1) Sesiapa yang berada di luar ajaran Kahfi ni bukan orang Islam
2) Orang yang mengikut ajaran hanya boleh memperisterikan mereka yang dalam ajaran.Jikalau bakal isteri tidak ikut,wajib diajak masuk dulu sebelum berkahwin.Kes ini benar2 terjadi dan aku ada kenal seorang dua
3) Tidak perlulah anda menyelamatkan ibu bapa anda daripada kecelekaan (pada mereka Islam di Malaysia bukan Islam sebenar) kerana mereka tidak boleh lagi diselamatkan.
4) Bila dah sampai tahap2 tertentu,tidak perlu lagi bersolat,cukuplah anda menyebarkan ilmu agama dikalangan pengikut taraf bawah
5) Puasa?Zikir?Semua tu tak perlu.Yang penting amalan2 kita semasa mengajar ilmu agama di rumah2 kedai.Cukup untuk membersihkan dosa,cukup untuk jalan ke syurga
Banyak lagi la undang2 dia.
Macam mana nak kenal Ahli Kahfi:
1) Mesti malam2 selalu hilang dari jam 8.30 sampai ke 12:00 malam
2) Malam2 pakai baju kerja (kemeja)
3) Duit selalu hilang tatau ke mana
4) Bercakap macam orang pandai agama tapi tak solat pun.
2) Malam2 pakai baju kerja (kemeja)
3) Duit selalu hilang tatau ke mana
4) Bercakap macam orang pandai agama tapi tak solat pun.
Apa yang aku boleh bagitau,berhati-hati dengan orang2 sekeliling anda.Mereka ini sangat pandai berahsia.Kalau ada kawan2 anda yang selama ni solat tak pernah cukup tapi tetiba duduk dalam bilik dan baca tafsir Quran,berwaspadalah.Kalau tiba2 ada kenalan anda yang mengajak anda join kelas agama,tanya dulu di mana.Wujudnya ajaran ni telah menyebabkan berpecah belah kawan2 kerana pada pengikut ajaran ni,mereka akan memandang anda seumpama anjing kerana kita bukan orang "Islam"
Jadi,pada aku persoalan aku kebelakangan ni memang dah terjawab.Kenapa ada jugak orang yang percaya dengan kepimpinan UMNO padahal dia tau banyak benda yang tak betul berlaku?KAlau ada orang Islam boleh percaya pasal Rasul Melayu dan Ajaran Kahfi yang ada negara Islam dekat negara yang ada 4 musim,tak mustahil,ada orang boleh terima politik UMNO.
Tujuan aku menceritakan pasal benda ni sebab aku nak anda semua aware.3 minggu lepas,aku berborak dengan member aku sorang ni.Dia ada bukak kompeni dengan share partner dia,masalahnya share partner dia dah kebas habis duit kompeni 2 ratus ribu.Selidik2 rupa-rupanya share partner dia ni menggunakan duit2 tu untuk membiayai Ajaran Kahfi ni.Dia bagitau aku "Tot,lepas jadi benda ni,ni lah first time aku dengar pasal ajaran sesat ni."
Aku terdetik nak cerita sebab aku tau pasal benda ni dan aku rasa ni tanggungjawab aku kena bagitau supaya takde lagi pemuda2 macam aku termasuk dalam ni.Aku solat 5 waktu tak lengkap pun dan aku pun bukan tere bab2 agama ni tapi aku ceritakan ni sebab aku tau pasal benda ni dan aku nampak ramai lagi orang tak tahu.
Apa-apa soalan atau komen,post la comment anda.Kalau anda ahli Kahfi ni dan terbaca post aku ni,kalau rasa2 tersedar,baguslah.Ajaran ni hanya menggunakan dan memutar belitkan akidah anda untuk mengaut keuntungan duit free.
Untuk bacaan tambahan dan ilmu
Ajaran Pemuda Kahfi
Pemuda al-Kahfi
Ayuh Banteras Kahfi
Akar,Buah,Batang
Sehingga sekarang ni Ajaran ni masih bergerak bebas secara underground.Sangat2 sukar dikesan kerana tiada sesiapa pun termasuklah ahli2 nya juga yang mengetahui siapa "Kepala" kepada ajaran tersebut.Mungkin mereka yang terlibat ni kawan baik anda,adik anda,abang anda,kakak anda,suami anda,isteri anda..mereka sangat2 berahsia dan sangat2 pandai menutup jejak.
Jaga-jaga dan hati-hati.
Sekali sesat jalan kita boleh patah balik.Bila hati kita sesat,susah nak dipulihkan semula.
Gambar sekadar hiasan