Memaparkan catatan dengan label Cerpen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerpen. Papar semua catatan

Disember 29, 2015

Cerpen : Najib Tidak Layak Memimpin Kerana Rosmah Freehair

Azman menjinjing cawan berisi air sirap. Lalu dia duduk di sebelah rakan baiknya yang sudah lama tak berjumpa.

"So, Man, aku dengar kau dah jadi ahli surau sekarang?" tanya Halim.

Azman hanya senyum. Dia memandang puluhan rakan-rakannya yang dari tadi tidak henti-henti mengimbau kembali memori lama zaman persekolahan mereka dulu.

"Boleh la sikit-sikit Lim," Azman tersenyum melihat cikgu-cikgu beliau yang ramai sudah pun berpencen dan berehat. "Tak sangka aku ramai jugak kawan-kawan kita yang berjaya jadi orang besar kerajaan."

"Hahahaa, tu la bro, aku malas nak cakap banyak, tapi apa kebangangnya diorang ni, boleh sokong Najib? Hello? 2.6 billion bro?" gelak Halim. Ada beberapa orang rakan sama kelas mereka yang berpaling ke belakang.

"Slow sikit bang, sensitif tu," bisik Azman.

"Ah, hanya manusia bodoh aje yang akan percaya apa si Najib tu kata, apa logiknya duit tu derma? Mana logik? Tak ada orang yang sebaik tu nak saja-saja derma duit dekat kita la bro," Halim berhujah.

"Wallahuallam bro," Azman tersenyum.

"Kau ni dah jadi macai la ni kan?" tanya Halim.  Azman mengerutkan dahi.

"Huh? Bila masa pulak?" nafi Azman.

"Aku memang dari dulu lagi tak pernah mau si Najib ni jadi PM. Tah hapa-hapa. Semua benda spoon feed. Bapak punya legasi, anak dapat nama...dah la bini dia satu hal..." rungut Halim.

Azman senyum. "Apa masalah bini dia bro?" tanya beliau.

"....Kau boleh tanya aku? Kau tengok la sendiri, boros, nak menyibuk, suka masuk campur urusan negara, nak glamour, muka dia pun aku tengok tak lalu, tu rambut tu satu hal, duk tayang rambut dia aje, tudung tak reti pakai," Halim menghelakan nafas. Naik darah dia.

"Rilek woi....kau ni pun, kita dah 37 dah ni...kesihatan kena jaga," Azman menenangkan rakannya.

"Malu bang PM duk gebang pasal Islam, tapi bini dia duk tayang rambut. Pada aku, tak layak dia jadi pemimpin kita, kalau keluarga dia sendiri pun dia fail nak jaga. Takkanlah dia tak sedar orang kutuk-kutuk dia pasal isu rambut dia tu?" terang Halim.

Azman hanya tersenyum lagi. Dia tak mampu nak berkata-kata dengan hujah sebaik Halim. "Bro, jap eh. Aku gi jumpa Farid jap kat situ," Azman bangun lalu berjalan ke arah Farid.

Halim melihat Azman seperti berbisik kepada Farid sesuatu. Lalu Azman pergi mengambil hidangan yang telah disediakan pihak hotel. Farid berbisik sesuatu kepada isterinya, lalu dia bangun, melangkah ke arah Halim.

"Lim, Azman kata, kau cakap, aku gagal jaga keluarga aku, sebab isteri aku tak pakai tudung. Betul ke?" tanya Farid.

Halim terdiam.

"Cilakak kau Man..." Halim berbisik kepada dirinya sendiri. Nasib baik telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.

"Jap eh Farid..." Berpeluh Halim memikirkan cara nak melarikan diri.

Mesej dari Azman rupanya.

"Kita kena kumpul keberanian untuk tegur kawan-kawan kita dulu sebelum kita tegur pemimpin. Good luck. :D "

Farid berdiri di depannya.

"Err..." Halim gelabah. Matanya liar mencari Azman, si ahli surau.

Januari 21, 2015

Sebuah Cerpen Cinta Ringkas Dikarang Dengan Kata Kunci Yang Tak Asing Dalam Penulisan Kisah Lucah Melayu

Raba

"Ada ke?" tanya Anisah. Ahmad meraba-raba dalam poketnya sambil diperhatikan Anisah. Dia dah agak gadis itu akan kembali keeseokannya mencari kerongsang yang kini berada dalam poketnya.

Gentel

Ahmad menggentel kerongsang berbatu hijau Anisah dijari dalam poketnya. "Ada," angguk Ahmad. Anisah memandang penuh rasa syukur.

Ramas

Lega hati Anisah. Dia menjenguk ke dalam beg tangannya. Beberapa gumpalan wang kertas RM10 yang diramas sebelum dicampak ke dalam tas tangannya kelihatan.

Sedut

"Baru aje keluar duit semalam, dah nak habis dah duit aku, macam kena sedut dengan vakum," renung Anisah dalam hati.

Mengendap

Rakan Ahmad mengendap dari tingkap keretanya. Sudah agak lama Ahmad berdiri di depan gadis tersebut untuk memulangkan kerongsang yang dijumpainya semalam.

Gebu

"Turun beli pau kacang sedap jugak ni, dah la gebu-gebu belaka pau sini," fikir Wan lalu mematikan enjin kereta sebelum melangkah turun.

Lazat

"Ya dik. Mau makan apa? Sini semua makanan lazat-lazat semua!" sapa pelayan Indonesia kedai makan tersebut.

Basah

"Mee goreng basah ada, nasi goreng kampung ada, nasi padang ada, mee kolok ada, bihun singapore ada," sambung kakak pelayan tersebut.

Jolok

"Apa? Mee jolok?" tanya Wan kehairanan. Dia tak pernah dengar lagi ada mee jolok. Mungkin resipi tradisi Indonesia. Kakak itu tersenyum. "Mee kolok lah.."

Tebuk

Durrr! Durr! Bunyi gerudi menebuk dinding membuatkan Ahmad dan Anisah berpaling ke belakang. Seorang pekerja kedai menggantungkan menu yang kemas dibingkaikan ke dinding.

Lubang

"Nasib baik awak jumpa kerongsang saya. Saya pun tak sedar rupanya tas tangan saya dah berlubang, Arwah mak saya yang bagi tu, peninggalan moyang saya tu," Anisah menceritakan kisahnya kepada Ahmad.

Betik

"Biar betik! Dah berapa tahun dah kerongsang ni?" kata Ahmad sambil membelek kerongsang tersebut.

Tembikai

Ahmad lihat warnanya hijau cantik, seperti warna tembikai yang masak ranum, lalu tangannya menghulurkan kerongsang itu pada Anisah.

Batang

Wan memasukkan batang penyedut minuman ke dalam air teh o ais yang dipesannya. Sedikit disedut, terus lega rasa tekaknya menunggu Ahmad yang masih belum selesai cuba ajak perempuan bercinta.

Panjang

"Berbual panjang nampak!" Remy datang mendekati Ahmad. "Dah dapat dah kerongsang awak?" tanya Remy kepada Anisah. Remy menjeling Ahmad.

Tegang

Suasana menjadi tegang. Ahmad sedikit gementar melihat Remy yang badannya nampak seolah banyak menghabiskan masa di gimnasium.

 Hisap

"Bro, rokok?" tanya Remy sambil menghulurkan kotak rokok berjenama John kepada Ahmad. Ahmad menolak dengan sopan. "Tak, saya tak hisap rokok."

Dayung

"Ok lah. Jom, I nak ke kelas dayung kanu sekejap lagi," pinta Remy berbisik kepada Anisah. Anisah mengangguk. Anisah menghulurkan RM30 kepada Ahmad. "Nah, hadiah dari saya."

Henjut

Wan memandang dari jauh. "Jangan tolak Mad. Rezeki datang kena henjut," pesan Wan kepada Ahmad secara telepati.

Jilat

Ahmad menjilat bibirnya. "Rezeki ni. Lepas jugak kalau aku beli buku CursingMalay jilid 1 terbitan DubookPress sekali dengan CD lagu Mantot. Ngam-ngam RM30 termasuk Pos."


Januari 19, 2015

Cerpen - Zanariah Anak Derhaka Yang Tidak Komited

"Bukannya ayah tak bagi Zana kawan dengan dia. Cuma sekarang ni bukan masanya lagi."

Haji Kasim meneguk kopi panas dengan perlahan. Bibirnya sedikit melecur tapi ditahan sahaja kerana hatinya sedang berkecamuk. Makcik Leha melihat dari tepi sahaja, dia tak mahu masuk campur. Keputusan ini biarkan suaminya yang tentukan.

"Ayah dah baca semua mesej-mesej kamu dengan kawan kamu, Zana.." beritahu Haji Kasim.

"What! Ayah tak ada hak tau! Ayah dah masuk campur privasi Zana!" Zanariah meninggikan suara. Dia betul kecewa tindakan ayahnya itu.

"Ayah! Zana dah besar! Zana dah 19 tahun. Dengan siapa Zana nak berkawan, itu hak Zana! Ayah tak boleh masuk campur! Mak, tolonglah sokong Zana mak!" rintih Zana kepada ibunya. Makcik Leha hanya merenung Zana sambil tersenyum.

"Ini antara kamu dengan ayah, Ana. Kamu bawah tanggungan ayah," beritahu  Makcik Leha.

Zanariah mendengus. Hatinya geram.

"Ayah bukannya tak bagi, cuma ayah tengok si Boy kawan Ana tu, ayah tak berapa suka dengan perwatakan dia, dia kan dah terkenal dengan perangai samsengnya," pesan Haji Kasim. "Ramai lagi lelaki yang Ana boleh kawan, Ana. Dia, abah kenal benar lelaki jenis Boy tu Ana."
Zanariah memusingkan kepalanya apabila sedar ayahnya merenung tepat ke wajahnya.

"Apa ayah? Hati baik? Ada kerja tetap? Memang dia nampak seperti kutu rayau ayah, tapi dia ada visi. Dia ada hasrat. Dia nak sambung belajar dekat politeknik tahun depan," terang Zanariah. Haji Kasim mendengar dengan tekun.

"Zanariah anakku..." Haji Kasim diam.

"Jiran-jiran ada cerita, mereka nampak Ana dengan Boy naik motor sama-sama, jalan peluk-peluk pinggang dekat pekan, ayah tak nak percaya Ana...sebab ayah tau Ana anak ayah," Haji Kasim memandang ke arah lain. "Tapi ayah dah nampak sendiri depan mata ayah sendiri apa yang Ana dengan Boy buat, itu bukan kawan loagi dah Ana, itu dah macam suami isteri."

Tangan Haji Kasim menggigil mengangkat cawan kopi.

"Ayah tak benarkan Ana jumpa dia lagi, Ana." Haji Kasim menghirup kopi, melegakan sedikit tekak yang meronta-ronta.

Zanariah menangis tersedak-sedak. Makcik Leha menghampiri anaknya lalu diurut belakang anaknya yang bernafas kencang. "Sabar nak, ini semua untuk masa depan Ana juga. Kita orang Islam, kena jaga agama kita."

Zanariah merenung ibunya. Matanya merah.

"Balik-balik agama! Balik-balik agama! Memang betullah macam kata Abang Boy! Ayah dengan ibu perasan alim," Zanariah mengamuk.

"Astaghfirullah Ana, ingat Tuhan, Ana," Makcik Leha cuba menenangkan Zanariah tapi tangannya ditepis.

Zanariah bangun.

"Ana nak keluar rumah. Ana nak duduk tempat lain! Selagi ayah dengan ibu tak dapat terima Abang Boy selagi itulah Ana takkan balik rumah ni!" Makcik Leha menggeletar. Haji Kasim melihat setiap gerak geri anaknya dengan mata yang terbuntang luas. Dia tak sangka akan ke tahap itu pertelingkahan mereka.

Zanariah melangkah membuka pintu lalu berlari keluar. Dia cuba dikejar Makcik Leha tapi apakan daya tenaga si tua dapat mengatasi kuasa si muda. Makcik Leha termengah-mengah berlari mengejar tetapi akhirnya Ana hilang dari pandangan. Dia pun melangkah kembali ke rumahnya.

Haji Kasim masih lagi duduk di tempat yang sama sambil menghirup kopi panasnya.

"Abang tak sayang anak abang ke?" jerit Makcik Leha.
Haji Kasim hanya diam.

................

"Abang Boy, jauh lagi ke bang?" mesej Zanariah.

"Jauh lg, tunggu skjp!" balas Boy.

Zanariah lega mesejnya dibalas segera. Boy memang cekap mengendalikan motorsikal LC nya sambil menaip mesej ditelefon. Dia menunggu di perhentian bas itu sudah hampir setengah jam. Perasaannya berkecamuk.

Dia tau dia perlu keluar rumah untuk mencari hidupnya sendiri kerana ayahnya yang terlalu mengongkong membuatkan dia jadi canggung.

"Nanti-nanti aku minta maaf ayah, ibu.." fikir Ana.

Jarinya kembali menaip di skrin telefon. "Dah dkt mana?" Butang send ditekan.

Dari jauh dia nampak motorsikal Boy. Boy pula yang baru menerima mesej memeriksa telefon. Matanya dialihkan sebentar dari jalan.

Ana menjerit. Boy tak sedar ada kereta sedang mengundur. Disapunya sedikit bahagian belakang kereta tersebut. Nasib baik perlahan. Ana berlari ke arah Boy pantas.

"Abang Boy! Abang Boy! Ya Allah! Ya Allah!" Ana menjerit.

Boy bangun. Kepalanya masih lagi memproses apa yang berlaku. "Aduh mak ai! Motor gua! Bodoh ke woi!" Maki Boy kepada pemandu kereta tersebut.

"Nasib baik Abang Boy ok..." bisik Ana dalam hatinya.

Selepas bertenang dan dibayar hampir RM300 untuk kerosakan dan rawatan kecederaan, Boy dan Ana duduk di perhentian bas. Dia menceritakan segala yang berlaku kepada Boy.

"Abang faham Ana...cuma sekarang ni, sebab dah kes kecemasan ni, kita kena lakukan apa yang kita perlu lakukan," terang Boy.

Ana mengangguk.

....................

Pintu rumah Haji Kasim diketuk.

Haji Kasim membuka pintu. Dia lihat anaknya sedang berdiri di luar. "Ayah, maafkan Ana ayah!" Zanariah menghulurkan tangannya. Haji Kasim menjenguk ke luar tanpa menyambut salam anaknya.

"Assalamualaikum Pakcik!" kata Boy sambil menghulurkan tangannya.

Haji Kasim hanya diam. Kaget Boy.

"Abang Boy eksiden tadi ayah," Zanariah cuba memancing simpati. "Dia nak mintak tolong ayah hantar dia balik rumah dia, motor dia rim bengkok tak boleh jalan dah."

Haji Kasim terus memandang Boy yang berdiri tersengih di luar pintunya.

"....Errmmm...Pakcik?"

Boy memaksa dirinya tersengih.

Januari 22, 2013

Cerpen : Rina dan Rizal Bersarapan Cucur Udang dan Teh Tarik

"Abang, sarapan dah siap!" panggil Rina dari belakang rumah. Lalu dia keluar dari dapur sambil mengangkat satu talam besi berisi dengan cucur udang dan sos kegemaran Rizal. Bau air teh tarik satu jag yang sudah diletakkan tadi menusuk hidung dengan aroma yang wangi dan memanggil-manggil.

Rizal bangun dari sofa lalu melipat kemas akhbar yang baru dibacanya. Dia senyum melihat Rina lalu menarik kerusi, bingkas diduduknya. Jam pada waktu itu hampir jam 8 pagi. "Cucur udang special!" Rizal gembira apabila melihat Rina meletakkan pinggan berisi cucur udang dengan udang seekor-ekor jels kelihatan melekat garing.

"Jadi ke production hari ini?" tanya Rina sambil menuangkan teh tarik ke gelas Rizal. Rizal termenung seketika. "Ak aah, jadi. Baru pagi tadi produser mesej abang kata semua on..."

"Uhmm...so today is the day?" tanya Rina. Rizal berpaling memandang Rina, tersentak, tapi masih lagi mampu mengawal perasaannya. Tersenyum Rizal apabila melihat wajah Rina mencuka. "Jangan jeles la...I kan dah janji dengan you, you are the only woman in my life, forever and ever," pujuk Rizal.

"Yes, I tau..tapi..I just felt that adegan-adegan macam tu tak kena la dengan filem you ni," terang Rina. "I am sure you still ingat what happen bila the first time you kena asked to do ranjang scene in your film."

Rizal mahu menenangkan Rina tapi dia tak tahu apa yang perlu dikatakan. Bercinta dengan seorang anak seni, beginilah lumrahnya. Begitulah juga dengan dirinya, teringat kembali pada satu ketika dulu apabila adegan ranjangnya dalam filem 'Adnan Mat Fit 2' jadi kontroversi kerana masyarakat bertanya dan mahu tahu adakah Rizal dan artis baru meningkat naik, Julia Shandee, benar2 tidak berpakaian dan hanya ditutupi selimut.

"Hey..mengelamun pulak dia!" tegur Rina.

"Tak tak...you jangan risau. There is nothing that you should be worried about. You kan dah jumpa co-star I, Saadiah Mambo...you dah kenal dia. This is just work la sayang, she's very-very professional," pujuk Rizal. "Lagipun...you kan dah janji yang you will try and understand what I am doing is for our sake, right? I cari rezeki untuk kita, I nak beri you hidup senang," Rizal sedikit kecewa melihat reaksi masam Rina masih lagi belum pudar.

"Tit tit tit, tit." Telefon Rizal berbunyi menandakan waktunya untuk beredar sudah tiba. "Ok sayang, look at me..you know who I am kan? Trust me, sayang, " Rizal merenung tepat ke mata Rina. Rina lemah. Dia tau dia tewas dengan Rizal. Matanya, mudah membuatkan Rina cair.

" Maybe...I boleh become a model again like before Rizal?" tanya Rina sayu. "Mungkin itu akan bantu kita," jelas Rina lagi. "Takpe, don't you worry about money, as long as I am here, I akan kerja kuat-kuat just for you," jawab Rizal.

"Ok, sayang, I have to go. Nanti marah pulak produser.." beritahu Rizal sambil melihat jam didinding.

Rizal menghulurkan salam lalu Rina menyambutnya. Tunduk Rina mencium tangan Rizal. "Take care ya, jangan nakal-nakal..." pesan Rina. "Don't you worry, I love you," kata Rizal sambil mencium dahi Rina. Rizal membuka pintu lalu melangkah dengan kaki kanan, "bawa berkat," fikir dia. Lalu enjin kereta dihidupkan. Pintu pagar dibuka dengan sistem automatik lalu kereta Rizal meluncur laju meninggalkan Rina keseorangan di rumah.

" Ya Allah, Ya Tuhanku...lindungilah Rizal. Berkatilah apa yang dia lakukan dan bukakanlah pintu hati dia supaya dapat mengambil aku menjadi isteri dia yang dia sayangi," pinta Rina dalam hati lalu menutup pintu rumah mereka berdua.