Ogos 26, 2008

Ada Apa Dengan Bendera?

Berita mengenai ugutan-ugutan yang diterima oleh brader Kickdefella sangat menyedihkan.Kalau polis berjaya menangkap dia,habislah dia kena masuk ISA ataupun keluar turun mahkamah atas akta hasutan yang berasal dari zaman kolonial British lagi.Siapa yang ugut dia?Orang UMNO.Orang PEKIDA.Orang Melayu.Ada yang ugut nak bunuh.Ada yang ugut nak sembelih.Kerana apa?Kerana sebuah bendera.

Apa yang aku dengar2,polis pun kalau boleh tak nak ambik apa-apa tindakan tapi sayang sekali bila Mangkuk Ayun@Perdana Menteri mengeluarkan statement "Polis mesti ambil tindakan" terhadap Kickdefella.Nak tak nak,tugas punya pasal,sumpah dah termaktub "Saya Yang Menurut Perintah" buat la siasatan.

Kenapa?Kenapa marah sangat pasal bendera terbalik?Bukankah bendera tu juga ciptaan manusia.Apa yang diagung-agungkan sangat bendera tu sampai suci benar bendera tu dijaga.
Pada sebuah negara yang benar-benar aman dan bebas,mereka bolehlah menganggap bendera mereka itu lambang keamanan negara mereka tapi kita?

Apa simbol bendera kita tu? Kuning melambangkan institusi di raja,biru melambangkan perpaduan,14 jalur melambangkan 14 negeri/persekutuan dan bulan bintang melambangkan agama Islam.

Tapi adakah Kerajaan Malaysia menghayati apa maksud bendera tu sendiri?Kalau benar bendera itu simbol agama,kenapa agama Islam mudah sangat dipermainkan?Biru itu tanda perpaduan,mana perpaduannya?Bila nak sebut pasal perpaduan,kita mesti mulakan dulu dengan kebahagiaan rakyat,kalau tak bagaimana nak mencapai perpaduan.Mana kebahagiaannya?Makin ramai rakyat Malaysia yang lebih gemar keluar bekerja di luar negara dengan harapan agar dapat menjadi warganegara negara itu.Makin ramai yang tak peduli pasal hak dia sebagai warganegara kerana dia sedar,Kerajaan Malaysia penuh menteri-menteri berotak sampah sarap,lebih gemar mengisi poket sendiri berbanding berkorban untuk negara.Kalau boleh aku tak nak la komen pasal Sultan.Kalau Kaki Tidur tu sendiri boleh lawan titah Sultan,apa sangat la bendera ni pada dia sebenarnya.14 Jalur tu pulak,patutnya dikurangkan jadi 9 aje.Sebab 5 negeri tertentu bukannya masuk pun dalam rancangan Kerajaan Persekutuan.Kalau lepas ni kurang lagi,buang lagi satu jalur.Insya Allah.

Kenapa dipertahankan sangat perihal bendera terbalik itu kalau anda sendiri sedar,negara anda kucar kacir di bawah anda?(Atau mungkin anda tak sedar,aku tak terkejut)

Bendera tu hanya simbol sebuah negara.Apa yang membentuk sebuah negara bukan benderanya.Kalau bendera terbalik ke terlangkup terlipat ke,itu semua tak penting.Yang penting rakyatnya.Betulkan dulu nasib rakyat yang terjerat baru lah ambik peduli pasal simbolnya.Kalau bendera aje yang dikibarkan cantik dan megah tapi rakyat hidup tak semenggah mana,apa nilai bendera tu?

Apa nilai kita pada kerajaan kalau kerajaan lebih sayangkan bendera daripada rakyatnya?
Rakyat nak dibelasah,bendera takut betul nak bagi basah.

17 ulasan:

Che underscore Lee berkata...

honestly walaupun aku bangga gile tgk bendera tu berkibar kat mana2 especially kat luar negara, kadang aku cam sedih/malu sebab bendera tu tiru bendera USA yang dah ada since 1776 lagi.

bezanya kita 14 jalur, bulan dan bintang pecah 14, diorg nyer 14 jalur, 51 bintang kecik.

sampai misi bantuan khas m'sia kat afghanistan dulu kena tahan dgn taliban sebab diorg mula2 ingat jip yg bawak ubat2 tu jip US sebab ade bendera kita yg dari jauh nampak cam bendera US

nape diorg approve bendera ni masa nak merdeka dulu? dah ler lagu negaraku katanya ikut lagu hawaii tuh.. pasni ape plak yg tiru?

Che underscore Lee berkata...

pembetulan.. US nyer 13 jalur jer

Tanpa Nama berkata...

Bodohnye melayu perjuangkan bendera bermatian matian, agama tak jaga. Melayu hampeh. Aku melayu, tapi dah lama aku buang jiwa melayu ni sebab tak boleh bawa ke mana, dunia tak dapat akhirat buat sambil lewa je. Melayu akan baik agama bila utamakan agama lebih dari adat, akan hebat dunia bila tiru cara cina atau omputih. Jadi pilihlah, nak hebat dunia tiru cara hidup omputih cat rambut mancungkan hidung ubah kening pakai thong, nak hebat akhirat tiru cara hidup tok guru. Nak hebat dunia dan akhirat tiru cara hidup salahudin al ayubi. Takbir!

Tanpa Nama berkata...

soal bendera ni janganla kita dok berbeza pendapat sangat. jangan politikkan bendera malaysia aka Jalur Gemilang ni.
kalau kita tengok, walaupun berbeza pandangan politik dengan bendera yang pelbagai, akhirnya kita mengibarkan satu-satunya bendera yang sama iaitu Jalur Gemilang.
seharusnya Jalur Gemilang ini dipelihara keadaannya. jangan kerana politik bendera ni jadi mangsa. bendera ni bukan milik mana-mana parti politik tetapi bendera ini adalah milik negara yang digelar MALAYSIA.
parti manapun yang memerintah negara ini akan tetap menggunakan bendera Jalur Gemilang ini sebagai lambang negara. sedarkah anda???
jadi marilah kita sama-sama menjaga Jalur Gemilang ini daripada dinodai. ingatlah walaupun kita berlainan fahaman politik, tetapi akhirnya kita tetap mengibarkan satu bendera yang sama. JALUR GEMILANG.
-PERPADUAN TERAS KEJAYAAN-

ephol berkata...

tu la... bendera dah dekat sama dgn bendera US... pastu tugu negara plak tiru tugu peringatan Iwo Jima kat US gak...

Che underscore Lee berkata...

erm actually mana2 parti yang memerintah ada hak untuk tukar bendera sesebuah negara.

Cth2 negara lain untuk rujukan - Rwanda, Lesotho, Comoros, & South Africa. Even ada yang tukar nama negara terus. Cthnya Zaire sekarang dah jadi Democratic People's Republic of Congo

Tanpa Nama berkata...

selama ni bendera Malaysia tak pernah pun bertukar. kalau pergi mana-mana negara di seluruh dunia pun tetap Jalur Gemilang sebagai bendera kita. mana orang akan faham kalau bendera terbalik tu adalah bendera Malaysia melainkan orang akan kata bendera tu salah kedudukannya. lambang negara tak patut dijadikan alat untuk melepaskan geram kepada sesebuah parti memerintah.

Tanpa Nama berkata...

bg aku kau ada segelintir manusia tg x tau bersyukur dgn anugerah tuhan..bendera bg keturunan pegecut saja yg mmpu melihat tnpa apa2...sparuh dri kturunan aku berkorban utk sehelai kain bernama bendera pham la..bg yg mnjadi pegejut...ini la hasil dri keturunan kau..

Tanpa Nama berkata...

bg aku kau ada segelintir manusia tg x tau bersyukur dgn anugerah tuhan..bendera bg keturunan pegecut saja yg mmpu melihat tnpa apa2...sparuh dri kturunan aku berkorban utk sehelai kain bernama bendera pham la..bg yg mnjadi pegejut...ini la hasil dri keturunan kau..

Tanpa Nama berkata...

Bendera adalah lambang kedaulatan negara. Pada aku, mengibar bendera terbalik adalah satu perbuatan yang tak patut dan menunjukkan keinginan untuk melihat negara jatuh melingkup.Ini dah mcam tindakan puak Anarchy.

Biar kita berbeza pahaman politik sekalipun, tapi jgnla tunjuk perasaan marah pada bendera.Bendera Malaysia tak mewakili mana parti politik, bendera Malaysia tak mewakili mana2 dasar politik. Bendera Malaysia adalah untuk negara dan rakyat Malaysia.Kalo dah xsayang negara elok saja tukar kerakyatan.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Lord AK berkata...

Agree with sadclown.

Kau boleh nak kutuk-kutuk aku, aku tak kisah. Tapi kau jangan nak main-main dengan bendera NEGARA AKU.

Bodoh punya kawan.

Tanpa Nama berkata...

Apsal ko ni? Wlpun bendera/panji2 tu hanya simbol ciptaan manusia sje tp jgn la dipermain2kan. Klau ko byk membaca, ko tntu tahu kegunaan bendera/panji2 ni. Klau soroti sejarah peperangan Rasullullah, sahabat yg mmegang panji2 klau blh x mahu panji2 jatuh ke tnh dan dipijak krn mereka tahu ini penting dalam pprangan demi penyatuan mrk.Hnya org bodoh ataupun retard sje yg x fhm fungsi bendera ni dlm sjrh manusia, ataupun mrk ni x layak dipanggil manusia lngsung. lps tu, btul ke negara ni btul2 dlm kucar-kacir smpai nk terbalikkan bndera 2?? Ni smua hnye masalah politik je, ap kena-mengena dengan bendera... (Manusia atas pagar)

Tanpa Nama berkata...

two words for you...
"well said"

Tanpa Nama berkata...

aduyai...
pada aku...
selagi aku bleh lepak minum kat mapley...
aman le tuh...
lain le kalo ang nak lepak kat negara yg bile ang lepak minum...
kene plak tembak ngan peluru sesat...
bendera malaysia tetap berkibar...
fahaman politik bio le pegangan masing2...
terlampau taksub...
pecah belah la kita....

Tenux berkata...

nampak sgt bodoh
u tak nak duk malaysia pegi balik negara ko snirik la
hahahaha

Tenux berkata...

buat bendera snirik
negara snirik

Tanpa Nama berkata...

padan muka tuan rumah... ingat dah pandai dah..boleh ckp ikut suka jer