Ogos 19, 2008

Sejuta Masih Tak Cukup Lagi Abang Oi!

Semalam,mengharapkan agar RTM1 menyiarkan satu-satunya rancangan diorang yang aku percaya sahih iaitu siaran langsung Piala Malaysia,aku pun tukar channel dari ESPN pergi RTM1.Tengok-tengok RTM tengah tunjuk siaran langsung Final single badminton yang melibatkan pemain nombor 1 dunia,Lin Dan dan player nombor satu Malaysia,Lee Chong Wei.Aku terlupa yang game tu semalam sebab dok fikir pasal Kedah layak ke final ke tidak,Terengganu bahaya.

Korang pun tau camne ending game tu jadi aku tanak tulis.Frust.

Apa yang aku nak bangkitkan kat sini; adakah tak cukup ganjaran sejuta yang akan diberikan kerajaan Malaysia ni?Apa lagi yang diorang nak?Sejuta tu.Tak cukup ke untuk buat atlit-atlit kita bersaing dengan lebih gagah?Tak mampu ke duit sejuta tu untuk membuatkan diorang lupa sekejap pressure-pressure dari penonton tu?

Bila aku buat research sket,rupanya memang tak cukup ganjaran RM1,000,000 tu.Memang tak cukup!Sebab atlit-atlit negara lain yang dapat pingat emas dapat imbuhan lagi besar.

1) China :
Imbuhan lebih Sejuta pound berupa 1kg jongkong emas dan diisytiharkan bebas cukai seumur hidup.Kemungkinan akan juga diberikan wang pencen seumur hidup = RM7 juta lebih

2) Singapura :
Satu gold medal = 420 ribu pound (RM2.73 juta)

Negara-negara lain:
Russia= £85,000 emas, perak £48,000 and gangsa £32,000
South Korea = £22,000,
Jepun=£15,000,
USA= £13,500,
German= £12,000,
Kanada £11,000

*semua dalam pound sterling,darabkan lebih kurang 6.5

Ramai jugak yang jadi jutawan segera sebab Olimpik.
Siapa ada tengok berita TV3 semalam?Hahahaha.Konon-kononnya Najib pun pakat tengok ramai-ramai Lee Chong Wei dekat projektor.Kamera fokus tengok muka macam nak terlelap.Lepas habis game,wartawan interview komen bukan main lagi.Tah tengok ke tidak tah.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak salah nak beri ganjaran kpd peserta-peserta olimpik malaysia, ttp jgnla guna duit rakyat. Jgn dibandingkan negara luar dgn keadaan dlm negara skrg. Negara luar mungkin mampu tp kita...tengok kemampuanla. Lainla kalau pak-pak menteri kerajaan keluarkan duit sorang sikit utk beri ganjaran.....

Tanpa Nama berkata...

ape pulak.. ganjaran tu bagus pe.. diorang pun buat demi name negara.. ko ingat die nak jadi mcm ni senang ke.. nak belatih hari2.. nak konsisten.. ko ckp senang la... katekan laaa atlet2 sukan ni dpt harumkan name negara.. tak ke rakyat2 negara tu jugak yang tompang name.. wei bukak la mindak lu skit... lu sumbang bape sgt kat cukai2 tu... aduhai....