Memaparkan catatan dengan label Pengguna Genius. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengguna Genius. Papar semua catatan

September 30, 2014

Setiap Kali Shopping Hujung Minggu, Ramailah Yang Akan Bekerjasama Mewujudkan Koridor Neraka



Satu fenomena yang selalu kelihatan yang menunjukkan kita ni tak berapa reti berbudi bahasa, adalah apabila kita queue panjang untuk bayar barang yang nak dibeli, sehinggakan kita blok jalan untuk orang lalu. Aku termkan benda ni, koridor neraka. Aku perasan ni kat semua tempat aku shopping, tak kiralah apa brand sekalipun shopping kompleks dia.

Apa salahnya kalau kau tinggalkan sikit gap antara barisan tu, especially orang yang "akan berdiri tengah2 laluan" supaya orang yang nak lalu situ, boleh lalu dengan mudah, takyah nak mintak laluan, takyah nak tunggu kau alihkan troli dengan muka bengkek...

Bengkek..
Satu frasa yang dah lama aku tak gunakan!

Kenapa kita takut sangat nak create gap supaya orang boleh lalu? Takut ada orang cilok depan kita dan potong queue? Takut orang belakang suruh kau ke depan supaya "queue pendek cepat habis" ? Kalau ada orang potong queue kau sebab dia ingat line tu pendek, suruh dia ke belakang sopan2. Tak susah pun. Kalau dia tak nak pegi belakang? Baru susahkan keadaan.

Aku tak tau lah kenapa benak benar, tapi bagi aje lah gap, jarakkan aje la diri kau. Aku illustratekan supaya yang tak paham apa aku tulis ni senang paham.


Tak susah pun.  Bagi la gap sikit. Yang kau nak jugak blok jalan orang lain kenapa?
Kita bukannya atas jalan raya pun.

September 20, 2013

Pengguna Genius : Ada Masanya, Beli Yang Kecil Lebih Untung Asalkan Kau Peka



Kadang2 ada masanya kalau kita nak beli something, 
kita tak tengok betul-betul, kita akan rugi. Contohnya, macam kat atas ni.

Kalau tak, dah rugi 50 sen dah kalau beli yang saiz besar.
Padahal, sepatutnya, value for money adalah kalau kau beli lagi banyak la kan?

Jun 25, 2012

Membongkar Rahsia Colonel Sanders

Aku nak tanya satu benda, aku duk fikir benda ni 2-3 hari ni sebab aku kerap pulak gi pekena dinner plate ; 

Kita semua tau takde orang tau apa resipi rahsia ayam KFC. Sehinggakan ada juga rumours, dalam dunia ni, hanya 2 orang aje tau apa resipi KFC ni dan yang lebih menakjubkan, resipi ni konon2 nya disimpan disebuah bank dalam peti besi yang dipenuhi dengan alat keselamatan.Rahsia ni diguard oleh teknologi canggih dan rahsianya hanya terkandung dalam satu cebisan kertas tulisan tangan oleh Colonel Sanders.

Tak percaya? Baca link aku bagi tu. Even dalam iklan dia pun kata , ada 11 rempah rahsia dalam ayam KFC.


Tak kisahlah benda tu satu gimik atau marketing strategy sekalipun...tapi persoalan aku adalah; Kalau resipi ayam goreng original KFC ni adalah satu bentuk rahsia ingredient dia, macam mana JAKIM boleh bagi diorang sijil halal?


Sebab sijil halal hanya akan dikeluarkan bila pengeluar declare apa ingredient dia. JAKIM tau ke rahsia Colonel Sanders? 

Mei 30, 2012

Jangan Beli Kerusi High Chair Warna Merah Dekat Carrefour


Aku perasan dekat Carrefour kat rumah aku dan Carrefour Alamanda ada jual satu high chair budak2 kaler merah berharga RM69 brand tah hapa2 buatan China. Dinasihatkan, jangan beli kerusi tu sebab kerusi sebenarnya adalah barangan ciplak daripada kerusi Antilop dekat Ikea ni. Lagipun,kalau kau compare, kualiti dia lain. Besi dia pakai lain...potongan plastik dia pun ada rough edges.


Yang paling memelikkan, kita beli barangan ciplak sebab selalunya barang ciplak ni lagi murah. Tapi dalam kes ni, kerusi ciplak tu lagi mahal. Kau beli kerusi saja harga dia RM69. Kalau kau pegi IKEA beli kerusi Antilop ni..harga dia memang RM69...tapi kau dapat tray makan untuk pasang kat situ sekali. Harga kerusi dia aje RM40 lebih tak silap aku.

Jangan support barang ciplak.

ps. Sebarang tips atau panduan yang anda rasa sesuai dishare,emailkan dekat pengguna.genius@gmail.com

April 04, 2011

Surat Dari Pembaca : Housemate Dari Neraka

Salam Mantot..

First of all thanks sebab sudi luangkan masa baca email ni.. saya ialah salah seorang silent reader blog awak yang setiap hari akan tgk dan baca post2 terbaru. jgn risau.. email ni bukan nak complain apa2 cuma dah nama blog pun'cursingmalay' so saya pun nak cerita perihal orang melayu..

bulan januari kawan saya masuk ke rumah sewa yang baru. masa datang dia tgk girl yang duduk kat rumah tu pun ok. muka nampak innocent je. jln dengan cakap pun kepit je.. hari pertama dia dtg nak pindah barang.. dia agak terkejut tengok ada pakaian lelaki dengan seluar dalam bersidai dlm rumah. kasut lelaki pun ada.. mungkin girl tu tahu apa yang kawan saya fikirkan, dia pun ckp yang semalam tunang dia tidur sini. temankan dia sebab dia tinggal seorang. nanti adik dia akan duduk dengan dia. kawan saya pun cakap oklah. cuba untuk berfikir baik.. mungkin girl tu memang takut duduk sorang2..

esoknya kawan saya dtg lagi nak pindah barang dan kemas bilik. dia tengok seluruh family girl tu ada kat rumah tu. mak dia abang dia kakak dia abang ipar kakak ipar anak sedara dari yang besar sampailah yang kecil. kawan saya pun fikir takpela kut sekejap aje.. kawan saya pindah barang dengan tunang dia..
minta tunang dia tolong angkat barang2 yang berat..


3 hari selepas tu baru kawan saya pindah betul dan kunci bilik hanya diberikan selepas kawan saya masuk.. maknanya sebelum ni walaupun kawan saya dah pindah barang dan bayar deposit kunci still diorang pegang. masa kawan saya masuk semuanya ok dia pun baik.."kalau nak makan apa-apa.. ambil je.. kita kongsi-kongsi" kawan saya pun senyum
ajelah.

kawan saya ni bukan jenis yang memasak. tengah hari makan kat opis.. lepas keje pergi makan dulu baru balik kadang-kadang dia bungkus makanan. mungkin ada dlm 2 ke 3 kali je dia makan kat rumah tu sementara tunggu gaji masuk.

seminggu lepas kawan saya duduk, adik girl tu pula masuk. lepas tu dia tgk toileteries dia belum sebulan dah habis.. dia pakai krim mandi 1 liter takkanla 2 minggu dah habis.. ubat gigi pun sama.. memang tempat dia letak barang2 tu berubah-ubah. dia pun fikirla mungkin dia terpicit banyak.. esoknya dia tgk ubat gigi ada menitik merata-rata dlm bilik air.. dia tak nak tuduh sesiapa tapi saya tahu kawan saya ni memang jenis tahu mcm mana dia letak barang.. dia memang sgt2 particular so lepas semua tu habis.. dia beli baru n letak dlm bilik bila nak mandi baru bawa pergi bilik air.

kemudian, make up dia pula hilang.. dia pun pelik.. mcm mana make up yg ada kat dlm bilik boleh hilang.. oh mungkin dia tersalah letak.. jenuhla dia spot check bilik, korek sana-sini kut2 tersalah letak.. cari dlm kereta dan rumah family tunangnya juga sebab dia selalu ke rumah. tapi hampa takde.. so dia fikir mungkin dia terbuang.. dia diam je.. buat mcm biasa pergi keje balik keje makan dulu pastu baru balik rumah.

dia pun awal2 dah pesan dengan diorg yang dia ni malam-malam pun buat keje. so kalau dia memerap dlm bilik tu maknanya dia buat keje. bukan saja2 tak nak bersembang dengan diorang n tgk tv. dia pun bukan jenis yang suka tgk tv sgt. dia tgk cerita gemilang je kat tv3.. itupun 3 episod yg pertama dia tumpang tgk tv diorang.. yg lain semua dia tgk kat tonton. so dia igtkan semuanya dah ok..

last week dia balik rumah parent dia.. bila balik rumah sewa dia tgk tgk lagi sekali make up dia hilang.. barang2 dia ada yang berubah tempat.. lagilah pelik.. takkanla ada hantu suka curi2 make up orang kut.. dia diam lagi.. bila perkara mcm ni dah jadi.. mulalah dia suspek seseorang.. selalunya adik dia akan duduk di rumah bila semua org dah pergi keje.. untuk menghilangkan persoalan di hati.. dia pun masuk bilik diorang dan dia jumpa barang make up dia dlm bilik diorang! patutlah krim mandia dia walaupun dah letak dlm bilik tapi still cepat habis!

bila adik girl tu balik.. dia tanya pasal barang tu.. terus adik girl tu maki kawan saya.. ckp kawan saya sial.. sundal.. suka buat maksiat.. bawak balik jantan.. menumpang rumah orang.. menghabiskan api air.. curi makanan diorang.. mcm2 lagi. siap tunjuk fuck dan ludah2.. pastu adik girl tu call kakak dia.. kawan saya pun agak geram.. dan of course marah. kawansaya pun ckpla.. kenapa kurang ajar? fitnah dia bukan2.. suara dia pun mula meninggi. adik dia terus keluar rumah tunggu kakak n tunang kakak dia balik..

kakak dia pun balik rumah dgn tunangnya.. tunang dia pulak masuk rumah terus sepak kasut.. bayangkanlah kawan saya seorang nak menadah telinga untuk cacian yang keluar daripada 3 mulut manusia.. diorg tanya kenapa.. kawan saya ckpla pasal barang dia hilang.. kalau betul ambil mengaku.. kalau tak sudahla.. dia
pun sebelum ni memang pernah ckp kat saya yang dia ada terfikir nak pindah sebab diorang suka buat bising.. lepas tu bawak masuk penyewa lain tanpa beritahu kawan saya ni.. kawan saya bukan menumpang dia bayar sewa.. jadi kalau ada orang baru nak masuk.. sekurang2nya beritahulah dia dulu.. dia pun ada hak untuk tahu

lepas tu terus kawan saya ni dihujani dengan macam jenis perkataan yg menyakitkan hati.. tunang girl tu pun boleh tahan.. sebab kawan saya perempuan dia berani buat mcm tu.. dayus la kut.. bukan dia yg duduk dlm rumah tu tapi sebab sayang punya pasal.. dia pun backing la si kakak dengan si adik ni.. pastu tuduh kawan saya tampar adik dia.. pergh bila masa?


lepas tu diorang macam lari nak jawab soalan pasal make up tu.. point kawan saya malam tu pasal make up je. lepas tu terus diorang tuduh kawan saya curi beras dengan sabun basuh baju.. WTF dapat duit ke curi benda2 mcm tu.. kalau kawan saya makan pun sebelum ni girl tu kan pernah ckp dengan baik dan lembutnya suruh makan sama2.. lepas tu, kawan saya mandi pun boleh jadi isu.. dia mandi average memang 10 minit. pompuan kan.. lepas tu ckp pasal kawan saya mandi dgn basuh baju kat rumah tu duit air melambung2.. tak masuk akal.. masa dia sewa kat rumah lama takde masalah pun.. siap pakai washing machine. kat sini basuh tgn je.. pasal tutup pintu pun jadi isu.. pintu depan rumah tu memang agak rosak sikit.. kalau nak tarik kena kuat sikit.. itupun diorg ckp dia suka hempas2 pintu segala.. tuhan ajelah yg tahu betapa sakitnya hati dia malam tu..

lagi best diorang suruh dia keluar rumah tu malam tu jugak.. eh dia dah bayar sewa takkan nak keluar mcm tu je.. infact kawan saya bayar lebih dari diorang berdua.. diorang bayar sikit duduk bilik besar kawan saya bayar banyak duduk bilik kecil.. tunang girl tu pulak keluar ayat best "mulut ko tu jaga sket. aku bagi peluang untuk ko duduk di sini lagi.. tapi aku tak nak dengar ko buat diorang ni mcm ni" mcm kawan saya ni menumpang kat rumah orang..

semalam saya ikut kawan saya pergi cari bilik sewa baru.. alhamdulillah Allah tolong dia.. dia dpt rumah baru.. dia igt nak pindah esok.. tapi tiba2 pagi tadi mak diorang pulak telefon.. suruh dia berambus ckp bukan2.. fitnah dia bawak laki tido kat rumah.. padahal girl tu yang suka bawak laki masuk rumah. mestilah mak girl tu percaya anak dio sebab anak dia balik kampung pakai tudung.. duduk kl tudung terbang...

ada lagi ke orang mcm ni.. tak cukup diorang tiga orang.. mak dia pulak serang kawan saya.. siap ckp nak report polis tuduh kawan saya mencuri barang2 anak dia.. mak dia pun cakap kawan saya tu babi.. satu family dia memang mcm ni ke? FYI kakak dia pernah keje GRO..

dan mungkin Allah nak tunjuk.. semalam masa kawan saya nak keluar pergi keje.. kawan saya nampak penyewa baru tu tidur kat ruang tamu dengan kawan dia kut.. dua2 girls tido atas tilam yang sama.. peluk bukan main erat.. mulut bertemu mulut.. astagfirullah.. saya rasa bagus kawan saya pindah dari rumah tu.. satu family syco.. tak sangka zaman sekarang ni ada lagi orang mcm ni.. suka fitnah orang..

kepada yang nak cari bilik sewa tu.. saya nak pesan jgnlah terpedaya dengan orang yang nampak innocent ni.. sebelum pindah tu cari rumah yang elok.. kalau ada rasa tak best je.. pindah terus.. jgn tunggu nanti jadi mcm kawan saya ni.. baru 3 bulan nak kena pindah lagi.. tak sangka duduk dgn orang gila..

thanks sebab sudi baca email yang panjang berjela ni.. just nak cerita pasal orang melayu yang duduk kampung datang kl pastu rasa diri dah kl habis.. rasa diri dah besar habis sampai boleh caci maki orang.. dan fitnah2 orang.. sory kalau ada yang terasa tapi inilah realiti orang melayu.. suka jaga tepi kain orang.. suka fitnah2 orang tapi diri sendiri tak nampak kesalahan. mungkin kawan saya pun ada khilafnya.. tapi takdela sampai nak memperdajal orang mcm mana yang diorang buat kat kawan saya ni.. harap diorang akan terkena buku dengan ruas nanti..

Yang benar,
Izan

...................

Komen :
Aku kesal dengan penulis surat ni.Dia dah nampak adegan lesbian depan mata dan dia tak ambik video!Kalau ada video,dia boleh pegi jumpa "orang kuat UMNO" claim itu video Nurul Izzah dengan wanita mana-mana sedang berlesbian-lesbianan.Mana tau boleh dapat title Datin dan jadi ikon orang Melayu!

Hehe.Tapi secara seriusnya,nasihat aku,kalau nak duduk rumah sewa,duduklah dengan orang yang kau kenal.Member aku duduk dengan seorang mamat playboy di kondominium lima bilik dan tiap2 minggu mamat tu bertukar pasangan.Apa yang member aku mampu buat hanyalah mendengar esakan dan gelak2 manja minah2 Melayu gersang setiap kali proses zina berlaku.

Satu tips nak carik bilik sewa,tanya dulu yang dah menyewa situ,"Kalau saya bawak masuk boifren /gelfren saya boleh tak?" hanya sekadar untuk menduga bakal housemate anda.Jika dia kata "Silakan!I pun! macam tu.Sini jiran semua sporting!" jauh2kan diri anda dari rumah tu.

Disember 11, 2010

Berapa Banyak Gula Dalam Makanan Kita?


Sugarstacks.com telah menyediakan gambarajah untuk kita membandingkan jumlah gula dalam makanan dan minuman yang kita makan sehari-hari.Mungkin kebanyakan pengguna kat Malaysia ni tak menggunakan gula kiub tu dan aku sendiri tak sure satu kiub tu berapa banyak gula dia (aku assume satu kiub tu satu camca besar)




Kalau kita tengok,jumlah gula yang digunakan khasnya dalam minuman adalah terlalu tinggi jumlahnya dan akan mengakibatkan kita mengalami kencing manis,gigi rosak dan hipertensi.



Jadi,kalau ada makanan dan minuman yang anda gemari ada kat sini,bolehlah mula kurangkan jumlah pengambilan.



Ada banyak lagi sampel makanan dan minuman yang ada,jadi aku hanya ambik yang mana relevan dengan pengguna kat Malaysia dekat sini.Jagalah kesihatan anda.

Jika anda mempunyai tips atau masalah yang nak dikongsikan,emailkan dekat aku pengguna.genius@gmail.com atau ultramantot@yahoo.com.my

Oktober 28, 2010

Pengguna Genius : Balik-Balik Kedai Mamak!

Dear Pengguna Genius,

Saya nak story la jugak pasal satu kedai mamak ni. sebenarnya, patut ada pemantauan untuk kedai-kedai mamak ni. Dah la harga melampau, besar kepala pulak tu.

Cerita 1
Ada satu kedai mamak nama dia Baiduri. Dekat-dekat dengan Flat Impian Baiduri, Kg Tunku.  Kalo makan nasi campur situ, maka bersiap2 la korang duit at least rm12. tu pun dgn air sejuk je. Satu hari, kitorang gi makan kat situ. Bila dok memilih lauk tu, saya teringin nak makan sotong. so, amik la sotong tambah nasi, tambah sayur. Baik punya kena charge RM9.60. Mamak tu cakap sotong memang mahal. Saya tak puas hati, tapi tak sempat nak gaduh, sebab ramai yang beratur kat belakang nak amik harga makanan.  Kawan saya yang gi parking keta, datang lambat sket, beratur belakang, pun amik lauk yang sama dengan saya. nasi tambah sotong tambah sayur. Tau dia kena berapa? RM7.50

Ini suda lebey, favoritism! mentang-mentang la kawan saya tu ala-ala Lisa Surihani, bleh plak dia bagi murah. Masa nak gi bayar, akak pun bising la. Apsal harga super lain ni? Mamak tu cakap gini. "Tak payah bising2 la, itu bil kawan u angkat mari." Saya pun tunjuk bil dua-dua.. MasyaAllah, sekali dia potong jumlah bil kawan saya tadi dan tulis RM9.50. Dia tanya saya "Ada puas hati sekarang?"

Oleh sebab kawan-kawan lain malu dengan saya yang dah memaki hamun mamak tadi, diorang bayarkan je dan tarik saya keluar. Kurang ajor punya mamak. Yang tambah saya maki tu, kawan saya tak memasal kena bayar lebih.....cisss

Cerita 2
Ada satu kedai / warung mamak tepi jalan dekat dengan Sek Men (P) Sri Aman, Petaling Jaya. Warung mamak ni, rasanya tak kena bayar sewa kedai pun, dah dia buat tepi longkang je. Oleh sebab tokey dia, bapak sedara kawan pejabat, gi la try. Sekali makan nasi berlauk ayam goreng. RM7.80... memang hangin satu badan. Bukan lah mengharapkan dapat diskaun. diorang tu pun tak tahu saya ni sapa. berkawan dengan anak sedara ke pun, takde sapa peduli nya. tapi, bayangkan lah. memang kaut rapat. diorang tak bayar sewa kedai pun!!!!!

Cerita 3
Ada makcik ni jual nasi lemak dekat dalam warung mamak tepi jalan tadi, kalo orang melayu dia bagi murah contohnya nasi lemak + ayam +telur ada la dalam RM3.60 (khamis) tapi, bila chinese yang makan benda yang sama, (kitorang pegi hari Sabtu) dia kasi terbaik dari ladang RM4.50....    

Macam mana la nak maju kalo asyik cekik orang je. Jangan kata kedai mamak, paling best cekik orang, pemandu teksi. isyk


Kiriman 
Kakak Nur Azwa.

Komen : Aku tak makan kat kedai mamak kecuali sebab2 yang tak dapat dielakkan sebab aku tak pasti diorang mamak ke tak.Mamak kat Malaysia adalah golongan India Muslim,mamak yang kat kedai tu kebanyakannya adalah "mamak" dari selatan India.Masuk kedai diorang penuh dengan ayat Quran kalah kedai minum orang hardcore PAS.

Kirimkan kisah anda kepada pengguna.genius@gmail.com untuk berkongsi2 pengalaman consumerism anda.

Ogos 09, 2010

Pengguna Genius : Doktor Kucing Ku Suka Miao-Miao Dengan Ku

Minggu lepas saya bawak kucing saya pegi klinik haiwan di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Kucing saya kena infection dekat kulit dia. Jadi dah jumpa doktor dia bagi la ubat antifungal dengan syampu. Ubat tu untuk seminggu, lepas tu kena 'rehat' seminggu, lepas tu sambung lagi seminggu. Tu kira method of treatment dia la. Dia tulis dekat botol ubat tu tarikh dia 10/7/ - 16/7. Untuk hari Sabtu 10/7 tu doktor dah bagi time dekat klinik, jadi saya bawak balik la ubat untuk 6 hari seterusnya. Saya bayar RM55 untuk ubat dan consultation.

Pada hari Rabu 14/7 saya bagi ubat kat kucing saya tapi saya tengok ubat tu macam dan nak habis sangat-sangat. Memang tak cukup untuk sehari pun lagi. Sebab klinik tu dekat je, saya ingat nak singgah la waktu balik kerja suruh dia tambah ubat tu sebab mungkin dia tersilap sukat ke apa ke time dia bagi tu.

Sampa di klinik, saya explain la dekat pekerja belakang counter. Dia masuk lepas tu bawak keluar satu botol baru dan suruh saya bayar RM30. Saya kata saya nak suruh dia top up je. Maka dari sini bermulalah perbalahan. Dia kata diorang tak pernah silap sukat ubat, bagi lebih ada la. Lepas tu kata mungkin saya yang silap sukat waktu bagi ubat. Time ni memang dah marah dah. Silap saya sekarang diorang dah ambik botol tu jadi tak ada bukti ubat tu tak cukup. Lepas saya argue dekat situ dia kata kena jumpa doktor. Bila saya kata nak jumpa doktor dengan kerek nya penolong tu kata doktor busy. Saya tanya lambat ke sebab time tu dah nak maghrib jadi saya nak cepat dia kata "kalau nak cepat memang tak boleh la, doktor tengah busy".

Jadi saya kata saya balik dulu, nanti saya datang balik. Botol ubat tu ada dengan diorang. Malam tu saya datang balik, penolong tu still kata diorang bagi ubat cukup. Bila tanya doktor kata apa, dia kata doktor pun kata diorang tak pernah silap sukat ubat. Lepas tu dia keluarkan botol ubat saya dan tunjuk kat saya. Diorang tambah ubat!!! Dia kata ni botol saya kan, ubat dia cukup je. Marah nye!!! Nak tipu pun beragak la! Lepas tu saya kata nak jumpa doktor jugak. Doktor dia pulak perli-perli kata saya tertumpah kan la, apa la. Lepas tu dia kata "Ok la, kita tambah ubat la". So saya ingat dah settle la.

Jadi keluar balik kat kaunter depan tu, dia bagi 'botol lama' dengan botol baru. Botol baru tu memang lebih banyak ubat dari yang lama. Apakah??? Tapi lepas tu suruh saya bayar lagi RM15. Saya tanya la kenapa, dia kata memang doktor suruh. Time ni saya dah malas nak layan saya bayar dan blah je.

Saya tak paham kenapa diorang tak boleh mintak maaf lepas tu tambah je ubat tu. Susah sangat ke nak kata mungkin tersilap sukat. Tak boleh buat silap lansung ke??? Kenapa ada orang buat business macam ni ye?

Reza,
Bangi

Komen - Aku takde komen.Aku kurang arif mengenai doktor haiwan cuma aku sangat berminat nak tengok orang bawak lipas ke,katak ke,cicak ke,pegi klinik haiwan dan cakap kat doktor tu "Apa sakit pet saya doktor?Dia dari semalam tak lalu makan"


Aku nak tau berapa doktor haiwan akan cas untuk consultation camtu.

Julai 14, 2010

Pengguna Genius : Tips Membeli dan Memilih Rumah


Tips membeli rumah:

1. Beli rumah yang 60% siap untuk mengelakkan kes pemaju lari
2. Nilai kawasan jangka panjang bukannya jangka pendek.
3. Nilai rumah mengikut kemampuan semasa bukan kerana nak berlagak atau nak selesa
4. Selalu tengok promosi di akhbar dan lihat perancangan masa depan kawasan yang berhampiran. Mungkin rumah di kawasan yang berhampiran lebih sesuai daripada projek yang dipromosikan.
5. Lihat dan baca mengenai developer rumah dan track record mereka
6. Tahu apa yang anda mahu.Belilah rumah yang sesuai dengan perkembangan saiz keluarga anda.
7. Carik salesman yang bukan kaki auta.
8. Walaupun atap simen dan rata membuatkan rumah anda kelihatan futuristik,atap itu agak kurang sesuai untuk keadaan dan cuaca di Malaysia.

Tips memilih rumah:

1. Pilih rumah yang mengadap matahari terbit supaya cahayanya masuk membawa keberkatan sebelah pagi di pintu hadapan.
2. Kalau rumah tengah (teres) cari yang paling hampir dgn corner lot supaya senang bila kenduri kendara.
3. Kalau rumah teres, cari yang tidak berhadap-hadap. Senang parking kereta seberang jalan. Kalau jenis berhadap-hadap, ramai yang meneropong tingkap bilik yang terbuka.
4. Ada 3 jenis rumah secara general;corner,end dan intermediate lot.Mana satu terbaik?Terpulang kepada anda dan poket anda.Mungkin jika anda suka bercucuk tanam,corner lot lebih sesuai.
5. Untuk mereka yang sensitif mengenai anjing,sila cuba usaha dapatkan lot yang sesuai.

Terima kasih kepada saudara Bingai@Bangang.

Julai 13, 2010

Pengguna Genius : Membeli Rumah Adalah Satu Bentuk Perjudian Hidup Yang Tak Patut

Dalam seminggu dua ni,aku dengan isteri aku berjalan-jalan mencari location rumah yang mampu dibeli.Agak payah untuk membuat keputusan sebab bila beli dan berhutang lebih 20-30 tahun,benda camni memerlukan satu komitmen yang agak panjang.

Aku agak kecewa dengan sistem pembelian rumah di Malaysia yang tidak menetapkan developer wajib menyiapkan rumah sebelum dibeli,ini kerana risiko pembelian rumah tidak jatuh kepada developer.Risiko kerugian ketika pembelian rumah agak berat kepada pembeli,yakni,rakyat Malaysia.

Apa yang aku paham setakat ni,daripada yang aku belajar dan tanya-tanya,sesebuah projek perumahan baru akan dikeluarkan pelannya sebelum dirasmikan pelancarannya.Rumah tersebut sudah mampu ditempah oleh pembeli.Untungnya di sini adalah pembeli akan dapat membeli rumah dengan harga yang lebih murah kerana jika sudah pun dilancarkan atau memasuki fasa kedua (dan seterusnya) harga rumah akan melambung naik.

Apa yang terjadi pada aku dengan isteri aku adalah apabila timbulnya pressure daripada salesman developer yang mengharapkan agar aku dan isteri booking cepat-cepat rumah.Alasannya,"Nanti sudah launch naik harga maa!"

Jadi,apa risikonya kepada kami berdua nanti?

1. Bila dah letak booking dan loan dah approved,interest loan bank akan mula-mula sekali perlu dibayar walaupun rumah belum disiapkan atau siap untuk diduduki.Pernah tengok berita orang beli rumah tapi tak dapat nak duduk rumah sendiri tapi loan dah perlu dibayar?Itu adalah sebab developer lari tapi bank dah start mintak bayar installment.

2. Kalau-kalau aku dah letak booking RM500,katakanlah loan bank tak lepas,duit booking tu akan dipegang oleh developer WALAUPUN diorang tau loan bank kitorang tak lepas.

3. Sebab rumah yang ingin dibooking tu belum pun naik showhouse-nya,jadi gambaran mengenai rupa bentuk dan rekaan rumah tu hanyalah kelihatan dalam bentuk lukisan dan imej 3D.Kualiti dan hasil finishing nya tak nampak depan mata,semua bergantung kepada skrip2 dan air liur salesman tu.

4. Membeli secara buat tuli? Beli baju pun kita boleh masuk changing room dan try baju tu dulu.

Aku cukup marah bila undang-undang Malaysia ni tak berapa protect pengguna,dalam bab pembelian rumah satu-satunya benefit yang pengguna akan dapat adalah harga yang lebih murah jika berani beli awal dan gamble.Tak patut.Pembelian rumah adalah satu bentuk investment jangka panjang dan sepatutnya pelanggan dijaga haknya dalam urusan jual beli.Jika developer bankrap atau gulung tikar,tidak ada pun undang-undang yang menjaga kepentingan pengguna.

Ada orang yang mampu memperjudikan nasib beli rumah yang hanya ada dalam angan-angan diorang,terpaksa yakin dengan janji-janji kosong developer tapi tak semua orang mampu camtu,kan? Pengguna dan pembeli sudahpun memperjudikan nasib mereka apabila mereka menggamble-kan wang ringgit mereka apabila "melabur" ke dalam satu kawasan atau daerah yang kita sendiri tidak pasti akan "menjadi" atau tidak.Tak sepatutnya pembeli rumah terpaksa juga memperjudikan nasib mereka sama ada rumah yang mereka beli akan wujud atau tidak,puas hati atau tidak.

Tapi melihatkan kepada Perdana Menteri kita yang suka benar hal-hal berkaitan judi,mungkin nasib pembeli dan rakyat juga apa salahnya jika diperjudikan.Jika anda ingin membeli rumah,pilihlah developer yang mempunyai track record yang ok dan bertawakallah.Undang-undang tidak akan menyebelahi anda.Jangan biarkan salesman developer menakut-nakutkan anda.

April 14, 2010

Pengguna Genius : Nilai Sebenar Seorang Pelanggan Kepada Hypermarket


It's all about our CASH.

Diambil satu masa dulu di Jusco Taman Maluri tapi tak sempat nak post.

April 08, 2010

Pengguna Genius : Syarikat Kereta Sewa Larikan Duit Aku,Bank Pulak Dah Tarik Kereta Aku

Cerita ini dikirimkan kepada aku.Aduan di bawah tidak ditapis dan diambil seperti tulisan asal pengirim email.Aku tidak bertanggung jawab jika maruah anda tercalar atau bisnes anda terganggu jika cerita ini tidak benar.Jika benar anda terbabit,sila jangan lari dan bayar balik duit yang anda hutang.Aku tidak bertanggungjawab terhadap dengan kesahihan cerita ini.Bang,kalau ada salinan report polis tu lagi cantik.Baru bukti kukuh.

Jika anda mempunyai sebarang aduan kepenggunaan,sila emailkan ke pengguna.genius@gmail.com 

.............

Pada awal tahun 2008 aku diperkenalkan oleh rakan aku untuk melabor dalam syarikat ini. Dia telah melabor dalam awal tahun, selepas beberapa bulan aku pun terbabit sama..pelaboran nya adalah seperti berikut:

Membuat pinjaman bank untuk mengeluarkan kereta untuk dibagi sewa dan dikendalikan oleh syarikat ini.. Syarikat ini membuat kenyataan bahawa pelabor tidak perlu risau untuk mengeluarkan kenderaan, mereka akan bayar downpayment 10% kepada bank untuk mengeluarkan kenderaan.

Dia punya staf (Zaki) adalah agen kereta dari Raza Motor Gombak boleh mengeluarkan sekurang2nya 5 biji keatas untuk setiap org..So aku berilah slip gaji utk syarikat ini tengok.. dia kata boleh keluar naza ria ni...So profit bulanan aku akan dapat RM 400 sebuah selama 5 tahun. Dia pon uruskan dengan bank sebanyak 4 buah naza ria untuk aku dengan pinjaman bank 100 ribu lebih dengan bank berlainan.. aku pon setuju sebab naza full spec ...tak tengok pon kereta sebab percaya dekat boss dia si Areff (owner syarikat Cantuman Corporation) ni. Perjanjian nya dia akan bayar bulanan loan ke bank. beri profit kepada pelabor setiap bulan. saman kereta kalau ada beri kepada mereka, mereka akan bayar. roadtax dan insurans mereka bayar dan cukup 5 tahun kereta akan dijual dan ditukar nama kat bank.

Selepas genap setahun, profit aku dikurangkan menjadi RM 350..Aku sabar lagi. selepas 1 tahun 6 bulan(2009).. sampai surat bank kereta tak berbayar sebulan..aku tanya si areff ni dia kata ada masalah komputer so payment lewat sikit. Pastu bulan kebulan semua kereta aku ada sangkut kat bank 3-4 bulan..Semua pelabor aku tanya kereta mereka pon macam tu juga..kebanyakan kereta naza .. ada juga myvi.. bulan 12 (2009) kereta aku bank dah tarik..so aku tanya lagi bila nak buat keluar dia kata sabar akan dikeluarkan. Bulan Feb ada bank mengeluarkan surat saman ke mahkamah untuk aku kerana tak bayar loan kereta kat bank. pada bulan mac aku semak kat bank kereta aku yang ditarik oleh salah satu bank, itu dah pon dilelong. aku pon fed up.. ambik semua kereta bagi sebanyak 3 buah ni.tapi kat bank ada 5 bulan tak bayar tak pe le aku kata.kereta tu kena tarik kat tangan aku puas hati.

Si Areff ni dengan bangga nya kata jangan dengar cerita orang, dia janji akan bayar, rupa2nya kekawan aku pon kereta mereka ada dah kena lelong. sehingga hari ini ada lebih kurang 40 buah kereta dari pelabor lain termasuk aku dah kena lelong. Harga kena bayar kat bank linkungan 50 ribu lagi..

Kalau tak percaya tanya bahagian (Hire Purchase) Maybank Ampang, RHB islamic jalan Ipoh, Ambankbank Yap Kwan Seng, pihak bank pun ada berjumpa sendiri dengan Areff (Cantuman Corporation) ni. Si Areff ni bongkak kata dia akan bayar semua kereta pelabor tu..Yang kesian kawan aku , hari ahad kereta nak kena lelong, jadi aku terbaca surat khabar pada hari Rabu sebelumnya. dan aku bagi tau dia. Dia pun telefon si Areff jahanam ni, dengan gigi lembut si Areff ni kata tak pe le syarikat akan bayar pada hari khamis jgn bimbang. Last2 hari Ahad tergadai jugak..

Aku semak dgn RAZA MOTOR gombak, mereka kata syarikat ini ambik kereta tak bayar pon 10%. Banyak nya mereka untung dalam 10 ke 20 ribu sebuah kereta patutlah boleh bayar profit dan loan bank untuk setahun sahaja.. Harga kereta aku lebih kurang dalam 70 ribu lebih shj bukan full spec. Aku pon check Syarikat ni ( tak de pon nama si Areff ni).. Aku cakap kat member aku kena tipu kita ni Aku ada le tanya staff mereka nama nya Che Wan dan Zaidi (org yang mengeluarkan kereta kalau ada penyewa), mereka kata tiap2 hari bawa balik duit sewa. Kalau Naza Ria boleh bagi sewa dalam RM 2500 sebulan. Aku pon hairan kenapa Si Areff ni buat naya kepada aku dan kekawan..Kekawan aku ada buat report polis...pada bulan feb dan ada buat repot polis pada mac.. sebab kawan aku cakap polis cakap polis akan siasat sehingga hari ini. namun tiada apa yang polis buat kot. Kebal mereka ini kot.

Aku dengar berita, ada pelabor lagi akan masuk untuk melabor..Tu aku tulis benda ni supaya orang lain tidak terpedaya..Sebab polis pon tak ambik tindakan..(nak cerita ada lagi panjang)

Ni nama syarikat yang menipu tu (duit mark up kereta dalam 10-20 ribu) patut la boleh beli rumah bertingkat2.

Cantuman Corporation
Suite 1029-B, Fasa 2B-2, Jalan Samudra Utama,
Taman Samudra, 68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan
dia laki bini

Nama pembelit : Areff b Ariffin (owner)
Bini dia : Mas Ayu bt Abdullah (executive account)
Staff : Zaki b Mohamad(operation manager)

from,
Anuar
Kuala Lumpur

Mac 25, 2010

Pengguna Genius : Boikot Kedai Mamak!

Aku tak suka kedai mamak lepas satu kejadian di mana aku nampak tukang masak mamak tu buang hingus dalam sinki kemudian sambung goreng balik mee goreng.Jadi sedaya upaya aku elakkan kedai mamak.Tapi kadang-kadang bila aku nak makan nasik putih malam-malam,kedai mamak aje yang ada.

Dengan harganya yang melampau dan tak munasabah,aku masih cuba mencari kenapa kita suka lepak kedai mamak tak kira lah pagi,petang siang malam.Kalau lepak time pagi2 aku nampak la sebabnya tapi siang-siang pun aku tengok penuh jugak.

Dahlah sekarang ni kedai mamak tu dah tak berapa layak nak dipanggil kedai mamak pun.Dah tak mamak pun.Pelayan pun import khas dari India dan tak paham langsung apa benda yang diorder. Presiden persatuan restoran India Muslim complain kata orang local tak nak kerja dengan diorang sebab tu ambik pekerja luar nak tampung kekurangan.Berapa sangat la gaji nak dibaginya.Baik kerja kat Giant ke.RM750 sebulan.

Aku marah betul bila aku bayar nasik aku hari tu.
Aku ambik nasik putih,ikan sardin seketul dengan pedal ayam 3 ketul.Berapa kena?RM5.40.Aku sound balik "apasal mahal?Sardin je?" Dia bukak nasik aku balik,tengok sekejap,dia bagi diskaun 40 sen.

Celakalah kau kedai mamak yang aku maksudkan walaupun aku tau kau memang orang Islam.Tapi walau kau Islam dan aku pun Islam,dalam perniagaan ada had untung sebelum jadi riba.Ada beza cekik darah dan ikhlas nak berniaga.

Asal Islam aje mesti support la kononnya...orang Islam buat apa pun ok!
Support support!

Mac 19, 2010

Pengguna Genius : Kakitangan Hospital Sabak Bernam Tidak Bersemangat 1Malaysia

Assalamualaikum wbt n Salam SejahteraSha baru baca blog,ada nak mengadu pasal hospital goverment di Sabak Bernam.Servis dari pentadbiran,doktor,sampai la jururawat totally out!

Sepanjang Sha stay sana 7 ari (pasal anak demam panas+tarik+pnuemonia) servis bad.. tempat pack... then PR out ...uis kecewa...now kan tgh wabak H1N1.. all them buat keje sambil lewa..minta la pantau... ada yang menunggu berjam-jam.Sampai teruk pun x panggil2 turn..

Ada yang dh register tp x panggil2,bila Sha ada di wad kecemasan lihat staf disitu melepak sembang sampaikan patient tuh hilang sabar...knp x dipanggil2...walhal tiada orang...

Sha dah buat pengaduan yang sebelum2 ni pun ada buat email kepada kementrian kesihatan pasal ada doktor ni memang biadap etc..btw bila kebetulan buat rawatan..aik dok tecongok kat situ..

Ada la 1 masa 7 hari stay hospital, Sha ask certain2 mak2 ayah yang waiting anak dia..all say sama..diorg just kata "kita tiada pilihan la" ..if ngadu pentadbiran, they back-up staff.So,apa nak kata..? Hospital kerajaan untuk orang awam ...btw servis out...PR out... sapa nak ngadu?? Ingat kami ni lembu ka..boleh ckp suka hati..tolak sana sini..sapa nak jawab??

Kiriman,
Sha 
Sabak Bernam

Komen : Ada satu malam,aku bukak TV tengok rancangan "Aduan Rakyat" kat TV3 (Bagus rancangan tu,sesuai untuk orang2 yang tak puas hati macam aku ni).Cerita pasal Klinik Kesihatan kat pekan Sungai Besi yang sempit,tak cukup kaki tangan dan tak strategik langsung lokasinya (tak strategik kerana pembangunan yang tak terancang..biasalah...Malaysia).Ada seorang perempuan India yang berumur bila ditanya,"Kenapa tak pegi HUKM (kat Bandar Tun Razak).Situ kan selesa?"

Jawab dia,"Aiyoyo,macam mana saya mau pigi sana?Saya kereta tada,bas pun datang sini sejam sekali.Anak sakit mau tunggu bas sejam dua jam macam mana?"

Wartawan pegi Kementerian Kesihatan dan jumpa Menteri Kesihatan sendiri nak dapatkan feedback pasal Klinik Kesihatan Sungai Besi.Apa yang menyedihkan?Bilik menteri kesihatan tu sama besarnya dengan klinik kesihatan tu.Negara jenis apa kita ni bila rakyat yang sakit terpaksa berdiri sejam dua sebab klinik kesihatan tu hanya mampu letak tak lebih 10 bijik kerusi dalam klinik tapi pejabat menteri kesihatan sebesar klinik tu tapi dipenuhi dengan hiasan cantik dan barangan antik?

Fikirla.Adakah menteri2 kita deserve di treat macam itu bila seorang nyonya tua dengan ibu mengandung dah macam nak terberak berdiri sementara nak tunggu masuk jumpa doktor kat Klinik Kesihatan Sungai Besi?

Mac 18, 2010

Pengguna Genius : Pizza Hut Alamanda,Putrajaya Servis Asal Boleh,Tak 1Malaysia

Assalamualaikum

Kisah ni berlaku tahun lepas. Aku & isteri memang selalu jalan2 kat alamanda ni sebab kitaorg memang duduk Putrajaya; selalula try kedai2 makan kat sini.

Ada 3 incident yg melibatkan Pizza Hut Alamanda

Emm..sedapnya beef pepperonni itu..

1. Pizza yang diorder ada sehelai rambut yang melekat kat atas pizza. Nak kata rambut aku, takkan le pulak (sebab aku tgk rambut tu dah melekat dalam pizza tu). Bila aku sound kat manager, dia cuma minta maaf je. At least bagi le kupon ke, pizza free ke.

2. Incident ke2, kitaorang memang selalu bungkus pizza bila tak habis. 1 hari (tahun 2009 jugak) bila tak habis makan, aku panggil sorang pekerja tolong bungkuskan left over. Dia ambik & bawak untuk bungkus. 10 minit, 20 minit, 30 minit kitaorang tunggu tak sampai2 gak. Bila aku tanya salah seorang staff & cakap apa yang terjadi, dia panggil staff yang ambik utk bungkus makanan aku. Mati2 budak tu tak mengaku dia yang ambik & bungkus makanan aku. Last2 dapat le 1 pizza free cos one of the staff kat situ perasan yang budak tu memang ambik makanan dari aku utk di bungkus.....

3. Incident ke-3. Macam biasala. Servis lambat yang gile babi. Aku dah order, tunggu dekat 1 jam tak sampai2 lagi pizza. Sedangkan customer yg datang lambat dari aku dah nak siap makan. Bila aku tanya manager in-charge, dia cakap staff dia tak jumpa nombor meja aku (bull-shit punya alasan) Last2 dapat la 1 baucer free. Oh ye, servis lambat ni bukan kat alamanda je, kat Pizza Hut The Mines @ Seri Kembangan pun serupa. My wife & aku nak tgk midnight movies kat cinema. So, sebelum tu kitaorang makan2 dulu kat pizza ni. Lebih 1 jam jugak tunggu, tak sampai2 lagi. Last2 bila aku tanya, baru diorang hantar. So, aku dgn wife aku makan secara sentimental sampai kedai tu nak tutup kitaorang tak habis makan lagi.

kiriman,
helmi
putrajaya

p.s: by the way, blog cursingmalay memang best. aku nak linkkan dalam blog aku, boleh?


Komen : Boleh aje nak link.Isteri aku beli kebab kat RnR Tapah menghala ke Selatan,ada lalat mati dalam tu.Dia ingat daging masak black pepper,cuma peliknya daging tu ada sayap.Nak tergigit dah dia.Adalah dalam seminggu dua aku tak mampu nak bagi isteri aku cium aku. "Pegi cuci dulu bibir tu pakai Dettol!" kata aku.

Segala aduan mengenai komplen kepeggunaan anda,bolehlah dihantar ke pengguna.genius@gmail.com. Aku sedang dalam proses memindahkan & menyatukan blog Pengguna Genius itu ke dalam sini  kerana aku nak memudahkan kerja aku.

Julai 19, 2009

Hostelku Menyerupai Filem "Hostel"

Aslm.

Its rare for me to write compains to blogs really so here it goes. I live in an off-campus hostel 'provided' by LIMKOKWING Uni (which I still have to pay for it myself but thats a different story) called Desaria Villa Condominium managed by Pantas Mayang. The thing is, with international students around, the dobby and convenience store and the rest believe that it is a must for them to follow the international pricing as well. I'll just list the problems we especially locals have to face.

* Extra 50 cents for phone credit.
* One not so huge banana is 60 cents each! ( I don't buy but watching other do...) Seriously, pricing there is just hell.
* 1 hour in CC is RM3.00 and some pcs have no proper plugins
* No visitors after 10, almost acceptable since being students we usually have to burn midnight oil with our group projct but damn, we have to book room for parents (RM70+) just for a night stay?
* Nepalese Guards - hitting students, ignoring complaints, mengorat etc
* Bus Driver - Too fast(others seems to be fine with that though), some are just rude like not stopping or purposely make us run for them.
* Food quality (and price) sucks.

**The next closest shop is 30mins walk from the apartment and..we're just students so many choose to live with it and keep the annoyance to themself. I'm now waiting for NCCC to react to my compaint though I don't hope much.

Sincerely
I Yean

Cavenzi Lagi!


Bro,

Aku mmg panas berapi dengan Cavenzi dekat Tesco Extra, Plentong. Aku nak kawin 3 Julai 2009. Pastu dalam bulan 12 2008 aku ada pegi Tesco Extra kat Plentong, JB nie. Baru bukak dalam sebulan laa. Saja tgok ada aper2 yang best. Sampai2 sampai belek2 ada laa satu katil dekat Cavenzi aku ngn tunang aku berkenan nak beli, harga tak mahal dalam 1200 ajer. Tp yang aku nak tilam dier sebab tilam dier ajer dah 1200 gak. Kira set bilik tido campur tilam 2400 laa camtu. Bayar deposit dulu 50% pastu monthly aku bayar laa abiskan.

Dalam bulan April 2009 aku dah abis bayar. Masa tu aku inform diorang suruh hantar kat umah tunang aku dalam hujung bulan May 2009 sebab nak kasi mak andam n wedding planner tgok bilik pengantin camner nak hias.

Hujung bulan May dah sampai, katil aku tak sampai2. Aku call Cavenzi punyer showroom, kata stock ada kat warehouse, warehouse tgh process. Tunggu2 punyer tunggu kata 10 Jun nak hantar. Datang 10 Jun, mak mentua aku tunggu katil, takder orang datang. Sampai malam orang tua tu tunggu. Sian dier takleh berjalan. Aku call lagi Cavenzi punyer showroom, dier kata tatau aper Warehouse buat. Aku mintak no telepon warehouse, warehouse Cavenzi tu kata dier kata, dapat instruction hantar 17 Jun. Aku deal dengan warehouse, hantar 17 Jun. Dier hantar tapi problem katil sampai, almari sampai, bantal ada, tilam takder.. tapi orang warehouse Cavenzi ni considerate. Dier tau diorang takder stock tilam, dier bg aku tilam lain yang murah sikit sementara.

Lg 10 hari aku nak kawin, aku tunggu2 tilam aku, tak sampai-sampai. Aku call Cavenzi punyer kedai aku beli tu, aku tanya dier mana tilam aku. Dier boleh kata takder stock, kene tunggu sampai hujung Julai. Aku punyer hangin, aku mintak duit balik. Memula dier kata dier nak bagi, belakang dier suruh aku call balik dier kata dier nak bayar balik kat aku pakai check. Banyak cantik, aku bayar full cash dier nak bayar aku pakai check. 4 hari baru clear pulak tu. Aku nak kawin lagi 10 hari, bagi aku check nak clear 4 hari, sempat ke aku nak beli tilam lain lagi 6 hari? Dah laa tu, dier boleh kata ini prosedur diorang. Diorang punya prosedur diorang ikut, aku punya prosedur taknak lak ikut.

Bila aku tanya dier kalau aku amik duit, tilam dier dah hantar kat umah aku nak campak mana, dier boleh terkejut. Dier tak tau yang kat rumah aku ada tilam lain sebijik dier bagi untuk cover tilam aku yang tak sampai2.

Last2 dier cakap dengan aku dier nak hantar hari Jumaat nie. Kalau dier tak hantar aper aku nak buat? Kawan2 aku bg cadangan, malam pertama kau nanti atas lantai ajer laa...

Tu pasal aku nak cakap yang kedai perabot murah dan banyak cawangan macam Cavenzi nie tak boleh percaya dengan diorang punyer show room. Dekat showroom lawa kemain, dekat warehouse dah berkulat. Pastu warehouse dier dengan showroom macam tak tahu buat keje sama2. Aku suspek kalau kau pegi Cavenzi ker, Court Mammoth ker sumernyer warehouse sama ajer. Yang beza, Cavenzi ada lain sikit almari dier. Sebab tu kalau kau pegi Court Mammoth ke kau akan perasan ada perabot tu katil dier sama macam dkat Cavenzi, tp almari dier design lain sikit ajer..

Khairi Khamsah

Komen - Hehe,carik katil eh?Nak buat apa atas katil tu bang?

Yang aku perasan,memang kebanyakan kedai perabot kat Malaysia ni ambik dari supplier yang sama,kecuali beberapa tempat yang ada brand sendiri,mcm Ikea atau brand2 lain yang mahal2 belaka.Yang membezakan dia hanyalah harga dan pakej yang ditawarkan. Sebab kalau usha2,pakej yang ada harga sama aje semuanya.

Februari 15, 2009

Air Limau Lebih Mahal Daripada Minyak

Komplen daripada Mrs.NR:

Hi… dah berbulan nak menulis tapi agak kesuntukan masa, lagipun tak jumpa cari mana pegi scanner. Hehe. So here goes…

On Sunday, 3 January 2009 my husband and I spent our afternoon at Fitness First The Curve, Mutiara Damansara… lepas dah workout tu lapar pulak rasa… malas nak makan luar sebab dah plan nak masak nanti kat rumah…

so to cure my hunger pang we went to this bakery,to buy 1 sausage bun, 1 egg tart and 1 drink, and to my surprise, this is the amount that we have to pay…

Can you believe it? RM 4.50 for a bottle of drink, that costs only RM 2.00, kat kedai 7-Eleven kat sebelah tu. (lepas dpt receipt trus pegi check harga that bottled drink kat 7-E) The same exact drink!!! Do your own calculation. So, kami berjanji takkan beli apa-apa air kat kedai tu dah.


Komen - Harga memang cekik!Tapi tu memang taktik biasa mana2 kedai makanan aa,jual air botol yang dah mark up price gila-gila.

Apa yang aku buat,contohnya kalo aku makan kat kedai yang air dia mahal,aku gi beli air dulu kat kedai runcit.Sebab katakanlah aku order air soya,satu gelas Rm3.Aku beli kat kedai runcit,satu tin RM1,50.Takde beza.Yang beza tu cuma dia tolong tuang dan taruk ais.Tak pernah pun aku kena sound sebab buat camtu walaupun aku makan kat kedai.Mungkin sebab diorang takut tengok aku kot...

Jadi,Tips untuk hari ini -
Biasanya air2 botol dan tin yang dijual dekat bakery memang mengarut harganya.Jangan beli kat situ.Cuba carik alternatif lain.Beli makanan mcm roti,OK..beli minuman..jangan.Sebab minuman ni diorang pandang macam side income.Kalau ada orang beli,ok,takde pun takpe.Jadi,price tu agak tak berapa nak dijaga.

Selalunya bakery2 ni,diorang mark up harga tinggi sebab barang tu datang kat diorang sebagai end customer,maksudnya harga air diorang beli tu sama harga dengan apa yang kita pelanggan biasa beli.Diorang gi supermarket,beli ikut market price.Pastu jual.Sebab aku pernah nampak dekat satu bakery ni,diorang bawak plastik Carrefour,dalam tu penuh air.Susun dalam peti sejuk dan jual.Satu bakery kat Alamanda.Carrefour ada sebelah tu aje.

Harga?Melambung tinggi sebab nak cover kos bawak beberapa meter tu.

Februari 03, 2009

Mr.Tony Fernandez,Sila Baca Ini dan Sila Bagi Reason Yang Munasabah

Mantot, ini aduan aku.

Abg ipar aku pernah tertinggal flight Air Asia, bukan pasal die lambat check in, tapi sebab masa yg diambil utk beratur check in ticket mmg lama, macam nak beli tiket bas plak..

And then bila dah beratur lama2 tu, tutup lah masa checkin, tutupkaunter trus, tanpa ragu2 atau prihatin terhadap org yg masih beratur..

Dibiar terkapai2 walaupun bukan salah sendiri..

Pastu suh gi kaunter pertanyaan / aduan, kene beratur plak kat situ,mmg panjang la barisan nya.

Nak kejar flight yg masih blom terbang, die cutting la jap,sebab nk rush, alih2 org kaunter marah2 die sebab cutting, marah dgn sgt kereknyer, siut tol!

Last-last, kene beli tiket baru on thespot, mahal gila2.

For information, LCCT berjaya mengantoi kan org lambat/ tertinggal flight sebanyak 30 org sehari.

then dgn cara ini semua org kene beli tiket baru dgn harga yg mahal gile.

Air Asia lam sokkabar kan main lagi berkhidmat utk pelanggan, tapi sebenarnya hanya mencari keuntungan berganda.

hampeh!

Komplen daripada Dinsman.

Komen - Banyak betul komen/komplen pasal Air Asia ni.Kalau si Tony Fernandez terbaca,tolong komen sikit ye.Ramai sangat dah ni.

Januari 20, 2009

Rasa Sedap Membasuh Mulut?

Menurut kajian yang baru-baru ini dikeluarkan oleh Dental Journal of Australia,pencuci mulut dalam bentuk cecair seperti Listerine,Colgate dan sebagainya menyumbang ke arah risiko kanser mulut (oral cancer)

Dulu aku pakai lepas tu aku stop.Baru-baru ni ada aku beli Listerine hijau satu botol sampai sekarang aku tak bukak2 lagi.Takut lak aku baca ni.

Dah la aku hisap rokok,tambah pulak dengan mouthwash yang merbahaya ni menyebabkan aku jadi trauma.Cukuplah hisap rokok menyebabkan risiko kanser lain.

Aku sekadar cuba meminimakan risiko kanser aku.Hehe.

Link
ABC News Australia
3News New Zealand

Bila aku baca aku baru sedar,rupanya semua tu alkohol.Jadi,apa status halal haram dia?Logo halal mana ada.