Julai 17, 2008

Sepetang Di Jalan Hang Tuah

Simpati melihat nasib pegawai2 polis yang terpaksa membuang masa bertugas.Simpati melihat mereka terpaksa menurut setiap perintah dari atas,suka atau tidak.Itu adalah pandangan aku kepada pihak polis.



Atas sebab perintah,mereka dipandang hina masyarakat.Atas arahan dan ikrar "Saya yang menurut perintah" terpaksalah mereka bertindak melakukan sesuatu yang tidak mereka ingini.Ini kerana wujudnya beberapa orang keparat di atas yang berfikir Malaysia ini dia yang punya.Lupa undang2,lupa hukum dunia,lupa syurga neraka,lupa Tuhan.

Aku ke sana hanya sebagai peninjau.

Aku tak ingin melaungkan reformasi di depan abang2 dan kakak polis.Kerana aku percaya dalam hati mereka juga ingin melaungkan slogan itu.Tapi slogan reformasi itu bukan untuk mereka,tapi sasaran sebenar adalah kepada "Mereka yang mengeluarkan perintah"



Simpati aku melihat seorang pakcik yang ingin pulang ke rumah menaiki motorsikal.Mungkin dia tinggal di flat tepi Balai Bomba Jalan Hang Tuah tu.Bagaimana dia dapat pulang aku pun tak mengerti kerana jalan ke rumahnya sudah tutup dua2 hala.



Bila malam berlabuh,datanglah sekumpulan rakyat,lelaki dan wanita membawa lilin,mengajak mereka yang ada menyalakan lilin sebagai tanda perjuangan dan rasa simpati kepada Anwar.Pada waktu itu,ada seorang lelaki berumur yang menggamatkan suasana dengan laungan2 yang sarkastik dan agak kelakar.Pegawai-pegawai polis yang berkawal di situ juga tersenyum gembira mendengar
ayat-ayat jenaka yang sekadar cuba menjadi penawar kerisauan dan kemarahan mereka yang berkumpul di situ.



Lebih kurang jam 8.30,muncul Chegu Bard (musuh ketat Khairy Jamaluddin) dan Tian Chua yang pernah menahan trak FRU dengan tubuhnya satu ketika dulu.Sedikit ucapan ingin memaklumkan perihal Anwar.Pesan Anwar,dia akan bekerjasama.Tah bila akan dia kembali bebas.



Bekerjasama?Baiklah.Kita akan bekerjasama.
Aku pun balik.Kita tunggu berita esok.

6 ulasan:

aj3k berkata...

tot, gambo ko dah ada konsep photojournalism!
syabas tot..syabas!

DaRk AnGeL berkata...

uish...
panas jugak dgn isu nih..

radenjowo berkata...

canggih la lapuran dan photo mantot. Teruskan ....

Mantot berkata...

ajek,ko tengok gambar lilin beberapa batang tu,apsal flare lilin tu lari aa?

aku pelik betul,bile flare aje mesti ghosting camtu...

tenkiu bro radenjowo dan cik angel.
teruskan usaha kita

Tanpa Nama berkata...

kalu dilihatkan, rata2 melayu...mane gi yg lain2 malaysia?.. kesian! kesian!

ira berkata...

saya setuju polis cuma mengikut arahan. walaupun terdapat segelintir polis yang bersikap kurang ajar, namun mereka ini cuma minoriti. saya tinggal di kawasan perumahan polis. ayah saya seorang polis. dan setiap kali ada ceramah pembangkang, ayah saya dan rakan2 polisnya tidak akan pernah terlepas. mereka ikut mendengar dan melaungkan takbir bersama pemimpin pkr. namun terdapat juga polis yang terus bersikap kejam terhadap rakyat. polis sebegini lah yang menunduk dan mengangguk kepada BN. kadang2 jangan kita salahkan polis semata2 kerana mereka kadang2 ada yang menyokong apa yang kita sokong.

saya cuma berkongsi :)