Julai 12, 2008

Kembali Ke Zaman 80-an Dengan TV1

Dalam hujung bulan 4 dulu,aku ada dipanggil interview untuk masuk kerja kerajaan bawah RTM.Itu adalah permohonan aku yang aku sendiri dah terlupa aku ada apply dan tetibe je ada surat panggil exam dalam bulan 9 tahun lepas.Aku memang dah terlupe dah yang aku ada apply SPA tu dan masa dapat surat tu aku tertanya2,ni kalau aku tak pegi kena ban ke tidak tidak ni?

Jadi lepas lah aku 2 level,first sekali exam : aku dengan tak study apa-apa pegi la jawab soalan2 yang berkaitan dengan perlembagaan Malaysia dan macam-macam lagi.Lepas lak tu.Second test aku kena buat ujian suara.Hahahaha,nak tergelak aku masa tu sebab tetiba kena jadi Hasbullah Awang lak.Dapat kertas soalan tengok2 ada choice buat ulasan perlawanan bola;aku pun buat la yang tu.Memang sebijik macam Hasbullah Awang kata pemeriksa aku.

Last sekali ada interview.Aku dah berat hati masa tu sebab mak aku bagitau baik duduk je kerja ngan kompeni sekarang sebab dia tengok aku suka kerja situ.Masuk gomen ni nanti banyak gak gaji kena potong.Aku masa tu memang dah tawar hati nak pergi kerja kat situ tapi sebab takut kena blacklist aku pun pegi la interview dia.Requirement dia macam2 dan aku tak bawak surat beranak aku,jadi aku pun memang tak berharap dah la.

Masuk interview tu,ada dua orang interviewer.Laki sorang,pempuan sorang.Bila aku duduk,first sekali mcm biasa la dia suruh perkenalkan diri.Aku pun cerita2 la macam2.Lepas tu dia tanya aku"apa sumbangan baru yang awak boleh buat untuk RTM ni?"

Aku jawab la,aku reti buat video ngan visual effects.Aku pernah terlibat dengan benda2 tu,benda2 ni.Dia jawab la balik "Eh,tu bukan requirement nak jadi penerbit rancangan ni.Awak pernah jadi pengacara majlis?"Aku terkedu sket masa tu.Pengacara Majlis?Emcee?Aku jawab tak pernah.

Lepas tu dia tanya aku "rancangan2 RTM ni,mana satu yang awak paling suka?"

Errr....aku tengok RTM pun bila ada bola Malaysia dan bila ada rancangan Agrotek Journal.Dua tu je la yang aku tau nama dia.Takkan la aku nak cakap "Salam Pantai Timur" lak kan?Aku jawab la rancangan "info Sukan.""Baik,pada pandangan awak,apa yang kita perlu improve dekat rancangan Info Sukan tu?"

"Errr..dia punya background set,nampak klasik sangat.Tak cukup moden untuk tarik minat golongan belia sekarang nak tengok.Pengacara dia pun nampak kadang2 tak paham apa dia sendiri cakap dekat panel dan penonton.Ahli panel yang dijemput tu pun kadang2 bercakap pun dengan nada yang membosankan,pada saya diorang tahu apa yang diorang nak cakap tapi diorang tak pandai nak ulas dengan menarik."

Pempuan tu muka dia masam je.Mungkin tak suka kot rancangan RTM kena kritik.Tapi cuba bukak RTM dan tengok sendiri kualiti dia.Hari ni,aku tengok bolasepak Piala Malaysia,Johor FC lawan Sabah (aku tengok mengharapkan dia tunjuk Kedah lawan KL)

Sambil aku tengok2 tu aku cuba ingat balik kualiti visual dan persembahan liga Malaysia masa aku tengok zaman 80 an dulu.Takde perubahan pun.Sama aje.Dengan kualiti gambar yang gelap,audionya lebih jelas suara coach terpekik2 daripada suara penonton dan pengulas perlawanan yang kadang2 tersasul dan kengkadang tak sure apa yang terjadi atas padang."Eh,dia kena buang ke?Bukan.dia kena tukar.Eh,bukan,dia dibuang padang!" (sori Abang Hasbullah)

Habis game tu,aku try dan tengok aje apa yang RTM ada.Ada la promo2 rancangan RTM.Masalahnya,dengan visual yang out dated dan kualiti grafik yang nampak gaya macam baru sehari dua pegang software,menonton RTM membuatkan aku rasa seperti kembali ke zaman silam.
Aku ingat lagi ada interviewer tu tanya aku "Kenapa banyak syarikat nak taja Euro 2008 tapi kalau suruh taja Liga Malaysia punyalah susah?"

Aku tak jawab soalan tu secara jujur.Sebab kalau aku jawab jujur rasa2 aku kena terajang ke luar.
Kalau aku jawab secara jujur aku akan jawab,"hanya segelintir orang yang peduli pasal Liga Malaysia ni tapi RTM pun silap jugak sebab siaran langsung macam nak tak nak je buat.Bila final je baru la banyak camera angle,baru la kualiti audio ok sket.Cuba tengok masa NTV7 dulu dapat hak siaran langsung Piala FA Malaysia?Bukan ke best?Gambar pun terang?Pengulas pun nampak jugak bersemangat"

Ada member aku cerita hal2 dalam RTM ni.Propose benda2 baru je,orang atas rejek.Tak suka.Design tak ikut garis panduan kerajaan.Kalau macam tu lah jadinya,sampai bila nak stay tahun 1980?Visual out.Audio out.Pembaca berita pun kadang2 baju macam style 80 an.Isi kandungan pulak wallahuallam.Aku tak pernah tengok berita RTM.Sebab tu kot aku anti Kerajaan.



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saudara,
saya pernah diinterview untuk PTD, memandangkan line saya adalah multimedia, peng'interview' saya ialah Pengarah SPA sendiri, sorang lagi bekas Presiden FAM (saya pun lupa namanya, dah tak minat bola) dan sorang orang SPA Terengganu. Bila saya nyatakan pandangan ikhlas saya (kritik la tu...) tentang kelemahan website kerajaan, nampak tergezut gak diorang, agak marah la...

Hmm... jenis tak leh terima kritikan juga seperti RTM kot...huhu...

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju ngan Mantot & anonymous! Dalam banyak-banyak channel....RTM la yg paling membosankan. RTM kena buat anjakan paradigma kalau nak terus stay kat Mesia ni. Aku tengok RTM pun sekali - sekala, itupun kalau ada filem-filem yg best. Selalunya channel ASTRO yg jadi pilihan.

Lord AK berkata...

Aku tak pasang Astro. Tapi sama lar tak bukak pun TV1. Kalau bukak pun tengok berita dengan nak bukak puasa je lah.

Dulu best jugak lah masa kecik² dulu ada Ksatria Baja Hitam, Maskman, Maero Attack, Doremon lah macam² lagi lah. Skarang cuma ada Kacang je.. Mantot suka lah tengok tu hahaah

sKywAlkeR berkata...

Aku lahir dlm era 80-an..mase kecik2 dulu,salu gak laa kne tgk RTM niBkn pe,sbb golongan2 makcik2 suke tgk siaran RTM ni..Then,mcm yg mantot ckp,RTM ni mmg xberubah..Dulu,kini, dan selamanya..

Skang ni,dlm era millenium,tiap kali terpasang siaran RTM,aku mst tigt blk zamanaku kecik2 dlu..Sbb mmg xde perubahan..

Kalau tny golongan muda,mmg xde yg berminat nk jadikn RTM ni sumber info utama..Baik aku layan tido..

Heh..