Julai 28, 2008

Pak Lah Wira Bangsa

Sepanjang 50 tahun kemerdekaan negara,pasti mereka-mereka yang sudah berumur dapat mengingati sumbangan dan perjuangan yang ditunjukkan oleh setiap PM dan zaman pemerintahan mereka.Mungkin kalau pada pemuda zaman generasi aku,kurang jelas mengenai zaman Tun Razak dan Tun Huseein Onn.

Pada aku,kesan zaman Tunku Abdul Rahman memang sangat diingati sebab itu zaman kemerdekaan Malaysia.Aku membesar zaman Dr.M,aku hidup bila wujudnya first TV swasta Malaysia,bila zaman Amy Search nak potong rambut siap ada siaran langsung kat TV,zaman bapak aku bawak balik kereta Proton Saga kaler biru.Masa tu memang bangga sebab naik kereta Malaysia.

Aku tengok Malaysia membangun dalam zaman aku membersar dan kebetulan pulak zaman tu zaman Dr.Mahathir.Dr.M pun dilantik dalam jadi PM sehari sebelum aku lahir.Aku nampak dengan mata aku macam mana berubahnya Malaysia ni.Tapi apa yang aku paling ingat masa tu,Dr.M ni seorang yang berani.Aku pernah bertanya kat Mak aku apsal dia berani sangat kritik orang lain.Mak aku jawab simple je "Sebab dia tere kot"Tapi sayang legasi Mahathir ada noktah hitam.

Jadi,zaman Pak Lah bermula dengan sangat cemerlang,gemilang terbilang.Kemenangan dengan majoriti yang paling besar dalam sejarah pihanraya Malaysia.Pada pendapat aku,kemenangan tu ada 2 faktor,satu sebab Pak Lah adalah cucu ulama' yang terkenal dengan "Mr.Clean" dan lagi satu,semua memang menyampah dengan apa yang Mahathir dah buat.

Tapi lama kelamaan,Mr.Clean bertukar rupa.Daripada seorang bersih,dia jadi kotor.Dari seorang yang bertenaga,dia jadi kaki tidur.Muncul pulak jembalang tanah yakni menantunya,mempalitkan lagi najis2 busuk ke muka Pak Lah.Makin lama rakyat makin tak tahan kerana rakyat memang nampak,jelas dan nyata Pak Lah tak layak.

Percubaan memoderatekan Islam dengan label "Islam Hadhari" dipandang hina oleh orang Islam.Percubaan membangunkan "Koridor-koridor" nampak lebih menugntungkan sesetngah pihak luar negara.Selepas kematian isteri,rakyat ramai bersimpati tapi bila dimasukkan unsur2 lakonan berdolak dalih dan penipuan sehingga berkahwin lah Pak Lah dan Jeanne,rakyat jadi lagi mual (ingat sama ke dengan gosip2 artis)

Pilihanraya yang lalu,Pak Lah jadi pembangkang di negeri sendiri.Rakyat suruh turun tapi dia tak nak.tak poham bahasa,tak tau malu.Baru-baru ini dia umumkan dia akan step down pada 2010.Jadi,ada 2 tahun lagi (kalau la takde orang nak takeover kerajaan,rasanya ada...)

Kalau dia dah stepdown nanti,apa yang anda paling ingat pasal jasa Pak Lah?Pada aku takde langsung yang memorable,semua benda negatif.Tapi Pak Lah masih ada masa,masih boleh buat sesuatu yang akan buat dia dianggap seorang patriot.Dia boleh betulkan apa yang rosak dalam UMNO,pecat semua yang korup,halang Najib dari ganti dia,betulkan balik Malaysia ni,makmurkan balik,announce semua benda tak betul yang dia dah buat,minta maaf pada Malaysia.Mungkin juga dia boleh suruh menantunya pegi mampus.

Kemudian serah kuasa kepada individu2 yang rakyat nak jadi Perdana Menteri secara aman dan tenang.Jadi mana satu yang dia akan pilih?Pergi sebagai seorang yang dikutuk.dicela dan bergelar Imam Besar Islam Hadhari atau beredar dengan cemerlang,gemilang dan terbilang sebagai seorang penyelamat negara?




11 ulasan:

monbang berkata...

aku cakap Pak Lah ni bodoh sombong sebab satu aje, dia tak nak minta maaf kat rakyat Malaysia. 2 perkara aje yg aku nak dia mintak maaf, 1. kekalahan besar BN di pilihanraya. 2. kenaikan harga minyak. selepas pilihanraya lepas, 4 negeri jatuh ke tangan pembangkang. namun dia langsung tak meminta maaf kepada penyokong kerajaan. semasa kenaikan harga minyak, dia dgn sape lagi satu menteri rambut putih tu, langsung tak minta maaf kepada rakyat. padahal sbelum pilihanraya mereka berjanji tiada kenaikan harga minyak wpun harga mencecah us200 dolar setong. susah sangat ke minta maaf? apa jatuh ke maruah diorg kalo minta maaf? heran aku.

kelembai berkata...

kutukan manja yang hang buat kat Pak Lah dan menantu tersayangnya aku rasa cukup baguih dgn olahan ayat sambil menggunakan bahasa kesat yang lembut disamping bahasa yang cukup-cukup penuh personafikasi yang penuh ekstrem..

2 perenggan last tu paling aku suka..

*blog pertama lepas aku buka pc aku ni adalah blog hang mantot.. tak tau pasai apa aku suka sgt tulisan hang..bila nak belanja aku ni..

Tanpa Nama berkata...

Lambatnye Pak Bodolah kaki tido nak stepdown. Nak tunggu tu pun satu hal, tp successor die pun...hampeh! Kecuali....kalau ade individu yg benar-benar berjuang utk rakyat. Stabilkan balik Mesia ni.....

Tanpa Nama berkata...

Malaysia dah hancur dah...Pak Lah Lembik, baik pergi mati.

cikguBM berkata...

mantot! maaf la aku nak tegur kesilapan ko nie, post ni ko salah ejaan, tertinggal huruf 't' kat belakang sekali..... jgn marah aaa, just tegur kesilapan......

Mantot berkata...

eh eh...aku baru sedar "kesilapan " aku tu tu

ephol berkata...

(harap naaf kalo silap, aku kompius gelaran PM2 dan PM3)

PM1 = Tunku Abd Rahman = Bapa Kemerdekaan

PM2 = Tun Abd Razak = Bapa Pembangunan

PM3 = Tun Hussien Onn = Bapa Perpaduan

PM4 = Tun Dr Mahathir = Bapa Permodenan

PM5 = Pak Lah = Bapa ?????





Bapa Mertua Khairy Jamaludin...

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah name cikgubm tu,.....kat mane-mane salah pun ditegur. Normalle tu. Ephol PM5 selain drpd bapa mertua kj, bapak lembik dan kaki tido!

cikgubm berkata...

bgus gak cra ko pikir ephol, mantot, wat la poll atau ruang cadangan, apa gelaran paling sesuai kepada PM ke 5 kesayangan kita ni, aku ni beberapa cadangan aku

BAPA PEMBAZIRAN

BAPA MERTUA PENYAYANG

BAPA PENIPUAN

BAPA IKUT CAKAP ORANG

BAPA KETAKUTAN

BAPA PENIDURAN

BAPA KENAIKAN HARGA

BAPA ALASAN

BAPA TAK TETAP PENDIRIAN

BAPA MERTUA KERA JANTAN JADIAN

BAPA KEHANCURAN

BAPA PENGECUTAN

BAPA NAK KAHWIN LAGI

Mantot berkata...

hahahahha...
banyak betul idea ko bang.
aku rase ko bole antar surat kat pak lah suruh dia pilih sendiri

eddie berkata...

hwa hwa....alah paklah tak bole blah!!!

harapkan paklah....paklah tido ja...