Julai 22, 2008

CSI-Kuala Lumpur

Aku dulu selalu layan CSI Supreme Sunday.Tak pernah miss.Sejak kebelakangan ni je aku miss.Mungkin pada aku cerita dia sama je tiap2 minggu.Tak berapa ada variety,awek hot (girlfriend Horation Caine bos CSI Miami pun dah kena tembak mati)

Hari tu sebab takde keje sangat aku pun layan la CSI New York.Kes dia hari tu melibatkan satu kes yang mana wujud kembali kes yang sama seperti kes Amityville House yang pernah terjadi kat US dulu.Kepada yang tak berapa tahu pasal kisah ni,kisahnya,satu rumah yang ada dekat daerah Amytiville ni dikatakan didirikan di atas satu tapak perkuburan Red Indian satu masa dulu.Jadi rumah ni berpenunggu.

Apa yang mempopularkan rumah tu adalah terjadinya kes seorang bapa telah membunuh semua ahli keluarganya (bini,anak-anak) dan last sekali menembak dirinya sendiri.Dalam CSI tu,kes yang sama telah muncul kembali di mana sebuah keluarga telah mati ditembak oleh bapa mereka di sebuah rumah di daerah yang sama.

Dalam penyiasatan kes tersebut,diorang telah memeriksa satu lorong rahsia di dalam rumah tersebut.Periksa punya periksa terdapat kesan kulit ke darah tah yang diorang jumpa dekat lorong ni.First,kita tahu siri CSI ni dibuatkan berdasarkan fakta (kecuali beberapa part) dan apa yang diorang temui dalam lorong tu adalah DNA seseorang.

Bawak balik lab,apa yang diorang dapat tau dari DNA tu?DNA tu adalah kepunyaan seorang perempuan,ibu kepada pembunuh dan yang mengejutkan mereka ialah DNA tu sepadan dengan satu lagi DNA yang baru mereka jumpai.Kiranya ada dua sampel DNA,satu baru lagi dan satu lagi yang dijumpai di lorong rahsia tersebut yang dah berusia 30 tahun!

Jadi,satu DNA yang berusia 30 tahun masih lagi mampu mengekalkan sifat dan datanya.Perlu juga diterangkan di sini yang DNA manusia takkan berubah,tiap2 orang ada identiti masing2 dalam DNA mereka dan DNA adalah satu bentuk pengenalan diri yang jauh lagi lengkap berbanding cap jari.

Kenapa polis kita masih lagi memerlukan sampel DNA dari Anwar Ibrahim?Bukankah diorang boleh aje bukak balik barang bukti dulu dan ambil saja sampel dari situ?Keluarkan aje tilam spring yang ada 13 kesan tompokan air mani Anwar Ibrahim.Kenapa perlu nak mintak lagi?Entahlah,mungkin filing sampel management DNA dekat Unit Forensik Malaysia ni tunggang langgang ataupun ada pihak yang takde modal dan sampel nak cuba2 buat bukti baru.

Anda pernah tengok CSI versi Malaysia?Tajuk dia "Unit Forensik"Pengarah cerita tu patut diambil contoh DNA nya dan dibuat ujikaji,boleh jadi bukti tuduhan "memperbodohkan penonton televisyen Malaysia"

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Banyak sangat citer pasal DNA ni...sampaikan yg terbaru bapak si Saifool ni pun gesa DSAI beri DNA die. Tak pulak die cakap ngapa kene berikan yg baru. Aku tak cayala sampel dulu boleh rosak...mcm citer CSI tu.....sekarang ni sapa bodoh, sapa yg cerdik?

Tanpa Nama berkata...

DNA..DNA...DNA....?
MUNAFIK..MUNAFIK...MUNAFIK?

BAPAK SAIFOOL suruh DSAI bagi DNA.

SIFOOL cakap DSAI MUNAFIK.

PDRM tangkap DSAI macam TANGKAP
KETUA DADAH terbesar di colombia.

PDRM sampai sekarang tak tunjuk report SIFOOL terhadap DSAI.

Sekarang sapa yg boto2 MUNAFIK...?Bapak Sifool, Sifool,& PDRM...?

Atau memang tiga2 ni memang boto2 FOOOOOOOOOOLLLLLLLLL?

LU PIKIR LAH SENDIRI K.....!

Unknown berkata...

sesiapa yang tlibat dlm fitnah ni ,,,laknat dan bangsat lah dia,,,,,,,,,,,bangsat negara

Tanpa Nama berkata...

lagi satu..betoi ka bapa sepol yg bg kenyataan tu..kalau betoi dia pasai apa dia tak baca sendiri..awat yg bg kat incle pet lembik dia tu..ka uncle pet tu mengaja keluarkan kenyataan tu walhal bapa dia tak tahu memahu langsung..atau bapa dia tak mau terlibat pasai malu anak kena sondol..tp sondol dgn org lain..ahh..buang masa toi layan depa ni..

Tanpa Nama berkata...

Bapak Sipool n Sipool sndiri xpnah kuar muka kat tv camne nak pecaya kenyataan tu die yg wat?

Kes liwat Anwar ni dah byak sgat yang kantol, makin hari makin byak kantol, Satu dunia dah tahu kes ni dan sumer pecaye kes ni nak jatuhkan Anwar.

So, kita jugak yang malu. Malaysia dah dpndang mcam negara Myanmar skang. Tanks to the gov..

Tanpa Nama berkata...

POLIS KATA JANGAN...!!!

Tanpa Nama berkata...

kok ye pun kita dah tau KERAjaan kita dah jadi BODOH, jgn lak ko kasi makin nampak lak mantot, tp bagus gak, semakin banyak tindakan yg cuba diambil, semakin nampak bodoh lak tindakan tuh, macam la rakyat ni tunggul, tak tau pepe...he he he... sama gak ngan bapak saifool bahlol tu, yelah, anak dapat berjuta, takkan tak defend anak kut...logik la kan, agama, dosa fitnah tolak tepi sbb duit dah dapat banyak... banyak songeh, muka tak penah tunjuk, dasar bontot pengecut, takut kena bunoh la tu, tak pun takut kena liwat ramai2 sampai mati....

Tanpa Nama berkata...

Aku pun minat CSI dan mlm td aku tengok CSI Miami episod baru. Actually dah lame tak tengok jd aku pun tengokla. Tp satu je yg aku terpikir - kalaula unit forensik ade peralatan canggih mcm CSI, blhke atau tidak DSAI terlepas dr tuduhan?

Tanpa Nama berkata...

Kena cepat cepat minta DNS tu, sebab nak masukkan dna tu dalam lubang bontot, mulut, telinga si Sepol tu.
Baru ada bukti.

Tanpa Nama berkata...

Sedara Mantot,
Minta maaf dulu, nak tegur sikit nih.

Ade kesilapan pada cerita Amityville tuh. Cerita asalnye ialah seorang lelaki (Robert De Feo)telah menembak mati kesemua ahli keluarganye yang sedang tido. Dipercayai lelaki nih mendengar bisikan² setan menyuruh dia melakukan jenayah tersebut. Dan rumah tuh tak didirikan di atas perkuburan Red Indian (ini cerita Poltergeist). Lelaki tuh masih dalam tahanan sampai sekarang.

Crita² mengarut yang mengatakan rumah tuh berhantu sebenarnya dibuat oleh orang yang tinggal di rumah terbabit tidak lama selepas kejadian tuh. Pasangan suami-isteri nih dah tulis satu buku bertajuk "Amityville Horror", menceritakan pengalaman dorang kat rumah tuh. Several years later, dorang buat pengakuan yang crita² tuh cuma rekaan untuk tujuan komersial semata. Mekaseh.