Julai 22, 2008

Sebuah Cerita Cinta Monyet Bab 04

Cerita ini adalah Bab 04 daripada sebuah cerita panjang.
Klik untuk Bab 01 Bab 02 dan Bab03 (Khas untuk mereka yang jiwang dan terpengaruh dengan cerita "Kartini")

Aku pulang dari BTN dengan perasaan berbunga-bunga.Entah kenapa aku rasa begitu.Mungkin aku dah diserang penyakit angau atau syok sendiri.

Tapi lama jugak la aku menunggu untuk mengutus surat kepada Nurul.Aku ambik masa dalam sebulan untuk decide dan akhirnya aku mengarang satu surat yang agak ringkas.Aku tulis surat tu dengan penuh rasa malu2 dan dalam surat tu aku meng-admit yang aku ingin berkenalan.Bila surat tu dah setel dan dimasukkan dalam sampul surat,aku pun gam la surat tu.Aku berdiri agak lama jugak la tepi post box kaler merah tu,masih ragu2 nak antar ketidak.Akhirnya lepas solat Isyak dan tengah2 waktu kelas prep,aku pun memasukkan surat tu ke dalam post box.

Apa jadi,jadi lah.Aku tak peduli.Kena reject pun takpelah.

Lebih kurang seminggu tiba-tiba member aku datang kat aku waktu kelas.Ada surat ko kat pejabat."Uish,tolonglah...jangan la surat aku tu dikembalikan"

Aku ke pejabat sekolah aku.Tengok kerani sekolah aku tengah bz.Aku terus selongkar surat2 yang ada (surat2 ni dibahagi ikut batch) dan memang ada surat UNTUK aku."Oh Wow!Ini sudah baik!"

Aku ambik surat tu simpan dalam poket.Aku tunggu sampai kelas abis dan semua class mate aku blah.Aku pun bukak slow2 surat tu dan aku tatap isi kandungan dia.Nurul bercerita pasal siapa dia,makanan kegemaran dia,tarikh lahir dia.Aiseh,dah dekat dah ni fikir aku.

Dari situ bermulalah zaman aku surat menyurat dengan Nurul .Macam2 kitorang cerita dalam surat tu.Aku masih ingat oleh kerana Nurul mengakui yang dia meminati Backstreet Boys,aku pun turut sama mengaku yang aku suka jugak,siap mengaku aku suka Nick Carter.Aku pun kena la dengar lagu "As Long As You Love Me" sebab masa tu lagu tu tengah hits (kononnya mengikuti perkembangan BSB).Nurul siap hantar kan aku lirik lagi tu yang die tulis atas kertas khas untuk aku.Hahahaha (kertas bertulis lirik tu masih lagi ada aku simpan sampai sekarang)

Yang ajaibnya,kitorang sepanjang sekolah tu tak pernah pun berjumpa sekali pun.Ada sekali je waktu form 5 dia ada lawan chess dekat sekolah aku,dia nak jumpa aku.Tapi waktu tu entah kenapa aku gemuruh sangat kot,aku jadi takut,aku tak nak jumpa dia.Padahal sebelum hari dia datang sekolah aku,aku dah prepare satu lukisan untuk dia.Aku sangat2 di-influence oleh komik "Kartini" karya kartunis Tembakau pada waktu itu (dan sekarang)Apa yang aku buat hanyalah melukis karakter Ariyon dan Kartini duduk di tepi sebuah kolam ikan,lukis pun pakai pen Artline 0.5 atas kertas lukisan.

Member aku datang dan cakap Nurul nak jumpa aku.Tapi aku cakap aku tak nak.Malu,takut,keliru,semua ada.Aku hanya bagi lukisan tu pada member aku mintak dia passkan.Member aku inform aku yang Nurul dah pakai cermin mata masa tu.Aku diam je la dengar.Mesti cun fikir aku.Sama macam aku,pakai cermin mata.Aku tak pergi jumpa dia hari tu dan hari tu tamat macam tu aje.

Surat Nurul yang datang selepas hari tu membuatkan aku rasa bersalah.Dia betul2 kecik hati sebab aku tak pegi jumpa dia.Surat dia pun sangat2 la simple,takde sampul,hanya kertas A4 yang dilipat dan digam dengan selotep,ditulis nama aku dan ditampal setem.Boleh sampai jugak tu

Bila aku bukak lipatan kertas tu,aku rasa sangat2 bersalah."Kenapa awak tak nak jumpa saya?Tak sudi ke?Awak sombong dengan saya ke?Awak malu ke nak jumpa saya?"itulah ayat2 yang ada dalam surat tu.

Aku tak tau nak jawab ape.Aku biarkan je surat ni tak berbalas lama.
Masa tu aku ego kot,"Jumpa pun buat apa"

Lebih kurang 2 minggu lepas tu aku pun memberanikan diri membalas surat tu.Aku jelaskan aku malu.Tah ape nak malu pun aku tak tau,aku malu.Bukan malu dengan dia tapi aku malu jumpa pempuan.Sampai sekarang penyakit tu berjangkit.

Selepas surat maaf aku dihantar,aku menerima balasan yang masih lagi sedikit dingin tapi sudah mula ok balik.Lama kelamaan kami pun balik kembali macam biasa,sebagai sahabat pena yang bercerita semua benda tetapi takde perasaaan antara satu sama lain (kecuali aku sorang2 syok sendiri)

Tahun 1998,SPM pun berakhir.Aku dan geng2 kelas aku antara last yang balik sebab kitorang ada paper pendidikan seni.Aku balik naik kereta dan bila balik tu aku rasa sayu je.Aku hidup lama situ (5 tahun) dan tempat tu dah jadi tempat aku membesar.Kat situ la aku membesar dengan makan ayam busuk,teh o garam.Kat situ la aku kenal dengan geng2 aku,fly ramai2,belajar hisap rokok,kena tampar ngan warden,kena terajang dengan 6 senior,tengok senior aku buat "Shoryuken" kat kipas,kutuk2 cikgu kuat2 waktu perhimpunan sekolah.Banyak kenangan aku kat sekolah aku.

Zaman sekolah dah jadi satu kenangan.Tapi Nurul bukan kenangan.Kerana dia masih wujud dalam hidup aku.Seminggu sudah aku kat Kedah,dengan berbekalkan Rm1.50 aku pun pergi la ke public fon belakang rumah aku.Masa tu takde sumber pendapatan jadi duit amat terhad dan aku tak berani nak pakai telefon rumah.

"Hello,Nurul ada?"tanya aku."Oh,sekejap eh!"suara budak lelaki,adik dia.
"Hello,siapa ni?"tanya satu suara perempuan dalam telefon.
"Errr...saya Man,"jawab aku.
"Hai,apa khabar?"suara dia masa tu aku rase hepi kot (agaknya)
"Ok je,saye dah balik Kedah dah ni."

Kitorang pun berbual la sampai Rm1.50 aku tadi habis.Senyum je aku bila balik rumah.




7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku tak minat sangatla citer nko ni tot! Sebab tu aku tak layan Bab berape pun......

Mantot berkata...

hehehe..takpela..aku sekadar nak meluahkan perasaan aku je.

nik berkata...

tot, at least aku ngan pailang layan cite cinta monyet ko ni...masyuk...pailang kata "layannn siot cite cinta monyet tu...pandai siot mantot tulis cite cinta..."
ada sambungan lagi kan?

Tanpa Nama berkata...

tergantung lagi...potong stim betul. Terus ajelah sambung, tak larat aku nak tunggu2 lagi...apa jadi pastu???

Mantot berkata...

husih..sabar le...aku nak tulis cerita tu pun berderai2 air mata aku..

ephol berkata...

berderai-derai air mata... jiwang tahap cipan dah tuh....

Tanpa Nama berkata...

weh2 abaikan politik buat sementare waktu...abeskan kesah jiwang ko nih..layan syiallll - yem