"Mai mai abang-abang,adik-adik," jerit Pakcik penjual ubat itu menggunakan speaker.Waktu itu ramai manusia lalu lalang mengejar masa di sepanjang jalan Chow Kit itu."Mai tengok apa yang saya juai," Pakcik itu menyambung lagi." Gagah,tahan,sepanjang malam" jelas Pakcik itu lagi menyebabkan beberapa orang lelaki yang ingin tahu mula berkerumun.
"Nama saya ni Pak Lah.Saya asai Kepala Batas nu," kata Pak Lah sebagai pebuka bicara."Saya mai ni nak habak (nak bagitau) kat hangpa semua yang apa yang saya juai ni baguih untuk hangpa semua kaum lelaki ni!"
"Ni dia,satu-satunya ubat yang mampu membuatkan hangpa punya bini tak senang duduk.Ni dia ubatnya yang buleh buat hangpa semua buleh berdayung sepanjang malam!" Makin ramai lelaki yang berkerumun.Ada juga beberapa orang kakak yang berdiri agak jauh tapi nampak seakan berminat mendengar,mungkin dengan harapan suami mereka dapat di mantapkan lagi.Pak Lah lalu mengangkat satu botol plastik berwarna putih.
"Saya tunjuk kat hangpa,ni la dia Ubat Gambir Sarawak campok dengan Tongkat Ali.Saya panggei ubat ni Tongkat Sarawak!Hangpa nak tau berapa lama hangpa boleh tahan!Saya dah cuba sendiri,saya boleh bagitau hangpa satu malam saya bule pi 10 round.Rekod saya setakat ni paling lama 15 round satu malam.Satu round saya bule pi setengah jam mendayung!Sama macam orang putih kata,apa dia..All Night Long,hhahahahahah" jelas Pak Lah bangga.
Masih ada muka-muka sinis.Mungkin sedar dengan situasi itu,Pak Lah menyambung,"Hangpa tak pecaya?Takpa.Ni bini saya,nama dia Jeanne.Biak dia bagitau hangpa semua!"
Jeanne mengambil microphone,"Betoi,saya rasa malu sikit nak bagitau ni,tapi memang betoi apa yang suami saya bagitau hangpa.Memang saya rasa sangat bahagia!Abang Lah saya ni,dia memang selalu naik cepat dan turun lambat," tersenyum girang Jeanne tapi nampak malu2 sedikit.
Pak Lah mengambil semula mikrofon.
"Bila hangpa makan ubat ni,saya janji,saya gerenti,at least hangpa mampu buat 5 round satu malam.Berapa harga sebotoi ubat ajaib ni?Murah saja,ringgit Malaysia 30 saja.Mai mai mai,beli beli beli."
Ada beberapa orang yang mula berminat membeli lalu Jeanne,isteri Pak Lah pun menguruskan jual beli.Pak Lah pun menyambung,"Haa..tengok,ada yang beli.Hangpa tak jeles ka nanti kawan2 hangpa ni lagi kuat dari hangpa."
"Macam bini saya cakap tadi,lepaih hangpa makan ubat ni,hangpa akan jadi macam saya ni.Bila masa nak naik,memang cepat betoi tapi nak turun tu,punyala lama!Bila siang tu mengantuk ja saya,hahahaha.Kadang-kadang bila tertidok tu pun tak turun-turun lagi"terang Pak Lah bangga.
Habis laku ubat Pak Lah itu.Ramai betul yang membelinya.
7 ulasan:
aku masih tak paham cerita hang ni mantot..2 kali aku baca pun masih tak paham..msg apa hg nak bgtau ni..
msg dia tuh kat ayat2 yg last2 tu ler..
Apala kelembai...cuba hang baca perenggan akhir tu!
dalam dowh maksud diaaaa...
patut-la selalu tersengguk2...penangan ubat ghupa-nya, hmm takpelah asalkan bahagia.
tapi jangan sampai kantoi keluar air leuq basi, manala tau ada BBC CNN...
maksud aku,aku bagi cth harga minyak...
bila kerajaan announce nak turunkan harga minyak,ramai yang rasa suka hati.tapi kena tunggu tempoh nak turunkan harga minyak tu punyala lambat,nak kena tengok itu ini,nak kena kaji macam2.
tapi bila minyak nak naik,punyala cepat dan naik tu kerap pulak.Problem paling besar,masih ada lagi org yang sokong dia walaupun tau apa yang Pak Lah boleh produce sebenarnya banyak kelentong je
haha..sungguh bermakna cerita ko kali ni mantot...maksud tersirat memang baek punya...
tp part satu round 30 minit...lepas tuh satu malam 30 round...itu dah 15 jam dh tuh...mmg power ubat nii...bleh beli kat internet x? hehe
tinggi philosophy ko tot..cam wayang kulit..hahaha
Catat Ulasan