Memaparkan catatan dengan label Iklan Perniagaan Bumiputera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Iklan Perniagaan Bumiputera. Papar semua catatan

Ogos 27, 2013

Iklan Percuma Memacu Perniagaan Bumiputera : Walaupun Kau Pandai Tekan Shutter Tak Semestinya Menjadikan Kau Seorang Photographer



....dan juga, bila member kau ajak kau posing untuk photo shoot dia, tak semestinya membolehkan kau boleh letak dalam resume yang kau pernah jadi "Part Time Model."

Gambar copyright oleh owner. Iklan free untuk dia sebab seriously, aku sungguh takjub dengan hasil kerja dia.Kalau dah ramai pelanggan nanti, at least, belajar la sikit design sense. Teks kau stretch. Failed gila. Gambar kau ada yang stretch, ada yang squash....tukar la logo yang senonoh sket. Cyan terang camtu, orang tengok pun rasa sakit aje hati ni. Kaler yang kau pilih tu tak kena langsung dengan apa2 benda sekalipun kecuali kon jalanraya atau kau nak nampak jelas dalam sekumpulan orang ramai.

Generally, dalam fotografi zaman sekarang ni, selain daripada teknik ambik gambar, software pun sebenarnya sangat penting. Bila deal dengan software, kita kena ambik diri kita sebagai designer. Bukan sebagai fotografer lagi.

Lagi satu, takyah risau sangatlah nak letak watermark besar2 kononnya tak nak orang curik. Gambar kau hanya akan dicurik kalau ada;

a. Cleavage Melayu
b. Melayu Bogel
c. Gadis cantik Melayu bertudung
d. Gadis cantik Melayu freehair

Kalau aku ambik nak pilih fotografer, aku tengok ini header blog kau pun
aku rasa risau takut ada gambar aku ada yang bakal berubah figurenya. Ratio masa resize kena jaga. Pastikan tekan SHIFT tu masa resize. Jangan resize ikut document size...kau letak saiz A5 tapi kalau gambar kau nak jugak maintain ratio A5, kena la crop sikit gambar. Tapi selalunya, kita ni, sayang nak buang...rugi la sebab dah tangkap.Silap mentaliti tu.

Oh, aku akan teruskan kolum macam ni banyak2 lagi. Mana2 lagi perniagaan bumiputera yang aku terjumpa, aku akan postkan. Kau dapat promosi free, aku dapat tulis something bila aku tak ada idea.

Amanah dia besar. Kau cukup yakin hingga sanggup mintak orang bayar kau dan kalau itu aje hasil kau...memang sebenarnya agak menyedihkan.....portfolio kau hanya layak pakai dalam daerah yang kau duduk aje la. Kita kena buat benda ni proper. Kau patut establishkan benchmark yang lagi tinggi..maybe customer kau expect camtu, tapi apa salahnya kau improve sket diri kau, belajar pasal color, belajar pasal composition, belajar pakai font yang lebih sesuai. Semua orang boleh ambik gambar! Tapi secret dia sebenarnya bukan siapa ada hardware canggih....memang la gambar kamera mahal lagi cantik tapi kalau pakai compact camera pun sebenarnya ok kalau tuan dia terbaik. Tapi Melayu punya trend...sapa2 ada DSLR, boleh cuba jadi wedding fotografer.

Kau ingat benda tu tak kena belajar dulu ke?

Bab wedding fotografer memang aku particular sket. Aku cukup anti orang yang letak watermark dekat semua gambar dia. Aku pun boleh tangkap gambar nasik yang aku makan dan claim dia "sebuah art" lalu aku letakkan watermark. Tapi mana art dia? Kau ingat senang ke nak claim sesuatu benda itu art?

Kenapa tiba2 ramai benar berminat nak jadikan fotografi sebagai hobi padahal time sekolah dia la yang claim "Pendidikan Seni adalah untuk orang2 yang malas belajar." Asas fotgrafi ni datangnya dari situ la. Berapa kerat sangatla yang minat nak ambik seni masa sekolah dulu......

Aku bukan seorang fotografer. Antara 100 orang yang claim diri dia fotografer, berapa orang la sebenarnya yang betul2 fotografer? Mungkin ada la 4 atau 5.

Sila Hubungi Untuk Sebarang Tempahan
Iqa Fotografos
011-26604920