July 22, 2008

Cerita Budak Sekolah Rendah

Hari tu Kamil datang ke sekolah lebih awal dari biasa.Sampai saja di kelas dilihat kelas bersepah-sepah,kerusi berselerak,lantai tak bersapu.Maklumlah,sekolah rendah,pelajar-pelajar sangat aktif.Adalah beberapa orang pelajar lain dalam kelas yang sudah datang lebih awal menunggu waktu perhimpunan.


Kamil sebagai ketua kelas menjadi sedikit haru biru."Kawan-kawan,apa kita kemaskan kelas kita?Ada lagi 10 minit ni.Sempat lagi kemas2 sikit,"pinta Kamil kepada 3 orang yang ada.Bangunlah Siti,Saadiah dan Mat dari tempat duduk mereka membantu.Siti menyapu lantai,Saadiah menyusun buku-buku dan Mat menyusun kerusi dan meja."Korang kemas dulu,aku pegi carik kalau ada budak2 lain"beritahu Kamil.

Kamil berjalan keluar dan mencari-cari jikalau ada lagi rakan-rakan yang sudah hadir,boleh membantu membersihkan kelas.

Selesai menyapu dan menyusun meja,Siti dan Mat pun membantu Saadiah mengemaskan buku.Selesai mengemas buku,Siti pun mahu membersihkan papan hitam.Baru saja hendak dipadam loceng berbunyi.Muncul Kamil di pintu."Cepat-cepat,perhimpunan nak mula!"

Berlari2 anak lah mereka ke tapak perhimpunan.Habis perhimpunan masuk lah mereka ke kelas.Masuklah Cikgu Noraini,guru kelas mereka dan juga guru Bahasa Inggeris kelas Kamil.Pantas Kamil berkata "BANGUN!SELAMAT PAGI CIKGU!"Tersenyum Cikgu Noraini melihat ketokohan Kamil,memang ada gaya pemimpin satu masa nanti.

Pantas Kamil terus mengambil pemadam papan hitam dan membersihkan papan hitam."Oh,terima kasih Kamil.Tak payah tangan saya lenguh2 nak padamkan.Kelas pun bersih tersusun.Awak memang ketua kelas yang bagus."

Siti,Saadiah dan Mat hanya tersenyum diam mendengar pujian Cikgu Noraini.Mohd.Zaki,penolong ketua kelas yang telah tewas undian kelas kepada Kamil dengan 3 undian hanya berdiam diri di mejanya yang terletak di sudut belakang kelas itu.

"Siap la lu Kamil.Aku tau kau hari tu terkencing dalam seluar .Nanti aku bagitau semua orang."

Bermulalah kelas Bahasa Inggeris pada hari itu....

4 comments:

Anonymous said...

So....the moral of the story is......ade kene mengene ngan pemimpin-pemimpin Mesia skrg ni?

Mantot said...

ada

Anonymous said...

Aku dah agak dah, Tot! Tp lain org lain die punye ape kite panggil.....interpretation. Aku dah paham maksud dalam citer tu, tp tak payahle aku huraikan kat sini. Masing-masing gunele akal.

Cerita Budak Sekolah said...

huhu...aku tak dapat tangkap... ada cerita lain kah disebalik cerita nih? :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...