Julai 16, 2008

Harap Tenang Harap Sabar

Apa-apa jadi pada Anwar Ibrahim,diharapkan anda semua bertenang.Yang penting sekarang pastikan tiada apa tragedi yang memungkinkan darurat diisytiharkan .Pastikan kita masih berfikiran waras.Kita tak tahu berapa lama Anwar akan ditahan lagi,kalau ikut reman 24 jam.

Rilek dan tenang.

Kalau2 rase marah tu,boleh try tarik nafas panjang2,ingat Tuhan anda.Kalau perlukan sedikit komedi,boleh tengok balik Debat Sharbery semalam dekat Youtube.



Sabar.Deadline Kerajaan Barisan Nasional akan tiba.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tunggu dan lihat!

Tanpa Nama berkata...

Mantot, izinkan aku memberi ulasan berkenaan isu perdebatan 15 Julai lepas.

Isu utama yang perlu dilihat ialah jika benar tindakan kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak adalah betul, sudah pasti Shabery dapat mengemukakan fakta angka yang jelas untuk menyokong tindakan kerajaan.

Namun apa yang dilihat, Anwar lebih berjaya mengemukakan fakta angka yang konkrit serta logik dikala Shabery terkial-kial menyerang peribadi Anwar. Jelas sekali tindakan Shabery tidak bersifat intelek serta kebudak-budakan.

Dari apa yang aku lihat, sudah pasti nota Anwar penuh dengan fakta-fakta berbentuk angka yang jelas manakala di dalam nota Shabery cuma terdapat sedikit fakta lapuk, beberapa angka penting, serta senarai panjang tomahan terhadap peribadi Anwar.

Jika dilihatpun, dengan jelas Anwar banyak merujuk notanya jika dibandingkan Shabery yang lebih kepada auta berbanding fakta.

Bagi aku tidak kiralah penurunan harga yang dijanjikan sama sebelum atau selepas kenaikan harga, yang penting penurunan harga yang dihujahkan adalah logik dan boleh diguna pakai untuk kesejahteraan rakyat.

Secara rumusannya, mesej yang rakyat perolehi berdasarkan perdebatan pada 15 Julai lepas ialah, harga minyak masih BOLEH dan PATUT dikurangkan bagi membendung inflasi yang semakin meninggi.

Aku memilih untuk memenangkan kedua-dua tokoh ini berdasarkan kejayaan mereka seperti yang berikut:

1. Anwar telah berjaya memaparkan kepada rakyat formula penurunan harga minyak yang logik berlandaskan fakta yang jelas.

2. Shabery telah berjaya menyerang peribadi Anwar sepanjang proses debat berlangsung berlandaskan fakta yang lapuk.

Syabas diucapkan.

Aku ada membaca komen Shabery di dalam Berita Harian Online yang menyatakan tujuan penganjuran debat yang dilaksanakan secara debat ala presiden di US adalah untuk mengelakkan pendebat dari lari daripada topik asal. Pada hemat aku sebab itulah Shabery lebih berminat untuk tidak menjawab soalan serta menyerang peribadi Anwar. Mungkin soalan lari tajuk dan peribadi Anwar ada kaitannya dengan minyak kot...Eh, siapa lari tajuk ni??

.....

kembali serius...

Isu penurunan harga minyak ini juga bagi aku begitu relevan kerana kenaikan harga minyak yang mendadak memberi kesan kenaikan berantai kerana minyak merupakan sumber penting dalam menggerakkan pelbagai bentuk industri di Malaysia. Harga minyak naik, segala-gala yang berkaitan secara langsung ataupun tidak kepada minyak akan turut naik. Itulah realitinya.

Ingin ditegaskan disini, aku bukanlah penyokong Anwar malah tidak begitu berminat dengan arena politik sebelum ini. Cuma sebagai rakyat biasa, perlu dan berhak untuk kami menilai kewajaran keputusan kenaikan harga minyak sekarang ini.

Kesejahteraan ini untuk rakyat kita, bangsa kita, anak cucu kita, masa depan kita. Kenapa mesti berkira??

p/s:Aku tiba-tiba pelik dengan pindaan AUKU yang selama ini sering dipertahankan.Ada kaitankah dengan isu darurat??


Jika ingin bertukar pendapat, emel aku di:
brakyat@ymail.com