November 30, 2013

Harap-Harap Tidak Ada Artis Jadi Macam Ni Walaupun Sifat Tu Dah Ada Dekat Wartawan Hiburan Yang Bajet All-Mighty

Kanye West calls for Louis Vuitton boycott to show his strength


Kanye West is back to his ranting best – with Louis Vuitton in the line of fire. Speaking to US radio station 92.3 Now yesterday, West called on all fans in New York to boycott the label until January. This came after the head of the French house, Yves Carcelle, reportedly refused to meet the hip-hop star while in Paris. "I said: 'Let me explain to you why you need to meet with me,'" he told the radio host. "'Everybody in New York City right now don't buy any Louis Vuitton until after January.' Now do you want to meet with me? Influence. They think that I don't realise my power."

West's interpretation of his own influence when it comes to fashion is no doubt inflated – but it does exist. His switch from a partnership with Nike, to one with Adidas, got almost as much coverage as when a football team makes the same switch, and he's in with the cool corridors of fashion. For the birth of West's daughter North, designers from CĂ©line and Givenchy sent miniature designer goods, and he collaborated with Maison Martin Margiela on his tour wardrobe. A tiny range he produced with cult French brand APC in July sold out almost instantly.

On the other hand, West's fanboy obsession with fashion can be a bit cringeworthy. He famously interned at Fendi, even reportedly, going on coffee runs for the Italian brand. His own line – shown on the catwalk in 2011 – didn't exactly garner great reviews. West's latest campaign seems to be positioning himself as a brand. Talking about his Adidas deal, he said he would be "bigger that Wal-Mart". Perhaps this Vuitton boycott is the latest step towards that.

..................

Jangan klik video ini jika anda tidak suka melihat buah dada lelaki dan juga especially buah dada wanita.



November 29, 2013

Malaysian vs Douchebag Bahagian 02 : Semua Benda Buruk Melayu Adalah Kerana Cina Punya Angkara

Douchebag = an obnoxious or contemptible person, typically a man.

Aku pasti ramai yang menonton satu video di mana seorang lelaki Cina memaki hamun seorang polis trafik atas sebab dia disaman kerana tidak memakai tali pinggang. Kebanyakan orang yang share benda tu untuk apa sebenarnya?

Pernah tak kau fikir kenapa kau beriya-iya benar nak share benda tu? Adakah sebab ;

1. Kau nak tunjuk yang ada manusia ni kurang ajar?

2. Atau sebab kau Melayu dan kau nak buktikan Cina ni memang bangsa kurang ajar?

Pada pemerhatian aku, ramai share video tu sebab dia nak tunjukkan nombor 2. Tengok sendiri respon yang diberikan dah la. Kita memang suka nak carik bukti nak tunjukkan "orang Cina memang sifat natural dia kurang ajar" dan buat orang Melayu lain benci dengan orang Cina. Satu orang Cina kurang ajar, habis semua Cina kena cop kurang ajar. Atas kewujudan media so-sial zaman sekarang, kita boleh bagi direct feedback dekat semua benda yang kita tengok.

Video Cina maki polis trafik? Cina kurang ajar. Video India rompak kedai runcit? Semua India perompak. Video Melayu rempit dan ugut pemandu kereta. Semua Melayu rempit dan ganas. Kau paham ke tidak apa yang aku cuba sampaikan?

Kenapa balik2 yang jadi isu, adalah bangsa dan bukannya sifat individu tu sendiri?

Kenapa bila kita hampir kena langgar dengan Ah So, straight away kita cop semua Ah So bawak kereta melulu? Sedangkan sepatutnya, semua orang patut dinilai secara individually. Bukan kolektif. Semua orang ada tindakan dia sendiri. Tak logik ke  makcik tua Melayu bawak kereta kurang ajar? Logik! Dah beberapa kali masa aku bawak motor dulu aku nak kena langgar dengan perempuan Melayu bertudung yang keluar simpang tak tengok kiri kanan tapi, perlu ke aku cop SEMUA perempuan Melayu bawak kereta tak pandang kiri kanan?

Bangsa seseorang jadi isu besar bila sesuatu benda negatif terjadi di Malaysia.

Kenapa kita macam tu sedangkan, kalau kau Melayu, kau Islam, kau tak disuruh pun amalkan pemikiran camtu. Adakah momokan itu wujud kerana kita takut dengan kuasa orang Cina dan kita tak nak nanti kuil penuh satu Malaysia? Nak tak nak kau kena accept, Malaysia ni juga tanah diorang. Tak payah kau nak ulang2 yang satu masa dulu tanah ini namanya "Tanah Melayu." Itu semua sejarah. Benda dah berlaku.

Pemimpin2 kita jugak yang setuju Tanah Melayu jadi Malaysia. Abah2 Pemimpin2 UMNO ni jugaklah yang setuju kaum Cina dan kaum India diberikan kewarganegaraan. Kalau kau ahli UMNO dan kau adalah salah seorang Ultra Melayu yang nak halau Cina dan India keluar negara, baca balik sejarah dan kenalpasti siapa pulak yang berikan kewarganegaraan dekat diorang?

Waktu itu, satu Tanah Melayu setuju kewarganegaraan diberikan jadi kenapa sehingga sekarang, kita masih lagi gunakan alasan "Melayu dah bagi peluang habis Cina pijak kepala Melayu.." ?

Move on! Grow Up! Tak ada lagi dah Tanah Melayu..... Kau nak halau Cina dengan India ke mana? Kenapa sampai sekarang kau masih lagi nak persoalkan hak diorang? Kalau kita takut nak bersaing dengan diorang cara sihat, janganlah kita guna cara kotor. Kalau alasan kita perlu gunakan cara kotor takut2 nanti Cina ambik alih Malaysia dan Cina memang pakai taktik kotor, aku tanya kau balik, apa agama kau?

Kalau iye pun "diorang pakai taktik kotor, Cina ni licik lah, Cina ni kaki putar belit lah".... takpelah...kita still ada halal haram kita. Kita kena la pegang benda tu. Kalau kau terpaksa main cara haram hanya sebab kau nak pastikan Melayu pegang kuasa....apa gunanya, kan? Melayu kaya..tapi kaya sebab duit tender kerajaan yang dia sapu...Melayu apa camtu? Kaya...tapi kaya dengan cara salah. Berapa keturunan Melayu nak makan duit haram?

Masalahnya, kalau kau tengok situasi zaman sekarang, siapa yang mainkan sentimen perkauman dan berjaya wujudkan konflik bangsa, dia la pulak yang dianggap wira. Dia yang paling lantang kutuk bangsa lain, dialah paling ramai pengikut. Khasnya orang Melayu. Kau nak orang Melayu lain pandang tinggi dengan kau? Kutuk Cina. Kutuk India. Anti Cina dan India. Ramailah pengikut kau. Tunjukkan diri kau sebagai wira orang Melayu.

Sampai bila?Sampai bila orang2 macam ni nak dapat terima hakikat yang Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, siapa2 nak bukak bisnes dan usaha sendiri, dialah yang berjaya. Sampai bila Melayu nak terima, kalau ada seorang Melayu meniaga nasik lemak dan berjaya, janganlah kau pegi bukak gerai nasik lemak dekat dengan dia sebab nak bersaing.

Melayu punya bisnes etika memang tak complement each other. Kau tengok la keliling kau. Susah kau nak jumpa Melayu meniaga bawah satu bumbung yang meniaga benda lain2. Semua nak jual benda sama dan akhirnya, kena rebut pelanggan sesama diorang.

Apa yang tak kena dengan orang Melayu ni, sehinggakan diorang duk ingat dalam kepala otak diorang, 24 jam sehari orang Cina duk fikir, "macam mana nak pekena Melayu? Macam mana nak jatuhkan Melayu?Macam mana nak racun orang Melayu?" padahal budaya Melayu tu sendiri yang kadang2 caca merba.

Takkanlah dalam kepala kau semua Cina hidup tujuannya adalah nak bagi Melayu makan babi?

Bukak lah kepala otak kau sket Melayu. Memang ada Cina camtu...tapi ada jugak Melayu camtu. Ada jugak India camtu. Sama aje. Itu semua "manusia Douchebag." Takkan lah sebab dia bangsa lain kau nak ambik benda tu lebih makan dalam sikit. Sepatutnya, kalau orang Melayu buat benda2 douchebag ni lah yang kita patut makan dalam lebih sikit. Kau Islam, kau tau apa tuntutan Islam. Melayu surely Islam (Kan?) Jadi kalau Melayu buat benda2 douchebag ni , maksudnya dia dah lawan benda2 yang follow teaching Islam la kan?

......................


Peliknya, untuk orang Anti Cina dan Anti India, kau tak rasa ke pemimpin kau tu sebenarnya seorang douchebag? Mungkinlah dia ada pengalaman pahit menyebabkan dia camtu...tapi takkanlah sebab dia ajak kau anti Cina dan anti India, kau yang takde kena mengena pun nak ikut jugak? Janganlah based kan hidup kau berdasarkan pandangan orang lain.

Kalau ada lelaki Melayu ajak kau buat tarian punggung depan rumah orang, dia douchebag. Kalau kau join dia benda tu, kau kuli douchebag. Janganlah salahkan Cina pulak kalau kau tak pakai otak kau untuk berfikir sendiri....

Kalau ada Cina tipu kau masa pegi worskhop dia, mesti ada sedara mara kau yang kena kes Melayu tipu Melayu masa repair kereta.Takkanlah kau nak anti Melayu, anti Cina dan anti India pulak? Benda tu takkan berkesudahan. Kita takkan jumpa penyelesaian dia sedangkan kita dah duduk satu negara.

Sebab itulah hari2 mesti ada yang kerjanya menyebarkan mesej2 anti Cina dan anti India. Cina kau gelarkan babi, India kau panggil ular paria. Kau ajak boikot itu ini, kau sebarkan cerita kuil nak dibina supaya orang Melayu marah, kau postkan pasal kisah Cina kutuk orang Melayu. Kau keluar lawak kalau jumpa ular dengan lelaki India, bunuh lelaki India dulu. Kau bukak page suruh boikot Barang Cina DAP. Tah macam mana dia tau barangan tu DAP, aku tak tau. Takde pulak dia ajak boikot barang MCA.

Nampak benar alat politik aje diorang ni. Melayu buat salah dengan kau, kau biar. Melayu naikkan bil elektrik, dia sokong dengan alasan "mesti belajar berjimat gunakan elektrik." Melayu mengeluh barang mahal, diorang suruh migrate duduk luar.

Sebab apa. Entahlah. Aku tak paham tapi nampak benar diorang hanya sayangkan orang Melayu yang setuju dengan diorang. Melayu yang tak setuju? Melayu itu kasta rendah dan perlu dihalau keluar. Pengkhianat Melayu....WTF. Suka hati aku la aku nak jadi Melayu macam mana dan tak ikut template kau yang nak ajak semua Melayu "Anti Cina."

Mungkin sebab sistem Malaysia ni memang dah dikawal oleh douchebag berbilang kaum yang rasa lebih senang nak kawal rakyat kalau kita saling benci membenci antara satu sama lain. Kalau kita appreciate apa yang orang bangsa lain provide dekat Malaysia, susah bang diorang nak pancing undi. Serious shit susah gila. Susah gila Barisan Nasional nak kekal sebagai kerajaan kalau orang Melayu, Cina dan India bersatu jadi Malaysian tanpa mengira bangsa.

Malaysian vs. Douchebag....

Jadi takpelah, kita tunggu PRU akan datang. Yang penting, untuk level kita, tak kiralah kau Melayu, Cina atau India, kita kena hentikan prejudis kaum ni.

Orang Melayu, kita kena start dulu!
Kenapa kita kena start dulu?

Sebab kita orang Islam.

(Bhgn ke 3 akan dipostkan hari Isnin )

November 28, 2013

Malaysian vs Douchebag Bahagian 01 : Semua Cina Kurang Hajar!

Pagi tadi, aku nak ke ofis, aku singgah dekat Pejabat Pos nak ambik Pos Laju. Depan entrance pos, ada kereta sebijik dengan motor sebijik yang tengah bergaduh baru eksiden. Motor tu pecah bodynya. Nasib rider dia ok. Sebab serpihan kemalangan tu block aku nak masuk, aku berenti tepi kejap...

Terus nyonya ni datang kat aku, mintak aku pendapat. "Haiya..dia ni la saya masuk tatak tengok la, dia la punya la salah, saya punya lalan ooo.." Ko paham la sendiri macam mana nyonya umur 60 an bercakap camne.

"Sabar Auntie sabar. Cerita la sama saya elok2.." Dia pun cerita punya cerita. Jelas benar, nyonya tu yang salah. Dia masuk dari jalan sebarang nak belok ke kanan masuk ke pejabat pos. Motorsikal tu jalan straight jadi pejabat pos belah kiri dia. Memang ada kotak kuning depan tu dan traffik agak padat..

Aku cakap kat dia,"Auntie, ini memang you punya salah...itu dia punya jalan dulu" sebut aku sambil guna slang Cina ala-ala semua pelakon Melayu KL Gangster.

"Aiyya hensem aa, macam mana pulak saya punya salah!" Bajet panggil aku hensem, aku cair. Come on la cik. Mungkin kalau 40 tahun dulu aku cair la.

"You memang la, sebab saya Cina you kata saya salah.." jawab Auntie.

"Ini bukan sebab you Cina ke, dia Melayu auntie. Jalan tu memang jalan dia.." jawab aku. "Camni la Auntie, abang, pegi balai, senang.." Tiba2 aku pulak kena jadi judge diorang.

Aku tengok rider tu. Nampak macam pendatang Indonesia, satu masalah yang bakal kita semua akan hadapi hari2 atas kelalaian UMNO memerintah. Kau nak tau apa benda paling awkward sekali? Bila kau terpaksa tanya orang Melayu,  mana asal dia sebab nak pastikan dia orang Malaysia atau Indonesia....dan dia sebenarnya orang Malaysia...Awkward bang lepas tu...

 "Abang orang mana?" tanya aku.

"Orang sini.." jawab dia. Aku sengih aje la. Aku terpaksa tanya.

"Ada lesen? Ada road tax?" tanya aku.

"Ada.." jawab dia. "Motor nama abang?" tanya aku.

"Ak aah.." Dia nampak blur sebab lepas kau jatuh motor, kau memang akan jadi blur sket, apatah lagi kalau kau dah langgar kereta. Serious. Kau kena rasa. Aku pernah langgar kereta naik motorsikal. Duduk tepi jalan rasa high. Badan rasa takde apa. Tapi sejam lepas tu bila badan dah mula adjust balik barulah rasa sakit. Aku rasa itu normal mechanism badan nak counter body shock.

"Gi report polis. Ambik nombor kereta dia..." Brader tu pun keluarkan pen dan kertas catit nombor kereta minah tu.

"You ingat you boleh salin saja ka? Saya pun boleh salin maaa!" ugut nyonya tu.

Aku pun salam brader tu lepas dah ambik surat aku. Nampak lah nyonya tu still bertegas tak nak mengaku dia salah. Dalam eksiden tu, memang betul, dia salah. Aku sure. Sebab priority untuk jalan ada dekat brader tu. Tapi atas jalan raya ni, yang salah akan mengaku tak salah. Standard la. Kau kena tangkap beromen dalam jamban pun kau cuba salahkan orang yang kau romen. "Dia yang ajak saya romen!"

Jadi, kenapa aku ceritakan kisah ni? Sepanjang kau baca cerita ni, ada tak kau terasa geram yang lebih sikit bila kau tau nyonya tu Cina dan dalam hati kau, kau ada rasa "itu semua standard la, perangai orang Cina! Cina kepoh! Cina memang kurang hajar!" Mesti ada. Kita Melayu. Kita mesti jaga Melayu. Kita mesti sokong Melayu. Cina takkan tolong Melayu sebab Cina akan jaga Cina!

Bagaimana pula kalau aku katakan, aku sebenarnya tipu aje dan nyonya tu sebenarnya seorang wanita Melayu yang pakai tudung labuh?

Mesti secara automatik pandangan kau berubah kan? Marah pun berkurangan tiba2. Sejuk pulak hati siap boleh timbul rasa kesian lagi. Alaa! How sweet Melayu dengan Melayu berlanggar atas jalan raya!

Kenapa kita camtu? Fikirkanlah.

Fikirkanlah kenapa kau macam tu tapi kau sendiri benci apa yang UMNO, macai, Ultra Melayu, Ibrahim Ali dan PERKASA perjuangkan.

(Ini adalah bahagian 01 dalam siri "Malaysian vs Douchebag")

November 27, 2013

Sebelum dan Selepas Pilihanraya : Bagaimana Mudahnya Orang Melayu Dibeli Dengan Duit BR1M Setahun Sekali

SEBELUM PILIHANRAYA

KUALA LANGAT 27 Feb 2013 - Manifesto pakatan pembangkang boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan.

"Manifesto ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah menjadi kerajaan. Dia tidak tahu kerajaan perlu ada wang, tidak boleh belanja sahaja, dan jika kita lihat manifesto mereka ialah nak kurangkan pendapatan kerajaan dengan kurangkan cukai, tol dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran kapal latihan kedua Tentera Laut Diraja Malaysia 'Teguh Samudera' oleh isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, di limbungan NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang hari ini.

Mengambil contoh di Eropah, Dr. Mahathir berkata, ada negara di benua itu gagal mengurus kewangan dengan baik menyebabkan ia muflis dan hampir muflis.

Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat harus bijak memilih kerajaan yang lebih berpengalaman mengurus kewangan dalam membangunkan negara, dan bukan kerajaan yang bakal menjejas kewangan negara.

........................


PORT DICKSON 8 Mac 2013 - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata segala dasar yang dibuat kerajaan selama ini adalah realistik dan mampu dilaksanakan, tidak seperti janji-janji palsu pembangkang dalam manisfeto pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) mereka.

Timbalan Perdana Menteri berkata manifesto pembangkang boleh disifatkan sebagai tidak munasabah dan mustahil untuk ditunaikan, malah akan membuat negara ini jatuh bankrap kerana tidak mempunyai dana yang cukup untuk menampung segala yang dijanjikan.

"Anwar (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) kata Barisan Nasional (BN) akan bankrap, tapi dalam manifesto pembangkang mereka janji macam-macam, PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dihapuskan, tol tak perlu bayar, minyak turun harga.

"Sekarang ini minyak sudah ditanggung subsidi oleh kerajaan, jadi kalau dia (Anwar) kata turun lagi harga minyak bermakna tambah subsidi. Dari mana dia nak bayar. Anwar tidak bagi tahu ini, dia kata akan turun itu turun ini, semua turun, tak payah bayar," katanya.

....................

TUARAN 30 Dis 2007. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara ini akan bankrap sekiranya kerajaan menurunkan harga minyak yang kini melambung naik di pasaran dunia.

Sambil mengkritik janji-janji parti pembangkang yang mendakwa mereka boleh menurunkan harga minyak, beliau berkata, di seluruh dunia harga minyak naik dan tidak mungkin parti pembangkang boleh menurunkan harga minyak.

“Ini tidak masuk akal,” katanya ketika merasmikan Tamu Besar dan Karnival Budaya di sini hari ini.

Beberapa pemimpin pembangkang dalam siri ceramah politik di Sabah baru-baru ini antara lain membangkitkan isu mengenai harga minyak.

Menurut Najib, kedudukan ekonomi negara boleh terjejas teruk selain mengakibatkan program-program pembangunan dan penyediaan kemudahan rakyat terhalang sekiranya kerajaan bertindak menurunkan harga minyak sesuka hati.

Beliau menegaskan, rakyat perlu memahami bahawa kenaikan harga minyak mentah adalah berdasarkan pasaran dunia dan tidak mungkin kerajaan boleh menurunkan harganya sesuka hati.

...................

KUCHING 10 Ogos 2012 - Rakyat hanya perlu menggunakan akal fikiran dan tidak semestinya menjadi 'rocket scientist' untuk menilai pelbagai janji yang ditabur parti pembangkang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, jika dihitung janji pembangkang seperti mahu menurunkan harga minyak, pendidikan percuma, penurunan tol dan harga kereta kebanyakannya tidak mungkin dapat ditunaikan.

Sedangkan, katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai hala tuju yang jelas umpamanya melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) berbanding pembangkang yang hanya bersandarkan isu.

"Segala-galanya (janji pembangkang) kalau kita hitung negara akan bankrap dalam satu malam, dia pun tahu tidak boleh buat sebab itu dia takut apabila kita gunakan tema Janji Ditepati.

.....................


SELEPAS PILIHANRAYA


KUALA LUMPUR 25 Nov 2013 : Malaysia has a stark choice of either increasing government revenue via the goods and services tax (GST) or burdening the country by borrowing more money.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the implementation of GST was necessary as the country risked becoming bankrupt like Greece if it resorted to borrowing.

“We have to find additional sources of income and that’s why we have to implement the GST,” he said at a seminar on Strengthening the National Economy.

He said rating agency Moody’s Investors Service changed their outlook on Malaysia from neutral to positive just weeks after the GST was announced.

........................

Kau nampak apa yang aku cuba tunjukkan?
Inilah buktinya kenapa kau jangan pilih lagi kerajaan yang sama 2018 nanti.

Ada kita dapat minyak turun harga?
Ada kita dapat faedah pendidikan percuma?
Ada kita dapat perubatan yang improve?
Ada kita dapat penurunan harga tol?
Ada kita dapat penurunan harga kereta?

Tak dapat bang!

Tapi macam mana kita boleh bankrap jugak ni? Aku ingatkan kalau kerajaan BN tak buat benda tu, seperti yang digembar-gemburkan, negara kita tak bankrap la. Kini, lepas dah menang pilihanraya dan dipilih oleh kumpulan minoriti negara, bunyi dia dah lain....

"Kalau tak laksana GST, negara akan bankrap macam Greece...pilih, kau nak bankrap atau kau nak GST? Siapa tak bayar tax, dia pengkhianat negara dan tidak patriotik!"

Bunyinya camtu la kan?
Macam budak kecik punya argument...

Hahaha. Aku ingatkan kalau pembangkang memerintah bankrap! Rupanya kalau BN memerintah pun negara akan bankrap. Dah la bankrap tanpa nampak apa2 hasil. At least kalau bankrap sebab pendidikan percuma ke, harga kereta turun ke..berbaloi la jugak. Ni bankrap tanpa nampak apa2 reasonnya...

Bankrap tak ada sebab la yang paling bahaya. Macam mana nak explain? Mintak tolong PM kita jelaskan kenapa kita bankrap selain daripada alasan standard "kerana subsidi"?

Mana dia janji penurunan harga kereta 30% dalam manifesto hari tu? Mintak pengeluar kereta turunkan harga kereta tapi tak nak turunkan kadar cukai. Pengeluar kereta adalah satu bentuk business jadi diorang akan cut cost pengeluaran untuk membuatkan harga turun, kualiti pun akan turun. Tapi cukai tak nak jugak turun.

GST dia nak.
Cukai kenderaan pun nak.
Cukai motor pun nak.
Cukai pendapatan pun nak.
Elektrik nak naik harga.
Minyak dah naik harga dan surely akan naik lagi.

Tapi kenapa bankrap jugak?
Boleh ke aku simpulkan, sebab BN naik jadi kerajaan?

Legit bang kesimpulan aku tu. Percayalah, kau deserve better berbanding RM500 yang kau dapat setahun sekali. Anak2 kita deserve better berbanding apa yang BN mampu tawarkan.

November 26, 2013

Bagaimana Nak Buatkan Orang Melayu Menghargai Gambar Separa Bogel Gadis Melayu Sebagai Suatu Karya Seni?

Aku cukup menyampah dengan dua golongan ;

1. Geng2 fotografer Melayu tangkap gambar awek pakai bikini dan claim apa dia buat tu art...

2. Gadis2 Melayu yang posing separa bogel dan claim apa yang dia buat tu art

Setakat kau tengok lukisan zaman Reinassance banyak posing bogel dan kemudiannya kau emulate tak menjadikan kau itu art cik adik...

Apa bangang benar ke kau wahai gadis, sehinggakan kau pakai bikini, kau kangkang dan kau goyang dan kau claim semua itu sebab seni? Dungu sangat ke kepala hotak kau sampaikan kau tak sedar, kau sebenarnya seorang stripper? Apa bezanya kau dengan stripper professional? Mana ada beza! Sama aje. Cuma bezanya kau tak go all the way.

Mungkin sebab bayaran untuk tanggal habis tak cukup kot?

Lagi satu mangkuk ayun adalah golongan fotografer yang take advantage benda ni. Kononnya buat sesi ramai2, hire seorang model, suruh dia pakai seksi2 dan kemudian tangkap gambar beramai2...kononnya nak hasilkan art. Bullshit la semua tu. Kau menjahanamkan budak Melayu aje. Dah la kebanyakan wannabe model ni desperate benar sehinggakan kau suruh dia buat apa pun dia akan ikut aje...sebab nak letak dalam resume pernah jadi "part time model."

Aku ada la 2-3 orang kawan camni. Yang kerja dia ambik gambar minah Melayu tertonggek, kemudian letak status dalam Facebook, "Feelings Blessed."

What kind of shit mentality tu?

Jika kau feelings blessed, kau suruh minah tu pakai selimut, pakai kelambu, tutup aurat, kemudian kau tangkap gambar dia. Kalau dia still nampak cantik walaupun dia pakai selimut yang hapak, itu art.

Tapi art zaman sekarang ni mudah. Semua orang boleh hasilkan. Pakai bikini? Seni. Tayang bontot? Mahakarya seni.Beli kamera mahal, claim diri sendiri fotgrafer dan join sesi shooting dengan wannabe model berbangsa Melayu..itu juga adalah bikin seni.

Bodoh benar orang Melayu camni. Siapa2 yang buat benda camni yakni ; ajak gadis Melayu posing seksi sebab kau nak ambik gambar dia atau sanggup jadi seksi semata2 nak claim diri dia model adalah dua golongan yang cukup bodoh pada aku. Dah tahap binatang pun ada gak la.

Semua benda nak dikaitkan dengan seni sehinggakan seni pada orang Melayu tak ada nilai.

Orang putih ajar gambar bogel tu adalah satu bentuk seni, orang Melayu pun nak ikut gak.... Habis menjahanamkan budak2 Melayu.

Yang peliknya kadang2 gadis2 Melayu ni, sebab dungu sangat, dengan mamat mana2 pun, asal ada DSLR, dia assume mamat tu pro photographer. Kau nak tau berapa rate biasanya diorang ni cas untuk jadi model dan tayang tubuh diorang?

RM200 ke RM300 untuk sehari punya shooting.
Murah bai nilai gadis Melayu.

Jadi kalau kau nak tengok gadis Melayu punya kulit, kumpul geng kau ramai2, beli DSLR, letak dalam Facebook "mencari model sambilan Melayu untuk photoshoot di Bukit Broga." Pastikan kau dapat 10 orang fotografer amatur ni, seorang baru kena keluar RM30. RM30 untuk tengok gadis Melayu pusing2 depan mata live sambil pakai bikini yang dicover dengan scarf yang diikat di pinggang? Itu adalah harga yang aku rasa semua orang tau value dia sangatlah munasabah.

Cuma perlu diingatkan, model2 wannabe Melayu ni, bila dia kerja dengan fotografer bangsa lain, dia jadi lebih berani nak tayang macam2. Mungkin sebab model2 ni ingat fotografer bangsa lain betul2 menghargai "art" yang diorang sedang usahakan. Jadi, ajak seorang dua member yang wajahnya pan asian sket supaya model tersebut mampu beraksi dengan lebih lincah dan lucah.

Kesimpulannya, siapa yang ambil gambar bogel dan claim benda tu seni adalah seorang douchebag.


November 25, 2013

Tragedi Bertimpa-Timpa Kalau Kau Terlambat Bayar Bil Bulan Itu

1. Ada sesuatu yang tak kena mengenai hak pelanggan bila perkhidmatan kau kena potong.

2. Aku bercakap mengenai bil-bil yang kau bayar as part of a package, bukannya jenis bil pay as you use macam ulitity bill TNB atau bila air anda.

3. Jenis bil camni macam bil Astro, Streamyx dan Unifi. Khasnya Astro dan Unifi.

4. Katakanlah, kau bz dan tak sempat bayar bil. Tak logik ke kau bz sampai tak sempat bayar bil? Logik.

5. Jadi perkhidmatan kau dah dipotong. Kau balik aje rumah, tengok2 servis kau dah kena potong.

6. Memandangkan zaman sekarang ni ekonomi kita dah agak kelam sikit, kau pun bajet nak tunggu hujung bulan baru bayar.

7. Kau pun tunggu hujung bulan bayar bil kau yang dah terpotong, kemudian kau call customer servis Astro dan mintak buat reconnection of servis.

8. Diorang pun inform kat kau, "boleh, kami boleh sambungkan semula tapi abang kenalah bayar RM10 sebagai service untuk reconnection."

9. Itu satu hal. Masalahnya, bila kau bayar tu, mesti kau bayar full amount kan?

10. Ada tak kau dapat rebate bila kau tak dapat siaran yang kau dah bayar tu? Maksud aku, time signal kau kena potong, kau tak dapat la servis kau kan?

11. Tapi mesti kau kena bayar jugak untuk hari2 servis kau dipotong tu kan bulan kemudiannya?

12. Mungkin benda ni adalah untuk protect provider supaya tak ada yang take advantage dengan sistem dan untuk pastikan customer bayar bulan2...tapi...

13. ....Kalau kau fikir2 balik, kau dah la kena bayar reconnection fees, servis kau kena potong DAN kau still kena bayar hari2 servis kau dipotong.

14. Seolah-olah kau dihukum berat semata2 sebab kau tak bayar bil kau on time......

15. ......dan tak ada pulak law yang protect customer yang wajibkan service provider rebate balik amaun hari yang diorang dah potong signal tu.

16. Agak unfair? Malaysia punya consumer law memang bullshit sket.

17. Seolah-olah diorang ni tau, "kau tak ambik dengan aku, kau nak subscribe dengan apa lagi bro? Kau komplen macam mana pun, satu Malaysia ni bergantung dengan kami. Hahaha!"

18. Makin lama kau tangguh bayar bil kau, makin rugi kau. Betul kan? Benda ni semua legal sebab kau dah setuju dan sain nak ambik benda tu sebagai package. Nak tak nak kau kena bayar jugak.....

19. Sebab itulah kita kena ubah minda, jangan jadikan benda yang tidak essential sebagai satu necessity hidup.

20. Aku tak rasa sambung semula connection tu susah benar sehinggakan kena caj RM10. Mesti kena klik mouse dua tiga kali depan monitor aje kan? Bukannya kena hantar pasukan panjat tiang apa pun...

21. Kalau kau kerja KFC, kau kena kerja 2 jam untuk sambung balik perkhidmatan kau yang kena potong.

22. 2 jam kerja hanya untuk bayar balik caj reconnect balik servis!

23. Tak payah lah nak justify yang "sebab itulah kita kena maintain payment bulan2.." Kau berfikir camtu bermaksud kau dah jadi hamba diorang....

24. Ubah sikit pemikiran...sepatutnya provider la yang takut hilang customer tapi kat negara kita, kita pulak yang takut hilang servis....dah terbalik.

25. As long kau ada internet, kita ada opsyen.  Rakyat Malaysia perlu belajar pecahkan monopoli.

26. Monopoli suck ass.

27. Kerajaan yang sokong monopoli dua kali lima suck ass.

November 21, 2013

Sultan Adalah Manusia Biasa Yang Akan Buat Silap dan Tak Terlindung Dari Dosa

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Mana-mana pihak yang mempersoalkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pengunaan kalimah Allah wajar meninggalkan negeri itu.

Tokoh ilmuwan Islam, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata, perkara itu berikutan baginda adalah ketua agama Islam negeri dan sudah menjadi tanggungjawab rakyat Selangor untuk mentaatinya.

"Apa yang dititahkan baginda perlu kita mentaati, tiada kompromi sekiranya beragama Islam atau lain- lain.

"Kalau ada bibit-bibit penolakan terhadap titah itu, mereka perlu pergi ke (negeri) lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khamis lalu, Sultan Selangor menitahkan semua rakyat khasnya di Selangor tanpa mengira kaum serta latar belakang agama akur dan patuh kepada larangan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Titah baginda itu dinyatakan menerusi kenyataan khas yang dikemukakan Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais di Shah Alam.

Dalam kenyataan khas itu, baginda mahu semua rakyat mematuhi larangan tersebut seperti mana yang tertakluk di bawah Seksyen 9, Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di kalangan Orang Islam) 1988.

Mahmood Zuhdi menyeru semua pihak tanpa mengira latar belakang agama atau kaum mentaati titah baginda kerana keprihatinan Sultan Selangor amat bertepatan dengan peranan baginda sebagai ketua agama negeri.

........................


1. Melayu ramai yang menjual air yang telah dijampi dengan pelbagai jenis doa.

2. Melayu juga ramai menjual pelbagai peralatan yang ajaib yang boleh ganti hospital dan ilmu perubatan.

3. Melayu juga ramai yang menipu gunakan perwatakan alim macam syarikat perumahan Alfalfa.

4. Janganlah sebab dia Professor kita ambik bulat2 apa dia cakap, wahai Melayu.

5. Ada kelulusan tak semestinya menunjukkan seseorang itu cakap benda betul aje.

6. Kita kena belajar macam mana nak bezakan ayat akademik dan ayat menjilat jubor. Ustaz pun kadang2 ada yang 24 jam menjilat jubor aje walaupun tasbih tak pernah lekang dekat tangan.

7. Lagilah pulak bila kita disuruh tengok Sultan macam dia takde cacat cela langsung.

8. Takkanlah kita nak sanjung diorang ni sampai begitu sekali? Sekadar respek tak cukup ke?

9. Takut aku baca statement2 camni. Orang yang tak berapa tahu pasti akan turuti sepenuh hati.

10. Takut2 nanti ada pulak peniaga Melayu yang jual air mandi Sultan sebagai air penawar sakit. Ada pulak yang akan testimoni kencing manis dia hilang lepas tu...

11. Kita saban hari disuruh supaya akur dan akur. Akur dia kerana dia Sultan. Akur dia kerana dia Menteri.

12. Tapi Professor Ilmuwan Islam, pasal yang benda camni, kenapa kau tak berani tegur? Aku ambik sebagai contoh sebab benda2 camni generally banyak berlaku dalam masyarakat tapi mana pegi menyorok Ilmuwan Islam bila isu2 camni ada?



13.  Selagi Sultan tak suruh sesuatu yang bercanggah dengan agama aku akan respek dia. Itu aje la. Tapi kalau terjadi depan aku Sultan minum arak atau peluk dayang istana, mintak maaflah aku nak respek lepas tu.

14. Janganlah ajar Melayu taat Sultan membabi buta. Kalau ada Permaisuri Sultan yang tak pakai tudung, kau kena la tegur jugak. Kalau ada anak Sultan minum arak, kau kena la tegur. Kalau ada kabinet arak dalam Istana, kau kena la berani tegur.

15. Tapi, nampaknya Ilmuwan Agama sekarang ni lebih gemar tegur benda2 yang menguntungkan dia sahaja. Itulah dia masalah kenapa Melayu makin lama makin hancur.

16. Lagipun, Prof.................... kau orang Kelantan. Yang kau bersemangat nak halau orang Selangor keluar ni kenapa?

November 19, 2013

Kalau Kereta 12 Tahun Tak Selamat, Bagaimana Pula Dengan Kerajaan Yang Dah 50 Tahun Lebih?

Minggu lepas, satu Malaysia mula kecoh dengan dua benda proposal yang agak menekan orang ramai.

1. Motorsikal kuasa rendah tidak dibenarkan di lebuhraya

2. Kereta 12 tahun bakal dilupuskan

Sebelum mengamuk tak tentu pasal, ingatkan diri anda, ini proposal. Tah2 idea seorang dua yang kita over react kaw2. Tapi cuba kita analisa pasal benda ni dulu elok2.


Motorsikal kuasa rendah tidak dibenarkan di lebuhraya




Kebaikan :

a. Dapat mengurangkan risiko kematian penunggang dan pembonceng motorsikal.

b. Pemandu kenderaan 4 atau lebih tayar dapat memandu dengan lebih tenang

Keburukan

a. Aku pernah bawak motorsikal EX5 dari KL ke Kedah. Kenapa? Sebab tiket bas ke Kedah lebih mahal berbanding bawak motorsikal sendiri.

b. Menghalang hak seseorang hanya kerana dia tak berapa mampu. Kalau kau nak halang motor, kau kena halang semua sebab geng2 bawak motor ni majoritinya bawak lebih had laju. Itu satu kesalahan jugak. Termasuklah aku dulu. Aku maintain 140-160km/j. Ada yang bawak lagi laju dari aku....(bikers, please, takyah justify yang motor besar kena bawak laju. Had laju highway berapa?)

c. Majoriti motorsikal atas jalanraya adalah motorsikal berkuasa rendah. Menunjukkan yang ramai sebenarnya tak mampu. Kau mampu ke nak cakap dengan diorang "lebih selamat sebenarnya bawak motorsika anda yang murah dan berkuasa rendah tu atas jalan kampung sebab situ lebih selamat!"

e. Pemandu kereta rasa jeles kerana motorsikal dah la tak bayar road tax mahal, tol pun tak kena.

Kereta 12 tahun bakal dilupuskan


Kebaikan

1. Aku sokong benda ni. Kalau kau pernah mengeluh nak carik parking kat rumah kau pun kau sepatutnya sokong benda ni. Negara kita ni dah jadi tong sampah kereta. Sesuatu perlu dilakukan walaupun sedikit sadis. Kalau sampah pun kita tak mampu nak kawal amaunnya, kereta nanti2 lagilah. Baru berapa tahun negara kita guna kereta secara meluas? 50 tahun? Bayangkan berapa banyak kereta akan ada atas jalanraya lagi 30 tahun dan bila bilangan penduduk mencecah mencecah 50 juta? Waktu tu, kaum Bangladeshi dan Myanmar pun nak jugak merasa kereta nasional, kan?

2. Kita akan ada satu sistem statistik di mana kita boleh tau berapa banyak kereta akan dilupuskan dan jumlah kereta baru yang akan keluar. Kebaikan dia, kita boleh kawal populasi kereta ni. Setakat ni, mentaliti kita adalah "bila kita dah boring dengan sesuatu kereta dan nak beli baru, kita tolak kedai second hand dan tak peduli lagi dah apa yang jadi." Apa jadi dengan kereta kau tu? Tak ada orang ambik peduli kan? Sistem melupuskan kereta ni sekurang2 nya mampu kawal benda ni sebab kita memang dah tak peduli pun once kita dah jual. Mentaliti standard kita la.

3. Kenapa 12 tahun? Aku tak sure. Tapi jangka hayat kereta makin lama makin singkat. Jika satu masa dulu kereta mampu kekal lama tapi sebab sekarang ni kereta adalah mass manufactured product, kualiti dia dah tak sama macam dulu. Kau compare body dah la.

4. Ada kemungkinan kadar harga, kadar faedah pinjaman dan harga spare part boleh dikurangkan kerana kita sudah ada fixed interval yang boleh diikuti.

Keburukan

1. Tidak ada lagi kereta antik.

2. Masyarakat seolah-olah membeli dan menyewa kereta. Habis bayar kena lupuskan. Kita tak ada kereta yang boleh bagi kat anak-anak pakai. Kita habis bayar, kita tak dapat apa-apa. Macam kau sewa rumah. Kau bayar sekadar untuk pinjam duduk.

3. Menjerat keluarga berpendapatan sederhana dengan hutang sepanjang hayat. Lepas pencen pun mungkin ada hutang sebab kena ganti kereta time tu.

...................


Ada beberapa benda yang kita perlu implement betul2 dulu sebelum masyarakat ready ikut polisi ni.

1. CUKAI KENDERAAN DAN CUKAI MOTORSIKAL PERLU DIHAPUSKAN! Kalau kerajaan implement dua polisi ni dan masih lagi nak kekalkan cukai dua2 benda ni, kerajaan kita ni sah-sah zalim tahap malaun anjing. Tahukah anda kenapa harga motorsikal Malaysia macam harga segulung ijazah padahal motorsikal itu hanyalah motorsikal cap ayam atau motorsikal ke pasar di negara maju? Tanyalah kerajaan apa rasionalnya. Mungkin diorang akan jawab "motorsikal besar tidak selamat dan itu semua ketentuan Allah."

2. Sistem pengangkutan awam perlu ready dengan sempurna. Bukan sekadar ada sistemnya tapi mesti sempurna. Maksud aku, boleh replace keperluan penggunaan kereta individu di bandar. Aku boleh ke KL dengan riang hati tanpa mengeluh bila guna perkhidmatan awam. Aku juga boleh balik ke kampung naik pengangkutan awam dari rumah aku sampai ke kampung tanpa perlu siapa2 hantar aku ke stesyen bas. Ni kalau nak ke stesyen LRT pun aku kena naik kereta dan kena bayar parking mahal, apa pointnya? Naik taraf bas. Bas sekarang ni adalah pengangkutan untuk pendatang asing....rasa macam aku pulak tourist bila naik bas.

3. Sediakan alternatif kepada yang nak hold on kereta diorang. Road tax tinggi, insurans tinggi, aku rasa itu wajar dikenakan jika diorang nak simpan kereta. Gunakan kadar ikut value kereta. Jika kereta tu murah, insurans dan road tax dinaikkan ala kadar dah la, mungkin tak ada NCB ke, hahaha. Kalau kereta tu Rolls Royce ke Bentley ke, cekik diorang cukup2.

4. Apa alternatif kepada penunggang motorsikal yang takleh guna highway? Nak suruh diorang naik bas? Naik keretapi? Orang naik motorsikal sebab kos dia murah. Jika naik bas dan keretapi jauh lebih mahal berbanding naik motor, polisi tu bakal membuatkan yang susah makin susah. Khasnya student. Ada sebab kenapa diorang naik motor ramai2. Seronok! Kau naik bas, nak berenti kencing pun kena maki.

5. Wujudkan akta jika berlaku kemalangan akibat kecuaian dan kerosakan kereta lebih 12 tahun, hukuman berat akan dilaksanakan. Contoh hukuman adalah penjara di Villa Nabila selama 2 tahun.

6. Jika nak implement benda ni, pastikan implement dekat semua orang. Sultan ke Menteri ke VIP ke Anak Tun ke, semua kena. Kalau orang biasa aje kena tekan, macam mana la masyarakat nak anggap kerajaan ni bagus...apa berbeza benar ke level orang biasa dengan menteri ni sampaikan saudara menteri pun dapat ilmu kebal kerajaan?

7. Dulu Proton ada buat rebate untuk recycle kereta bila beli kereta model baru. Itu satu cara yang agak menarik dan boleh dikembangkan supaya jadi insentif. Pastikan melupuskan lebih untung berbanding menyimpan kereta selepas 12 tahun.

8. Jalan khas untuk penunggang motorsikal? Bagus idea tu. Tapi belajarlah daripada Lebuhraya Persekutuan punya cerita...lepas dah ada ular jatuh atas penunggang, lepas dah ramai jatuh dalam lubang dan berapa puluh kes rompak dalam terowong, baru lah nak upgrade dan per-elokkan. Nak buat, biarlah elok, bukan sekadar buat sebab nak halau penunggang keluar.

....................

Itu adalah antara beberapa benda yang aku nampak. Aku tidak setuju kalau penunggang motorsikal berkuasa rendah tidak dibenarkan guna highway dan aku setuju dengan bersyarat kalau undang2 lupus kereta diperkenalkan. Kalau kau ada idea dan saranan atau sekadar nak kutuk aku sebab aku sapot idea ni, sila nyatakan komen.

Aku ikhlas cakap, benda ni memang susah nak diterima tapi kita terpaksa buat benda camni. Mungkin kau sayang kereta kau tapi polisi ni boleh membantu anak2 kita sustain hidup yang lebih baik. Masa depan Malaysia akan dipenuhi dengan bangunan dan jalan serta kawasan perumahan. Waktu tu, tempat menyimpan kereta ni akan jadi sangat limited. Kita kena korban sikitla untuk generasi akan datang. Takkanlah masa depan nanti kita kena erectkan parking 5 tingkat merata2 semata2 sebab nak tampung jumlah kereta atas jalan raya?

Kereta aku pun dah masuk 4 tahun dah ni. Kalau kereta aku ni harga dia 20 ribu lebih takde la aku ralat sangat tapi.....dah nak kena bayar pun 9 tahun. Agak kurang hajar kalau aku kena let go kereta aku lepas aku dah habis bayar satu amaun yang agak besar.

Yang penting, kerajaan kena decide, sama ada nak jadi negara yang bergantung dengan industri kereta atau yang mempunyai culture city people gunakan pengangkutan awam. Kau takleh nak aplikasikan dua2 ni serentak sebab benda ni clashing. Kalau nak jual kereta, jual kereta, tanggunglah akibatnya nanti2. Kalau nak kurangkan bilangan kereta, pastikan pengangkutan awam mampu support the system. Create ecosystem yang boleh buat semua lapisan masyarakat nak naik public transport...bukan sekadar PATI.

Kalau benda ni jujur pelaksanaannya, kita akan nampak faedahnya bila kita dah tua nanti. Tapi, Kerajaan Malaysia dan "Pelaksanaan Yang Sempurna, Jujur dan Ikhlas Serta Tiada Niat Lain" adalah dua benda sangat susah untuk kita percayai wujud.

.....................

Wahai kerajaan,

Kau tau kenapa orang ramai benci kerajaan? Semua polisi yang kau perkenalkan, semua benda kau nak menang. Yang mesti rugi, orang ramai. Sebab itu ada dah stigma dalam kepala otak kitorang yang kerajaan buat semua ni untuk untungkan kerajaan dan tekan rakyat lebih2 lagi. Memang itu yang kitorang rasa. Itu realiti aku dan majoriti rakyat Malaysia, yang tak undi kau tapi kau still menang pilihanraya jugak.

Fikir la masak2 dulu. Dulu perkenalkan cukai kenderaan, bila polisi tu dah jerut orang ramai sehingga sekarang, walaupun Proton dah diswastakan, still kita struggle nak abolish benda tu. Tak mustahil benda ni akan jerut orang ramai lagi 20-30 tahun kalau pelaksanaannya sekadar asal boleh dan tak fikir panjang.

Aku cuka kerajaan punya idea kadang2, sebab aku nampak rasional dia. Kurangkan subsidi gula. Kurangkan subsidi minyak. Aku paham kenapa kita perlu lupuskan kereta. Ada advantage, ada disadvantage. Tapi long term, advantage akan negate the disadvantage. Even GST pun aku setuju.

Tapi......masalahnya, pelaksana dia tu, tak berapa nak boleh dipercayai lah. Semua nampak macam carik jalan nak kaut keuntungan dekat diri sendiri. Kau nak perkenalkan paradigm shift yang mega macam ni, buat la elok2. Tapi janganlah gunakan alasan tidak bijak macam "Kereta lebih 12 tahun tidak selamat." Itu alasan bodoh benar. "Kurangkan subsidi gula sebab kita ramai kencing manis, harga minyak perlu naik supaya rakyat merancang perjalanan."

Kau nak justify, justify la elok2.
Orang ramai marah dengar alasan bodoh camtu.

Yang peliknya, ramai la jugak yang percaya.
Nasib baik diorang ni golongan minoriti.

November 18, 2013

Posting Ini Aku Tujukan Kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Saya merujuk kepada video di bawah. Jika anda belum menonton video tersebut, sila tonton dulu sebelum meneruskan bacaan.


Dalam video tersebut dinyatakan yang satu brand roti mengandungi DNA babi. Tapi brand tersebut tidak disebut mungkin kerana takut kena dakwa. Kita paham brand apa dia maksudkan, kan?

Dakwaan itu dilakukan dalam video tersebut dan dinyatakan dengan jelas oleh Datuk Nadim Johan, seorang Datuk yang agak kerap keluar televisyen dan radio. Tuduhan itu adalah satu tuduhan yang agak besar dan di bawah ini ; saya ada beberapa persoalan yang perlu diperjelaskan oleh PPIM sendiri.

1. Apakah asasnya tuduhan tersebut? Adakah PPIM melakukan kajian di makmal dan menjumpai DNA itu sendiri atau PPIM hanya mengambil kajian orang lain dan membuat pengumumannya sahaja?

2. Jika PPIM menyebut yang ada roti dijual di Malaysia mengandungi DNA babi, bagaimanakah roti tersebut mendapat sijil halal JAKIM? Adakah PPIM mengatakan JAKIM tidak melakukan pemeriksaan menyeluruh atau JAKIM terlepas pandang?

3. Sudah beberapa tahun PPIM melaungkan yang penggunaan benzoyl peroxide ini adalah merbahaya. Saya mohon supaya PPIM mengeluarkan hasil penyelidikan dan kertas kerja bagaimana PPIM mendapat kesimpulan sedemikian. Saya bukan saintis jadi mungkin PPIM ada saintis mereka tetapi berdasarkan laporan UN ini (link) benzoyl peroxide dilaporkan tidak merbahaya jika digunakan dengan betul.

4. Agak malu pada saya jika PPIM hanya mengeluarkan tuduhan tanpa mengeluarkan bahan bukti. Selama ini kebanyakan tuduhan PPIM hanya dikeluarkan dalam bentuk viral dan ini adalah kali pertama saya melihat wakil PPIM menyebut secara lisan tuduhan tersebut dalam bentuk video. Saya harap untuk maruah orang Islam di Malaysia, wartakan bukti  yang boleh menhilangkan sangsi kepada umat Islam.

5. Banyak artikel dalam website PPIM adalah artikel2 persendirian yang dicedok dari internet dan tidak diketahui siapa penulisnya, samalah seperti website2 yang mengesyorkan penggunaan gelang magnetik untuk kesihatan, dipenuhi dengan gambar doktor yang tah mana datangnya. Selain itu juga banyak artikel2 fitnah diambil oleh website PPIM sebagai "bahan bukti." Saya agak malu melihat benda ni sebab PPIM menggunakan "Islam" sebagai nama organisasi.

6. Saya harap sebarang artikel dalam website PPIM yang meng"haram" kan sesuatu perlulah disertai dengan nama penulis asal dan bukanlah sekadar serkap jarang. Anda NGO bai. Kalau itu pun takleh nak buat, tulis blog macam saya dah la. Kita nak selamatkan umat Islam tapi kalau cara kita nak selamatkan tu dengan cipta fitnah orang bangsa lain, tak Islam lah kan sebenarnya cara tu?

7. Budaya edar khabar angin yang kita pakai selama ni tak betul. Kita kena create satu sistem di mana khabar2 angin dan rumours ni tak merebak dengan mudah. Selama ni bila kita dapat aje khabar angin, kita hidup dengan was-was, takut-takut. Kita dah ada Portal Halal Malaysia.....jadi, kalau ada orang nak overwrite benda tu, tolonglah, keluarkan bukti. Bukti saintifik! Bukan bukti cedok internet! Bukan bukti dengar-dengar mulut orang. Orang Melayu ni hidup penuh syak wasangka aje.....

8. Kadang2 saya sendiri tak dapat nak bezakan, PPIM ni nak selamatkan orang Melayu atau nak jatuhkan perniagaan orang Cina.

November 16, 2013

Cerpen : Shima Mahu Jadi Bintang Filem "KL Zombi Samseng Lawan Hantu Mertua Jahat"

Harun melangkah menaiki tangga. Shima menurut di belakang. Cantik sekali ruang tangga itu dihias. Pelbagai poster filem Melayu menghiasi dinding tangga. Karpet berwarna merah menyelaputi anak tangga. "Mewah juga," fikir Harun.

Shima menolak pintu pejabat. Harun terkejut sebentar melihat hiasan pejabat tersebut. Tidak sangka pejabat yang berada di kawasan rumah kedai boleh dijadikan sebegitu mewah. Terpampang besar logo syarikat Primadona PIctures Sdn.Bhd sambil diapit oleh piala-piala anugerah yang telah dimenangi syarikat.

"Kak Shima!Good morning!" sapa penyambut tetamu, ceria. "Hey Adilla, I ada appointment hari ni," terang Shima. "Ak aah. Produser dengan Manager dah ready for you," Harun tersenyum.

Shima melangkah ke satu bilik yang bertutup pintunya. Pintu diketuk. "Masuk.."

Harun dan Shima melangkah masuk. Ada dua orang lelaki di dalam bilik, seorang sudah berumur dan seorang lagi dalam 30-an. "Ima! Just on time!" Mesra lelaki tua itu menyapa Shima.

"Hai Shima, nice to meet you," sapa lelaki muda itu. Lalu dia menghulurkan salam pada Harun. Harun hanya mampu senyum tak berkata apa.

"Ini Encik Roy, produser kita dan ni, Ima sure abang kenal siapa," Ima menerangkan. Harun mengangguk. Pengarah filem muda meningkat naik Arshad Malek, dengan kutipan filem terakhirnya, "Mak Mertuaku Gangster vs Bapak Ku Taiko." mendapat kutipan hampir RM20 juta sekaligus menjadi pengarah rebutan 1Malaysia.

"Maaflah Encik Harun tapi sebab kami lepas ni kena pegi recce tempat jadi saya straight to the point aje la," beritahu Roy. "I dah discuss dengan Ima dan hopefully dia dah terangkanlah semuanya. So, I invite you datang sini untuk tanya dengan production if Encik Harun ada apa-apa yang perlu ditanya dan juga kami berharap agar dapat persetujuan Encik Harun."

Harun memandang Shima. Isterinya hanya diam. "....Saya tak ada objeksi sebenarnya, tapi saya gementar sikit lah. Siapa tak sayang isteri, kan?"

Roy memandang Arshad. "Abang, jangan risau. Memang dalam industri perfileman sendiri, setiap kali kita nak lakonkan adegan-adegan yang agak 18SX ni, kita akan pastikan closed set. Kru-kru hari tu pun semua kena sain borang aku janji dan jika mereka bocorkan apa-apa, mereka boleh didakwa di mahkamah."

Harun hanya merenung wajah Arshad. "Saya dah banyak kali shooting adegan ranjang ni dan Alhamdulillah setakat ni, semuanya selesai cantik," Arshad cuba meyakinkan.

"Saya cuma risau, kalau-kalau pelakon lelaki dia tak dapat kawal nafsu," jelas Harun. Arshad dan Roy hanya tersenyum. Pelakon lelaki pilihan mereka Tariq Hassan adalah bintang muda yang sudah dikenali sebagai kaki perempuan.

"Itu abang tak perlu risau Encik Harun, kita ada security akan pantau scene tu," terang Roy. Harun hanya diam,

Shima mula gelisah. Dia lihat suaminya berat hati. "Bang, this is a big opportunity for my career. I dah lama waiting for these kind of film," pujuk Shima. "Bayangkan, your wife will be in one of the blockbuster in the history of Malaysian cinema."

"Lagipun, Encik Harun, production dah setuju, jika semuanya OK, isteri Encik bakal jadi one of the highest paying acctress di Malaysia ni," beritahu Roy sambil tersenyum.

"Ok..." bisik Harun.

Roy mengeluarkan satu dokumen. "Ini perjanjian untuk suami pelakon. Basically apa yang ada dalam ni adalah pihak suami memberikan kebenaran kepada pelakon yakni isteri melakonkan watak yang mempunyai adegan ranjang. Ini memang normal prosedur dalam industri."

Harun membuka 2-3 halaman. "Yang penting, sebelum Encik tandatangan borang tu, Encik perlu faham, bila kita shooting adegan ranjang atau panas ni, memang ada risiko benda buruk akan berlaku. Contohnya artis terpegang apa yang tak sepatutnya atau berlaku pelakon tak dapat kawal diri. Tapi ni rare cases lah. Tak perlu risau.." Roy menambahkan penerangan.

"Dokumen ni menjelaskan dengan terang jika ada sesuatu yang tak senonoh, kata orang, menimpa isteri Encik, pihak produksi akan bertanggungjawab tetapi kes itu tidaklah boleh dibawa ke mahkamah," beritahu Arshad pula. "Syukurlah setakat ni paling teruk pun hanyalah sekadar tuala terlucut atau kain terselak aje. Saya beritahu ni sebab Encik kena tau. Filem saya, mana2 adegan panas ni, kita wajibkan pelakon wanita pakai seluar pendek untuk elakkan risiko."

"Lupa I nak cakap...husband tak dibenarkan hadir waktu sesi penggambaran sebab takut konsetrasi terganggu...you know....tak boleh fokus," Encik Roy mengingatkan.

Shima mengangguk setuju tapi hatinya masih risau jika impiannya selama ni berkecai. Dia sudah cuba membincangkan mengenai babak tersebut supaya dibuang tetapi Encik Roy merasakan babak tersebut penting dalam memberi teladan kepada masyarakat, malahan jalan cerita akan berubah jika adegan hangat itu tidak digambarkan secara terang dan nyata.

"Ada pen?" Harun bertanya.

Matanya melekat kepada muka depan kontrak tersebut. Amaun yang terpapar agak mengejutkan dirinya kerana tidak pernah isterinya mendapat amaun sebesar itu berlakon filem. "Mungkin sebab ini first time dia dapat first billing," fikir Harun. Roy tersenyum lalu menghulurkan pen.

"Kat mana nak sain?" tanya Harun. Shima senyum lebar. Sudah lebih 5 tahun bergelar anak seni, ini adalah peluang terbesar baginya mencipta nama di Malaysia. Tidak sabar-sabar lagi dia untuk memulakan penggambaran filem "KL Zombi Samseng Lawan Hantu Mertua Jahat."

"Kena daftar kelas bahasa mandarin ni.." fikir Shima sebab dia bakal melakonkan watak isteri kepada ketua kongsi gelap yang 24 jam berbahasa Melayu macam orang Cina cuba cakap Melayu, telah menjadi zombi dan telah digoda oleh seorang samseng kecil-kecilan yang sebenarnya adalah teman lelaki kepada anaknya.

Harun dan Shima melangkah keluar.

"Hey Kak Shima," sapa seorang pelakon.

"Hi. You buat apa sini Yaya?" tanya Shima.

"I datang sini nak sain kontrak," jawab Yaya.

"Filem? Drama?" tanya Shima.

"Filem. Filem Suami-Suami Ku Pondan, macam sequel kepada Bini-Biniku Gangster jugak la," jawab Yaya.

"Nice. I tak tau pulak diorang nak buat sequel dia. Good luck!" kata Shima. Harun hanya menurut di belakang Shima.

(Cerita ini adalah rekaan semata-mata tanpa ada sebarang fakta)


November 15, 2013

Awkward Agama : Ada Sebab Kenapa Gadis Itu Perlu Dirogol dan Niat Kami Merogol Adalah Suci dan Murni

14 Nov 2013 – Pengarah filem "Laga" Ismail Yaacob menjelaskan bahawa adegan ranjang antara Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su itu ada sebab yang tersendiri dan tidak dilakukan saja-saja.

"Adegan itu bukan kita buat atas dasar ingin menjual aksi panas tetapi ia ada sebab tertentu yang memberi kesan terhadap jalan cerita."

Namun begitu, ujar pengarah itu, pada awalnya babak itu akan dipotong LPF, namun selepas diberikan penerangan ianya dikekalkan.

"Pada mulanya ia dipotong oleh pihak LPF, namun selepas kami buat satu surat laporan yang menyatakan sebab-sebab ia perlu dikekalkan, LPF membenarkan dengan syarat kami harus membuat beberapa suntingan semula," ujarnya seperti dipetik mStar.

Menurut Ismail yang sebelum ini pernah mengarahkan filem "Lenjan", dalam babak menunjukkan suami isteri sedang berurut dan melakukan aksi-aksi yang menjurus untuk melakukan hubungan intim itu sebenarnya mempunyai maksud tersirat tentang simbolik kasih sayang antara suami isteri.

"Saya tahu ia mungkin dikatakan adegan panas, namun ramai juga orang yang sudah berkahwin pun tidak tahu tentang beberapa teknik yang ingin saya paparkan. Ia juga simbolik tentang kasih sayang yang kuat antara suami dan isteri."

Filem yang dibarisi gabungan pelakon veteran dan baru seperti Syazwan Zulkifly, Datuk Rosyam Nor, Nasir Bilal, Eman Manan dan ramai lagi ini mengisahkan tentang masyarakat Pantai Timur yang masih mengamalkan cara hidup bermain judi dan laga ayam.

Filem "Laga" akan mula ditayangkan di pawagam pada 23 Januari depan.

...............

Ismail Yaacob = Islam
Wan Hanafi Su = Islam
Marsha Londoh = Kristian
Ketua Pengarah Lembaga Penapisan Filem = Surely Melayu. Islam la kan?
LPF bawah KDN. Menteri KDN = Islam

Kerajaan Malaysia, masyarakat macam mana yang kau nak bentuk ni? Kau bermatian pertahankan nama Allah dari penggunaan Kristian dan kau juga benarkan secara terbuka orang hina hukum Allah, dalam filem yang pasti tujuannya supaya masyarakat tonton ramai2, kan?

Kalau penganut tu sendiri tak dipertahankan, janganlah berangan nak pertahankan Tuhan ni. Allah tak perlu dipertahankan bro. Dia Tuhan. Yang perlu dipertahankan, adalah hukum Dia. Tapi pandangan kita sekarang lebih kepada kuantiti..."takpelah, biarlah dia perompak, perogol, pembuka spender dan pakar menarik skirt gadis asalkan dia Islam."

Mesti orang agama lain tengok orang Melayu ni BAPAK PUNYA HIPOKRIT sebab nama Allah mati2 an diorang pertahankan,  siap PM umum macam2 tapi bila part orang Melayu buat benda salah, takde pulak Najib campur tangan.

Sebelum kau kata orang agama lain teruk dan tak paham apa itu Islam, tolong paham, SEMUA AGAMA TIDAK MEMBENARKAN PENGANUT DIA BUAT BENDA TAK SENONOH! Bukan sekadar Islam. Ini tanggungjawab kerajaan. Mana pegi orang agama dalam KDN ni? Kenapa kita tak wujudkan guideline yang protect hukum agama dalam industri hiburan?

Kalau kau jawab "nanti macam mana pelakon nak berlakon? Memang la kena berasmara sebab dia lakonkan babak suami isteri!" aku nasihatkan, tune la kepala otak kau balik. Ini aku tujukan kepada Lembaga Penapisan Filem dan Kementerian Dalam Negeri.

Dulu filem fantasi kena banned, filem komunis kena banned, filem Zoolander kena banned, filem Schindler's List kena banned. Passion of The Christ kena. Kenapa filem2 Melayu yang ada adegan ranjang boleh lepas? Macam KL Gangster 2 punya scene rogol. Kau dah tengok? Kau tak rasa akan ada budak terpengaruh nak ikut?

Kadang2, jujur, aku rasa, kita adalah majoriti masyarakat Melayu yang Islam, tapi kita diperintah oleh orang2 bukan Islam, takpun yang dah keluar Islam tapi still claim diorang Islam sebab Melayu majoriti kat Malaysia. Macam Islam tu topeng aje la....

Kau tak pernah rasa camtu?
Aku sorang aje ke rasa camtu? Aku sorang aje ke rasa pelik bila mak-mak mengamuk isteri disaran layan suami macam pelacur tapi diorang tak mengamuk bila tengok maksiat dalam drama "Love You Mr.Arrogant" ?

November 14, 2013

Cuba Kau Potong Astro di Rumah Kau dan Kau Tengok Apa Reaksi Keluarga Kau

Mengimbas kembali 2 hari lepas, bila aku menulis pasal dunia muzik yang makin lama makin caca merba, ikhlas aku cakap, aku cukup takut dengan satu trend yang telah dimulakan oleh Amerika dan makin lama makin diadapt satu dunia. Trend ini aku gelarkan "latih anak dari kecik supaya dia jadi slut."Aku dah perasan benda ni satu masa dulu. Waktu aku tengok "Parents Trap" lakonan Lindsay Lohan kecik dan "Leon The Professional" lakonan Natalie Portman masa muda. Tapi time tu tak macam sekarang.

Amerika tengah didik dunia supaya pandang gadis2 muda Hollywood sebagai satu Holy Grail yang seksi tapi tidak boleh disentuh dan kemudian tayang mereka, tubuh mereka, gaya mereka supaya kita semua rasa excited nak tunggu diorang besar. Kau tengok sendiri dalam Parents Trap tu ada scene Lindsay Lohan mandi. Dalam The Professional, ada scene Matilda (Natalie Portman) cuba ajak Jean Reno romen dia siap dah bukak baju tinggal panties dan singlet. Waktu tu, Natalie Portman berapa tahun? Lindsay Lohan waktu tu muda sangat lagi.

Bila kau tengok scene2 macam tu, apa kau sebagai lelaki nak rasa? Kau nak rasa ghairah? Budak lagi! Kau nak rasa bersalah? Natalie Portman tu bang, hot stuff! Diorang try create confusion dalam diri kita supaya kita duduk  antara borderline seorang paedophile dan seorang lelaki bernafsu. Kemudiannya, kalau kau declare diri kau terghairah tengok tu, masyarakat dunia dah dilatih supaya kutuk kita sebagai paedophile. Kalau kau kutuk scene tu pulak, kau pulak dikecam sebagai seorang yang tak menghargai seni dan ekspresi artis dan lakonan tersebut.

Bila dah confuse camtu, diorang latihlah kita supaya ambik benda2 tu sebagai normal. Terima yang budak2 seksi adalah biasa dan kau tak sepatutnya anggap itu sebagai simbol seks sebab itu semua, adalah normal.

Dunia hiburan sekarang pulak sebab nampak macam berkesan aje marketing tu, diorang pun all out sekarang. Budak2 dah digalakkan jadi artis yang mempunyai talent macam orang besar dan berlagak macam orang besar. Contohnya, anak Will Smith, Willow Smith. Kau dah tengok video klip dia? Mak aih! Even Miranda Cosgrove, gadis comel dalam School of Rock pun dah cuba disexualizekan oleh diorang ni. Dakota Fanning dan Elle Fanning? Hahaha...seksi dah. Tak masuk lagi kisah tragedi yang menimpa Hannah Montana....Miley Cyrus...yang sekarang ni rasanya dah tak pakai baju langsung. 24 jam separa bogel.

Kau comparekan lah adik beradik kembar dalam siri TV Full House (orang berumur mesti tau) dan adik beradik tu sekarang ni. Dah macam rangka mayat yang seksi!Paling penting, kalau kau tengok, semua contoh tu adalah perempuan. Kenapa? Sebab sex sells! Bukan setakat dapat target market budak2 malahan berapa ramai lelaki baya aku yang mengharapkan Emma Watson/Hermionie tunjuk nipple dia? Berlambak! Jadi muzik untuk mass consumerism, image untuk lelaki2 gersang macam aku. Cover semua market.

Dulu2 ada jugak innocence dia, tapi sekarang ni diorang dah tak segan silu jadikan budak2 sebagai simbol seks. Kita pun dah start nampaknya. Kita train budak2 menari dalam Macam-Macam Aznil. Kita dah ada rancangan Astro Ceria Superstar. Idola Kecil dah mula gilap bakat anak2 ni supaya bergaya macam artis yang dah besar.

Produser2 hiburan ni bijak. Alang2 mereka dah berjaya market benda ni kepada budak2 dan lelaki berumur, mereka cuba capture market wanita pulak. Contoh artis international paling hebat pasal benda ni adalah Beyonce.

Beyonce ni; dia dapat capture semua market straight. Imej seksi dan tarian lucah untuk lelaki. Lagu untuk semua orang. Imej feminism dan perempuan yang strong digunakan untuk beli peminat perempuan. Kau cuba tengok kebanyakan lagu Beyonce merupakan lagu2 yang membangkitkan semangat feminis supaya bangun menegakkan hak wanita. Mesti ramai wanita yang inspired dengan lagu dia....tapi......kau tak rasa dia hipokrit ke bila dia menyanyi benda camtu sambil pakai bikini dan terkangkang?

Apa pointnya kau jadi strong woman kalau kau jaja tubuh kau supaya lelaki berair tengok?

Begitulah hebatnya teknik marketing Amerika kepada pelusuk dunia sehinggakan perempuan2 boleh merasakan, berbogel adalah hak mereka. Tunjuk kelentit kepada dunia adalah simbol wanita yang berdikari. Kalaulah kau jumpa minah Melayu seksi, kau tanya dia, kenapa dia pakai seksi. Dia sure akan jawab "ini style saya, ini imej saya, this is me being myself. Ini adalah pilihan saya."

Jawapan tipikal perempuan bodoh yang tak sedar dirinya jadi bahan pameran. Atau mungkin dia sedar, dia suka, tapi dia tak nak admit. Admit aje lah kau suka orang tengok kau! Kan senang? "Saya sukalah abang dari tadi duk renung saya punya clavage! Membuatkan saya rasa cantik!"

Hebat sekali Barat dalam mengubah identiti bangsa satu dunia.

...............

Cuba kau fikirkan, kalaulah kau ada anak, anak kau dah dibesarkan dengan menghadap benda ni setiap hari, tiap2 hari dah terbiasa tengok perempuan menari seksi, lelaki hulur konek dekat wanita atas pentas dan wanita tu menadah aje mulut dia, budak2 seksi dan terkinja2 macam beruk, wanita2 tua pulak sanggup tanggal panties kalau Justin Bieber suruh bukak (baru terjadi minggu lepas)...kau rasa apa respon dia kalau kau cuba tarik semua benda tu dari dia?

Mengamuk bang.

Anak kau akan mengamuk kalau dia tak dapat hiburan yang dia dah selalu tengok. Inilah dia apa yang mereka mahu kita jadi. Mereka nak kita bantah kalau hiburan kita disekat. Mereka nak kita rasa tak selesa kalau tak dapat tengok perempuan menari atas pentas.

Malaysia sebagai negara yang majoritinya Islam, kalau kita sekat kemasukan hiburan2 dari Hollywood ni apa reaksi kita? Hahaha, aku sure ramai yang akan mengamuk.

Orang yang bantah benda popular sebab benda tu tak betul dilabel sebagai orang jahat, villain, tak ikut peredaran zaman, sebab masyarakat kita dah dibentuk jadi camtu. Aku cukup tak suka apa2 rancangan dalam Astro Mustika punya package. Kalau aku kutuk sapa2 yang suka benda tu, mesti akan ada yang kutuk aku balik kan? Pada aku, majoriti rancangan popular yang ada dalam Astro Mustika adalah hiburan paling bangang yang aku pernah jumpa.

BANGANG!

Benda tu popular dan benda popular takleh ditegur. Makcik2 yang tergilakan artis sampaikan kalau terjumpa nak peluk2 nak cium pun takleh ditegur. Kita kena accept yang makcik2 ni ada hak nak peluk artis nak cium macam diorang cium laki diorang. Kita kena terima yang pelakon perlu bersentuh-sentuhan lelaki dan wanita, kalau tak nanti macam mana nak lakonkan watak suami isteri dengan realistik.

Itulah dia perihal orang Melayu!
Kita dah accept zina sebagai keperluan.

Itulah sebab nya hudud tak akan dijalankan di Malaysia. Kita sayang budaya hiburan ni dan kita expect artis mesti tayang cleavage dan berzina-zina berat dan ringan dalam filem. Kalau kita tak dapat, kita rasa tak complete. Kalau ada yang berani lawan, kita pandang diorang serong. Macam aku kutuk mak-mak yang tayang depan orang ramai macam mana diorang menyusu anak. Hahaha. Husband gila aje yang sapot benda2 camtu. Ni semua ajaran Barat la nih!

Kita ni macam sponge yang absorb culture popular dengan sangat cepat dan sangat mudah.

Sedar tak sedar, orang Malaysia adalah antara market Hollywood yang paling berjaya. Kita bukan sekadar beri mereka duit kita tapi kita juga beri mereka jiwa kita. Kita dah jadi end consumer yang ketagih dengan apa yang mereka boleh provide dan kita sanggup spend beribu semata2 nak dapatkan semua tu. Kalau tak dapat, jiwa kita jadi kosong. Tak berisi. Bila dapat hiburan, kita isi pulak dengan benda yang tak ada isi.

Macam majoriti filem Melayu.
Macam majoriti drama Melayu.
Macam majoriti isu2 gosip artis Melayu.
Macam rancangan dalam pakej Astro Mustika.
Macam majoriti NOVEL MELAYU yang popular sekarang ni!

Kalau aku usulkan supaya mana2 lelaki yang pegang tangan awek dia perlu disebat, mesti ramai yang bantah kan? Dah selama ni duk pegang awek, tiba2 tak dapat mengamuk bang. Cuba kerajaan luluskan wanita Islam wajib pakai tudung. Mesti riot! Habis mengamuk FLOM!

Mungkin, itu aje solution untuk kita lawan anasir2 barat ni? Kalau undang2 sedia ada tak mencegah zina....kenapa perlu kita kekalkan undang2 ajaran barat ni? Tanya la diri sendiri.

Mulut kita sebut "Islam Is The Way of Life" tapi kenapa implementasinya sangatlah kurang, khasnya kat negara kita sendiri.Mungkin sedar tak sedar2, kita dah dipengaruhi supaya lebih prefer hidup cara barat tapi kita takut nak admit yang itu preferences kita.

November 13, 2013

Makin Ramai Memerlukan Bantuan Ibu Bapa Mereka Untuk Menyelesaikan Masalah di Tempat Kerja



Kelakar la jugak bila seorang bapa kepada PHD holder menulis surat
merayu supaya anaknya, seorang PHD holder mendapat kerja tetap dan bukan kontrak.

Agak kelakar sebab dia PHD holder. Kelakar bai.
Aku tak nak kutuk lebih2 tapi kelakar bai.

Kalaulah student kau tau bapak kau tulis surat ni bagi pihak kau, mesti ramai
mempunyai perasaan sinis dengan pensyarah mereka. Ye la, kalau zaman sekolah,
cikgu kau panggil mak bapak dia suruh setelkan masalah dia dengan guru besar,
mesti kau rasa cikgu kau tak matang? Kan?

Lagipun, baru setahun jadi pensyarah....Kalau dah 3 tahun 4 tahun,
munasabah jugak la nak mintak bapak tulis surat kat paper. Hahaha.

Tulis surat dalam paper tak memerlukan PHD bang.
Aku pun boleh buat sendiri.

November 12, 2013

Wanita Generasi Masa Depan Perlu Belajar Menjilat Ais Krim Dengan Menggoda Sambil Wajah Merayu-Rayu Minta Sesuatu

Aku membesar dalam family yang agak konservatif.

Mak aku tak berapa galakkan aku layan muzik. Tapi bapak aku ok pulak, siap aku suruh dengar lagu2 Ito and the Blues Gang. Pasal filem, aku tak pernah ingat sekali pun pernah borak dengan mak aku pasal filem. Aku ingat sekali aje la satu family aku gi tengok Teenage Mutant Ninja Turtles 2 : The Secret of The Ooze dekat wayang. Waktu tu aku darjah 2 rasanya. Tu satu2nya waktu aku sempat buat sesuatu yang berunsurkan entertainment dengan bapak aku sebelum dia tak ada.

Aku mula kenal muzik sejak umur aku 9 bila aku mula dengar New Kids on The Block. Tuhan sayangi aku jadi Dia selamatkan aku daripada menjadi fanatik boyband...syukur! Dengan ketentuan Tuhan, mak aku ok bila aku mintak kaset Nirvana - Nevermind. Malu aku nak mengaku tapi mak aku yang belikan aku kaset Nirvana waktu aku form 2. Kalau mak aku tak belikan aku kaset tu, mungkin aku akan terus hanyut layan lagu2 yang aku dengar waktu tu yang aku malu nak sebutkan. Mungkin sekarang ni aku tengah layan One Direction....

Mak aku memang bising jugak la kenapa aku dengar muzik camtu. Nirvana! Mat dadah! Dah la dah bunuh diri. Muzik rock ni untuk budak2 jahat. Mesti lepas tu mak aku punya la takut aku ponteng sekolah, hisap ganja, berenti sekolah dan bermacam2 lagi lah. Tapi mak aku still belikan aku kaset tu. (Aku pernah ceritakan pasal benda ni dulu2.)

Aku masih lagi dengar Nirvana sehingga sekarang, begitulah kuatnya Kurt Cobain punya pengaruh dekat aku pada tahun 2013. Bermula daripada Nirvana, aku kenal Screaming Trees, band yang memainkan lagu rock yang sangat asyik dengan suara stoner paling sedap aku pernah dengar setakat ni. Aku dengar Rival Schools, band hardcore yang punya melodi yang sangat catchy. Aku dengar Biffy Clyro, band Scotland yang sangat rare satu masa dulu di Malaysia. My Vitriol, band one hit album klasik yang hilang lepas gegarkan dunia muzik UK dengan album yang terlalu padu sehinggakan band tu dah jadi legend scene UK. Untuk local scene, aku kenal Saturnine, band yang memainkan muzik alternative yang ber-melodi dan sudah pastilah, Butterfingers, legenda muzik Malaysia yang dah terkubur. Aku tak suka sangat muzik Punk....pada aku, melodi tu penting. Lagu kena catchy tapi maintain heavy. Template Nirvana.

Semua tu terjadi sebab aku mintak mak aku belikan aku Nevermind. Sebelum tu, satu2 nya lagu Nirvana yang aku dengar hanyalah "The Man Who Sold The World."

Sekarang dah masuk 2013.
Aku baru start2 nak dengar Pearl Jam...haha.

....................

Aku tak tau apa yang berlaku, sama ada aku yang dah tak seiring dengan zaman atau memang muzik makin lama, makin hancur. Budak2 zaman sekarang ni rasanya dah terlalu expose dengan muzik2 bodoh nyanyian Black Eyed Peas, muzik bangang macam Kreyshawn (GUCCI GUCCI!?), dipenuhi dengan muzik2 mamat2 kulit hitam yang menyanyi pasal seks dan minah2 berbogel yang berbogel semata2 nak tunjuk diorang kuat, ala-ala Miley Cyrus atau Rihanna. Ada beratus2 lagi artis yang bakatnya kini lebih terarah kepada bagaimana nak berpakaian seminima mungkin asalkan still lepas masuk TV dan tak nampak ari-ari dan puting.

Kalau ada yang start tayang alur vagina dekat red carpet, mesti ada yang akan ikut....

Mujur di Malaysia benda ni tak "sampai" lagi tapi kecenderungan tu ada la. Sekarang ni pun dah ramai gadis Melayu yang berani berbogel depan photographer hanya sebab nak jadi "model" dan hidup dengan angan2 "berbogel adalah pilihan aku dan kau tidak perlu kutuk aku." Kau tak percaya ramai gadis Melayu camni? Carik kawan2 photographer dan mintak dengan diorang gambar2 yang jadi koleksi private diorang.

Zaman dah berubah, tapi perubahan yang berlaku sangat extreme rasanya. Jika dulu mak aku risau aku dengar muzik rock dan terlibat dengan gejala dadah (aku tak pernah hisap dadah tapi aku hisap rokok dulu), zaman sekarang ni, dengan lambakan artis dan lambakan maklumat, amat mudah untuk artis jadi popular. Dulu Nirvana popular, diorang jual identiti pakaian lusuh, jeans koyak, jiwa memberontak dan hisap dadah.

Zaman sekarang, apa yang dijualkan hanyalah identiti bitchy, slut dan sanggup buat apa saja asal dapat jilat konek lelaki. Semua video klip yang aku tengok mesti ada tarian macam mana nak henjut masa tengah romen dan ilusi2 menjilat tiang,asikrim dan apa2 lagilah yang boleh dijilat.

The hooker generational trend.
Jual tubuh untuk duit.

Yang membimbangkan aku benda ni tak balance. Jika dulu ada Nirvana dan oppositenya ada pelacur tua Madonna, kini mana ada lagi dah musician yang akan counter balance benda ni sebab pengaruh diorang dah kurang. Kau nak harap Nickelback? WAHAHAHAH! Radiohead pun dah slow down. Coldpay dah jadi satu band parody yang amat mengarut. Seolah-olah permintaan market ni memang nak gadis2 muda berbogel dan minta seks dengan lelaki. Pemuzik tulen gi main tepi jalan dah la. Kami nak gadis seksi yang tak buat lagu sendiri dan nyanyi kena pakai auto tune!

Itu demand market zaman sekarang kan? Selama ni aku ingatkan, lelaki yang merayu2 mintak seks dengan gadis. Sekarang ni, gadis pulak yang merayu2....memang sah akhir zaman!

Kalaulah mak bapak kita (generasi 50-60 tahun sekarang) tengok balik muzik zaman sekarang, apa yang diorang lalui dulu masa kita nak membesar bakal dirasakan sangatlah tame. Generasi aku, (20an 30, 40an ) yang dah ada anak sendiri ni mesti penuh dengan risau sebab culture kita makin lama berubah ke satu level yang menghargai kebodohan dan suka tayang badan, berbanding bakat tu sendiri.

Aku cukup risau muzik jenis apa yang anak aku akan dengar sebab dah susah nak jumpa musician yang betul2 berkaliber, ada identiti yang ok-ok dan muzik yang bakal jadi anthem dia. Geli bai tengok peminat Justin Bieber punya perangai! Bukannya muda pun peminat dia, 16-17 tahun berperangai macam beruk. Trend muzik sekarang ni seolah-olah tak memerlukan kau berfikir sangat. Yang penting, happy dan follow the beat. Tak perlu berfikir sangat.

Muzik sekarang ni majoritinya bodoh benar disertai dengan muzik video yang membuatkan maruah perempuan bawah tapak kaki. Yang memelikkan aku, ada aje supply perempuan2 gullible ni yang nak jadi bahan pameran satu dunia.

Aku nampak ada trend yang sama sedang diterapkan di Malaysia. Terkejut aku tengok selain daripada Idola Kecil ada lagi rancangan lain yang buat contest budak2 buat grup dancing Astro Ceria Superstar, siap ada tutorial ajar "adik-adik" macam mana nak menari macam diorang ni. Yang kau ajar budak2 macam mana nak menggoyangkan pinggang macam tengah berjimak tu kenapa bangang? Dah la budak2 Melayu semuanya. Kau nak kata benda tu harmless? Hahaha. Dulu, Astro Ceria hanya tayang kartun aje! Lihatlah berapa besar the generational shift is happening.

Sedar tak sedar, muzik zaman sekarang dengan jelas menunjukkan, muzik rock zaman 90 an yang sangat ditakuti ibu bapa waktu itu sebenarnya sangat harmless. Ada pernah kau nampak Eddie Vedder jilat apa2 sambil goyang telur dia ke depan ke belakang? Kita risau kebanjiran masuk pelacur luar ke Malaysia sehinggakan kita lupa, TV kita penuh dengan segmen2 macam mana nak mendidik anak kita jadi pelacur.

Apa kejadahnya kita galakkan anak2 kita menari2 atas pentas macam beruk, terkangkang sana sini bagi satu Malaysia tengok?Kalau anak kau terkeluar dari Astro Ceria Superstar kau patutnya bergembira! Buat kenduri! Tapi, mak bapak zaman sekarang..anak tak dapat tayang bontot dekat TV, dia pulak yang kecewa sangat2 meraung lebib2 berbanding anak dia.

Khasnya mak dia.

November 11, 2013

Kadang-Kadang Aku Wish Kita Tak Terlalu Cepat Jadi Digital


Aku ingat lagi dulu waktu aku kecik. Tora dan Ding Dang. 
Aku prefer Tora tapi waktu tu Tora $1.00. Ding Dang 50 sen.
Tak mampu aku beli Tora.


Aku singgah kedai kat tepi jalan sementara nak ke kampung, terjumpa
Tora dijual RM1.50 sekarang. Aku beli dengan mengharapkan still dapat merasa
coklat dia yang sedap sebab dalam dalam dia ada biskut.



Agak hampa bila bukak2 jumpa dalam kotak ada gula2 tak sedap perasa ceri ni. 
Kalau aku nak beli gula2 ni aku beli Hacks. 


Apa jadah permainan silap mata ni? 

Satu masa dulu kualiti permainan yang terkandung dalam kotak ni agak best. 
Sehinggakan Tora boleh ada iklan dalam TV dengan tagline "Tora Datang Lagi..." 
untuk mengingatkan budak2 Tora dah update permainan baru. 


Bila kenang balik, rasa beruntung jugak sebab aku still dapat merasa main basikal petang2,
main bola kat padang, main polis sentri, main galah panjang, main teng-teng,
beli Tora ramai2 dan compare apa kita dapat.

Kalau dicomparekan, rasanya generasi akan datang surely akan lebih pandai,
lebih educated dan lebih terbuka knowledge diorang, tapi macam mana pun,
takkan ada apps yang mampu ganti perasaan kau beli Tora dan berdebar2 bukak kotak
tengok apa kau dapat.

Kemudian kau bawak ke padang main benda tu ramai-ramai.

Sekarang ni, padang pun susah nak jumpa.
Padang kat sekolah pun banyak kena tarik buat binaan.

November 08, 2013

Aku dan Mesin Taip Ajaib Pada Tahun 2013



"Encik, mintak tolong bagi borang ni dekat isteri supaya dia boleh isi borang prestasi dia."

"Aha, ok. Pakai pen apa warna hitam kan Puan?"

"Oh, tak tak. Mesti pakai typewriter..."

"Typewriter? TYPEWRITER? TYPEWRITER!!???"

"Ak aah. Memang borang ni perlu diisi pakai typewriter."

"Kalau saya punya tulisan macam typewriter boleh ke puan?"

"Tak. Kena pakai typewriter jugak."

"Sangat munasabah sekali permintaan itu puan. Sekejap. Saya nak call isteri saya guna public phone. Puan ada syiling? Saya cuma ada syiling seringgit emas satu. Sayang la nak pakai..."

November 07, 2013

Rahsia Institusi Pengajian Tinggi Yang Adik-Adik Nak Ambik SPM Perlu Tahu

Pernah dengar cerita pasal student maki lecturer sebab lecturer tak passkan dia ataupun student maki lecturer sebab student rasa "dia yang bayar gaji lecturer tu" ? Benda ni sebenarnya tak pernah pun berlaku dekat Malaysia sebelum ni dan mentaliti camtu tak pernah wujud pun dekat budak Melayu. Walaubagaimanapun, memandangkan pendidikan sudah jadi satu bisnes orang kaya buat duit, itulah yang berlaku sekarang ini.

Satu masa dulu sebelum pendidikan jadi satu bisnes dan tidak banyak IPTS dibukak, hanya orang2 terpilih yang dapat melanjutkan pelajaran selepas SPM. Tapi oleh kerana terlalu ramai anak muda keciciran dan menjadi huru hara, dasar pendidikan negara menggalakkan pihak swasta membuka IPTS yang mampu menampung pelajar2 yang tidak dapat ke IPTA ni. Lagipun, dengan kemunculan IPTS, student ada choice. Faedahnya secara general, lebih ramai pekerja terlatih dan berkelulusan mampu dihasilkan setiap tahun. Itu matlamat murni dia la.

Selain itu, kalau kau tak suka apa yang IPTA offer kau, kau boleh pegi IPTS. Itu kebaikan dialah selain daripada memberikan peluang kedua kepada yang lingkup SPM untuk dapat pendidikan tertiari ni.

Oleh kerana bisnesman will always think about profit dan expansion, mereka akan nampak yang jikalau diorang hanya try cater kepada local student, persaingan dia teramatlah sengit. Jadi wujud IPTS-IPTS yang offer education kepada student luar dan berlakulah lambakan masuk pelajar dari Nigeria, China dan Timur Tengah. Itulah yang kita boleh lihat sekarang ni.

Walaupun dari segi ekonominya bagus untuk negara tapi ada beberapa side effect yang terjadi. Student Nigeria mula buat gangster kat Puchong dan Cheras. Terlalu ramai gadis China masuk sebagai pelajar tapi datang sini untuk jadi pelacur dan orang Timur Tengah pulak, majoriti diorang bawak kereta macam Malaysia ni, bapak dia punya.

Walau bagaimanapun, itu bukannya kesan paling buruk yang globalisasi pendidikan ni bawak masuk....

Kebanyakan student ni (bukan semua) yang datang Malaysia ni adalah mereka2 yang score tak berapa bagus untuk exam "level SPM" diorang dan paling penting, diorang ni kaya. Beserta dengan itu, diorang pun memperkenalkan kepada Malaysia satu mentaliti dimana "Pendidikan Adalah Bisnes, Jika Aku Sudi Bayar Kau Boleh Luluskan Aku Tak?"

Ahli perniagaan kita pulak nampak permintaan geng2 yang nak degre mudah ni, cepat2 diorang grab market dari situ. Ye lah, orang luar, datang Malaysia ramai2, bayar puluh ribu, takkanla nak balik negara asal diorang tak ada hasil? Jadi banyaklah IPT2 di Malaysia ni yang mana mengambil pelajar luar negara mula memperkenalkan dasar tidak rasmi "You Bring In The Money, We Give You Your Degree."

Bukan setakat kolej2 kecik buat benda camni malahan satu Universiti yang agak established fakulti engineering dia pun telah mengeluarkan arahan kepada pensyarah supaya tidak menggagalkan pelajar2 luar negara. Ini bukan fitnah, ni betul. Ini adalah kerana bila kau deal dengan pelajar luar negara, ada banyak komplikasi yang kau kena hadapi kalau student foreign ni gagal. Visa, student registration, report dengan imigresen...banyaklah birokrasi dia. Selalunya visa hanya akan diberi beberapa tahun jadi kalaulah student tak dapat pass semua course dalam masa yang ditetapkan, management fakulti dan universiti lah yang kena menjawab.

Jadi, banyak universiti dan kolej ambik jalan mudah.

Passkan semua budak foreign walaupun kerja macam gampang. Agak menakutkan kalau budak tu belajar architecture, bukan? Lagilah mudah diorang pass kalau government diorang ni sponsor study fees sebab kebanyakan government ni, diorang expect investment diorang balik modal. Jadi, mentaliti budak2 ni, datang Malaysia, expect diorang dapat degree sebab diorang yang provide fund untuk kita run universiti kita. Aku tak kata semua. Mana yang betul2 nak belajar, memang diorang bagus. Standard la. Semua tempat camtu kan.

...............

Kenapa aku menulis benda ni?

Aku cuma nak ceritakan realiti pendidikan di Malaysia ni dah macam tu untuk budak2 yang nak ambik SPM ni. Kalau kau masuk IPTA sekalipun, yang mana ada ambik foreign intake, kau takyah terkejutlah kalau budak2 foreign tu tak pernah datang kelas, tak pernah jumpa lecturer, tapi dapat B-. Itu tekanan yang wujud pada pihak universiti sebab culture camtu dah mula bercambah merata2. Duit dah mampu beli grade. Sebelum ni kes melibatkan duit sebagai bribe, malahan ada yang menjaja vagina dan penis untuk kelulusan. Pernah dengar kisah lecturer mintak student romen kalau nak A? Memang berlaku.

Janganlah sebab kau nampak ketidak adilan camtu, kau jadi malas nak belajar. Anggap aje la diorang tak wujud, walaupun kau tau benda tu tak fair dan merendahkan nilai effort yang kau dah buat. Kau concentrate aje belajar dan penuhkan diri kau dengan benda2 berfaedah. Masa dekat IPT, jangan jadi mat rempit atau gadis bertudung gersang. Aku yakin kau akan nampak treatment student local dengan treatment student oversea ni lain sikit, tapi teruskan lah berusaha. Kau juga akan dengar kes di mana awek2 hot yang tak tau hapa2 dapat markah bagus. Itupun normal. Semua pensyarah ada nafsu. Cuma tak semua ada etika dan jati dia. Sesetengah orang, bila dia ada kuasa, dia akan take advantage benda tu.

Belajar rajin2, penuhkan kepala kau dengan ilmu dan agama lepas tu tahun 2018 nanti, kita kasi tukar pihak2 yang bertanggungjawab ubah dasar pendidikan negara kita kepada satu bentuk komoditi bisnes, yang kualitinya ditentukan oleh nilai yang mampu dibayar. Sistemnya bagus, niatnya elok tapi implementasinya, mak aih, merepek. Last2 jadi kepada the profit race jugak, semua berebut nak bukak kolej bukan sebab nak mendidik sebagai main objective, tapi sebab nak rebut duit. Education belakang kira.Lihatlah sendiri IPTA sendiri pun makin lama makin membuka pintu kepada pelajar asing.

Kalau ikut timing, koranglah (SPM tahun ni) batch yang bakal graduate sebelum pilihanraya umum yang seterusnya.Aku tau jiwa anak muda memang berapi aje. Sabar. Just go a long with the system yang diorang dah letak buat masa sekarang. Kemudian, bila kau dah graduate, belajarlah melawan. Belajarlah mempersoal. Kau akan mula kerja pada zaman GST dah terlaksana dan waktu tu berapa percent GST nya kita tak boleh jangka. Janganlah dibiarkan sampai "PTPTN kan ada?" jadi slogan hidup bakal pelajar dan mak bapak Malaysia.

Tapi bila tengok balik video2 tak senonoh budak sekolah zaman sekarang, rasanya, elok jugak la warga asing dapat masuk IPT kita kan? Hahaha. Macam orang tak ada akal langsung kadang2 membuatkan Miley Cyrus nampak genius.

November 06, 2013

"Saya Sayang Kamu Encik Berlagak Rapat-Rapat, Ketat-Ketat"

Semalam, sebab lapar benar, aku singgah makan dulu sebelum meneruskan perjalanan ke kampung. Waktu tu dah dekat jam 6.50 petang dan aku tak makan apa lagi kecuali sebungkus maggi asam laksa yang aku makan time breakfast. Aku pun singgah dekat yang first aku jumpa. Duduk dan order. Seat aku pilih betul2 depan TV sebab aku memerlukan distraction bila makan, kalau tak aku makan laju sangat.

Tang tang tang. TV3 menayangkan drama yang tengah hangat diperkatakan sekarang ni,"Love You Mr.Arrogant." Sehinggakan kawan2 aku pun berborak pasal drama ni. Bukannya kawan perempuan, tapi kawan lelaki.

Sambil mengunyah nasik dengan telur goreng, aku pun layan aje la drama tu. Siapa nama awek tu? Hot siot. Free hair ke bertudung ke, dia memang hot. Muka dia sedih pun dia hot. Dia senyum pun hot. Serba serbi hot lah. Tapi episod yang aku layan semalam tu, awek tu banyak buat muka sedih sebab dia banyak kena sound dengan husband (aku rasa) dia.

Aku tak pernah tengok langsung drama tu sebelum tu dan aku tak tau langsung apa background cerita dia...jadi aku cuba agak, cerita ni bermula sebab awek ni kahwin dengan mamat ni, anak datuk barangkali dan mak dia tak restui perhubungan diorang. Kenapa diorang kahwin aku tak tau dan kenapa mamat tu berlagak dengan isteri dia sendiri aku tak tau. Kena tangkap khalwat kot. Ter-romen kot?  Ada bau2 bacang dengan filem Ombak Rindu barangkali. Aku tak paham kenapa Mr.Arrogant? Mungkin dia suka menunjuk kekayaan, mungkin zakar dia besar jadi dia suka hebahkan supaya semua orang tau. Mungkin sebab bapak dia datuk jadi dia arrogant.

Aku memang tak tau lah jalan cerita dia tapi apa mesej yang aku dapat tangkap dari drama ni, drama ni sedaya upaya cuba menonjolkan watak seorang wanita yang menghadapi pelbagai kesusahan hidup dan struggle menghadapi rintangan yang datang dari keluarga mertua, malahan suaminya sendiri. Lagipun, semalam, muncul pulak watak seorang wanita lain yang menjadi calon pilihan mak mertua dia. Mesti ada scene mak mertua suruh anak dia ceraikan menantu sebab tak sama darjat dengan dia.

Kenapa drama kita camtu?

Seolah-olah ada template digunakan untuk create hit drama di Malaysia.Create storyline wanita susah payah kena maki, kena hina, suami dia pulak tak guna, mertua pun tak guna, bapak mertua aje memahami dan mesti ada rival antagonist yang lebih seksi berbanding watak utama. Paling penting, watak wanita heroin mestilah perempuan paling penyabar dalam dunia, semua benda jadi pun dia cuba tahan dan langsung takde sekelumit pun mengeluh. Post dalam Facebook pun tak.

Memang pelik sebab dari dulu sampai sekarang, template filem dan drama Melayu adalah sama. Mak mertua mesti busuk hati, suami (atau lelaki) mesti menduakan isteri/awek ataupun husband . Seolah-olah drama2 ni menjaja mesej kepada penonton, awasi mak mertua anda dan suami anda kerana mereka ni ada niat lain dan memang mak dengan anak lelaki ada konspirasi bila kau dah kahwin dengan diorang.

Masalahnya, penonton kita ni kadang2 bangang. Tak dapat nak bezakan drama dengan realiti. Sebab tu lah ada kesnya pelakon kena kutuk sebab dia kerap berlakon watak jahat.

Pada aku la, drama2 camni tak berubah2. Dari dulu sampai sekarang sama aje. Tak ada kreativiti sangat diaplikasikan dalam hiburan kita. Semuanya bertujuan hanya untuk filling up the time supaya golongan mak2 dan wanita2 ni duduk depan TV, layan dan relatekan diri diorang dengan apa yang diorang saksikan. Realisasikan fantasi wanita yang diorang malu nak admit.....

Aku rasa...drama2 yang menggunakan storyline camtu hit, sebab ramai kaum ibu dan wanita kita dapat relate benda tu dengan kisah dia. Ye lah, punyalah ramai wanita dalam internet komplen pasal husband dia, pasal mertua dia. Drama camni mampu meralitikan apa yang ditakuti oleh ramai wanita jadi diorang dapat kaitkan apa yang terjadi dengan diri diorang sendiri. Lagipun, aku rasa, ramai wanita anggap....mereka adalah wanita yang paling sabar dunia sama seperti watak drama tu.

Sebab tu lah kot, ramai yang suka layan drama camtu sebab memang itu target demografik mereka.Guilty pleasure masyarakat Melayu.

Kenapa "I Love You Mr.Arrogant" ? Buruk sangat ke Bahasa Melayu? Kelakar ke kalau tajuk nya "Saya Sayang Kamu Encik Berlagak" ? (agak kelakar tapi pada aku lebih catchy dan tak payah terangkan dekat aku ini based on buku ke novel ke, drama tu bahasanya Melayu). Lastly, sebab drama ni punyalah hit sehinggakan berjuta-juta orang tengok....aku pelik, kenapa tayangannya disiarkan pada waktu Maghrib? Tak ada ke waktu lain yang lebih sesuai?

Punyalah taksub masyarakat kita tengok benda ni sampaikan tukang masak tu masak tak tenang,sambil masak lari2 keluar cepat2 tanya apa jadi dekat pelayan. "Haa..ni mak dia dah boleh cakap dah sikit2..lepas tu ni lepas tu tu, mak dia jatuh dekat rumah bla bla bla..."

Come on bro. Sotong goreng tepung aku mana? Nasik aku dah nak abis dah ni. Dari tadi aku duk makan nasik dengan telur aje.