Seperti budak-budak manja yang mengada-ngada.
Inilah perangai dua persatuan vendor pengeluar kereta nasional kita ni.
Dalam satu memorandum yang dihantar ke Kementerian Pedangangan Antarabangsa dan Industri,dua vendor ini,Proton Vendors Association (PVA) dan Kelab Vendor Perodua (KVP) telah meminta agar cukai eksais ke atas MPV import dinaikkan,selari dengan cukai yang dikenakan ke atas kereta2 penumpang import.Alasan mereka,kerajaan akan lebih untung daripada hasil cukai yang lebih tinggi dan lebih senang kerajaan mengurus hasil cukai jika cukai kereta penumpang dan cukai MPV diletakkan dalam kategori yang sama.
Apa yang aku nampak,tak berapa lama lagi,Proton dan Perodua akan keluarkan MPV mereka sendiri.Mungkin kerana takut tak dapat bersaing dengan harga jualan MPV import (kos buatan kereta nasional yang tinggi) jadi terpaksalah minta tolong kerajaan naikkan cukai eksais MPV import,sekaligus menaikkan harga jualan MPV import.Bila harga MPV import tinggi,orang yang nak beli MPV takde pilihan lain,terpaksalah beli Proton atau Perodua MPV.
Nak berniaga,berniaga la secara adil.Nak bersaing,bersaing la betul-betul.
Paling menaikkan darah,dua2 vendor ni juga telah mengusulkan agar diwujudkan akta tempoh jangka hayat kereta.Kalau kat Singapura,tempoh dia 10 tahun.Kalau buat kat Malaysia macam tu,habis aje bayar kereta,dah kena beli kereta baru.Dua vendor ni bagi contoh negara Jepun yang berjaya buat benda ni.Bro,kat Jepun,kereta Impreza ke Evo ke sape2 pun mampu beli,pakai dan buang.Kat Malaysia ni mampu ke rakyat kalau nak implement benda sama?
Dengan harga minyak yang mengarut dan cukai kereta dan motorsikal yang melampaui hukum alam,sedar tak diorang ni bila berkata-kata?Harga kenderaan kat Malaysia ni bukan sama dengan tempat lain.Lagi nak naikkan cukai dan nak perkenalkan expire date kenderaan.
Dah kena tekan dengan kerajaan,ada lagi pihak yang nak jugak tekan pengguna dalam lagi.
Perangai sama aje macam menteri.
Sumber berita
5 ulasan:
aritu org tengok Jaguar kat sini on the road price GBP8k... pastu mini cooper 7k...
pastu baru ni ada kawan orang beli 2nd hand land rover.. 500... mintak kurang dapat 380..
try la convert RM tengok.
wahahahaha tak sabar mahu membeli kereta.
Sia betu diorang ni ek? Rasa macam nak belasah jer mereka dan keluarga mereka tersebut.
kalu wujud akta tempoh jangka hayat keta, rege keta kena diturunkan.aku ambil cth singapura sbb aku duk kat jb.kereta mereka suma hensem2 belaka.penah terpikir gak, byk btul duit diorang.tp setelah bertanya dgn penduduk singapura, harga kereta mereka mmg murah.cuma roadtax je yg mahal.
kita ni, kalu nak no 1 kat dunia punya pasal,sanggup gadai itu ini.tapi masalah rakyat kurang diberi perhatian.kadang2 aku sampai menyampah bila pikir apa dah jadi ngan malaysia ni.dah mcm kat india.suma corrupt.
bile nak wat usul tu, pkirlah sket kesusahan rakyat.. Kalo rakyat gaji kecik xbleh pkai kete sbab dah ckup tempoh, nak travel camne? public transport? xpyahle..
Aku rase usul ni xjadik.. tapi kalo jadik gak..mmg xtaula aku nak ckap ape..
hang nak beli kereta apa?
beli la superbike ka satu pastu hang pos kat sini,hang pecah2 kan la part by parts,hahahah.kat sana motor baru GBP5000 lebih.Convert baru Rm30 ribu.
kat sini buleh dapat pun motor 250cc je la dgn 30 ribu
Catat Ulasan