Ogos 23, 2008

Kenapa Aku Percaya Dengan Anwar Ibrahim


Kata Sharbery Cheek (Brader Buih) dalam debat,Anwar Ibrahim selalu buat janji2 populis.Apa maksud populis tu?Kalau ikut definisi,populis bermaksud "satu pegangan yang lebih mementingkan rakyat "the people" jika dibandingkan dengan golongan bangsawan "the elites."

Aku tak taksub dengan Anwar dan aku rasa ramai pembaca yang membaca blog aku ni tak taksub dengan Anwar.Kita ada dua pihak yang sedang bertelagah.Satu nampak cuba menguntungkan diri sendiri,family,kroni dan satu pihak lagi nampak ada usaha memperjuangkan nasib kita,rakyat sambil menguntungkan kroni masing-masing.

Jadi,mana satu anda nak sokong?

Kalau nak ambil kira perjuangan UMNO dulu2,memang la sesiapa pun akan sokong UMNO.Sebab UMNO yang membawa kemerdekaan kepada kita.Tapi betul ke UMNO yang memperjuangkan nasib rakyat dulu2?Atau perjuangan UMNO hanyalah satu perjuangan yang direka dalam buku2 sejarah untuk mengaburi mata pelajar2 sekolah walhal sebenarnya,yang berjuang itu orang lain,yang dapat nama UMNO?

Kita tak tau sebab golongan macam aku,tak hidup masa tu.Kita tak nampak dan kita tak saksikan sendiri apa yang terjadi.Cuba bukak balik buku teks sejarah sekolah menengah,baca pasal perjuangan kemerdekaan.Siapa wira dalam tu?UMNO.UMNO dan UMNO.Kita tak tau cerita sebenar.Zaman sekarang,mudah dan cepat berita sampai .Bayangkan hidup anda 2 minggu takde internet.Mana nak dapat berita pasal perjuangan pembangkang,perjuangan Anwar Ibrahim kalau setiap hari terpaksa membaca Utusan Malaysia dan menonton RTM?

Mungkin satu hari nanti,bukak buku sejarah sekolah,ada diceritakan bagaimana pengkhianat2 negara menganjurkan perhimpunan BERSIH dan menggugat keselamatan awam.Bukak bab lain pulak menceritakan bagaimana penduduk2 Bukit Mahkota Cheras bangkit melanggar undang-undang dan membuat keadaan jadi huru hara.

Kita boleh dah tengok kat TV dan suratkhabar tempatan berita2 camtu,tapi nak ke kita biarkan cucu cicit kita still hidup dan belajar sejarah yang penuh penipuan.Aku ada kat BERSIH,aku ada dekat Bukit Mahkota.Aku pergi ceramah Anwar Ibrahim,permit dapat,tapi kenapa pentasnya dirobohkan polis?

Apa yang aku nampak semua tak sama dengan apa yang aku tengok dalam TV.Sebab tu aku sokong pembangkang.Apa saja yang kerajaan bagitau dekat umum berkaitan 3 benda yang aku sebutkan tu,semua lain dengan apa yang aku nampak dengan mata aku sendiri.Aku tak nak orang ramai kena tipu.Aku tak nak diri sendiri kena tipu.Kenapa aku nak sokong kerajaan penipu?Sebab sepatutnya dia KERAJAAN dan kerajaan tak sepatutnya treat rakyat dia macam tu.Sepatunya Kerajaan yang keluarkan janji2 yang berbentuk populis,bukan seorang bekas menteri yang telah ditendang diterajang keluar dari kerajaan.

Aku sokong Anwar bukan sebab dia Anwar Ibrahim.Aku sokong dia sebab dia kata dia nak naikkan ekonomi Malaysia,dia nak turunkan harga minyak,benda2 tu bagi kesan kat kita semua,rakyat-rakyat.Dia nak bagi projek2 kat kroni ke sedara ke itu dia punya pasal,sebab politician is still politician.Tapi bila Anwar Ibrahim dah berubah tukar mentaliti sama macam ahli-ahli UMNO sekarang,lupa rakyat,lupa amanah,takkan la aku masih still nak menyokong dia?

Apa yang kita nakkan sebagai rakyat?Seseorang yang janjikan benda2 yang menguntungkan nasib kita sebagai rakyat?Kita sebagai rakyat pun ada kepentingan masing-masing kan?

Jadi,antara BN dan Pakatan Rakyat,mana satu yang lebih menguntungkan anda?Turun 70 sen atau turun 15 sen?Kuasa kita makin lama makin kuat dan kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang dah sedar.Jadi,gunakan peluang yang ada.

Malaysia perlukan perubahan dan siapa Malaysia?Malaysia itu kita semua.



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gua setuju :D

Tanpa Nama berkata...

Hidup Mantot!!! hehe

Iskandar Shah berkata...

Mantot,

aku sungguh terharu dengan posting ko ni. tak kusangka mamat yang aku kenal masa sekolah dulu dah bukak topeng dan jadik seorang nasionalist. Damn, betul ker frasa aku tu ek?

Well, posting ni mcm mengiyekan apa yang aku komen before je. but btw, kan kita sama2 kena kejar kuda FRU masa 1998.

To be honest, being away from Malaysia buat aku nampak banyak bende. paling utama of course la ekonomi and most of public system kat sini, aku akan compare dengan Malaysia. Aku tak nampak kat mana masalahnya bende yang sama tak boleh di implement kan kat Malaysia. bare in mind, Norway is one of the poorest nation within EU 20 years ago, today they stand proud to be 4th highest standard of living in world ranking(not only EU). Mcm mana diorang manage bina negara diorang?

I am tying to be patritic and if someone says that, i choose to move out from Malaysia is something to show un-patriotic of myself being Malaysian, i will ask them to ask themselves first. sebelum aku transfer Oslo, berapa ramai student USM aku interview dan masukkan dalam company aku, aku dpt offer transfer to Houston last year aku tolak sebab aku nak train budak USM yang aku recruit, tahun ni aku pindah Oslo, 5 tahun lagi aku nak balik KL, aku nak jadik somebody, someone even better than who i am today, takkan selamanya bos office KL company aku nak mat saleh je kan, bagi la orang Malaysia pulak, orang Malaysia yang ada creadibility and integrity, someone that can help Malaysian.

I may be nobody, but at least I try my best to do my part as malaysian.

as for those bastard pemimpin kerajaan Malaysia, go f*ck yourself kalau korang tak leh nak pimpin Malaysia.

Dulu masa sekolah, aku ingat ayat ni,'jgn tanya apa yang sebuah negara dah bagi kat kita, tapi tanya apa yang kita dah bagi kat negara kita' i think i did my best for my nation, did our PM do the same?

For those so called 'karat UMNO', think again. It's not worth it to get some RM but in the end it's your children, your future legacy who will suffer. Let Malaysia be rule by someone which we can called 'negarawan, cendekiawan dengan berlandaskan ajaran Islam dan berpandukan Al Quran dan Hadis'. Again, I never state any name, I put 'MALAYSIAN'

Tanpa Nama berkata...

org cetek akal jer ingat pembangkang taksub ngan anwar..pasal dulu dia duk umno kita tak sokong dia pon..budus! cuma masa tu kita bleh respek dia pasal ilmu dia dan track record portfolionyer yg cemerlang dan sekarang dia di pihak pembangkang so kita sokong lah budus! tak kan nak sokong pak lah ngan najib lak.. soal taksub tak timbul cuma teruja nak tgk dia memerintah negara cam ner..dan menagih janji2 dia...korang jgn la takut kalo anwar memerintah tak betul pilihanraya kan ada 5 tahun bukanyer lama pon..

L berkata...

wa sokong lu brader.

Tanpa Nama berkata...

agama bkn politik...anuar ko sampai mati pun tak akn jd PM..