Memaparkan catatan dengan label Kenapa Aku Sokong Pertukaran Kerajaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenapa Aku Sokong Pertukaran Kerajaan. Papar semua catatan

Jun 23, 2015

Daripada Kau Hantar Anak Kau Ke Kursus Biro Tatanegara, Baik Kau Hantar Dia Pergi Duduk Dengan Harimau

Minggu lepas, media sosial agak kecoh mengenai tersebarnya satu slaid dari terbitan Biro Tata Negara yang mengecam secara melulu pergerakan bebas karya sastera dan seni, yang banyak didokong oleh golongan muda Malaysia.

Jika kau belum baca slaid tersebut, kau harus tahu, di dalamnya penuh dengan "fakta-fakta" yang telah "dikaji" dan "disahkan" tepat dan tidak boleh disangkal lagi. Sama kuat macam buku teks Sejarah sekolah.

Aku tak rasa aku sebahagian dari pengkarya indie ni sebab selama ni, aku tak pernah sertai mana-mana organisasi bebas yang ada ni. Cuma semenjak aku menulis Dubook Press ni, sedikit sebanyak aku ada lah terpalit juga dengan pergerakan kesusasteraan bebas Malaysia ni, sehinggakan ramai juga yang nasihat aku agar menjauhkan diri dari Faisal Tehrani.

Ada lah beberapa individu dalam pergerakan indie ni yang aku memang tak berapa gemar cara perjuangannya tapi itu kemudian hari punya cerita. Ya, memang betul ada individu yang pegangannya sedikit pelik, mengajak orang buat benda salah, ada juga manusia yang angkuh dan rasa diri dia rock star mengalahkan Kurt Cobain. Semua itu kau boleh jumpa jika kau sertai mereka ni tapi majoritinya hanyalah manusia-manusia kelompok tua dan muda yang hanya nak berkarya atau buat wang.

Agak mudah untuk diklasifikasikan mereka ini sebagai berhaluan kiri atau pihak pembangkang atau golongan macai Anwar Ibrahim tapi bukankah memang begitu budaya dunia dari dulu? Sang korporat memerintah manakala sang penyair, sang sasterawan membantah, bukan memang begitu ke?

Mari kita fokus pada BTN itu sendiri.

Aku benci pada BTN dan apa yang mereka anjurkan. Usaha mereka memang mahu cipta masyarakat yang bodoh. Jika kau tanya sama pihak BTN sastera dan seni macam mana "rakyat contoh" perlu suka, jawapan mereka mungkin ;

a. Rancangan realiti TV
b. Rancangan pertandingan lawak Melayu
c.  Drama Cinta Islamik waktu Maghrib
d. Novel busuk fantasi cinta perempuan Melayu

Sebab itu orang yang BTN ni nakkan.
Aku cukup benci BTN.  Kau nampak tak kebencian aku macam mana? Kau nak tau kenapa?

Aku budak sekolah elit. Sekolah aku sekolah premier (istilah zaman sekarang.) Aku budak pandai. Aku diberitahu aku orang pandai dan aku akan jadi orang besar dalam Malaysia. Aku diarahkan ke BTN waktu aku berumur 16 tahun. Cikgu aku kata aku ada potensi jadi problematic student dari segi disiplin.

Aku pergi ke BTN sebagai orang pandai dan aku balik dari BTN sebagai orang bodoh. Seperti yang aku pernah ceritakan dulu, kami ditipu masak-masak sampaikan dah tak mampu berfikir sendiri.  Kami diberitahu yang Lebuhraya PLUS sebenarnya adalah markas tentera yang boleh dibuka laluannya untuk membolehkan askar mempertahankan negara jika negara diserang. Macam Autobot City dalam filem Transformers The Movie.

Aku ulang lagi sekali.....

Kami diberitahu bawah lebuhraya PLUS yang aku lalu kerap kali, ADA MARKAS TENTERA MALAYSIA YANG TERSEMBUNYI. JALAN TERSEBUT BOLEH DILIPAT ATAU DIBUKA JIKA MUSUH MENYERANG MALAYSIA.

Semua ini top secret Kerajaan.
Hanya mereka yang hadir BTN diberitahu rahsia sulit ini.

Berapa lama aku percaya benda tu? Lama jugak. Berapa kali aku bergaduh dengan mak aku dulu mempertahankan dasar kerajaan? Ratus kali. Berapa mulut dan minda yang kagum dengan ayat penceramah waktu tu? Beratus jugak la sebab aku dengar ramai yang respon dengan teruja.

Satu hari dulu aku macai.
Sebab BTN.

Aku, budak sekolah elit tak mampu nak paham betapa bullshitnya ayat penceramah BTN tersebut dan aku rasa majoriti kami dari 4 buah sekolah memang percaya betul benda tu. Jadi, jika diberi pilihan sama ada nak bersama BTN atau bersama pengkarya indie yang berhaluan kiri, kurang ajar, tak senonoh, cakap main lepas, mulut tak ada filter, kau nak bersama dengan siapa?

Dah lah buat slaid pun buruk.

Mungkin sebab slaid tu dibuat menggunakan super computer yang disambungkan ke network 50GB superspeed broadband dan dianalisa menggunakan satelit. Semuanya dikawal oleh think tank negara yang kini bekerja bawah Lebuhraya PLUS?

Wallahuallam.
Dalam BTN, apa saja mungkin.

Gambar hiasan - lokasi di mana aku ditipu oleh pihak BTN
 

Jun 17, 2014

Ada DNA Panda Dalam Rokok Seludup


Kita selalu bergaduh pasal agama lain yang nak mengembangkan ajaran dia. Tapi benda pasal fatwa merokok pun sampai sekarang "cendekiawan-cendekiawan Islam" Malaysia ni duk bertelagah, tak tau nak haramkan atau makruhkan aje.

Come on la. Aku bukan nak tuduh...tapi....mungkinkah fatwa2 kat Malaysia ni, kadang2 tergantung dia punya keputusan, atas dasar kepentingan pembuat fatwa tu sendiri?  Ye lah. Perokok tegar dah 50 tahun, tiba2 dia kena bermesyuarat dan bermuzakarah tentang nak jatuhkan "haram" dekat tabiat buruk dia yang dah 50 tahun dia buat.

Tak ke berlaku conflict of interest?

Akhirnya fatwa diwartakan berdasarkan kepentingan dan pandangan peribadi. Ini pandangan aku aje la. Dari dulu sampai sekarang benda ni tak setel lagi kan? Tahun lepas Kerajaan janji nak clear out pasal benda ni, tapi aku tak perasan pulak resultnya dah keluar atau tidak.

Tapi bab DNA babi Cadbury.Laju! Nak kena tunggu ada babi baring atas mesin pengering tembakau kot untuk bantu Majlis Fatwa dan JAKIM buat keputusan yang sebulat suara. Fatwa pengharaman rokok ada. Tapi penguatkuasaannya, tidak ada. Sebab apa? Entahlah. Mungkin sebab ada orang VIP yang merokok, jadi kena jaga kepentingan mereka?

Itu, pandangan aku aje la.

Kalau dah diseragamkan satu Malaysia yang merokok tu haram untuk orang Islam, apa pulak kita nak kata kan, kalau kita nampak pemimpin yang berbuih mulut sebut pasal agama, tapi buat benda haram?

Fatwa dah jelas kata haram, tapi kenapa tak berfungsi fatwa tu? Mungkin..penguatkuasaannya tak ada. Padahal, lagi mudah kau tutup penjualan rokok berbanding kau pegi tangkap pasangan berkhalwat dalam semak.

Nak senang, kita lihat jiran kita. Negaranya jual rokok maha mahal dan lebih susah didapati. Boleh merokok hanya tempat tertentu. Siapa buang puntung, boleh didenda. Kita? Rokok mahal. Sangat mudah didapati. Boleh merokok di mana2 sahaja yang kita suka, even hospital pun ada menyediakan tempat khas "unofficial" untuk staff melepak layan rokok. Siapa buang puntung dan habuk rokok bersih2? Boleh kira dengan jari.

Dua-dua negara ada fatwa mengharamkan rokok. Tapi kenapa hanya negara yang diperintah lelaki Cina yang berjaya mengaharamkan perkara yang difatwakan haram tu secara berkesan?

Sehinggakan, kadang2, kalau kau cerita pasal rokok haram dekat orang Melayu...apa yang dia bayangkan, bukannya mengenai fatwa "rokok itu haram"...tapi pasal rokok seludup.

Fikirkan.

Mei 02, 2014

Kerajaan Akan Perkenalkan Dasar Hujung Minggu Pejabat Mesti Tutup Bila Matahari Terbit Dari Barat

Membaca surat khabar hari ini, ada dinyatakan kerajaan akan mengambil langkah menggubal dan menambah baik akta dan undang2 berkaitan hak pekerja.

Oleh kerana kita tahu kerajaan kita adalah sebuah kerajaan yang bekerja cara "at the moment", jadi lebih selamat kalau aku assume ini semua hanyalah hot air propaganda kerajaan. Nak tau beberapa contoh lain? Tunggu hari guru nanti dan tengok berapa banyak janji2 kerajaan akan tabur kepada guru-guru untuk sedapkan hati guru-guru. Perlu diingatkan, ini semua aku reka sendiri dan aku tak rujuk mana2 buku pun jadi tak perlu kau bukak buku dan carik frasa "management using the system of at the moment concept."

Dalam bidang pengurusan pun sama. Banyak majikan dan pengurus yang lebih mengutamakan at the moment concept ni. Kalau kau nak kenal orang2 camni dalam hirarki pejabat kau, dia ni adalah orang yang ada pangkat yang akan buat apa saja keputusan yang sesuai untuk pada masa itu, tanpa memikirkan masa depan nanti. Dia plan untuk hari ni dan petang tu.

Banyak manager2 yang aku dah lalui yang lebih mengamalkan konsep ni dalam mentadbir sebab, aku tak tau lah kenapa, orang2 yang dilantik akan lebih mementingkan periuk nasik sendiri dan kedudukan sendiri terlebih dahulu. Tidak ramai orang yang nak buat sesuatu untuk long term gain, semuanya kejar short term gain.

Ramai yang takut mati dulu kot sebelum rasa benefit?
Entah lah.

Di Malaysia, benda yang paling merencatkan development negara kita sebenarnya adalah cara kita bekerja, Kita bekerja menggunakan Chinaman System. It's all about now and it's all about me. Kalau kau tak percaya benda tu kau cuba kerja dalam 4-5 tahun, kemudian kau tengok balik dah kat mana kau sekarang. Apa perubahan yang berlaku pada kau? Adakah kau dah improve? Improve tu bukan bermaksud dari segi gaji tapi dari segi human capabilities.

Kita, kerja untuk capital. Kebanyakan kita bekerja, target kita adalah gaji. Gaji, gaji, gaji, gaji. Skill development kita terencat. Tapi kita tau benda ni. Kita sedar. Kita bukan bodoh benar sampai tak sedar benda tu. Cuma, kita tak tau macam mana nak kembangkan lagi diri kita. Sebab kebanyakan antara kita, ditekan oleh the Chinaman System.

Pagi petang siang malam untuk kerja. Hari Rabu, wife aku pegi talk guru-guru, penceramah kata guru-guru sepatutnya pentingkan kepentingan tugas guru dulu sebelum kepentingan peribadi. Bullshit gila kau nak apply The Chinaman System kepada sistem pendidikan kita.

Bagaimana nak mengenal pasti sama ada kau adalah sebahagian daripada sistem Chinaman ini? Hidup kau untuk kerja, sehinggakan pada bila-bila masa pun jika kau diarahkan bertugas, kau akur, tanpa ada apa2 imbuhan tambahan. Paling senang, kau takut dengan  majikan kau jika kau tak dapat bekerja pada waktu yang kau tak sepatutnya bekerja.

Itu, adalah masalah mental yang dibawa oleh The Chinaman System.

Dari dulu, aku dah kata, masalah paling besar mengenai kualiti hidup di Malaysia adalah bila kerajaan membenarkan syarikat2 meletakkan frasa "Syarikat boleh meminta anda bekerja pada mana2 waktu yang diperlukan tanpa syarikat perlu membayar apa2 imbuhan melainkan atas budi bicara syarikat."

Ramai yang tak setuju dengan frasa tu tapi sebab nak kerja, ramai yang sign. Cek kontrak kau! Mesti ada.

Bila kerajaan dah benarkan syarikat2 ni letakkan syarat2 macam tu dalam kontrak, yang mangsanya nanti, adalah pekerja. Tengok lah betapa berat sebelahnya bargaining power pekerja dengan majikan, ramai pekerja yang kena tindas, takut nak mengadu sebab takut kehilangan kerja.

Dan di sinilah failure terbesar kerajaan Malaysia sekarang ni. Jika kita nak menuju menjadi negara maju, ada beberapa benda yang perlu diubah dan perlu diperkenalkan.

1. Pengenalan dasar tutup pejabat selepas 6 petang compulsory
2. Pengenalan dasar triple pay jika perlu bekerja overtime meliputi SEMUA LEVEL
3. Pengenalan dasar hari minggu adalah hari untuk keluarga atau skill enhancing time COMPULSORY
4. Pengenalan dasar severance package untuk semua khasnya pekerja swasta
5. Pengenalan dasar gaji minimum mengikut jam
6. Perubahan kepada akta untuk menghalang syarikat mengenakan syarat2 yang tidak munasabah dalam kontrak pekerja dan majikan

Nak jadi negara maju...kita kena let go The Chinaman System ni. Tapi yang menghairankan aku bila aku selalu menghadapi situasi camni;

"Seorang pekerja punyalah berapi nak mengubah apa saja yang dia rasakan tak betul dalam sistem management pejabat dia dengan bermacam idea dan dia juga sedar pelbagai improvement yang boleh dilaksanakan. Tapi bila dia telahpun dipromote ke atas, dia akhirnya jadi macam orang2 yang dia duk kutuk selama ni dan jadi tukang angguk dan tukang geleng."

Pelik bang. Apasal la benda tu terjadi kat majoriti orang2 yang dapat pegang kuasa? Takut? Dah kena pegang telur? Tau yang meredah lautan api akan membuat kulit terbakar? Tak ramai yang berani nak redah lautan api kot?

Itulah dia mangsa2 The Chinaman System, satu sistem yang sangat efektif untuk memastikan yang pekerja, terus patuh bekerja. 

Januari 22, 2014

Menteri-Menteri Sendiri Terpaksa Cari Duit Lebih Dengan Menjadi Duta Produk

1. Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini mendakwa isu kenaikan tambang bas sekolah juga berpunca daripada kesanggupan ibu bapa membayar kadar baharu tersebut.

2. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) itu berkata, tidak timbul isu kedegilan pengendali bas sekolah yang tetap ingin menaikkan kadar tambang sebanyak 40%, kerana akhirnya ibu bapa terpaksa akur apabila tiada alternatif lain untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Beliau berkata, Spad membuka talian bebas tol untuk ibu bapa membuat laporan, agar tindakan dapat diambil.

3. "Kadar kenaikan ini tidak akan berlaku kalau tidak kerana ibu bapa yang sanggup membayar, dan selama ini pun yang kedengaran hanya rungutan namun tidak ada tampil membuat laporan," katanya dalam satu sidang media selepas melancarkan program kempen kesedaran dan pematuhan Spad ICOP di Stesyen Bandar Tasik Selatan.

4. Sebelum ini Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) tetap akan menaikkan surcaj tambang bas sekolah bermula Januari ini sebanyak 40%, walaupun Spad masih tidak membuat keputusan tentang tambang baru bas sekolah.

5. Presiden PPBSM Amali Munif Rahmat berkata, kenaikan itu merupakan satu keperluan setelah kerajaan mengumumkan kenaikan harga diesel sebanyak 20 sen pada September. Oleh kerana tiada ibu bapa yang tampil membuat laporan, beliau berkata Spad tidak dapat mengambil tindakan terhadap pemilik bas sekolah yang menaikkan kadar tambang.

6. Katanya, keadaan pasti bertambah sukar bagi ibu bapa sekiranya Spad bertindak menggantung lesen bas sekolah.

7. Kalau kita ambil tindakan batalkan lesen pengusaha bas sekolah jadi bagaimana budak hendak pergi sekolah? " soalnya.

8. Salah satu cadangan yang mungkin dikemukakan adalah penggunaan iklan bergerak sebagai pendapatan lebih bagi pengusaha bas, supaya mereka tidak menaikkan tambang bas sekolah, katanya.

..............

Ucapan itu aku ambil dan aku pecahkan satu2 mengikut turutan supaya kau nampak bagaimana bercelarunya pemikiran Pengerusi SPAD kita ni.

a. SPAD suruh orang buat aduan
b. SPAD sendiri mengaku "rasa bersalah" nak buat apa tindakan
c. Kalau SPAD ambik tindakan menggantung lesen pengusaha.....
d. SPAD boleh tanya balik "macam mana anak2 kau nanti nak pegi sekolah?"

Apa kejadahnya kau berhujah dengan diri sendiri wahai Menteri? Kau nak mak bapak buat aduan atau tidak? Kalau mak bapak buat aduan kau nak ambik tindakan atau tidak? Apa ini wahai Menteri ku? Aku cukup tak memahami apa yang cuba disampaikan ni. Kau suruh orang buat aduan dekat SPAD pasal pemandu bas yang menaikkan harga, suruh call hotline.

Tolong sediakan hotline rakyat nak buat laporan pasal Kerajaan....apa kerajaan nak buat? Dah tau minoriti aje penyokong dia, takde nampak pun titik2 perubahan?

Sebagai kerajaan cubalah kira sendiri...kita cuba ambik pengusaha bas kecil-kecilan yang hanya ada satu bas dan driver dia pun, tauke dia. Satu bas boleh muat berapa orang. 30? 40? Minyak total satu hari berapa? Kalau satu bas bawak 30 orang dan tiap2 orang dikenakan caj RM60, satu bulan bas tu hanya mampu collect RM1800. Sekolah dua sesi dapatlah RM3600.

Berapa kos minyak? Tak tolak lagi. Berapa kos tenaga pemandu? Tak tolak lagi. Berapa kos pembantu driver? Mana tolak lagi. Maintenance? Kalau ada budak berak dalam bas? Road tax? PUSPAKOM inspection? Berapa belanja masa?

Akhirnya apa yang pengusaha bas akan buat adalah sumbat bas tu sehabis boleh, sehinggakan macam sardin budak2 dalam tu. Kau boleh tengok la macam mana situasi ni berlaku di mana2. Budak2 sampai terkeluar kepala dari tingkap sebab van disumbat selagi mampu...

....................

Jadi aku usulkan hujah membalas pandangan orang kuat kita ni.

1. Pengusaha bas sumbat budak2 dalam bas macam sardin.

2. Itu berlaku kerana untuk sustain perniagaan, itu perlu dilakukan untuk tampung kos perbelanjaan yang tinggi.

3. Terjadinya eksiden, ada budak meninggal.

4. Kerajaan dan masyarakat mula blame pengusaha bas sekolah.

5. Pengusaha bas sekolah tanya balik "aku kena buat camtu sebab kalau tak sumbat budak, bisnes aku tak jalan. Bila bisnes aku tak jalan, siapa nak hantar anak2 kau gi sekolah? Apasal kau tak hantar sendiri? Kenapa tak bagi aje budak2 sekolah naik pengangkutan awam?"

6. Kau sebagai wakil Kerajaan, kau nak jawab apa? Takkanlah semua benda kau nak jadikan iklan? Tak cukup lagi ke iklan dalam hidup kita?

7. Adakah pengeluar2 kangkung dan teh tarik sebenarnya telah membayar kerajaan supaya mempromosikan produk diorang dan pihak Menteri ni sebenarnya telah dilantik menjadi Duta Rasmi produk tempatan?

8. Apa kata ucapan Tahun Baru Cina PM Najib kita nanti dimulakan dengan "perutusan Tahun Baru Cina PM Malaysia ini ditaja oleh..."

9. Ada beberapa yang pada aku better untuk sekat kenaikan ni sebab memang betul nak tak nak mak bapak akan terpaksa bayar jugak, tapi kalau menteri yang sebut, macam haram jadah rasanya kan?

10. Cadangan : Wujudkan tender supaya pihak sekolah buat MOU dengan pengusaha bas. Libatkan sekali pihak sekolah dalam hal bas sekolah ni. Pengusaha akan ada customer tetap dan sekolah boleh pantau kualiti bas sekolah yang ada.

11. Cadangan : Jika Persatuan Pengusaha bas masih berdegil, Kerajaan melalui SPAD sendiri membuat satu syarikat bas sekolah ala2 LLN dan Pos Malaysia zaman dulu kala dan driver2 yang ada dilantik sendiri melalui penjawat awam dan kerja penyelenggaraan ditanggung oleh SPAD melalui wang cukai. Maksud aku jadikan perkhidmatan bas sekolah sebagai satu bentuk perkhidmatan ala2 macam MyEG sekarang ini. Boleh refer macam mana Kerajaan British publickan public transport diorang. Bolot? Kroni? Monopoli? Jika kerajaan mampu membuat sistem yang dapat dikawal mereka, apa salahnya? Orang bayar cukai pun rasa puas hati sebab nampak apa yang kerajaan buat. Ini balik2 penswastaan...lepas tu kerajaan kena tolong support bisnes sebab tak mampu nak sustain..

12. Cadangan : Pengusaha bas sekolah diberikan rebate atau voucher untuk penyelenggaraan kenderaan. Ini sangat membantu dalam memastikan mutu bas terpelihara.

13. Cadangan : Skim baucar tayar 1Malaysia perlu diperluaskan kepada syarikat bas sekolah juga.

14. Cadangan : Kita kasi turun kerajaan sebab nampak jelas kerajaan sekarang dah takde grip langsung pasal ekonomi sebab kerajaan sekarang tak ada jalan langsung nak control cost of living. Alih2 bagi contoh kangkung, gula dalam teh tarik dan hari ni, iklan dekat bas.

15. Teruk benar mismanagement ekonomi kita ni sampaikan bas sekolah pun dah dicadangkan supaya jadi papan iklan, kan? Simbol childhood kita pun dah nak dikomersialkan.

16. Tu kereta Proton Perdana baru tu, apa kata kita kasi taruk iklan macam teksi. Menteri nak naik?

Disember 17, 2013

Apa Akan Jadi Kalau Kita Semua Bayar Tol Guna Wang RM100?

Untuk orang2 macam aku, yang pegi perhimpunan Bersih dan kena kejar dengan polis, kena tembak dengan tear gas, sebelum kitorang berhimpun, aku rasa semua yang kat situ tau benda tu illegal. Aku tau perhimpunan Bersih tu salah, tapi aku kena join. Sebab seronok sebenarnya berhimpun ramai2 ni. Kalau kau tak pernah pegi, kau kena try. Kalau kau nak rasa Malaysia yang sebenarnya macam mana punya harmoni, kau kena join perhimpunan2 macam ni. Benda paling seronok sekali...the feelings of solidarity. Tiap2 orang kat situ kau tau, dia tak suka Barisan Nasional dan ada la sekerat dua macai berlagak spy.

Walau bagaimanapun, aku paham ramai orang yang takut nak pegi Perhimpunan macam ni sebab dalam undang2 dah diwartakan, benda tu lawan undang2 (yang diragui kesalahan dia sebenarnya) dan ramai jugak yang takut kena tindakan disiplin yang macam2 boleh dikenakan.

Tapi dengar sini, pemimpin zaman sekarang ni, kau kena paham mentaliti diorang. Selagi diorang boleh perah, diorang akan perah...selagi boleh tekan, diorang akan tekan. Islam ni agama aje, cara kerja ikut British. Sebab itu hari2 kita boleh dengar statement bodoh yang dikeluarkan oleh so called pemimpin yang membuatkan diorang rasa kita ni IQ level chimpanzee aje rasanya..Semalam, sorang keluar statement, tak suka bayar tol.....guna jalan lain. Kebetulan pulak apa aku tulis semalam ada kaitan dengan benda tu.

Kau nak ikut jalan lain?

Persoalan aku kepada kerajaan, kenapa jalan lain yang disediakan oleh kerajaan seolah2 direka hanya untuk orang give up dan lalu aje tol? Jalan lain tu macam marketing kepada lebuhraya. Lubang merata. Dah la kena lalu taman perumahan. Bersimpang siur. Pusing situ, pusing sini.....dulu, ada lebuhraya dari KL melalui Cheras, lalu Kajang, masuk Bangi dan kau boleh sampai Seremban dari situ. Semua tu free dan jalan dia walaupun tak mewah tapi cukup dan jalan dia lurus aje.

Sekarang ni, berapa tol perlu lalu? Dulu 3. Sekarang ni 2 lepas Najib bagi hadiah "pemansuhan tol." Diorang tengah dalam perancangan kemungkinan nak tambah lagi satu highway baru dan last sekali aku cek, penduduk kat situ tengah membantah habis2 an projek tu. Diorang nanti takleh lari mana sebab jalan tu direka supaya jalan bertol adalah satu2 nya exit yang convenient untuk diorang...padahal selama ni, ok aje diorang lalu hari2 secara percuma.

Itu adalah sebab kenapa orang macam aku marah benar dengan Kerajaan...

Macam ni lah, aku tau kau marah dengan benda2 camni. Marah dengan treatment bodoh kerajaan ke atas kita. Perjanjian lebuhraaya adalah bukti kegagalan kerajaan kita ni. Orang Cheras sendiri pun tau macam mana strugglenya penduduk situ lawan tol. Daripada kes penduduk ramai2 pegi pecahkan tol yang dibina dalam tahun 90an sehingga kes penduduk Mahkota Cheras kena belasah samseng sebab syarikat lebuhraya nak paksa orang bayar tol dengan tutup jalan2 yang sedia ada.

Mana2 kau boleh nampak kisah sama ; Jalan tu dah wujud selama ni, jalan elok tapi mungkin sesak sikit. Kemudian kononnya nak meleraikan trafik, kerajaan benarkan pembinaan highway dan kutipan tol. Akibat daripada pembinaan highway ni, jalan tu pun diubah alirannya supaya jalan lama ni dah jadi susah nak lalu dan jalan bertol ni adalah yang paling convenient. Nak cepat nak mudah, guna tol. Jalan yang lama ni pun ditutup beberapa simpangnya dan membuatkan jalan alternatif ni jadi satu perjalanan yang memakan masa lebih lama....pusing sini pusing situ masuk sini masuk situ lalu rumah orang lalu taman.

Kemudian announce perjanjian kutipan tol akan diteruskan sehingga berpuluh2 tahun. Come on la.
Ini ke kerajaan yang bagus yang mesra rakyat?

....................


Dari dulu lagi aku hanya nampak satu jalan macam mana kita nak lawan tol2 yang makin lama makin laju dan banyak tumbuh dekat Malaysia berbanding perumahan murah untuk orang ramai. Tapi, cara yang aku cadangkan, memerlukan pengorbanan sikit daripada pihak kau semua. Bagaimanapun, kalau kita semua buat benda ni serentak....benda ni pasti akan tutup semua benda yang kau mungkin terpaksa jawab kemudian hari.

Kita pilih beberapa hari, takyah berterusan pun tak apa dalam sebulan. Kita jadikan hari tu hari bayar tol guna duit paling besar kau ada. Organizer tolong pastikan benda ni random dan surprise. Kau ada RM100? Bayar tol RM1 pakai RM100. Kau ada duit RM50? Bayar tol 90 sen pakai RM50.

Jadi, di sinilah pentingnya kerjasama kita semua. Penjaga tol perlu sedar, kami bukannya nak menyusahkan kerja tuan2 dan puan2 sekalian. Kami just nak tengok, apa jadi kalau plaza tol dah tak ada lagi duit tukar nak pulangkan wang baki dekat pemandu.

Apa akan jadi?

Kau pernah fikir tak apa jadi? Apa jadi kalau plaza tol kehabisan duit tukar nak dibagi dekat pemandu?Kau takkan boleh disuruh patah balik bro....

....................

Beberapa masalah mungkin timbul contohnya, kau akan terlambat sampai ke kerja tapi, kalau kita semua buat benda ni serentak, management office akan terpaksa terima hakikat yang traffic sangat slow sebab plaza tol nak kena carik duit nak pulangkan baki wang, sebab diorang pun akan sangkut sekali kecuali dia datang ofis naik helikopter. Kalau semua dalam ofis guna alasan yang sama sampai lambat, apa lagi management kau nak buat? Even kalau kau upper management pun aku harap kau join sekali.  Yang penting, pekerja plaza tol jangan emo dan kita semua pemandu pun jangan emo dengan diorang.

Apa yang seronoknya di sini  adalah, kalau kita semua dah tetapkan date dan time kita nak buat benda ni, tengah beratur panjang2 ramai2 ni, sementara syarikat tol menggelabah cari duit baki, kita turun kereta, buat pesta makan2. Hahaha.

Kau cuba bayangkan, berapa ringgit diorang kena prepare kalau tiap2 orang bayar pakai duit RM50 minima? Kita sangat ramai bang. Yang terbaik sebenarnya, syarikat tol tak boleh nak salahkan kita apa2 sebab kita masih lagi membayar tol dan tidak ada apa2 undang2 yang dilanggar, malahan, kalau diorang tak return balik duit kita, diorang yang langgar undang2. Apa yang kita buat adalah legal dan dia tak boleh tolak duit yang kita bagi tak kiralah berapa besar pun.

Adakah kita akan menyusahkan gadis penjaga tol? Bukan tanggungjawab dia sediakan duit tukar dekat pemandu, dia tukang kira dan beri aje....lama sangat tunggu, ajak ajelah dia borak2 dengan kita. Kalau kau selalu lalu LEKAS, kat situ ramai gadis hot kerja plaza tol.

Cuma, risiko dia kat sini adalah kalau benda ni berterusan, apa yang syarikat2 lebuhraya dan kerajaan boleh buat adalah diorang tutup semua lorong tol tunai dan gantikan dengan Smart Tag dan Touch n Go sahaja. Jika terjadi sedemikian rupa, pada waktu itu, kalau kau belum sedar, itu adalah tanda paling jelas kenapa kerajaan perlu ditukar dan Barisan Nasional perlu dijatuhkan. Kalau diorang punya deluded tahap maksima, aku rasa undang2 menghalang rakyat biasa guna lebuhraya pun boleh diperkenalkan...ini Malaysia, the land of endless possibilities.

Kalau kau takut nak join Bersih tapi dalam hati kau ada rasa nak menunjukkan perasaan tak puas hati kau kepada kerajaan secara terbuka dan kau benci tol, ini adalah cara yang paling sesuai. Kita namakan Festival ini "Hari Malaysia Membantah Tol ."Siapa nak jadi organizer? Slogan yang kita akan pakai? Nanti2 ada la tu.

........................

Aku tak tau cara lain macam mana nak bantah tol secara aman. Kita boleh buat piket tapi benda tu takkan beri kesan besar kat diorang ni. Itu aje la cara yang dari dulu aku nampak dan punyalah lama aku nak tulis, tapi sebab semalam lepas ada suggestion macai suruh "kalau tak nak bayar tol, guna jalan biasa.." aku fikir dah tiba masanya kita kena carik jalan lain. Dia suruh kita guna jalan alternatif, dah sampai masanya kita ganti diorang dengan kerajaan alternatif.

Semua benda yang memerlukan perubahan, rakyat yang kena ubah. Ada menteri buat pengurangan elaun? Gaji? Imbuhan? Faedah? Balik2 yang kena ubah cara hidup, rakyat....dah la. Aku nak ubah kerajaan. Aku tak nak lagi dengar kerajaan suruh aku ubah apa2.

ps - ada juga ura-ura motorsikal pun nak dikenakan tol. Menarik tu potensi lepak2 tepi jalan ramai2 hisap rokok sambil tunggu duit baki tol.

November 15, 2013

Awkward Agama : Ada Sebab Kenapa Gadis Itu Perlu Dirogol dan Niat Kami Merogol Adalah Suci dan Murni

14 Nov 2013 – Pengarah filem "Laga" Ismail Yaacob menjelaskan bahawa adegan ranjang antara Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su itu ada sebab yang tersendiri dan tidak dilakukan saja-saja.

"Adegan itu bukan kita buat atas dasar ingin menjual aksi panas tetapi ia ada sebab tertentu yang memberi kesan terhadap jalan cerita."

Namun begitu, ujar pengarah itu, pada awalnya babak itu akan dipotong LPF, namun selepas diberikan penerangan ianya dikekalkan.

"Pada mulanya ia dipotong oleh pihak LPF, namun selepas kami buat satu surat laporan yang menyatakan sebab-sebab ia perlu dikekalkan, LPF membenarkan dengan syarat kami harus membuat beberapa suntingan semula," ujarnya seperti dipetik mStar.

Menurut Ismail yang sebelum ini pernah mengarahkan filem "Lenjan", dalam babak menunjukkan suami isteri sedang berurut dan melakukan aksi-aksi yang menjurus untuk melakukan hubungan intim itu sebenarnya mempunyai maksud tersirat tentang simbolik kasih sayang antara suami isteri.

"Saya tahu ia mungkin dikatakan adegan panas, namun ramai juga orang yang sudah berkahwin pun tidak tahu tentang beberapa teknik yang ingin saya paparkan. Ia juga simbolik tentang kasih sayang yang kuat antara suami dan isteri."

Filem yang dibarisi gabungan pelakon veteran dan baru seperti Syazwan Zulkifly, Datuk Rosyam Nor, Nasir Bilal, Eman Manan dan ramai lagi ini mengisahkan tentang masyarakat Pantai Timur yang masih mengamalkan cara hidup bermain judi dan laga ayam.

Filem "Laga" akan mula ditayangkan di pawagam pada 23 Januari depan.

...............

Ismail Yaacob = Islam
Wan Hanafi Su = Islam
Marsha Londoh = Kristian
Ketua Pengarah Lembaga Penapisan Filem = Surely Melayu. Islam la kan?
LPF bawah KDN. Menteri KDN = Islam

Kerajaan Malaysia, masyarakat macam mana yang kau nak bentuk ni? Kau bermatian pertahankan nama Allah dari penggunaan Kristian dan kau juga benarkan secara terbuka orang hina hukum Allah, dalam filem yang pasti tujuannya supaya masyarakat tonton ramai2, kan?

Kalau penganut tu sendiri tak dipertahankan, janganlah berangan nak pertahankan Tuhan ni. Allah tak perlu dipertahankan bro. Dia Tuhan. Yang perlu dipertahankan, adalah hukum Dia. Tapi pandangan kita sekarang lebih kepada kuantiti..."takpelah, biarlah dia perompak, perogol, pembuka spender dan pakar menarik skirt gadis asalkan dia Islam."

Mesti orang agama lain tengok orang Melayu ni BAPAK PUNYA HIPOKRIT sebab nama Allah mati2 an diorang pertahankan,  siap PM umum macam2 tapi bila part orang Melayu buat benda salah, takde pulak Najib campur tangan.

Sebelum kau kata orang agama lain teruk dan tak paham apa itu Islam, tolong paham, SEMUA AGAMA TIDAK MEMBENARKAN PENGANUT DIA BUAT BENDA TAK SENONOH! Bukan sekadar Islam. Ini tanggungjawab kerajaan. Mana pegi orang agama dalam KDN ni? Kenapa kita tak wujudkan guideline yang protect hukum agama dalam industri hiburan?

Kalau kau jawab "nanti macam mana pelakon nak berlakon? Memang la kena berasmara sebab dia lakonkan babak suami isteri!" aku nasihatkan, tune la kepala otak kau balik. Ini aku tujukan kepada Lembaga Penapisan Filem dan Kementerian Dalam Negeri.

Dulu filem fantasi kena banned, filem komunis kena banned, filem Zoolander kena banned, filem Schindler's List kena banned. Passion of The Christ kena. Kenapa filem2 Melayu yang ada adegan ranjang boleh lepas? Macam KL Gangster 2 punya scene rogol. Kau dah tengok? Kau tak rasa akan ada budak terpengaruh nak ikut?

Kadang2, jujur, aku rasa, kita adalah majoriti masyarakat Melayu yang Islam, tapi kita diperintah oleh orang2 bukan Islam, takpun yang dah keluar Islam tapi still claim diorang Islam sebab Melayu majoriti kat Malaysia. Macam Islam tu topeng aje la....

Kau tak pernah rasa camtu?
Aku sorang aje ke rasa camtu? Aku sorang aje ke rasa pelik bila mak-mak mengamuk isteri disaran layan suami macam pelacur tapi diorang tak mengamuk bila tengok maksiat dalam drama "Love You Mr.Arrogant" ?

November 04, 2013

Jika Kau Miskin, Sila Isi Borang Permohonan dan Datang Ke Pejabat Kami Untuk Temuduga Kelayakan Bantuan, Lengkap Berpakaian Kemeja dan Seluar Slack

Aku selalu merasakan, kerajaan menggunakan kadar pendapatan isi rumah sebagai tanda aras ekonomi sebagai sesuatu yang bullshit. Nak dapat BR1M? Kadar pendapatan isi rumah kena bawah RM3000. Nak dapat bantuan memulakan perniagaan? Kadar pendapatan isi rumah kena bawah RM1500. Kadar pendapatan isi rumah ni diperolehi menggunakan perkiraan "Gaji bapa + Gaji ibu + (gaji anak optionally) = Kadar Pendapatan Isi Rumah."

Jadi, kalaulah mak gaji RM1200, bapak RM1400...rumah tu bakal dapat BR1M RM650 untuk tanggung anak 3 orang. Masalahnya, kalaulah ada budak bujang umur 18 tahun ke atas gaji RM1500 duduk alamat sendiri, dia pun still layak dapat BR1M...

Padahal tanggungan dia tak sama.
Ni tak fair bai.

Sebagai sebuah negara yang kadang2 gunakan label "Malaysia Adalah Negara Islam", agak malulah kalau kita membelakangkan Islam dalam bab ekonomi. Ahaa! Macam mana pulak kita membelakangkan Islam dalam bab ekonomi ni?

Kadar Pendapatan Isi Rumah kita adalah gabungan pendapatan Ibu dan Ayah, padahal ikut agama, the only provider adalah ayah, sebab itu seorang ayah digelar sole provider dalam Islam! Kenapa pulak kita nak masukkan gaji mak sekali dalam tu padahal agama dah ajar, pendapatan mak tak sepatutnya dikira sebagai pendapatan keluarga. Benda itu optional tapi untuk pengiraan kadar kemiskinan dan isi rumah negara kita, pendapatan mak pun dikira sekali.

Sebab apa diorang terpaksa buat camtu?

Ini kerana, kalau pendapatan mak tak dikira, berjuta-juta keluarga jatuh miskin, betul? Kita ikut style orang putih, ambik value yang mak boleh provide dan kita masukkan sekali sebagai faktor perkiraan. Jadikan semua tu sebagai satu jumlah yang dilabelkan sebagai kadar pendapatan isi rumah. Tunjukkan yang kerajaan kita benar2 hebat governing dan rakyat Malaysia semuanya mampu.

Padahal, perempuan sepatutnya kerja rilek2. Tak payah la kau pening kepala nak provide untuk family kau sebab kau ada husband. Tolong sikit2 dah la. Kau gi kerja, dapat gaji, simpan duit kau. Duit kau tu buat la beli apa2 kau nak, kalau kau nak hulur, hulur, tak nak hulur, simpan la. Agama tak pernah pun wajibkan perempuan menyara keluarga (melainkan dia balu, itupun aku tak sure hukumnya apa) tapi sebab sistem kita dah terlalu kebaratan rasanya, kita assume semua tu betul sebab pada masyarakat, wanita juga patut menyumbang. "A strong woman is a hardworking woman who works outside the house!" jerit ahli2 pro feminist.

Kita kena start perbetulkan benda ni sebab selagi kadar pendapatan isi rumah kita gunakan amaun yang mak-mak ni terpaksa provide, itu bermaksud sebenarnya ekonomi kita tak kukuh pun. Ekonomi kita weak gila sebab suami terpaksa bergantung dengan isteri untuk support dia sara keluarga. Selagi seorang suami tak mampu tanggung seluruh keluarga dia seorang diri, jangan claim ekonomi kita ok.

Selagi ibu perlu menyumbang kepada pendapatan isi rumah,kadar ekonomi kita adalah penipuan semata-mata. Once kita tak kira pendapatan ibu, automatiknya graf kemiskinan kita akan naik dan ilusi kejayaan yang dicanang kerajaan akan berkecai.

Barulah ramai antara kita yang tersedar, "hoh...family aku ni sebenarnya, miskin jugak la kan kalau ikut garis panduan Islam?"

................

Yang memelikkan aku, kerajaan cuba membantu banyak golongan tapi satu golongan yang agak kurang dibantu. Orang miskin. Ibu tunggal. Fakir miskin. Kalau kau tengok sistem kita, bila orang tu susah, dia lah yang kena pegi meminta. Dia kena naik turun tangga, isi borang, fotostat itu, fotostat ini, ke situ ke sini.

Kalaulah dia dah susah dan dia memang tak ada duit, macam mana la dia nak buat semua tu. Pihak berkuasa perlu ubah sikap dan pastikan bukan mereka yang susah carik anda tapi anda yang carik mereka. Dengan kerenah birokrasinya dan bermacam lagi benda yang menyusahkan, kadang2 sistem yang sedia ada ni seolah-olah nak pastikan orang yang dah susah, rasa lebih susah dahulu sebelum dapat bantuan. Tu tak masuk lagi politik punya cilaka. Nak kena gi jumpa Ketua Bahagian UMNO dululah dapatkan sokongan dia....apa kebangangnya sistem kita ni.

Curik duit tabung masjid kena penjara 2 tahun? Apa kejadahnya? Selidik la dulu kenapa dia curik. Kalau dia miskin dan tak mampu, yang patut kena penjara bukan dia, tapi orang yang kutip zakat sebab kau tak pegi carik dia! Lagipun, bila dia mencuri kat masjid tu, masyarakat kondem dia dengan lebih teruk lagi....kenapa?

Kau prefer dia mencuri dekat bank? Dekat Jabatan Perdana Menteri? Kalau ada orang terpaksa mencuri duit RM2 daripada tabung masjid, salahnya bukan orang tu. Salahnya dekat kita, masyarakat dia yang tak pedulikan dia. Tak kiralah dia mat dadah ke mat syabu ke mat rempit ke. Dia sanggup mencuri dalam Rumah Allah! Kau letakkan diri kau dalam kasut dia dan kau fikirlah sendiri betapa desperatenya kau kalau kau terpaksa buat camtu...

Kita kumpul berpuluh2 juta setahun melalui zakat tapi mana peginya duit tu? Apa perlunya pejabat zakat besar2 kalau orang susah nak ke pejabat zakat pun tak mampu? Tolonglah diorang ni. Pegi carik diorang. Bukannya tunggu diorang datang. Orang miskin, orang susah tak mampu la nak gi bandar nak mintak bantuan.

Ada seorang mak, kerja security guard. Anak 3 orang. Anak sulung terpaksa berhenti sekolah sebab mak dia kena gi kerja dan tak ada yang jaga adik-adik dia. Kalau mak dia dah susah dan anak dia terpaksa berhenti sekolah semata2 nak jaga adik, macam mana kau nak bagi peluang kepada family tu pecahkan pusingan kemiskinan dia. Kakak sulong dah tak ada bright future sebab tak dapat pendidikan macam mana satu family tu nak keluar dari belenggu kemiskinan?

Ini kisah benar yang aku tau dan kau boleh tengok merata2 tempat. Miskin ni dah macam jatuh bertimpa-timpa. Yang kena banjir selalu? Orang susah sebab rumah kawasannya takde infrastruktur elok macam longkang. Yang rumah selalu terbakar? Orang susah jugak sebab masih pakai pelita dan rumahnya diperbuat oleh kayu. Yang selalu sakit pun orang susah sebab guna bekalan air yang dibuat sendiri. Itu aje choice diorang ada....lagipun semua tu kosnya sangat rendah.

Once kau susah, kau nak keluar daripada cycle tu punyalah payah sebab chances kau makin sikit, hidup kau makin sempit. Tapi untuk orang kaya, nak jadi lagi kaya, kau cuba tengok berapa banyak opportunities diorang nak gandakan duit diorang. Letak 100 ribu dalam bank, setahun boleh dapat balik sepuluh ribu pertambahan hanya dengan goyang telur.

Yang family biasa2, mak bapak kena kerja supaya survive. Yang kaya, isteri tak buat apa pun dapat elaun hanya sebab dia isteri somebody. Kenapa? Kenapa isteri dia boleh goyang kaki duduk rumah dapat duit tak perlu kerja macam orang lain?

Ptuih! Macam mana kau boleh layak jadi pemerintah sedangkan elaun yang kau bagi dekat isteri2 orang berkepentingan ni jauh lebih besar berbanding kadar pendapatan isi rumah majoriti orang Malaysia? Bukan ke lagi elok duit tu kau bagi dekat orang yang susah takpun bagi dekat pencuri duit tabung masjid tu. Dia lebih memerlukan.

Sistem ini membentuk yang susah makin susah, yang senang makin senang. Satu2 nya cara untuk kau bergelar successful adalah dengan menjadi hamba duit. Jadikan duit objektif hidup kau. Bukannya membentuk keluarga bahagia. Padahal, ikut agama, benda paling bernilai dalam hidup selepas agama, adalah keluarga.

Macam mana ekonomi masyarakat Islam nak ok kalau acuan ekonomi kita ni basicnya menyimpang jauh berbanding Islam sendiri?

Oktober 30, 2013

Aku Harap Pegawai-Pegawai PTD Ingat Yang Menjawab Dengan Tuhan Lebih Penting Berbanding Menjawab Dengan Pak Menteri

KUALA LUMPUR 29 OKTOBER: Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming menegaskan gaji tinggi diperoleh kakitangan kontrak dalam kerajaan adalah satu lagi contoh pembaziran yang tidak dapat ditangani. Beliau berkata, sebagai contoh jawatan kanan dibayar gaji sebanyak RM69,000 sebulan manakala Pengarah Pengurusan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) dibayar RM49,000.

Menurut beliau, gaji terlalu tinggi melebihi bayaran diperoleh Ketua Setiausaha Negara itu menyumbang kepada kenaikan 13 peratus dalam Bajet 2014 untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Dalam jawapan Parlimen pada 1 Oktober, saya diberitahu gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia adalah RM830,500 iaitu gaji bulanannya kira-kira RM69,000. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula dibayar gaji tahunan sebanyak RM480,000 (RM40,000 sebulan).

“Semua CEO ini dibayar bulanan lebih tinggi daripada penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara yang gaji bulanan RM23,577,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, tadi.

Tambahnya, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD turut mendapat elaun tahunan sebanyak RM162,000 dan bonus sebanyak RM60,000.Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp pula menerima gaji bulanan sebanyak RM30,000 dan elaun bulanan kereta sebanyak RM5,000. Di samping itu, kakitangan di JPM, yang kebanyakkannya berkontrak turut dibayar lebih tinggi daripada gaji penjawat awam.

“Sebagai contoh, seorang Pengarah PEMANDU yang setaraf dengan JUSA A/B penjawat awam bergaji maksimum sebanyak RM49,000 sebulan, seorang Pengarah Bersekutu mereka juga bersamaan dengan JUSA C penjawat awam dengan gaji maksimum RM31,600 sebulan.

“Jawatan Pengurus Kanan yang bersamaan dengan penjawat awam Gred 54 dengan gaji maksimum RM21,000 sebulan,” ujarnya.

Agensi lain di bawah JPM termasuk Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Kumpuan Industri Kerajaan Teknologi Tinggi dan Unit Peneraju Bumiputera.

Pada masa sama, Kian Ming turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghentikan kewujudan agensi baru seperti Yayasan Hijau yang mempunyai fungsi bertindih dengan beberapa agensi lain sedia ada seperti Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) serta Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC).

“Jika Najib benar-benar serius menyarankan rakyat mengubah gaya hidup dengan peningkatan harga akibat pemotongan subsidi dan pelaksanaan GST, beliau sendiri perlu turut sama berjimat dengan mengurangkan perbelanjaan di jabatannya.

“Najib harus sedar bahawa peruntukan untuk jabatan beliau melonjak sebanyak 13 peratus berbanding tahun lalu iaitu 1.5 peratus daripada jumlah bajet iaitu RM250 bilion kepada RM264 bilion.

Walaupun dikritik hebat pimpinan Pakatan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menyatakan bahawa pihaknya menerima satu daripada peruntukan terbesar sebanyak RM16.45 bilion di bawah Bajet 2014. -Roketkini.com

.................

Apa yang kita boleh belajar daripada artikel ini?

1. Orang Cina DAP dengki dengan Melayu yang berjaya. Orang MCA tidak dengki. Orang Melayu semuanya bergembira kerana ramai Melayu yang sudah berjaya memperolehi gaji besar yang sesuai dengan kedudukan mereka.

2. Kenaikan harga minyak, gula dan minyak masak yang berlaku adalah untuk memastikan Melayu2 yang hebat dan berbakat ini mendapat imbuhan yang setimpal dengan usaha mereka

3. Kita sebagai Melayu perlu berbangga dengan orang Melayu yang mampu mendapat gaji tinggi

4. Mereka yang mempunyai gaji tinggi ini sepatutnya menjadi inspirasi kepada kita supaya berusaha carik jalan macam mana nak duduk dengan mereka walau apa cara sekalipun kerana dunia korporat memerlukan anda kipas bontot atau tikam belakang mana2 yang perlu.

5. Pegawai2 kerajaan biasa perlulah menerima hakikat yang kesemua pegawai dan eksekutif yang berkhidmat di bawah Jabatan Perdana Menteri ini adalah mereka2 yang berada dua atau tiga tahap di atas keupayaan Pegawai Kerajaan yang dilantik melalui perlantikan normal, sebab itulah mereka layak mendapat gaji yang jauh lebih besar berbanding pegawai kerajaan biasa.

6. Jika kau masih tak sedar lagi, sebenarnya, kita ada dua buah kerajaan. Kerajaan Malaysia yang normal yang mengikut Kementerian dan Kerajaan Najib yang dilantik oleh Najib cum Rosmah yang tugasnya untuk run agensi2 yang kawal selia kementerian dan jabatan. Walaupun mereka ni tidak dianggap sebagai menteri atau pegawai Kerajaan yang ikut gred normal, Najib sendiri lebih senang mendengar pandangan mereka ini. Jika sebelum ini semua keputusan dibuat oleh satu badan, kini semua keputusan yang dibuat akan dikaji semula terlebih dahulu oleh Kerajaan Najib sebelum diluluskan. Sebab itulah pentadbiran Najib sangat efisien dan tidak pernah membuat keputusan yang melulu.

7. Aku sebagai seorang Melayu menyokong jika pihak menteri dan kerajaan menyalahgunakan peruntukan dan kuasa mereka asalkan Melayu pegang Malaysia.

8. Kita perlukan lebih ramai anak Menteri yang berbakat dan berusaha gigih kerana masa depan Malaysia, khasnya orang miskin bakal lebih gemilang dibawah pentadbiran keturunan diorang.



9. Please work hard and make some good living so you can enjoy them like us.

10. Anak menteri pun ada peminat ke?

Oktober 28, 2013

Mengimbas Kembali Projek-Projek 1Malaysia Yang Bakal Jadi Gajah Transparent

1. TV 1Malaysia

Aku pernah bukak TV ni kejap. Kemudian nampaknya agak bosan. Kemudian aku tutup. Last time berita dalam website ni diupdate? 21/2/2012. Lagi beberapa bulan, kita dah dekat dengan 2014.

2. Tablet 1Malaysia



Kah kah kah kah kah kah. Kita semua sedia maklum, ini adalah projek gajah putih dan gajah dia memang tersangatlah putih melepak, tah berapa kilo bedak gajah ni pakai.

3. Kedai Ikan 1Malaysia



"Kedai Ikan 1Malaysia dimiliki oleh Restoran Sekinchan Ikan Bakar." Ayat itu cukup menjelaskan segala-galanya mengenai projek ini. Hari tu dekat rumah aku nak bukak satu dalam 2011, signboard dah naik...tapi kemudian diturunkan semula. Skru tak cukup kot masa pasang jadi tgh tunggu skru sampai.

4. Menu Rakyat 1Malaysia



Kat mana sebenarnya ada benda ni? Aku pernah gi hospital Ampang. Kat situ ada, tapi diletakkan di satu sudut lain sebab lauk dia lain berbanding lauk harga retail....tapi, kualitinya, mak aih. Sama macam makanan aku masa asrama dulu. Memang betul la kot, kat Malaysia, nak elok, kena bayar lebih.

5. Email 1Malaysia



RM100 Juta untuk sesuatu yang sangat2 useless dan tah hapa outcomenya. Last update website? 2011. Apa gunanya? Entah. Apa matlamatnya? Entah.

.................

Kenapa terlalu banyak projek hangat2 tahi ayam yang berlaku menggunakan dana kerajaan?

Sudah jelas ada sesuatu yang tak kena mengenai pelaksanaan dan penggunaan dana yang diperuntukkan. Apa yang kerajaan buat dengan diorang ni? Adakah kerajaan sekadar memandang ringan semua benda yang berlaku sebab diorang ni usahawan Melayu dan diorang ada effort berbanding aku yang hanya tau complain?

Pada aku, lagi baik tau complain aje berbanding ada effort tapi habiskan dana awam tak tentu hala. Effort dah bagus tapi execution selalu cincai boncai. Orang yang ada idea elok dan ada kemahiran terpinggir sebab takde the right connection atau tak sokong gagasan BN.

Kenapalah kita camni?

Bajet dah diumum....pasti ramai Melayu yang menjilat bibir berfikir tender mana yang dia nak kaut sebab dia kenal Ketua Pengarah, KSU mana2 kementerian. Menteri berubah, portfolio bertukar, target pun bertukar. Daripada projek IT tiba2 boleh try tender pertanian pulak. Padahal company buat benda lain. Cepat2 la gi Suruhanjaya Syarikat register company baru sebab nak dapat tender.

Itulah dia antara punca kenapa tiap2 kali bajet diumumkan, aku gelak. Berapa elok pun bajet diorang announce kalau pelaksanaan nya tak diubah, sama aje.

Kalau pembaziran juta2 pun kerajaan pandang sebelah mata sebab nak tolong Melayu punya pasal, what's the point tolong Melayu?


September 27, 2013

Awkward Agama : Malaysia Sukses Kerana Kita Suka Mengubah Bentuk Muka Bumi Tuhan Secara Mega

Hari ke hari, aku melalui jalan yang sibuk dan kelilingnya aku penuh dengan construction. Bukan sekadar nak bina MRT punya pasal, tapi belah sempadan Serdang, Bangi dan Putrajaya pun tengah rancak construction. Cuba la tengok macam mana rupanya exit ke Putrajaya sebelah Marriot Putrajaya sekarang. Aku tak tau apa sebenarnya yang diorang nak buat. Nampak macam hotel ada, shopping kompleks pun ada.

Aku borak dengan orang luar, yang mana datangnya dari Europe, Amerika atau Benua Australasia, diorang pelik, kenapa kita punya terlalu banyak bangunan tinggi. Terlalu banyak! Padahal, dari segi ekonomiknya, mereka la yang sepatutnya mampu bina bangunan2 tinggi ni. Tapi kenapa kita pula yang berebut-rebut membinanya?

Apa orang Melayu macam aku mampu buat dekat Suria KLCC? Atau Pavilion? (Aku tak pernah jejak Pavilion) Takde apa. Makan pun mahal. Untuk orang macam aku, yang ada family,ada dua income, gaji agak ok,kadang2 aku sendiri merasakan, style development Malaysia ni membuatkan makin lama, aku rasa aku makin miskin. We are moving towards a capitalist dream country.

Dah terlalu banyak tempat yang aku rasa jatuh dalam kategori out of reach pada aku.

Sebagai seorang bapak, tanpa disedari, sebenarnya aku slowly being push to choose, antara nak ada keluarga besar atau nak ada hidup yang still ok. Orang Melayu ni, kalau keluarga tak besar, tak meriah lah dia. Lama kelamaan, pada pandangan aku, bangsa Melayu kita sekarang ni, walaupun makin pandai, makin cerdik, makin mewah, kita sebenarnya makin jauh dengan nilai-nilai tradisi Melayu.

Kita dah jadi bangsa yang memikirkan how to make our first million. Kita dah letakkan kepentingan ekonomi first berbanding kepentingan keluarga. Kita dah tiba di satu tahap di mana  kalau kau jadi hamba company, kau akan direward sebaik mungkin, asalkan kau sanggup tak spend masa dengan family kau. Dan kau akan disanjungi, sebab kau rajin!

Atas desakan ekonomi yang makin menghimpit, ramai yang ambik jalan tersebut. Tinggalkan family. Anak membesar tak jumpa bapak. Mak hantar anak balik duduk dengan mertua sebab kena outstation punya pasal. Ni semua bukan budaya Melayu. Ni semua punca2 kenapa makin lama makin jauh kita dengan agama. Ye lah, siapa nak paksa anak solat kalau bapak balik rumah anak dah tidur?

Ada pemimpin kata, orang Melayu kena bangun, kena sedar kepentingan ekonomi. Kena kawal ekonomi. Kena lawan. Ya, memang betul. Ramai Melayu yang dah sedar pentingnya ekonomi. Bagus? Memang la bagus. Tapi semua benda ada pro dan kontra dia.

Melayu jadi kaya? Baguslah tapi apa side effectnya berusaha jadi kaya ni? Ramai yang kena spend masa berusaha untuk jadi kaya. Pemimpin2 kita selalu push Melayu jadi kaya, mulakan bisnes, join entrepreneurship.  Habis tu anak-anak sapa tengokkan? Kerja sekolah anak siapa nak pantau? Anak remaja kau buat apa siapa ambik tau? Ramai mak bapak bergantung dengan orang gaji dan cikgu semata-mata....tapi bila anak dia jadi failure, dia takkan salahkan diri dia langsung. Semua benda dia salahkan orang lain!



Apa yang aku nampak, Melayu memang ramai makin kaya, makin mewah tapi kenapa makin lama makin hilang nilai Melayu tu? Kenapa bila kau kaya kau jadi berlagak? Kau claim diri kau kerabat? Pelik kan perangai Melayu ni. Sebab itu agaknya bila ada Melayu kaya yang perangainya elok, kita kagumi betul dia, mungkin kerana orang seperti itu adalah sesuatu komoditi yang sangat rare dalam masyarakat kita?

Even pemimpin solat pun nak kecoh....sebab apa aa? Bukan ke kalau dia solat tu dia buat benda wajib...benda yang patutnya dia buat tapi ada yang ambik gambar dia solat nak tunjuk yang dia tu solat nak buktikan yang pemimpin yang dia suka tu ada la ke-Islaman dia lagi! Itulah dia Melayu masakini, kagum dengan mereka2 yang buat benda yang sepatutnya wajib....sebab nak jumpa yang betul2 baik tu dah payah.

Keliling aku penuh bangunan tinggi. Cantik, mewah, upscale. Kerajaan cukup bangga mencanang kejayaan mereka mampu mengubah bentuk muka bumi Tuhan ni. Kenapa kita, bangsa Melayu, semakin lama, semakin suka menggunakan unsur materialistik untuk mengukur nilai kejayaan bangsa kita?

Salah kapitalis? Atau salah orang Melayu yang embrace system kapitalis?


September 03, 2013

"Baguslah Minyak Naik. Duit Aku Banyak Sangat Tak Terpakai Ni," Kata Seorang Ahli UMNO

Semalam,TV mengeluarkan berita pasal Rosmah Mansor gesa orang ramai patriotik. Tergelak besar aku ketawa melihat gelagat Rosmah Mansor.

Ramai orang mempersoalkan kenapa ramai rakyat Malaysia tidak ada semangat patriotik. Adakah aku patriotik? Tidak. Aku tidak patriotik. Serius...aku tak.Sebab aku rasa tidak ada apa2 yang perlu aku banggakan mengenai pembangunan Malaysia sekarang.

Kerajaan sekarang ini patriotik ke pada kau?

Satu masa dulu masa aku kecik aku "patriotik" sebab masa kecik, aku hanya menurut sahaja. Tapi dah besar, aku tak patriotik. Adakah aku salah kalau aku kata aku tak patriotik? Perlukah kau bahan aku kalau aku mengaku macam tu? Sebelum kau bahan aku mari aku jelaskan dulu, kenapa aku tak patriotik.

Aku tidak politik kerana semangat patriotik sudah bertukar. Semangat patriotik sudah jadi semangat partipolitik. Ini semua aku dah ceritakan beberapa hari yang lepas. Tapi, kenapa sebenarnya aku tak patriotik? Semua ini berpunca, sebab aku rasa, walaupun mereka kata kita ini rakyat merdeka....kita sebenarnya tidak. Kita merdeka, tapi sebenarnya jiwa kita tidak merdeka.

Kau boleh lihat sendiri dalam bab-bab politik. Mentaliti kerajaan kita yang digunapakai amat jelas dan terang,"You help me,I help you. You don't help me, I don't help you." Mentaliti itu jika digunapakai sesama seteru politik, tidak apalah....tapi bila dah melibatkan rakyat sendiri, susah la camtu.

Kenapa wujud tekanan politik pada penjawat awam? Cuba jawab dulu sebelum kau claim diri kau merdeka.

Kenapa perlu diwujudkan Pengerusi JKKK di negeri yang mana pembangkang menang sedangkan penduduk setempat dah melantik seorang ketua kampung yang dipersetujui sesama mereka? Cuba jawab ini dulu sebelum kau claim diri kau merdeka.

Kenapa kau takut nak mengaku ideologi kau lebih berat ke arah pembangkang jika kau bekerja dalam Jabatan Kerajaan? Bukankah kecenderungan politik itu hak individu dan selagi tidak menjejaskan tanggungjawab asal petugas awam? Kau orang merdeka kau kata?

Even dekat urusan2 sekolah2 yang negerinya menang dekat Pakatan Rakyat sekalipun ada wujud tekanan supaya pihak sekolah ketepikan wakil rakyat yang menang dan panggil "wakil rakyat tidak rasmi" lantikan Pihak Pembangkang Negeri yakni BN....jika tidak.....nama Pengetua/Guru Besar mungkin akan "tercalar."

Begitulah dalamnya kuasa politik dekat negara kita.
Kau claim kau merdeka lagi?

Kemerdekaan tulen adalah kemenangan ke atas politik. Kemerdekaan adalah waktu di mana kuasa politik tidak mampu tekan kau dan kau berdiri sebagai seorang rakyat sebuah negara. Kemerdekaan adalah waktu di mana tidak ada kepentingan parti dan penjawat awam mampu mengeluarkan pendapat yang dia tak setuju langkah2 kerajaan sekarang ini lebih kepada membazir duit, secara terbuka.

Itu adalah kemerdekaan. Kemerdekaan adalah keupayaan kau mempunyai pandangan sendiri yang mampu membangunkan negara tanpa risiko dihukum atas sebab kau mempunyai pandangan sendiri yang berlawanan dengan pihak tertentu.

Dan pada ketika ini, patriotik hanyalah satu alat supaya kau tunduk ke arah satu parti politik. Itu bukannya kemerdekaan. Itu kecibaian. Yang kau still nak bangkitkan alasan "alah..kalau Pakatan menang pun diorang nanti sama aje!" Tak mustahil Pakatan akan cuba buat benda yang sama kalau mereka memerintah tapi masalahnya, BN memang dah terbukti buat benda ni. Kau Tuhan ke yang kau boleh tau benda2 yang bakal terjadi?

Dan parti pemerintah kita ni, makin lama makin mengarut membuatkan aku mencarut. Fuck them. Cara mereka handle kenaikan minyak semalam jelas menunjukkan, kerajaan kita ni lemau. Takde direction, takde idea nak create mekanisme yang elok untuk bantu transition kenaikan harga minyak. Mungkin kerajaan kita suka orang ramai keluar beratur beli minyak. Nampak meriah. Baru terasa mood merdeka barangkali?

Kau sebagai kerajaan, kau adalah collective minds orang2 yang sepatutnya geliga dan bijak pandai, tapi jika itu adalah method terbaik yang kerajaan rasa untuk announce kenaikan harga minyak, aku ucapkan terima kasih banyaklah. Sekarang ni, kau boleh nampak jelas, masyarakat kita terbahagi dua....yang tak sokong kerajaan, akan mengeluh pasal kenaikan harga minyak. Yang sokong kerajaan, akan mengeluarkan pelbagai alasan untuk mengiyakan tindakan kerajaan mengurangkan subsidi minyak.

Kepada yang sokong kerajaan dalam bab ni, aku tanya kau, "kau ni bangang ke?" Kau boleh sokong benda ni? Seriously, jika kau sokong benda ni,  ada something wrong dalam kepala kau dan kau sebenarnya, tidak merdeka.Kau nak cerita pasal ekonomi? Pasal kewangan? Pasal struktur tax? Pasal faedah jangka panjang?

.......kau ingat semua benda tu penting ke dekat orang susah?


Jun 10, 2013

Rahsia Yang Perlu Didedahkan Mengenai Urusan Jual Beli Kereta

Kadang-kadang aku terkaget jugak kalau aku dapat tau masih lagi ada orang terkejut bila aku kata, harga kereta yang kita bayar ni cekik darah sebab harga sebenarnya jauh lagi murah dari tu. Isu ni dah makin terbongkar dan sehingga ke hari ni, masih ada lagi orang kita yang tak tau hakikat pasal industri automobil Malaysia ni. Aku agak terkejut jugak la sebab aku ingat semua orang dah tau.

Tapi kalau dah hari2 baca Utusan aje...payah la.

Hakikatnya mudah, kita bayar harga ekreta mewah tapi kita dapat Perodua Viva dan we should be getting better. We should. Kalau kau redha dengan benda tu meh aku nak jual dengan kau macam2 benda.

Mentaliti kita dah terpahat yang Perodua Viva, RM40 ribu..murah! Apa kejadahnya masyarakt kita ni kena mind control macam gitu sekali? Kereta 40 ribu murah. Motor, 10 ribu, murah! Makan, RM15, murah. Air satu cawan, RM12 affordable. Cuba tanya mak bapak anda berapa dia beli kereta dulu. Bapak aku beli Toyota Corolla RM14 ribu lebih tahun 80an. Kalau lah kita masukkan inflasi, kita triplekan harga kereta dari tahun 80 an sampai lah sekarang, dapat lah dalam RM60 ribu.

RM60 ribu kau boleh ke dapat Toyota Corolla di Malaysia sekarang ni?

Itulah misteri yang ramai orang tak paham sebab diorang malas nak berfikir sebab ramai yang percaya dan bergantung harap dan tak peduli apa2 yang tak betul pasal kerajaan sebab diorang masih lagi pegang legasi UMNO dulu2 sampai sekarang. Diorang sendiri takut nak berubah tapi diorang tak sedar UMNO dah berubah...ke arah yang lebih "it's all bout me."

Kerajaan sekarang adalah kerajaan yang paling licik dalam bab-bab mengalihkan perhatian. Kau terlepas pandang aje memang kena kencing hidup2 lah kau.

Kau boleh nampak hari-hari kerajaan sebut pasal subsidi. Dalam bil elektrik ada tulis subsidi berapa, dekat stesyen minyak diorang wajibkan tampal berapa nilai subsidi. Itupun dah berubah lepas kes di mana harga RON97 jadi lagi murah dari RON95, membuatkan sekarang ni hanya RON95 dan diesel diorang paparkan berapa harga asal dan harga subsidi. Kelakar jugak masa tu....cuma berapa kerat sangat orang perasan kan?

Tapi bila bab rakyat subidikan kerajaan, semua benda cuba tutup rapat. Apa untungnya kerajaan berlaku jujur dengan rakyat kan? Banyak negara luar yang transparent dengan rakyat pasal kutipan cukai dan ke mana duit kutipan cukai ni dibelanjakan. Semua benda akan diwartakan dengan jelas dan sempurna agar mudah orang ramai faham dan jika ada isu, orang ramai ada saluran untuk menyuarakan ketidak setujuan mereka terhadap isu itu.

Tapi tidak di Malaysia. Kenapa? Entahlah. Aku pun tak paham kenapa orang ramai baru sedar pasal cukai kereta. Lonjakan internet barangkali sebab sebelum ni...informasi mengenai agensi kerajaan susah nak diperolehi.

Malah jika berlaku sesuatu yang pelik terhadap penggunaan duit cukai, seperti yang termaktub dalam Laporan Ketua Audit Negara, benda2 tu akan cuba ditutup. Mungkin ada yang dikenakan tindakan tapi mesti dia tu level2 cap ayam aje, kepala besar terlepas. Itulah cara Malaysia.

We need a more transparent and honest governmen dan salah satu benda yang pihak kerajaan boleh buat adalah be more transparent, clear dan honest pasal cukai kereta. Wujudkan akta di mana cukai kereta perlu dinyatakan dalam brosur jualan kereta. List downkan berapa percent sebenarnya jumlah cukai daripada jumlah sebenar yang dibayar oleh pembeli. Kita ada hak untuk tahu.

Nyatakan betul2 berapa harga asal kereta, berapa percent untuk duti eksais, duti import (jika ada), AP (jika ada) dan apa lagi jenis duti yang sebenarnya ramai orang Malaysia tak tahu.

Aku paham ramai tak tahu bukan sebab tak nak ambik tahu. Ramai tak tahu sebab mereka percaya dengan kerajaan dan mereka percaya apa saja yang kerajaan lakukan adalah untuk kebaikan orang lain. Orang kita ni masih lagi ramai yang  berserah kepada kerajaan 100% dan majoritinya ada dekat kampung. Diorang trust kerajaan habis-habisan sehinggakan banyak major decision in life, diorang biar kerajaan yang decidekan.

Mana tau, ada orang kampung, dapat BR1M bernilai RM500 sekali setahun, tapi hakikatnya tiap2 bulan, RM200 duit dia habis buat bayar duti eksais kereta. Berapa kita rugi setahun? Masih lagi gembira dapat bantuan BR1M?

Atau kau nak kata tak logik la orang dapat BR1M mampu beli kereta? Kalau betul nak dianggap jujur dan ikhlas...letak aje berapa total duti eksais yang dibayar oleh setiap pembeli kereta dalam katalog kereta. List downkan sekali berapa jumlah interest yang perlu dibayar oleh pembeli untuk jumlah duti eksais tu.

Barulah transparent.
Nak sokong BN pun senang la hati sikit. Hahaha.

April 24, 2013

Kau Melayu Kan? Kau Benci Orang Cina Kan? Kenapa? Sebab Dia Makan Babi Ke?




Kalau dah lidah tidak rasmi MCA sendiri tulis dan iklan macam ini, apa lagi alasan orang Melayu tak nak pilih Pakatan Rakyat?

 Melainkan, orang Melayu itu ;

1. Suka tengok perempuan Melayu terkangkang menari
2. Suka tengok wayang dengan gelfren dalam gelap
3. Suka  join rave party!
4. Suke benda2 hiburan
5. Suka layan Beyonce
6. Suka layan video klip PSY

MCA sendiri dah kata, siapa sokong Barisan Nasional, dia suka benda2 takde faedah ni. Cina sokong DAP bermakna dia sokong hudud. Apa pandangan orang2 intelek dalam UMNO pasal ni?

Cuba nilai balik hidup kau selama ni, kenapa kau benci dengan orang Cina? Jangan tipu! Kau memang ada rasa camtu. Tapi ikhlaskan diri dan cuba jawab, kenapa? Tak ada sebab sebenarnya kan? Tapi kau still benci sebab orang Melayu selalu kata Cina tu racist. Padahal Melayu pun sama. Kita pun racist motherfucker.

Jadi, kenapa orang Melayu diajar untuk benci dengan orang Cina? Kenapa orang Cina pulak diajar untuk anti orang Melayu? Orang India pulak diajar untuk anti semua kaum lain dan diajar supaya rasa seolah2 terpinggir? Jawapan dia mudah.

Untukm mengekalkan kuasa pemerintahan adalah lebih mudah jika pemerintahan berdasarkan kaum diamalkan. Ini sistem kesan pecah dan perintah British yang masih lagi BN rasa relevan sekarang. Lebih senang nak control sesebuah kaum dengan hatred terhadap a common enemy, dalam hal ni, Melayu dengan Cina..Cina dengan Melayu..India rasa terpinggir sebab rasa marginalized by these two other races. Bila kita ada common enemy based on bangsa, kita akan bersatu dan parti yang memperjuangkan semangat bangsa tu akan dilantik sebagai pemerintah dan yang membantah mereka..labelnya...pengkhianat bangsa la.

Senangnya, kita pilih pemerintah bukan sebab dia layak, tapi sebab dia sama bangsa dengan kita.

Kita dibahagikan supaya sistem sekarang dikekalkan. MCA setuju jadi number 2 BN sebab dia ada kuasa kepada orang Cina dan begitu juga MIC. UMNO dah janji, hal2 MCA dan MIC dia takkan masuk campur asalkan, MCA dan MIC tak pijak UMNO. Masing2 pegang kuasa dengan agihan kuasa ikut kaum.

Itulah dia dasar pecah dan perintah Barisan Nasional. Bila semangat kaum dijadikan kriteria pertama pemilihan pemerintah, senanglah diorang nak menang dan kekal berkuasa guna emosi dan sentimen semangat bangsa ni.

Tapi yang menariknya, wujud perubahan mentaliti, the race barrier telahpun dipecahkan. Bila Melayu boleh sokong Cina dan India boleh sokong Melayu...bagaimana pulak nak kawal emosi orang ramai? Guna elemen bangsa dah tak boleh. Nak main sentimen mempertahankan bangsa dah tak jalan.

Itulah masalah besar Barisan Nasional semenjak sedekad lalu. Semenjak ada ura-ura DAP dan PAS akan bekerjasama, memang diorang cukup risau kalau perikatan tu kekal lama dan start satu bentuk perubahan revolusi minda dan budaya Malaysia. Untuk counter ni, diorang perkenalkan 1Malaysia. Katanya, itu dasar nasional..bukan parti.

"This is not a political agenda. It's our national agenda," kata Najib. Tapi kau cuba tengok ada tak BN gunakan logo 1Malaysia dekat barisan Nasional punya bahan kempen? Nasionalisme my ass.

Yang jelas, kita sedang mengalami proses revolusi. Satu masa dulu, orang Melayu cukup takut dengan DAP. Orang Cina cukup takut dengan PAS. Sekarang, haha...ini satu revolusi yang perlu sebab pemerintahan berdasarkan racial hatred dah lapuk dan tak layak nak digunakan lagi.

Sampai bila kita nak saling benci membenci? Benci macam mana pun, bumi Malaysia ni kita duduk sama-sama kan? Kau nak halau orang Cina balik China? Nak halau orang India balik India? India Muslim kau nak halau sekali? Banyak la pulak calon BN kena hantar balik karang, siapa nak bertanding?

Berapa lama lagi nak main sentimen bangsa?
Sampai bila nak ugut hantar balik China, India ni?

Kita yang Melayu ni pun tak tentu asal-usul kita. Tah tah ada darah North Korea.

Aku beritahu kau, selagi Barisan Nasional memerintah, selagi tu lah rasa benci kepada kaum lain akan terus diajar dan pada aku benda tu tak betul. Aku Islam...walaupun aku Muslim yang 50-50 tapi aku nak orang bangsa lain agama lain tak benci agama aku. Tapi kau cuba lihat sendiri bagaimana warlord2 lama ni mainkan sentimen bangsa..kalau tak berjalan, diorang mainkan agama.

Sebab itu aje taktik yang diorang tau.

Aku wish orang Cina tidak takut dengan undang2 Islam sebab Islam sangat adil malahan sebenarnya undang2 Islam jauh lebih berat dekat orang Islam sendiri. Orang Cina dan India nak gi karaoke berdua-duaan? Tak ada masalah. Orang Islam? Takleh. Tapi amatlah digalakkan kalau orang bukan Islam pun ikut benda yang sama. Sex before marriage bukan ke sesuatu yang dilarang oleh semua agama?

Aku syorkan lepas ni kalau Pakatan naik, banned aje orang Islam dari mana2 tempat2 mengarut ni kalau dua orang aje dengan awek. Cek dulu ada kad nikah atau tidak sebelum bagi masuk. Kenapa perlu takut kalau PAS memerintah semua benda2 hiburan ni tak ada? Semua masih berjalan macam biasa tapi restrictions nya lebih kepada orang Islam sendiri.

Jadi, tugas kita, adalah yakinkan orang bukan Islam yang ada sekeliling kau, yang kau tak nak lagi rasa benci yang tah mana datang ni. Kau tak nak lagi rasa iri hati orang Cina banyak duit. Orang bukan Islam perlu dipahamkan yang Islam ni adil.

Lihat sendiri sekeliling kita. Kalau ada restoran atau kopitiam yang tak paham apa itu syarat2 halal, kenapa selalu tauke restoran Cina yang disalahkan? Memang dia ada tanggungjawab mematuhi benda halal tapi memahami benda pasal syarat2 Islam bukan tugas dia. Itu tanggungjawab orang Islam tunjukkan dia macam mana.

Kita la yang kena ajar, bukan diorang yang kena belajar.

Kau takkan dapat sebarkan Islam kalau kau tunggu orang bukan Islam datang jumpa kau, kan? Macam mana la kita nak yakinkan orang bukan Islam yang Islam ni cantik, kalau dari awal dia tak reti dan tak tahu, bila dia tersilap, kita gelarkan dia kurang ajar? Dah berapa puluh tahun memerintah, masih ramai yang confuse pasal syarat2 halal. Termasuklah yang Melayu.

Kalau Melayu sendiri tak tau halal haram boifren gelfren, kenapa kau expect orang Cina nak paham pasal hukum sembelihan?

April 23, 2013

Biarlah Apa Cara Sekalipun Yang Penting Melayu Kaya!

Bayangkan; pada satu hari, sedang duduk sendirian, ada gadis yang hot datang kat aku, kemudian dia kata,"Mantot, I want you inside me. Now!"

Katakanlah, senses aku masih waras, aku tanya la dia,"Kau tak takut mengandung ke?" Gadis itupun jawab, "Tidak..kalau ditakdirkan aku termengandung anak kau, aku puas hati sebab kau adalah lelaki yang aku nak sangat2." Kebetulan pulak waktu tu memang ada aku dengan dia aje dalam ofis. Semua orang dah balik. Tak ada CCTV dan ada spot baik untuk berasmara.

Apa lagi nak tunggu? Kalau gadis dah merelakan, dia tak mabuk, dia sedar dan anda berdua masih lagi waras, apa salahnya balun aje "rezeki" depan mata? Betul tak? Apa lagi nak ditakutkan? Gadis dah rela. Anda pulak horny 18 jam sehari.

Apa salahnya?
Dah dia rela.

Kalau kau cuba fikir balik, banyak gila benda yang kita hadapi hari-hari, status dia "apa salahnya?" Seperti hulur duit kopi dekat polis yang nak saman kau, tengok porno, pegang tangan awek yang merelakan, onani kerana terlalu horny selepas membaca majalah Mangga dan bermacam2 lagilah benda2 yang manusia relakan, sebab by human right, benda tu tak salah, kan?

Apa salahnya kau gi disko? Tak salah. Undang2 tak salah. Aku boleh gi disko. Kau pun boleh gi disko. Undang2 hanya akan tangkap kau kalau kau makan pil atau kau minum arak (kalau kau Islam) jadi apa salahnya?

Jadi, apa sebenarnya yang kekang kita daripada buat benda2 camni?Agama. Kita takut nak take advantage of any situation yang menguntungkan kita. Perasaan takut tu datang dari mana? Agama.

Kau cuba bayangkan, kalau kau seorang Atheist, apa yang halang kau daripada cuba try dan balun mana2 awek Melayu yang kau nampak? Apa salahnya kan? Kau tak perlu risau pasal syurga neraka, kau tak perlu takut dengan Malaikat pencatit amalan kiri kanan dan kau tak perlu risau pasal Tuhan. Kalau kita tak ada agama, satu2 nya elemen yang kawal hidup kita adalah morality kita dan berdasarkan kepada morality, mutual sex antara dua orang lelaki dan perempuan bukan mahram adalah dibolehkan.

Betul kan? Dah dua2 setuju.

Jadi, cuba kita tengok cara hidup kita sekarang ni, nilaikan sendiri, adakah kau bersyukur dengan agama kau atau kau hanya anggap agama ni adalah sesuatu yang menakutkan kau, menghalang kau dari buat itu ini? Jika kau bersyukur kau ada agama, kau memang bagus. Jika kau anggap agama ni macam rantai yang ganggu kau sebab kau tak dapat nak buat itu ini, kau juga bagus.

Sebab kedua-duanya betul.
Ikhlas atau tidak bukan problemnya.

Masalah orang kita, kita suka letakkan syarat, "kalau nak amal agama kena ikhlas." Sebab tu kita boleh dengar ayat "buat apa bertudung kalau aku tak ikhlas" atau "buat apa solat kalau sekadar terpaksa buat?"

Tengok betul2, adakah kita ada choice nak bertudung? Adakah kita ada choice nak solat atau tidak? Mana ada. Kita mana ada choice! Sebab Islam itu cara hidup dan itu adalah perkara2 yang diwajibkan oleh Islam. Jadi kenapa mahu berkompromi?

Semua benda yang kita buat di dunia ni kau boleh kaitkan dengan agama. SEMUA BENDA. Minum air? Elok duduk, kalau berdiri, elok luahkan balik air tu. Makan? Baca doa dulu! Kahwin? Kena cukup 4 syarat sah nikah. Baca buku? Baca Bismillah dulu. Semua benda baik yang kita buat ada kaitan dengan agama. Semua benda tak baik yang kita nak buat, kalau hati kita tak cukup nak lawan, kekangan dia akan datang dari agama.

Kalau kau tak ada agama, semua benda dekat dunia ni halal bagi kau, as long as benda tu tak menyalahi undang-undang. Betul?

Oleh sebab itu, aku cukup pelik, kenapa orang kita ramai benar perjuangkan sebuah parti yang setuju politik dan agama perlu diasingkan? Adakah orang2 yang sokong perjuangan parti tu orang2 yang tak kisah pasal halal haram hidup dia? Sebab itu kot mereka puja seorang bapak yang biarkan anak dia jadi pemegang saham syarikat arak padahal kalau ikut agama....benda tu dah salah. Sebagai seorang bapak, nak pulak dia menasihati orang parti mana nak dipilih...tapi anak sendiri, huh?

"Apa salahnya anak dia ada saham dalam syarikat arak?" tanya kau. "Bukannya mati pun, dah la menjana ekonomi orang Melayu. Orang Melayu jugak nanti yang kaya..apa salahnya anak dia buat camtu?"

Walaupun aku pervert tapi aku still percaya ada benda yang takleh aku buat sebab aku hormat agama aku. Ilmu aku seciput aje, tapi amat bahaya kalau kita terus membiarkan sebuah kerajaan yang masih lagi mengasingkan agama dengan politik. Kalau itu berterusan, kau cuba lihat masyarakat kita sekarang. Pakai seksi kita tegur, diorang hujah balik. Buat adegan seks, kita tegur, diorang lawan balik. Kadangkala, pemberian rasuah pun ada yang try nak justify, seperti contoh bila kau nak kena saman."Asalkan tak kena bayar ratus2 bro!"

Masyarakat kita takde prinsip. Kita takde pegangan. Semua benda dibolehkan asal hidup kita jadi mudah, senang dan ada untung. Sedar tak sedar, itu sebenarnya kesan pengasingan agama dengan politik. Mungkin kau tak peduli pasal politik...tapi sedarlah....politik ni la yang mencorakkan masyarakat jadi macam mana.

Pendirian aku senang aje, kita hidup takde agama, kita tak ada halal haram. Agama dan politik sama juga, kalau dipisahkan, semua benda "apa salahnya?" boleh dibuat. Tak nak aku pilih pemimpin yang pisahkan cara kerja dia dengan agama dia sendiri.

April 22, 2013

Budak-Budak Solat Nak Buat Apa? Bukannya Wajib Pun!

Siapa sini anak dia sekolah petang? Ada ke? Kalau ada, cuba tanya anak kau, bila dia solat Zohor dengan solat Asar? Kalau anak kau jawab tak solat la....ada sesuatu yang tidak betul dengan kau.

Cuba tengok betul2 jadual persekolahan kita, cuba fikirkan bila budak sekolah rendah nak solat? Waktu rehat aje la tinggal. Zohor tak sempat melainkan zohor masuk betul2 awal. Asar petang benar lepas waktu rehat. Mengakibatkan budak2 terpaksa guna waktu rehat untuk solat.

Mungkin kita ambik benda ni macam tak penting, sebab budak2 sekolah.."apa sangat la solat.Budak2 lagi. Lagipun kalau bagi diorang masa solat, berapa orang la yang pegi solat...mesti lebih ramai yang main guli." Itu mentaliti kita Melayu ni...IC dicop Islam.

Apa yang kau boleh tengok sekarang ni adalah budaya budak2 sekolah rendah yang kelam kabut makan waktu rehat...kemudian gelabah pegi solat dan akhirnya lambat masuk balik kelas sebab solat punya pasal. Mengakibatkan dia ada terlepas kelas.

Mungkin pada kau benda ni kecik; tapi kenapa agama suruh mak bapak paksa budak umur 8 tahun ke atas solat? Kenapa sistem sekolah kita tak mampu nak terap benda tu? Even cikgu2 pun kadang2 terpaksa kelam kabut solat sebab waktu sekolah petang ni agak tak sesuai aturannya.

Mentaliti kita jadi tak kisah sangat pasal benda ni sebab dah budaya kita camtu. Kita accept budak2 takyah solat. Kalau diorang solat pun diorang solat main2. Gelak-gelak sambil cuit-cuit. Tapi tak ke kau rasa benda tu salah? Bukan ke sepatutnya kita mula galakkan budak2 sekolah solat dari sarjah satu, darjah dua ni?

Macam mana nak solat kalau waktu nak solat pun tak berapa ada.

Akhirnya, kita jadi la macam sekarang. Budak2 sekolah rendah takde rasa langsung tekanan nak solat sebab suasana dah bentuk kita camtu. Yang lebih teruk lagi, akan ada budak2 yang anggap solat tu menyusahkan dia sebab dia nak rehat dan dia nak main dengan kawan-kawan.

Dalam Islam, umur 1-7 tahun adalah waktu di mana kau kena didik anak dengan kasih sayang. Start umur dia 8 tahun, dia kena didisiplinkan. Macam mana kita nak terapkan budaya suka bersolat kalau budak2 sendiri terpaksa pilih nak solat atau nak rehat?

"Benda kecik aje ni, kan? Budak2 nak solat...alah..cincai2 dah la.Takyah la rombak sistem persekolahan. Menyusahkan aje, bukannya penting pun... " Itulah dia mentaliti kita.Aku harap Menteri Pendidikan baru lepas ni cuba masukkan unsur2 "galak budak 8 ke atas solat" ke dalam jadual persekolahan kita, dapat sparekan masa sikit dan wujudkan giliran Ustaz2 kena jadi Imam....sekolah petang budak2 bukan ramai pun.

Apa-apa pun, benda yang paling penting sekali yang kita kena ubah, adalah mentaliti kita.

Kita perlu ubah mindset supaya kita ambil serius jika ada kanak2 yang nak solat.  Bukan dengan kutukan, bukan dengan ayat "takpe, kau kecik lagi, tak wajib solat." Apa salahnya kita galakkan dia solat? Dia main pun main la. Kalau benda hari2 dia dah buat, dia akan kekalkan benda tu hari2. Bila dah kekal hari-hari solat, percentage untuk dia jadi tak senonoh berkurangan.

Barulah relevan agama dalam IC yang tertera Islam dengan cara hidup kita.



April 18, 2013

Rata-Rata 90% Pembaca Tegar Harian Metro Adalah Penyokong UMNO



Aku duduk dalam negara di mana Emma Maembong tak pernah ambik SPM
adalah material untuk muka depan akhbar.

Kelakar, kan?

April 11, 2013

Pengalaman Mengutuk Gay Bersama-Sama Rakan Sekolah, Cikgu-Cikgu dan Tukang Kebun Sekolah

Apa yang kau akan baca mungkin berbunyi pelik.

Tapi untuk budak sekolah asrama, khasnya asrama yang sekolah lelaki semuanya yang sekolah zaman 90an dan ke bawah, benda ini aku pasti sangat similar dengan kehidupan diorang. Just ingat, ini bukan artikel lucah.

Aku mula belajar mengenai apa itu homoseks, liwat dan gay ketika umur aku 13 tahun. Waktu tu, aku baru aje masuk sekolah asrama dalam sebulan dua, datang senior aku borak2 pasal siapa yang jambu. Jambu ini bermaksud...junior mana yang comel dan boleh dijadikan "jambu." Aku tak termasuk. Sedikit frust aku waktu tu.

Tapi perlu difahami, ada beza antara gay dengan jambu ni. Senior ambik junior buat jambu diorang, tapi tak ada la diorang pegi tala main belakang. Saja suka-suka. Mungkin sebab nak memenuhkan masa yang terluang lagipun bila kau sekolah semua lelaki ni, memang kadang2 kau akan mendambakan ada wanita. Jadi aku assume, diorang carik jambu sebab diorang nak pempuan sebab yang mana diorang claim jambu, muka comel-comel. Ada la sesetengah dua member2 aku yang pada aku tak jambu tapi still diclaim jambu membuatkan aku tertanya2 "kenapa dia?" Seperti biasa, aku, tidak ada senior berkenan. Aku tidak jambu. Bagus sebenarnya tapi ada antara member2 aku ayng bangga ada senior claim dia jambu. Buwekk rasanya, nak muntah gua.

Kat sekolah aku, senior ambik junior jadi jambu ramai tapi setakat tu aje la hubungan "songsang" diorang ni. Tapi bila dah dua tiga bulan sekolah, bila dah faham apa itu liwat....aku dengar ada senior aku dua orang kantoi buat gayseks malam tu dengan warden. Keesokannya, tengah ramai2 beratur untuk perhimpunan lepas habis aje nyanyi lagu Negaraku dan sebagainya...warden sekolah aku buat pengumuman. Dia panggil seorang senior aku ke depan.

"Korang semua mesti tertanya2 kenapa dia ni dipanggil ke depan.." tanya Warden aku. "Dia ditangkap ketika sedang beraksi liwat dengan seorang pelajar lain." Nampak la cikgu bisik2, ada yang buat muka jijik. Yang mana cikgu dah tau terpaksa la kontrol wajah tapi mana yang baru tau dan baik dengan senior aku tu, muka jadi tak percaya. Lepas tu tah hapa lagi warden aku cakap dan dia nasihatkan kitorang semua supaya tak buat macam tu.

TIme tu, sebab pemikiran budak2 lagi, aku rasa apa yang kitorang fikir, adalah "MASYA ALLAH DIA NI! KENAPA KAU PEGI TALA JUBUR LELAKI LAIN? KAU TAK RASA GELI KE? MALUNYA AKU KALAU AKU JADI KAU!"

Bila difikirkan balik, apa yang sekolah aku buat dekat dia, panggil dia ke depan, announce untuk satu sekolah dengar apa yang dia dah buat, adalah satu tindakan yang sangat2 memalukan kedua pihak, senior aku tu dan juga pihak sekolah. Memang tindakan dia amat memalukan, tapi tindakan sekolah aku pada ketika itu, turut sama memalukan. Dah la dia sorang aje terpaksa ke depan sebab yang "pondan" yang diliwat tu dah dihantar balik, jadi dia terpaksa tanggung malu sorang2 dengan 600 pasang mata tengah tengok dia, judge dia dan herdik dia dalam hati.

Even member2 dia pun takut nak tegur dia lepas dia disuruh masuk balik dalam barisan ikut tingkatan. Dalam beberapa minit, dia dijadikan sampah masyarakat.Yang tau, jadi benci, yang tak tau jadi tau. Ada la sorang member dia tepuk bahu dia sebab senior aku tu menangis masa beratur balik tu.

Tindakan yang diambil sekolah aku sebab terbukti dia dah salah, kantoi red handed tengah meliwat oleh warden dan pasti kena buang sekolah seolah-olah tak cukup, jadi ditambah lagi dengan aksi public humilation yang berlaku untuk semua orang tengok siapa dia. "Dia peliwat, kutuk dia jom!" kata pentadbiran sekolah aku dengan alasan nak dijadikan pengajaran untuk semua.

Cuba fikir kalau kau kat tempat dia. Tak kiralah kau meliwat, ditangkap mencuri, kantoi tangkap basah dan segalanya, orang kita suka benar tambah perencah dan perasa supaya mangsa jadi lagi miserable.

Sebab itu, aku cukup hormat dengan keluarga Anwar Ibrahim. Bukan setakat dia kena, isteri dia kena, anak-anak dia kena, menantu pun dah kena, aku rasa tak lama lagi cucu dia pun kena. Satu family kena kutuk, kena caci, kena maki. Sebab apa? Sebab kerajaan kata bapak diorang peliwat. Tapi cuba tengok balik respon daripada family tu. Tengok apa yang isteri dia buat. Tengok apa yang anak-anak dia buat.

Dan disinilah aku ingin menyatakan kenapa pada ketika ini, aku langsung tidak ada sekelumit pun rasa hormat dan respek aku kepada orang yang bernama Mahathir Mohamad. Siapa tengok pembentangan manifesto hari tu? Kan ada satu part Najib kata Mahathir ada 18 keping surat Wan Azizah menceritakan mengenai kelakuan jijik Anwar Ibrahim? Najib announce benda tu sebab beberapa hari sebelum tu Mahathir ada buat announcement kata dia ada surat tu.

FIkirlah, dalam pembentangan manifesto, mereka boleh bincangkan benda tu dekat khalayak ramai. Bagi satu Malaysia tengok dan dengar yang diorang ada bukti Wan Azizah tulis surat pasal suami dia dan ada dalam tangan Mahathir. Perangai syaitan mana ni?

Orang tu kau dah herdik kau dah kutuk kau dah caci, kemudian kau gunakan isteri dia untuk caci dia, hebohkan satu negara yang isteri dia pun sebenarnya kutuk suami sendiri. Apa tujuannya kau attack dia sampai cam gitu sekali? Perangai apa ni? Ni bukan perangai orang Melayu dan sah-sah ini bukan perangai orang Islam.

Kesan daripada pengumuman pemimpin Melayu dua orang ni tujuannya amat mudah sekali ; diorang nak burukkan Anwar, diorang nak burukkan Wan Azizah dan diorang nak wujudkan rasa sangsi orang ramai terhadap dua orang suami isteri ni. Tapi kita tak pernah nampak Wan Azizah tinggalkan suami dia. Kita juga tak pernah nampak ada kerenggangan antara Anwar dengan Azizah. Itu satu fakta.

Kalau betul Azizah tulis 18 surat kepada Mahathir dulu, kenapa Azizah bangun pertahankan suami dia?

Jadi mana satu kita nak percaya? Aku lebih suka menilai menggunakan mana satu yang cuba menonjolkan nilai lebih baik. Pakatan diselubungi skandal Anwar. Salah atau betul tak ada orang tau. Mungkin Saiful Bukhari betul, mungkin Saiful Bukhari salah. Tapi semua yang dikatakan diliwat Anwar dalam kes 1998 dah kata diorang dipaksa. Cuba baca sendiri. Semuanya termasuklah yang paling tak logik sekali...Dr.Munaweer Anees.

Aku simple aje. Aku takut dengan apa yang Barisan Nasional lakukan. Satu gerombolan kerajaan hentam,herdik,kutuk,caci maki satu family Anwar Ibrahim, kata dia gay,homoseks,biseksual, peliwat,penala jubur dan macam-macam lagi. Semuanya sama.

Tapi Anwar tak buat apa yang senior aku yang meliwat tadi buat. Lepas dia kena tangkap meliwat, dia kena buang sekolah. Kemudian dia hilang terus. Tak tau la dia jadi apa. Padahal lagi setahun aje dah nak ambik SPM. Dia hilang. Anwar dan Azizah tak duduk diam. Diorang bangun. Lawan.

Itu bukan sesuatu yang orang salah akan buat. Lagipun, kalau kau tanya mana2 supporter BN ni, "berapa percent kau sure Anwar liwat?" Tak ramai yang berani jawab 100% sebab tak ada orang tau. Semua benda berdasarkan khabar angin semata-mata.

Tapi aku nampak Najib dengan Mahathir berusaha keras nak jatuhkan keluarga Anwar Ibrahim. Aku nampak dengan jelas senyuman bangga Mahathir bila Najib kata dia tunggu 18 surat Azizah keluar. Aku tengok dengan mata aku dalam TV, Perdana Menteri aku fitnah "Anwar Ibrahim suka tikam belakang."

Betul atau tidak Anwar Ibrahim liwat, itu bukan masalahnya. Masalahnya, betul atau tidak tuduhan kerajaan itu? Kalau betul, seret la dia ke mahkamah. Kemukakan bukti lagi sekali. Tapi cuba fikir benda ni bila kau ada masa, kalau kau pangkah Barisan Nasional dan segala apa yang jadi dekat Anwar Ibrahim adalah rekaan kerajaan semata-mata, kau sanggup terima hakikat tu?

Aku ulang lagi sekali.

Betul atau tidak Anwar Ibrahim liwat, bukan masalah kita sekarang ni. Betul atau tidak apa yang Mahathir dan Najib cakapkan tu, itu masalah kita rakyat Malaysia. Sebab kalau nak tuduh orang, kita kena ada bukti, kena ada saksi. Selagi tak terbukti, selagi tu janganla kita jatuh sebarang bentuk hukuman pada keluarga dia.

Melainkan...kau dapat tangkap dia red handed. Ada sapa2 dapat tangkap Anwar red handed tengah meliwat macam senior aku? Tak ada. Ada Anwar cuba liwat kau? Tak ada.

Jadi, kenapa kau perlu join orang ramai kutuk dan maki satu family dia?

Kalau aku kena sama macam Anwar dan Azizah, mau gila aku. Tapi kau cuba tengok muka Azizah. Kau nilaikan la sendiri macam mana dia rasa dekat suami dia. Ada nampak benci dia? Tengok la berapa lama pun, kau takkan nampak, bro. Dah 14 tahun, Wan Azizah masih lagi senyum, senyum dan terus senyum. Macam mana kau nak hidup, kalau satu Malaysia kata suami kau peliwat? Satu sekolah tengok senior aku pun dia malu amat sangat. Ini satu Malaysia.

Isteri adalah cermin suami dia.

Bila kau tengok isteri, kau boleh nampak suami dia macam mana. Benda tu betul. Sebab tu, aku ajak korang, jom kita pangkah Pakatan ramai-ramai dan cipta sejarah untuk pertama kali, Malaysia ada isteri Perdana Menteri yang tutup aurat! Yeah! Tak kiralah dia Azizah, Sabariah ataupun Zainab dan Norzita. Hehe.