Ogos 01, 2008

Filem Kita,Wajah Gorilla

Setiap hari,lepas kerja,aku dan member2 aku akan lepak kat Terminal bas.Semua benda kitorang borakkan masa tu,daripada sekecil2 benda macam udang busuk dalam mee ke benda-benda politik dalam negara.Kitorang jugak selalu berborak pasal industri filem Malaysia ni.Mungkin sebab semua yang ada kat situ dalam diri masing2 nak buat filem sendiri kot.Aku rasa kepakaran dah ada cuma takde awek cun yang nak berlakon ngan kitorang.Hehehehe.

Dalam banyak2 hal yang kitorang bertelagah,ada 2 aje benda yang kitorang sebulat suara bersetuju.

1) P.Ramlee memang genius gila babi
2) Filem kita lebih banyak yang memperbodohkan orang yang tengok

Aku jarang tengok cerita Melayu kat wayang.Aku rasa first sekali aku tengok wayang Melayu kat wayang,cerita Senario The Movie.Masa tu aku memang gelak guling2 kat lantai.Mungkin aku high kot masa tu atau mungkin kemunculan Zahida Rafik berpakaian Nurse membuat aku high.Lepas tu aku stop lama tengok wayang Melayu sampai la cerita Baik Punya Cilok Keluar,bagus gak filem tu.Cara dia menceritakan cerita dia agak lain.Aku menyumpah2 tengok Jangan Pandang Belakang.Last sekali aku tengok Sepi.

Masa zaman P.Ramlee dulu filem dia dibuat dengan betul.Bila dia nak buat cerita serius,dia akan buat kita tengok dengan serius.Bila dia buat cerita lawak,cerita dan lawak dia sangat bersahaja.Sangat rileks dan tak nampak pelakon tu tengah buat2 lawak tak jadi.Banyak lawak2 dia tidak membodohkan penonton.Cerita gaduh2 P.Ramlee pulak contohnya "6 Jahanam" memang penuh action packed.

Tapi sekarang?Kenapa filem2 Malaysia semenjak tahun 90 an menjunam jatuh kualiti dia.Bandingkan "Jangan Pandang Belakang" dengan "Rahsia" atau "Misteri Rumah Tua."Cuba tengok "Sembilu" balik.APE KE BENDENYE CERITA BODOH CAMTU?

Kalau dikenang2 balik,banyak jugak cerita2 Melayu tahun 80an yang boleh dianggap klasik,macam "Gila-Gila Remaja," "Azura," "Mekanik" dan "Ali Setan"Cerita2 ni dan mungkin juga filem2 lakonan Ar Badul,Mr.Os dan Salleh Yaakob masih lagi ada dimainkan di televisyen.Jangan lupa pulak filem "Kami" yang dilakonkan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad.

Zaman 90 an pulak dikuasai oleh pengarah2 filem seperti Aziz M.Osman.Abang Aziz berjaya sekurang2 nya mengangkat filem Malaysia ke tahap yang tinggi sedikit dengan filem adventure "XX Ray" nya.Kontroversi filem "Fantasi" atau "Fantasia" sedikit mematahkan semangat dia untuk berkarya fantasi lagi dan beigtu juga sambutan orang ramai terhadap filem "Fenomena" yang pada aku waktu itu nampak sangat hanya ingin mengambil kesempatan populariti kumpulan Search.Zaman ini juga muncul hero2 lelaki yang boleh dikatakan ada karisma seperti Sidi Oraza dan Eman Manan.

Walaupun nampak ada peningkatan,masih ada juga filem2 sampah seperti yang dikeluarkan seperti filem2 Julie Dahlan yang lebih emmentingkan gadis2 berbikini,tujuan bikin filem lebih menjurus ke arah cubaan membuatkan lelaki tak senang duduk walaupun ada isteri disebelah dan juga filem Z.Lokman.Siap tengok cerita "Mendam berahi" untuk jalan cerita dia?Aku tengok pun sebab ada awek2 melompat2 dan terkangkang-kangkang.

Masuk millenium baru,aku berharap agar sekurang2 nya nampak ada peningkatan kepada kualiti filem Malaysia,Melayu khasnya.Tapi...

Munculnya Pengarah Terhebat Malaysia iaitu Prof.Madya Razak Mohaideen.

Dengan wujudnya makhluk ini,rosak terus kualiti filem2 kita.Cuba baca komen dia ni :

FILEM Otai masih mampu mencatat kutipan kasar lebih RM3 juta selepas 10 hari ditayangkan walaupun diberi liputan kurang meluas oleh media kerana menganggap ia sebagai filem komedi yang tidak ada pembaharuan daripada pengarahnya, Profesor Madya A Razak Mohaideen.“Hanya dua tiga orang saja yang cakap filem ini tidak ada pembaharuan, slapstick, lawak bodoh. Orang yang cakap ini mungkin tidak tengok filem ini,” kata Razak. “Tapi kalau tengok dalam internet, ramai yang memberi pendapat mengatakan Otai lain dari yang lain. Ia sebuah filem komedi yang segar.

Segar?Kah kah segar.Aku tak pernah pun nampak kualiti filem2,maaf,bukan filem,mungkin tak layak dikategorikan sebagai filem,lebih kepada telefilem yang mahal kerana semua cerita yang disampaikan oleh manusia bernama professor ini hanya layak dibuat sebagai drama murahan.Aku dah menyampah tengok Saiful Apek dengan gaya gitu-gitunya,aku dah nak loya tengok orang2 yang bukan dari Utara cuba berlagak boleh cakap loghat Utara.

Aku paling menyampah bila sebuah filem tu pelakon utama dia adalah penyanyi2 yang masih mentah dan sebenarnya tak reti nak berlakon langsung contohnya pelakon paling jijik pernah aku tengok,Khai AF dalam filem Cinta Fotokopi.WTF?Ramai lagi orang yang belajar berlakon dan nak berlakon.Nak kata Khai ni ada rupa,wallahuallam.

Filem2 sekarang ni lebih menjurus kepada mencari keuntungan.Lebih kepada memuaskan hati peminat2 artis itu yang ingin melihat artis mereka di layar perak.Dengan skrip yang selalunya tahap2 budak sekolah rendah menulis karangan,pelakon2 yang lebih keras daripada tunggul kayu dan mempunyai hanya satu ekspresi iaitu "kontrol hensem" atau "maintain ayu" dan jalan cerita yang direka khusus untuk memaksimumkan jangka waktu penyanyi pujaan ramai di skrin.

Pengarah2 yang ada idea pun takut nak buat filem sebab tau filem tu kalau takde mangkuk2 ayun sebagai daya tarikan mesti tak laku.Cuba bayangkan apa jadi dengan filem "Sepi" kalau pelakon2 tu diganti dengan Apek,Budak-Budak AF,Mawi,Geng2 Senario,Yassin Senario,Yusry KRU...laku mungkin laku kot tapi feel cerita tu mesti mati dan Apek mesti ada buat sekali lawak gitu2 dia.ARGHH!

Kutipan filem "Sepi" 5 hari ditayangkan = RM500,000
Kutipan filem "Otai" 10 hari ditayangkan = RM3 Juta

Apa la nak jadi dengan industri filem Malaysia ni?Aku malas nak tulis pasal poster filem Malaysia pulak.Yang tu lagi satu masalah.Semua pelakon yang ada mesti nak letak situ.Font mesti font fancy2.Kaler mesti terang2.Design mesti out gila.

Filem kita wajah kita.
Jadi,filem2 Razak Mohaideen tu wajah siapa?Aku tak nak langsung berwajah camtu.

12 ulasan:

eddie berkata...

hahah....bukan hang ja nak muntah...aku pon...

malekpon berkata...

Aku menyumpah2 tengok Jangan Pandang Belakang --> tot aku ade sebelah ko tot, ko gelak-gelak macam layan cite komedi..

Sanadt Member JoeKambing berkata...

Waa mantot..
Kau kutuk jugak filem aku belakon.
Hahaha..
Makan dalam woooo...
Hahahahahah..

Tanpa Nama berkata...

Aku dari dulu sampaila sekarang tak minat nak tengok filem melayu. kalau aku pegi tengok wayang pun, filem melayu bukanla pilihan pertame. Tp aku tak nafikan ade filem melayu yg outstanding cume org melayu kite je tak appreciate filem-filem outstanding ni. Orang Melayu kite sekadar nak berhibur bukan nak memerah kepala hotak pikir ape yg nak disampaikan sebenarnye dalam filem tu. So who to blame? Penonton atau filem atau pelakon?

cikgubm berkata...

mantot said:

"Filem kita wajah kita.
Jadi,filem2 Razak Mohaideen tu wajah siapa?Aku tak nak langsung berwajah camtu."

aku pun tak nak berwajah camtu, tak hensem langsung, lgpun aku putih, tak nak la muka aku ni jadi itam lak...he he he

filem sama gak ngan politik mantot, bila makin lama makin nampak memperbodohkan kita, RAKYAT MAKIN MENYAMPAHHHHHHHHH!!!!!

milo boyd berkata...

ala bro...bukan sme org asal dr europe cam ko..hahahahha

its all about mentality..

aku pun pernah bincang pasal effect film melayu..apsal nak tunjuk effect je..kene buat citer hantu..tp nampak tali? nak tunjuk effect je..tiru citer superhero omputih..jadi cicakman..kalo nak melayu sgt..letak je laaa lelakicicak..nak man jugak..apesal takleh jd creative cam org korea ke atleast nak tunjuk effect jadi laa jugak cam volcano highskool ke..

(sambungan komen ade kat blog aku..............mmg takde ah kan..)

dila berkata...

tot?citer "Mohsin" ok pe? (:
btw,satu-satu ny citer melayu yg ak tgk ialah citer kabir kusyri kabir ape ntah~citer lakonan erra fazira,ziana zain,rusdi ramli..n hans isaac~pluh-lezz la.ak x phm tol,ade jek scene nangis x tentu psl...erra fazira yg x dpt kawen..tp si ziana laks yg dok sebok2 nangis on her wedding! aparaa...ak raser dr sponsor "filem yg x menjana otak" cm neh,baek bg anak yatim mkn!! baser bajet jer.haih.

Insyirah's mOmmY berkata...

filem melayu zaman la nih..membuatkan orang kita bertambah bodoh dan dungu...tak mencabar minda langsung!!! bodos!!

UnaChenta berkata...

akulagilah x suka langsung semua cerita Prof Razak Mohaiden?..

apa sebenarnya yang ada dlm fikiran dia..?..

Tapi usaha dia patut dipujilah..sekurang2nya..

Tapi dia syok sendirilah..

Minta maaf prof..

adila lalala berkata...

sy pon xsuka gak cite PM Mohaideen ni,,tp nak wat cena,,wife dia lect sy,,jd bila puji2 agak2 xhipokrit = hasilnya= carry marks jd tinggi dan leh dpt a+ utk final,,time kaseh,,mybe sy pon leh jd plakon gak,,maap (kesal~)

Krx berkata...

Ak ni bleh kata kaki wayang gak r..Tp sepanjang ak berkcimpung dalm dunia kaki wayang mmg ak ni haram skali pon xpenah langsung tngok cita melayu....MMg teringin nk tngok tp bila ada depan kaunter tiket jaa tiba2,jd moral down nk tnokg cita melayu nih...rasa cam sia2 jaa nk bunag duit ak nih...SO,smpai skang,ak tngh tunggu cita melayu manakah yg berupaya mmbuatkan ak tergoda tuk beli tiket ka kaunter bg mmbolehkan ak buat julung kalinya tngok wayang di pawangam...

lydiarahayumahmod berkata...

Prof MAdya tu : Syok sendirik.
Khabir batia : Best2x..
YAsmin : BEst3x...!!!!