Sebab kalau diterjemahkan direct,Public Servant bermaksud "Pelayan Rakyat" atau yang lebih halus lagi "Pegawai Rakyat"
Adakah ini juga satu trick kerajaan untuk menakutkan "Public Servant" negara kita supaya hanya tunduk mengangguk dan menurut perintah?
Saya yang menurut perintah.
9 ulasan:
aku agak benci dan tensen skit dgn pekerja2 yang bekerja di sektor kerajaan ni. dah la diorg ni wat keje sambil lewa. minum pagi and minum petang adalah perkara wajib dilakukan dan amik masa berjam2. nak mintak kelulusan sesuatu job, kena tengking2. cakap aje la korg nak duit kopi. cis! kalo kat jepun, org ramai pandang tinggi kat pegawai kerajaan diorg sbb mmg susah gila nak masuk and keje kat sektor kerajaan ni. tapi lain plak hal nye kat malaysia. hanya dgn interview aje. malah dipenuhi dgn perasaan pilih kasih dan perkauman.
Benci betul saudara dengan Otaku dengan Penjawat Awam.
Mantot, kau salah paham. Public Servant tak bermaksud Pegawai Kerajaan. Tu orang je panggil. Takda orang suruh panggil camtu pun. Malah kadang-kadang segan jugak rasa bila orang cakap camtu.
Public Servant is Perkhidmatan Awam. Dan perkara ini sentiasa ditekankan kepada penjawat-penjawat awam supaya mereka tau tugas mereka sebenarnya adalah memberikan perkhidmatan terbaik kepada awam.
Namun terdapat juga segelintir manusia yang tidak mempunyai kesedaran diri dan mengambil kesempatan atas kedudukan mereka. Ini berlaku juga di sektor swasta. Tapi orang sering nampak sektor awam sahaja.
Tahukah saudara bahawa secara kasar sekitar 40-50% penjawat awam di Putrajaya adalah penyokong pembangkang? Namun mereka tetap menjalankan tugas² mereka seperti yang telah ditetapkan.
Ketua aku sendiri seorang penyokong kuat pembangkang. Juga beberapa lagi pegawai pengurusan atasan yang aku kenal juga menyokong pembangkang. Namun kami sama-sama cuba menjalankan tugas masing² dengan sebaik mungkin.
Diakui memang terdapat kelemahan namun kesan penambahbaikan yang dilakukan Public Servant Malaysia telah diiktiraf lebih baik daripada Singapura. Mudah-mudahan akan menjadi lebih baik (Amin)
Sekian.
Silap sikit.. Public Service is Perkhidmatan Awam. Public servant tu orang yang berkhidmat kepada awam. Tak payah aku nak terangkan panjang pasal korang pun cerdik belaka kan :)
YNWA...
Alah pada aku ianya sekadar nama. Xramai yg amek berat pun. Should'nt be an issue..
alahai~
aku hanya mampu tersenyum bila lihat perkhidmatan yg diberikan oleh penjawat-penjawat awam ni~
public servant is penjawat awam la..
lu fikirlah sendiri
"kalo kat jepun, org ramai pandang tinggi kat pegawai kerajaan diorg sbb mmg susah gila nak masuk and keje kat sektor kerajaan ni.tapi lain plak hal nye kat malaysia. hanya dgn interview aje.malah dipenuhi dgn perasaan pilih kasih dan perkauman".-gaji peg kjaan jepun tinggi & pkhidmatan kjaan mrk hanya utk org nippon aje.kt msia?mana ada interview je,ada ujian bertulis & fizikal,public speaking...blah..blah..
saudara otaku,
Nampaknya denga sikap 'pukul sama rata' yang ko tunjukkan, aku pun tak sure yang ko ade buat kajian menyeluruh terhadap maksud "public servant" atau "penjawat awam".
Nak cakap pasal penjawat awam merangkumi semua la cikgu-cikgu yang pernah ajar ko kat sekolah, doktor-doktor hospital kerajaan, askar, polis dsb. Isu-isu yang ko timbulkan tu tak membina langsung, mungkin berdasarkan cakap-cakap dari orang lain aje. Isu minum pagi/petang (skrg dah strict sangat pasal nih, cuba buat kajian sikit) , isu tender tu pun (kalau saudara otaku ni ade mintak projek juta-juta kat semua jabatan kerajaan lain la).
Memang la ade penyalahgunaan kuasa dan rasuah dsb tapi macam lord AK cakap bukan terjadi kat sektor awam aje, kat sektor swasta pun ade malah kat Jepun pun ade saudara otaku. Saya harap saudara otaku dapat bagi pendapat mengikut perspektif yang lebih luas.
(sah-sah aku keje kerajaan)
Catat Ulasan