Julai 28, 2008

Ajaran Sesat 01 - Rasul Melayu Terakhir

Dalam minggu lepas,masa aku dengan member2 aku duduk borak2 pasal politik,kitorang terborak satu topik pasal kenapa ada lagi orang yang boleh sokong UMNO?Alasan yang kitorang terfikir,sebab ada kepentingan poket,itu aje pada aku.Masuk pulak cerita orang kampung,macam mana nak sedarkan orang2 kampung yang takde internet apa cerita sebenar yang terjadi.Sebab pada diorang yang mungkin bergantung kepada paper-paper mainstream dan TV-TV yang ada,maklumat sebenar tak boleh disampaikan.Lepas tu aku pun cakap la,"Apa nak pelik ada orang boleh terima UMNO lagi,ada jugak orang boleh percaya dengan Rasul Melayu Terakhir"

Member-member aku tertanya2,siapa tu Rasul Melayu Terakhir?Mungkin ada yang tak sedar dan tak ikut sangat pasal ajaran2 sesat kat Malaysia ni dan kat sini aku nak bercerita sedikit pasal Rasul Melayu Terakhir dan juga satu lagi ajaran sesat yang berleluasa tapi secara senyap-senyap yang dipanggil Ajaran Kahfi.Ini hanya untuk peringatan supaya takde lagi yang terkena sebab aku ada kenal beberapa orang yang dah terkena,siap kepala kena brainwashed lagi.

Apa tujuan aku cerita kat sini?Sekadar nak inform sebab ramai yang tak tahu dan ramai yang masih terkena.

1) Rasul Melayu Terakhir - Ajaran Kahar Ahmad

Dulu,dalam 3 tahun lepas,NTV7 ada membuat liputan pasal ajaran ni.Kepada sesiapa yang terlepas episod Edisi Siasat tu aku cerita balik la apa yang aku tengok.

Waktu tu kumpulan tu ada kat mahkamah Syariah,jadi wartawan pun datang la interview geng2 pengikut ni.Masa tu "Rasul Melayu Terakhir" Kahar Ahmad kena hadir mahkamah sebab bicara pasal kumpulan ajaran sesat dia ni.

Sambil kamera tengah point dekat dia,dia pun menjawab (lebih kurang macam ni) "Saya hanya nak perkembangkan ajaran Islam.Saya telah dilantik sebagai Rasul Melayu oleh Allah SWT.Tapi sebab banyak sangat pihak yang tentang dan tak percaya saya dah give up."Lepas tu dia tengok kamera dan buat announcement...

"Saya,Kahar bin Ahmad,dengan nama Allah SWT. dengan ini bertarikh (sekian2) meletakkan jawatan saya sebagai Rasul kepada kaum Melayu"

Lepas tu reporter pun interview la sorang makcik pengikut dia.Makcik ni nampak taksub benar dan memang percaya habis dengan "rasul" dia ni.

"Korang apa tau,korang punya Rasul dah mati.Makcik punya Rasul tu ha dia (sambil menunjukkan jari ke arah Kahar Ahmad) Makcik nanti bila dah mati,konfem Makcik masuk syurga sebab Rasul makcik cakap macam tu!" kata Makcik tu dengan muka tersenyum lebar.

Sebelah makcik tu ada bodyguard si Kahar ni,dia agak menyinga dengan wartawan sebab datang kacau diorang.Dia maki wartawan tu "Hoi,korang apa tau.Dia rasul aku.Korang jangan kacau boleh tak."

Itu ajelah yang aku ingat.Ada sesiapa yang ada rekod video tu tak?Aku carik kat Youtube tapi takde la video tu.Berita terbaru pasal Kahar Ahmad ni,dia sekarang ni tengah menyorok kat Gua,kononnya tiru Nabi Muhammad nak dapat wahyu kat Gua Hira' (kata anaknya)

Bacaan Lanjut
Kronologi Kes Kahar Ahmad
Cerita Terbaru Kahar Ahmad

(Update : Aku dah jumpa video dia.Link kat SINI tapi ni video lain,yang aku tengok tu lain tapi Edisi Siasat tahun 2005,ni video dia tayang balik tahun lepas)

Esok aku ceritakan pulak pasal Ajaran Pemuda Kahfi yang aku rasa sampai sekarang tak dapat nak dihentikan lagi.Pasal ajaran pemuda kahfi ni,aku akan ceritakan sendiri daripada pengalaman yang aku nampak depan aku.Kepada sesiapa yang ada terkena dan dah sedar,bolehlah kita kongsi2 cerita kat sini.

4 ulasan:

hoya berkata...

aku mmg ada pengalaman dan cite ni pun aku ada cite mantot dan kawan2 aku yg lain... berlaku tahun lps.. waktu tu mmg aku nak carik kelas hafal quran...alih2 member aku sorang dpt satu kelas ni, dia nak join tp waswas, lastly dia ajak aku pg...

berdasarkan pengalaman dia, waktu dia nak pi tempat, dia kena tutup mata dan bertukar kereta untuk sampai ke situ, tp disebabkan aku ni kawan dia, dia bawak je aku naik kereta salah seorang pengikut ni...

dia kata dia janji kul 8mp lps maghrib, alih2 ktorang tolak pukul 8.30pm, aku pun mula risau sbb takut kelas tu dah start, on the way tu, aku pun tanyalah kawan aku ni.. tok guru yg ajar ni buat kat masjid mana? sebulan berapa kali kelas, dah tu aku tanya member aku ni klu kita pg lambat ni nanti kang kelas habis, rugi plak... tp kawan aku cakap diorang ni akan tunggu... aku mula start rasa sangsi.. kemudian kawan aku menambah diorang buat program ni kdg2 ada kat cheras, kat kg baru dan gombak.. bila sebut kg baru.. aku tanya lg ada ke dia buat dkt area2 kawasan ust ismail kamus (aku anggap kelas ni dikelolakan oleh persatuan pengamal perubatan Islam mcm kelas yg buat kat darul syifa' - harun din)

alih2 ktorang pun sampai ke tempat yg dituju.. rupa2 nya kat roundabout cheras kat bandar tun razak area2 ayamas.. pastu dia ajak aku naik kedai tingkat atas, bawah tu kedai makan cina.. naik je atas aku nampak ada penyambut tetamu ni.. nampak je aku dah kata ni dah tal btul ni sbb perempuan yg jaga tp pakai tudunh baju short sleeve, standard awek2 melayu pakai sekarang nilah.. ni dh tak btul ni...

pastu dia suruh aku dan kawan aku masuk satu bilik. Dlm bilik tu ada satu meja, 4 kerusi, 4 buah tafsir quran dan 4 gelas berisi air, kawan aku selamba je minum, aku plak tak berani sbb klu nak bg air buat apa letak dlm gelas siap2, biarlah gelas kosong tp ada jag isi air or mineral water..

dlm 10 minit kemudian, datanglah 2 org lelaki baya2 kita gak.. tgk gaya budak2 biasa je diorang ni takde riak muka budak2 tahfiz langsung, takde rupa budak2 darul quran or pondok or IIUM or jordan atau al-azhar..

lps tu diorang tanya apa tujuan aku dtg, aku kata nak hafal quran esp surah2 pilihan .. lps tu mamat ni sorang start psyco dgn cakap jerit, anda ni org islam ? aku cakap ye tp aku tak terima hidayah trus mcm muallaf tp kerana ibu dan ayah aku Islam mcm org2 melayu yg lain kat m'sia...

pastu dia start psyco suruh bukak ayat berapa ntah, maksud dia agak mengelirukan klu korang tak paham, tp bg yg mmg taksub pasal ilmu quran ni akan blur dan akan rasa kagum gak klu tak kena gaya... ikut pada surah ni kita kena beriman dulu baru amalkan rukun Islam... waktu tu aku nak bangkang tp sbb aku sorang2 dan dua2 org stail brainwash aku diam je... dari satu ayat ke satu ayat diorang brainwash aku... dah lebih kurang sejam.. baru diorang bg aku tanya..

waktu mula brainwash, aku kagum gak dgn diorang ni sbb boleh tau overall ayat2 dlm tafsir tu... bila sampai waktu tanya soalan, aku tanya sapa tuan guru korang? kenapa buat secara personal? berapa lama baru boleh terror mcm diorang? ada buat perjumpaan USRAH ke? ada buat join venture dgn ABIM, JIM, PPIM or NGO mana2 ker...

diorang kata klu aku ikut siri diorang sampai 6-10 kali level aku akan naik dan sampai masa aku akan dapat jumpa dgn tok guru.. pastu diorang kata diorang ikut cara rasullah waktu mula2 dakwah dulu secara sembunyi... aku cakap balik klu benda ni benda baik, boleh je kita buat kat surau2 or masjid2 or jumpa JAKIM or JAIS.... pastu diorang kata susah nak dakwah secara ramai2 ni... satu lagi alasan yang tak boleh aku terima.. klu dah mcm tu USRAH dll sume mmg takdelah mcm ni...

lps je majlis tu aku balik dgn member aku.. dia tanya aku mcm mana? aku kata hasil daripada brainwash tu, aku cakap aku minat yg part yg boleh hafal quran tp sbbkan diorang tak bgtau mcm mana, trus cancel.. lgpun klu kita nak hafal quran ni kena ada guru yg mursyid.. klu takat mcm ni mmg adalah makhluk ke-3 yang akan masuk skali... lgpun majlis ilmu ni lg ramai lagi bagus.. (teringat waktu kat sekolah dulu lps subuh dan asar ada taalim dan AJK BUSAS akan suruh kita duduk rapat2) la ni klu pg masjid mmg lengang je klu ada kelas agama kecuali klu penceramah org popular mcm harun din ke, hassan ali ke, taib azamudin ke, daud che ngah ke or ust zawawi..

aku nak bg peringatan kat korang sume, puak2 ni sasaran dia golongan profesional muda mcm kita ni.. nanti sampai satu tahap diorang akan suruh kita bayar kat diorang utk dijadikan dana utk tubuh kerajaan yg mcm2 nilah.. wife aku pun sebenarnya ada pengalaman sbb kawan2 dia ada yg terjebak.. pertubuhan diorang ni mmg ada, tp perangai diorang lg truk dari kita pun ada gak..

aku kongsi perkara ni supaya kita sume akan waspada dan berjaga2 sbb lani dah akhir zaman.. tanda2 kiamat makin hampir... dlm pada itu aku nak sarankan korang satu buku yg aku baca... tajuk dia "ISLAM IS THE WAYS OF LIFE" tulisan YAHIYA EMERICK... buku ni buku teks sekolah tp sesuai utk kita gunakan utk mengenal ALLAH sbb every explain dia akan selitkan dgn ayat2 dlm quran.. kira klu nak baca buku ni.. lampirkan skali dgn tafsir..

Tanpa Nama berkata...

Ade juge org yg percaye ajaran sesat ni. Heran aku....ngape ye? Tak cukupkah ape yg ditinggalkan oleh Nabi Junjungan Besar kite?

Tanpa Nama berkata...

susah nak cakap beb. kita tgk aje dgn Kerajaan Langit yang dopengerusikan Ayah Pin. ramai yg berkedudukan tinggi tu. tatkala diorg nak insaf, ada mahkluk ambil kesempatan.
aku selalu gak gi kemensah tu, saje je suka2 tgk org mancing. melihat suasana kehijauan hutan. sungai mengalir yang bersih. kat situ pun ada Jimbara nye resort. hahaha .. tak jumpa plak aku rumah Pakcik Kahar Ahmad ni. hahaha. masa tgk video tu, aku rasa kesian kat makcik2 dan awek yg kena tipu. (lelaki gi jahanam)tapi, rasa kelakar pun ada. hmmm .. harap2 ada la org yg nak betulkan balik keadaan.

Tanpa Nama berkata...

aku ada tengok rancangan kat ntv7 tu... aku ingat lagi muka makcik tu... MUKA DIA MACAM CELAKA!

sorry.bahasa kasor..