Kalau sesiapa yang pernah baca cerita aku pasal penjual ubat kuat lelaki yang menjanjikan "naik cepat,turun lambat" sudah pasti tidak akan gemar berita terbaru ni.
Tengah bulan aritu (aku rase baru je minggu lepas) announce kerajaan tengah kaji nak turunkan harga minyak dan yang paling best,harga minyak jika diturunkan akan berkuatkuasa mulai 1 hb September 2008.
Hari ni,keluar pulak berita,TAK JADI.Tangguh lagi sebab nak buat kajian lebih mendalam.Kena tunggu 31 Disember 2008 kerana nak ikut harga minyak masa tu pulak.Kenapa nak kena tunggu?Harga minyak dunia dah turun daripada 150++ dollar kepada 110++ dollar.Jadi penurunan sebanyak lebih kurang 40++ dollar.Convert duit kita,satu tong minyak dah turun RM130++.
Aku tak paham betul menteri2 kita ni.Kenapa bila ada benda yang berlaku yang menyebabkan "kenaikan harga" mesti laju je,takyah ada kajian2 lagi.Tapi bila nak turunkan,punyalah susah,kaji itu,kaji ini.Kena buat lawatan pergi negara2 lain dululah,meeting selalu mesti ada karipap la,macam-macam lagi.Apa point anda dilantik sebagai menteri kalau anda sebenarnya takde akal macam mana nak tackle benda2 camni?Siapa yang lantik menteri2 ni?Kalau tau diri sendiri takde kebolehan,kenapa nak jadi menteri?
Sebab duit?Sebab bole kawin artis?Sebab ada kuasa?Sebab gila kuasa?
Aku tak tau siapa yang betul dan siapa yang salah dalam bab liwat meliwat ni (tapi aku ada pandangan aku sendiri) tapi apa hujah anda untuk menyokong KERAJAAN BARISAN NASIONAL?
Sebut pasal minyak,anda sokonglah sampai terberak terkencing dalam seluar sekalipun,minyak naik harga anda still affected jugak.
Takde ke sesiapa yang dekat Permatang Pauh ni pegi interview penyokong2 UMNO kat sana?Tanya diorang "Pada pandangan Encik/Puan,setujukah anda dengan kenaikan harga minyak?"Tengok la apa dia jawab.Kalau dia jawab setuju memang akal dia dah tertinggal dekat rumah la tu.
Kenapa anda masih sokong Barisan Nasional?
Ada tak sesiapa yang sokong BARISAN NASIONAL ni boleh jawab kat sini?
14 ulasan:
mangkok ni memang aku tak suka sejak dia jd Pengerusi PAC lagi..lepas election dia jd Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri lg aku tak suka..masa inteview dgn tv3 suku lepas kenaikkan harga myk dulu tu apa yg dijawap mcm pelaq aja..yg tau dok canang pemberian rebet tunai RM625 dan RM150 tu.. dia ingat bangga tak sangga la boleh bg duit tunai mcm tu kat org ramai yg ada kenderaan.. alahh..ingat semua org ada keta ka..ingat semua org kg ada moto ka.. dan apa yg aku paham pemberian ni hanya SEKALI SAHAJA.. lepas ni jangan harap la..
Aku sokong UMNO (walaupun aku tak suka Pak Lah dan beberapa lagi pemimpinnya), dan aku juga tak bersetuju dengan kenaikan minyak melampau itu (dan cuba menyedapkan hati aku dengan justifikasi yang diberikan Kerajaan).
Tapi bagi menjawab kenapa nak terus sokong BN? Abis kau nak aku sokong Pakatan Rakyat? Lagi hampeh.
si lord ak ni gayanya macam orang upahan UMNO ajer ni. tu yang sokong membabi buta jer tu. nak sedapkan hati konon..poodahhh.
hati kambing masak gulai barulah sedap.
lord ak ni kambing kot.
aku tak salahkan dan tak kata UMNO tu tak baguih..yg membuatkan UMNO dipandang tak elok atau ayat yg lebih burok lg HINA adalah pasai adanya org seperti la ni yg dok dlm UMNO..UMNO tak salah..tp org dlm tu yg buat mcm tu.. akhir sekali..lu pikirlah sendiri..
Akum..
Aku rase harga siling petrol yg kekal, bukan harga petrol tu sendiri. Ni pemahaman aku la. Mungkin aku silap.
Xsilap aku , harga siling ni harga maksimum untuk sesuatu benda.So, mana2 peniaga xbleh jual lebih dari harga siling ni.
Harga siling petrol mmg akan kekal hingga akhir tahun ni. Tapi harga petrol dah diumumkan akan turun mula 1 Septmber depan insyaallah. Tapi aku rase xbyak sgatla sebab dah tolak subsidi 30 sen. Xtau lagilakan. Kita tunggu sama2.
Kalo aku silap, sila bgtahu aaa...
okla... setelah aku googeld jap tadi, dah dapat jawapan.
Definition of Price Ceiling
A Price Ceiling is a government-imposed maximum price for a product.
Disebabkan harga minyak mgkin berubah2 setiap bulan, perlu utk menetapkan harga siling pada petrol, so krajaan dah menetapkan pada 2.70 shingga akhir tahun ni, means... harga petrol xkan sekali2 melebih 2.70. Kurang tu diharapkan sangatlah. Haha..
Korang setuju atau tak pada harga siling ni bergantung pada korang la..
kakakakakakakkaka baca la betul2 lain kali
sori2,gua tak perasan masa bace.
tapi boleh pecaye ke harga siling ni.sebab sblm pihanraya hari tu kata tak naik,pastu naik..70 sen pulak tu
jgn percaya! dan tak bleh dipercayai lagi! percayalah ckp aku ni!
terang-terang menipu berkali-kali, boleh percaya lagi ke?
aku x suka BN..
Pakatan Rakyat all the way!!
Anonymous said -->"lord ak ni kambing kot."
tak lah... Aku orang cam kau jugak. Orang biasa je. Cuma berbeza pendapat je dengan kau. Sekurang-kurangnya aku beri pendapat tanpa bersembunyi di belakang nama "Anonymous"
Upahan BN? tergelaknya lah aku baca. Takder lain kalau pro-kerajaan je suma makan upah BN Hahaha..
Saja singgah kejap tengok². Cheers
ntah anonymous.. dah la nyuruk, lord AK siap letak gamba dia lagi n kalau ko tak puas hati boleh print tgk puas-puas muka dia... lu nak hentam orang jgn la nyuruk-nyuruk...
Catat Ulasan