Julai 24, 2008

Mercedes Ada Jugak Gunanya

Kelakar bila membaca Utusan Meloya semalam dimana menceritakan pernah terjadi kerosakan teruk pada kereta Perdana V6 milik kerajaan Terengganu yang memerlukan kos pembaikan lebih Rm200 ribu sebuah.Paling menggelikan tulang rusuk adalah mengenai usia kereta tersebut yang tidak sampai 5 tahun dan untuk sebuah kereta yang baru berusia 5 tahun,perbelanjaan membaik pulih dah melebihi harga kereta tersebut.



Teruk sangat ke kereta Proton ni?

Adakah kualiti pembuatan Proton tu terlalu teruk sampai harga nak repair pun dah lebih dari harga jualan sebuah kereta?Aku rasa kereta Proton family aku dulu teruk2 pun power window cepat jahanam,enjin tak pernah pun ada problem.Pada aku ok la kualiti Proton ni,takde la seteruk motorsikal Comel beli 1 dapat 1.

Atau driver kereta tu yang bawak macam haram?

Sikit-sikit bawak drop gear nak main pick up.Bawak tak pernah bawah 160km/j.Kalau boleh lari 300km/j pun boleh jugak nak besit.Kaki kat throttle tak pernah lepas,mesti pedal minyak tu pun dah bengkok sebab asyik tekan full throttle.

Ataupun orang Kerajaan Terengganu ni kena ketuk dengan bengkel?

Sebab bukan semua orang tau pasal kerosakan kereta.Bila bawak pegi dekat bengkel,owner bengkel bagitau "kita mesti tukar gear box,tukar enjin,dah teruk sangat dah ni,tukang menghantar nya angguk je la.Bukan duit dia yang keluar pun,dia peduli apa?Yang penting elaun nak repair dah ada,adjust sikit resit boleh jugak dapat duit lebih.

Ataupun ada orang marah sebab MB Terengganu bukan pilihan hati dia.

Ye lah,selama ni duit wang ehsan dapat kat dia.Buat Monsoon Cup RM300 juta,buat itu,buat ini,kongsi duit dengan Equine Park punya owner.Tiba-tiba tali barut dah hilang kuasa,habis lenyap sebab Sultan murka.Yang pegang duit sekarang takde nak menghulur2 sikit dekat yang meminta,habis semua benda jadi isu besar pada dia.RM3.43 Juta duit buat beli Mercedes bising tak terkata.

Monsoon Cup was first initiated by the Malaysian Prime Minister, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi during his fishing trip in Terengganu with the state Chief Minister Dato Seri Idris Jusoh and state EXCO Dato' Wan Hisham . The Prime Minister thought the monsoon season should be used as an advantage to the state and her people rather than being seen as a hurdle."

RM300 Juta organize Monsoon Cup apa cerita?Kereta boleh jugak berkhidmat lama.

Kos penyenggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive barisan Exco Terengganu sepanjang 2004 sehingga 2008 menunjukkan kenderaan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh mencatatkan perbelanjaan tertinggi iaitu sebanyak RM235,123.08.

Cemerlang Gemilang Terbilang.Ape benda la yang dibuat dengan kereta2 tu sampai kos nak repair tu puluh2 ribu?Betul ke duit tu buat repair?Ataupun cakap je repair tapi....paham2 sendiri la.Kesian betul,baru 4 bulan jadi Menteri Besar,dah jadi mangsa


9 ulasan:

monban berkata...

aku skang ni, baca utusan kat ofis pun, hanya baca bab sukan. pastu baca bab politik, mmg tergelak aje. niahaha. pasal muzakarah tu pun, diorg perbesar2kan mcm tanda kemenangan ameno. ptuih!!

hoya berkata...

cemerlang, gemilang, temberang

Sang Kelembai berkata...

pasti silap2 PAS pun malas nak layan puak umno ni..

zamdee berkata...

tak pandai matematik, itu asyik kena kelentong jer..

yang bocor, satu tayar jer.. tp pegi bengkel, mintak tuka semua tayar termasuk spare.. jgn lupa tuka rim besar skali, haih..

Tanpa Nama berkata...

Hairaaa...nnn,hairan!!!
Kereta tu mereka hantar pegi repair atau mereka yang sendiri repair?
Terheran-heran juga tengok berita semalam,PROTON V6 punya kos repair tinggi (eg.gear box-takkan la selalu rosak)
PROTON kalo kat Malaysia kira ok apa. Yang rosak pun power window (3x), belting (1x), air compressor
(1x)tu pun dalam masa 7 tahun.
Ai entah!!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak membazir tu...ade saje alasannye!

SadClown berkata...

Aku rase ni bukannye kes xtau tntang kereta, ni kes kroni nih.. Sume kete perdana wajib anta dekat empunye servis centre yg berkroni. Biasakla, Mlaysia kan. Mcam xpenah dgar cite2 camni. Diorang dulu2 zman Idris Jusoh mane kisah ape yg kuar duit bukan diorang pun tapi krajaan negri gak.

dude berkata...

barita baru.. ko dia x sampai 230K.. tapi 130K jerk.. hahaha memang bangan.. 130K still lg mahal dari harga kete.. bongek nye gomen

Tanpa Nama berkata...

selepas "Bapa Permodenan", Malaysia diganti pula dengan "Bapa Pembaziran" atau juga dikenali dengan "Bapa Mertua Khairy Jamaludin Kera Jantan"....