November 09, 2011

Najib, Rosmah, Ibadah Haji dan Hasad Dengki Orang Melayu

Ada pihak yang cuba memperlekehkan isu Najib dan Rosmah pegi haji.
Kata diorang, itu semua mainan politik.

Nak pancing undi orang Melayu. Keh keh keh. Apa bodoh punya pandangan. Bodoh benar ke orang Melayu ni? Dengki dan busuk hati sampai macam tu sekali orang Melayu rupanya.

Jadi, bila geng UMNO tanya, Anwar Ibrahim dah pegi Haji ke? Geng pembangkang cepat2 carik posting Anwar tunjuk jadikan bukti. Geng UMNO gelak2. Geng pembangkang sambung gelak-gelak pasal jambul Rosmah terkeluar masa nak pegi haji.

Apa punya bodoh politik.

Bila Najib dan Rosmah nak pegi haji hari tu, aku dok berharap supaya bila diorang balik, Rosmah start pakai tudung. Tutup jambul dia. Aku juga berharap Najib lepas ni terbukak pintu hati dia dan sedar...dia tak sepatutnya meletakkan diri dia sebagai seorang aristokrat lagi.

Itu doa aku la pada diorang.
Aku wish diorang berubah. Sebab apa?

Sebab kalau Najib dan Rosmah berubah jadi lagi baik, faedah dia takkan dapat kepada orang lain, dapat dekat kita jugak. Mungkin cara lain untuk betulkan apa yang salah dekat Malaysia ni selain daripada tukar kerajaan itu sendiri adalah mintak tolong Tuhan tukar perangai pemimpin tertinggi Malaysia.

Jujurnya, aku cukup tak suka cara Najib. Dia suka memancing orang2 muda dengan hiburan. Aku cukup menyampah bila tengok dia sokong konsert Suara Kami hari tu. Terlalu banyak event yang Najib "support" yang mengajak orang2 muda terkinja-kinja macam beruk dapat bunga.

Tak mengejutkan kalau event2 haram tu disokong oleh pihak2 yang ada keuntungan monetary hasil daripada event tu tapi bila PM sendiri turun memberikan apporval untuk budak2 muda lupa Tuhan,lupa batas agama...aku jadi blur. Seolah-olah Najib suka generasi muda Malaysia khasnya orang Melayu berhibur dan berseronok.

Bila sesebuah negara dapat pemimpin yang suka beribadah, benda tu juga akan reflect kepada program2 yang dianjurkan. Tapi banyak program yang dianjurkan kerajaan sekarang ni lebih menjurus kepada berhibur sambil memancing undi. Itu belum masuk lagi upacara berdiri ramai2 sambil mengangkat jari menunjukkan simbol "1Malaysia" yang aku rasakan salah satu gesture paling bodoh yang pernah aku saksikan.

Jadi, kalau ikut belah pembangkang, Najib dan Rosmah pegi haji sebab nak pancing undi orang Melayu. Takpelah. Tuhan bekerja dalam cara dia sendiri.Macam mak aku kata...bila kau kat Mekah, kau akan fikir betul2 pasal diri kau sendiri. Doakanlah Najib dan Rosmah balik jadi dua orang individu yang lebih baik bila Kaabah dah depan mata diorang. Busuk hati kau selama ni..on the spot kau dapat balasan kat situ.

Doakanlah Najib berani nak ubah Malaysia lebih ke arah yang lebih baik, lebih adil, berciri keagamaan dan kurang berunsur hiburan bodoh.

Bukankah itu yang kita mahukan?
PAS pun nak gaduh apa lagi kalau Najib berubah jadi macam tu,kan?

Kita tengok la nanti. Kalau Najib still duk support konsert bangang dan Rosmah masih lagi "macam tu,"....tukar kerajaan. Tuhan takkan tolong kan kalau kita tak berani nak take action dan berubah kan?

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1st lg bro.......

Merentas Horizon berkata...

betul! setuju sangat.. aku aminkan doa kau mantot.. semoga najib dan rosmah mendapat petunjuk dan hidayah disana..

Wanita Bertudung Hijau berkata...

sokonglah entry ni, masih belum terlambat utk najib dan rosmah buat perubahan, kalau mereka bawak imej islam yg sejati, ramai yg benci akan bertukar menjadi sygkan mereka :-)

zamtercinta berkata...

baru je bercerita dgn kwn2 smlm. sedih tgk org yg terlalu taksub dgn politik. sume nk pukul rata. kalau la diorang tau keperibadian najib ni mcm mana. aku gerenti diorg menyesal. ya. aku x nafikan..yg ada salah tetap salah. sama2 la kta doakan yg terbaik untuk negara yg kta cinta ini. k. :)

saya suka abang mantot berkata...

itulah yang kita mahukan...mula2 aku berfikir negatif juga tentang hal ni..tapi bila difikirkan semula..Allah tu maha berkuasa...mana tau depa balik je sini jadi lebih baik..jadi mari kita bersangka baik..

ain najlaa berkata...

apa salahnya,,,sebelum ni kita dah ada bapa kemerdekaan,bapa pembangunan,bapa perpaduan,bapa malaysia moden,bapa pembangunan islam,,,Najib ameklah bapa hiburan....kan urban gituew...hakhakhakhak....

zaren berkata...

pelik aku..apesal da balik haji, jambul maseh nampak... saket hati je tgk...baek cik ros tu tak yah pegi haji...ish!
@_@

cik ros!kalau xbuat hal,org takkan benci..
'Ya Allah,berilah petunjuk kpd beliau'

Kasih nur azie berkata...

betul mantot. aku harap pas balik dr haji, rosmah carik ustazah bahyah mintak diceramahkan. najib pulak carik fadzilah kamsah untuk perubahan. hai la najib..... tolonglah selamatkan isteri ko demi keselamatan negara Malaysia.

yui92 berkata...

setuju dgn pendapat kamu

Fira Hilwa berkata...

manusia itu fitrahnya suci & sukakan kebaikan. xmustahil 1hari nti najib & rosmah mampu mnjadi manusia yg paling baik kt dunia ni. mgkin lbh baik drp kte yg sk ckp ttg keburukan org lain. wallahualam

Munnafendy berkata...

yeah... =)

Tanpa Nama berkata...

jambul power. keh keh keh.

Tanpa Nama berkata...

thumbs up utk mantot!

Tanpa Nama berkata...

bro, tolong ulas isu ni, please..

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2542288006337&set=p.2542288006337&type=1&theater

B.O.B.A berkata...

semoga mereka dikurniakan haji yang mabrur.... dan bibir najib tidak lagi pink....

Lady Windsor berkata...

Harap lepas ni, selain tutup jambul, kak ros tak de la nak tunjuk muka plastic kakak tukang sihir lagi, biar la nampak ikhlas sket senyum dia...

Si teNang berkata...

ya. btol!
err..pasal dia sokong konsert lagho tu, agaknye dia rase dia muda gak kot..haha~

smoga dia dan pasangan menemui hidayah Allah ketika laksanakan ibadah haji.

fuad ansari berkata...

jika balik haji, tetap menampakkan rambut, itu pun akan menjadi bahan umpatan jugak gamaknya....

wahai diri, bersangka baiklah kamu.. bersangka baiklah kamu..

shidaidris berkata...

amin, najib macam nampak ada perubahan. rosmah, huhu

ASyraff Ryu berkata...

Insyaallah...
Bersangka baiklah kita sesama manusia...

ApaDahJadiMalayu berkata...

Menunjuk2 dgn adanya bodyguard itu RIAK dlm amalan namanya...org miskin x boleh buat....bukan mengata kot...mesejnya ialah...rosmah tetap tunjuk jambul lepas haji...doa peminat belum makbul kot??? sesungguhnya Allah SWT maha mengetahui...

bijan poyos berkata...

Aku pun tak suka bila Najib and the gang angkat jari simbol 1Melesia ke langit. Kepoyoan sangat! Nak je aku angkat middle finger ke langit tunjuk depan Najib and the gang menunjukkan tanda aku tak suka dorang.

Great berkata...

i loike bijan poyos comment, kah3..

plain83 berkata...

Hmm..utk wish ko tercapai la mantot, aku rasa kalo ko pegi wat haji pstu mintak doa dgn penuh keikhlasan kat depan kaabah, baru ada kemungkinan besar doa ko bleh jadi sebuah kenyataan mantot..salam ramadhan..ahahaa