Sebelum aku memulakan ulasan filem "Sepi" ni aku ingin memohon maaf kepada makcik2 dan pakcik2 yang mungkin potong stim bila menonton wayang tadi di Alamanda Putrajaya.Aku gelak2 masa cite tu berjalan dan mungkin gelakan aku tu membuatkan ada makcik2 yang sedang teresak2 pilu berenti menangis.Aku gelak bukan sebab lawak,tapi sebab sebenarnya hati aku sebak.Takkan la aku nak menangis gak kot dalam wayang tu,dah la siap pegang helmet,gaya mat rempit gila.Hehehehe.
Agak menyedihkan filem arahan Khabir Bathia ini.Masih nampak ada sinambungan daripada filem "Cinta" yang pada aku sebuah filem yang aku tak segan2 lagi mengakui aku mengalir jugak 2 3 titis air mata jantan aku bila melihat lakonan Datuk Rahim Razali.
"Sepi" masih menggunakan tema yang sama.Pelbagai kisah cinta/jiwang yang digabungkan menjadi satu cerita dan semua pasangannya ada kaitan antara satu sama lain.Dalam filem ni,pada aku,takde watak utama.Semua watak mempunyai kisah dan plot mereka sendiri,semua sama rata semua sama seimbang.
Dalam "Sepi" pelakon2 lelaki yang terlibat seperti Afdlin Shauki,Tony Eusoff,Riezman Khuzaimi,Pierre Andre dan Syed Hussin.Pelakon pempuan pulak membariskan Vanidah Imran,Nasha Aziz,Eja dan sorang lagi aku tak kenal (cun woo)
Permulaan cerita ni mengisahkan bagaimana Adam (Afdlin) seorang chef restoran sedang2 bersiap untuk menghantar kek perkahwinan ke suatu tempat dan tiba-tiba di depan matanya terjadi suatu insiden kemalangan.Dari situlah bermulanya satu cerita yang mengaitkan semua pasangan2 kekasih yang enak dilamun asmara atau mengubat jiwa yang hancur lebur terkulai layu.Aku malas nak cerita banyak pasal storyline dia.Korang tengok sendiri.Storyline filem ini untuk sebuah filem Melayu adalah sesuatu yang cukup membanggakan kerana wujudnya "interwoven storyline" yang berungkai-rungkai dan diolah cukup cantik sehingga akhirnya kita ke penghujung sesuatu yang memuaskan semua pihak.
Aku suka filem ni.Warna dia yang berwarna warni.Shot-shot yang sangat2 cantik dan penggunaan angle yang banyak membuatkan scene2 tu serba menjadi.Tapi apa yang aku tak suka hanyalah over reliance filem ini kepada soundtrack2 nya untuk menimbulkan mood scene tersebut.Kadang2 ada sesetngah scene pada aku yang tak perlu ada lagu bermain dibelakangnya,sudah cukup ekspresi muka dan suasana scene tersebut untuk mewujudkan tema "Sepi" itu.
Aku agak skeptikal dengan pemilihan Tony Eusoff dan Syed Hussin sebagai pelakon dalam filem ni.Mungkin kerana pada aku Tony lebih sesuai bergaya2 glamor dan Syed Hussin terlalu "boyband" untuk menjadi pelakon serius tapi sangkaan aku meleset.Dalam banyak2 pelakon lelaki yang ada tu,Tony,Syed Hussin dan Riezman Khuzaimi berjaya mencuri tumpuan.Afdlin masih lagi dengan watak Afdlin (bukan satu kutukan) dan Pierre Andre masih payah menyebut bahasa Melayu bakunya dengan wajah serius iras2 Keanu Reeves Melayu (ini satu kutukan)
Pelakon perempuannya aku tak nak komen.Bila aku berjaya merasai keperitan watak Imaan,Illyana Marya dan Suzy (Nasha Aziz sebagai perempuan tak berapa betul) pada aku itu dah menandakan lakonan diorang berjaya.Paling aku suka sekali bila mana setiap kali ada shot perempuan dalam filem ni dan perempuan itu nampak begitu cantik begitu indah (terutamanya Vanidah Imran)
Tapi,yang negaitfnya di sini hanyalah kadang2 aku mengeluh,"Uish,rapatnya,kejap lagi cium mulut la ni,usih,perempuan ni tarik tangan lelaki ajak masuk bilik beromen,uish,bini orang berlaku curang dengan suami yang sangat taat,uish,best betul main baling2 tepung dengan pempuan!"
Itu je lah yang aku rasa.Filem ni memang bagus.Lebih halus daripada "Cinta" tapi tiada scene yang memberikan impak yang betul2 meleleh air mata aku seperti mana bila Datuk Rahim Razali muncul dalam "Cinta."Aku pun agak terkejut dengan twist ending yang wujud dalam salah satu cerita yang ada.
Tahniah!Kalaulah semua movie Malaysia sehalus dan seindah cerita ini.
Rating 9/10
3 ulasan:
Aku dah cakap dah Mantot. Kau kena tengok citer ni awal² lagi. 14 tahun aku kenal kau tot. Paham sangat dah jiwa kau tu Mantot. hahaha..
esok jugak aku pi beli tiket julung2 kali layan citer melayu.
-salah sorg yang tak berapa sokong industri tempatan-
Malas nak tengok....takde duit!
Catat Ulasan