengok.

Apa yang terjadi tu sangat-sangat menakjubkan.Boleh nampak awan tu bergerak-gerak,macam kena kontrol.Masa aku start tengok,dah ada wujud beberapa objek yang kelihatan tapi aku terlepas nak tengok.Aku nampak dengan mata aku sendiri macam-mana awan-awan tu bergerak,takde angin,takde ribut.Seolah-olah ada tangan yang kepal-kepalkan awan tu jadi bentuk-bentuk tu.

Aku nampak tulisan "Alif Lam Lam Haa" kemudian awan tu pecah lalu bertukar bentuk jadi "Mim Haa Mim Dal" kemudian jadi satu bentuk tanduk,aku tak sure apa dia,mungkin nak menunjukkan imej sangkakala kot?Kemudian nampak peta,ia,peta Malaysia.Imej lain2 aku tak berapa ingat sangat sebab masa tu hati memang berdebar-debar.(aku tak ingat turutan dia camne)

Sebelum2 tu,tahun 1992,waktu aku still darjah 5,aku pegi mengaji kat surau dan aku memang pernah baca pasal benda ni yang ditampal dekat notis board surau tu.Apa yang kitorang nampak malam tu adalah benda yang sama.Objek-objek yang ditunjukkan sebijik macam ilustrasi dekat notis board surau tu dan aku tak sangka lak dua tahun lepas tu kitorang akan alami benda yang sama.Apa yang paling pelik,adalah bagaimana awan-awan tu berubah.Korang kena alami sendiri benda ni.Seolah-olah Tuhan menjadikan langit sebagai kanvas dan awan sebagai warna dia.Aku dengan member-member aku bertekad la malam tu,insaf-insaf.Ada la jugak beberapa orang senior aku yang baru aje tadi terkinja-kinja macam beruk terus rasa insaf tanak tinggal sembahyang lagi.Yang telefon mak mintak maaf pun ada,padahal semalam baru belasah budak-budak junior.

Esoknya,solat Subuh,surau boleh kata ramai yang turun berjemaah.Haha,petunjuk datang depan mata,semua insaf sekejap.Golongan "lembut" pun turun solat Subuh.Tapi lama kelamaan masa membuatkan kitorang lupa dengan petunjuk tu.Solat Subuh pun kembali dipenuhi dengan student2 form one dan form two saja beserta segelintir senior yang ada rasa tanggungjawab.

Kisah ni berlaku dalam tahun 1994,tapi first time cerita ni keluar tahun 1992.Aku tak tau pulak kalau fenomena ni ada terjadi baru-baru ni ke sebab takde pun dengar cerita. Tapi itu aje lah pengalaman aku yang aku pernah nampak objek kat langit.Kalau aku tipu korang,maknanya apa yang aku nampak kat awan tu tipu la.Takde pulak orang kecoh lepas kitorang satu sekolah nampak benda-benda tu.Mungkin tak nak bising2 kot atau mungkin hanya budak sekolah aku je yang nampak benda tu,mana la tau,Tuhan nak ingatkan budak sekolah aku pasal "disiplin" diorang.Al-maklumlah,sekolah lelaki semua,jadi...ehem-ehem..ada la kes-kes suka sama suka yang menggelikan tekak.Sori la aku takde gambar.Masa tu henfon pun orang kaya je pakai.

Jangan sampai kita boleh nampak objek kat langit seluruh negara baru kita nak berubah.Selagi kita diberikan peringatan,tu maksudnya Tuhan sayang la kat kita.Apa-apa pun,disiplin mesti mau jaga.

Aku tau kawan-kawan sekolah aku ada kat sini,apa lagi yang kita nampak aa masa tu?Aku tak berapa ingat la.

April 14, 2009

Membantu Kesempurnaan Mencari Sang Setia


Pernah tak korang perasan,dalam member2 korang ramai2,ada seorang yang sebenarnya sangat2 cool dan mempunyai peribadi yang agak unik.Bila aku kata unik,maksud aku unik yang baik.Takde orang lain yang semacam dia.Seolah-olah Tuhan jadikan dia macam tu punya cool sampai korang terpaksa admit yang dia makhluk yang jauh lagi baik dari korang sendiri.

Aku ada sorang member camtu.Walaupun aku baru kenal dia lebih setahun,tapi selepas aku mengenali dia,kehidupan aku jadi lebih bermakna.Dia mengajar aku mengenai erti hidup dan macam mana nak menyedut intipati hidup dengan lebih baik.Aku masih ingat kata-kata dekat aku satu hari,bila aku terasa diri ini seolah2 terasing berada kat tempat mewah,

"Walaupun aku tak kaya,tapi aku cuba jugak lifestyle rich and famous.Sebab pada aku,kalau kau tak try cara hidup lifestyle orang kaya,ko takkan push diri ko nak jadi orang kaya.Bila ko rasa camne hidup orangkaya,ko akan push diri ko nak tambah rezeki.Tengok,sekarang ni,aku dah rich and famous."

Kata-kata dia membuatkan aku jadi terdiam kejap.Ye lah,ini bukan calang-calang orang yang cakapnya.Bukan kutu2 MLM yang tiba-tiba muncul dalam hidup aku dengan janji2 BMW atau Mercedes.Bukti sudah ada depan mata.Bila aku cerita aku beli sofa bed kat Balakong,harga RM400,dia hanya mampu tergelak kecik.Apa yang dia kat aku,aku jadikan pedoman tiap2 kali aku beli barang lepas tu.

"Kau spend Rm400,beli barang camtu,2 tahun hancur.Kau spend Rm3000,ko beli satu sofa sedap dan terbaik,seumur hidup ko takyah beli sofa dah.Jom,gi tengok sofa kat rumah aku,aku baru beli,harga ribu2,yang penting aku puas hati."

Paling penting aku puas hati.Member aku ni sangat pentingkan kepuasan dalam kehidupan dia.Apa-apa yang dia buat,dia akan buat terbaik yang dia mampu."Kalau tak mampu buat the best,jangan buat langsung!"Memula tu aku terasa marah gak la dengar cakap dia,tapi lama kelamaan aku dapat menerima maksud dia.Memang betul,kalau kita tak try sesuatu sedaya upaya kita,maksudnya kita takkan deserve the best.Aku tak layak,jadi aku tak patut expect the best akan aku dapat.Tak macam dia.Member aku ni,yang aku rasakan perfect dan sempurna,rupa-rupanya mempunyai satu kelemahan

Cintanya tak pernah dihargai.

Aku tanya dia,"Kau demanding sangat ke?",dia jawab tak.Aku tanya lagi,"Kau nak awek cun sangat kot?",dia kata takde lah.Aku jadi pelik.Ye lah,biasanya kalau lelaki yang sebegini rupanya,ramailah perempuan2 materialistik yang mendampinginya.Tapi rupa-rupanya hari ni, aku baru dapat tangkap apa masalah dia dengan perempuan selama ni.

Daripada ayat2 yang dia perkatakan hari ni,dia sangat2 berharap dapat seorang perempuan yang faham macam mana dia berfikir.Apa yang aku nampak,dia seorang yang mementingkan perfection.Dia tak peduli perempuan itu tak perfect asalkan apa yang dia dapat lakukan kepada perempuan itu satu perfection.Jika dia dapat seorang perempuan materialistik,dia wish perempuan tu senyap,tak mintak apa-apa,sebab dia yang akan penuhi kemahuan material wanita itu tanpa perlu disoal.Dia mahu jadi teman lelaki yang sempurna dan dia mahu teman wanitanya juga merasa begitu,walaupun teman wanitanya tidak sesempurna mana.

Aku fikir-fikir,tak susah sangat pun permintaan dia ni.Mungkin kalau aku perempuan,aku pun akan tutup mulut aku,semata-mata kerana satu spesimen lelaki yang hebat ini berjaya aku dampingi.Tapi aku lelaki,tak perlulah aku berimaginasi lebih jauh dari itu,ye?

Tak ramai yang nak kat member aku ni,mungkin sebab takut dengan gaya dia yang sangat2 mementingkan kualiti.Tapi bukan kualiti yang dia cari pada perempuan,dia hanya mahukan seorang perempuan yang memahami diri dia dan dapat menerima dia.Nak kata tak hensem,member perempuan aku cakap hensem (aku cakap tak hensem la..) jadi,entah lah.Aku pun tak tau apa lagi yang kaum hawa nakkan?

Jadi,sebab aku nak membantu member aku yang kesunyian ni,aku ceritakan la serba sedikit pasal dia dalam blog aku ni.Dia tak tau pasal ni (dia tak tau pun pasal blog ni).Mungkin apa yang aku ceritakan kat atas tu agak menakutkan perempuan,tapi aku percaya dengan penilaian aku dekat dia.Dia hanya cuba berusaha membahagiakan orang2 di sekeliling dia.Mungkin cara dia agak extreme tapi aku percaya ada perempuan yang sesuai dengan dia.Umur dia 29 tahun,berketurunan Arab-Pattani dan dia adalah ofismate aku.Kulit putih kemerah-merahan tapi bila blushing,tak nampak sangat,sebab muka dia sentiasa blushing.Soft spoken dan orang pantai Timur.

Kalau ada sesiapa yang nak berkenalan dengan dia,letak la komen dalam post ni.Kalau ada,nanti aku bagitau kat dia pasal blog aku ni.PASTIKAN ANDA PEREMPUAN,tak mahu separuh2.Kalau nak tanya lebih lanjut pasal dia,boleh YM aku kat profile aku.Sila tinggalkan offline msg.Aku online waktu2 tertentu.

Aku ingatkan,aku tak main2 ni.Aku serius dan tujuan aku baik ni,nak tolong member.Kesian tengok member selalu kena tinggal dengan perempuan ni.Aku pun tak sure apsal.Nak kata dia gatal ke,tak pun,dah la duduk rumah sorang-sorang.Kesian lak aku tengok dia lonely.Umur pun dah makin lanjut.Tiap2 malam bila dia bosan,dia akan msg aku,tanya pasal awek aku.Aku pun jadi risau lak,kang tetibe awek aku sangkut kat dia lak.

Jadi,ada sesiapa sudi?
Tinggalkan pertanyaan anda di bawah.

(Aku tak berapa reti nak buat ruangan mencari jodoh camni,jadi aku harap bahasa aku ok la,cukup sejuk la untuk kaum hawa baca.Gambar tu,aku rasa muka yang paling dekat dia,Freddie Prinze Jr version kecik sket)

Taktik Rompakan Ganas Mat Motor Keparat



Babi aaa!Sebab korang la aku selalu diekori guard bila aku membeli belah.Mentang2 aku bawak helmet,guard pun follow je.Dia tak tau ke aku takde niat nak mencuri langsung?Tapi sebab makhluk2 malaun macam korang ni la yang merosakkan imej mat-mat motor yang sopan santun.

Pengguna Genius : Halal atau Tidak?


Aku cilok daripada forum Malaysian Bikers mengenai pertanyaan seorang brader kepada JAKIM mengenai pengiktirafan sijil halal kedai-kedai yang disebutkan di bawah ni.

PERTANYAAN SATU :
Saya ingin bertanya tentang sijil halal bagi WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam. Adakah premis ini mendapat sijil pengesahan halal bagi semua produck dan bagi semua outlet? Tarikh Aduan : 12/12/2008 - 17:32:23 Jawapan : Assalamualaikum.. Old Town White Coffee memiliki sijil halal daripada Jab Agama Islam Perak hanya untuk produk coffee 3 in 1 dan pelbgai variasi coffeE & tea segera. Sementara bagi premis makanan / restoran, TIADA rekod syarikat ini memiliki sijil halal daripada HDC, Jab Agama Islam negeri atau Badan Islam yang diiktiraf.

PERTANYAAN DUA :

Assalamualakum.. Saya ingin meminta kepastian daripada JAKIM bahawa syarikat pemakanan di bawah sama ada halal atau sebaliknye 1) Chilli (di KLCC dan Mid valley) 2) The Chicken Rice Shop 3) Road House Grill (Jalan Ampang) 4) Victoria Station (Jalan Ampang) 5) Dome 6) Burger King 7) Sushi King 8 ) Tarbush (Ampang Point) 9) Restoran yg juga menjual arak di dalam nye Sekian terima kasih, Wasalam

Jawapan :
Berikut adalah penjelasan JAKIM mengenai pengesahan halal kepada premis makanan terbabit : rangkaian restoran The Chicken Rice Shop dan rangkaian Restoran Burger King telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua makanan dan minuman yang disediakan di kedua-dua restoran ini telah disahkan halal, manakala Chilli, Road House Grill, Victoria Station,Dome,Sushi King dan Tarbush serta semua cawangannya tidak tersenarai sebagai pemegang sijil halal JAKIM. Disamping itu semua restoran yang turut menjual arak di premisnya memang tidak akan mendapat pengesahan halal JAKIM. Semoga dengan penjelasan ini dapat membantu pengguna mengenalpasti restoran yang halal.

Sekian.
Tolong informkan dan beritahu kepada semua.


April 12, 2009

Mahu Kahwin Pun Takut-Takut Sebab Ekonomi


Tiap-tiap petang lepas balik dari kerja,aku dan member2 aku akan lepak minum.Banyak sangat topik yang keluar dan biasanya topik kitorang merangkumi politik,gosip-gosip artis dan ofis serta kutukan2 tak berasas kepada individu tertentu yang selalunya ada di meja itu,maknanya kutuk depan-depan.Haha.Dalam kehidupan aku,tak ramai member aku yang dah kawin.Yang nak kawin tu ramai,yang dah kawin tu ada la sekerat dua dan yang paling semput,yang rasa perit lepas kawin pun ada.Seolah-olah perkahwinan itu satu belenggu yang merantai jiwa.

Bila aku kata aku nak kahwin sebab aku dah gatal nak berkahwin,ada member aku yang kata jangan la kawin,ko cube tengok si polan bin si polan ni.,nak balik rumah pun malas.Ada yang kata,kawin la,seronok kawin ni,ada orang jaga ko bila ko demam.Banyak pandangan daripada orang yang dah kawin aku dengar,kebanyakannya berbeza.

Aku tegaskan,aku adalah seorang yang sangat konservatif.Maksudnya aku percaya dengan nasihat orang-orang tua ni.Ramai pakcik-pakcik aku yang kata kawin cepat2."Hang tak buleh la kawin lambat sangat.Nanti jadi cam Pak Ndak,anak baru nak masuk Universiti,dah nak kena pencen dah..",kata Pak Ndak aku,seorang pegawai kerajaan.Aku mau kahwin.Aku sudah gatal mahu kahwin sebab aku sudah bosan hidup seorang dan aku ulangi lagi sekali,aku sudah gatal mahu ada gadis baring di sebelah aku.

Tapi bila aku ulangi statement aku tu mengatakan aku sudah "tak sanggup menahan derita" berseorangan,akan ada la mulut yang mengatakan,"Ko rasa camtu sebab ko tak kawin lagi Tot,sebab tu kau nak sangat.Cuba la lepas kawin,masa tu baru la ko rasa "benda-benda" ni takde apa maknanya.Lama-lama nanti bosan je."

Aku mahu kahwin.Tapi aku takut nak kahwin.Aku takut nanti ekonomi tak elok,aku tak dapat nak bagi apa yang aku patut bagi dekat family aku.Walaupun aku rasa kerja aku sekarang ni ok dan Insya Allah stabil,tapi taraf ekonomi negara kita yang sangat2 crap membuatkan aku jadi sedikit sangsi.Bukan untuk berkahwin,tapi untuk sustain family tu.

Aku tak mau family aku nanti hanya ngam-ngam survive.Aku nak bagi anak aku makan makanan yang cukup sampai dia gemok2.Aku nak bagi bini aku pakai rantai2 emas dan berlian yang beratnya jauh lagi berat dari bini aku.Aku nak belikan lingerie yang mahal-mahal untuk bini aku supaya dia dapat tidur nyenyak tersenyum tiap-tiap malam sebelah aku dan macam-macam lagi la..haha.

Tapi,kalau pendapatan laki bini tu 2 ribu seorang,maknanya 4 ribu sebulan,cukup ke nilai tu untuk hidup kat KL ni?Cukup tu cukup la tapi...cukup-cukup.Tapi bila kita masuk dengan kereta,beli rumah,minyak dan barangan keperluan,aku takut angka tu tak cukup untuk buat simpanan.Cukup untuk hidup time tu,bulan tu tapi simpanan agak teruk.

Bukannya apa,sebab kalau kita kaji kos hidup kat KL ni sebenarnya agak teruk,agak tinggi.Jauh lagi teruk berbanding negara-negara maju.Itu baru sekarang.10 tahun lagi macam mana pulak?

Harga Tiket bas ke Alor Setar dari KL:
1998 - RM21.50
2009 - RM39.00
2020 - RM60.00?

Harga Air Botol Coca-Cola
1998 - RM2.50
2009 - RM3.50
2020 - RM 5.00?

Harga Buku Rujukan SPM
1998 - Rm15++
2009 - RM22++
2020 - RM 35++ ?

Harga rumah baru 2 tingkat kat area sekitar Lembah Kelang
1995 - RM130 ribu hingga RM160 ribu
2009 - RM 230 ribu ke atas
2020 - RM350 ke atas?

Harga Ambil Lesen Kereta
1998 - RM500 lebih
2009 - RM800 lebih
2020 - RM1200?

Harga Ambik Lesen Motor
1998 - Rm200 lebih
2009 - RM400 lebih

Harga Maggi Kari Sepeketx5
1998 - RM2.50
2009 - RM3.80

Dengan pola kenaikan ekonomi sekarang ni, jika contohnya bekerja dalam sektor awam,kenaikan minimum setiap tahun ialah RM80-RM100 setiap tahun (tak termasuk kenaikan gred) gaji anda pada tahun 2020 akan bertambah RM1000-Rm1200.Waktu tu,akan ada kemungkinan harga-harga barang sudah bertambah dengan mendadak,jadi anda akan tetap berada ditakuk yang sama,tidak ada perubahan.Dan yang paling perit nya adalah kepada mereka-mereka yang baru saja nak memulakan hidup berdikari ni.Aku tak rasa akan ada perubahan kepada gaji starting fresh graduate.Diploma RM1400.Degree RM1800.Waktu tu,macam mana pulak diorang ni nak survive? (Aku ambik tangga gaji sektor awam sebab senang nak kategorikan)

Adakah kenaikan kos ini tidak dapat dibendung?Atau sebenarnya kerajaan kita memang tak punya cara untuk membendungnya?Aku bukan pakar ekonomi jadi dalam benda2 ni aku tak mampu bagi cadangan,kecuali aku mengharapkan kita sebagai rakyat Malaysia jangan berfikir bisnes semua nak untung cepat.

Dan kita juga sebagai rakyat Malaysia perlu sedar dalam berbelanja.Bukak sikit mata kita,jangan main berbelanja suka hati.Sebab kebanyakan peniaga bila nampak ada peluang nak naikkan harga,diorang akan ambik,sebab apa diorang berani?Sebab rakyat Malaysia bukan particular sangat pasal benda-benda ni.Naik pun bukannya ramai sangat yang ambik peduli.Bila kita dah terbiasa bayar dengan harga-harga yang tinggi,kita akan secara automatiknya assume sesuatu yang murah tu adalah murah (padahal sebenarnya tak) contohnya seperti kereta Proton atau Perodua.Tak murah tu sebenarnya,bang!

Jangan biasakan diri kita,rakyat Malaysia,dengan membayar harga yang melampau dan tak patut.Terlalu banyak benda yang kita over pay dan tak setimpal dengan harga yang kita bayar.Nilai duit kita dalam negara kita ni sangatlah sikit.Cubalah pergi ke pasaraya dan tengoklah sendiri apa yang kita mampu dapat dengan RM50.Akan makin ramailah antara kita yang terpaksa makan megi sebab itu aje yang murah.Itu pun dah naik,dulu megi Rm2 je 5 bungkus sepeket.Sekarang?

Takut aku nak kawin sebab aku takut dengan direction Malaysia ni.Pemimpin-pemimpin kat atas tak rasa apa yang rakyat rasa jadi pandangan diorang akan lebih kepada apa yang diorang lalui dan selagi tidak wujud kerajaan yang berjiwa rakyat,selagi tu lah majoriti rakyat Malaysia akan terus hidup ikut gaji bulan-bulan.Ngam-ngam untuk hidup bulan tu sampai lah dapat gaji yang seterusnya.

Nak kawin pun takut.Camne aku nak buat anak ramai-ramai macam impian aku?Aku nak anak ramai,cukup untuk buat satu team bola.Kalau berterusan camni,aku rasa dapat anak sorang suruh jadi goalkeeper pun jadi la.Kalau lingerie tu mahal sangat bila aku dah kawin nanti,takpelah yang...I akan selimutkan U dengan tubuh I yang sasa ni.

Jangan biasakan diri kita dengan harga mahal.Negara mana lagi yang kita boleh nampak tiang-tiang lampu jalan dan pencawang elektrik penuh dengan iklan-iklan "Ingin Pinjaman Wang?" Kalau dah iklan macam tu punya banyak,maksudnya benda tu ramai yang ambik kan?Sebab tu banyak betul peminjam-peminjam wang tak bertauliah ni.Rakyat tak cukup duit ramai,peluang banyak,untung besar.

(Gambar sekadar hiasan,first time aku tengok lelaki yang betul-betul hepi dalam gambar kawin dia)

April 11, 2009

Picture of The Day : Steven Seagal Mengajar Mengenai Ekspresi Muka


Lawan lah berapa puluh orang pun,paling teruk dia kena adalah baju dia berhabuk sikit.Adalah sekali je la dalam satu filem dia mati awal.Itupun sebab tak sengaja.

Gaun Gedik dan Gatal


Aku ingat orang Malaysia aje yang kecoh benda2 camni,rupanya orang putih yang jauh lagi kebaratan dan open minded pun bising kalau benda camni berlaku.Kepada yang tak nampak apa aku kata,tengok la btol-btol.Jangan tenung lama-lama sangat,nanti buta.Hanya perempuan yang sangat2 daring akan pakai baju ni tanpa sedar mesej yang ingin cuba disampaikan.

April 10, 2009

Yang Tampak dan Yang Tersirat


Hari ni,sambil marking paper dan tengok cerita lawak,ada satu scene dalam cerita tu yang menunjukkan mengenai scene tengok pelangi beramai-ramai.Bila aku tengok pelangi tu membuatkan aku teringat,waktu kecik-kecik,aku takut betol nak tunjuk pelangi pakai jari telunjuk sebab kata orang,nanti jari kudung.

Dalam masyarakat kita,banyak benda camtu.Pantang larang yang bila aku kecik-kecik aku percaya betul-betul,maksudnya aku tak nampak apa sebab sebenarnya pantang larang tu diturunkan oleh orang-orang tua tapi bila dah besar ni baru la nampak apa kegunaannya.Contohnya:

1) Jangan lalu bawah ampaian,nanti kena culik dengan hantu - sebab sebenar adalah untuk supaya kita jangan lalu bawah ampaian dan langgar semua baju lalu jatuh

2) Anak gadis jangan menyanyi kat dapur,nanti dapat suami tua - kakak dan adik aku selalu kena marah dengan mak aku dulu pasal ni.Bila fikir balik,rupa-rupanya pesan sebenar dia,jangan terleka masa masak,nanti hangit.

Banyak pesanan orang-orang tua melayu yang sebenarnya bagus dalam kehidupan seharian kita tapi cara penyampaiannya agak terlalu tersirat dan nampak lebih kepada cuba menakut-nakutkan orang.Hahaha.

Ada banyak lagi pantang-larang yang aku terlupa tapi aku yakin satu masa dulu aku takut benar.Banyak kebaikannya pantang larang ni tapi bila sekarang ni fikir,membuatkan orang Melayu ni jadi satu bangsa yang agak penakut dengan benda-benda yang sangat trivial.Mungkin dengan kemajuan akal fikiran,budak-budak sekarang ni kalau nak di beri tunjuk ajar,perlu dilakukan secara terus terang.Tidak perlu lagi secara berselindung dan tersirat seperti zaman dulu.

Tapi sayang jugak kalau budaya pantang larang ni terlupus akibat daripada kemodenan fikiran orang Melayu.Bila difikir-fikir balik,ini adalah salah satu benda yang boleh membuatkan seseorang terimbas kembali zaman kecil atau muda mereka dan benda ni dah jadi sebahagian daripada budaya kita walaupun nampak agak kolot sekarang ini,tetapi agak sayang kalau budaya ini tidak diteruskan ke generasi akan datang.

Ada lagi ke pantang larang yang anda rasa pelik?Bolehla ceritakan kat ruangan komen.Ada sesiapa boleh tolong aku,apa reasoning sebenar tak boleh tunjuk pelangi pakai jari telunjuk?

April 09, 2009

Budaya Pertelingkahan Pendapat Adalah Sesuatu Yang Sihat


Kalau anda ada menonton filem Fahrenheit 9/11,filem tu ada menunjukkan kesan-kesan psikologi yang berlaku ke atas ibu bapa yang telah kehilangan anak mereka yang telah dipaksa bertugas di Iraq.Dalam filem tu,ada menunjukkan 2 contoh orang ibu bapa yang berlainan pendapat,tapi apa yang terjadi kepada mereka itu serupa ; anak mereka terkorban di Iraq. Cuba kita letakkan diri kita sebagai seorang warganegara Amerika Syarikat dan kita adalah seorang bapa atau ibu.Anak kita pula,seorang askar,telah dihantar ke Iraq untuk satu misi yang penting,seperti kata Kerajaan Amerika.

1) Ada ibu bapa yang merasakan pengorbanan anak mereka di Iraq berbaloi dan merasa sangat bangga anak mereka terkorban demi keselamatan dunia dan khususnya Amerika sendiri.Dengan terkorbannya anak mereka itu,mereka merasakan anak mereka mati sebagai seorang patriot,memperjuangkan hak manusia dan keselamatan awam.Sedih memang sedih,tapi pada mereka,anak mereka mati demi Amerika.

2) Golongan lagi satu adalah golongan yang meratapi pemergian anak mereka ni,memang merasakan satu kehilangan yang sangat besar dan merasakan terkorbannya anak mereka itu adalah satu tindakan yang sangat tidak berbaloi,semata-mata hanya untuk menghapuskan musuh2 Amerika dari muka bumi ni.Pengorbanan anak mereka dirasakan sia-sia dan pada ibu bapa ini,lebih baik anak mereka kembali ke pangkuan keluarga daripada berjuang tak tentu hala.

Apa perbezaan antara kedua-dua keluarga itu?

Keluarga nombor 1 adalah golongan yang menyokong tindakan kerajaan dan keluarga kedua adalah golongan yang tidak menyokong tindakan kerajaan Amerika menghantar anak mereka ke Iraq.Perbezaan pendapat yang berlaku adalah sangat2 ketara tetapi hasilnya tetap serupa,anak mereka terkorban.Satu dapat menerima hakikat,walaupun perit,yang lagi satu hanya mampu menangis dan marah,sebab hati sakit kena paksa.Begitu juga dalam kehidupan kita,kita punya pandangan masing-masing.Mungkin ada antara kita yang akan memandang tindakan kerajaan Amerika adalah satu tindakan yang baik tetapi bagi mereka yang skeptikal ,mereka akan terus memperjuangkan pendapat mereka yang Amerika tidak perlu campur tangan dalam negara Iraq.

Keseimbangan ini perlu kerana jika semua pandangan berpihak hanya kepada satu pihak,tidak akan ada langsung perubahan yang berlaku kepada dunia.Keseimbangan itu perlulah dilihat dari segi sumbangan yang terlibat kepada Amerika dan kesannya yang terkena kepada keluarga-keluarga di sana.Jika yang menyokong,mungkin mereka akan merasakan pengorbanan mereka berbaloi tetapi bagi yang terpaksa pula,kesan itu akan lebih dalam dirasai kerana mereka tidak suka sesuatu tindakan itu diambil tanpa kerelaan mereka,mengakibatkan kecelakaan menimpa.

Mari kita aplikasikan cara pemikiran diorang ni kepada kita.

Kerajaan Malaysia mewajibkan semua lepasan SPM pergi ke PLKN untuk menjalani kursus selama 3 bulan.Pasti ada ibu bapa yang bersetuju dengan tindakan kerajaan ni,maklumlah,anak-anak muda akan mendapat latihan dan motivasi daripada latihan tersebut secara percuma.Tak perlu hantar pergi kem motivasi beratus-ratus ringgit.Akan ada juga ibu bapa yang tak mahu anak-anak mereka dihantar ke sana kerana bimbangkan keselamatan anak mereka.Maklumlah,dah bermacam cerita keluar...

Jadi,katakanlah....katakanlah....ibu bapa yang bersetuju dan gembira itu mendapat berita anak mereka patah kaki kerana jatuh di kem,mengakibatkan lumpuh seumur hidup..Adakah pandangan mereka akan berubah? Aku rasa sudah pasti persepsi mereka akan berubah,mula membenci PLKN ini dan menyalahkan kerajaan kerana memaksa mereka menghantar anak mereka ke kem latihan.Mahu saja disaman kerajaan Malaysia kerana mengakibatkan anak mereka lumpuh seumur hidup.

Tapi,pada awalnya,salah siapa sebenarnya di situ?Adakah patut mereka menyalahkan kerajaan yang mewajibkan anak-anak mereka ke situ?Bukankah salah mereka juga kerana tidak langsung menghalang atau paling kurang,berasa berat hati ingin melepaskan anak mereka.Ikhtiar memang patut ikhtiar,tawakkal memang patut tawakkal,tapi,bukankah benda tu dapat dielakkan?Tak pulak,sebab kerajaan dah wajibkan semua yang dipanggil mesti pergi.Kalau yang patah kaki tu pulak anak-anak yang ibu bapa dia halang dari pergi,macam mana pulak tu? Siapa patut pikul tanggungjawab tu?

Kebanyakan kita di Malaysia ni mempunyai pandangan yang berbelah bahagi,tidak tetap,terlalu sopan untuk menjaga hati orang lain.Asalkan sesuatu benda tu tak merugikan kita,kita akan menyokongnya.Yang masalahnya,bila benda yang terjadi memberikan impak negatif yang besar dekat sesuatu pihak,tak ada pulak pihak yang sanggup mengaku "itu salah saya" atau "itu tanggungjawab saya!" Banyak isu yang sebenarnya mampu membuat kita bersatu tapi sebab kononnya kita punya pendirian dan pegangan yang mendalam,membuatkan kadang2 seseorang itu menjadi lurus,tidak mahu menentang kerana punya kepentingan.

Inilah masalahnya yang paling besar dalam negara kita.Aku percaya ramai orang dalam kerajaan yang masih punya sifat rasional.Masih memikirkan mengenai rakyat dalam hatinya, sedih melihat ketidak adilan yang berlaku di depan matanya, sakit melihat jurang taraf hidup yang besar makin meningkat.Tapi, mereka masih diam.Mereka masih tak mahu cakap sepatah pun.Mereka ada pendirian yang bercanggah dengan impian orang2 atasan mereka tetapi,mereka membisu dan terus menyokong walaupun tak suka.

Mungkin,mungkinlah...mereka takut anak mereka akan dihantar ke PLKN.Mereka takut nanti akan dikenakan tindakan yang membawa masalah kepada mereka. Tapi,bila ada upacara pembukaan PLKN,mereka inilah organizernya.Mereka ini yang mengangkat tangan bersetuju PLKN dijalankan.Yang penting sokong!Asalkan anak sendiri tak perlu menyertai PLKN.

Inilah sakit sebenar kerajaan pusat sekarang.Terlalu ramai yang hanya mementingkan kedudukan mereka di atas walaupun mereka sebenarnya sedar golongan di bawah hidup tak seindah mana.Pejamkan saja mata mereka,butakan telinga,asalkan mereka terus ada kuasa,mereka rasa selamat tak perlu risau banyak.Hati memang sakit kena paksa buat keputusan tak ikut budi bicara, pendirian tolak ke tepi bila rasa diri tergoyang sedikit.Habis,kenapa tertanya-tanya rakyat tak dapat terima?Atau buat-buat tak paham sebab nak jaga kuasa?Asal bos masih percaya,menurut perintah sajalah,jadi talam dua muka dengan diri sendiri.

Kenapa aku ceritakan pasal rakyat Amerika tu? Letak diri kita kat tempat diorang,sanggup tak kita berpegang dengan pendirian awal kita dan stick dengan pendapat kita yang sudah kita decide,walaupun kita tak tahu buruk baik akibat dia? Ramai orang dalam kerajaan dan juga aku nampak dalam pembangkang yang hanya mampu play safe nak jaga periuk nasik.Sepatutnya, mana boleh bila kerja kerajaan mesti sokong membuta tuli keputusan kerajaan. Kalau benda tak betul sepatutnya pemimpin-pemimpin kat atas tu kena la jugak ditegur oleh orang2 bawahan diorang.Tetapi budaya tu tak pernah terjadi kat Malaysia.

Sebab tu keseimbangan dalam pentadbiran tu tak wujud, membuatkan makin lama,akan makin ramai la rakyat yang menyokong pembangkang sebab pada mata rakyat,pihak pembangkang yang menyuarakan suara rakyat.Orang kerajaan pusat hanya tahu jaga rezeki sendiri, asalkan tak dianggap melawan orang atasan.Sepatutnya,saluran kerajaan adalah saluran rakyat,berkhidmat untuk rakyat,bukan untuk orang atasan.

Tapi ramai takut sakit.Jadi,mereka diamkan saja mulut dan maki hamun orang atasan dalam hati,bila bertentang mata habis basah punggung dijilatnya.Sama juga macam pembangkang,berapa ramai yang berani lawan pemimpin2 kuat mereka?Semua nak jaga nama baik dalam parti dan takut dianggap terpengaruh dakyah UMNO.

Macam mana demokrasi nak berjalan sepenuhnya kalau yang dah di atas rasa tak layak langsung ditegur sesiapa dan yang bawah pulak takut nak tegur bos mereka.Perubahan perlu dilakukan dalam kerajaan dan juga pembangkang,kita perlu hentikan budaya lompat2 parti bila sesuatu keputusan tak mengikut kehendak kita. Kebebasan memegang prinsip dan pendapat masing-masing,tak kira pembangkang atau kerajaan pusat perlu dijalankan.Baru sistem sebenar demokrasi dapat dilaksanakan.Dengan harapan satu sistem kerajaan/pembangkang yang kuat dan mempunyai idea yang menguntungkan rakyat dan negara dapat dimulakan.

Berperang mulut itu sesuatu yang sihat dan sepatutnya digalakkan dalam pentadbiran negara.Apa yang ditakutkan adalah bila terlalu banyak mulut yang hanya tahu berkata "Yes Boss!" dan buat-buat berlakon seolah-olah tak punya kemampuan dan ideologi sendiri.

Mari Pakai ObjectDock

Dah lebih 2 tahun aku kena pakai Mac kat ofis,jadi aku dah agak terbiasa dengan Mac dan aku masih lagi berpegang teguh dengan pendapat aku,Apple Macintosh adalah sesuatu yang over price dan over rated.Tak berbaloi.Mahal je lebih tapi harga yang dibayar tu hanyalah untuk style-style yang eksklusif.

Tapi,dalam Mac OS ni,ada 2 benda aku suka.Satu,dia sangat stabil.Katakanlah ada application hang,aku akan tekan Alt+Command+Esc dan akan keluar window "Force Quit." Apa-apa saja program yang aku ForceQuit kan,sudah pasti dia akan tutup.Kalau Windows pulak,Ctrl+Alt+Del,bile tekan aje "End Task" tak semestinya PC aku akan berfungi balik mcm biasa.Kadang-kadang kena restart jugak kalau hang teruk.

Lagi satu yang aku cukup suka adalah Mac punya taskbar.Simple,elegan dan sangat2 user friendly.Aku selalu wish benda ni ada dekat aku nye Windows.Last2 bila aku carik dan carik,akhirnya aku jumpa jugak sesuatu yang boleh emulate hampir keseluruhan features yang ada dekat taskbar Mac ni dalam Windows.

Nama dia "ObjectDock"


ObjectDock boleh dilihat dibawah desktop aku,satu baris icon kecik2 kat bawah tu.

Guna benda ni adalah untuk anda mudah mendapatkan program-program yang selalu anda akses dengan meletakkan shortcut di situ.Apa-apa aje yang anda nak letak kat situ,letak aje.Program-program yang running pun boleh disetkan supaya diletakkan icon ditepi ObjectDock ni untuk mudah aksesnya.

Click untuk melihat ObjectDock dengan lebih detail.

Apa yang paling istimewa pasal ObjectDock ni adalah kerana benda ni animated,maksudnya dia akan animate icon2 ni ikut mouse anda.Size icon,style animation semua terpulang kepada anda.Anda juga boleh menggunakan icon anda sendiri (buat icon anda dalam Photoshop ke,Illustrator) dan save kan dia sebagai file ".PNG" dan eureka...imej itu boleh digunakan sebagai icon anda.

Gambaran bagaimana icon membesar jika mouse dihoverkan di atasnya.

Tryla kalau berminat.Lepas aku install benda ni,dalam 2 hari first tu aku menghabiskan masa terluang aku dengan menggerakkan mouse di atas icon2 tu semata-mata untuk melihat animation dia yang sangat smooth.


Dan kepada die hard fans Apple yang terasa sbb aku kutuk Mac ni,aku peduli apa,dah memang aku tak suka.

April 08, 2009

Meraikan Kemenangan Di Batang Ai


Tahniah kepada kerajaan Barisan Nasional kerana berjaya mempertahankan kerusi di Batang Ai.Aku sangat gembira kerana kita akhirnya berjaya juga menunjukkan yang penduduk-penduduk Sarawak masih lagi percaya kepada BN dan tidak mudah tertipu dengan dakyah-dakyah pembangkang yang kononnya memperjuangkan nasib kaum di situ.

Agak bersedih jugak aku sebab kita kalah di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.Cuma aku sedikit bersyukur kita kalah di situ sebab katakanlah BN menang,HABIS!Aku sangat yakin HABIS semua orang kena maki.

Tak kira la Sultan ke,PM ke,Najib ke,aku rasa semua akan kena maki.Kalau BN menang mesti lepas ni Anwar Ibrahim akan kata itu semua pengundi hantu punya pasal,akan ada la suara-suara yang bising kata BN main kotor.Jadi,kepada penyokong pembangkang,kalau boleh tolong la terima hakikat,pilihanraya di Malaysia ni adil.SPR tak pernah pun nak menipu.

Aku tak boleh bayangkan macam mana teruknya nanti kalau Pembangkang kalah.Habis semua orang merusuh di jalan raya,membuatkan aku susah nak bergerak.Tu belum lagi aku cakap pasal ceramah-ceramah diorang yang mengutuk tak tentu hala.Kerja diorang ni 24 jam kutuk orang je memanjang!

Pedulikkan pasal rakyat Bukit Selambau dan Bukit Gantang,mereka tak nak kemajuan datang ke daerah mereka seperti yang kita janjikan.Dah 50 tahun BN memerintah ni,inilah masanya kemajuan tu dapat disampaikan dekat mereka ni.Apakan daya,peluang dah terlepas...

Sepatutnya rakyat Malaysia bergembira kerana Pembangkang diberikan kemenangan kerana jika kalah mereka ni,sampai bila-bila pun mulut diorang takkan berenti nak mengutuk.Tak reti bersyukur ke dengan apa yang BN dah buat dekat Malaysia ni?Apa yang diorang nak lagi?

At least malam ni anggota FRU boleh balik tidur sebab dah takde kerja yang nak dibuat.Mesti ramai brader2 FRU yang lega bila Pembangkang menang,kalau tak aku rasa malam ni mesti diorang tak tidur punya aa nak jaga keamanan negara kita ni.Air pun dapat dijimatkan sebab tak perlu nak spray monyet2 yang merusuh kat jalan raya.

Dah terbukti,pilihanraya kita fair and square.Pembangkang2 lepas ni boleh tak korang duduk rumah diam-diam,jangan nak merusuh ke sana sini.Anwar Ibrahim tu,boleh tak ko diam je,kalau takde benda nak cakap,jangan bercakap je mulut tu.Nizar tu pulak,jangan la bangga sangat,setakat menang satu kerusi,apa cerita?Ko dah la derhaka!Tak reti nak respek Sultan.Nasib la ko menang Nizar,kalau tak habis tersembur air liur ko kat Sultan Perak esok ni.Derhaka betol.Takde tamadun.

Korang ambik la bukit korang tu!Yang penting kitorang dapat Batang.Korang tu batang ade ke tidak oi?

Yang benar,
Sore loser.

April 06, 2009

"Kau Hanya Layak Sebut A,B dan C Sahaja!"


Satu waktu dulu,waktu aku darjah 6, kawan baik aku adalah seorang budak Cina.

Aku jugak pernah suka dengan seorang amoi pengawas sekolah aku,classmate aku.Apa yang membuatkan aku selalu teringat dia adalah bila dia datang sekolah pakai baju kurung bila hari Jumaat.Hahahaha.Kecik2 pun aku dah agak gatal.

Aku pindah sekolah masa aku nak masuk darjah 6 sebab nak kene tengokkan adik aku yang baru nak masuk darjah 1 waktu tu.Jadi,aku kena mula balik suasana baru dalam tahun terakhir sekolah rendah aku.Dalam ramai2 kawan yang aku ada,aku paling rapat dengan seorang budak lelaki Cina ni,member baik aku yang aku takkan lupa bernama Pak Kwan.Aku respek dia dan aku agak jeles dengan dia sebab dia sangat2 tere main badminton dan chess.Dia pulak jeles dengan aku sebab aku nerd,maksudnya aku rajin belajar dan aku siapkan homework on time.Member aku ni dah lama lost contact lepas last sekali aku masuk sekolah menengah.Dia datang melawat aku kat rumah naik bas,kebetulan aku cuti sekolah.Masa membuatkan makin lama aku ngan dia makin jauh sampai tak contact langsung.

Aku masih ingat satu masa dulu,waktu rehat,dia pernah tanya aku,"Kau tak semayang ke?"Waktu tu aku tak tau nak jawab apa lepas tu aku sengih2 je la.Ye la,orang Cina tanya orang Melayu camtu,membuatkan aku rasa segan walaupun aku berumur 12 tahun masa tu.Aku diam je,lepas tu gelak2 sambil pusing-pusing usha gadis-gadis kecil yang aku rasa cute."Kejap lagi aku gi semayang.."kata aku.Tak pegi pun aku lepas tu dan benda yang dia tanya tu sangat2 menghantui aku.

Bila ada seseorang yang beragama lain menanyakan kita soalan mengenai perihal Islam kita, adakah patut kita berasa marah,mengherdik mereka dengan "kau bukan Islam!kau tidak layak berbicara mengenai Islam" atau kita hanya sekadar tunduk membisu seribu bahasa,penuh rasa malu kerana ditegur oleh seorang lelaki Cina mengenai kepercayaan kita.

Malu benar rasanya jika seseorang lelaki Cina yang menegur dan mengingatkan kita mengenai Islam kita.Malu benar orang Melayu jika seorang Cina mampu memperkatakan mengenai Islam,walhal sepatutnya bait-bait kata itu patut diucapkan oleh pengamal ajaran Islam itu sendiri.

Pada aku,tidak ada salahnya jika seseorang bukan Muslim ingin belajar mengenai Islam dan mahu berdialog mengenai Islam,tidak ada salahnya atau cacat celanya pada aku jika seseorang bukan Muslim menggunakan hujah-hujah al-Quran dalam percakapannya,dengan syarat mereka betul2 memahaminya.

Bukankah itu yang kita mahukan?

Kita mahu orang bukan Islam memahami yang Islam itu tidak ekstrim.Islam itu agama yang aman dan adil.Kita mahu rakyat2 bukan Islam tidak terpengaruh dengan dakyah UMNO yang selalu memperkatakan PAS itu ekstremis Islam.Kita mahu orang Cina dan orang India sedar,jika undang-undang Islam dijalankan di Malaysia,sudah tentu tidak akan wujud ketidak adilan dalam politik dan kehidupan.Keharmonian hidup adalah teras kepada Islam.

Jadi,kenapa marah dan jadikan isu besar bila ada orang Cina cuba mempelajari sesuatu dari Al-Quran?Mungkin dia tersilap sebut,tapi adakah dia mempersendakan ajaran Islam?Tidak sama sekali. Mana tahu dari tindakan sekecil ini,pintu hatinya terbuka, diri makin sedar yang Islam itu saksama.Bukankah ini yang kita harapkan?Ruang untuk menunjukkan Islam itu adil sudah wujud,mungkin peluang itu boleh digunakan untuk mendidik masyarakat bukan Islam DAN JUGA MASYARAKAT ISLAM yang undang-undang Islam tidak mungkin ada ruang berlaku penyelewangan.

Sekurang-kurangnya dapatlah dibuka akal mereka sama-sama berusaha membangunkan sebuah kerajaan mengikut tunas-tunas Islam.Mahu harap orang Islam UMNO,terang-terang ramai yang mempersendakan Islam.Lihatlah politik ugutan mereka,bila mereka meminta kerjasama penduduk Bukit Gantang untuk memilih calon yang berkhidmat dengan Kerajaan Pusat agar mudah bantuan dihulurkan.Perangai Islam kah itu?

Tidaklah perlu Nga Kor Meng memohon maaf kepada aku,salah seorang umat Islam, seperti yang disyorkan oleh pihak2 tertentu, kerana pada aku,lebih baik pemimpin lidah bergulung menyebut sesuatu yang baik daripada pemimpin Islam lidah bercabang mematuk rakyat dengan isu "Islam" mereka.

Tidak ada apa yang perlu dimaafkan kerana tidak langsung ada kesalahan dilakukan.
Teruskan mengkaji Al-Quran.

Politik Berkepentingan Perosak Negara


First sekali,tahniah lah kepada PM Malaysia baru iaitu Najib Razak.Walaupun aku tak setuju dengan perlantikan dia kerana terlalu banyak excess baggage, yang dikendongnya,apa-apa pun diharap sekurang-kurangnya stabil la sikit Malaysia ni sehinggalah tahun 2013 nanti.Jadi,ramailah yang gembira bila Najib umumkan langkah-langkah pertama yang akan dibuatnya:

1) Penarikan balik larangan pengeluaran Harakah dan Suara Keadilan

Apa yang aku nampak di sini,oleh kerana ingin mewujudkan suasana yang kononnya adil dan saksama,Najib telahpun menarik kembali larangan yang baru sahaja berkuatkuasa pada 23 Mac lalu.Apa point larangan tu dikeluarkan kalau seminggu lepas tu dah ditarik balik pulak?

Adakah larangan itu dikeluarkan pada 23 Mac lalu semata-mata untuk membuatkan Najib ada benda yang boleh dilakukan untuk menabur jasa kepada pembangkang ketika mula menjadi PM?

2) Pembebasan tahanan ISA seramai 13 orang termasuk 2 pemimpin Hindraf

Yang ni memang nampak sangat sebab terdesak.Nampak sangat Najib berbuat begitu sebab nakkan sokongan orang-orang India dalam pilihanraya kecil ni.

Tindakan Najib juga membuktikan,ISA ni disalah gunakan.Maksud aku,rakyat-rakyat boleh ditangkap dan boleh dilepaskan sesuka hati bapak mereka.Kalau betul mereka ni pengancam negara,kenapa pula tiba-tiba boleh dilepaskan begitu saja?Kalau mereka ni tak bersalah,kenapa pula pada peringkat awal mereka ditangkap?

Apakah nasib tahanan ISA ni?Hidup mereka sudah hilang tempoh akibat ditahan tanpa sebab,kemudian dengan tiba-tiba dibebaskan.Apa yang kerajaan nak cuba capai dengan tindakan-tindakan tak berperi kemanusiaan seperti ni?Adakah hidup rakyat boleh dikawal sebegitu rupa?Nak tangkap mereka tangkap,nak bebaskan mereka bebaskan.

Jika ada rakyat yang tertipu dengan permainan silap mata camni,cubalah,fikirkan nasib anda jika anda berada di tempat tahanan ISA tu.Tiba-tiba ditangkap,kemudian dibebaskan.Patut ke anda berterima kasih kepada kerajaan jika anda dibebaskan,padahal yang menangkap anda juga adalah pihak2 yang sama iaitu kerajaan Malaysia?Adakah kerajaan ingat rakyat ini catur yang boleh disimpan di dalam stor dan boleh dikeluarkan jika ingin bermain di kala bosan?

3) Menyemak semula Akta Keselamatan Dalam Negeri

Hah!Setakat semak buat apa.Lupuskan saja.Apa guna ada mahkamah kalau mahkamah boleh dibypass,tanpa perlu perbicaraan,hukuman sudah boleh dijatuhkan?Mana keadilan jika seseorang itu boleh dituduh berbahaya padahal tidak ada pun bukti dan ancaman yang dikeluarkan?

Ada sesiapa di sini yang merasakan tindakan Najib Razak ini suatu contoh amalan mulia?Sila tune balik kepala anda,jangan tertipu.Semua tindakan ini puncanya datang daripada kerajaan itu sendiri dan apa yang mereka sedang buat hanyalah menggunakan helah mereka,menggunakan taktik mengambil hati orang menggunakan platform "keadilan."Adakah mereka fikir kita bodoh dan tidak sedar yang tindakan-tindakan yang perlu dibuat Najib ini puncanya juga dari mereka sendiri?

Jika mereka tak tangkap,mereka tak perlulah membebaskan.
Ingat rakyat-rakyat ini masih lagi wujud dalam zaman batu?Tidak boleh berfikir?

Mungkin kepada yang bersyukur kerana Najib mengambil tindakan ini,bersyukurlah kerana tahanan ISA itu sudah dibebaskan dan Harakah serta Suara Keadilan boleh didapati semula.Tapi janganlah anda bersyukur dengan tindakan Najib.Najib tidak perlupun bertindak sedemikian rupa jika benar kerajaan itu adil.Takde isu,kerajaan buat isu.Bila isu jadi besar,kerajaan gunakan isu untuk kepentingan mereka.

Sampai bila nak biarkan camni?Kerajaan ingin mewujudkan isu keadilan selepas mereka mengambil tindakan yang bercanggah dengan keadilan itu sendiri.Samalah seperti rumah anda dibakar seseorang,anda tahu siapa tukang bakarnya dan tiba-tiba tukang bakar itu datang menghulurkan sebaldi air kepada anda sambil membantu anda memadamkan api,buat-buat muka concern.

Hanya mereka yang tak mampu berfikir aje yang bersyukur dengan wujudnya kerajaan seperti ini.Bila rasa terancam,mereka ambil tindakan keras.Bila rakyat mula mengancam,mereka buat u-turn,tukar ancaman jadi proses keadilan.Kenapalah masih ada rakyat yang tak dapat bukak mata untuk lihat benda-benda ni?Adakah sebab mata kena tutup dengan beberapa helai duit Rm50?

Dan apa benda "One Malaysia" ni?Selama lebih 50 tahun kemerdekaan,Malaysia ada banyak ke?Adakah Najib mengakui yang kerajaan sebelum2 ni tak berjaya menyatukan Malaysia jadi sekarang dia baru nak buat?Baru terasa kepentingan sokongan semua kaum sekarang ni?Melayu dulu-dulu boleh la kelentong.,undi Melayu je dulu dah cukup nak menang pilihanraya.Sekarang tak dapat Jib.Ini zaman teknologi maklumat.Sungguh sungguh crap samalah crap macam berita-berita tahi di RTM1 dan TV3.CRAP GILA BERITA SEKARANG NI!Aku percaya berita sukan je.Itupun kadang-kadang sangsi bila ada muka Khairy Jamaluddin cerita pasal bola sepak.

April 04, 2009

Surat Kurang Ajar Kepada Orang Kurang Ajar

Saudara Castro,

Aku tak kesah lah ko sesape pun.Ko ni dari Unit CYber UMNO ke,dari JPM ke,dari MyKMU ke atau kau memang rasa diri kau bagus.

Tapi bile ko cakap pasal "sebab orang cina dan india tu bersatu dengan org melayu sebab duit tu,"...membuatkan aku sangat kecewa dengan pemikiran kau yang sangat dangkal itu.(dangkal=cetek,tak dalam)

kau tak lalui benda tu.kau tak rasa mcm mana diorang rasa.ada ke TV tunjuk samseng tu datang pukul dan polis tengok aje dari atas flyover?

ada diorang cerita pasal kamera reporter kena pecah?
ada,memang ada,tapi diorang laporkan penduduk Bukit Mahkota yang pecahkan.

aku ingat ko intelek sebab ko cakap blog aku bodoh,tapi kalau mcm gini la pemikiran dan hujah yang mampu keluar dari penyokong2 kerajaan,aku rasa aku takdelah sebangang mana pun,at least aku ada gak la point.

Aku ada sebab dan alasan kenapa aku perjuangkan benda ni.untuk kita semua jugak,kau,aku,keluarga,saudara mara,atuk,nenek,rakyat semua dan aku pun mcm korang jugak.aku bukan nye "golongan successful" macam menteri2 yang kau kagumi tu

kau?
kau hanya pandai nak backing kerajaan tanpa kau sedar yang selama ni kau pun terlibat sama dalam isu2 yang aku selalu bising.kau tak sedar ke?semua point yang aku tulis,aku ulang2 tulis benda sama dan semua benda tu melibatkan peringkat KITA,sebab kita sama level,seorang rakyat biasa.

Sebagai seorang rakyat,KAU KENA SEDAR HAK KAU!SEBAB KAU ADA HAK UNTUK DAPAT SEMUA YANG PEMBANGKANG PERJUANGKAN.KO INGAT PEMBANGKANG NI KERJA DIA HANYA NAK JADIKAN ANWAR PM?

Bayangkan Anwar tak pernah kata dia mampu turunkan harga minyak?Kau rasa nak ke kerajaan "bermesyuarat panjang" dan "buat kajian" nak turunkan harga minyak?

Mula-mula aku ingat aku nak berbincang dengan ko elok-elok,sebab ko cakap ko intelek dan ko dah keje,jadi aku assume ko dah matang.tapi kalau itu aje point yang kau mampu bagi,"melayu cina india bersatu sebab duit"...ko janganlah datang lagi melawat.aku tak perlukan golongan intelek macam kau.

kau suruh aku bukak otak aku?
KAU?ENGKAU?

Kau yang patut buang dulu semua sampah sarap propaganda dari kepala ko dan jangan fikir pasal kerajaan.fikirlah pasal kau,bakal bini kau,bakal anak kau dan kehidupan2 kau yang akan datang.cubelah tanya2 member2 ko yang dah kawin tu (kalau ada),mcm mana diorang survive kat Malaysia ni.Nampak tak aku gunakan perkataan SURVIVE tu.

kalau kau nampak ada satu family naik motor sambil dukung anak-anak,ko cube tahan dia dan tanya,"Pakcik,kenapa pakcik tak beli kereta Proton?bukan ke proton tu kereta rakyat?Kenapa tak naik teksi je pakcik?Bukan ke lagi selamat naik teksi?"

ko dah membuktikan dekat aku blog-blog penyokong kerajaan takde satu pun yang boleh pakai,sebab ko tak bagi contoh langsung bila aku mintak.sebab selalunya penyokong-penyokonh Kerajaan memang takde point,asyik2 Al Juburi,asyik2 Hadi Awang gaduh ngan Nik Aziz,asyik2 DAP kurang ajar.Cuba la bagi point yang berfaedah sikit nak dibincangkan.

ko ingat aku suka cakap benda2 camni?janganlah nak kata orang tu bodoh suka hati.Aku tau KO HEBAT GILA sebab ko mengaku ko hanya sentuh surface aje hujah2 ko ni,fikiran ko sangat2 mendalam,tak masuk detail lagi.takpelah,aku masih menunggu bila masa ko nak sentuh surface tu sebab pada aku,kau takde point.Yang aku paling tak faham,ko masih BOLEH BERLAGAK walaupun sebenarnya KAU MEMANG TAKDE BENDA BERNAS LANGSUNG NAK DICAKAPKAN.Baik kau diam je dan pegi baca blog2 INTELEKTUAL GILA KAU.

selamat malam
ciow!


Komen saudara Castro -

CASTRO ko bagi statement pakai otak juagk bole? aku bagi on the surface je..belum lagi detail. takut ko x termampu nak ikut sebab fikiran ko tu cetek

CASTRO pasal tol g.saga..korang x nmpk ke yg cina and india unite dgn malay pasal apa? xke pasal duit? buta ke apa..it is true kerajaan dpt konsesi..

CASTRO tapi duit tu kerajaan pakai utk apa x pkir ke? buka mata la! jgn jadi buta..

CASTRO kalau kene keluar x bole guna teksi? tumpang kawan? aku pengguna public transport kalau korang nak tahu,so far so good xde maslah

...dan banyak lagi komen2 intelektual daripada bakal Sasterawan Negara,Saudara Castro yang telah hilang luput ditelan zaman.Ruginya rasa komen2 bernas hilang begitu saja.

April 03, 2009

Ruangan Berdebate Sempena Kemangkatan Demokrasi Malaysia

Kepada yang nak berdebate-debate kat sebelah ni (ruang shout tu) aku mintak kita berdebate dekat komen post ni.Sebab kat situ bole save 2 page je komen,kat sini takde limit.Jadi,apa kata,kita berdebate kat sini,ye?

Jangan mencarut,jangan maki hamun.
Kalau ada pandangan,sila bagi hujah sokongan anda.

Selamat berbicara!

Yang benar,
Mantot

Sesuatu Yang Aku Terlepas Pandang

Tiba-tiba sahaja peguam Zulkifli Nordin, 45, membuat kejutan apabila menarik diri dari menjadi peguambela tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri dalam perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu. Alasan yang beliau berikan adalah kerana ‘gangguan pihak ketiga’.Di Mahkamah Tinggi Shah Alam itu juga Zulkifli membuat kenyataan media mengatakan bahawa pertukaran pembelaan yang dibuat oleh Cif Inspektor Azilah Hadri akan memberi ‘manfaat dan melindungi pihak ketiga’.

Siapakah pihak ketiga yang dimaksudkan oleh peguam lulusan dari Universiti Wellington, New Zealand ini?Biarpun terpaksa menyembunyikan banyak perkara tetapi beliau tidak menolak untuk ditemubual.
"Kes Altantuya ini akan menjadi seperti kes Anwar Ibrahim. Banyak perkara ‘ajaib’ yang menguntungkan ‘pihak ketiga’ akan berlaku” Ujar beliau. Ikuti temubual bersama peguam Zulkifli Nordin.SUARA KEADILAN [ 3-17 JULAI 2007]

SK : Bagaimana saudara boleh terlibat dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya?

Ketika kes ini mula terdedah dan tertuduh pertama iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri sudah ditahan, sepupu beliau yang juga merupakan seorang pelajar yang sedang membuat chambering di sebuah firma guaman datang berjumpa dan meminta saya mengambil kes ini.

Selepas diperkenalkan, saya dan keluarga Azilah pergi ke penjara Sungai Buloh untuk bertemu dengan Azilah dan berbincang mengenai perlantikan saya sebagai peguam.

Sebaik sahaja bertemu, saya rasa pernah melihat dia tapi saya lupa di mana. Tapi setelah Azilah memberitahu bahawa beliau adalah pegawai pengiring Anwar ketika hari pembebasan Anwar baru saya ingat pernah melihat Azilah di mahkamah.

SK : Berdasarkan pemerhatian, bagaimana saudara melihat Azilah.

Semasa pertama kali bertemu di penjara, saya lihat karektor beliau sebagai seorang yang susah nak percaya kepada sesiapa.Beliau kelihatan murung dan ketakutan. Jadi pertemuan dengan beliau harus dilakukan banyak kali untuk menyakinkan beliau bahawa saya benar2 seorang peguam.Beliau merasakan bahawa beliau teraniaya dalam kes ini. Kes ini kes besar. Kes bunuh.

Bila seseorang yang dituduh membunuh dan merasakan dia sudah teraniaya, memang susah untuk individu tersebut percaya kepada orang lain kerana dalam fikiran mereka semua orang mahu menganiaya dirinya.

SK : Bagaimana saudara yakinkan Azilah bahawa saudara tiada niat menganiaya beliau?

Saya beritahu Azilah bahawa saya benar2 seorang peguam bukan wakil dari pihak lain yang terus menerus yang mahu menganiaya beliau. Saya beritahu dia saya Zulkifli Nordin, peguam yang turut terlibat semasa perbicaraan Anwar Ibrahim.
Pada awalnya Azilah cuma melantik saya sebagai peguam ketika sebutan pertama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Selepas itu barulah Azilah melantik saya sebagai peguam beliau untuk perbicaraan kes ini.

Selepas sebutan pertama itu, saya sering bertemu Azilah di penjara Sungai Buloh. Setiap minggu saya akan ke sana bertemu Azilah untuk berbincang dengan beliau dan untuk mengetahui perkara sebenar yang terjadi.

SK : Adakah Azilah menceritakan kepada saudara apa sebenarnya berlaku?

Ya. Segala2nya diceritakan. Biarpun pada awalnya beliau cuma menceritakan secara kasar dan banyak memberikan bukti secara bayangan sahaja tetapi selepas dua atau tiga pertemuan barulah dia menceritakan secara jelas apa yang berlaku.

Sebagai peguam saya perlu mendapatkan maklumat yang lengkap dari anak guam saya untuk memudahkan saya melakukan pembelaan terhadap beliau bila perbicaraan dimulakan. Terlalu banyak perkara yang beliau ceritakan kepada saya.

SK : Apa latar belakang Azilah?

Beliau menyertai UTK pada tahun 1997. Dalam UTK dipecahkan banyak unit. Antara unit2 itu adalah unit keselamatan kepada menteri dan Azilah dari unit keselamatan kepada Timbalan Perdana Menteri. Azilah bertugas sebagai OCBG (Officer in Charge Body Guard) kepada TPM.

OCBG adalah ketua kepada unit ini. Sehari sebelum tarikh Altantuya dikatakan dibunuh iaitu pada 18 Okt 2006, Azilah mengiringi TPM di Kuala Lumpur.

SK : Bagaimana sikap keluarga Azilah?

Saya mendapat sokongan sepenuhnya dari keluarga Azilah. Mereka mahukan saya melakukan yang terbaik untuk beliau.

SK : Macam mana dengan orang ramai dan pihak2 lain?

Orang ramai juga memberikan sokongan kepada saya. Mereka sangsi terhadap kes ini. Dari awal lagi orang ramai sudah mengesyaki bahawa kes ini melibatkan pihak lain yang mempunyai kepentingan dalam politik. Jadi mereka mahukan saya membongkar kes ini agar orang yang bertanggungjawab menerima hukuman.

Ada anggota UTK turut memberikan sokongan kepada saya kerana Azilah dari UTK. Mereka tidak mahu nama baik mereka tercemar. Ada anggota UTK menawarkan saya pengawalan peribadi kerana mereka bimbang ada pihak yang akan mencederakan saya dan juga keluarga saya.

SK : Maksud saudara orang ramai dari awal mengesyaki ada pihak lain yang terlibat dalam kes ini?

Ya, kerana mereka tahu UTK hanya akan bertindak jika mendapat arahan. Azilah adalah anggota UTK, dia tidak akan mengeluarkan arahan kepada orang bawahannya jika beliau tidak menerima arahan dari pihak atasan.

Dan bagi orang ramai jika kes ini tidak melibatkan orang yang berkepentingan politik, UTK tidak akan digunakan. Penggunaan bom C4 juga tidak menimbulkan kesangsian pada orang ramai. Semua orang tahu bom C4 hanya digunakan oleh tentera dan bukan UTK. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh meluluskan penggunaan bom ini.

SK : Selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan tarikh bicara pada 18 Jun, saudara telah menarik diri. Mengapa?

Saya memutuskan untuk menarik diri dari menjadi peguam kepada Azilah kerana saya tidak bersetuju dengan keputusan beliau mengubah strategi pembelaan di saat akhir dengan menggunakan kaedah pembelaan …….

Sepanjang mengambil kes ini, telah 12 kali saya mengadakan pertemuan dengan Azilah dan pada awalnya dengan seorang lagi tertuduh Sirul (Azhar Umar). Pada mulanya beliau bersetuju untuk menggunakan strategi pembelaan yang saya cadangkan.

Semuanya berjalan baik sehinggalah pada dua pertemuan akhir, saya terhidu sesuatu yang tidak kena. Dalam dua2 pertemuan tersebut, tiba2 Azilah memaklumkan bahawa beliau ingin menukar strategi pembelaan.

Saya mula mengesyaki ada pihak tertentu di belakang semua ini. Beliau memberitahu bahawa beliau kini mempunyai………Dan terperanjat kerana ini tidak dimaklumkan dalam pertemuan sebelum ini. Strategi ini akan merosakkan strategi awal yang telah dipersetujui bersama.

Ia juga akan memberi kelebihan dan perlindungan kepada pihak ketiga. Bagaimana pun sebagai peguam, saya akur dengan kehendak anak guam saya. Oleh itu saya membuat keputusan untuk menarik diri kerana ia bertentangan dengan prinsip dengan ‘gerak hati’ saya.

SK : Siapa pihak ketiga itu?

Itu tidak boleh saya bagitahu.

SK : Apakah insiden seperti pertukaran mahkamah, hakim dan peguam adalah sesuatu yang biasa terjadi?

Bila kita lihat pada kes Altantuya ini, banyak berlaku pertukaran seperti pertukaran mahkamah dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke Mahkamah Tinggi Shah Alam sedangkan pertuduhan dilakukan di Kuala Lumpur.

Insiden pertukaran hakim juga terjadi, dari hakim kanan (KN Segara) ditukar kepada seorang pesuruhjaya kehakiman atau pelatih hakim, Mohd Zaki Md Yassin. Kemudian berlaku juga pertukaran peguam Razak Baginda, daripada Muhammad Shafie kepada Wong Kian Kheong.

Sedangkan semua orang tahu kehebatan Muhammad Shafie berbanding Wong. Wong Kian Kheong merupakan peguam dari firma Tetuan Hishamuddin Hussein dan Hishamuddin merupakan sepupu kepada Najib Tun Razak.

Kali terakhir berlaku pertukaran hakim, mahkamah dan peguamialah dalam kes Anwar Ibrahim, lapan tahun lalu.

SK : Sebagai seorang peguam, apa pendapat saudara mengenai pertukaran pasukan pendakwa dalam kes ini?

Sejak kes pembunuhan Norita Samsudin, Peguam Negara telah menubuhkan satu unit khas yang baru dan dipanggil Unit Kes Terkelas.

Unit ini ditugaskan untuk menguruskan kes2 yang berprofil tinggi. Unit ini diketuai oleh seorang pendakwaraya yang paling kanan (Salehuddin Saidin) dan tumpuan diberikan kepada kes yang berprofil tinggi.
Kes Altantuya ini diuruskan oleh mereka kerana kes ini merupakan kes yang berprofil tinggi.

Bila berlaku pertukaran, kita mengagak pertukaran berlaku di antara pendakwa dari unit pendakwaan, tetapi apa yang berlaku ialah pertukaran dilakukan dengan mengambil pendakwa yang menguruskan bahagian awam (Tun Majid Tun Hamzah). Tidak pernah berlaku pertukaran pihak pendakwa semasa kes berjalan.

SK : Jika seseorang peguam mempunyai pertalian darah hakim, apa yang patut dilakukan?

Sama ada peguam itu akan tarik diri atau hakim tersebut yang akan tarik diri, jika tidak ini mengundang persepsi buruk masyarakat.Dari segi etika, tidak wajar jika seorang hakim dan peguam yang mempunyai hubungan keluarga menguruskan kes yang sama dalam satu2 masa.

Sedangkan dalam kes Altantuya ini juga, Peguam Negara membuat keputusan menukar pasukan pendakwa Salehuddin Saidin dan Noorin Badaruddin kepada Tun Majid Tun Hamzah dan Manoj Kurup kerana Salehuddin dikatakan pernah dilihat bermain badminton bersama hakim perbicaraan, Mohd Zaki Md Yassin.

Itu cuma bermain badminton ditukar tetapi yang mempunyai hubungan persaudaraan tidak ditukar.

SK : Pendapat saudara mengapa perkara ini berlaku?

Di Malaysia, Peguam Negara terlalu berkuasa hingga melebihi kuasa hakim, dan Jabatan Peguam Negara pula diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sepatutnya kita mengambil contoh negara lain yang meletakkan Peguam Negara di bawah Parlimen.

Jadi kalau ada apa2 perkara yang meragukan seperti kes ini, pihak pembangkang boleh bertanya terus kepada Peguam Negara bukan bertanya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang kadang kala tidak tahu prosedur undang2. SK