Ogos 15, 2008

Hantu Raya Menulis Blog?


Aku selalu bukak blog YB Zulkifli Noordin.Mungkin kerana cara penulisan dia yang agak straight forward.Mungkin juga dia adalah sumber berita yang sangat update.Rumors mengenai Anwar ingin mengumumkan ada ahli Parlimen BN nak lompat2 parti dia dah inform awal-awal,siap dia buat announcement yang mampu membuatkan pembaca berdebar-debar resah menanti apa yang akan terjadi.

Tapi sejak kes forum "Memeluk Islam" tempohari dan dikhabarkan dia telah ditangkap dibawah ISA,blog dia jadi pelik.Kemudian keluar pula berita dia sebenarnya tak ada apa-apa.Masih sihat dan bebas macam biasa.

Tapi ada satu hari tu bila aku bukak blog dia,blog dia di letakkan sebagai private blog,hanya untuk pembaca yang terpilih saja.

Kemudian pulak,blog dia telah diupdate dengan berita-berita yang telah di copy paste dari sumber yang diragui,contohnya BERNAMA.Ha ha ha ha.Kita sudah sedia maklum,BERNAMA juga merupakan salah satu agen berita yang kurang sahih kebenarannya.Sila cek di link2 blog nya,tiada langsung BERNAMA disenaraikan sebagai sumber berita beliau.

Zulkifli Noordin bila menulis dia mesti meletakkan tag " Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile"

Jadi,pada aku,blog dia tu bukan dia yang update.Kerana nampak benar cara pengendalian blog tu bukan dari tuan punya.Dari segi penulisan dan artikel yang diletakkan pun nampak ada tangan lain yang "membantu" membuat artikel.Siapa penulis blog itu?Orang2 Cyber Troopers?Beruk2 peliharaan Khairy?Jeanne Abdullah?Rosmah?Musa Hassan?Mungkin nama2 yang aku sebutkan tu,PC pun diorang tak reti on dan bila suruh pegang mouse dicariknya tikus betul.

Yang paling penting sekali,di mana YB Zulkifli Noordin?Adakah benar dia ditangkap ISA?Ataupun dia menghilangkan diri untuk menjalankan misi khas politik PKR?

Atau dia menghilangkan diri kerana marah Anwar Ibrahim tidak menyokongnya sepenuh hati semasa krisis forum Majlis Peguam itu?

Entahlah.Di Malaysia Macam-Macam Ada.
Macam-macam boleh berlaku.Orang malas belajar dibaginya biasiswa.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wahaha..aku suka ayat terakhir hang.. tp aku saja buat2 tak paham..

Tanpa Nama berkata...

wahaha..aku suka ayat terakhir hang.. tp aku saja buat2 tak paham..

Tanpa Nama berkata...

aku nk tambah skit lg..aku pun boleh dikatakan hari2 buka blog zulkifli tu..tp sejak minggu ni aku tgk blog dia pun dah lain mcm tp disebabkan aku tak pandai & tak reti nak kesan tulisan dia atau agen dia maka aku buat keputusan sekadar baca aja..jd aku harap blog ni tak menerima nasib yg sama..aku tgk ramai yg minat baca tulisan hang mantot..termasuk aku..

Che underscore Lee berkata...

hoho aku suka entri ni wahai mantot!