Julai 26, 2008

Ariel Sharon Ajak Ahli PAS Masuk Syurga

Melihat kepada perkembangan kisah-kisah "perbincangan UMNO dan PAS" yang berlaku sekarang ni membuatkan aku sedikit risau.Ye lah,harapan kita (golongan anti-kerajaan BN) bulan September nanti jatuhnya empayar BN dan UMNO yang korup dan busuk.

Memang dah lama aku dengar cerita-cerita dalaman pasal PAS ni.Ada cerita kata golongan-golongan muda PAS nak buat pembaharuan.Mereka nak jadikan PAS satu parti yang lebih liberal.Mereka nak PAS jadi lebih mudah,lebih senang,lebih terbuka.Cerita lain yang aku dengar,ada wujud satu kumpulan yang tidak menggemari Presiden mereka sendiri,Ustaz Hadi Awang.Kata mereka,dia ni old fashioned,tak ikut trend,tak ikut perkembangan semasa,kolot,kuno.Mereka tak suka dengan cara dan prinsip Ustaz Hadi.Pendapat mereka,kalau nak diterima umum,kena berfikir cara moden.Kena belajar terima hiburan,kena accept perempuan Islam tak semestinya pakai tudung.

Pada mereka,bila buat macam tu nanti orang Cina dan orang India tak takut nak pangkah PAS.Orang Melayu yang sekular boleh terima PAS.Orang Islam pulak yang mana Islam sekadar pada nama aje tapi ada bar kat rumah akan sokong PAS jugak.

Apa matlamat PAS?Entah lah,matlamat dia dulu negara Islam,sekarang dah slow sikit.Baguslah pada pendapat aku sebab bila sebut pasal negara Islam,nanti orang Cina,India marah,PAS dah belajar toleransi.Jadi PAS dah tone down pasal isu tu.

Tapi bila keluar cerita pasal wakil PAS pernah berjumpa dengan "Tauke Babi Selangor" Khir Toyo,perasaan tak sedap hati tu memang akan wujud.Baca2 pulak pasal cerita tawaran2 yang kerajaan bagi dekat wakil2 PAS tersebut,aku rasa ramai wakil2 PAS yang susah nak tolak tawaran tu.Ye lah,siapa yang nak tolak jawatan2 Menteri kan?Mata dah terbayang dah projek2 dan duit2 yang akan masuk nanti.Masa tu prinsip dah tolak tepi.Yang penting title dia punya.

Kononnya,berbincang untuk kepentingan dan masa depan perpaduan Melayu.Perpaduan Melayu?Peduli apa aku pasal perpaduan Melayu UMNO.Yang makan orang Melayu,pemimpin Melayu UMNO jugak.Dah la makan orang Melayu,orang Cina,orang India,orang Iban,orang Kristian,orang Senoi,orang Mongolia pun dia makan jugak.Cakap pasal perpaduan bangsa tapi parti sendiri pun berpecah belah.Pak Lah orang Melayu kan?Tengku Razaleigh Hamzah pun orang Melayu jugak.Apasal gaduh sesama dalam parti?Tak puas gaduh ngan geng sendiri carik pulak Melayu PAS ajak masuk gelanggang nak bertumbuk sekali.

Jangan ada ahli PAS lompat parti masuk UMNO sudah.Mata nampak duit,nampak kuasa,apa2 boleh jadi.Bila dah termakan pujuk rayu UMNO tu nanti,Nik Aziz bagi salam pun buat2 tak dengar.Maklumlah,dah jadi Menteri Kabinet.

Kepada Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat,boleh tak Tuan Guru pegi melawat mereka2 ni dan ketuk sikit kepala diorang biar straight balik?

5 ulasan:

Snowflake berkata...

Assallamualaikum
Betul lah tu Mantot. Aku setuju sangat dengan pendapat kau. Yang sibuk sibuk nak kacau PAS tu buat ape. Pada aku, kacau bilau lain lantak pergi, tapi bila sentuh soal Islam dan Tuan Guru Nik Aziz, ini "No Compromise".
Wassallam

Tanpa Nama berkata...

TGNA lah idola aku, walaupun aku ni kaki pompuan. Kalo pasal Islam no compromise cayalah TGNA.

Aku pulak bila nak hilang ketagih perempuan ni... alamak alahai...

Tanpa Nama berkata...

Kalau PAS parti liberal...blh 'open' sana 'open' sini, maknenye PAS same gak ngan UMNO yg sekular tu. Bile mcm tu terjadi, maknenye tiade gune lagi kita sokong PAS.

Tanpa Nama berkata...

Aku xpahamlaa kenapeeeelaa PAS sanggup wat mcm ni. Dalam saat2 Pakatan Rakyat tgah dalam keadaan paling kuat nak tumbangkan BN, bleh plak wat pejumpaan sorok2 ngan BN. Perpaduan Melayu konon. ptuih! Muzakarah ke Muqabalah ke...same je la pada aku. BN akan amek kesempatan ni utk memecahbelahkan pembangkang. Kalo betul PAS jadi join UMNO, aku akan make sure keluarge aku n keturunan aku takkan pangkah PAS.

Tanpa Nama berkata...

alah... PKR nie pun... tgk gaya cam tunduk jer dgn DAP.... mcm kat s'gor lah... suara ADUN dan ahli PARLIMEN pas... mcm tenggelam... aku lbh suka perjuangan tulen PAS semasa bersendirian ... tu lah pembangkang sejati... dah PKR nie... dgn adanya anwar tu... mmm... aku sangsi pd perjuangan... org yg kecewa nie... kecewa sbb x dpt kuasa... dulu dia yg jalankan dasar2 BN... dia yg ngutuk cina dan india... dia lah pejuang UMNO dan Islam sejati... skrg... dia yg wat U-turn... pirah... semua lakonan jer nuar berahim nie... TAKBIR