Cerita ini adalah Bab 05 daripada sebuah cerita panjang.Khas untuk mereka yang jiwang dan terpengaruh dengan cerita "Kartini" atau mengalir air mata tengok cerita Shah Rukh Khan
Tempoh masa aku menunggu keputusan SPM tu hanya aku penuhi dengan bermain Playstation kat rumah.Mak aku bising suruh aku carik kerja tapi aku malas.Hahahaha.Lama-kelamaan aku jadi makin taksub dengan video game sampai Nurul pun jarang aku kontek lagi.Sehinggalah satu hari dalam bulan Februari 1999,masa tu aku tengah layan Final Fantasy 7,dah masuk CD 2.Hari tu hari Ahad.Tiba2 telefon rumah berbunyi.
Aku jawab telefon,terdengar suara perempuan."Hello,Man,Nurul ni!"suara dia hepi masa tu."Saya ada dekat Shahab Perdana sekarang ni.Tengah tunggu bas nak balik KL."sambung Nurul."Bas pukul berapa?"tanya aku."Pukul 2:30."Aku tengok jam waktu masa tu lebih kurang 1:30."Datang la sini,boleh jumpa"kata dia lagi.
Aku jeling tengok Final Fantasy aku tengah berjalan.Aku tanya dia,"Siapa ada lagi?"
"Mak saya dengan sepupu dia,"jawab dia."Iskk..segan la,"aku jawab balik.Aku masa tu berfikir nak kena amik bas depan rumah ke Shahab Perdana.Aku jeling lagi ke TV masa tu.Aku kena buat pilihan.
Yang mana aku pilih?
Aku bagitau dia,"Takpelah,segan la nak pegi jumpa.Awak jalan leklok ye!"Dia jawab,"Takpelah kalau camtu,Assalamualaikum."Aku laju je jawab "Waalaikumsalam" dan terus sambung main game balik.Ya,aku pilih nak main game!Aku tak sangka pilihan yang aku buat masa tu akan buat aku makin jauh dari dia.Masa tu aku takde langsung terfikir keburukan tindakan yang aku pilih tu...
5 bulan berlalu dan masuk lah bulan Ogos 1999.
Masa berlalu cepat dan aku pun kembali ke KL untuk masuk Universiti.Lama jugak aku melepak kat rumah.Aku pun mendaftar di sebuah universiti kat Bangi.Di sinilah bermulanya zaman gelap aku.
Bila aku mula masuk situ aku pun baik la dengan beberapa orang student lain.Diorang ni kepala gila2 sikit.Waktu tu dah lebih kurang sebulan lebih aku kat situ.Ada satu hari Jumaat,kitorang ponteng semayang Jumaat ramai2.Malam tu pulak,siap plan nak pegi main kuda dekat belakang Mines.Aku pun follow je la sebab tempat2 camtu agak asing dengan aku.
Sampai kat sana member2 aku layan main snooker dan aku layan tengok orang main kuda.Aku bet sekali je,tak kena terus aku stop.Burn 20 sen.Hehehehe.Masa tu mata aku memang terbukak luas sebab selama ni aku tak pegi pun tempat2 camtu.Tempat paling teruk aku pegi pun Arked game kat Sg Wang,main game ramai2 (zaman kegemilangan arked game kat Malaysia).Sebelum balik lepak dekat kedai Mamak bukak cerita pasal kereta.Berborak la kitorang pasal kereta sebab masa tu budak2 baya kitorang baru start belaja2 bawak kereta.Ada la yang tanya "Kereta Wira ko tu top speed berapa bole lari?"
"200km/j.Balik nanti aku test.""Yeehaa!"Kitorang bersorak ramai2.
Dari highway depan Mines dia dah speeding dekat 160km/j.Sampai nak dekat depan UPM (dulu jalan UPM sebelum ada highway adalah satu jalan yang sangat gelap dan berbengkang-bengkok) speed dah sampai 200km/j."Huiyoo,laju ni,laju ni"jerit kitorang dalam kereta macam orang gila.
Betul2 depan gate MTDC (skrg dah ada pintu gerbang masuk UPM) korner tajam.Member aku terpaksa makan jalan sebelah (jalan 2 lane je masa tu) untuk ambik korner.Nak lepas aje korner tiba-tiba dari depan ada kereta.Sreettttt.Brek kuat ditekan dan kereta terpusing sekali (tak salah aku sebab aku nampak dunia ni berpusing.
Masa tu,aku masih ingat jelas,dalam kepala otak aku,aku fikir "AKU TAK KAHWIN LAGI DAN AKU TAK NAK MATI"
Dalam sedetik tu aku nampak family aku dan aku nampak Nurul.Gedegang.Kereta terhenti.Ada penghadang jalan tapi kereta tak hentam penghadang jalan.Ada lubang,mungkin sebab kereta masa tu dah slow jadi lubang tu membuatkan kereta hilang momentum.Kereta tiba2 terberhenti sebab tersangkut dekat lubang tepi jalan tu betul2 menghala ke gaung setinggi 3 meter camtu,tepi jalan ni hutan je semua.Bila semua recover dan turun dari kereta,cek-cek kereta tengok takde apa2.Alhamdulillah aku masih hidup dan aku masih boleh kawin lagi.
Esok,petang lepas kelas English,aku terus pergi dekat public phone aku call Mak aku.Tapi aku tak cerita la apa jadi.Pastu aku call rumah Nurul.Adik dia angkat,dia kata Nurul tak balik weekend ni.Rupanya,dia dah masuk Universiti Malaya.
Aiseh.Semenjak hari Jumaat tu sampai la sekarang,kalau aku naik kereta dengan sesiapa pun aku jadi ngeri kalau dia bawak laju2 lebih 120km/j.Sampai sekarang jugak la aku tak berani2 nak ambik lesen kereta.Hahaha,badi kot.Kejadian tu jugak la yang membuatkan aku nak kejar balik Nurul yang dah lama aku tinggalkan (mungkin dia takde pun rasa apa2 tapi pada aku,aku dah buat tak peduli dekat dia.Syok sendiri pun takpe lah pada aku masa tu,at least aku nak try kejar walaupun aku tak tau dia suka aku ke tak)
Zaman kegelapan aku pun bermula secara official.
2 ulasan:
sampai ati ko tot pilih playstation
i feel u bro! hahahaha
giler tot ko bleh beat ahadiat akashah siall..part memilih game dgn awek tuh aku siap silang jari aku sambil ckp "game! game! game!" (ko imagine hommer punyer style sebut gay gay gay!)..daymn i'm rite! :))
Catat Ulasan