Isteri aku seorang guru,yang struggle.
Ada sebelum ni kecoh pasal tugas guru yang makin banyak dan jauh menyimpang daripada tujuan asal diorang yang dilatih untuk mengajar.Isteri aku adalah seorang guru data.
Sebab tu dia struggle.
Dia struggle bila terlalu banyak benda yang MENGARUT perlu dia uruskan.Contohnya bila dia kena pergi kursus untuk belajar macam mana nak manage CMS (Content Management System).Kelas kena ditinggalkan dan budak-budak tak dapat belajar.
Dia AKAN SANGAT struggle bila RAMAI guru-guru lain yang veteran MALAS nak belajar macam mana nak key in markah budak dalam sistem online tu.Jadi,ramai guru-guru lain akan guna alasan SENIORITY,bagi dia markah budak-budak tu dan suruh dia key in kan dengan ayat manis,"Mintak maaf lah Nur,akak tak reti la nak buat benda ni.Tolong eh?Tuhan aje yang reti balas budi baik Nur ni." Dalam erti kata lain,isteri aku ibarat data entry clerk.
Dia juga akan struggle bila dia jugak yang terpaksa handle NETWORK SEKOLAH.Dia yang kena manage makmal,dia yang kena handle maintenance network.Dia akan sangat struggle bila ramai cikgu yang datang kat dia dan komplen kenapa internet slow.Secara tak langsung,isteri aku sudah menjadi spokesperson Internet Service Provider Sekolah Malaysia.
Dia akan struggle teruk bila semua rekod database sekolah dan guru dia yang kena update dan key in kan. Selalunya guru-guru lain akan kata diorang tak tau (KERANA MEREKA MEMANG TAK TAHU) dan buat-buat lepas tangan.
Isteri aku juga adalah gadis penjaga printer sekolah.Bila-bila saja guru-guru lain ingin mencetak dokumen diorang,mereka akan carik dia dan mintak sambungkan printer ke komputer,kemudian mintak tolong printkan sekali.Aku bagi cadangan supaya isteri aku bukak cyber cafe,dia takut nanti dia tak cukup tangan.
Kenapa dia struggle?
Sebab dia reti pakai komputer.At least tau Microsoft Office dah dikira specialist IT di sekolah.Jadi,sebab dia reti komputer,dia dilantik jadi Guru Data.Mudah dan senang.
Macam mana dia nak mengajar kalau macam tu? Dalam bab ni,aku percaya sistem tu sebenarnya yang rosak.Jika nak buat Guru Data di sekolah,boleh tak TRAIN GURU DATA BETUL-BETUL untuk jadi GURU DATA?Kenapa seorang guru pendidikan seni tiba-tiba kena jadi Guru Data?Sudah-sudah la nak bagi hadiah hari guru untuk cikgu atau kenaikan gaji ke bonus ke.Najib,betulkan sistem lantikan guru dulu.Kalau tak sampai bila tak berubah sistem pendidikan kita.Jika nak ada guru data,train dan lantik guru data.Ramai cikgu yang nak mengajar tak dapat nak mengajar sebab ada tanggungjawab lain.
Yang cikgu-cikgu veteran tu,belajar la sket2 macam mana nak bukak browser dan key in data.Facebook reti pulak.
Ada sebelum ni kecoh pasal tugas guru yang makin banyak dan jauh menyimpang daripada tujuan asal diorang yang dilatih untuk mengajar.Isteri aku adalah seorang guru data.
Sebab tu dia struggle.
Dia struggle bila terlalu banyak benda yang MENGARUT perlu dia uruskan.Contohnya bila dia kena pergi kursus untuk belajar macam mana nak manage CMS (Content Management System).Kelas kena ditinggalkan dan budak-budak tak dapat belajar.
Dia AKAN SANGAT struggle bila RAMAI guru-guru lain yang veteran MALAS nak belajar macam mana nak key in markah budak dalam sistem online tu.Jadi,ramai guru-guru lain akan guna alasan SENIORITY,bagi dia markah budak-budak tu dan suruh dia key in kan dengan ayat manis,"Mintak maaf lah Nur,akak tak reti la nak buat benda ni.Tolong eh?Tuhan aje yang reti balas budi baik Nur ni." Dalam erti kata lain,isteri aku ibarat data entry clerk.
Dia juga akan struggle bila dia jugak yang terpaksa handle NETWORK SEKOLAH.Dia yang kena manage makmal,dia yang kena handle maintenance network.Dia akan sangat struggle bila ramai cikgu yang datang kat dia dan komplen kenapa internet slow.Secara tak langsung,isteri aku sudah menjadi spokesperson Internet Service Provider Sekolah Malaysia.
Dia akan struggle teruk bila semua rekod database sekolah dan guru dia yang kena update dan key in kan. Selalunya guru-guru lain akan kata diorang tak tau (KERANA MEREKA MEMANG TAK TAHU) dan buat-buat lepas tangan.
Isteri aku juga adalah gadis penjaga printer sekolah.Bila-bila saja guru-guru lain ingin mencetak dokumen diorang,mereka akan carik dia dan mintak sambungkan printer ke komputer,kemudian mintak tolong printkan sekali.Aku bagi cadangan supaya isteri aku bukak cyber cafe,dia takut nanti dia tak cukup tangan.
Kenapa dia struggle?
Sebab dia reti pakai komputer.At least tau Microsoft Office dah dikira specialist IT di sekolah.Jadi,sebab dia reti komputer,dia dilantik jadi Guru Data.Mudah dan senang.
Macam mana dia nak mengajar kalau macam tu? Dalam bab ni,aku percaya sistem tu sebenarnya yang rosak.Jika nak buat Guru Data di sekolah,boleh tak TRAIN GURU DATA BETUL-BETUL untuk jadi GURU DATA?Kenapa seorang guru pendidikan seni tiba-tiba kena jadi Guru Data?Sudah-sudah la nak bagi hadiah hari guru untuk cikgu atau kenaikan gaji ke bonus ke.Najib,betulkan sistem lantikan guru dulu.Kalau tak sampai bila tak berubah sistem pendidikan kita.Jika nak ada guru data,train dan lantik guru data.Ramai cikgu yang nak mengajar tak dapat nak mengajar sebab ada tanggungjawab lain.
Yang cikgu-cikgu veteran tu,belajar la sket2 macam mana nak bukak browser dan key in data.Facebook reti pulak.
89 ulasan:
kalau mcm ni boleh sakit kepala. lepas tu tak de penyelesaian ke ni bro?
Kau terai jumpa guru besar dia la tengok. kesian kat wife ko camni.
okeh. itu reason terbaru kenapa aku taknak jadik cikgu.
tapikan... mana2 organisasi kerajaan...saya ulang suara KERAJAAN... sapa2 yang memang cekap gila guna microsoft office terus laju je diiktiraf sebagai specialist IT dekat tempat keje. contoh, osmet aku.
terutama opis yang cawangan kecik2. alasan sama jugak, yang kerje situ, orang lama-lama tu semua tak reti nak handle benda-benda baru macam ni.
aku yang praktikal dekat kilang intel dulu pun, ada sorang super-senior-engineer. umo dekat 60 lebih2 pun, rileks gila handle macam-macam berkaitan komputer, network, semua-semua.
dia antara nak dengan taknak je. atau saja suka-suka nak bebankan orang lain. katanya orang muda, banyak tenaga, pengetahuan banyak...
uhh... pfftt~!!!
ala, cikgu senior tu saje ngengada... kot ye pun buta IT, tak kan anak2 diorg pun tak tau... ini la masalah org melayu, bila sorang tau buat, semua lambak kat sorang tu jugak, bukan reti nak blaja2 supaya sama2 tau...
ayat panas sket, sbb kat opis pun kena mcm tu... la ni slalu buat2 tak tau @ buat jemu...
bak kata err..lupe tgk dalam satu movie..
"why our education system is not right..because the owner of this country doesn't want any of people in this country know how to make some decision...so we can't oppose them.."
haha..lebih kurang lah...
Kesimpulan:
Cikgu pun manusia. Dan kekadang manusia (tanpa kira usia atau jantina) perangai memang macam palat.
terasa nak komen sebab aku anak cikgu veteran yang doktor dia nasihatkan supaya berhenti kerja sebab BP jadi terlampau tinggi. konsisten high BP sebab kena belajar benda-benda baru - especially komputer. aku ni muka datang sekolah tolong key in data pelajar kelas mak aku. mmg kerjaya cikgu sekarang makin payah, byk non-educational, clerical stuff cikgu kena buat.
bukan semua cikgu veteran taknak try belajar. macam mak aku dr lgsung tak pandai on pc, tak reti bukak MS word, skrg boleh la menaip sikit2. cuma otak dah keras la bro.. aku tgk sendiri camne mak aku struggle nak belajar.
tp cikgu orangnya kuat :)
bukan ke sekolah dah ada teknisen skang ni? patut dibuka jawatan data entry clerk kat sekolah. dan jawatan lain yang tak ganggu tugas cekgu untuk mengajar.
aku rasa ni masalah sekolah dia, terutama guru besar.
sepatutnya guru besar kena mintak sorang clerk utk kerja mcm ni. kalau xnak bagi gred 17 boleh mintak yg gred 41
dulu ada ura ura gred M41 nak masuk ke sekolah, tapi banyak cikgu tak nak sebab diaorg ckp nanti diaorg susah nak naik pangkat...kebanyakkan yg halang ialah guru senior..
last last jadi mcm nie...aku rasa mmg guru kena mengajar sahaja dan utk kerja kerja lain kena lantik pegawai pegawai lain ke sekolah...
pangkat tu rezeki masing masing...even ada guru besar yg dilantik tp xpandai manage sekolah...rugi la ilmu dia tue..baik bagi dia ngajar ja
Ayat ko yg last tu, sedap seh! FB reti lak ye.. siap main game bercucuk tanam lagi.
elok jadi ustaz sek pondok
agreed!
dorang kebanyakannye tak reti key in..lepas tu suka suka suruh orang lain..
ape dia ingat orang lain tak ade keje lain ke
aku sokong nerzhul.. sebab aku nak apply gomen!!! key in tu plak kerja yang macam lagi kecik dari kacang...sekolah plak cuti banyak...bukak la position weii...uwaaaaa..
It sounds like techies or IT officer's work.
Kita tunggu jew apa hasil laporan jawatankuasa yang baru2 ni mesyuarat.. sama ada makin mengarut kew makin menyenANGkan kerja cikgu kat sekolah... Akupon cikgu gak ada la skit-skit terasa bende cam tu.. tak cukup kat sekolah wat keje lagi kat umah.. bawak2 bersabar je keje cikgu..
yes keje cikgu mmg banyak mengarut dari tugas sebenar.dan cikgu muda selalu kene buli.kalo x buat then kene kutuk.ntah hape-hape.tp betul ckp hang mantot.cikgu tua reti je bukak fesbuk.ntah hape-hape.ouh yea cikgu -cikgu selalu buat beniaga kat bilik guru.ntah kejadah ape.baik tanda buku budak time free dr ckp pasal tupperware
typical pekerje kerajaan..bila dah rasa secure gila...mula malas nk kerja,mls nk belajar benda baru...etc..klu kerajaan buat mcm swasta comfirm jd lebih produktif...mana ada lg org berani punch card and then kluar mnm pagi smpai pkol 10 pas tu kluar lunch lg,mnm petang lagi...pkol 4 dah siap2 nk blk..tunggu punch card je...
Hmm kalau ada kerja data entry, patutnya kena bagi pada kerani bukannya pada cikgu.
Kalau lah ini boleh membantu untuk melegakan penderitaan, cuba cakap pada isteri,
'Honey/Biniku sayang(insert kata ganti diri paling indah di sini), it's difficult to teach old dogs new tricks'
:-)
betul tu..lantik la kerani ke,ape2 jawatan baru untuk buat semua tu..kalau kene lantik jadi guru data,gaji kene naik la..ceh..memang selalu jadi camtu..cikgu2 senior asik duduk melepak sembang2 semua mintak tolong cikgu2 baru (-_=")
.: cuak pulak nak mintak cikgu sandaran.. dahle baru lepas hantar borang.. kang kalau sembunyikan 'kemahiran diri' pandai bab2 komputer, nanti kena tegur pulak 'menipu', aiyayaya X-O :.
bukan sekolah ada clerk ke? apa pun guru besau yg kena amek tahu. kadang2 kena buat surat formal-pastu CC sana, sini (the right person & the highest position). Pastu baru depa nk amek tindakan. KAwan aku cikgu pun dok komplen (ini antara cikgu yg berkualiti la), dia kata cikgu2 lama ni pulaukan dia & the geng sbb depa ni bdk edu degree sedangkn depa maktab-so, dgn seniority yg ada saja la nk buli. ceh.
tapi mmg, alasan x reti tu jd hampeh ble FB bleh je update status ari2~ ciss!!
Ninaneno: intel lain dr gomen(aku dlu pun kt sana, KMCO-ko kt mana? PG? KM?)-sana, apa position pun ko kena tau smua. x kire senior ke, junior, no bias. nama pun transparency kn. gomen kena buat camtu la br bleh up (mcm mimpi je la kn~ haha)
husband saya pun jadi guru data. Alhamdulillah kat sini (Miri) mostly celik IT, tapi tu la, attitude suka bertangguh,"kejap ye, minggu depan boleh?", last2 husband jugak yang kena blame sbb buat kerja lambat.
Itu belum masuk handle borang HRMIS.
Belum masuk part kene handle minggu sains, minggu kebersihan, minggu ntahapehape cikgu juga sibuk nak perah otak kena fikir gimik upacara perasmian untuk pelajar.sedangkan pelajar tak appreciate pun..
baru-baru ni, 3 hari tak masuk kelas, sebab handle kejohanan hoki, jadi hakim la, jadi tukang buat air la, jadi driver hantarkan student balik rumah kalau bas da terlepas, mcm2 lagi..
belum masuk pesta sana pesta sini, yang jadi ukuran adalah kelab mana yang paling banyak buat untung, kemudian cikgu-cikgu kena marah bila untung cuma 2k-3k je.
bila bab disiplin, lagi la..
bab yuran? cikgu juga kena jadi bendahari, terpaksa pegang duit yang ada selagi student semua ada yang tak bayar lagi.
kad displin, kad markah, soalan exam, rizor&staple soalan sampai 400 set, file2 subjek, macam2 lagi..
bukan ke kat luar negara ada jawatan pembantu guru, yang kelulusan minima adalah SPM?
dulu kata nak diwujudkan, supaya budak2 lepasan SPM yang tak mahu sambung belajar boleh apply jawatan ni.
masih ada atau hilang lenyap ditelan masa?
rasa nak mengomen dan mengomel kejap sebab terasa sebagai guru praktikal. betul!!!i selalu kena buli.menyampah gila.ikut ajela.tapi harus buat muka menyampah sikit biar dieorang tau sikit saya tak ikhlas buat semua2 tu.action is louder than words.hahahhahaha
dalam situasi ni,patutnye kerani yang mengambil peranan.ni macam tak gune gak kalau ade kerani tapi cikgu pula yang buat semua kerja.
Kau orang boleh la kutuk macam-macam...kereta kau anak kau aje naik. Tengok aku ada mercedes e240...abiss aku guna merc bawa budak dalam mss bola lah, team hoki lah, sukan daerah lah....tak kesah bagi peluang budak naik mercedes aku...sedap mulut kutuk cikgu....dari kutuk elok kau orang buat MA ka atau yg tak da degree tu belajar balik la
mangkuk,
kalau takde bende nak tulis jgn tulis apa-apa.takde orang tanya kau pakai kereta apa kat sini.nak kritik,kritik.
Takde benda,diam.
mangkuk,
besta kene marah ngan mantot!
besta kene marah ngan mantot!
hahahhaha
:-bd
Mangkuk, lu faham ke tak apa komen brader Mantot bikin?
Mantot, profession cikgu ada mengarut... Even tunang gua pun GSTT diberi tugas macam2 yg mengarut, buat mural sekolah, bersihkan kolam ikan, di mana tugas2 tuh sepatutnya diberi kepada PEKEBUN.
Macam takde keje lain nak buat dah. Elok2 mengajar dalam kelas, tiba2 dipanggil lukis mural. Elok2 Sabtu boleh berehat, dipanggil bersihkan kolam. WTF was that???
aku setuju tot.. wife aku pon cikgu gak.. bkn setakat cikgu ngajar matapelajaran vokasional yg byk hands on.. pastu kena jd setiausaha PPDA, pastu jd ketua kadet bomba lg.. dah tu plak kena jd cikgu class
pengetua die tu lak sengal. suruh wife aku hias bilik PPDA tp tak bagi budget. so wife aku kena pakai duit sendiri tp tak dpt claim.
bila jadi cikgu class, nak kena hias class. kena pakai duit sendiri gak beli langsir, beli kertas warnna nak hias papan kenyataan la.. klu kelas kotor pengetua salahkan cikgu class bukan anak murid.
cikgu kadet bomba plak lain citer.. kena pg training la.. kena prepare utk buat fire drill la..
yg best tu.. cikgu2 yg mana tak perform atau malas nak buat kerja diorg tanak bagi mana2 jawatan. takut nnt diorg tanak buat kerja..
senang gile camtu... so last2 wife aku ingat die nak apply kat jabatan.. kerja office hour lg best.. leh cuti sama2 dgn aku.. heheh.. pe lg tot..suruh wife ko tukar jabatan la beb... die ada master nnt lg senang
Semalam aku balik rumah..adik aku mengadu kat aku..bekas sekolah aku skang dah jadi cam skolaha ajar monyet pun ada gak.
Aku pelik, dia cite, cikgu bm dia asalnya cikgu math, cikgu bi dia asalnya cikgu pendidikan seni dan pelbagai lagi jenis penukaran bidang pengajaran la.
Aku boleh pandang dari sudut +ve. Mereka nak mempelbagaikan kebolehan guru, boleh mengajar pelbagai bidang, dan mahu meningkatkan kemahiran bagai2 (merujuk cat mural,gotong royong). Tapi tidakkah ini kelihatan seperti eksperimental?
Orang yang mengajar haruslah mempunyai minat dan pengetahuan yang luas psl apa yg dia perlu ajar. But kalau dah suh tukar2 subjek, dah dia nk kena study balik apa yg perlu di ajar. End up, info yg perlu diberi, sekadar cukup mkn,merujuk spenuhnya menjunjung buku teks. Maknanya hidup mmg bertuhankan buku teks je. Its like ur manual book in skool.
Aku mmg rasa bangang gila dulu bila blajar camni. i mean, whats the use aku gi kelas kalau sekadar nk dgr org recite balik buku teks? baik aku duk umah, aku suh nenek aku bacakan je.
And guru kebanyakkannya restrict apa yg student nak tahu. byk persoalan yg ditanya tak dijawab.
dlm 11tahun kat sekolah, aku jumpa 3-4 org je cikgu yg betul2 ajar student luar buku teks, suku yang dedicate dgn pengajaran which is mengajar dgn enthuaism dan bsungguh2 nk student blajar dan sgt ramai yg menjadi pembaca berita.
Aku bernasib baik sbb dapat masuk kelas antara yg terbaik which is their put some of the best teacher, but what with kawan2 aku yg xdpt masuk? dah ketinggalan, terus ketinggalan.
walaupun ramai yg seperti menyokong cikgu baru, tapi aku rasa cam sama je..xkisah cikgu baru ke lama, ada yg terbaik, dan ada yg sekadar nk duit.
Keadaan macam bini abang tu selalu sangat terjadi pada cikgu-cikgu yang muda. Kebanyakan cikgu-cikgu muda ni memang berdedikasi pada bidang tugas mereka. Selalu sikap yang baik ini disalahguna oleh senior-senior mereka. Mereka lepaskan beban tugas pada yang muda-muda ni. Macam mana nak jadi bertambah baik, dah yang tua tak nak bagi contoh yang elok. Nanti bila ada yang tak kena, salahkan orang muda sebab memberontak.
aku cikgu.
sori..
guru data memang di kalangan guru. cuma, terserah la camne benda tu dilaksanakan. setiap cikgu kelas buat ke.. update data thn lepas ke.. ikut la..
xde nye lantik kerani lain untuk jaga data guru atau murid (walaupun murid itu 3000 orang jumlahnya) sepatutnya banyak jawatan dilantik supaya kami fokus kat PnP. lantik la kerani stok, kerani data.. tapi kerajaan xmampu.
komputer di sekolah untuk kegunaan cikgu2 terutamanya utk key in markah adalah sangat terhad.. kata lah 3 buah untuk dikongsi oleh 78 orang cikgu... masalah cikgu2 xbape literate it tu, biasa la.. alhamdulillah kawan2 aku nak belajar.. walaupun selalu je lupa..
aku juga guru MPV. punya bengkel. segala aset (harta modal dan inventori) aku yg jaga. dan percayalah, bengkel aku antara yg paling kaya dalam sekolah tu. banyak harta kena rekod. sama juga segala perbelanjaan dan segala keluar masuk bahan yang digunakan.
kalau ada kerosakan? ye, cikgu ni gak yang kena buat report, telefon sana sini minta baiki. kami xde tachnician ye
oh, sekarang ni, kalau cikgu2 kena keluar mesyuarat ke, xde claim ye. aku alhamdulillah dok kat centre.. aku kesian kat kawan yg kena travel jauh2.
ye. keja cikgu senang.. sebab tu gaji xyah besar2.. maklumla balik awal, cuti sekolah banyak.. tapi, masa kami cuti la semua rate naik.. haha
x paham la sesetengah org yg bg komen ni. aku rasa mesej yg nak disampaikn adlh keja guru ni susah. bnyk benda mengarut2 smpai diorg x bleh fokus kerja sebenar diorang iaitu mengajar. gaji biasa2 je. bila masa abg mantot kutuk?
kat mana2 sekolah sama je situasi nya
Menteri Pendidikan pandai kelentong je, buat sekolah berprestasi tinggi la, bagi peruntukan berjuta kat sekolah 2, 3 biji tu, sekolah2 lain merana tak cukup bajet, cikgu tu lah kerani, typist, driver bawak budak, cat mural, betulkan kerusi meja, technician , tukang kebun, jaga pagar dan sebagainyalah lagi.
bab isi data pun berpuluh kali isi data, setiap bulan mengisi, setiap tahun benda yang sama.. dan guru yang sama gak.
saya ni cikgu senior jugak, alhamdulillah retilah sikit2 psl key in segala mak nenek data ni... dan juga saya orang yang ditugaskan menyelenggara harta benda sekolah... tandas rosak, air cond rosak, meja tak cukup, letrik tak ada, air kat tangki tak ada... muka inilah yang di cari...
pulak tu suruh mengajar kena buat alat bantu lah, kena bagi semua luluslah, cemerlanglah dan sebagainya
so, isteri tuan hamba bukan berseorangan dalam sistem yang menyeksakan ini....
itulah realitinya tugas cikgu ni yang orang kata tak susah mana
damn....aku kena face bnda ni sume la 2thn lg...
sian akak....huhu.
stress aku baca artikel n komen2 ni.
kesian kat tunang aku adehh....
othman juliana; praktikal dulu kat pg7. haha...sorry... post sini plak jadik tempat sembang2...
takdehal!
nak gosip2 pun bole gak
Cikgu tua-tua ni ada yang rajin, dan ada yang tak. Yang pemalas tu memang boleh nampak, dia macam tunggu masa nak pencen saja. Adoi
Salam,
Saya pembaca baru blog ni.
wow! Ni kes teraniaya. Ni la masalah melayu. Hormat senior tak kena tempat. Tak ada sesiapa boleh suruh seseorang tu buat benda dia tak sepatutnya buat. Masalah mudah je. Tapi tak ada hati nak selesaikan. Komunikasi tak patut ada batasan. Kalau tak nak buat, cakap je. Tambah lagi bukan skop kerja. Walaupun saya masih muda (24) Tak ada orang buli saya kat office. Ye diorang panggil saya outspoken.(Outspoken tak semestinya biadap) So?? Ain't got nothing on me. Hope your wife dapat fight benda ni.
Atiq
hehe.. realitinya, keje cikgu hanya difahami oleh cikgu dan pasangannya sahaja.. haha
kalau betul PnP, ngadap budak, mmg seronok.. ok.. budak mmg ada prob tp xpe la.. mmg tu keje kita
tiba bnda lain tu yg xbest. dah la aku fail bab pengurusan! boleh pulak aku dapat fail sampai 14 buah! kan dah x berisi fail tu!
huda nasir, saya pun sama macam huda. kalau bab2 masuk data pelajar2 mak, muka saya yang takda kena mengena dengan sekolah tu akan pergi sekolah tolong mak. saya lah yang set up printer, set up radio nak rekod tilawah dll. mak saya (cikgu jenis dedikasi tahap maksima) walaupun dah nak pencen sangat2 24 Mei 2010 ni, gigih ni buat kerja. tak sanggup nak menyusahkan cikgu2 lain.
benda2 malas ni bergantung kepada individu.
ps: huda nasir, mak awak kena high BP, mak saya doktor dah lama nasihatkan buat ECG.
pss: 15% penghuni Hospital Bahagia Tg. Rambutan adalah bekas cikgu.
Eh, ko tau tak ape DS Najib pernah perjuangkan utk para guru berbanding DS Anwar masa zaman dia menteri dulu?
Ko sedar tak? Jangan nak buat2 lupa sejarah..
Aku tau korang pembangkang tegar yang tak akan puas..
Kalau rasa benci sangat, tak suka semua benda nih, nak kena buat mural ke ape, kerajaan saving suh cikgu jer instead of panggil artis luar or mat indon mane tlg wat mural pe sume.. benti keje kerajaan, setel..
Mentaliti camni, no wonder la sekolah ramai melayu hambar.. nasib aku sekolah cina, mentaliti tak cam korang.. both parents aku pendidik, takde pun penah komplen kena buat mcm2.. buat jer la, takkan la expect jadi cikgu nak mengajar jer semata?? gila malas kalau camtu!
@hazeny;
So basically kau nak masuk dalam golongan 15% tu ker?
salam..
hehe. cuma nak bagi pendapat sket bro. rase2nye train utk GURU DATA dah ada iaitu GURU ICT (aku la tu orgnye. BAKAL! xtau dpt posting ke tak). haha! cuma yg menjadi masalah kat sini, cara agihan tugas di sekolah. contohnya, aku ni cikgu ICT, tapi bila di posting ke sekolah X, aku kne mengajar Sejarah lak, atas sebab tak ckup cikgu Sejarah. dlm hati, aku kata WTH? 4 tahun aku belajar, study, menelaah tentang ICT, tibe2 aku kne posting mengajar Sejarah. (kebanyakan pengetua atau pon petugas2 KPM ni menganggap GURU SERBA BOLEH). ya! serba boleh kepala bana anda. kami di maktab, IPT, kolej dilatih berdasarkan subjek teras yg sepatutnya kami ajar. bukan LANTAK KOME LA, JANJI KOME DPT POSTING, KOME BLEY NGAJO APE2 SUBJEK. mgkin pd peringkat atasan tak nampak masalah ni sebab ape yg penting bagi diorang, tanggungjawab diorang dah lepas. maka, yg menanggung dosa, menanggung azab, menanggung tanggungjawab yg berat ialah org2 yang dipertanggungjawabkan utk mendidik anak2 zaman ini dengan ilmu pengetahuan yg tidak dipelajari semasa dalam proses latihan menjadi guru. (study laen, ngaja laen).
ya. mungkin tak semua org sependapat ngan aku. mungkin certain org akan kat, dah rezeki, accept je la. tak reti bersyukur? haha. ya. aku tak reti bersyukur. tapi korang tanampak kesannya. konsep utama BELAJAR ialah untuk memberi KEFAHAMAN kpd murid. tapi kalau cikgu yang kurang mahir ttg subjek (cth SEJARAH) dipaksa utk mengajar subjek tersebut, tak ke biol namenye? kan lebih elok bagi cikgu SEJARAH sendiri yg ajar. buatnye kalau aku yg ngajar, sejarah komputer, sejarah wujudnye keyboard, sejarah bill gate jadi kaya.. bley la aku citer. kalau bab sejarah malaysia merdeka ke, pejuang kemerdekaan ke, hang tuah gila isim ke.. mane la aku tau sgt.
and lagi satu, berdasarkan pengalaman sendiri. kebanyakan cikgu2 senior ni, sebenarnye MALAS. bukan tatau nak buat. kononnye dia lagi banyak keje daripade kite. walhal, depa dok sembang dlm bilik guru. sembang jual kuih, jual kain, jual anak pon ade. lepas tu ngumpat lak jiran sebelah baru bli kete baru, jiran umah depan anak dia kantoi kne rogol ngan mat rempit. lepas tu ade la jugak cite pasal murid kelas dia hebat, dpt score 100% dlm subjek dia. tp tu sikit je la. yg bnyknye.. PEMALAS.
itu saje. skian.
"SMKS19 said...
Eh, ko tau tak ape DS Najib pernah perjuangkan utk para guru berbanding DS Anwar masa zaman dia menteri dulu?
Ko sedar tak? Jangan nak buat2 lupa sejarah..
Aku tau korang pembangkang tegar yang tak akan puas.."
ROFL!
LOL!
kira kau ni penjilat kerajaan yang puas menjilat ke? kaki jilat? lurus bendul? rakyat yg taat? atau bodoh bin bengap?
kesilapan besar disini ialah kita org Malaysia ni GEMAR dan SUKA mencampurkan urusan lain dengan POLITIK. tgk je la SUKAN kita, sebok dipolitikkan. PROJEK PEMBANGUNAN RAKYAT? pon dipolitikkan. PENDIDIKAN? same je la politik. sampai bila tah Malaysia nak maju. wawasan 2020? tinggal mimpi je la kalau kita ni masih bersikap camtu. sebab tu la pasukan bola Malaysia ni makin lama makin kebudak-budakan sebab politik dah masuk dlm pengurusan. nak masuk Piala Dunia? tunggu la Alex Pigerson amek alih pengurusan. haha.
p/s: KERAJAAN dilantik dengan kepercayaan daripada rakyat utk menguruskan HARTA RAKYAT. bukan HARTA KERAJAAN BARISAN NASIONAL KE, HARTA UMNO KE, HARTA PKR KE, HARTA MIC KE.. PTUIH! INGAT! INI AMANAH KAMI SEBAGAI RAKYAT! bukan harta mak bapak kau najib!
*ops* *terkeluar topik*
pehal kena mengena politik ngan pendidikan? kalau aku la,tak kisah la pembangkang ke apa.kalau pembangkang yg pimpin kerajaan dan menda nih jadi jugak,aku akan still kutuk.buat pe obses dgn mana2 parti kalau diaorg tak wat keje.memang betul pe mantot cite tuh,siap rmai org cte pengalaman yg sama.
musicas: anda bute ke? sile ke komen aku yg pertama. sekian.
dia bukan maksudkan kau tu..
itu pasal aku reject jadi cikgu
Salam,
Nice blog,interesting story. I've been there...pernah lalui saat practicum di sekolah...bad experience. Oleh itu, saya apply mengajar di IPTA...never think of teaching in school again.
Drp:
ridwanlau
bro, sy setuju sgt2x.. sesetengah guru ni bukannya x reti pakai komputer tp MALAS mcm PEMALAS.. ada guru ni lps hbs mengajar 1 waktu, terus pi' mesyuarat' di kantin sampai 4 waktu!! agenda 'mesyuarat'-bergosip, mengumpat, mengata org dll..
other malaysian.. benti jadi cikgu camtu, gi laa carik keje 100% guna kepakaran ICT ko tuh.. tah2 ko lagi leh berpeluang jadi jutawan, pasal ko passionate dlm keje ko..
@the other malaysian
ko baca elok2,jgn main serbu jer..kalau ko baca elok2,ko faham apa aku post,aku post bukan hentam kau, kenapa kau tiba2 naik angin.aku cakap tentang org yg tiba2 dtg kaitkan org yg tak puas hati dgn isu nih ; skong pembangkang la,sokong anwar la..aku cakap,kisah pe sal diaorg,mana2 parti pun sama jer,kalau diaorg tak laksanakan sistem pendidikan nih dgn betul,takkan nak skong lagi? tak kisah la najib ker,anwar ker,obama ker
Mantat Pundek, apa tugas guru sebenarnya? Mengajar? Ayat lu nak smash semua orang. Macam lu power woh. Sekolah Cina, mak ayah lu pendidik = AJAR LU MENCARUT MANTAT hah?
tak dinafikan cikgu skrg mmg byk kerja2 bkn bersifat perguruan yg diorang kena tanggung, tp setahu aku ms aku sekolah dulu, mende2 mcm ni mmg dh lama dh wujud kecuali bhgn ICT tu, time aku mende tu x de lagi.
Tiap tahun mmg rmi org apply nk jadi cikgu, x caya tgk lah berapa ramai yg beratut seawal kul 6 pagi semata2 nak amik borang KPLI, nasib baik skrg ni dh online, x pyh g beratur pagi buta dkt depan maktab perguruan. Yang apply mmg ramai, tapi kekosongan terhad, apsal terhad walhal byk berlaku kes2 cikgu yg pakar dlm bidang lain, kena ajar subjek yg x de kena mengena dgn tugas hakiki diorang? sbb kerajaan kita x de budget nak byr gaji sektor awam yg terlalu byk...so yg jadi mangsa ialah cikgu-cikgu dkt sekolah terutama cikgu2 baru yg terpaksa jd ' one teacher to teach them all'. Nak tak nak terpaksa lah terima, sbb tugas cikgu bkn setakat mengajar je zaman skrg ni...
@musicas = oh. salah ke? biasela. aku terkesima bila bab2 camni. maaf. ;p
@Musicas = oh. salah ke? haha. maaf. terkesima aku :p
@Musicas = oh. salah ke? haha. maaf. terkesima aku :p
@Musicas = oh. salah ke? haha. maaf. terkesima aku :p
@Musicas = oh. salah ke? haha. maaf. terkesima aku :p
adeh. sory sory. sampai REPEAT POST lak. aku nye berukband slow, ingatkan blom post. klik la 3-4 kali :p
p/s: cikgu2 zaman skrg juga perlu menambah ilmu2 lain seperti seni mempertahankan diri (utk mengelak daripada dibelasah samseng), ilmu pengekeranian (utk settle keje2 office), ilmu perniagaan (utk menjual kain, kuih ketika musim raya hampil menjelma), ilmu komunikasi (ya! penting ni! utk mewujudkan musyawarah tak kira topik apa pon) dan pelbagai lagi ilmu2 yg tak takde dlm list subjek IPT..
mungkin dah sampai masanya setiap sekolah ada IT dept sendiri yg mana pekerjanya bukan warga guru tapi mg technician etc. Part masuk data tu kenapa kerani sekolah tak buat? itu bukan kerja kerani sekolah ke? maafla aku bukan cikgu jadi aku tak tau.
Akhirye ko ade jk sentuh isu nie...
Tunang aku pun kes macam bini ko jgk.
Die yang bru masuk bulan 12 aritu dah kena macam2.Bygkan bru masuk dah kena jd uru panitia,pastu kena jaa koperasi,jdik warden,kena wat minit mesyuarat sebab semua orang xreti(Guru TUA dan yang senior) dan mcm2 lg.
Kadang2 aku rasa tension.Sebab dia selalu ngadu kat aku naj berenti sekolah,nak keje Jusco la sebab xtahan.Aku pun sampai habis idea mcamane nak nasihatkan dia supaya bersabar.Situasi aku pun sama ngan ko sebab tunang aku pun duk jauh ngan aku.Sekarang aku cma boleh berdoa bg Allah ringankan beban dia dan minta pertukaran sekolah ke tempat aku diluluskan.Aku dahla nak kawin bulan 6 ni.
suami saya juga kena gini... dia bkn guru data, tp jqaf. tp sebab dia baru, dekat 12 jawatan kt skolah tu dia kna pgg. bila bangkang, katanya berkira. hoh!! ujung minggu pon kna keja.. tensen i sbg isteri...
Patutnyer bagi incentive ler
huhu.. pasal cikgu kena ajar subjek yg bukan major kat sekolah, tu perkara biasa.. alasan ialah kita kena profesional. kena terima. tu perkara biasa.
ramai je cikgu yg pengkhususan math kena ajar sejarah. mula2 mmg sakit jiwa. tapi lama2 ok la. even kawan aku asal cikgu sains pon, skrg dah jadi cikgu bm berkaliber.. yeah.. dual band
pada aku, subjek ap yg diajar x jadi isu. sebab cikgu2 boleh je belajar..
cuma, jgn la bagi keje2 karut yg lain. byk sgt benda yg menunggu cikgu tu. mcm aku ni, berderet2 surat menunggu utk ditaip. hehe..
tp aku malas nk buat sbb tgh bengang.. lalala
Salam n selamat sejahtera..
terasa nk komen walaupon 1st time bace blog ni :D ..cerita kat atas baru crite psl data n ict yang berlambak2 n tertangguh.belom lagi cerita psl sukan, kelab persatuan dan sebagainya.orang lain xyah la nk komen lebih2 kata baik berhenti keje ke ape ke..org yg keje ni terasa bebannya..bukan lg beban kerja yg bese d tanggung tp luar biasa..
kome penah dgr psl cikgu yg pencen awl or gila sbb tekanan kerja?di daerah aku ade beberapa org pencen awl n sakit mental sbb tekanan kerja.mane2 kerja pon ade mcm tu, tp kerja guru ni tekanan dh berlebihan skrg.sape yg kata parent die both guru tu bgs la.itu mak ayh die,bukannye die.lg pon keje guru dl xsame mcm skrg.
mmg patut d kaji semula beban tugas guru skrg..guru xkesah buat sume koje, ngecat ke,wat line pdg ke ape ke tp biarlah spesifik. aku yg baru berkhidmat selama 3thn ni merasa tekanan bila jd all-rounders..bahagian ICT aku,HEM pon aku sbb jd warden,Sukan pon iye..coach plak tu..koko pon iye..ngan sikap mak bapak slhkan cikgu lg bila ape2 jd pd ank mereka..tu belom lg kertas keje utk program2 sekolah..sekolah nk ISO lg plak tu..
ms study dl, ms mesyuarat d sekolah ade d nyatakan core bisnes guru ialah mengajar..tp bila d beri jwtn n tugas2 yg lain dh jadi 50-50 plak koje tu..kdg2 budak pon terabai..sebagai guru baru n penuh semangat ni aku xrase lg feel mengajar yg sepenuhnya sbb tugasan lain lebih banyak..major course study dl ialah IT tp mengajar di sekolah pendidikan moral n PJPK..
aku xkomplen pon..sekadar berkongsi pndangan..bagi yg mengata sedarlah..jadi cikgu tgk ape jadi :D peace
haha.
cik AQEELAH, sebenarnye ade je technician @ juruteknik yg ditugaskan utk berada di sekolah. tapi rasanya tak semua sekolah ada technician. certain sekolah je. kalau tak silap ler :)
btw, mmg la kerja cikgu kene profesional. tp kembali kepada FPK (Falsafah Pendidikan Kebangsaan bg yg xtau..), kita nak lahirkan pelajar dengan 4 ciri iaitu JERI rite? jadi tak salah rasanya, jika cikgu2 yg mmg ajar 'core' subjek, mengajar subjek tersebut. berbanding mengarahkan cikgu2 lain. nampak kurang berbaloi, bila kita study lain, mengajar lain. sebab apa? pedagogi nya beza. yeah mcm brat2104 kata, dual band rite? aku stuju cikgu2 boleh belajar, but still wujud perbezaan antara cikgu yg tgh belajar sambil mengajar (pengetua tangkap muat je..) dengan cikgu yg mmg dah lame belajar subjek tersebut..
oh lupe. pd bro kibod. teruskan perjuangan! haha.
haha,aku paling kelakar bila isteri aku cerita pasal dia jumpa sorang cikgu pencen yang veteran dan agak berpangkat di Jabatan satu masa dulu.Skrg ni mengajar part time course Master isteri aku
Tengah borak2 ni dia pun bantai la kutuk polisi akta pendidikan Malaysia ni.Macam2 la dia kutuk2,takleh mengajar,takleh fokus,keje berlambak..
Lepas tu dia kata,"Saya berani la cakap camni sebab saya dah pencen.Awak semua jangan la berani pulak nak kata2 camni.Terdengar orang Jabatan naya.."
Itulah dia realiti seorang guru.
tu skolah, yg swasta mcm aku ni tot... jenis SENIOR yg kerek dhla budus IT, dgn aku xnk tny... nk dgn boss aku je... last2 surrender tny gak dgn aku, aku igt system ade rosak ka... rupenye kibod x berfungsi... ko tau sbb ape? SEBAB KABEL TERCABUT tu pon xbole setel sendiri GAMPANG BTOLLLLL... terkadang SENIOR sgt pon bebal jugak sbb rase BESOOOOO
poyo la ko mantot.... mak aku cikgu veteran..memang tak reti sgt gadget2 ni..dah g seminar/class pun mcm tu gak.. yang dia tau.. taip soaln. n print... ko jgn byk ckp la... as d new batch of teachers ganti diorg.. sume pun pandai la IT... ko tawu nak mengata saja. Ilmu sekolah ko sape yg bagi.. cikgu2 tu jugak.. sikit2 salah kerajaan... sumer pun salah kerajaan... ko g idup kat tempat lain la... anda ialah sampah masyarakat.
satu hal lagi... ckp kat bini ko.. kalo keje tawu nak complain jer.. duk umah.. mane ader keje senang... kalo tak nak buat keje remeh temeh tu.. ko suh bini ko tu keje kat private college..
takde ruginya membantu... bini ko gak dpt pengalamn dari yang senior.. bukan sume bleh di belajar dari maktab tu...
lasty.. ko memang sampah masyarakat. Kalau ibu kau baca ape yang ko tulis selama ni.. tentu dia menyesal lahirkan ko.
nak maki biarla kualiti sket.
takde efek apa2 la.setakat mak aku menyesal dgn sampah masyarakat?
itu aje kau mampu?Kata anak cikgu....kalau kau anak cikgu kau patutnya lagi paham,mangkuk.
kau ingat kau sorang anak cikgu?
habis tu kau ingat mak aku kerja apa?
笨 Maleis!!
Emosi betul Cik Roslina yg hangat
Mantot You r d lagend!!
nak komen sket.
bukan nak kutuk sape2.just nak bg pandngan je.
aku pn cekgu gak.aku rase keje cekgu ni sume kene ikhlas.( sebab bg aku cekgu ni mulia ).dr aku bodo tak tau pe dapt la aku jd cekgu.kalo tak ikhlas jgn mintak kdpm kpli o j qaf.bg org laen yg nak jd cekgu tu peluang.
cekgu baru jgn le idung tinggi.banyak cikgu skul aku ( yg ade degree blaja jejauh sampai mesir,yg ada master jejauh ) tapi hampeh...pemalas tak tekate.data tak buat.padahal ngaja sket je.bilik yg dijaga macam zoo.ble suh anta budak ckap laki tak bagi.time orang buat pro die senyap jek.takut kene bg keje.org yg pandai mengelak bleh la.dapat org cam aku yg sentiase menurut perintah.mampus...aku ulangi mampus la aku..sume kene kat idung aku..
cekgu lame pun ada yg lorat.terutama yang pemalas tu.sume nak bg cekgu baru.cekgu2 tue korang ingat kitewang cikgu br ni kuli ko ke.
cekgu sekang tak macam cekgu dlu2.bebeze le sangat.sekang org minta kpli o j qaf sebab nak keje tetap jek.
maybe cekgu sekang bukan setakat kene ngajar jek.sume keje kerani cekgu wat.kerani jadi cekgu beso.
sistem???wujud lagi ke zaman najib sekang ni bro.penat jek tulis panajng2 macam ni.macam le najib tu nak ubah sistem kat skul.
bontot r----- la.......
lupe aku nak cakap.
keje cekgu ni senang beb.keje sampai kul 1 je.cuti banyak.
best sangat.......
aku suke....aku suke...
Eh, setahu saya ada pekeliling mengatakan guru data 8 masa mengajar sahaja seminggu.. sama dgn penolong kanan..
agak melampau ni rsnye
key in marks is every teacher's responsibility
the software is sooooo senang
u just click2..and fill2
rs nye mentality n perangai ckgu lat sane tu y mmg karat
sabar je la heh
tak semua skola gtu
=)
diaorg nk tumpang bermanja kut tu yang mintak tlg key-in kan tu kut. hehehe.
jgn layan kan sgt itu aje. pada aku la, dah tua or veteran bukan jd penghalang untuk belajar sesuatu kalo ko nak.
tgk kat sektor swasta, ada aje orang tua2 yang dah umur 50 kat situ. elok aje pakai komputer, boleh buat macam2 benda lagik. ni dah nama cikgu pun MALAS nak belajar...anak murid apatah lagi.
huhu..sy pnh menjadi guru ganti..mmg pun suma kijer key in markah yg senior lpaskan pd kami yg muda..walaupom sy hny guru ganti cikgu yg branak,kerja2 tu suma dilepaskan pd sy..padahal guru yg sy ganti tu bukan guru data pom..huhu..kena buli..tp,sy terima sbg pengalaman sbb 2 tahun lg sy bakal jd guru.,
Elok ko ajar bini ko cara berdiplomasi je. Berani kata 'tidak'. tu masalah orang melayu sebenarnya, selalu 'makan dalam' je. Kalau tak suka, kata tak suka. Mudah
aku x maki, so x pe kan pakai anon. mlas nak log in. wahaha.
mak aku cikgu. da 22 taun jd cikgu. bab2 IT ni memang die susah sket. snang kate, die mmang da mlas nak blaja. tapi kat skolah tuh, die r yang paling pandai. yang pelik, cikgu2 mude plak yg mntak tolong mak aku. chet. ini suda lebey.
tugas2 mak aku kat skolah:-
1. cikgu BM & Kajian tempatan
2. cikgu ganti PJ
3. cikgu seni pulak
4. interior designer kelas. (hasilnye? klas mak aku dapat kelas terchantek 4 taun berturut2)
5. data entry clerk.
6. polis kes kecurian duit kelas
7. driver murid2 g sukan pringkat negeri.
8. koreografer zapin (padahal mak aku kayu gak. comel gile die ajar)
9. planner setiap event yg ade kat skolah
10. tukang kebun skolah
11. PA guru besar.
etc etc
kesian mak aku.
dem u sistem lantikan skolah.
Saya seorang guru baru mengajar untuk tahun ke dua. posting 1.1.2009.
Bagi saya, isu ini tidak akan berubah buat masa terdekat. Tak dinafikan ade guru yang malas. Tetapi tak dinafikan ade guru yang rajin. Dari dua situasi itu, kita boleh buat konklusi bahawa, cikgu2 adalah manusia biasa. Dan manusia biasa juga ada kepenatan dan ada hadnya. Apa yang penting, tepuk dada, tanya diri kita adakah kita ikhlas.
Tugas2 saya tahun 2010:
-Guru Sistem Maklumat Murid sesi petang (isi data murid seperti nama ic, bil adik beradik, adik beradik sekolah mana, gaji ibu ayah, details mak ayah. update setiap3 bulan)
-Jurulatih bola tampar zon (tahun lepas team negeri bwh 12 lelaki ke MSSM)
-pegawai pertandingan bolatampar MSSZ, MSSD dan MSSN
-guru kelas (kemas kini fail murid, hias kelas, kutip yuran, terpaksa bayarkan yuran budak yg x mampu jika mahukan mereka dapat buku teks percuma tahun depan, PA mase perjumpaan dengan parents dan juga jadi parent kedua kepada budak kelas saya semasa mereka di sekolah)
-guru first aid (kalau ade budak cedera, saya yang memberi rawatan kecemasan sebelum hantar ke hospital/klinik. setakat ni, sudah 3 pelajar yang luka di kepala perlu jahitan, 1 patah tangan, sebaris gigi patah sebab terjatuh ditolak kawan, berdarah habes mulut)
-menggantikan pegawai pejabat pendidikan daerah untuk ke mesyuarat peringkat jabatan pelajaran negeri
-guru bertugas (standard la tugas ni)
-guru persatuan koko (standard gak)
-guru disiplin
-guru subjek (buat latihan, soalan ujian, analisis item ujian, laporan post mortem ujian, key in data markah)
-minit mesyuarat guru
-ajar kelas malam percuma di sekolah
itu antara beberapa tugas saya tahun ini.
ade sesetengah tugas itu memenatkan dan ada juga membuatkan saya tinggalkan kelas.
tetapi, saya puas sebab setiap kali saya masuk kelas, murid-murid akan sambut saya dengan telatah mereka yang tak habis-habis membuatkan saya tersenyum lebar.
Fitnah terhadap saya disekolah dari guru lain, buku untuk ditanda yang menggunung, watercolour yang terpalit pada baju saya, telur cacing dan kuman2 yang menghidapi saya sehingga bileh demam panas dan juga cuti yang terkorban ^_^(yang kononnya banyak, tetapi ade pekeliling mengatakan bahawa walaupun cuti sekolah, guru boleh dipanggil bertugas bila-bila masa sahaja, maka x cuti pun), itu semua macam batu tepi jalan sahaja jika murid-murid di kelas hujung dapat perwatakan baik, boleh membaca dan lulus periksa.
Apa yang penting? Keikhlasan.
Tetapi saya seorang manusia juga. Kadang-kadang manusia suka mengeluh dan meluahkan perasaan. X semestinya guru sahaj. Betulkan?
hahahaha..srnok tol bc komen korang kt cni..mmg btol dan diakui, tugas guru skrg ni da melampau sgt..bukan skadar mengajar semata-mata..kalau konsentrasi utk mengajar tu da ilang sbb pnat wat keje lain, cmne r kualiti mengajar dorg.. yg parent pn 1 hal gak, sikit2 nk blame ckgu klu anak dorg x perform..title cikgu tu da blh tukar la even kte sume tau,tugas mengajar tu mulia..smpi mati pn org akan pggl kte ckgu..
THANKS A LOT, CIKGU..
Even aku bkn seorang pelajar yg baik time skola dlu, aku hargai setiap jasa cikgu tu..+ plak, mak aku pn seorang GURU..
mak aku jugak seorang guru (pensyarah juga dikira guru kan sebab tugasnya mengajar, dan pensyarah IPG tidaklah seperti pensyarah di universiti yg mana tugasnya hanya mengajar kuliah dan membimbing pelajar).
kerja tak pernah habis. setiausaha ISO, unit beruniform, mark assignment,ketua audit dalaman dan luaran, kursus yg berjela-jela x penah habis dari aku kecik sampai ke besar. macam2. ada sampai satu masa tu, seminggu dia tak tidor LANGSUNG. macam zombie aku tengok dia.
mak aku seorang guru veteran, yg bijak menggunakan IT. tapi ini bukanlah alasan untuk semua beban tugas dibebankan kepadanya. aku tengok pensyarah lain selamber ja. tepat pukul 5 petang, terpacak di punchcard, siap sedia untuk balik rumah. (waktu kerja pesnyarah ipg 8 pagi hingga 5 petang, berkuatkuasa tahun ****..x ingat, waktu kerja asal 8 pagi sampai 2 petang, tapi gaji tidak dinaikkan.) tetapi aku rasa tak adil kenapa pembahagian tugas sangat tidak adil.
aku rasa marah bila setiap kali cuti, mak aku tak cuti. kononnya cuti, tetapi tetap dipanggil untuk menghadiri kelas.
sampai satu peringkat mak aku cakap macam ni "weh, mak dah bosan dengan hidup, sebab mak rasa hidup mak hanya bekerja sentiasa. Hidup mak dah tak ada nikmat." aku terdiam tak terkata apa.
KEPADA CIK ROSLINA - JANGAN BERLAGAK SEPERTI ANDA TAHU SEGALANYA. MUNGKIN ANDA PENSYARAH YANG MEMOHON UNTUK MENJADI PENSYARAH SETELAH TAMAT IJAZAH ATAU MASTER (TREND SEKARANG, HABIS BELAJAR MINTAK JADI PENSYARAH UITM).SELAMI DULU JIWA SEBENAR GURU. KOMEN MACAM ORANG TAK ADA PEDOMAN. KALAU SEMUA PENSYARAH MALAYSIA MACAM ANDA, TAK HAIRANLAH BANYAK BUDAK IPT SUKA BUAT VIDEO AMATUR.
btw...aku juga seorang bakal guru, yang risau akan nasibnya nanti. tapi, pensyarah aku selalu pesa, lepas posting, kalau dapat kerja banyak, jangan komplen. hormat guru-guru senior. kalau nak tunjuk otai pun, tunggu jadi senior dulu.
Dah la tu..
Catat Ulasan