Ogos 06, 2008

Sebuah Cerita Cinta Monyet Bab 06

Semenjak tau Nurul berada di UM,aku sering berkunjung ke sana.Kebetulan pulak member baik aku ada duduk di sana.Jadi selalunya bila weekend,bila mana member2 aku semua balik rumah tinggal aku sensorang,aku pun merayap la ke Kolej Kelapan Universiti Malaya.

Waktu tu,aku selalu menumpang bilik member aku sorang ni dengan roomate dia yang bernama Alim,budak sekolah agama.Selalunya bila aku ke sana waktu weekend,Nurul jarang ada sebab dia selalu balik rumah dia dekat Gombak.Jadi aku ngan member aku ni gi la berjalan2 keliling Bangsar menaiki motor nak mengenal dunia.Waktu tu la kitorang jumpa dan tau pasal Modesto,Jalan Telawi dan perempuan Melayu sebenarnya tere minum arak.Macam tu lah kehidupan aku setiap minggu,weekdays pegi kelas (kadang-kadang) weekend pegi UM lepak ngan member aku sambil2 mengharapkan Nurul ni ada kat situ.

Satu weekend tu,bila aku sampai dekat Kolej ke-8 UM,member aku bagitau ada kes budak nak bertumbuk.Aku tanya la apsal?member aku cakap ada budak nak tumbuk room-mate dia.Kes sebab si Alim ni terbukak cerita dekat gelfren mamat yang tumbuk si Akim tu yang mamat tu ada layan pempuan lain.Aku tanya la kat member aku apa jadi sebenarnya (aku concern gak sket2 sbb masa tu aku dah baik ngan si Alim ni walaupun kdg2 perangai dia agak loyar buruk sket)

Rupanya si Alim ni baru abis layan "barang" jadi dia tengah high masa tu.Si Alim ni tah macam mana dia terdapat idea pegi jumpa minah ni cerita apa yang boifren dia dah buat.Masa aku jumpa si Alim ni pun high dia tak habis2 lagi,sengih2 kat aku,tanya khabar tah brape belas kali.Cerita punye cerite lagi,rupenye si Alim ni minat rupenye kat minah ni tadi tapi tah sampai mana dia tak sedar,benda yang die terfikir nak buat masa dia high ialah pegi jumpa minah yang dia minat ni (gelfren mamat tadi tu) dan cerita habis semua benda.

Hahaha..penangan cinta ni,sampai bila high pun kau boleh ingat jugak orang yang kau minat.Lepas keadaan dah reda dan mamat tadi yang nak pukul dia dah cool down,kitorang turun makan.Lepak dekat kedai makan pastu main game FIFA dekat CC dalam kontena.Masa tengah makan tu,sorang member si Nurul ni pun datang la kat aku,nama dia Joyah (yes,aku serius,nama dia Joyah tapi dia cun woo,nama betul dia aku tak tau apa).Dia panggil aku dan dia bagitau satu benda yang aku tak mau dengar.

"Mantot,Nurul dah ada boifren.Lagi baik ko lupekan dia.Aku kesian tengok ko sebab ko selalu datang sini nak jumpa dia,"bagitau dia.

"Err...sapa?"tanya aku menggigil sket2.

"(Apa tah nama dia aku tak ingat) budak teater,dia kira aktif jugak la dalam aktiviti UM ni."terang Joyah lagi.Masa tu aku berharap Joyah ni sambung ayat dia "..Tapi Mantot...aku ada.Aku sudi jumpa ko tiap2 minggu,"malangnya ayat2 tu hanya ada dalam kepala otak aku aje.

Jadi aku balik dengan patah hati weekend tu.Tapi aku tak give up.Aku still call Nurul macam dia takde boifren sebab pada aku boifren dia tak wujud.Hahahahah.

25 Ogos 1999.
Hari tu lepas kelas aku terus gi UM.Waktu tu hujan lebat gila dan aku redah je.Pada aku tu la hujan paling lebat yang aku pernah redah.Angin kuat betul masa tu.Aku mesti sampai gak kat UM hari tu,ape jadi pun jadi la.Hari tu besday Nurul.

Dalam bakul motor aku,ada beg aku.Dalam beg aku,ada sebuah(ke sebijik?) teddy bear,sehelai kad besday dan sehelai surat.Dalam surat tu aku tulis semua benda terus terang dan aku takde malu2 lagi.Aku tulis dalam surat tu macam2 dan aku ingat last sekali aku cakap aku suka kat dia dan aku jatuh hati kat dia.

Dalam jam 9 lebih camtu,kitorang ramai2 berkumpul kat kedai makan menyambut hari jadi Nurul.Aku bagi Nurul hadiah aku semua sekali walaupun masa tu boifren dia ada sekali.Masa tu aku dah nekad.

Tengah2 kitorang borak2 ramai dan aku duduk agak ke belakang sket sebab aku nak usha Nurul ngan boifren dia tengah buat apa (diorang agak terasing sket dari kitorang).Aku nampak dia cakap2 ngan boifren dia lepas tu boifren dia blah.Balik asrama dia.Nurul datang arah kitorang.Terus dia datang sebelah aku.

"Mantot,terima kasih sebab bagi hadiah.Cute gila teddy bear tu,"kata Nurul.Memang la cute fikir aku dalam hati,lama gila aku pilih2 dekat Memory Lane sampai salesgirl tu tengok aku semacam.Lelaki besar dengan rambut agak2 panjang tengah pilih2 teddy bear,sape2 nampak pun mesti pandang pelik.

"Sama-sama,"jawab aku.

"Saya dah baca surat awak."Nurul terdiam,aku pun diam je buat2 tengok tempat lain.Masa tu aku dah boleh jangka aku akan jatuh menjunam dalam tanah.

"......Saya harap kita jadi kawan baik aje ye?"kata Nurul tenang.

Tapi kata2 dia macam anak panah yang cucuk jantung aku.Aku angguk2 tak tau nak cakap ape kat dia.Pastu aku rase aku cakap ok,"Okeh,takpe" Nurul pun melangkah pergi balik hostel dia.Aku cuit member aku cakap aku nak balik.Aku terus balik lepas tu.Aku tak sanggup nak stay situ lagi.

Masa balik aku tak berapa sedar,yang aku sedar aku dah sampai.Aku masuk apartment aku (hostel aku style apartment) tegur member aku yg tengah tengok TV lebih kurang,masuk bilik aku dan terus baring atas katil.

"Kawan baik je?Pegi mati la nak jadi kawan baik,"masa tu aku marah betul.Aku ambik gitar dan aku terus memainkan lagu2 Nirvana,kononnya sesuai dengan keadaan.Tapi makin lama lagu yang aku main makin slow.Last2 aku main lagu Man Bai,"Kau Ilhamku" dan aku pun tertidur sambil memeluk gitar aku.Pada aku,Nurul pun berakhir malam tu.

Ada lagi benda2 yang terjadi lepas tu tapi semua tu tak penting lagi sebab aku dah move on tapi lama jugak aku ambik masa nak recover.Siap ada aku pegi open house rumah dia dan menyumpah2 kuih raya rumah dia,mungkin sebab dia tak pilih aku.Salah aku jugak sebab ada masa sebelum2 tu aku menghilangkan diri (walaupun mungkin sebenarnya dia takde langsung suka aku) tapi aku assume camtu sebab dia pernah merajuk ngan aku,jadi mungkin apa yang aku buat pernah mempengaruhi dia jugak.

Aku bagi awek aku bace semua surat2 si Nurul dan koklusi awek aku,dia kate Nurul ada minat kat aku jugak.Hehehe,awek aku pun bengap gak bercinta macam aku, jadi aku tak berape pakai pandangan awek aku.Hahaha!

Nurul pun sekarang dah berkahwin dan ada anak sorang (ke 2 orang?).Nampak bahagia je siap pegi honeymoon oversea lagi.Pada aku,untung jugak dia reject aku dulu sebab dia dah dapat apa yang dia nak kot selama ni.Family,husband yang sayang kat dia,anak seorang.Kalau dia stay ngan aku tah ape jadi kat dia aku pun tak pasti.Dah la perjalanan kerja aku sebelum2 ni tak memungkinkan dia hidup senang dan sudah pastilah kalau dia pilih aku dulu,honeymoon mungkin dekat Port Dickson takpun Pantai Merdeka je kot sebab itu je yang aku mampu.Hahaha.Dapat kahwin ke tidak pun tak pasti.

Nanti aku sambung chapter2 lain.Chapter-chapter aku tak banyak pun sebab aku kalau berkawan dengan seorang perempuan,dengan dia je la sampai dia tak nak kawan ngan aku lagi dah.

Kesimpulan yang aku dapat bagitau kat sini,kalau kita minat kat seseorang tu,kita kena try tebalkan muka dan approach dia bila masa sesuai.Sebab selagi kita terkapai2 dan tergantung2 tak tahu kita ni bertepuk sebelah tangan ke tidak sebenarnya.Kalau kita dah tahu,kita akan rasa puas hati sebab kita dah ada jawapan.Macam aku,sampai sekarang aku tak tau pernah ke tak dia suka aku dulu.

Aku nak tanya Nurul,sekadar nak tahu aje la,tapi aku takut dia kata tak pernah suka langsung pun,kang frust lagi sekali.Aku jugak takut suami dia kapak kepala aku.

TAMAT BAHAGIAN SATU

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tot, pasni citer kesah cinta ko ngan ustazah lak....hehehehhe - yem

hoya berkata...

gambar raya korban waktu form 2 ni mantot... aku baru je upload kat fotopages...


http://shw.fotopages.com/18934727/raya-korban-1995.html

hoya berkata...

gambar yg aku rasa boleh letak n related to saiful bukhari

http://shw.fotopages.com/12236005/Bontot-sape-paling-seksa.html

milo boyd berkata...

aku print sme chapter nih tot..aku hantar kat publisher..nak? jadik cerpen pendek..kisah cinta European guy..

Tanpa Nama berkata...

Itulah ko tot. Patutnya, masa ada peluang, gunakanlah...At least, ko lega bila tahu perasaan dia kat ko. Walau dia suka ke atau tidak, at least ko puas hati. Mmmm...

Tanpa Nama berkata...

bagus tot..ko dah lakukan langkah terbaik untuk join kumpulan loser...good job !

hafizshinchan berkata...

memang fitrah la tot...kita time peluang dah depan mata kita wat2 tak nampak...ehehehe...welcome to da group ahahahaha

buruh berkata...

macam segmen cerita cinta URTV

Tanpa Nama berkata...

sepucuk surat aa bai.. sehelai sependa, tu baru betul

Gadis✿ berkata...

haha x sangka org bc smpai abis
mn bhgian 2?
ada x ni??

Mimie Hamidah berkata...

Aku dh ikuti dr bab 1. Sebagai perempuan ak sanggup bet yg Nurul tu memang ada hati kt hang. Kalau tidak masakan dia sanggup berutus surat dan nak jumpa hang bila berpeluang. Wpepun nice story. Keep it up!