Ogos 22, 2008

United States of Malaysia

Bukankah pemimpin2 kita sekarang pun baik dengan US?Siap nampak lagi ada yang mengampu dan tukang kaki kipas US.Tak suka ke Amerika Syarikat?Apa reason anda?Kenapa Anwar dituduh menjadi agen US sedangkan kita sendiri sedar USA adalah satu negara yang sangat penting kepada ekonomi kita?Jadi di sini aku nak jelaskan sikit kenapa bukan saja Anwar Ibrahim Agen US malahkan negara kita ni sebenarnya kroni US.

Fakta mengenai Kepentingan USA Kepada Malaysia Dalam Bidang:

1) Ketenteraan (link)

Ini teks ucapan Bijan Tun Razak pada tahun 2002.Baca sendiri dan nilaikan.Part merah tu pandai2 buat penilaian sendiri.





2) Ekonomi (Link Asal)



Untuk pembacaan yang lebih teliti bagaimana ketamakan Amerika Syarikat dan lemahnya kerajaan kita dalam beberapa perkara,sila baca artikel ini. Lepas baca ni baru anda faham betapa bergantungnya kita kepada Amerika sampaikan kita yang terpaksa ikut kehendak mereka ni.

Untuk lebih memahami bagaimana perbincangan mengenai FTA (Free Trade Agreement) antara Amerika dan Malaysia berjalan dan syarat2 yang dikenakan ke atas negara kita jika mahu Amerika bersetuju menerima perjanjian bebas ini,sila download file ini (dalam bentuk PDF,memerlukan Acrobat Reader) Anda juga boleh melawat www.ftamalaysia.org untuk pembacaan lebih mendalam.

3) Kastam dan Imegresen (Link)

Kita punya port pun Amerika letak pegawai dia.

Itu baru tiga hal,belum masuk hal-hal lain lagi.Tolonglah sedar yang negara kita sebenarnya TERLALU BANYAK bergantung dengan Amerika Syarikat.Sebab kita tau kita masih banyak yang perlu kita pelajari.Pada aku,bukan saja Anwar yang baik dengan US.Semua menteri2 kita baik dengan US sebab hubungan kita dengan Amerika memang penting.

Kesimpulan aku,kalau ada orang kata Anwar agen US,apa keburukannya kat situ? Kita sendiri boleh nampak Malaysia bekerjasama dengan Amerika.Kenapa bila melibatkan Anwar Ibrahim benda tu dijadikan isu tapi bila masuk kelibat kerajaan kita sendiri,Amerika lah rakan dagang paling penting bagi Malaysia.Apa propaganda kerajaan BN sebenarnya,menyebarkan risalah2 yang mengatakan Anwar Ibrahim agen Amerika padahal kita masih lagi bekerjasama dengan mereka.

Bila ada kepentingan dekat diri sendiri,semua benda jadi sah.Tapi bila masuk bab musuh,ubah pendirian kata Amerika lah negara terkutuk. Nak tuduh Anwar Ibrahim agen US?Laksanakan "Dasar Tutup Pintu" terhadap Amerika.Lepas tu barulah ada reason Kerajaan BN nak menuduh Anwar Ibrahim Agen Amerika.

Anti sangat Amerika,jangan tengok langsung filem Hollywood.
Tengoklah filem-filem tempatan.Tak ke beku kepala otak tengok filem "Prof" Razak Mohaideen?

11 ulasan:

mypuwa berkata...

razak mohaideen dia kata boleh woo dia buat loed uf the ring kalu ada orang bagi modal..huhu

Cheongsamlover berkata...

Tengok filem kepolisan yusof haslam lagi beku otak woi... Gerak gerak gerak khas... Gerak gerak gerak khassss...

SadClown berkata...

Beb....bagus penjelasan ko ni..Ko pertikaikan tuduhan dengan fakta. Im proud of you mantot...keep it up..:)

Tanpa Nama berkata...

Bro, kena tambah lagi yang pihak polis kita sekarang ni pun gunakan khidmat nasihat dan peralatan polis israel. bukan setakat malaysia ni sokong US, tapi sokong israel sekali.

dan orang yang paling tahu semua hal ni ialah PM kita sekarang iaitu PAKLAH BODOWI a.k.a AGENT ISRAEL

Tanpa Nama berkata...

kau sedar tak wolfowitz tu jews? aku cadangkan kau jgn taksub dgn anwar..

aku benci pak lah dan anwar..

Tanpa Nama berkata...

hehe... gelihati aku baca komen orang yang benci paklah ngan anwar ni. patutnya orang2 ni tak minat politik dan tak masuk pun website2 macam ni.

ni mesti orang atas pagar ni.

Iskandar Shah berkata...

Apa salahnya atas pagar, aku sure mantot pun atas pagar gak, sebab apa jadik atas pagar, it's better jgn taksub dengan seseorang. kalau kita sokong someone, it's not because totally of who they are, the most important thing is what they can give us in return.

as for now, Anwar seems to be our only hope untuk betulkan malaysia la ni, aku tak kata bende ni akan jadik, tapi tak mustahil jadik, andai PR berjaya membentuk kerajaan adakah mereka2 ni akan telus selamanya? takde sapa bole jamin kan, so at that moment, takkan kita nak jadik macam karat2 UMNO yang dok sembah pemimpin dia even dia tau, semoua orang tau yang orang yang dia sembah ni sebenarnya hampeh, tak boleh harap, kaki rasuah, kaki pompuan dan sebagainya.

Jangan terlalu taksub dengan satu individu, satu entiti yang diciptakan manusia, satu entiti selain dari DIA. kita ada akal kan, kalau harini BN hampeh, tolak dia, kalau lepas ni PR hampeh, kita tolak PR lak, paling pentiang kena ada check and balance.

as for us human, percaya hanya pada DIA, DIA akan memberikan yang terbaik dalam hidup kita. Inna solati, wanusuki, wamahyaya, wamamati, lillahirambilalamin...

SadClown berkata...

yes, aku sokong iskandar shah, jgan taksub sgat pada sesorang individu, sbab bile kite taksub, sume benda yg die wat jadi betul.

check n balance pun penting, kalo kite biar satu parti je mmrintah negara, mmg lmbat laun akan corrupt. perlu ada stu lagi parti yg sama kuat dengannya yg boleh bagi persaingan sengit agar kepentingan rakyat terjaga.

Mcam bisnes gak, kalo xde persaingan, harge barang mmg tinggi, cube ade persaingan, sure masing2 nak rendahkan harge, kite yg untung..

Biarkan satu parti je berkuasa tak bagus untuk demokrasi..

Tanpa Nama berkata...

org yg atas pagar ni sedar pak lah is not good enuff to lead Malaysia while Anwar is someone who will do anything for power (matlamat menghalalkan cara) termasuklah menggadaikan hak kite org melayu..

org yg atas pagar ni kebanyakkannya adalah penyokong mahathir..

mmg kite x patut taksub, so mintak mantot jgn taksub sangat dgn anwar..

for myself, i hate anwar and pak lah,i still love umno, u cant deny umno contribution to our nationhood, tp dek pak lah...everything is now messed up...

SadClown berkata...

Yg aku tau mentri2 BN/UMNO skang yg nmpak nak menggadaikan hak org melayu, maruah agama dan negara..Dengan rasuah,korupsi, kronisme..

Selain itu.

1)Mengawal dan menyalahgunakan polis dan mahkamah untuk kepentingan dan survival politik BN

2)Mempermainkan isu agama

3)Membudayakan fitnah dan konspirasi untuk menjatuhkn org lain.

4)Saja mmbangkitkan sentimen perkauman untuk dimanipulasi

5)Mengawal media arus perdana untuk sebarkan propaganda2.

6)Mengawal SPR dan menggunakan taktik kotor semasa pilihanraya.

Ini bukan tuduhan,sume pun dah ada bukti...

Malaysia perlukan perubahan. Jika dibiarkan bawah BN makin melarat. Ini negara demokrasi. Cukuplah tu.. Aku bukannya fanatik Anwar ye.. tapi dah sampai masa untuk perubahan..

Che underscore Lee berkata...

cayalah Tot!! aku suka dgn fakta2 kau

semoga BN tumbang Selasa ini di Pmtg Pauh!