April 02, 2010

Rambut Itu Mahkota Wanita

Lepas berkahwin ni,aku terpaksa simpan satu impian aku dari dulu.Aku nak simpan rambut panjang macam Ramli Sarip.

Aku rasa ramai mak mertua dan pak mertua takkan suka kalau menantu diorang berambut panjang.Mak aku pulak komen dia mudah aje masa aku berambut panjang dulu,"Hang tak rasa panaih ka?Mak tengok rupa hang dah macam singa lion king pun ada jugak.."

Satu masa dulu rambut aku ada la mencecah bahu.Sebenarnya lebih lagi tapi sebab rambut aku jenis rambut-rambut ikal mayang ni,jadi rambut tu nampak pendek daripada asalnya.Payah betol nak jaga rambut panjang ni.Adalah beberapa masalah yang selalu jadi kat aku :

1. Dulu aku bawak motor,jadi bila pakai helmet,angin memang tak masuk langsung,panas.

2. Susah nak pakai helmet

3. Rambut banyak gugur

4. Selalu kena syampu

5. Ditakuti masyarakat

6. Risiko diganggu lelaki lain apabila berjalan

Aku pulak jenis malas nak spend duit untuk kekemasan diri jadi takdelah aku pegi saloon ke nak cuci rambut ke jadi rambut aku agak kasar dan tak terurus.Yang peliknya,waktu tu takde pulak masalah uban dan kelemumur.

Mungkin kerana mak aku dah tak sanggup nak tengok aku macam tu,satu hari mak aku mengeluarkan satu suggestion paling mengarut kat aku.."Pasaipa hang tak pi buat rebonding?" Aku pun mengeluarkan hujah-hujah bernas yang mengatakan lelaki berambut panjang yang pegi rebonding adalah "lelaki tidak normal." 

Mak aku pun bersetuju dengan pandangan aku.

Entah kenapa dalam diri aku masih ada lagi impian nak sekali aje rambut ala-ala Ramli Sarip.Putih,beruban dan panjang.Tapi akan ada banyak masalah lain yang timbul bila berambut panjang ni.Masa dan ketekunan diperlukan untuk menjaga dan merapikan rambut.Rambut perlu disikat dengan sempurna untuk memastikan rambut tak menggerbang merata-rata.

Jadi,kepada golongan suami atau boifren yang marah-marah bila isteri atau gelfren anda lambat siap apabila ingin keluar dating,simpan rambut panjang.Baru anda paham kenapa diorang lambat.

7 ulasan:

SHE berkata...

hahahha.....

Nerzhul berkata...

hehehe

Othman Juliana berkata...

:D

aurikelsan berkata...

'Jadi,kepada golongan suami atau boifren yang marah-marah bila isteri atau gelfren anda lambat siap apabila ingin keluar dating,simpan rambut panjang.Baru anda paham kenapa diorang lambat. '

------->tau xpe

N@d0x $i k0d0x berkata...

tak mau la mantot......tak ramai taw popuan yg suke lelaki yg rambut panjang......numpak serabut sgt....
anuar zain, farid kamil lbey hensem rambut pendek taw...~

Tanpa Nama berkata...

mak hang ni memang lawak la.

Anonymous Devil berkata...

mak kau memang kool. haha.