Julai 17, 2008

Pandangan Pembaca Mengenai Debat Minayk

Mantot, izinkan aku memberi ulasan berkenaan isu perdebatan 15 Julai lepas.

Isu utama yang perlu dilihat ialah jika benar tindakan kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak adalah betul, sudah pasti Shabery dapat mengemukakan fakta angka yang jelas untuk menyokong tindakan kerajaan.

Namun apa yang dilihat, Anwar lebih berjaya mengemukakan fakta angka yang konkrit serta logik dikala Shabery terkial-kial menyerang peribadi Anwar. Jelas sekali tindakan Shabery tidak bersifat intelek serta kebudak-budakan.

Dari apa yang aku lihat, sudah pasti nota Anwar penuh dengan fakta-fakta berbentuk angka yang jelas manakala di dalam nota Shabery cuma terdapat sedikit fakta lapuk, beberapa angka penting, serta senarai panjang tomahan terhadap peribadi Anwar.

Jika dilihatpun, dengan jelas Anwar banyak merujuk notanya jika dibandingkan Shabery yang lebih kepada auta berbanding fakta.

Bagi aku tidak kiralah penurunan harga yang dijanjikan sama sebelum atau selepas kenaikan harga, yang penting penurunan harga yang dihujahkan adalah logik dan boleh diguna pakai untuk kesejahteraan rakyat.

Secara rumusannya, mesej yang rakyat perolehi berdasarkan perdebatan pada 15 Julai lepas ialah, harga minyak masih BOLEH dan PATUT dikurangkan bagi membendung inflasi yang semakin meninggi.

Aku memilih untuk memenangkan kedua-dua tokoh ini berdasarkan kejayaan mereka seperti yang berikut:

1. Anwar telah berjaya memaparkan kepada rakyat formula penurunan harga minyak yang logik berlandaskan fakta yang jelas.

2. Shabery telah berjaya menyerang peribadi Anwar sepanjang proses debat berlangsung berlandaskan fakta yang lapuk.

Syabas diucapkan.

Aku ada membaca komen Shabery di dalam Berita Harian Online yang menyatakan tujuan penganjuran debat yang dilaksanakan secara debat ala presiden di US adalah untuk mengelakkan pendebat dari lari daripada topik asal. Pada hemat aku sebab itulah Shabery lebih berminat untuk tidak menjawab soalan serta menyerang peribadi Anwar. Mungkin soalan lari tajuk dan peribadi Anwar ada kaitannya dengan minyak kot...Eh, siapa lari tajuk ni??

.....

kembali serius...

Isu penurunan harga minyak ini juga bagi aku begitu relevan kerana kenaikan harga minyak yang mendadak memberi kesan kenaikan berantai kerana minyak merupakan sumber penting dalam menggerakkan pelbagai bentuk industri di Malaysia. Harga minyak naik, segala-gala yang berkaitan secara langsung ataupun tidak kepada minyak akan turut naik. Itulah realitinya.

Ingin ditegaskan disini, aku bukanlah penyokong Anwar malah tidak begitu berminat dengan arena politik sebelum ini. Cuma sebagai rakyat biasa, perlu dan berhak untuk kami menilai kewajaran keputusan kenaikan harga minyak sekarang ini.

Kesejahteraan ini untuk rakyat kita, bangsa kita, anak cucu kita, masa depan kita. Kenapa mesti berkira??

p/s:Aku tiba-tiba pelik dengan pindaan AUKU yang selama ini sering dipertahankan.Ada kaitankah dengan isu darurat??

Jika ingin bertukar pendapat, emel aku di:
brakyat@ymail.com

(Terima kasih brader!Proposal bertukar pendapat tu amatlah aku alu-alukan!-Mantot)

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rentetan kenaikan harga minyak di Malaysia:

Harga minyak dunia naik - Harga minyak Malaysia naik - Harga barang dan makanan turut sama naik atas alasan kenaikan harga minyak - Penstrukturan subsidi agar subsidi negara hanya diberi kepada rakyat Malaysia sahaja dan lebih adil untuk mereka perpendapatan rendah - Harga minyak di Malaysia melambung naik - Harga barang dan makanan turut sama naik pun atas alasan kenaikan harga minyak - beban yg ditanggung oleh rakyat bertambah berlipat kali ganda w'pun diberi rebet, bukan boleh membantu semua rakyat

dulu sekali berbelanja barang dapur saya habis dalam RM70 -Rm80 skrg RM100 - RM120 sebab yg diberi oleh tuan kedai: "Harga minyak naik skrg dik, semua barang nak bawak sana sini pakai minyak...."

Kalau ada satu keluarga rakyat Malaysia ni hny ada basikal atau motor 'komunis'(motor buruk yg tak de roadtax, nak hidupkan balik kena banyak baiki dan kita tak mampu baiki) berpendapatan rendah, maybe dalam RM 500 atau RM 600 sebulan dan turut sama "menikmati" kenaikan harga barang dan makanan akibat dari kenaikan harga minyak dek kerana harga minyak dunia naik dan subsidi ditarik semula oleh kerajaan, adakah alasan kerajaan dalam penstrukturan harga minyak iaitu "lebih adil untuk mereka berpendapatan rendah" relevan?

Mengambil daripada percakapan speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia: "Kita ni belajar sampai 20 tahun..."

Gabungkan dengan apa aku pikir "...takkan tak boleh nak pikir apa2 cara yg lebih relevan nak kurangkan beban rakyat?"

Jadi: "Kita(merujuk kepada semua ahli dewan) ni belajar sampai 20 tahun, takkan tak boleh nak pikir apa2 cara yg lebih relevan nak kurangkan beban rakyat?"

Tanpa Nama berkata...

Mase debat tu, Anwar dah bg cadangan tp org UMNO tak pandang pun. Siap cakap Anwar pun tak betul. Sebenarnye kerajaan sekarang tak pandang le kite sbg rakyat. Kalau mrk ambil berat, tak le kite kebulur mcm skrg, habis semue nak jimat, tak tau ape lg nak jimat! Mrk hanye pikir bgmn nak kaye lagi....dan bebannye ditanggung oleh rakyat.

Tanpa Nama berkata...

rakyat masih lagi bengong.. apa agenda sebenornye dan objektif debat nie,bukan saja minyak, darah pun naik. Kematangan politik Malaysia, tapi ahli politik tak matang...lupakan saja PM turun,si sabery turun, UuuMmnno turun,,minyak turun!

Tanpa Nama berkata...

jgn lupa... serangan peribadi yg menteri penerangan bg mlm tu ttg anwar... mmg fakta yg x leh kita tolak... so... jgn bangga n harap sgt dgn anwar... aku lbh rela nyokong pembangkang sejati... bukan spesis dr UMNO yg kecewa dan terus berlagak jd pejuang rakyat