Julai 10, 2008

Sebuah Cerita Cinta Monyet Bab 03

Cerita ini adalah Bab 03 daripada sebuah cerita panjang.
Klik untuk Bab 01 dan Bab 02 (Khas untuk mereka yang jiwang)

Nurul.Nurul.Nurul.

Dalam kepala otak aku,itu ajelah yang ada.Aku dah tak mampu berfikir lagi lepas2 tu.Time makan pun teringat dia.Time tengah nak tidur pun teringat dia.itulah first time aku rasa apa yang orang kata "jatuh cinta" tapi macam biasa aku layan jiwang sorang2 je la,bertepuk sebelah tangan.

Hari ke 3 kami semua telah diarahkan untuk menjalani aktiviti jungle trekking.Grup leader aku pun lead la grup kitorang melalui Hutan kat situ.Aku duduk belakang sekali,alasan aku kalau ade sesape jatuh aku boleh tolong.Sebenarnya sebab aku gayat nak panjat dan turun bukit,kalau aku jalan depan mesti traffic jam sebab aku turun bukit sangat slow.

Aku ada la cuba tegur Nurul,rasa2 aku dia ade kutuk aku kot masa tu,"Ko ni larat ke tidak nak naik bukit tu?"Mungkin dia serius masa dia mengutuk aku tu tapi pada telinga aku semua ayat2 yang diluahkan dia adalah puji-pujian yang indah dan ayat2 romantik.

Lepas habis jungle trekking kitorang pun balik ke asrama dan salin baju nak solat zohor.

Petang tu ada repelling pulak.Huish,aku dah menggeletar masa tu sebab aku takut tinggi.Cilaka punya BTN,takleh ke dia buat aktiviti lari dalam guni ke,main batu seremban ke,nak gak buat repelling?Kepada yang tau,repelling ni adalah turun menggunakan tali dari satu level yang agak tinggi tapi ada dinding la depan kita.

Masa grup kitorang sampai dekat tempat repelling tu,tengok dah ada grup lain tengah buat.Adalah sorang mamat budak sekolah sains ni.Nama dia Nasa,star sukan sekolah.Player ragbi KL masa tu,badan memang bagak dan bicep pun tersembul keluar.Aku pun berdiri la tengok dia buat mcm mane sekali ngan grupmate aku.Masa tu kedengaran la ada beberapa budak perempuan ni yang berbisik2 kagum dengan kegagahan si Nasa ni.Nurul tu pun masa tu punyalah kagum dia tengok si Nasa buat,muka pun melopong je.

Cess..takleh jadi ni.Kitorang pun naik la atas tower tu,tinggi jugak.Aku masa tu sebab Nurul ada aku terpaksa buat2 muka konfiden.Hati lain cerita.

Bila sampai turn Nurul,dia suruh aku pegi dulu,dia nak duduk atas tu lagi.Aku pun ikat la tali2 safety tu dan bertenggek la aku dekat tepi dinding tu ready nak turun."Aku mesti buat lagi macho dari Nasa tadi!Yearghh!"fikir aku dalam hati.

Aku lepaskan tali aku dan turunlah aku dalam 2 meter camtu,tetibe tali tu tersekat dan aku pun tergantung-gantunglah di udara dalam 10 meter dari tanah.Siap trainer BTN tu gelakkan aku padahal tu salah dia sebab salah setting aku punye tali.Aku pun ditarik balik ke atas dan diorang betulkan la tali safety aku.Nurul hanya mampu menggelakkan aku dari dekat.Cilakak punye awek.Nasib baik aku minat kat ko.

Akhirnya berjaya lah aku me-repelling ke tanah.Aku pun masa tu menjadi agak malu sebab aku sorang je kot yang tali die stuck terus balik ke hostel.Nurul pun dah takde dalam kepala hotak aku.Aku cuma fikir nak makan.Aku serabut masa tu sebab memang malu kena gelak dengan awek2.

Malam tu makan agak sedap.Aku ngan member aku sorang ni dijadikan sebagai AJK Dewan Makan.Tugas AJK dewan makan adalah untuk memastikan setiap orang dapat makan dan membaca doa sebelum makan beramai-ramai.Malam tu turn member aku tu baca doa.Dia pun melangkah lah dengan konfidennya ke depan,nak baca doa.

Semua student pun angkat tangan nak mula berdoa.

"Bismillahirrahmanirrahim.Allahummaba....."Dia diam kejap.Nampak cam kaget,kaku.

"Allahummabaaaaa......Fiima rozakhtana..."Trainer2 pun dah jeling2.Budak-budak lelaki pun dah senyum2.Awek2 pun dah sengih2.Member aku berpeluh2.

"Allahummabaaaaa....."Memandangkan semua orang masa tu dah lapar,cepat2 trainer suruh seorang budak sekolah agama bangun dan ganti member aku ni.Ces,kantoi doa makan pun tak hafal.Buat malu sekolah je,hahahaha.Mungkin gemuruh kot.Dari situ lah lahir legenda "Allahummabaaa.." dikalangan semua student2 yang ada kat situ.Tiap2 kali kitorang ada reunion mesti ada terkeluar lawak "Allahummabaaa" ni.

Kitorang pun selamat makan.Lepas tu ada ceramah agenda2 "Racun kerajaan."Yang aku paling ingat ada fasilitator ni bagitau bawah Highway Utara Selatan ada pengkalan tentera rahsia kalau2 negara kita kena serang.Masa tu aku memang percaya habis.Kagum betul masa tu dengar cerita2 bagaimana bestnya kerajaan kita.

Masa tu,kepala otak aku tak berapa ingat dah si Nurul,entahlah kenapa.Mungkin sebab masa pun makin suntuk dan aku dapat dengar dari beberapa orang budak lelaki sekolah dia yang dia dah ada minat kat sorang mamat.Nama mamat tu tak silap aku Reza dan aku diberitahu yang mamat Reza tu ada jugak sekali dalam kem BTN tu.

Bila esoknya aku try carik mana satu Reza ni.Huish,hensem gak,bole tahan.Pakai spek,kurus dan agak tinggi.Masa tu aku jadi down sama ada nak approach betul2 si Nurul ni ataupun tak.Ye lah,aku banding2 diri aku ngan mamat tu,siapalah aku ni.Aku buat conclusion takpelah,cariklah awek lain dekat sekolah lain.

Last day,sebelum kitorang bertolak balik,kitorang pun berkumpul lah dalam dewan.Ada ucapan2 dan amanat yang disampaikan oleh tah sape tah.Aku tak berapa dengar sangat masa tu sebab aku diri kat belakang.Apa yang aku buat masa tu hanyalah tengok Nurul dan tengok Reza."Humm,nampak sepadan..."fikir aku.

Bila nak balik tu,kitorang pun tukar2 la alamat.Nurul ni pun datang la kat aku dan dia bagi aku satu kertas.Ada nama dia,kelas dia dan alamat sekolah dia (padahal sekolah aku ngan dia sebelah2 je).Aku belek2 kertas tu dan ada dia tulis satu benda yang aku tak paham.

"Apa benda awak tulis ni?"tanya aku.
"Cuba baca apa huruf yang saya tulis tu"jawab dia.
"BSURSICUB4"aku baca la.
"Hah,dapat tak?"tanya dia lagi.
"Aaa...dapat2.Terime kasih!"

Kitorang pun diarahkan bersurai dan tunggu bas sekolah kitorang datang.Bas sekolah aku datang awal dan ini bermakna aku akan blah dulu sebelum Nurul.Driver pun bukak pintu bas dan kitorang pun berebut2 la nak naik bas.Aku naik dan duduk la dekat seat aku.Member aku seorang bernama Rompa pun datang la kat aku."Huiyoo,kau dapat kontek Nurul eh?Apa lagi Tot!Tulis surat!"

Aku senyum je la.Aku pun tak sure apa aku akan buat lepas hari tu.Yang aku tau aku akan terus menjadi diri aku.Sebab itu yang Nurul pesan kat aku.Aku rasa hepi gile masa tu walaupun aku sedih sebab kursus BTN tu dah abis.Ada can lagi ni.Tah sampai mana la fikiran aku melayang masa tu.
Aku tersangat hepi hari tu dan otak aku penuh dengan imej Nurul.Member2 aku pun aku nampak mcm Nurul.Ustaz aku pun aku nampak macam Nurul.Aku janji ngan diri aku aritu,aku akan tulis surat kat dia.

"Be As You Are As I See You Before" dan aku pun senyum sepanjang perjalanan ke KL.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahaha. tot.

"Member2 aku pun aku nampak mcm Nurul"

AhBo jugak ke? (aku tanak tulis nama dia, sbb sensitip)

eh, yg cite diorang hilang bendera takde ke?

-lupi

Mantot berkata...

ade,aku malas nak tulis sbb nanti panjang sgt

hoya berkata...

ustaz pun nampak mcm nurul (girang ker)? ... mmg luculah bila dgr pasal kawan kita baca doa makan allahhummaba.... hahaha... tp member kita tu mmg aweks habis.... biasalah tot time form 2 dulukan dia pernah suspek ada org _ _ _ _ _ _ dia ....

hahaha... azli khairi ke sapa ntah.. siap pak chad pun blank mcm mana ada berminat dia.......... hahaha

Lord AK berkata...

Member kena sontot dengan Burung tu lah..

Tanpa Nama berkata...

giler ar..teringat citer2 aku dulu...

Tanpa Nama berkata...

sambung lg tot..blom abes lg eh?
-yem

Tanpa Nama berkata...

Awwwww. that is so suwwiittttt.

Tanpa Nama berkata...

cite BTN.. nyesal aku tak ngorat ade sorang anak mami dari SMS tu... Ape nak wat.. aku pon cam ko tot... Pemalu....

Mantot berkata...

anak mami mane lak ni?aku rase budak smss yang cun kat situ si nurul sorang ngan ade lagi sorang..ape tah name die..

Tanpa Nama berkata...

azwa

Mantot berkata...

azwa?
yang mane aa?
ko minat kat die ke ingat sampai sekarang?hahhahha

Rosebud berkata...

nice ah tot..aku lak cam touching..haha