Keh keh keh.Tengok tajuk agak menarik,tengok nama tuan punya tukang kata tu terus terkucil perut.Kamon la Sharbery,bila lu bahas pasal minyak tapi lu nak cerita zaman Anwar seorang pemuda yang rebellious,nampak sangat ko tu sendiri yang tak paham apa benda yang ko cakap.
Bila orang tanya pasal camne nak turunkan harga minyak,ko jawab "Dulu tahun 1976 apa yang Datuk Seri Anwar buat?" siapa yang tak paham bahasa ni.Dah la berbuih mulut,lagi berbuih dari Pantai Merdeka.Patutla mak aku selalu gelak2 dulu bila ko keluar TV.Bila aku tengok barulah aku paham.
Fikirkan Masa Depan Negara Link
Ni lagi sorang,Ali Rustam ni.Ape ke benda la lu punya komen ni.Satu,jangan takutkan rakyat kalau rakyat sanggup dan berani ambik risiko nak tukar kerajaan.Sama la macam tabiat kita,kita selalu makan dekat satu kedai yang kita tahu rasa dia ok2 la,sebelah kedai tu ada lagi satu kedai tapi kita selalu tertanya2 kedai tu sedap ke tak?Padahal kita tak pernah pun cuba kedai sebelah tu.
Sama la macam situasi sekarang,selagi kita tak berani nak berubah,sampai bila kita nak tau?Mungkin kerajaan Pakatan Rakyat nanti memerintah jauh lebih baik dari BN.
Fikir dan ingat pasal masa depan?Kenapa ni,kau ingat BN saje ke yang mampu berfikir untuk masa depan negara?Orang luar BN tak boleh ke?Propaganda bodoh camni jugak diorang try guna pakai.
Dan berita paling bangang untuk hari ini...
Lembaga Disiplin tentukan kelayakan calon - Najib Link
Ahaa...satu fakta,wujudnya Badan Pencegah Rasuah atau BPR adalah untuk membanteras kejadian rasuah di semua peringkat,tak kira lah kerajaan ke rakyat ke polis ke.Jadi sesiapa yang telah disiasat dan didapati bersalah menerima atau memberi rasuah adalah patut di dakwa di mahkamah.
Tapi,pada Najib Tun Razak@Suami Kena Kontrol@Hamba Rosmah,BPR punya keputusan siasatan tak cukup power.Yang paling tere siasat atau ayat betul dia "Lebih arif"pasal rasuah2 ni Lembaga Disiplin UMNO.Jadi,kalau jatuh hukum BPR kata calon ni rasuah ni,tak layak jadi calon UMNO ni,Najib akan kata,takpe,dia tak didapati bersalah lagi oleh Lembaga Disiplin UMNO.
Jadi,kalau BPR kata calon ni rasuah dan Lembaga Disiplin kata rasuah tapi boleh dimaafkan,boleh la dia bertanding kerusi2 UMNO tu.
Mahukah anda semua calon UMNO anda kaki rasuah?
Mahukah anda calon yang bertanding untuk UMNO?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan