November 28, 2011

Pemimpin Melayu dan Tengkorak Dalam Almari

Kita tau politik kat Malaysia ni memang apa-apa cara sekalipun, boleh. Buat lah tuduhan macam mana sekalipun, semuanya ok...atas dasar politik. Daripada semua tuduhan2 yang berlaku tu yang kita takkan tau pucuk pangkal dia sama ada benda tu benar atau tidak, orang tu jugak la yang akan diangkat jadi pemimpin.

Tak pernah ke anda terfikir; kalaulah SEMUA tuduhan politik yang kita boleh dengar hari2 sekarang ni itu..adalah benda betul. Benda yang benar-benar terjadi.

Najib dengan Rosmah memang pembunuh Altantuya. Anwar Ibrahim memang biseksual. Rais Yatim memang rogol orang Indonesia. Menteri Besar Terengganu memang kena tangkap khalwat. Wan Azizah tau Anwar gay tapi senyap sebab kepentingan politik. Nik Aziz sebenarnya berlakon alim sebab nak jawatan. PM kita pernah kena tangkap dengan artis dekat Port Dickson.

Bagaimana kalau semua benda tu betul?

Dan kita pulak akan take sides.. Hanya percayakan cerita mana yang kita sokong,yang kita suka. Kita ni, tak ubah seperti buah catur yang dikawal. Kerana tak ramai antara kita yang nak jadi pemimpin. Tak ramai yang berangan pun nak jadi PM. Mungkin masanya dah tiba untuk ajar anak2 kita jadi pemimpin. Bukan untuk jadi seorang politician yang berlakon hebat jadi seorang pemimpin.

Mungkin ada yang bertanyakan... "Habis tu, kalau macam tu nak sokong siapa?"

Sokonglah mereka yang takde skandal takde gosip liar.
Masalahnya,.....ada ke?

Kita terlalu ramai politician.. Tapi sangat kekurangan pemimpin. Apa yang kita mampu buat sekarang ni adalah pilihlah pemimpin yang paling kurang memburukkan orang lain. Kita takde choice lain. Itu cara kita sekarang.

Agama tak suka cara politik kita...
Tapi kita kena suka sebab itu cara Malaysia.

Berapa orang pemimpin kita...berpolitik ikut cara agama? Bilanglah dengan jari dan tangan anda. Insya Allah cukup jari anda. Sebab tu masyarakat kita suka tengok orang lain jatuh. Sedar tak sedar, pemimpin yang kita pilih adalah wajah kepada masyarakat yang mereka pimpin.


9 ulasan:

Poli berkata...

Berpolitik ikut agama dicantas awal2. Nuff said.

iamBIG berkata...

(xda kaitan ngan entry, sekadar nk kongsi)Td aku bukak fesbok aku, kazen aku umo 20 thn belajar kat UIA post kt wall dia "pecah umno berpecahlah melayu" gelak besar aku...klu lah dia bkn kazen aku mau aku komen...sampai macm 2 sekali dia pk, kesian la dia...kesian kan...huhu~~~ makcik dia (bkn makcik aku) komen kt bwh "Yes u r correct girl!!!!! Hidup umno!!!! Hidup melayu!!!!!! Go go aby!!!" kahkahkahkah...

yui berkata...

komen iamBIG mmg lawak gila

. berkata...

we are thinking too much about politics, about other people's fault, until we miss the important point.

what is the important point then?
-just refer to the Quran. (n_n)

Tanpa Nama berkata...

tanya mat monggol/mat sembab bolehkah depa boleh berlakon alim spt tgna dan duduk dlm rumah kayu tepi masjid sebab nak jawatan?? kalau boleh buat,saya akan skong dia.

RABUN berkata...

ini polimek akhir zaman...

kita dah sampai kepada zaman dimana pemimpin yang ada semuanya jahil dan bukan ahlinya..

jap mungkin ada... tapi tak dipilih dan tak terpilih kerana yang berkuasa tu pon org yg jahil jugak, masakan geng geng jahil nak pilih orang yang layak pulak, mamposlah survival politik dorang nanti.

ini dah mcm suratan takdir sehinggalah the chosen one muncul.

sementara itu apa yang kita boleh buat pada mereka yang beriman teguhkan iman dan akidah amik jalan iktiar yang lebih dekat dengan islam, besok Allah tanya sekurang kurangnya ada benda yang nak dijawab...kalau dipihak sana macam mana nak menjawab didepan Allah..." nak buat cam ner masyarakat majmuk..." selamat keneraka la jawabnyer...


apa yang terjadi didunia arab sekarang adalah contoh paling baik, apa kita fikir semuanya kebetulan? apa yang dijadikan Allah tak ada yang kebetulan... Semuanya adalah mengikut apa yang diatur oleh Nya

Apa org fikir yg terjadi di afghanistan, iraq, mesir, libya sesuatu kebetulan.....dan apakah sekarang negara negara ini meniti satu pasca politik yang lebih baik.. sampai sekarang mereka bertelagah tentang pemimpin...Dan Pasti mereka tidak akan ketemui pemimpin yang layak lagi memimpin mereka

Rasanya dunia semakin membosankan .... itu baru bercerita tentang siasah pemimpin dan hak hak keadilan belum lagi bercerita tentang ekonomi lagi

dulu aku berfikir, tiap tanda kiamat semuanya sudah keluar...tinggal lagi satu iaitu org miskin menjadi kaya raya sahaja belum muncul....

dalam hati aku berfikir yang kaya tetap kapitalis, yang miskin tetap miskin kedana jugak...bagaimana orang miskin yang tidak kapitalis mahu jadi kaya raya...kalau ada jutawan felda sekalipon kena tipu dengan kapitalis dulu...

jadi aku buat andaian (pendapat peribadi) tanda ni pon dah keluar iaitu yang kaya raya itu adalah siMISKIN AKIDAH, siMISKIN AKHLAK, siMISKIN INTELEKTUAL dan MISKIN MORAL...dan kita siMISKIN BODOH yang mengKAYA kan mereka ini semua secara kita tidak sedar....
.

Unknown berkata...

sbb tu saya sokong ismail kamus.. ada ciri2 pemimpin

Sang Merah berkata...

a good thought on dat ;)

Tanpa Nama berkata...

Yes! Someone's realize there is a loophole here..