Mei 31, 2013

Panduan Memasak Yang Senang-Senang Untuk Orang Bujang dan Anak Dara

Tak ramai orang kat sana pandai memasak tapi aku rasa itu lebih kepada perasaan "takut nak memasak."

Sebenarnya memasak ni tak susah pun, kena yakin aje apa kau buat. Asalkan, masakan kau tak sangat masam, tak sangat masin dan tak sangat manis. Kita bukannya target nak jadi chef tapi semua orang kena ada skill memasak sekurang2 nya lepas la untuk buat masakan simple asal dapat survive.

Makin hari ke hari apa yang aku rasai sendiri, ekonomi kita makin lama makin menjerut leher walau betapa positifinya nada kerajaan bila bercakap pasal ekonomi. Itu belum cerita pasal nak ada GST nanti. Aku tak rasa kalau muncul GST nanti harga barang akan drop, aku meramalkan harga barang2 akan sama macam sekarang tapi on top of that ditambah lagi dengan GST. Takpelah..asal kerajaan banyak duit....

Jadi, memasak sendiri adalah satu solusi untuk semua orang dan hari ini aku ingin memperturunkan ilmu memasak aku yang aku perolehi sejak aku kecik sehinggalah sekarang. Tapi skill ni takde la untuk masakan complicated, cuma cukup la untuk "asal boleh masak."

Ada beberapa bahan yang aku jadikan essential dekat dapur rumah aku;

1. Bawang merah
2. Bawang putih
3. Halia
4. Kicap
5. Kentang
6. Kunyit
7. Garam
8. Gula
9. Cili hijau/merah
10. Cili giling (orang Kedah panggil cili BOH!)
11. Telur
12. Ikan bilis
13. Minyak masak

Bila kau dah ada cukup benda2, sebenarnya bermacam benda kau dah boleh buat. Mungkin sesetengah resipi perlukan satu atau dua bahan lain tapi untuk mulut orang Melayu, inilah dia ramuannya. Tak lari jauh.

a. Bermacam Variasi Nasi Goreng

Basic nasi goreng mudah, potong dan tumbuk semua jenis bawang sekali dengan ikan bilis. Tumis. Kalau nak pedas, tambah cili hijau atau cili merah (yang telah ditumbuk) atau cili giling masa menumis. Campurkan nasik dan gaul...tambahkan telur. Optional : masukkan kentang yang digoreng, carrot atau sawi/bayam/kangkung. Garam satu sudu kecik. Ini basic nasik goreng kampung. Nak variasikan, tambah kicap atau sos tiram.

b. Bermacam varian Mee/ Mihun goreng

Nak goreng dua benda ni tak ada beza sangat dengan buat nasik goreng cuma bahan tumisan macam nasi goreng tu perlu banyak sikit dan perlu berair sikit. Tapi step dia sama aje.

c. (Lauk) goreng

Semua lauk goreng yang kau tengok dekat kedai penyediaan dia sama aje. Ayam atau ikan goreng tu diperap dengan kunyit dan garam. Itu aje. Kemudian goreng. Untuk daging goreng, effort dia lebih sikit sebab daging kalau goreng macam tu aje tak berapa kena la pada aku...jadi kena ada sambal atau bawang tumis dalam tu.

d. Sambal biasa

Nak buat sambal cukup mudah sebenarnya. Kau tumis bawang dan halia yang dah dikisar/ditumbuk sekali dengan bawang yang dihiris (nak bagi cantik) kemudian campurkan dengan cili giling dan sedikit air. Ada orang suka letak air asam jawa nak bagi masam sikit tapi boleh jugak dengan perahan limau kasturi. Garam dan gula kena ada.

Kemudian, tuang atas apa saja jenis lauk yang kau dah goreng. Tuang atas ikan keli goreng jadi la sambal ikan keli, tuang atas ayam goreng jadi la sambal ayam. Ni salah satu nikmat yang kau akan dapat dari masakan..bila kau tuang sambal atas lauk tu dan diorang bertemu...aku cukup suka tengok sambal atas ayam berasap2. Salah satu fetish aku selain daripada cleavage.

e. Sambal hijau

Goreng ikan bilis dalam setengah mangkuk. Tumbuk bawang merah,kecik dan putih beserta cili hijau/cili padi. Takyah hancur pun tak apa. Tumis bahan yang ditumbuk tadi dan campurkan sedikit garam. Masukkan ikan bilis yang dah digoreng. Garam tak perlu banyak sebab ikan bilis dah masin.

f. Masak lemak

Selama ni aku ingat masak lemak santan ni susah, rupanya senang gila. Ada dua cara,tumis bawang dulu. Kemudian masukkan santan yang dah dicampur air dan letak bahan, macam tauhu, tauge, sayur pucuk dan sebagainya. Ataupun rebus aje santan dulu, kemudian masukkan bawang tadi dan biarkan seketika, kemudian baru masukkan bahan2. Garam secukup rasa.

g. (Lauk) Masak Kicap

Dalam banyak2 masakan, ni lah yang paling senang pada aku sebab kau buat la macam mana pun, Insya Allah sedap. Dah la versatile. Telur,ayam,daging,ikan....semua boleh. Goreng dulu bahan yang kau nak jadikan lauk. Kemudian, tumis bawang dan halia...letak air. Campur kicap sampai kau rasa kelikatan dia cun. Ada orang suka taruk sos tiram nak bagi pekat kuah. Dah menggelegak kuah kicap tu, masuk balik bahan yang dah digoreng tadi.

h. Lauk Tak Ada Gaji

Dulu, aku pernah hidup melarat tak ada gaji. Bukan sebab tak ada kerja tapi sebab syarikat tak bayar gaji. Jadi, aku survive dengan lauk paling simple. Nasi dengan sardin kalau mewah sikit.Atau nasi dengan telur. dan ikan bilis goreng. Setiap hari. Kuah kicap. Sedap.

..................

Kau takkan tau macam mana nak kontrol masin makanan selagi kau tak pernah terlebih bubuh garam. Semua benda tu normal dan kita memang kena lalui sendiri. Memasak ni adalah satu eksperimen dan sepatutnya kita tak perlu rasa gusar nak cuba. Tak ada rules sebenarnya dalam masakan ni. Mungkin panduan akan bagi kau sukat ni sukat tu...tapi benda tu hanya perlu kau ikut kalau kau buat pastry. Masak masakan Melayu ni, teknik paling penting adalah kau jangan takut mencuba tapi janganlah pulak kau try benda pelik2...macam ayam kuah air gula.

Lelaki bujang pun boleh guna resipi yang sama untuk save duit. Kalau kau kira-kira balik, kos untuk masak sendiri macam nasi goreng ke ayam kicap....selalunya half daripada harga makan kat kedai. Yang paling penting, kau tau apa yang kau makan.

Dapat masak benda2 basic yang aku listkan ni pun dah cukup memenuhi kriteria aku kalau kau adalah calon isteri2 aku di masa hadapan. Aku tak expect banyak..cuma aku expect isteri2 aku lagi tere masak dari aku. Itu aje. Tapi kalau goreng telur pun kantoi...itu bukannya tak reti masak, itu pemalas sebenarnya. Tolong ingat benda ni ya Rozita Che Wan, manalah tau kita ada jodoh.

Semua orang boleh memasak sebenarnya. Benda yang simple tu la selalunya yang sedap.
Tak percaya cuba tengok cerita "God Of Cookery."


Mei 30, 2013

Adakah Kalau Aku Boikot Kedai Makan Melayu Kotor, Aku Adalah Pengkhianat Bangsa dan Agen Yahudi?

Semenjak tamat pilihanraya, kempen memboikot barangan "Cina DAP" oleh Ultra Melayu berjalan dengan lancar, berjaya atau tidak aku tak sure tapi aku tak ambik port sangat, sebab aku takjub yang diorang boleh lancarkan boikot ikut parti politik pulak. Cina MCA punya produk diorang support agaknya?

Siapa diorang ni yang nak ajak orang boikot2 ni? Apa sebabnya nak ajak boikot? Sebab produk tak berkualiti atau sebab BN dah malu besar masa pilihanraya? Kah kah kah kah.

Berdasarkan dua posting aku sebelum ni, kalaulah aku ajak golongan Ultra Melayu ni boikot kedai2 Melayu yang tak menjaga kebersihan, adakah diorang akan join? Atau sentimen bangsa membuatkan diorang sanggup makan tempat kotor asal tempat tu Melayu?

Kenapa taksub benar dengan bangsa wei? Dan kenapa bila sebarang kritikan nak menegur dianggap sebagai perngkhianatan dan bukan sebagai penambah baikan? Itulah masalah mentaliti orang Melayu ni. Kalau kita tegur orang Melayu kena perbetul itu ini, kita dianggap penderhaka, pengkhianat. Salah ke aku wish yang kedai makan Melayu jaga sikit kebersihan? Kenapa ada yang suruh aku masak sendiri? Salah ke wei Melayu? Apa yang salahnya mengharap yang tempat makan kau bersih?

Tradisi kedai makan Melayu perlu evolve. Kedai makan Melayu perlu dimodenkan supaya tidak lagi berada di tepi jalan. Kedai makan Melayu perlu disejukkan cuacanya kerana setiap kali tukang masak berpeluh, ada titis2 peluh masuk ke dalam makanan. Tahukah anda, secara purata, tiap2 kali anda bercakap, ada 300 titis air keluar dari mulut anda? Inilah rahsia kebanyakan chef2 terkenal dalam TV yang tidak ramai tahu.

Kedai makan Melayu perlu bangun, wujudkan branding, wujudkan identiti sendiri yang sekian lama bertapak menggunakan identiti pinjam nasi padang Indonesia. Kadang2 tengok kedai makan kita, aku rasa sedih. Macam dalam filem hantu Indonesia dulu2 rupa dia. Cuba tengok filem Sundel Bolong, dalam tu ada scene hantu makan sate dekat gerai.

Jadikan kedai makan Melayu bersih dan selesa. Bukan panas, berjelaga, habuk rokok merata2. Pedulikkan golongan perokok yang marah mereka tidak boleh merokok. Aku di London aku tengok depan mata aku sendiri orang putih, orang hitam, orang coklat berkumpul ramai2 depan bar hisap rokok sebab dalam bar, tidak dibenarkan hisap rokok. Aku dah tengok macam mana bersihnya bandar orang lain yang majoritinya bukan Islam, betapa bersihnya tempat makan mereka...padahal mereka bukannya Islam.

Kalau kita nak laksanakan, kita boleh laksanakan.
Cuma kenapa tak ada pelaksanaan berkesan? Takut masyarakat tak suka agaknya....

Dan sebagai seorang Islam, benda2 camtu membuatkan aku jadi malu tengok Malaysia sebab Malaysia nampaknya mengamalkan budaya semua benda sambil lewa. Kita boleh tengok perokok merokok depan Kedai Mesra dekat Petronas tanpa rasa malu dan takut, khasnya mat2 motor. Berapa banyak kedai yang pasang lampu pembunuh lalat dekat atas lauk pauk dia? Berapa banyak kedai yang tutup lauk nasi campur dia? Dah la open air, dekat tepi jalan....

Kita tak ada budaya yang proper, yang bersih yang mampu melahirkan masyarakat yang sayang tanah dia. Sebab itu aku anggap semua perjuangan Ultra Melayu yang nak ajak boikot memboikot ikut parti politik ni bullshit, sebab pada aku, kita bukannya patut boikot ikut parti...kita patut boikot ikut produk dia. Seorang Cina mampu menyediakan produk yang lebih baik dan lebih suci sedangkan tauke kedai Melayu sendiri tak berapa peduli pasal kualiti premis beliau, perlu ke aku boikot kedai Cina tu?

Tak masuk akal! Bangsa tidak sepatutnya jadi bearing dalam benda2 camni. Kita boikot mana yang tidak betul, bukannya boikot siapa yang tidak setuju dengan kita. Adakah aku menjatuhkan ekonomi orang Melayu jika aku boikot kedai Melayu yang tak berapa cantik kualiti dia? Takdelah. Dia sendiri yang menjatuhkan ekonomi dia. Produk bagus, kita sokong, produk tak cantik, kita buat2 tak nampak. Dalam bab premis makanan ni, dulu aku boleh buat tak nampak tapi sekarang dah takleh lagi lah, masa bujang aku tak kisah makan kat mana2 pun.

Kau boleh suruh aku masak sendiri....tapi kalau aku ajak korang semua masak sendiri seperti sesetengah orang sarankan, mesti kau kata aku ni pengkhianat Melayu. "Mantot ni pencacai DAP usaha kuat nak jatuhkan bisnes orang Melayu sebab aku penyokong Cina DAP." Betul kan?

Wahai Melayu....kita perlu ubah culture "tidak apa, tidak susah, tidak ambil peduli kita." Aku berikan kau satu contoh.

Kau pegi beli nasik campur dekat kedai, ramai beratur dengan kau sambil berebut nak ambik lauk, maklumlah waktu lunch hour. Kau tengah nak ambik kuah kari daging. Ada senduk, kau pun ambik la dua tiga senduk. Kau letakkan balik senduk tu, tapi ada orang lain yang lalu tepi kau terlanggar senduk tu, masuk ke dalam kari daging tadi.

Kau informkan pekedai tu kata senduk tu jatuh. Dia pun ambil senduk lain, sendukkan senduk yang dah ada dalam kuah kari tadi dan keluarkan ganti dengan senduk lain. Kau adalah orang yang terakhir yang pegang senduk yang jatuh tadi.

Tanya diri sendiri, "Kau dah basuh tangan belum? Kau rasa berapa orang yang dah pegang senduk tu sebelum senduk tu jatuh dalam kuah tu? Kalau senduk tu masuk dalam lauk ada penambah perisa ke tak dekat lauk tu?"

Kenapa perkara2 macam tu, kita, orang Melayu hanya akan ambil kisah, kalau kita nampak atau terjadi pada kita? Dan yang paling penting, kenapa makcik kedai tu masih lagi terus menerus jual lauk yang dah tiga empat hari tak habis dan dah berapa kali senduk terjatuh dalam dia?

Berubahlah Melayu. Selama ni ramai yang jadikan isu kebersihan kedai mamak dengan kedai tomyam sebagai satu isu penting yang sangat kontroversi, tapi itulah peliknya mentaliti orang Melayu ni. Kedai yang dia jarang pergi tu la dia sibuk, kedai yang dia suka tu la dia pejam mata buat2 tak nak tengok. Gajah depan mata tak nampak, kuman melekat dekat tangan tukang masak yang masa PRU pangkah DAP, dia boleh tau.

Mei 29, 2013

Kenapalah Kau Nak Mop Masa Aku Tengah Makan Nasi Goreng Kampung?

Meneruskan siri pandangan aku pasal kedai makan Melayu yang tergendala semalam sebab ada hal sikit, hari ini aku akan cuba menyenaraikan beberapa masalah yang aku nampak tiap2 kali aku makan yang kadang2 membuatkan aku rasa kadang2 pelik, betul ke orang Melayu yang beragama Islam meniaga ni?

1. Kedai tepi jalan

Orang melayu kita memang ramai yang tak mampu meniaga dekat kedai yang proper jadi kebanyakannya meniaga kat tepi jalan. Ada gap antara jalan dengan lot kedai pun ada la dalam 5 kaki, kalau kita tengok gerai2 kuih ni. Kereta lalu lalang depan makanan dan aku sure habuk berlambak gila melekat cuma kita tak nampak.

2. Pembungkus makanan

Banyak negara luar dah cuba mengharamkan penggunaan bekas polisterin sebab kandungannya sebenarnya bahaya dan sepatutnya diganti dengan benda lain. Tapi Malaysia ni, kita bukan setakat satu langkah ke belakang, kita DUA langkah ke belakang bila masih ada yang bungkus makanan pakai paper biasa, yang kau pegang dengan tangan kadang2 dakwat dia tanggal. Seolah-olah ramai peniaga tak nak keluarkan kos sikit untuk bungkus pakai kertas minyak yang senonoh la sikit untuk makanan ni.

3. Straw Yang Disentuh

Aku tak tau kalau kau perasan..tapi kadang2 tukang bancuh air,bila ada tumpah, dia lap pakai kain, kemudian dia pegang straw yang kau akan minum untuk diletak dalam air kau. Alternatifnya adalah sediakan straw berbungkus macam dekat kedai kopi mahal tapi...kos nya la pulak. Ada idea?

4. Tak pakai topi atau apron

Ni memang jelas kelihatan lah dekat mana2. Khasnya pelayan kedai. Yang aku pelik, kalau kau compare kedai mamak dengan kedai Melayu, kedai mamak lebih disiplin dalam benda ni.Walaupun bau ketiak kuat tapi topi dengan apron mesti tak tanggal.

5. Kucing dan binatang lain

Satu masa dulu aku pernah menjerit dengan penuh ke-pondanan, apabila tengah makan ada tikus masuk dalam seluar aku sehingga satu kedai tengok aku. Itu tak masuk lagi gangguan2 kucing yang ada. Kalau kucing liar aku boleh paham sebab kadang2 kita takleh nak kontrol tapi kucing tuan punya kedai pun dibiarkan aje kacau pelanggan tengah makan....come on la.

6. Simpan bahan asing dalam peti sejuk minuman

Benda yang aku paling turn off kalau nak beli air tin adalah kalau kau nak ambik air, dalam tu kau nampak ada sayur, ada ikan. Kadang2 ada jugak botol air staff yang dah di minum diletak sekali dengan barang jualan. What the hell?

7. Basuh pinggan dan mangkuk ala kadar

Benda ni sangat jelas kalau kau tengok kedai2 yang "haram" yakni kedai yang tak sepatutnya wujud macam kedai rojak dan cendol yang jual atas lori. Mana datang sumber air? Dah berapa kali dah air dalam baldi tu diguna untuk basuh?

8. Campurkan benda2 lain satu kotak dengan ais

Bukak ice box, nampak buah. Bukak kotak polisterin ais, ada susu segar. Aku tak pernah lagi lah nampak ayam atau daging disimpan dalam ais untuk minuman...cuma aku tak terkejut kalau ada.

9. Rajin sangat nak mop masa kau makan

ARGH!! Aku cukup tak suka benda ni berlaku....tengah sedap2 makan, dia datang mop. Tengah sedap2 minum, dia datang mop. Jadi aku kena angkat kaki kalau tak nak kasut kena mop. Ni selalu berlaku dekat kedai mamak dan food court makanan murah yang majoriti pengunjungnya orang Melayu...

10. Tiada sijil halal...

Selama ni aku rasa implementation sijil halal kita adalah salah kerana sijil halal kita lebih menjurus kepada memastikan peniaga bukan Islam ada sijil halal...sehingga membuatkan mentaliti orang kita terima, "asal kedai itu Islam, sah sah dia halal."

Aku just nak ajak korang buat satu benda, khasnya kalau kau rajin makan kedai Tom Yam ni, perhatikan apa benda yang diorang pakai. Semua kedai siam mesti ada guna sos sotong dan sos ikan yang diimport dari Thailand. Aku pun pernah beli sos tu sebotol tapi aku buang sebab tak ada sijil halal...hanya sekadar tulisan halal ada di situ.

Tapi apa yang buatkan aku stop terus makan kedai tom yam bermula awal tahun hari tu adalah bila aku gi kedai yang aku suka...aku nampak ada dia susun stok sos yang diorang pakai. Ada satu jenis sos ada gambar "Buddha duduk" dekat label dia. Bukan aku nak kata benda tu haram sebab aku tak tau apa content dia...tapi masalahnya AKU TAK TAU APA CONTENT DIA! Jadi aku stop makan kedai tom yam sebab aku dah ragu2.

Aku ignin mengesyorkan kepada JAKIM dan pihak kerajaan, janganlah jadikan syarat wajib sijil halal hanya untuk peniaga Cina dan India tapi orang Islam sendiri perlu ada sijil halal, kerana kita sendiri tak tau halal atau tidak ingredient diorang pakai ni.

...............

Menjadi seorang Melayu memang susah kau nak carik benda nak makan sebenarnya, khasnya kalau waktu malam. Waktu malam, mana ada kedai masakan Melayu yang bukak...semuanya masakan orang Thai, orang India atau orang putih.

Dalam bab makanan ni, selalunya kita memang nak bersangka baik dengan peniaga. Kita kena trust dan percaya dengan diorang. Tapi, macam yang kita kadang2 terdengar, ada la jugak seorang dua yang memang takleh pakai ni..macam kes pekerja KFC guna kaki hari tu. Aku dah paranoid sikit nak makan luar. Dalam bab penyelenggaraan makanan ni, benda yang seboleh-bolehnya kau elak buat adalah tengok macam mana makanan kau disediakan. Kalau kau tengok, kau sendiri jadi takut nak makan...melainkan yang masak tu isteri-isteri atau mak-mak sendiri atau kau sedang order makanan dekat restoran jepun yang masak depan kau live.

Eleh, kadang2 kau korek hidung pun kau terus lap kat seluar...takkan la orang lain tak buat camtu? Menjadi tak cubaan aku nak merosakkan mood lunch kau?

Untuk orang yang banyak duit, diorang boleh makan tempat yang proper, yang jaga standard dan kualiti, tapi untuk orang macam aku yang tak nak spend banyak untuk makan, aku agak terjerat sikit la. Ye lah...orang gila mana sanggup bayar Rm15 untuk segelas kopi dan RM17 untuk sepinggan nasik, sayur dan ayam seketul? Tahniah la aku ucapkan kalau kau mampu makan benda camtu tapi aku rasa kalau kau fikir itu affordable, kau gila. Dengan gaji purata kita RM2000, Rm17 untuk sekali makan tengahari adalah nilai yang gila. GILA!

Tapi Malaysia being Malaysia...nak affordable means kualiti kena la drop kaw2. Dah low class buat la cara low class, kan? Tak suka, sila migrate. Nak bersih, kena lah usaha kerja sampai mampu makan tempat yang class sikit. Inilah dia takdir orang Malaysia. Kita kena kerja keras supaya mampu beli makanan yang overprice.

Mei 27, 2013

Kau Nak Makan Murah, Kenalah Makan Tempat Yang Kotor Sikit Kat Malaysia Ni

Dulu aku belajar Jepun. Dengan Cikgu Jepun. Dan Cikgu Jepun aku tiga orang adalah Cikgu yang paling

1. Menepati masa
2. Berdedikasi
3. Buat kerja betul-betul

Bukannya aku nak kata cikgu aku lain tak betul, cuma sangat2 obvious, 3 orang cikgu Jepun aku ni mengamalkan budaya yang sama. Perangai diorang sama, time management diorang sama dan yang paling jelas, speed diorang berjalan pun sama. Sangat laju!

Aku tak pernah ke Jepun tapi aku ada la dua tiga orang kawan yang belajar Jepun. Dan pengetahuan aku pasal Jepun banyak dibentuk oleh series Kamen Rider dan drama2 romantik Jepun yang satu masa dulu aku layan tiap2 hari. Apa yang obvious mengenai satu benda yang jelas dalam filem dan drama Jepun.....negara diorang sangatlah bersih.

Kenapa kita tak mampu macam tu padahal kita dah ada petunjuk, kebersihan adalah sebahagian daripada Iman?

Kadang-kadang bila aku gi makan, salah satu benda yang aku cukup takut buat adalah jenguk ke dalam dapur kedai makan. Dulu, aku tak particular sangat benda ni tapi lepas dah ada anak, aku akan jenguk dulu dapur diorang dan tengok gred apa diorang dapat dalam tahap kebersihan. Tapi selalunya, yang aku nampak, mesti ;

1. Lantai basah
2. Dinding berlumut
3. Lauk tak bertutup
4. Lalat penuh dan bergantung dengan dua tiga batang lilin nak halau
5. Ruang memasak ada tile-tile yang dah pecah

Lagipun, budaya kita ni seolah-olah tak mementingkan kebersihan sangat. Walaupun kita tengok ada sign "Dilarang merokok" tapi ramai yang tak peduli pasal larangan tu dan diorang akan teruskan merokok. Untuk tempat2 macam outdoor food court ni yang tak berapa berjaga, ashtray tak ada, habuk rokok akan diketuk sehingga penuh lantai. Walaupun kita Melayu, tapi kita tak peduli sangat pasal kebersihan kan?

Tapi orang Jepun, mereka nak merokok, mereka ada tempat khas diorang dan mesti ketuk dalam tong sampah. Budaya sama juga diaplikasikan di Singapore dengan agak berjaya. Tapi Malaysia? Kita boleh merokok di mana-mana. Semalam aku beli ayam kat pasar tani, tukang pemotong ayam tu mulut melekat rokok sambil potong ayam. What the hell?

Dan ironinya, beberapa minggu lepas, aku tengah bawak kereta dari Putrajaya melalui Persiaran Diplomatik. Depan aku, ada sebuah pick up truck kecik. Ada 4 orang dalam van tu. Ada tangan tengah hisap rokok. Seorang lagi tengah ketuk2 pintu guna jari. Bila berhenti dekat traffic light, ada bungkusan plastik di campak keluar. Dia pusing kanan. Ada logo Alam Flora dekat pintu depan dia.

Kalau petugas sendiri pun tak mampu nak membudayakan kebersihan, macam mana nak harapkan kebersihan jadi budaya kita? Kalau kau layan cerita Jepun, kadang2 memang terasa jugak sebab nampak betapa teraturnya negara diorang berbanding negara kita.

Tapi kalau aku compare kebersihan negara kita dengan Singapore, mesti akan ada yang kata "Itu negara kecik, kau tak reti bersyukur!" Kecik atau besar negara bukannya ada kaitan negara bersih atau kotor, kan?

Pedulikkan lah orang lain buat apa ye tak? Apa kata kita cuba berhenti hisap rokok dekat tempat makan awam, tak kiralah kau pelanggan, peruncit atau peniaga. Sebab aku rasa, majoriti tempat makan kita jadi kotor dan busuk, sebab rokok sebenarnya.

Sampai bila kita nak kekalkan budaya "nak makan murah, kena makan tempat kotor sikit." Betul kan?


Mei 23, 2013

Aini dan Tina Keluar Dating Dengan Teman Lelaki dan Tengok Wayang Filem Melayu

Tina duduk bersandar sambil tangannya menekan skrin telefonnya. Jam ditangan sudah hampir 4:30 petang tetapi kelibat Razak masih lagi belum kelihatan. Aini di sebelahnya resah kerana hampir setengah jam mereka menunggu Razak.

"Janjinya 4, sampai sekarang tak sampai lagi. Kalau aku la, dah lama dah aku carik lain," Tina mencemuh. Aini sengih resah menjeling kawannya.

"Alah kau ni Na, takkan la sebab dia terlambat sikit ni pun kau nak suruh aku cari lain? Come on Na, kau takkan tak tau bukan senang nak tekel orang macam Razak tu, kan?" Aini cuba mempertahankan Razak.  Tina menghembuskan nafas kerana dirinya sudah bosan menunggu.

Air sudah segelas dihabiskan Aini. Rasa bersalah pun ada kerana mengajak Tina keluar hari tu tapi dia hendak tunjukkan pada Tina, rakan baiknya, yang Razak tidaklah seburuk yang mereka sangka selama ini. Razak dikhabarkan seorang playboy yang hanya mahu melukakan hati gadis-gadis sama Universiti. Razak itu, Razak ini. Razak Buaya Dua Alam. Razak Yang Kacak. "Orang ada rupa sikit mesti ramai yang dengki, reka-reka cerita," fikir Aini nak menyedapkan hati bila baru nak mengenali Razak. "Biasalah..Melayu."

Lagipun dia tau yang Tina memang nak ikut. Tina juga ada sebabnya sendiri.

Tina mengeluarkan compact powder lalu ditenung matanya. "Kau sure ke dia ajak kawan dia ni?" Aini angguk. "Dia dah janji...." jawab Aini. Tina memeriksa sama ada gincunya kemas lekatnya. Matanya yang sedikit bercelak membuatkan wajahnya jadi penuh pesona. Rambutnya cantik ikal beralun ditiup angin kipas kafeteria. Tina memeriksa wajahnya lagi. Dirinya penuh tanda tanya siapa yang akan jadi temannya hari itu?

Katanya kawan baik Razak, Hamid. Telah terlalu lama dia kecewa dan cuba menjauhkan diri dari lelaki selepas cinta pertamanya ditangkap keluar dengan wanita lain. "Mungkin ini hari yang bertuah untuk aku?" fikir Tina.

Aini pun bukan main tahan lagi bersiap sedia nak keluar dengan Razak. Habis berselerak bilik dengan baju yang dicuba. Ini tak kena, itu tak kena. Akhirnya Aini memakai seluar jeans dengan sehelai baju t-shirt berjenama yang baru dibelinya. Tidak sangka juga Tina bila Aini mula sedikit berani bergaya selepas berkenalan dengan Razak. Aini yang konservatif sudah lama mati diubah sedikit demi sedikit menjadi seorang gadis urban yang lebih berani.

"Hey Ain...aku nak tanya kau sikit. Sebab kau kan orang Felda, kalau kau balik kampung, kau maintain macam ni ke?" tanya Tina.

"Gila kau! Balik kampung aku pakai la tudung balik! Slow-slow nanti aku harap family aku dapat terima, tak boleh la terlalu sudden...lagipun kau tau la, mulut orang kita, mesti ramai yang berbunyi kalau aku balik kampung macam sekarang," Aini menjuih bibir.

Tidak ramai orang di kafeteria. Lagipun lauk-lauk makanan sudah banyak yang dari pagi. Kalau ada pun yang datang, semuanya mahu pekena pisang goreng panas dengan teh tarik. Aini melihat jam. Lagi beberapa minit tepat jam 4:30 petang.

" Parents kau sihat ke Ain?" tanya Tina. "Setakat ni Alhamdulillah..sihat aje, " balas Aini."Cuma aku risau la ayah aku tu, duk terbatuk-batuk. Maklumlah dah tua," Aini mengerut wajah.

"Itulah...aku just nak bagitau kau la, sebab aku dah kenal kau lama dan kau pun tau, aku dah lama tak ada bapak ni..aku tak anggap bapak tiri tu bapak aku....sementara diorang ada ni..... sebab aku tengok dah kerap sangat kau keluar dating aje," terang Tina. "Kau rajin-rajin la balik tengok mak ayah kau. Nanti diorang tak ada barulah waktu tu nak menyesal," kata Tina sugul.

Aini merenung jauh. Dia tak mampu berkata apa, hanya diam.

Tina sedar perubahan tiba-tiba Aini, silapnya kerana tiba-tiba mengeluarkan nasihat di kala waktu yang salah. "Mana la abang Razak kau ni wei? Dah 4:30 tepat dah ni!" Aini meneguk air teh o ais yang hampir cair aisnya.

Dari jauh nampak kelibat Razak dan di sebelahnya ada Hamid. Aini sengih riang.

"Sori, sori, sori, tadi ada hal sikit dengan study group kitorang," beritahu Razak. Aini mencebikkan bibir. "Ala, takpe, takpe, sebab memang this is our mistake, tiket wayang kita hari ni, I belanja!" Razak mengumumkan dengan gembira. Hamid mendengus. "Eh, sori Mid...ni aku kenalkan, ni la Tina...Tina, Hamid, kawan baik I," beritahu Razak.

"Hai, nice to meet you, again. Kita satu kelas Data Analysis dan Statistic kan?" jawab Hamid menghulurkan salam. Tina senyum manis lalu membalas salam lalu mengangguk.

"Sesuai sangat la tu, dua-dua kaki matematik!" jerit Razak mengejek. "Dah la tu, jom! Kereta I parking dekat situ. Kena berjalan sikit," Razak menarik tangan Aini. "Jom Cik Tina," ajak Hamid pada Tina.

"Thanks.." Tina tunduk malu.


Mei 22, 2013

Orang Kacak Macam Kita Ni, Ashraf Muslim, Memang Ramai Perempuan Nak Jadikan Suami

Pada satu hari bulan lepas, sambil driving, aku layan Radio Bernama 24.

Hari tu ada segmen pasal Perubatan Islam dan tetamu diorang pada hari tu adalah seorang Ustaz dan seorang lelaki dari Pusat Perubatan Al-Hidayah. Nama Ustaz itu aku tak sure, nama lelaki itu yang juga orang kanan Pusat Perubatan tersebut adalah Ashraf Muslim. Ashraf Muslim pelakon tu...

Aku berminat nak dengar sebab dalam segmen tu diroang borak pasal mengubat orang hanya dengan menggunakan ayat Quran. Pesakit datang, tanpa perlu apa-apa rawatan lain, diorang akan diberi satu atau dua ayat Al-Quran untuk diamal dan mereka akan diajar macam mana nak mengamalkannya.

Ramai jugak yang telefon tanya Ustaz tu, "Ustaz, kalau saya sakit ni, boleh ke diubati?", "Ustaz, anak saya ni nakal la Ustaz, boleh ke dibaikkan?" dan bermacam lagilah persoalan2 tipikal yang kau akan dengar tiap2 kali ada pengamal perubatan Islam keluar TV atau radio.

Hujung segmen tu, ada seorang pemanggil telefon, perempuan. Dia tanya, "Ustaz, kalau saya ni susah nak mengandung bagaimana Ustaz? Dah kahwin 6 tahun still tak dapat zuriat lagi?"

 Mulalah rancak diorang bercerita pasal keberkesanan teknik perubatan diorang ni dan meyakinkan pendengar yang sudah ramai pasangan yang berjaya disembuhkan dan telah mendapat zuriat masing-masing selepas berubat di situ. Apa yang istimewanya, apa jenis perubatan pun, rate harga dia fixed...RM50.

Waktu tu, aku terbayang member aku. Sebab aku ada seorang member yang dah berapa tahun ready nak jadi bapak tapi rezeki masih lagi tak sampai walaupun dah hampir 3 tahun diorang kahwin. Memang niat aku nak forwardkan pasal Pusat Perubatan Al-Hidayah ni dekat dia sebab dia sendiri dan isteri dia dah berapa ribu habis try macam-macam cara nak try dapatkan baby. Ye lah, what's the harm in trying? Kos pun tak besar, RM 50 aje kan? Lama aku ingat pasal benda siap aku tulis nota dalam fon, aku pun dah berapa bulan tak kontek member aku ni.

Minggu lepas, keluar cerita, Ashraf Muslim nak kahwin dua....sebab dia tak dapat zuriat lepas 3 tahun kahwin. Ramai perempuan mesti bengkek aje dengar "3 tahun dah nak kahwin lain?" Aku terpaksa join diorang kali ni walaupun aku sendiri sexist gila.

Memang betul, aku akui, bila tak dapat anak, suami memang rasa marah aje. Apatah lagi kalau bila cek, suami punya organ ok, isteri yang ada problem. Memang niat nak berkahwin lain tu akan ade,  sebab itu satu opsyen untuk suami.

Tapi memandangkan keliling aku ramai kawan2 aku yang ada sampai 8 tahun trying macam2 cara dan operation baru dapat anak, dua couple memang dah disahkan takleh dapat anak jadi ada yang dah ambik anak angkat, seorang lagi pulak beranak dah banyak kali tapi tak pernah nya selamat kandungan , mesti Ashraf Muslim sendiri tahu dan dah dengar sendiri berapa lama pasangan lain mencuba...

Orang hensem macam kita ni memang lah ramai perempuan berkenan. Aku paham perasaan kau, bro! Kadang2 aku pun nak aje kahwin lagi seorang dua sebab dah tak mampu lagi nak suruh perempuan "tolong jangan goda aku please! Aku dah kahwin!" tapi bila dengar cerita kau nak kahwin dua ni, aku rasa kelakar sebab dalam segmen tu, aku dengar Ashraf Muslim promote kaw2 keberkesanan perubatan di Pusat Perubatan Al-Hidayah sehingga ramai bayi layak digelar "Bayi Al-Hidayah" dengan bapak mertua pertama dia.Besar kemungkinan, lepas ni, dia akan ada lagi seorang bapak mertua.

Secara seriusnya, aku paham kenapa niat nak kahwin lagi seorang tu datang...tapi 3 tahun adalah satu tempoh yang sangat pendek sebenarnya untuk berhenti berharap. Masih lagi relevan atau tidak, aku beritahu kawan aku yang dah nak masuk tahun ke empat tak dapat anak lagi, supaya pergi berubat dengan Ashraf Muslim?


Mei 21, 2013

Perempuan Itu Ingin Belajar Kereta Tapi Diganggu Oleh Instruktor Gatal

Pada satu tengahari, kitorang on the way nak ke mana tah minggu lepas. Berenti dekat bawah flyover, depan aku ada satu kereta sekolah memandu sedang kelas. Pengajarnya seorang lelaki. Yang belajarnya, seorang perempuan. Pakai tudung merah agak aku, tak berapa nampak. Mungkin situasi macam tu biasa kau tengok hari-hari...tapi yang menariknya, tangan instruktor tu disangkut dekat headrest perempuan tu dan bahu instruktor lelaki ni dah hampir nak kena dengan seat perempuan tu

Tengok reaksi .minah tu, tangan dua2 memang erat pegang stereng dan dia betul-betul renung depan tak toleh kiri kanan. Reaksi dia bukan reaksi orang konfiden dan fokus...tapi reaksi orang yang takut dan dalam keadaan tak selesa.

Reaksi orang cemas.
Cemas takut enjin mati dan takut kena raba.

Macam mana nak selesa kalau kau belajar kereta, kau terpaksa berdua-duaan dengan lelaki yang kita tak tau asal usul dan level pervert dia macam mana. Macam-macam boleh jadi. Apatah lagi kalau sampai satu tempat sunyi, instruktor tu kata "kau ni bawak macam haram la! Biar aku bawak lah!" Macam-macam boleh jadi zaman sekarang ni sebab TV tiap2 hari tayang perempuan terkangkang.

Aku yang lelaki kalau jadi camtu pun aku takut, apatah lagi perempuan kan?

Banyak bentuk protection yang dah diperkenalkan kepada golongan wanita melalui pengenalan koc-koc khas untuk wanita di public transport dan sistem sekuriti di kawasan parking pun dah diperketatkan. Aku pegi Suria KLCC minggu lepas ada parking khas untuk wanita yang keseorangan. Tahniah!

Bagaimanapun pada aku kita selalu terlepas pandang mengenai bahaya wanita yang belajar memandu ni. Aku tak sure sama ada ada law yang dibuat untuk protect wanita dalam situasi ni tapi apa yang aku nampak,  seorang wanita yang sangat terdedah dengan risiko jadi mangsa pervert.  Jadi, sebab aku pervert dan aku cukup kenal super pervert, memang pada pandangan aku la, instruktor tu cuba ambik kesempatan.....cuma caranya masih lagi halus dan tak terbuka. Aku sure minah tu dapat bau ketiak mamat  tu sebab memang dekat dan aku sendiri kalau ada lelaki buat kat aku camtu aku tak selesa.

"Itu sebab dia nak tolong kawal setereng tu Tot!" kata kau, tak nak buruk sangka. Kereta tengah berenti...lampu merah. Untuk 3 minit tangan dia tak pernah alih...

Aku dulu belajar memandu tak pernah pun instruktor aku kena dekat camtu. Dia hulur tangan aje dari jauh tolong pegang dan control stereng. Bahu masih lagi lekat kat seat. Tak pernah pun kena letak tangan atas seat aku. Sebab aku lelaki dan dia lelaki kot?

Masalahnya memang tak ramai instruktor kereta wanita yang bertugas kat luar sana dan kalau ada pun, mesti jadual dia dah packed. Jadi, penyelesaiannya ada beberapa, antaranya ajak kawan belajar sekali dengan kau. Atau ajak abang atau adik ikut sama tiap2 kali belajar kereta. Cuba pastikan anda tak ditinggalkan berdua dengan intruktor. Aku juga perasan ada sekolah memandu yang buat kelas serentak untuk dua tiga orang serentak..cuma risikonya kat sini....tengah belajar memandu kau bawak ramai lagilah pressure kan? Tapi itu satu langkah yang lebih baik la.

Bukan semua instruktor kereta pervert tapi apa salahnya kita berhati2 kan? Even dalam masyarakat kita sendiri, kaum wanita cukup risau kalau dapat pegawai JPJ masa exam memandu yang pervert, kan? Ramai orang cakap kat aku benda ni dan memang ada kes Pegawai JPJ cuba menggatal masa tengah test. Normal lah, Melayu. Pakai kopiah pun ada yang pervert tak ingat anak bini.

Aku harap ada kementerian yang cuba buat kajian ke atas isu ni sebab aku sure 90% wanita kat luar sana yang nak ambik lesen kereta takut dengan benda ni. Lagi 10% diorang suka rasanya jadi object menggatal ni. Wujudkan certification yang sekolah memandu itu "Mesra Wanita" atau galakkan lagi lebih ramai wanita kerja part time sebagai instruktor memandu sebab dominasi kaum lelaki terlalu kuat di sekolah memandu ni. Even kalau perempuan jatuh motor masa belajar yang akan tolong dia lelaki sebab tak ramai petugas wanita di litar. Kadang2 tak ada. Perempuan ramai jaga kaunter, bila keluar  ke litar belajar memandu, it's a male dominated area.

Tu tak masuk lagi cerita instruktor memandu yang hisap rokok sambil ajar perempuan. Satu kes yang aku pernah nampak. Muka yang tengah belajar tu seksa aje tahan.

...............

Bila traffic light jadi hijau, minah depan aku yang tengah belajar tu pun masuk gear satu. Enjin tak stall, bagus. Aku dulu cukup gelabah, mesti minyak tekan banyak. Tangan kanan instruktor masih lagi dekat headrest minah tu sambil tangan kiri dia tunjuk macam mana nak pusing stereng dengan betul. Bila kereta dia dah pusing sket ke kanan, nampak la reflection muka minah tu dekat side mirror dia.

"Hot...putih melepak..patutla," kata aku dekat wife aku.


Mei 20, 2013

Apa Kejadahnya Kau Kutuk Mak Kau dan Cuba Buktikan Mak Kau Buruk, Wahai Pelakon Baru?

Kalau kita bukak setiap TV setiap hari kita akan dihujani dengan pelbagai visual yang merayu kita supaya sokong ideologi orang lain. Semua rancangan, iklan, visual, video dan imej yang kita tengok dalam TV,  ada agendanya yang tersendiri.

Contohnya iklan, iklan kita dah tau jelas apa yang diorang cuba capai. Berita, gunanya untuk sebar propaganda. Drama? Drama adalah cara sesetengah orang menyampaikan sesuatu yang dia nak orang tengok dan terima.  Kartun budak2 Power Rangers pun tujuan dia adalah supaya mak bapak terpaksa belikan anak2 mainan Power Rangers.

Apa saja yang kau tengok dalam televisyen tu, ada tujuan dia. Semua ini wujud dalam bentuk messaging yang terus terang, macam iklan atau propaganda BN atau ada juga yang secara halus, macam kartun Transformers.Kita pun tau dan jelas, tujuan penghasilan Transformers bukanlah sebab diorang nak kita tengok kartun, tapi sebab dia nak kita beli mainan dia.

Tapi kadang-kadang, aku tengok industri hiburan kita ni, kebanyakannya tidak langsung cuba menyampaikan mesej, sama ada mesej buruk atau mesej elok. Seperti rancangan-rancangan yang banyak dekat Astro Mustika, aku tengok yang mana popular tu lah rancangan yang kosong, yang tak ada isi langsung. Macam Maharaja Lawak atau ada satu kuiz yang AC Mizal jadi pengacara dia. Kosong gila isi dan tak ada langsung tujuan rancangan-rancangan ni. Kau tengok benda-benda macam tu tak payah pakai otak langsung. Turn off otak dan layan. Asal terhibur dan suka.

Aku selalu fikir, kalaulah kita gunakan media ni betul-betul, banyak benda sebenarnya yang kita boleh terapkan. Idea-idea baru, semangat nak mencuba, berani try sesuatu yang lain tetapi yang aku tengok, tiap-tiap kali aku gi makan mana-mana, TV mesti pasang dua benda aje, bola atau Astro Warna/Mustika. Sebab dua tu aje popular.

Apa sebenarnya kegunaan media ni?

Jadi hari Ahad hari tu, sambil main dengan anak aku, aku layan Melodi. Saja je sekali-sekala layan. Keluarlah cerita si Afiq Muiz (updated!) yang dilabelkan oleh Melodi sebagai "Pelakon Baru" menangis-nangis kutuk mak dia dalam TV sebab mak dia kutuk gelfren dia. Masya Allah...kau tak malu ke kutuk mak sendiri dalam TV bagi orang ramai tengok? Satu Malaysia dah tengok kau kutuk mak kau, gelfren kau kutuk mak kau dan kau siap tunjuk dekat orang ramai mesej2 yang mak kau hantar kat kau nak membuktikan kau betul, mak kau salah.

Apa jenis manusia kau ni Afiq Muiz Pelakon Baru?

Tapi sejijik-jijik aku dengan si pelakon baru ni (aku peduli hapa, buruk macam mana pun mak kau, dia masih mak kau yang kau pernah duduk dalam perut dia), aku rasa orang yang paling kotor dalam benda-benda camni, adalah wartawan Melodi dan produser Melodi yang suka sensasikan benda-benda camni. Benda-benda kosong yang tak ada guna dan langsung tak ada faedah kepada masyarakat. Memang seronok jadi batu api, korek cerita keburukan orang lain dan hebahkan supaya satu Malaysia dapat tengok, rating TV pun mencanak-canak naik...tapi, apa yang kita dapat?

Apa yang diorang anak beranak dapat? Tak dapat apa-apa. Dapat KEMALUAN ada la. Satu-satunya pihak yang untung dalam penerbitan benda-benda macam tu adalah TV3! Slot iklan Melodi aku sure antara yang paling mahal antara semua slot sebab masyarakat kita cukup sayang dengan rancangan2 camni.

Kerajaan selalu sarankan kepada orang ramai, jangan percaya dengan blogger2. Jangan percaya dengan khabar angin. Blogger tu semua fitnah! Tapi makin lama, makin ramai orang kita yang bergantung kepada orang2 tak rasmi ni untuk dapatkan sesuatu maklumat sebab TV kita dah dipenuhi dengan orang-orang yang tolak etika untuk kejar rating.

Industri kita penuh dengan benda2 yang kategorinya nonsense dan sebenarnya banyak membuka aib orang lain, semata-mata atas sebab bisnes. Mana tanggungjawab Produser Melodi kepada masyarakat? Apa tujuan TV3 paparkan benda2 camtu supaya orang ramai tengok?Malu aku tengok. Aku sebagai seorang Melayu jadi malu tengok benda-benda yang dipaparkan dalam TV oleh orang-orang sebangsa aku. Kita selalu dijual dengan perjuangan bangsa dekat RTM dan TV3 oleh orang2 kuat kerajaan. Even CEO TV3 sendiri adalah orang kuat BN yang bertanggungjawab dalam semua benda berkaitan penyiaran BN.

Tapi aku betul-betul tak suka sikap hipokrit orang media ni yang selalunya lebih mementingkan benda sensasi berbanding intelectual...dan juga sikap hipokrit orang BN sendiri. Ini adalah antara penyumbang paling besar kenapa bangsa Melayu adalah bangsa paling jahanam di Malaysia ni. Orang media adalah penghubung kerajaan dan masyarakat jadi, tanggungjawab mendidik orang ramai sebenarnya terletak pada tangan media tapi apa yang aku nampak, benda yang sebaliknya berlaku di Malaysia.

Media tidak sepatutnya terlibat dalam bab memperbodohkan orang ramai, khasnya orang Melayu kerana majoriti media dibuat untuk tatapan orang Melayu. Kerajaan, sila haramkan rancangan Melodi atau mana-mana rancangan gosip bodoh ni. Dan jangan lupa haramkan majalah Mangga sekali.

Aku nak tengok ada tak orang yang berhimpun dekat stadium untuk protes benda tu. Memang orang Melayu ni ramai yang suka tengok gosip, tutup akal dan berhibur, memang diorang suka dan ketagih benda-benda camni. Di situlah media ada kuasa untuk ubah pemikiran orang ramai. Gunakanlah dan jangan perbodohkan orang ramai lagi.

Bukan ke dah sampai masanya kita galakkan masyarakat kita tengok rancangan-rancangan lain yang lebih baik isinya?

Balik2 lawak bodoh, gosip, gangster, cerita hantu.
Ulang untuk dua dekad.



Mei 17, 2013

CIkgu Kerja Half Day Aje La...Apa Pasal Nak Kena Ada Hari Guru Ni? Enginner Tak Ada Pun Hari Engineer?

Pepatah orang putih mengatakan.. "Those who can do, do....those who can't...teach."

Aku tak paham sebenarnya kenapa peribahasa tu diwujudkan., seolah-olah nak memandang rendah kemampuan cikgu-cikgu. Itu jugaklah yang berlaku kalau kau layan sesetengah cerita Hollywood ni..asal dia cikgu, dia jadi bahan lawak, bahan kutuk, sebab gaji dia kecik dan kerja dia mudah.

Peliknya, ada jugak orang kita yang boleh percaya dengan benda2 ni. Nak tau siapa diorang ni, tiap2 kali kalau ada Kesatuan Guru buat permintaan dengan kerajaan, diorang ni lah yang akan bising menentang. Padahal..tak ada langsung kaitan dengan diorang pun! Tapi dia nak bangun menentang jugak.

Siapa sini berani kata cikgu ni senang? Angkat tangan? "Kerja half day goyang kaki niaga kain, apa yang susahnya?" Kau nak tau macam mana rasanya jadi cikgu?

Cuba tiap2 setengah jam, kau bangun, kemudian kau naik tangga 3 tingkat. Kemudian dah sampai atas, kau duduk sana sekejap. kemudian turun balik 2 tingkat. Duduk sana sekejap kemudian naik balik tingkat atas. Kemudian turun bawah balik 3 tingkat masuk balik ofis kau. Kau tengok ada ofismate kau terberak dalam ofis dan kau yang kena cucikan berak dia. Bos kau pulak duk menangis tanya kau bermacam persoalan yang kau tak tau nak jawab. Kau cuci berak dan kau jawab soalan bos kau, kemudian kau panjat balik tangga  3 tingkat....

Kau buat camtu hari-hari.
Buat masa kau mengandung.

Cikgu adalah satu2 nya orang yang boleh claim "korang semua adalah produk aku." Orang kerja oil and gas kerja dia tarik minyak...gaji besar. Orang kerja pilot kerja dia bawak kapal terbang..gaji besar. Tak ada cikgu ni, tak ada lah kau kerja oil and gas dan pilot ni bro! Produk cikgu adalah manusia. Dan jika cikgu gagal, produk diorang adalah mat rempit, bohsia dan gadis2 murah yang jual vagina untuk duit. Adakah anda produk gagal guru yang tidak komited?

Cikgu tidak boleh gagal! Cikgu tidak boleh malas dan cikgu tidak boleh main-main! Sebab dalam tangan cikgu lah masa depan orang2 ni.

Sebab itu aku berharap agar "Kabinet Pilihan Minoriti Rakyat Malaysia" yang baru ni, tolong, tolong dan tolong benarkan cikgu2 fokus dekat pengajaran dan pembelajaran. Jangan suruh cikgu2 buat kerja admin, jangan dipinta cikgu buat kerja data entry. Biarkan cikgu fokus dekat kelas dan anak murid diorang. Memang ada bad apples among the cikgu yang lebih sibuk jual kain,jual kuih, jual makeup sehingga lupa hal kelas, ada jugak yang tak pernah masuk kelas sehinggakan budak2 tak belajar satu benda pun...

Tapi kenapa kita, sebahagian masyarakat ni, perlu mendiskriminasi cikgu hanya sebab ada cikgu haprak ni?

Itu peranan dan kerja kementerian! Jika ada cikgu tak perform, cikgu tak bagus....kenapa perlu diteruskan lagi khidmat dia sebagai cikgu dan terus nak employ mangkuk2 ni? Dah tak perform..buat apa nak kekalkan, kan?

Sebab itu, aku berharap agar kita sebagai orang luar, berenti lah memandang rendah kepada guru-guru ni. Janganlah sebab sekarang ni kau dah kerja Pejabat Pendidikan Daerah, kau dah jadi berlagak dan menyampah pulak dengan kerenah cikgu-cikgu ni.

Dalam banyak2 kerja yang rewarding financially, semuanya dapat gaji besar sebab risk dia besar. Business, pilot,OnG, engineer mekanikal....big risk big reward. Tapi profesion guru ni lah satu2 nya profesion di mana big risk, small reward. Cikgu cuba mintak reward, balik2 kena kutuk dengan penjawat awam lain yang tak puas hati cikgu kerja half day. Kerja half day pun kalau tiap2 masa turun naik tangga, layan 30 orang budak yang 80% ada potential terberak dalam kelas....itupun ada lagi suara yang nak merungut kata cikgu ni anak manja, anak emas la, puteri intan payung lah.

Aku tulis ni bukan sebab wife aku cikgu. Tapi sebab aku pun boleh dikira "sejenis cikgu."Kalau aku, disuruh untuk ajar budak sekolah rendah dengan gaji yang diorang dapat dan segala benda yang diorang kena buat....AKU TAK NAK BUAT. Sebab tak berbaloi. Apatah lagi kalau kena ajar budak sekolah menengah. Mesti ada aje dua tiga orang aku hentak setiap hari kalau kurang hajar dengan aku sebab aku jenis tak berapa sabar dengan golongan remaja ni.

Balik2 orang yang anti guru ni ayat dia nak rendahkan cikgu2 ni bunyinya "Eleh...diorang tu jadi cikgu sebab diorang tak dapat kerja lain la tu. Last resort..terpaksa jadi guru!" Mesti kau ada jumpa orang camtu kan? Kalau ada, berak dalam kereta dia kemudian, suruh dia basuh dan tanya dia, "senang jadi cikgu ni bang?" Eksperimen ini disyorkan berdasarkan kisah benar.

Akhirnya, pada aku la, peribahasa orang putih tu, aku rasa boleh diubah,  "Those who can do, do, those who can teach, teach, those who can't do, bitch. Those who are smart..do all."

Cikgu tidak boleh gagal...gagal seorang cikgu menjalankan tanggungjawab dia, gagal lah masyarakat kita. Ajarlah anak murid supaya hidup dengan prinsip pegang mana yang betul dan buang mana yang salah.Kalau kau kahwin dengan seorang cikgu, kau ada tnggungjawab untuk pastikan yang pasangan kau jalankan tugas dia dengan betul dan bukan sekadar ala kadar. Lagilah kalau dia cikgu sekolah biasa...aku selalu dengar cerita member aku yang sekolah biasa ni..cikgu malas nak masuk kelas sebab dia dah fed up nak mengajar budak2 tak berapa cerdik...come on la. Kalau ada seorang dua yang sukses daripada kelas yang bawah2 ni pun lagi bagus daripada tak try langsung. Cikgu macam mana pun kena try jugak!

Selamat Hari Guru untuk semua. 

Mei 14, 2013

Aku Syorkan DAP Masuk BN Untuk Seminggu Dua

Seminggu dua ni, bukak TV, BN masih lagi dengan irama sama. Cuma beza dia kali ni lebih berani nak berbunyi racist sket.

Dah beberapa kali berita pasal Ex MB Kedah keluar. Point RTM bukan pasal Ex MB Kedah tapi sebab nak tunjuk MB Kedah baru ada ciri2 agama dan point paling jelas nak ditonjolkan,"Exco PAS dan BN datang menghadiri upacara sama2."

Untuk majlis bacaan Yasin pun, point yang paling penting masih "PAS dan BN," betul2 gila talak orang UMNO ni nak PAS bersatu dengan diorang.

Kenapa nak kena highlightkan benda tu padahal upcara tu adalah majlis baca Yasin? Takleh ke ketepikan sekejap isu parti sementara?

Aku dah give up dengan BN. Aku ingat diorang akan berubah. Tapi point diorang still sama dan takkan berubah-ubah. Samalah seperti orang2 yang cuba untuk ajak aku sokong BN, diorang takkan berjaya, aku pun terima hakikatnya yang orang2 atasan BN akan kekal camtu aje.

Sekarang ni dah makin hebat pulak isu racist dimainkan. Mana2 individu yang selama ni "Closet Racist" dengan tiba berani come out of the closet dan bersuara pasal "isu Melayu."

Jika ada Melayu yang kata Cina racist dan dia juga adalah seorang racist terhadap bangsa lain, bukankah itu juga menunjukkan dia juga sama aje macam sesetengah orang Cina, yang dia kata racist dan chauvinist? Apa bezanya dia dengan kau? Kau still racist, cuma sebab negara ni majoriti dia Melayu..jadi tak nampak la macam racist, kan?

Sekarang ni, penyelesaiannya hanya ada dua pada geng2 BN ni;

1. PAS masuk BN atau
2. DAP masuk BN

Jika DAP bekerjasama dengan BN, sudah pastilah semua statement racist dan bersifat perkauman akan tiba-tiba hilang begitu saja. Tidak ada lagi mulut2 bising kata orang Cina tak bersyukur. Najib pun gembira objektif utama dia tercapai. Bukan perpaduan kaum, tapi majoriti 2/3 dapat dicapai untuk pinda bermacam benda yang dia nak ubah tapi takleh semenjak 2008.

Ajaib bin Miracle!
Segala-galanya selesai sekelip mata!
Tidak ada lagi masalah perkauman di Malaysia!

People will do everything for power, one minute racist, the next minute jadi seorang yang cintakan semua kaum dan yang lebih ajaib, ada orang kita akan buy everything,  percaya semua benda tanpa usul periksa.

Pelik Malaysia ni. Please, masuk la BN seminggu dua, DAP. Mesti kelakar dan aku sure banyak gila bahan lawak akan dapat dicetuskan.

Mei 13, 2013

Berapa Ramai Melayu Percaya dan Yakin Dengan Stoking Ajaib?


Sekarang ni, ada ramai yang tengah jual "stoking ajaib" yang dikhabarkan mampu menyembuhkan pelbagai jenis sakit kronik. Hanya dengan memakai stokin boleh hilang sakit-sakit kronik!
Strok?Lemah jantung?Lenguh badan?

Hanya dengan memakai stoking.
Stoking!

Ada orang boleh percaya!
Dah la mahal stoking ajaib ni.
RM180 satu pasang!
GILA! Patut la ramai ramai Melayu dapat BR1M.
Bukan setakat stoking, boxer ada, knee pad ada.
Kenapa la orang Melayu mudah benar mempercayai The Placebo Effect?

Berenti la mengharapkan keajaiban orang Melayu!
Jangan la lurus bendul sangat.

Mei 11, 2013

Selalu Dengar Anwar Ibrahim Kenalah Bersumpah, Apa Kata Orang Lain Pulak Yang Bersumpah?


Oleh kerana orang2 penyokong Kerajaan selalu benar Anwar Ibrahim bersumpah dan rasa ragu2 jika Anwar tidak bersumpah, maka pada hari ini, aku ingin mengajak korang semua, tak kira pemangkah Pakatan atau Barisan..agar ;

Menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia supaya bersumpah atas nama Allah SWT, yang tidak ada langsung apa-apa tindakan yang diambil oleh orang-orang atasan SPR yang boleh membawa kepada sebarang perubahan atau pindaan kepada keputusan pilihanraya.

Dan beliau juga perlu bersumpah yang proses pilihanraya berlaku dengan adil, sempurna dan saksama, tidak ada sebarang tekanan politik dikenakan ke atas dia dan beliau tidak terlibat dalam apa2 tindakan yang mampu mengubah jumlah undian pilihanraya.

Ada berani, penyokong BN?

Mei 10, 2013

Kenapa Melayu Suka Gosip Artis?

Aku pernah mengajar satu kolej yang pelajar dia bumiputera semua dan sambil tu aku jugak mengajar short course dekat PJ, aku ajar 3 orang budak Cina ni.

Aku boleh nampak beza diorang ni macam mana, tapi perlu dijelaskan dulu la bukan semua tak elok dalam kelas tu cuma majoritinya, tak berapa nak usaha. Yang mana rajin, memang rajin sampaikan bila diorang sambung degree diorang still sukses.

Tapi yang lemau-lemau tu, balik-balik nak borak pasal AF (masa tu tengah hangat)...tengah2 kelas bukak compact powder check muka...takpun nak ajak borak pasal motor sebab masa tu aku bawak motor. Kelas abis aje terus ciow. Yang mana yang stay back masa tu tanya aku macam2 tu la yang aku tau sambung belajar sampai sekarang dan dah nak abis dah.

Cuma mungkin kau pelik kenapa aku ceritakan pasal 3 orang budak Cina kat atas tu...sebenarnya diorang baru masuk tingkatan 1 dan paling tua tingkatan 3. Kolej yang aku ajar budak2 yang lemau2 tu umur dah 22 tahun. Bila aku tengok diorang, aku nampak aku satu masa dulu. Cuma bezanya, aku bayar sendiri yuran..diorang ni budak2 scholar. SCHOLAR! Hujung sem, kerja tak hantar, aku terpaksa call diorang, tapi tak hantar2 gak..sehinggakan aku terpaksa failkan 5 orang dalam kelas tu. Ramai jugak aku terpaksa bagi markah kesian.

Lastly, admin panggil aku, dia sound aku kenapa aku failkan budak2 ni. "Kena tolong diorang, diorang budak scholar, kalau tak scholar nanti kena tarik.."

Aku pun passkan la. Dah arahan camtu...tapi aku buat atas dasar simpati. Cuma, dalam kes macam ni, aku rasa tak fair sebab courses are design to train and teach. Evaluation is done to grades and marks. Bila aku passkan budak2 tu, semua objective of learning dah tak dipedulikan.

Diorang takkan belajar, sebab diorang tau hidup diorang selama ni senang. Tak hantar kerja pun boleh pass?   Masa depan, tak buat kerja pun takpe la. Kesannya kau boleh lihat sekeliling kau sendiri....semalam, aku gi Secret Recipe, aku nak mintak kek, yg jaga kaunter boleh buat tak peduli sebab tengah FB kat fon. Kau pernah kena camtu dengan salesgirl Cina?

Golongan ni akan create satu imaginary safety net dalam mental diorang sebab; diorang tak pernah rasa gagal dan kegagalan diorang di-reward dengan kelulusan. Dah la belajar free...makan minum, hostel semua tanggung! Nak ke kelas pun jalan tak sampai 200 meter dari hostel.

Pada aku, elok ketuanan Melayu ni. Niat dia dah betul, cuma bila budak pangkat 3 dapat masuk IPTA dan budak bukan Melayu pangkat 1 tak dapat, sistem tu dah tak betul. Jika niat murni kerajaan dulu adalah untuk angkat martabat orang Melayu, tapi sekarang, hak orang Melayu adalah digunakan untuk selamatkan orang Melayu. We are rewarding failures.

Those are two very different things.Dan ini adalah satu benda yang orang Melayu semua kena take initiative. Kita kena belajar ada integriti Ada prinsip.

Orang Melayu sedang berada di satu crossroad. Kita dah terpecah dua. Tapi  berpecah ini perlu sementara ni, sebab kita kena decide masa depan kita. Nak buang atau tidak ketuanan Melayu? Mau atau tidak bersaing on same playing fields? Ada yang tak nak, sebab diorang suka apa yang diorang dah dapat. Ada yang nak, sebab yakin diorang boleh bersaing dan tak perlu pun kerajaan protect dia.

Selagi kita berada di persimpangan ni, selagi tu kita akan berpecah dan this is not a bad thing. Sebab proses memilih ni akan mengambil masa yang sangat lama. Kita berpecah tak ada masalah asalkan kita bersatu lawan penyelewengan. Jadi, kalau setakat  nak bersatu tapi benda salah pejam mata buat tak nampak, sebab takut Cina counter dan nak lebih gemar kekalkan kuasa melayu dgn cara busuk...takyah la bersatu.

Elok kita berpecah sekarang ni...aku pun tak nak la kerja dengan mamat poyo yang tak tau apa2 tapi sebab dia kuat bodek bos, dia cepat naik. Annoying orang2 camtu!

The problem bukannya division, problemnya pada aku, kalau kita semua pilih nak bersatu jadi Melayu totok, yang nak mengangkang tunggu bantuan dan yang tiap2 kali pilihanraya, tetap pilih BN sebab kita takut dengan orang Cina. Sokong Najib sebab dia bagi kita duit, tapi diri sendiri duduk dengan mak bapak sebab takut nak duduk dan berdikari sendiri.

...........

Sebagai penutup kepada satu minggu posting berkenaan racism, aku hanya nak bertanya beberapa soalan kepada anda semua

1. Jika anda Melayu ; sanggupkah anda melepaskan hak keistimewaan Melayu?

2. Apa sebenarnya keistimewaan yang anda dapat?

3. Adakah kita ready untuk bersaing dengan bangsa lain on the same level?

4. Jika anda rasa belum, berapa lama lagi sebelum kita ready?

5. Apa anda rasa jika kemasukan ke IPTA dipilih berdasarkan bangsa dan bukan kelayakan?

5. Berdasarkan kepada pemahaman agama anda, adakah boleh kita menidakkan hak seseorang yang layak hanya semata-mata anda nak menyelamatkan orang sebangsa anda?

6. Jika anda seorang Pro-Keistimewaan Melayu dan anda penyokong kepada Barack Obama, aku just nak tanya "What the hell are you doing?"

7. Cuba pegi Google sekarang, search image Google menggunakan keyword "Melayu."
Kelakar kan? Selamat tengok porn.

8. Kau nak tau satu benda....orang Filipina yang agamanya Kristian pun bangsa mereka Melayu. Bila diorang isi borang, dekat bahagian "bangsa" mereka pangkah "Malay." Sebab tu ada tersesat sorang dua kat sini hari2.

Mei 09, 2013

Bagaimana Kalau Bangsa Majoriti Malaysia Ni Orang Melayu, India dan Caucasian?

Minggu lepas, sebab nak bergurau, wife aku jadikan anak murid dia yang darjah 3 ni bahan eksperimen. Sebelum aku sambung cerita, dia buat eksperimen ni sebab dalam kelas dia, ada la anak2 orang Bangladesh dan Indonesia yang belajar sekali.

Dan budak2 Melayu yang majoriti dalam kelas tu (kelas second last by the way) kalau boleh tak nak diletakkan sebelah diorang ni. Khasnya anak orang Bangladesh ni.

"Tak nak lah cikgu!" kata seorang budak.

Wife aku pun tanya la dia, "kalau saya letak awak sebelah orang Afrika awak mau?"

Budak tu geleng. "Tak nak!"

"Sebelah budak Cina?" tanya wife aku lagi.

"Tak nak!" jawab budak tu lagi.

"Sebelah budak India pun tak nak ke?" tanya wife aku sebab berminat nak test2.

"Tak mo lah!" jawab budak tu kononnya mempertahankan diri.

"Sebelah orang putih awak nak tak?" tanya wife aku.

" Nak cikgu.." jawab budak tu, laju. "Kenapa pulak?" tanya wife aku.

"Sapa tak nak duduk sebelah orang putih cikgu," jawab budak tu.

....................
Aku ingat seorang Cikgu ni, aku jumpa dia setahun aje masa aku darjah 6. Aku pulak budak baru sekolah tu sebab aku pindah sekolah masa baru masuk darjah 6. Nama cikgu ni Cikgu Chong. Aku panggil dia Mr.Chong. Dia ajar aku English. Nama penuh aku tau. Budak2 lagi time tu.

Mungkin sebab aku adalah orang harapan kelas walaupun aku budak baru (aku sebenarnya genius satu masa dulu) jadi Mr. Chong ni pun selalu la memberikan aku macam2 kata2 semangat.

"Mantot, I can see you have potential."

"Mantot, I know you will be somebody someday."

"Mantot, I know you will become a good man in the future."

Dalam ramai2 budak dalam kelas tu, dia cukup particular dengan aku. Satu, sebab aku first dalam kelas. Nombor dua,  sebab walaupun aku bukan kelas first, tapi aku satu2 nya orang yang diorang target dapat 4A selain daripada budak2 kelas first.

Jadi pada satu hari, sebab cikgu kelas aku tak datang, aku dengan kawan2 aku pun main la gasing belakang kelas. Kawan2 aku masa tu memang jenis malas nak belajar dan tak berapa peduli sangat pasal result ni. Mr.Chong ni pun lalu dan kantoi kitorang main gasing dalam kelas.

"WHY ARE YOU PLAYING DURING SCHOOL TIMES?" Dia jerkah kitorang walaupun dia dah tua, masa tu dah dekat umur pencen. Dia merungut2 sorang2 dan rampas gasing kitorang. Aku punya gasing pun kena rampas.

"I am so disappointed in you Mantot!" cakap dia. "Why do you do this? I cannot believe you acting like this?" Aku tunduk aje la, malu. Kena maki sorang2. Yang lain main dengan aku dia tak maki pun. Lepas tu dia merungut2 lepas tu dia ciow sambil pegang gasing kitorang. Budak2 lain senyap aje la. Tak berani nak cakap apa2 sebab samseng2 sekolah la yang main tu.

Kecuali aku. Aku nerd. Tak pandai bersukan...tapi aku masuk debate kelas.
Debate budaya aku dari kecik.

Beberapa tahun lepas tu aku dapat tau Mr.Chong meninggal sebab sakit tua. Impian dan nasihat dia, aku still gunakan sehingga ke hari ni.

....................

Apa tujuan aku tulis dua cerita ni?

1. Kita selalu bentang karpet merah untuk bangsa asing tapi kita selalu rendah2 kan orang sendiri. Orang sendiri bukan sekadar orang Melayu..malah orang Cina, India dan lain-lain. Apa2 bangsa pun kita still orang Malaysia kan? Kenapa kita camtu? Aku selalu tulis pasal benda ni tapi last2 aku rasa, kita rasa camtu sebab kita diajar untuk terhutang budi dengan British. Ada logik ke pandangan aku tu?

2. Sistem BN akan terus mengasingkan orang ramai ikut kaum. This prolong the problem dan tidak mengatasi masalah langsung. Racial tension akan still terus kekal. Aku rasa BN mahu racial tension itu terus kekal kerana itu sahaja cara mereka boleh memerintah. Kalau dia nak ubah, tiga2 parti komponen BN kena ubah perlembagaan dan itu bukan sesuatu yang aku rasa mudah untuk diorang. UMNO nak bukak untuk bukan Melayu? KAU MIMPI? Tapi bila ada calon PAS bukan Islam...ahli UMNO kutuk. Kelakar kan spesis ni?

3. Di Malaysia, kita diberikan imej seolah-olah racist aje mesti orang Cina. Komunis mesti Cina. Kurang ajar mesti Cina. Nak jatuhkan Melayu mesti Cina. Macam mana racism boleh jadi hak eksklusif orang Cina di Malaysia ni? Hebat betul...bukan setakat ekonomi, malah racism pun Cina pegang. Orang Melayu pun nak jugak jadi racist....the Chinese should share it with us, lah! Mungkin itu yang Utusan tanya, "apa lagi Cina mahu?" Kuota racist orang Melayu pun nak jugak wei! Oh, this is a joke by the way. Do not take it seriously.

4. Kisah aku dengan Mr. Chong tu bagi aku satu benda yang aku ingat sampai sekarang. Aku boleh jadi somebody, sebab dia nampak benda tu dekat aku. Walaupun sekarang ni aku nobody, aku still try jadi somebody. Dan itu kata2 seorang cikgu Cina kepada aku. Bolehkah cikgu Melayu lakukan benda yang sama?

5. Kalau cikgu Melayu tak nak pay attention dan didik anak orang bangsa lain semata2 sebab dia rasa "buat apa aku tolong bangsa lain, baik aku tolong orang Melayu" beritahulah aku, siapa yang racist sebenarnya? Cikgu atau anak murid? Melayu atau bangsa lain?


Mei 08, 2013

Dua Perkara Pelik Pada Aku Mengenai PRU 13

Aku tak tau kalau ada penipuan berlaku masa pilihanraya sebab aku tak nampak apa yang jadi, membuatkan aku tak nak komen. Tapi aku hanya nak komen pasal dua benda yang aku pelik dan meragukan pada aku.

1. Pangkah pakai pensil

Aku ada baca penyokong2 kerajaan kata "mana ada orang pangkah undi pakai pensil! Itu semua membohong! Fitnah pembangkang!" Pelik aku.

Aku dengan secara jujur dan ikhlas memberitahu korang kat sini, aku pangkah undi aku pakai pensil. Aku ada bawak pen aku sendiri tapi sebab aku takut tak diterima (tak sama warna ke, aku tak nak undi aku rosak) jadi aku pakai aje la pensil yang ada. Pelik memang ada waktu aku pangkah, tapi memandangkan aku rasa selamat dan yakin ada ketelusan SPR kat situ, aku pakai aje la pensil tu.

Tapi bila aku balik rumah, aku baca balik pasal kes ni, aku jumpa artikel ni.

PETALING JAYA: For the first time in Malaysian electoral history, voters will be using ballpoint pens instead of pencils to mark the ballot papers. Election Commission deputy chairman Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar said this was part of the initiative to improve the electoral process and remove unnecessary doubts.

“Critics had in the past claimed that pencil marks could be erased. “Now that we will be using pen, no one can make such wild allegations any more,” he said. (Link Asal)


Silap aku jugak tak voice benda ni hari tu tapi sebab sebenarnya aku tak berapa clear pasal isu ni. Aku expect SPR tak silap benda2 camni tapi nampaknya,  ada jugak kesilapan kecil yang berlaku. Memang la SPR bergantung dengan penjawat awam dan sukarelawan, tapi dalam menjamin integriti undi tiap2 orang dan even SPR sendiri usaha nak yakinkan orang yang voting is honestly held, ini sesuatu yang aku rasa amat memalukan SPR.

2. Sidang Media Pengerusi SPR Pada Hari Mengundi

Ada sesiapa tengok sidang media live Pengerusi SPR dekat TV3 jam 1:30 camtu, hari mengundi tu? Kan ada dalam tu dia tunjukkan jari dia yang dah berdakwat dan dia claim, ingat ni, secara langsung, depan semua penonton, yang dia dah try cuci jari dia pakai sabun Protex dan dia akui ada keluar warna biru dakwat tu..tapi dengan berlagaknya, dia tunjukkan jari dia masih lagi jelas kekal dakwat tu melekat kat situ.

Tak ke bullshit nya benda tu?

Sebab aku, mak aku, nenek aku, bapak tiri aku, sepupu aku, makcik aku semuanya hilang lepas mengundi. Ada yang melekat kat pintu kereta masa bukak, aku minum air siap dakwat cair dan menitik jatuh dalam milo ais aku. What the hell kata kering dalam dalam beberapa saat dan tidak akan luntur untuk 5 hari?

Bukan masalahnya dakwat itu useless lepas tamat hari mengundi tu, itu asalan Pengerusi SPR  tapi isunya di sini adalah kalau senang benar nak tanggalkan dakwat tu, pasti akan wujud kemungkinan orang datang mengundi kemudian balik basuh dan mengundi lagi sekali. Ada tak kemungkinan tu wujud wahai pengerusi SPR? Memang ada dan SPR sepatutnya jadi super fair. Tak ada orang suka tengok bola kalau dah dia dah tau referee akan berat sebelah.

Yang kelakarnya, jari Najib pun bersih licin dalam TV malam dia announce yang Rosmah Mansor telah memacu BN ke arah kemenangan PRU13..... eh, kata dakwat  kekal 5 hari?

3. About The Gerrymandering and All The Baggage That It Brought Upon Us

SPR, kalau kau nak aku memandang kau dengan integriti, please usulkan persempadanan semula kepada Parlimen dan pastikan agihan penduduk menjadi lebih setara dan tidak ada kerusi2 mudah untuk dimenangi oleh sesetengah parti terpilih. Macam mana nilai 30 ribu undi boleh sama dengan 100 ribu undi? Tak sama.

Kalau suara 30 ribu adalah sama nilai dengan 100 ribu, itu maknanya ada suara sesetengah orang tak dipedulikan. Kerusi2 mudah dengan jumlah pengundi yang sikit....kebanyakannya dimenangi oleh sebuah parti sahaja...

4. UMNO Dah Bersuara Ajak PAS Bergabung

Ada 7 tujuh dosa PAS. PAS adalah parti ajaran sesat. Ahli PAS ni majoriti murtad. Berlagak alim, serban tak lekang tapi gila seks. Sebab tu aku pelik UMNO nak bersatu pulak.

Takpelah, biarlah PAS bersama2 dengan bukan UMNO, PAS memang layak bekerjasama dengan Kafir Laknat DAP aje. Lagipun, PAS ada 7 dosa besar ikut kata Mahathir. Biarlah PAS menyucikan diri terlebih dahulu. Masuk UMNO nanti, kotorla UMNO. Sayang kalau jadi camtu. Lagipun, aku takut kalau PAS bergabung dengan UMNO, nanti PAS dah tak buat lagi konsert2 hiburan dan digantikan dengan acara solat hajat yang selalu UMNO anjurkan.

5. Himpunan Malam Ni..

.......pada aku takyah join. The time is not right. Tapi ni pandangan peribadi aku la.

Kita perlu tunggu dulu kes ni dibawak ke mahkamah kalau aduan 21 hari ke SPR tak jalan dan kita tengok apa result dia dulu. Kalau betul bukti kukuh tapi mahkamah buat tak nampak, kita ke jalanan semula. Perhimpunan Bersih dah nampak kesan dia. Orang makin lama makin pandai dan sedar.

UMNO menang kerusi, tapi majoriti orang dah start tolak diorang. BN is degrading day by day, tengok sendiri pada pemimpin dia dan tengok sendiri pada penyokong dia. The educated one in UMNO is decreasing day by day sehinggakan aku percaya, diorang akan terpaksa ambik Khairy Jamaluddin yang sangat dibenci oleh segelintir orang UMNO jadi Menteri atau Timbalan...sebab the voters are expecting somebody macam Khairy sebagai Menteri...dan bukannya orang yang tahapnya politician kampung lagi.

Siapa lagi orang dalam UMNO yang cukup pandai nak berdebate ada?
Saifuddin Abdullah dah kalah, tinggal Khairy sorang aje la.

Apa yang Anwar sedang push ketika ini adalah dia cuba nak percepatkan kejatuhan BN sebab dia tau he is running out of time. Biarkan dia. Kalau nasib dia dapat jadi PM, dia akan jadi. Aku takde masalah. Cuma, hati-hati jangan jadikan orang ramai "extremist Anwar Ibrahim."

Dan kepada Anwar Ibrahim, kau dah jadi legend Malaysia. Tak payah jadi PM pun tak apa. Aku akan ajar anak2 aku pasal kau dan aku akan cerita dengan diorang semua benda pasal kau supaya diorang sendiri belajar menilai pemerintah ni. Dan just to be fair, aku akan cerita pasal Najib dekat anak aku jugak. Dia orang kaya, tak pernah susah, dia bagi duit dekat orang ramai, dia jual konsep 1Malaysia, bini dia bulat tak pakai tudung suka pakai handbag beratus2, aku tak tau kenapa dia jadi PM aku dan aku merasakan malam kemenangan PRU13, dia telah menunjukkan yang konsep 1Malaysia is just marketing bullshit untuk kekalkan kuasa.  Dia tak ikhlas sebenarnya. (adakah aku bermimpi mengharapkan ada pemimpin yang ebtul2 ikhlas memimpin?)

Biarlah anak aku compare sendiri. Adakah cerita aku akan biased? Ya, cerita aku akan biased tapi itu bukan bermakna apa aku tulis pasal Najib tu tak betul, kan?

Sekarang ni balaci2 UMNO tengah panas hati. Polis pun dah pesan dan aku sure ada ramai jugak anggota polis yang nak jadi pejuang Melayu dan hentak penyokong2 pembangkang ni.

Inilah masanya kita belajar when to stay back dan when to go out. Sekarang adalah waktu untuk duduk diam seketika. UMNO sedang bergolak cuma kita tak nampak. Jangan korbankan diri kerana politician. Korbankan diri for the nation and religion.

Senang cerita, aku bukan balaci Anwar Ibrahim tapi aku still acknowledge yang Anwar Ibrahim dah liberatekan political view aku. Untuk itu, aku ucap terima kasih sebab menyedarkan aku yang satu masa seorang macai UMNO tegar, kita ada pilihan selain daripada Barisan Nasional.


5. Satu soalan..

Kau pangkah pakai pen atau pensil masa pilihanraya?

Mei 07, 2013

Orang Melayu Tipikal Mesti Rasa Kalau Rasulullah Masih Ada, Rasulullah Pun Maki Orang Cina, Kan?

Parah orang Melayu ni. Khasnya penyokong BN. Apa saja Najib sebut, diorang percaya, diorang ikut, diorang ulang dan jadikan seolah-olah benda tu datang daripada fikiran diorang. Tak reti nak berfikir sendiri. Balik2 "Bersatulah Melayu, bersatulah Melayu!"

Aku dah ajak pangkah PAS ramai2. Yang kau pegi pangkah BN jugak buat apa? Wajib ke kalau Melayu bersatu mesti bawah BN? 

Yang peliknya, atau lebih kasar lagi, yang pelirnya ; kalau orang Melayu yang pangkah PAS diorang tak anggap orang Melayu tu bersatu. Macam kat Kelantan. "Kecek2 tu tak bersatu boh! Pangkah BN baghu bersatu boh! Baru bereh!"

Aku setuju betul tindakan orang Cina terus abandon MCA. Tahniah orang Cina! Tahniah! Tapi untuk menjadikan Malaysia geared a more open non-race based politics, kita kena sama2 usaha sedarkan orang2 Melayu ni yang BN is actually a cancer to the country. Bukan sekadar kepada orang Cina, malahan kanser kepada orang Melayu sendiri.

Sebab itu PAS takkan bersatu dengan UMNO. Kalau nak bersatu, kenapa perlu bersatu dengan orang yang anak tirikan kau semata2 kerana pahaman politik lain-lain? Orang Melayu yang hanya membantu ikut parti politik....aku tak nampak kenapa aku perlu sokong orang macam tu. Even kat kampung wife aku sendiri, Negeri Sembilan, orang Melayu PAS dipinggirkan sampai takut nak pakai kopiah, nanti ramai yang kutuk.

Aku sure ramai yang tengah berapi2 nak mempertahankan Melayu.

Aku just nak ingatkan kau, kenapa Najib dan BN itu kanser orang Melayu. BN adalah penjaja kepada semngat bangsa dan bila kau memperjuangkan bangsa, kau akan letak bangsa nombor satu, agama nombor dua. Itu kanser orang Melayu yang diorang akan try api2 kan. Apa ending dia aku tak sure tapi aku merayu pada korang, ingat satu benda ni.

Aku nampak banyak komen2 berapi fanatik BN yangt tulis "Pukimak Cina!" atau "DAP Lancau!" atau "Cina nak takeover Malaysia!" dan pelbagai lagilah yang terang2 racist.

Kau orang Islam, kau takleh racist! Aku ulang lagi! KALAU KAU ISLAM, KAU TAKLEH RACIST! Kalau ada bangsa lain racist,biarkan, tapi mesej Islam simple, kita agama keadamaian, kita takkan carik gaduh, kita takkan carik pasal dan kita takkan buat jahat. Tapi kalau ada orang buat jahat dengan kita, kita kena balas dan lawan.

Dalam internet penuh betul orang Melayu maki "CINA LAKNATULLAH! CINA LAKNATULLAH!"

Kau ingat kau siapa nak tulis2 camtu? Nama kau Allah ke? Kafir di laknat Allah, tapi siapa kita nak laknat diorang? Kau dah baca pasal jenis2 kafir ni? Agama kita dah perfect, dia dah ada bagi kita guide macam mana nak treat orang Kafir ni dan sah2 la bukan macam apa yang BN buat ni.

Yang paling pelik, kenapa double standard? Jika kau kata DAP itu laknatullah, MCA juga laknatullah. Selain itu ; Justin Bieber, PSY, Robert Downey Jr, Brad Pitt., Bruno Mars, Taylor Swift dan Michelle Yeoh dan pelbagai lagilah juga kafir yang kau kata Laknatullah. Tak pernah pulak aku nampak kau panggil diorang Laknatullah? Adakah sebab dia parti DAP, kau panggil dia Cina Laknatullah? Come on orang Melayu? IC ada cop Islam tu!

Yang lebih menyedihkan, gerombolan2 Melayu fanatik ini kata Cina DAP Chauvinist. Cina DAP racist. Cina DAP buruk. Cina DAP lancau. Tapi sebenarnya, siapa yang chauvinist? Siapa yang racist?

Kau la. Melayu fanatik BN. Dengan Melayu yang tak pangkah BN pun kau racist apatah lagi dengan orang Cina yang tak pangkah BN. Kemudian kau kata Cina racist? WTF punya mentaliti.

Hahaha. Kelakar. Cina MCA tak racist? Dah berhari2 aku tunjuk iklan MCA dalam paper...takutkan orang Cina pasal hudud, pasal kerjasam DAP dan PAS tapi orang Cina still vote DAP. Kau nampak tak apa maksud dia? Takleh fikir sendiri ke?

Kepada yang kerap ajak Melayu bersatu, aku ajak lagi sekali...jom kita bersatu bawah PAS dan kita humbankan BN ni jauh2, sebab itu aje cara Melayu ni nak berubah. Kalau tidak, Melayu masih ditakuk situ aje la. Tipikal Melayu rasanya camni description dia;

Seorang racist yang percaya parang terbang, fanatik pemimpin, pejam mata kalau ada salah laku, tak berapa reti berfikir sendiri, hari2 ulang aje balik apa ayat pemimpin diorang, berharap dengan kroni, percaya BN bagi nikmat, berharap dapat tender dari kerajaan untuk ubah nasib dia tapi sementara tu duduk la rumah flat...kemudian claim agama mereka Islam dan Islam itu mereka punya, tapi dia sanggup mati untuk pemimpin yang dia sayang.

Akhirnya, aku jelaskan, orang Islam yang takut Tuhan dia takkan tulis apa yang ada depan frontpage Utusan hari ni. Sebab itu aku merayu, bukak mata luas2, tanya dengan iman kita, kalau Rasulullah ada lagi hari ni dan dia nak kembangkan Islam, adakah Rasulullah akan gunakan taktik BN ni dan kemudian maki hamun orang kafir kalau tak nak peluk Islam?

......................

Yang paling penting, orang Melayu perlu fokus on the correct issue. Apa yang ada nampak sekarang adalah diversion tactic BN yang selalu diorang pakai. Diorang tak nak anda semua tengok benda2 yang sedang berlaku di dalam BN sekarang ni.

Najib tengah ditekan hebat dari semua penjuru dan dah sah lah, bukan orang Cina yang tekan dia. Sabah Sarawak punya calon sangat2 berkuasa, sebab diorang tau, BN menang sebab diorang. Beberapa negeri juga 50-50. Tekanan orang2 yang nak jadi PM dan TPM akan bermula lepas gagal dapat 2/3 majoriti. "Tsunami Melayu dan Buiiputera" sedang melanda Najib sebenarnya. Berangan nak menyatukan Melayu bawah UMNO, haha. Dalam UMNO sendiri budayanya tikam belakang dan ugut mengugut. Ada hati nak ajak Melayu bersatu bawah UMNO.

Tunggu dan lihat. Jangan hanya baca Utusan Malaysia. Utusan penuh dengan artikel2 mengarut yang diorang nak kita tau supaya kita tak peduli dengan benda2 yang diorang tak nak kita tau.





Mei 05, 2013

PRU13 : Apa Nilai Agama Islam di Pandangan Pemimpin BN Sebenarnya?

Selama ni orang Melayu selalu disalah ertikan apa itu pengkhianat. Apa maksud pengkhianat sebenarnya kepada orang Melayu. Adakah kerana tidak mengundi parti UMNO yang mempertahankan bangsa Melayu layak digelar pengkhianat? Sesetengah orang berkata demikian.

Jika anda adalah salah seorang yang merasa sedemikian, please, stop dan aku merayu dengan kau. Kenali dulu siapa pengkhianat tak kiralah kau sokong BN atau Pakatan.

Pengkhianat adalah orang yang tau sesuatu benda salah berlaku tapi dia biar perkara itu dibuat, kerana dia dapat apa yang dia nak. Kau nak BN menang, tapi kau biarkan aje bangla mengundi depan mata kau semata2 sebab kau nak BN menang, itu pengkhianat. Kau tau ada penyelewengan menteri mintak komisyen lulus tender tapi kau diam sebab kau takut kerja kau hilang, itu pengkhianat.

Kau nak jadi pengkhianat bangsa, silakan. Tapi jangan jadi pengkhianat negara. Jangan sebab kau takut Pakatan memerintah, kau setuju dengan pelbagai helah yang diwujudkan SPR ni. Dah terbukti dakwat tu mudah dicuci, tapi kau setuju sebab kau tak nak BN kalah.

Tak kiralah apa sekali parti yang kau sokong, satu2 nya benda yang kita semua kena pegang adalah kita mesti pastikan semua benda betul, adil dan tidak ada unsur penipuan.

Mungkin kau rasa perlu menipu dalam keadaan sekarang ni...."bohong sunat" kata ramai orang, tapi sedarlah, dengan penipuan2 yang berjalan dan kau pejam mata kau sebab kau nak parti kau sokong menang, kau sebenarnya sedang mengkhianati orang Melayu dan kau mengkhianati agama kau sendiri.

Apa yang paling penting ketika ini bukan siapa menang atau siapa kalah. Yang paling penting adalah keputusan pilihanraya kita tu betul. Biarlah kalah dengan bertanding, menang dengan caranya.

Tak kira kau pangkah BN atau Pakatan, kalau ada apa2 yang kau nampak tak kena dengan proses pilihanraya, tolong suarakan. Jadikan benda tu isu. Ada pemantau pilihanraya nanti. Suarakan. Kena transfer pun kena transfer la. Janji hati tenang.

Benda yang paling seronok di dunia adalah bila hati kau rasa tenang aje. Dapat pangkat, kemewahan dan nikmat dunia berjuta-juta pun, kalau hati tak tenang nak buat apa? Hiduplah kau sebagai seorang pengkhianat dan yang sedihnya, kau seorang aje tau kau khianat negara sendiri.

Kempen last aku, kenapa jangan undi BN. Aku rasa MCA seolah-olah dah hina Islam....tapi UMNO senyap aje. DAP memang perkauman tapi sekurang2 nya, semua benda still bukan official..more like personal opinion. Tapi ini, pada aku, sangat kurang ajar.

Aku tak paham kenapa orang2 dalam UMNO boleh biarkan agama Islam dihina sampai begini sekali? Mungkin secara luaran nampak seolah macam MCA kutuk PAS tapi bila kau tengok betul2, value2 yang dikutuk MCA tu adalah value2 Islam sebenarnya.



Dan aku akhiri benda ni dengan satu soalan, jika MCA ini adalah sekutu BN, di mana sebenarnya Islam dekat UMNO ni? Kat ibu jari kaki? Salah ke ada guideline untuk dresscode? Cuba jawab benda ni sebagai seorang Islam yang nak pilih BN...sebab bila kau pilih BN, kau kena pangkah MCA. Kalau kau sokong BN, kau sebenarnya setujulah dengan MCA punya pandangan...sebab kita semua sedia maklum...Barisan Nasional mempunyai visi yang sama, tak seperti Pakatan Rakyat yang caca merba tidak tahu hala tuju.


Selamat mengundi semua.
Selamat malam. Aku tak nak jadi pengkhianat bangsa. Aku juga tak nak jadi pengkhianat negara. Tapi yang aku paling takut, aku khianat agama aku.

Mei 04, 2013

Kenapa Penjawat Awam Perlu Gusar Mahu Undi Bukan Barisan Nasional?

Salah satu benda yang paling kita kena ubah, selain daripada Barisan Nasional, adalah mengubah mentaliti penjawat awam yang selama ni cukup takut dengan bayang2 sendiri sehinggakan dia ingat, sebab dia kerja gomen, dia kena pangkah BN.

Kalau itu mentaliti cara kau berfikir, itu bermaksud sistem demokrasi kita sendiri ramai orang tak faham. Penjawat awam perlu bangun dan sedar yang parti politik tidak ada kuasa ke atas suara undi mereka dan yang paling penting, tidak boleh wujud sebarang tekanan ke atas penjawat awam supaya mereka memilih mengekalkan kerajaan sedia ada.

Dari zaman tahun 80 an sampai sekarang aku dengar pasal staff public sector kena transfer ke kawasan lain. Semalam baru keluar Harakah askar yang buat report polis pasal ink dekat jari dia mudah gila tanggal dah pun ditukar ke kawasan lain.

Sampai bila penjawat awam nak dijadikan catur dan contoh pengajaran kepada orang2 lain? Hebat sangatkah politician2 tu sampai boleh suka2 hati tunggang terbalikkan hidup orang lain hanya semata2 anda tak setuju dengan dia?

Sampai bila penjawat awam perlu hidup takut2? Nak mengundipun takut...."kalau aku pangkah PAS, nanti aku kena transfer....susahla sebab anak2 aku semua dah elok aje sekolah sini.."

Tak ke anda semua sedar, itu yang diorang harapkan. Kalau anda takut nak memangkah pembangkang, anda akan pangkah BN walaupun anda tak nak. Jadi yang akan menang sampai bila2 adalah BN,BN dan BN. Taktik nak menakutkan ni sama lah macam kau nampak budak tengah kena buli, tapi ada yang jaga kat tepi warning kau jangan masuk campur.

Sampai bila nak biarkan the big bully terus membuli?

Pada aku, dah sampai masanya kita buang rasa takut tu. Pangkah ikut apa yang kau nak. Ada nombor siri? Takut nanti diorang boleh trace kau pangkah mana? Takut nanti habis semua family kena transfer?

Itu yang diorang nak anda rasa.Gunakan ketakutan untuk peroleh undi. Buli penjawat awam supaya pilih diorang. Takkan la sebab ada nombor siri kau takut nak suarakan pendapat kau?

Jadi ayuh, tumbangkan Barisan Nasional penjawat awam semua! Lagipun, aku bukannya dibayar apa2 pun untuk benda ni. Apa untungnya aku kalau BN jatuh? Aku rasa kalau BN jatuh benefit lebih banyak dekat penjawat awam sendiri. Kalau kita tak suka cara diorang, kena beramai2 la berani ubah. Kalau diorang jatuh, apa lagi kuasa diorang ada nak transfer kau? Kau takkan berubah kalau kau sendiri takut nak berubah. Kalau satu deparment kau pangkah Pakatan, mampu ke diorang transfer semua sekali?

Ingatkan diri anda, politician needs your vote more than you actually needed them. Kalau lepas ni Pakatan buat balik perangai yang sama, kita ubah dan ubah dan ubah dan ubah, sampai negara kita lebih ramai pemimpin berbanding politician.

Mei 03, 2013

Kau Mahu PM Biseksual atau Kau Mahu PM Pakar Letupan?

Apa nak jadi dengan Malaysia ni?

Politik kita memang tak matured langsung. Nak kata kita semua majoriti Atheist, kita Islam. Nak kata kita ni penyembah api, kita Muslim. Tapi politik kita tak mencerminkan langsung yang kita ni Islam majoritinya.

Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, Saiful Bukhari telah melakukan sumpah di depan Kaabah untuk meyakinkan orang ramai yang Anwar liwat dia. Satu, masalah paling bodo yang dia buat adalah bersumpah depan Kaabah. Dik, kalau kau yakin kau benar, doa depan Kaabah mintak Tuhan berikan petunjuk dan yakin dengan Hari Pembalasan...ni tidak, kau carik peluang buat benda yang tah sapa la ajar kau buat. Nombor dua, dia bersumpah depan Kaabah dan dia rekodkan dalam video, kemudian adakan press conference.

Nampak benar tujuan dia apa? Tujuan dia nak membuatkan kita semua percaya yang Anwar peliwat. OK, fine. Katakanlah Anwar peliwat...jadi, kalau benda tu berlaku secara suka sama suka seperti yang diceritakan dalam mahkamah, tapi Saiful tak pernah mengaku walaupun Karpal Singh banyak kali tanya dia "liwat itu atas mutual consent atau tidak?"....kau nak apa lagi dengan kau punya pengakuan sumpah?

Apa dah jadi dengan politik kita ni?

Timing kemunculan si Saiful dahi hitam ni selalunya mesti dekat2 PRU. Kemudian mulut dia sebut untuk membersihkan nama dia. Tak ke berlaku kontradiksi kat situ? Kau nak bersihkan nama kau, kau boleh buat hujung tahun lepas, dua bulan lepas, pada awal tahun baru....tapi sekarang? Kenapa? Kalau benar nak menyelamatkan masyarakat, janganlah lidah tu bercabang2, ya?

Sekarang ni, kempen pilihanraya kita bukan sekadar cuba menjual dasar dan manifesto, malah menjual skandal dan kebanyakan orang kita yang majoritinya penuh kepala dengan gosip2 artis amat gemar lah benda2 camni, even semenjak aku belajar baca buku2 politik dari zaman SH Alattas menulis dulu2 benda2 skandal adalah isu yang tidak boleh dipisahkan oleh politik. Rahim Tambi Chik rogol budak. Najib kantoi dengan artis dekat Port Dickson. Anwar liwat semua orang lelaki yang dia jumpa.

Aku tak suka betul politik macam ni. Aku nak compare tengok mana bawak faedah dekat negara. Aku nak pilih pihak mana yang berani bentang manifesto dia dan terus dengar opinion public on the spot. Aku wish aku dapat tengok dua pemimpin kanan berlawanan hujah, bukan berlawanan siapa menjubor siapa.

Tapi dah politik Malaysia macam tu. Jadi, kita layankan saja. Bukak mindset, lupakan semangat kepartian sekejap. Dah berapa lama aku try convince orang jangan percaya dengan rumours yang tak konkrit sebab benda tu salah ikut agama tapi ada aje yang tak nak dengar jadi, jom kita jadi Ultra Melayu sekejap.

Apa beza Melayu dengan Ultra Melayu? Ultra Melayu adalah orang yang percaya aje semua bullshit tanpa ada usaha nak carik benda betul dan benda salah. Sebagai seorang Ultra Melayu, katakanlah, semua skandal yang kita dengar adalah betul dan kita duduk dalam Malaysia di mana semua skandal yang kita dengar adalah sahih, tidak perlu dipertikaikan lagi.

Jadi, di satu sudut, kita ada seorang calon PM, yang pernah ditangkap basah di Port Dickson. Lantaran daripada itu, beberapa orang pegawai agama di Jabatan Agama Negeri Sembilan telah ditukarkan ke tempat lain. Isteri dia pulak mengamuk tak ingat sehinggalah sampai sekarang, isteri dia adalah ketua kepada keluarganya. Kedua-dua mereka pula telah berkomplot dengan seorang kawan rapat mereka yang telah terlibat dengan pembelian kapal selam Scorpene dan mengakibatkan suami isteri tersebut terpaksa mengeluarkan arahan kepada dua anggota polis supaya mengebom Altantuya Shaaribu, gadis Mongolia yang dilaporkan teman wanita calon PM kita kerana dah tak tahan diganggu permintaan komisen kapal selam.

Sehingga sekarang, bapa Altantuya masih lagi merayu supaya pembunuh anaknya dijatuhkan hukuman tetapi malangnya hanya dua orang anggota polis telah dihukum gantung sampai mati kerana membunuh Altantuya tanpa motif kerana Tuan Hakim kata, motif pembunuhan tidak penting. Ketika ini, beliau sedang ditekan hebat oleh orang kanannya dan jika beliau gagal mendapatkan kembali majoriti 2/3, sudah pasti akan berlaku peralihan kuasa dalam UMNO. OLeh yang demikian, kita boleh lihat wajah beliau terpampang di mana-mana saja supaya orang ramai mengundi bukan sekadar memilih kerajaan malah mengundi untuk menyelamatkan karier politik beliau.

Di satu sudut lain, calon PM kita adalah seorang biseksual. Telah pun diketahui meliwat hampir 5 orang lelaki (Sukma,Azizan, Munaweer, Saiful, budak Sabah...ada yang kata Rafizi Ramli sekali) dan juga dilaporkan sebagai seorang pelanggan China Doll yang setia. Beliau melakukan semua ini kerana terlalu gilakan jawatan PM dan sanggup mengajak keluarganya supaya bersubahat dengannya sekali. Isterinya dilaporkan telah menulis 18 pucuk surat kepada Mahathir Mohamad untuk meluahkan perasaan malahan diceritakan, Wan Azizah telahpun menampar Anwar setelah diberitahu mengenai kisah homoseksualnya.

Beliau juga amat gemarkan seks dengan wanita sehingga telah menggoda isteri pembantunya, Shamsidar Taharin dan kesan daripada hubungan itu, dilaporkan salah seorang anak Azmin Ali adalah anak kepada Anwar Ibrahim. Berita terbaru mengatakan, mangsa paling kacak antara semua, Saiful Bukhari telahpun melakukan sumpah laknat di depan Kaabah untuk menyelamatkan Malaysia daripada melantik seorang Perdana Menteri Biseksual kerana jika bersumpah di depan Kaabah, orang Melayu lebih yakin dan percaya agaknya. Sehingga sekarang, beliau telahpun menggunakan khidmat menantunya, suami kepada Nurul Izzah untuk menjadi chauffeur membawa beliau layan China Doll. Ketika ceramah, walaupun biskesual, beliau masih gemar mengeluarkan hujah2 berbentuk keagamaan.

Sebagai seorang Ultra Melayu, pilih seorang. Kau nak si biseksual atau kau nak pembunuh? Atau kau mahu dengar apa hujah kukuh kedua2 pihak untuk mengetahui apa perancangan mereka kepada negara kita? Dalam mimpi aku, ye, itu yang aku nak tapi jika ini adalah first step ke arah demokrasi yang lebih baik, aku akan accept dan layan hujah berbentuk skandal yang tak membantu. Sebab ini Malaysia, bukan alam fantasi. Debat bukan budaya kita. Skandal adalah budaya kita.


Benda yang paling susah kepada majoriti kita sekarang adalah memilih antara dua pihak. Perasaan tidak tahu mana satu nak dipilih mampu membuatkan siapa2 jadi gila sebab kita tak tahu, kan? Aku try permudahkan dan senangkan pilihan kau. Aku pilih si biseksual. Sebab masa depan Malaysia bawah BN dah terbukti penuh dengan golongan bangsawan yang suka bila orang ramai berebut ambik beras yang dicampak dari atas lori dan suka bila ramai orang yang bergantung dengan diorang untuk hidup.

Jadi pilih, pihak gila seks atau pihak pembunuh?
Berikan alasan kau.

Mei 02, 2013

Kalaulah Tak Ada BN, Habislah Semua Budak IPTA Mesti Pelajar Cina!

Bagaimana kau rasa kualiti pendidikan kita sekarang?

Adakah kau rasa semuanya baik-baik saja? Untuk hari ni, aku akan menulis satu benda yang dah lama benar aku nak tulis, kenapa sistem menyelamatkan bumiputera bakal melahirkan melayu yang tah hapa-hapa.

Sebelum itu, mari aku ceritakan mengenai beberapa fakta yang anda perlu tahu mengenai sistem pendidikan Malaysia diperingkat tertiari. Nombor satu, sistem pendidikan kita sudah berada di satu tahap di mana it's all about business. Pelajar lulus atau tidak dinilai bukan melalui grading tapi melalui berapa untung universiti atau kolej. Malahan ada beberapa universiti terkemuka yang namanya aku takleh nak sebut (sebab universiti tu sangat2 berprestij dari segi kualiti kolej kejuruteraannya dalam kalangan IPTS) pensyarahnya diberikan arahan supaya meluluskan pelajar yang tidak layak semata-mata sebab pelajar itu adalah pelajar luar negara.

Nombor dua. the additional numbers of foreign student studying in Malaysia ada kaitan dengan politik. Kebanyakan pelajar yang datang belajar khasnya dari Middle East datang sponsorship government diorang, walaupun diorang ni dah kaya. Senarionya mudah aje nak explain, tiap2 kali government luar hantar student dia ke sini, diorang expect scholarship diorang dijaga. Bukan kualiti, tapi scholarship. Ada budak fail? Kalau boleh, passkan. Government luar tak nak duit diorang go to waste hanya sebab pada final year student tu, dia baru kenal disko kat Jalan Ampang. Kau reversekan senario dia..ada student Malaysia scholarship JPA, masuk Universiti dekat US. Kantoi apa jadi dekat dia?

Education in Malaysia is all about business and numbers. Sebab itu kerajaan kita galakkan lebih banyak IPTS dibukak sebab diorang nak foreign investment masuk.( scholarship is also an investment) Dan daripada situ, kau boleh tengok kesan dia dekat kita. Pernah pergi BB Plaza sekarang ni? Atau ada jalan2 Cyberjaya?
Cuba kita berapa kedai yang cater untuk orang Middle East?

Jelas sekali, kerajaan nak orang Middle East invest dekat Malaysia. Study here, work here, invest here. Kenapa banyak kedai diorang dan kenapa tidak ada mekanisme untuk control yang protect peniaga tempatan? Sebab....tiap2 kali orang Arab nak buat company kat sini, diorang kena ada 500 ribu minimum sebagai capital yang perlu diletakkan dalam akaun local sepanjang company tu dibukak. Ini duit investment untuk ekonomi Malaysia. Sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh Makcik Jah yang meniaga jambu di tepi jalan tanpa lesen.

Sebab itu, Najib cukup gemar mencanang yang foreign investment banyak masuk tapi kesan negatifnya, orang kita terpaksa la meniaga tepi jalan pakai payung Pasar Tani. Dia prefer investment orang luar tapi bila nak undi, dia pancing orang2 susah ni dengan BR1M.

Hakikatnya, pada politician2 BN ni, the only value yang kita orang biasa boleh bagi dia adalah kuasa. Lagipun buat kempen setahun dua sebelum pilihanraya dah cukup untuk dapatkan undi. Orang Melayu ni simple aje nak beli dia. Khasnya orang2 kampung. Dan itu, adalah satu fakta. Kau boleh tengok sendiri kalau kau ada sedara yang duduk dekat kampung2 yang hardcore BN ni.

On the local education, tak pernah ke kau pelik kenapa keputusan SPM ni makin elok tapi perangai budak2 makin macam haram? Kenapa benda tu terjadi?

Aku ada terbaca status seorang budak lepas SPM yang pelik dia dapat 2A tapi boleh masuk U padahal ada kawan dia 10A dia tak dapat, sebab dia Cina.Pada aku, itulah dia punca sebenar kelemahan orang Melayu. Aku paham kenapa benda2 tu berlaku tapi adakah ada kemungkinan, Melayu ni majoriti dia perangai sakai sebab itu bala Allah dekat kita? Maksud aku, kita sendiri tidak berlaku adil kat sini. Yang layak dipinggirkan dan yang tak berapa nak layak pulak dibawak naik?

Tak boleh ke kita simplifykan benda ni, kalau seseorang itu tak layak, dia tak layak. Jika dia layak, berikan dia kemudahan. Tak kiralah dia Melayu, Cina atau India?

Ayat2 yang selalu disebut ultra Melayu adalah "Kalau buat camtu tak adalah budak Melayu dalam universiti...habis la lingkup budak2 Melayu.Kita kena la tolong budak2 Melayu, kalau kita tak tolong, siapa lagi nak tolong?" See? Rakyat sama rakyat tapi treatment lain-lain. Cuba tunjukkan aku mana dia ayat Quran yang bolehkan kita deny hak orang agama lain jika dia betul2 berhak ke atas sesuatu benda yang dia dah earn?

Kita ditolong untuk beli rumah, masuk ipt, masuk sekolah, scholarship JPA, MARA, buat loan itu ini, tapi yang business melingkup tu still orang Melayu. Yang ambik dadah still Melayu. Yang merempit still Melayu. Nak tengok budak2 UPM merempit gi depan Mines. Tiap2 malam akan ada....pelajar U tu. Golongan bijak pandai, kata orang2 tua.

Aku simpulkan untuk hari ni, Tuhan cipta semua manusia sama. Mungkin orang lain ada kelebihan dia tapi dah pasti kau pun ada kelebihan kau. Walaubagaimanapun, bila kuasa diguna untuk membantu sesebuah bangsa dengan menarik hak sesebuah kaum lain, itu bukan konsep keadilan dalam agama ni. Kita Islam tetapi kita tak fair. Kita nak perjuang bangsa kita, tapi kita tekan orang bangsa lain.

Bukak mata besar2, mereka jugak yang makin berjaya. Kau tak pelik ke?

Adakah mungkin Melayu tidak ramai yang sukses walaupun dengan pelbagai jenis bantuan yang ada, tidak maju-maju, bukan sebab orang Melayu malas, suka rilek-rilek atau suka kerja mudah (seperti yang digembar-gemburkan) tapi sebab pelabagai bantuan yang diberikan untuk orang Melayu itu sebenarnya bantuan yang tak diberkati sebab, ramai yang terima tapi dia tak layak?

Adakah keistimewaan orang Melayu itu menepati syarak? Kau boleh carik pelbagai hujah yang mengiyakan kesahihan bantuan ni tapi itu mulut orang lain. Berikan aku pandangan kau sendiri. Itu persoalan aku untuk anda yang fanatik BN hari ni.