April 24, 2010

Cikgu Lelaki KPLI Itu Mengeluh Kepenatan Tetapi Tetap Metrosexual

Dah beberapa orang yang aku jumpa,bila aku tanya,"Kau buat apa sekarang?" dia akan jawab,"aku sekarang cikgu aje.." Banyak kali!Aku tak sure sama ada dia merendah diri atau pun malu sebab Cikgu adalah profesion terakhir yang mampu dia pilih.Sebab memang ramai Cikgu-Cikgu datang daripada mereka2 yang tak dapat kerja kemudian apply masuk maktab nak jadi Cikgu.

Adakah itu sesuatu yang memalukan?Tidak.
Tidak perlu malu langsung.

Tapi keadaan itu diburukkan lagi dengan sikap dan pandangan Cikgu-Cikgu Veteran dan anak-anak muda yang merasakan Cikgu-Cikgu Kursus Perguruan Lepasan Ijazah adalah manusia-manusia yang terpaksa jadi Cikgu. Bodoh punya orang Melayu mengutuk Cikgu-Cikgu KPLI sebagai Cikgu Wannabee.Dengki dengan kemasukan guru-guru KPLI ini,akan wujudlah klik-klik antara Guru-Guru "Tulen" dan Cikgu "Lepasan KPLI." Ini adalah satu masalah yang dihadapi oleh ramai guru-guru lepasan KPLI.

Apa sebabnya?
Dengki.Hasad dengki.Kerana merasakan inferiority menyerang apabila datang sekumpulan Cikgu berkelulusan Ijazah masuk ke dalam kumpulan yang lepasan Maktab.Apatah lagi bila masuk saja Cikgu-Cikgu KPLI ini terus saja gaji lebih tinggi dan elaun yang lebih besar diperolehi membuatkan sesetengah cikgu-cikgu lama tak mampu bekerjasama dengan mereka.

Kenapa mesti dimarahi lepasan KPLI.Adakah sebab cikgu-cikgu lama ni merasakan yang lulusan KPLI terpaksa memilih menjadi Guru?

Tetapi,jika kita lihat dari sudut guru-guru lama berkelulusan Maktab atau guru-guru yang memang berkelulusan "Sarjana Muda Pendidikan," memang akan wujud ketidak-adilan di situ.Ye lah,anda belajar 4 tahun untuk jadi Cikgu,membuatkan fundamental anda lebih kuat berbanding lulusan KPLI yang hanya 2 tahun belajar untuk menjadi Cikgu.

Wujud perbezaan di dalam sistem lantikan guru yang membuatkan wujud jurang antara guru-guru yang dilatih secara "tradisional" dan guru-guru yang dilatih dalam KPLI.Apatah lagi bila dilihat dari segi kewangan,sudah pastilah sikap dengki tu akan lebih menebal lagi.

Ada aku baca paper tahun lepas,ada satu artikel dihantar oleh seorang bakal guru yang agak sukar mendapat tempat di sekolah kerana dia lepasan Sarjana Muda Pendidikan.Dalam artikel tu dia marah Kementerian kerana berat sebelah ke arah guru-guru KPLI dan DPM yang lebih mudah untuk dapat posting di sekolah-sekolah."Saya belajar 4 tahun lepas SPM semata-mata impian saya menjadi Guru kemudian tiba-tiba saya pula tak dapat tempat sebab Kementerian Pendidikan lebih condong memastikan lulusan KPLI ditempatkan.Apa bezanya saya dengan mereka (lulusan KPLI)?Saya mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang lebih khusus dan lebih fokus berbanding mereka." Lebih kurang macam tu la ayat dia.

Ketidak adilan?Iya.
Selagi wujud jurang antara sistem guru-guru dilantik,selagi tu manusia bergelar guru akan terbahagi dua.Golongan KPLI dan golongan Pendidikan/Maktab.Dan aku merasakan,Cik Roslina marah benar dengan aku kerana sistem ini membuatkan ibu dia tertekan,kerana dia kata ibu dia lulusan Maktab.Jadi,perasaan marah itu akan timbul.

Pendidikan adalah asas kepada pembangunan sesebuah negara.Walaupun anda ada degree,walaupun anda ada gelaran "Doktor Falsafah," semuanya bermula dari bawah.Kita tak mungkin dapat Ijazah atau Diploma atau Sijil kalau kita tak reti membaca,mengira dan menulis.Kenapa perlu malu jika guru adalah "profesion terpaksa" anda?Kenapa perlu marah bila datang guru-guru baru yang datang untuk membantu beban anda?

Cuba kita tanya Arkitek dia kerja apa,"Aku arkitek!Aku buat bangunan." Mungkin ramai cikgu merasakan apa yang mereka buat tidak glemer atau hebat,tak segah seorang Sainstis atau Menteri Kabinet.Anda mengajar kanak-kanak itu ilmu yang akan diguna sampai dia meninggal.Anda mengajar remaja bagaimana untuk menjadi seorang yang berguna.Kenapa perlu malu? Tidak ada guru,tidak ada Ahli Sains.

Dan kita akan kembali semula merenung kepada sistem pengambilan guru yang dibentuk oleh Kementerian.Sistem KPLI diwujudkan untuk menampung kekurangan guru.Pedulikan mengenai perihal "mereka yang KPLI mahu jadi guru kerana tak dapat kerja" kerana benda itu tak relevan.Kenapa?Sebab sistem itu sedang membantu mencukupkan bilangan guru dan aku percaya,walaupun mula-mula mereka rasa terpaksa jadi guru,ada peluang mereka akan sayang dengan apa yang mereka "terpaksa" lakukan itu. Tetapi selagi wujud perbezaan antara Guru KPLI dan guru Sarjana Muda Pendidikan,masalah itu akan terus kekal sebegitu saja. (Bersambung)

16 ulasan:

LANN berkata...

Setuju.

P/S mesti mau mention roslina lagi? hehe

karl berkata...

Salam bro,

Abah aku cikgu, mak aku cikgu. Tapi aku blaja kat univ ambik farmasi.

Ada 2 profesion yang orang akan tetap panggil dengan nama gelaran walaupun dorang dah pencen.

Satu, cikgu. Dua, doktor.

org berkata...

akm. saya ni termasuklah kelompok cikgu vateran. Saya tak berapa setuju dengan pandaangan penulis. Setahu saya tidak ada klik guru vateran dengan guru kpli. Semua manusia sama je, yang berbeza ialah taqwanya. Penulis dah buat kajian akademik ke tentang masalah ni ? Janganlah nak pelaga kumpulan cikgu. Kalau penulis ada anak belajar di sek. men. , tak rasa bersalah ke menuduh sebarangan ke atas kelompok guru. Lebih-lebih lagi majoriti guru di malaysia ini adalah orang-orang Islam. Sepatutnya kita bersatu, bukannya mencari jalan perbalahan. Marilah kita bersatu atas agama Islam. Jangan menjadi mangsa kepada Yahudi yang memang nak orang-orang Islam tidak bersatu. WAllahu'alam.

Dashing Days berkata...

bro,aku penah ngajo kat skool yg ade both type of ckgu nih..mmg xdinafikan ade jurang la.tp cikgu ttp cikgu.hormat ttp la ade kan..may be cikgu kpli lack of xperiance sbb dieorg bukan dtg dr bckground pguruan.tp dr situ la kene ade tlg menolong antara cikgu2 nih..mane ade kire latar belakang daa..ishk susahhhh

kō⋅rŏxx berkata...

Dengki? Mungkin jugak. Tapi macamana pulak dengan cikgu lepasan KPLI yang tak minat nak jadi cikgu pun, tapi last resort, jadi buat kerja half-assed je. Janji akhir bulan, gaji masuk. Tu pun mungkin salah satu sebab kenapa cikgu veteran tak suka kan? Macam menghina kerjaya diorang pulak. Tipu la kalau nko cakap takde jenis macam ni.

Tapi kan, cikgu veteran tak perlu dengki pun dengan tangga gaji cikgu lepasan KPLI. Kalau mampu (kewangan, fizikal dan mental), sambung la belajar. Open University kan ada. Tunjuk kat budak-budak tu, tua tak semestinya dah lapuk, tak laku.

Tapi ni tak digalakkan la untuk golongan kaum mak cik Roslina. Kapasiti dah tak ada, jadi grin and bear it je la ye makcik tengok orang muda naik lif. LOL.

p/s: aku rasa ni isu frinjan. terpencil. sebab kebanyakan cikgu veteran yang aku kenal tak adanya nak pandang serong kat cikgu KPLI. diorang cukup bersyukur ada jugak orang muda nak jadi cikgu, sambung langkah diorang.

Mantot berkata...

aku bukan menuduh Cik Org.
Aku bukan pengkaji.Aku pencerita.Aku akan cerita apa masalah yang aku nampak kat sekeliling.

Kalau nak kata menuduh,andalah yang menuduh saya nak memecah-belahkan orang Islam.

Aku tak kata semua guru,tapi benda ni mmg terjadi.Denial?Kenapa perlu deny.

Baca sini.

1. http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t74177.html

2. http://cikgufarha.blogspot.com/2009/06/guru-siswazah-vs-kpli-mcm-tak-adil.html

Tak salah berbincang.Walaupun mungkin perbincangan kat sini tak sampai ke mana-mana pun tapi tak salah kan.Kalau kita nak lari aje dari masalah,sampai bila masalah tu takkan setel.

Mantot berkata...

dekat Facebook siap ada grup lagi.
ni ha address dia

http://www.facebook.com/topic.php?uid=241515208404&topic=13620

Aqram berkata...

1. bilangan guru sebenarnya mmg tak cukup. KPLI atau tak, memang kerajaan nak sapu semua. tapi, GURU LELAKI PALING TAK CUKUP!

2. kerajaan guna sistem apa untuk ambik guru posting ni?

3. banyak cikgu KPLI yang aku kenal dapat ngajar kat kampung sendiri. yang dari sarjana muda pendidikan pulak ada yang kena campak ke pedalaman. betul ke?

diba berkata...

sy dah lama minta kpli tp x dpt.. untung sape yg dpt kpli.. kalau ada yg merungut sy mmg rasa geram sbb dorang sgt beruntung dpt keje sbg cikgu. situasi di sekolah berbeza2. terpulang kpd individu yg menilai.. mmg x dinafikan ada guru2 lama yg tidak berpuas hati dgn guru2 baru terutama guru kpli atau gstt sbb faktor gaji dan kebanyakan mereka muda2 belaka. kalau tgk muka mmg sume comel2, kacak2 belaka. tgk pun mcm x percaya rupanya guru. tapi pengalaman akn mematangkan guru2 baru nie.. bagi saya, tak luak pun kalau ada org x suka kita, kita senyum jer kat org2 itu. lama2 org2 itu akan boring dan nampak kemampuan kita. perkara nie mmg saya alami sendiri sms jadi guru kontrak. sampai rasa nak berenti dan2 tu juga, tp tahan jelah sbb itu kerja yg tlh ditawarkan.. apa2 pun terpulang kepada pandangan individu. kita tak mampu memuaskan hati semua org

Therapy berkata...

aku bab gaji aku tak kisah sbb mmg aku lulusan diploma je..
tapi yg aku hangin masa depa mai posting skolah aku dulu..aku bagi arahan soh tolong buat keja..aku dapat jawapan yg bleh sebabkan aku jadi hulk...mamat KPLI tu jawab " awak DG29 saya DG41..kenapa perlu terima arahan dari orang gred rendah dari saya" so aku diam je la.dan aku mmg tak tolong dah dia lam segala hal dia nak bantuan..dia kan DG41..pandai la kan..
( itu salah satu punca cikgu lama benci KPLI..hinggakan kat gurubesar pun dia sound gitu .GB hanya gred 32 atau 34 je beb)

Mantot berkata...

wah.sungguh panas sekali kalau kena maki camtu.payah gak kalau ada orang camtu,bila dia gred lagi tinggi dia rasa dia best.

Therapy berkata...

masa dia apply pindah pun dia cakap cikgu2 lama tak tolong dia..pastu dia ngomen pasal gaji cikgu gred 32 tinggi dari dia..apa ke bodo la itu orang..mmg la gaji cikgu tu tinggi sbb dah ngajar lebih dari 15 tahun..dia pun lepas 4-5 tahun pun naik gak la tinggi.( ini mmg kuar lam paper tau )...

Nurul Razak berkata...

askum..saya guru degree dari maktab..belum graduate lagi.taun depan baru graduate..

ni semua sebab attitude sebenarnya..banyak guru pelatih kpli saya jumpa memang baik, memang nak jadi guru, memang komited. tapi ada gak yang masuk sebab last resort punya. yang berlagak sebab dia ada degree univ pun memang ada.kadang2 lecturer maktab pun terasa sebab sebilangan pelatih KPLI memang berlagak walaupun dengan lecturer sendiri. masalah attitude je.

guru pelatih dekat maktab pun bukannya semua baik. sama jer kes.ada yg komited. ada yg pemalas. ada yang masuk aliran ni sebab terpaksa.ada yang berlagak.itu biasa la.kat mana2 pun ada.hee


ini dari pengalaman sendiri. takde influence dari mana2 group atau fan page ke.askum

brat2104 berkata...

aku lepasan kpli. jujur, ini last resort aku. n jujur, aku masih cuba adapt dengan keje aku. pada aku, keje ini sgt tensen..

alhamdulillah, xde masalah sgt coz aku kat sekolah menengah. semuanye degree. xtau la klu org cerita blkg.. tp aku ras xde.. kitorang sibuk merungut pasal keje.. hehe..

aku xtau org lain, tp aku rasa, org yg bekerja dgn aku, x kisah lepasan apa, cuba buat keje sehabis baik..

ngelat? kalau leh sabar, kami sabar. kalau xleh, kami kenakan dia balik.. hehe

a_Jay berkata...

utk brat2104,
walaupun masih tak dpt 'adapt' dgn keje 'itu' harap ada secebis rasa sayang dgn ape yg awak lakukan..barulah akan terasa kemanisannya nanti...

Tanpa Nama berkata...

Yang jadi problem tu is bila KPLI ni buat blagak. Lecturer aku dulu pon ada komplen about a few of them yang blagak. Aku ajaq English, then ada a few KPLI students yang nak buat English jugak tapi English dia memang agak besepah. So bila dia pi sekolah, camana dia nak ajaq English properly? Dah dia pon cakap tak betui.

Yang sedih tu depa choose teaching as a last resort, so as a result, they do their work half heartedly. Itu la problem.

Nevertheless, memang tak dinafikan memang ada KPLI yang mampu nak buat keja elok elok. So whatever it is, there will always be two sides to a coin.

nab.