Julai 05, 2008

Top 10 : Perkara Paling Pelik Dekat Malaysia

10 Undang-undang jalan raya macam tak ada,kecuali bila ada kereta polis berenti tepi jalan,semua orang akan tiba2 slow dan ikut had laju

9 Peminta sedekah lebih kaya daripada seorang pekerja kilang

8 Lelaki sudah tidak segan2 lagi mengakui diperkosa,perempuan melayu pula gemar menayangkan
lurah dada (marah pulak kalau aku tengok,sapa suruh tunjuk)


7
Ada daerah2 tertentu kita solat jemaah asing2 ikut pegangan politik walaupun satu kampung

6 Motorsikal lagi mahal dari kereta,kereta tempatan pulak lagi mahal dari kereta import (jika tak kira cukai macam2 tu)

5 Komplen harga teh tarik mahal padahal arak ada yang mampu beli pulak (satu tin 250ml = Rm5,ada yang sebotol Rm300)

4 Agama Islam ada jenama tersendiri,satu-satunya dalam dunia

3 Kalau naik bas,jika anda seorang rakyat Malaysia,anda akan rasa macam anda pelancong luar pulak

2 Dekat Lorong Haji Taib ada pondok polis betul2 dekat port pelacur dan pondan menjual tubuh,siap ada surau lagi kat situ (ni masa aku pegi dulu2 la,saje round2 tgk dunia mcm mane,skrg tatau la camne)

1 Rumah Timbalan Perdana Menteri boleh dilawati oleh sesiapa saja pun tak kira masa.

Ada cadangan2 lain lagi sila bagitau aku dekat ruangan komen bawah ni

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi....pepatah Melayu spr 'terlajak perahu blh undur, terlajak kata.......' tak releven lagi. Sama je ngan perahu, kata-kata pun blh diundur atau ditarik balik. Cthnye mcm si PI Bala tu......hampeh!

Tanpa Nama berkata...

Ramai ker berbaris nak jumpa TPm kat rumah dia? Ada pondok dengan surau ker kat luar ruamh dia tu?